20/04/2016

Projek Lebuhraya Pan Borneo Manfaat Rakyat Sarawak Nikmati Sistem Perhubungan Moden



Projek Lebuhraya Pan Borneo adalah projek usaha sama antara kerajaan Brunei dan Malaysia. Projek tersebut bermula sebaik sahaja Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. 

Faktor utama pembinaan lebuh raya ini adalah berikutan tiadanya rangkaian jalan raya di Sarawak. Bahagian yang menghubungkan Sarawak, Sabah dan Brunei adalah bahagian Lawas - Temburong (Brunei), siap pada tahun 1997. 

Dengan siapnya bahagian tersebut, pemandu boleh memandu secara terus dengan kereta dari Kuching ke Kota Kinabalu. Namun demikian, Kerajaan Pusat terus membina bahagian-bahagian baru bagi menghubungkan kawasan luar bandar di Sarawak.

Panjang keseluruhan sistem lebuh raya ini dianggarkan sepanjang lebih kurang 2,239 km . Setakat tahun 2002, lebih kurang 997.18 km atau 95.2% daripada panjang keseluruhan lebuh raya tersebut telah disiapkan. Setakat ini, bahagian terbaru yang siap dibina adalah bahagian Tenom - Sipitang pada tahun 2006. 

Pembinaan bahagian terakhir dari Kalabakan ke Sepulut bakal dimulakan pada tahun 2008, oleh itu keseluruhan rangkaian Lebuhraya Pan Borneo dijangka siap dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. 

Di bawah Projek Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo juga, pem­binaan jalan empat lorong dirancang untuk dilaksanakan pada masa depan termasuk lorong memotong di setiap satu kilometer untuk menangani kawasan kerap kemalangan dan pemendekan jalan.

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, sejumlah RM500 juta diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan bagi menangani ka­wasan berisiko selain menaik taraf serta menyelenggara jalan rosak. 

Sepanjang Lebuhraya Pan Borneo ini kelak, jaringan jalan ini tidak akan dikenakan sebarang Tol kerana ianya merupakan jalan utama menghubungkan ke bahagian-bahagian lain di Sarawak.

Berikut adalah anatara bandar utama yang sepanjang Lebuhraya Pan Borneo :

  • Lundu
  • Sematan
  • Kuching
  • Kuching-Serian
  • Miri 
  • Sri Aman
  • Sibu
  • Bintulu
  • Bintulu-Saging
  • Saging
  • Niah
  • Miri-Baram
  • Kuala Belait
  • Tutong
  • Bandar Seri Begawan(Sempadan Brunei-Malaysia)
  • Limbang(Sempadan Malaysia-Brunei)
  • Bangar(Sempadan Brunei-Malaysia)
  • Lawas(Sempadan Sarawak-Sabah)
  • Keningau
  • Papar
  • Kota Kinabalu
  • Tamparuli-Ranau
  • Kota Belud
  • Kota Marudu
  • Kudat
  • Ranau
  • Sandakan
  • Lahad Datu
  • Kunak
  • Semporna
  • Tawau
  • Umas Umas
  • Kalabakan
  • Serudong(Sempadan Malaysia-Indonesia)
K7L : Kini rakyat Sarawak dan Sabah akan menikmati sistem yang lebih moden...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk