Dikatakan semua pertembungan diantara PKR-DAP telah dirancang oleh Setiausaha Agung DAP sendiri. Kemungkinan besar dia ingin menerbitkan rasa marahnya melalui orang paling kanannya di Sarawak, Chong Chien Jin.
Kini DAP berkempen secara sendiri-sendiri. Tidak lagi bersama dengan PKR mahupun parti lain. Amanah itu lainlah, mereka kan parti yang ditubuhkan oleh DAP hanya untuk mengalahkan PAS.
Apa yang membuatkan DAP marah sangat pada PKR? Mengikut sumber, Guan Eng sangat marah kepada PKR kerana mangambil kedudukan mendiamkan diri tatkala dia diserang bertubi-tubi.
Tak ada yang betul-betul mempertahankannya tatkala skandal Taman Manggis dan Rumah Banglo Jalan Pinhorn terbongkar. Mungkin dia ada minta bantuan PKR tapi atas arahan Azmin mungkin, PKR diminta mendiamkan diri.
Kini apa DAP nak tunjuk di Sarawak? Mereka nak pastikan PKR kalah teruk dan nak beritahu DAP nombor satu dalam Pakatan. Nak show who's the boss. Apapun kini baru nak kenal siapa Guan Eng?
K7L : Keluarga jahat yang hidup dalam DAP...
0 ulasan:
Post a Comment