14/04/2016

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Semalam?


 

Haa! Sudah pasti mereka yang konon pakar ekonomi dalam FB akan mendiamkan diri bila cerita baik sebegini keluar dalam berita. Malahan akan ada yang kata semua ini penipuan. Mereka cuma nak dengar cerita tak baik sahaja.

Bila dengan cerita tak baik maka mereka akan ulas dan baca semula kemudian rasa diri bijak. Kali ini kita nak mereka semua ini tahu bahawa Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi semalam.

Ia merupakan susulan persekitaran luaran positif berterusan mengukuhkan permintaan bagi mata wang tempatan itu.. Ringgit diniagakan pada 3.8540/8600 berbanding dolar berbanding 3.8770/8850 semalam. 

Menurut para peniaga, peningkatan harga minyak mentah di atas AS$44 satu tong juga membantu ringgit, yang diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama dunia. 

Ringgit menokok berbanding pound British kepada 5.4985/5086 daripada 5.5170/5263 dan naik berbanding euro kepada 4.3847/3923 daripada 5.5410/5540. Ia juga mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.8652/8703 daripada 2.8819/8889 semalam dan lebih baik berbanding yen kepada 3.5439/5498 daripada 3.5799/5889.0

K7L : Kenapa diam?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk