27/04/2016

Rasa Kecewa Terbit Daripada Penjara Sungai Buloh?



Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia belum terlambat untuk PKR dan DAP berunding mengenai pertembungan calon kedua parti itu dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut melahirkan rasa kesal bahawa calon sekutu Pakatan Harapan terbabit dalam pertembungan sesama sendiri.

Anwar bagaimanapun menyeru mereka supaya terus bekerjasama bagi memastikan kemenangan.

Kah Kah Kah! Masih boleh berunding kata Anwar Ibrahim. Ini apa punya pandangan Keris tak tahulah. Sudah terang lagi bersuluh DAP Sarawak dengan PKR Sarawak tidak sebulu dan tidak akan berunding lagi.


Tak akanlah mereka mahu berunding lagi sedangkan rundingan yang lepas pun tidak dituruti. Kini tiada lagi istilah 'percaya' antara DAP-Amanah dengan PKR. Ada kemungkinan juga sama ada PKR dikeluarkan daripada Pakatan ataupun Pakatan tersebut dibubarkan.

Apa yang Anwar sedang lihat adalah kehancuran Pakatan yang cuba dia bina suatu ketika dahulu. Kini hanya melalui tinta dia akan melihat kehancuran yang nyata kepada Pakatan. Dan kena ingat tanpa PAS dan DAP, belum tentu PKR akan menang banyak kerusi lagi pada PRU14.

K7L : Kalau menang pun hanya Permatang Pauh sahaja...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk