25/04/2016

PKR Langgar Janji Punca DAP Hantar Calon Di Batu Kitang?



Hari ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menamakan calon masing-masing untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang. Kerusi tersebut menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan Barisan Nasional (BN), PKR, DAP dan dua calon bebas.

DAP akhirnya telah menamakan calon tunggal Melayu parti itu, Abdul Aziz Isa yang akan menentang sekutunya dari PKR, Voon Shiak Ni. Menurut maklumat, Abdul Aziz pada asalnya dikatakan akan bertanding di kerusi Stakan.

BN pula meletakkan Lo Khere Chiang (SUPP) sebagai calon. Selain itu Sulaiman Kadir, bekas pegawai di Jabatan Tanah dan Ukur dan Datuk Seri Othman Bojeng, 59, yang juga ahli perniagaan telah bertanding di atas kerusi bebas.

Alasan yang diguna pakai oleh DAP untuk menghalalkan Aziz bertanding di Batu Kitang adalah dengan mesej PKR didapati telah melanggar perjanjian yang merek abuat sebelum ini bagi pembahagian kerusi diantara Pakatan Harapan Palsu itu. 

PKR dituduh tidak mempunyai integriti dan disebabkan itu Aziz 'diarahkan' untuk bertanding di Batu Kitang bagi memastikan PKR kalah di kerusi tersebut. Tetapi drama ini sebenarnya seperti dirancang oleh DAP.

Mereka sudah awal-awal lagi 'standby' Aziz untuk bertanding di Batu Kitang. Tak percaya? Takkan cepat betul mereka cari saksi dan sebagainya? Persoalannya sekarang, siapa tikam siapa?

K7L : PKR-DAP bakal berpecah tidak lama lagi?...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk