21/04/2016

Bukan Pijie Sotong Seorang Sahaja Yang Pernah Ditahan Dengan Akta OSA?



Sebanyak 15 individu telah disiasat kerana membocorkan rahsia rasmi kerajaan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 sejak 2010 hingga tahun lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata daripada jumlah berkenaan, empat individu telah dituduh di mahkamah.

"Dua individu dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, Perak dan kes masih dalam perbicaraan manakala dua lagi individu dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan namun dilepas dan dibebas pada 16 April tahun lalu.

"Rayuan telah difailkan oleh pihak pendakwa atas keputusan tersebut dan perbicaraan rayuan ditetapkan di Mahkamah Tinggi Seremban pada 25 Mac dan 7 April tahun ini," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr Johari Mat yang ingin tahu jumlah individu yang disiasat dan didakwa kerana membocorkan rahsia rasmi kerajaan sejak OSA 1972 diluluskan di Parlimen.

Azalina berkata walaupun pada masa ini dilihat banyak insiden pembocoran rahsia kerajaan, namun teknologi maklumat menjadi satu cabaran besar susulan akta yang diguna pakai pada masa sekarang tidak merangkumi kebocoran maklumat melalui teknologi maklumat.

Katanya Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) mempunyai cabaran berat dalam mengumpul maklumat jika maklumat atau rahsia kerajaan dibocorkan melalui aplikasi teknologi.

"Jika ada kes ambil gambar maklumat melalui aplikasi WhatsApp dan menyebarkannya, individu itu boleh katakan telefonnya dipakai oleh orang lain, begitu juga jika maklumat dipadam, kita perlu minta bantuan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk dapatkan semula maklumat itu, ini cabaran-cabaran yang perlu kita depani," katanya.

Justeru, katanya perlu ada pindaan dan perubahan dalam akta sedia ada supaya perlindungan maklumat dan rahsia kerajaan diletakkan di tempat lebih tinggi. - Bernama

Jadi siapa kata yang hanya Rafizi sahaja ditangkap di bawah OSA? Dah lebih daripada 10 orang sudah ditahan sebelum ini. Sebab itu rahsia negara bukanlah benda yang boleh dibuat main.

K7L : Pandan akan kosong tak lama lagi?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk