08/04/2016

MARA Umum Diskaun Bagi Yang Tidak Tamat Pengajian - Masih Nak Kata Jahat?


 

Ada orang kata MARA bukan Kerajaan. MARA dah tubuh lama dulu dan tak ada kena mengena dengan Kerajaan kalau sebarang keputusan dibuat. MARA terhasil daripada permintaan British bla bla bla..

Sahaja Keris nak beritahu hari ini, yang MARA diterajui oleh Orang KERAJAAN. MARA juga berada dibawah naugan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Apapun Keris mahu mengucapkan tahniah kepada pihak MARA.

MARA mengumumkan diskaun 50 peratus kepada peminjam Pinjaman Pelajaran Mara yang gagal pengajian bagi meringankan beban hutang mereka. Pemberian diskaun ini diberikan kepada mereka yang membuat bayaran balik secara sekali gus daripada baki pinjaman semasa mereka.

"Kepada peminjam yang gagal menamatkan pengajian dan terpaksa menanggung beban hutang dengan Mara, saya umumkan diskaun 50 peratus kepada mereka," - Tan Sri Annuar Musa

Sementara itu, pihak Mara sekali lagi bersetuju memberi tambahan diskaun sebanyak 20 peratus kepada peminjam Pinjaman Pelajaran Mara yang mendapat tajaan pada tahun 2010 dan sebelumnya yang lulus pengajian tetapi tidak mendapat kemudahan Pengurangan Bayaran Balik.

Sebelum ini, pada 25 Mac lalu, Mara mengumumkan diskaun 50 peratus kepada kategori ini, sekali gus membabitkan diskaun 70 peratus diberi kepada mereka.

Selain daripada itu, tambahan diskaun 20 peratus diberi kepada peminjam Pinjaman Pelajaran Mara yang layak mendapat kemudahan Pengurangan Bayaran Balik termasuk yang telah memperolehi Pengurangan Bayaran Balik.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di portal Mara sehingga 31 Disember 2016. 

K7L : Inilah benda besar yang kecil pada mata mereka yang tidak merasai nikmat bersyukur..

1 ulasan:

  1. Saya minta kepada Datuk Panglima supaya arahkan pegawai menyemak universiti yang banyak mengagalkan pelajar. Tak payah hantarlah ke universiti seperti ini. buat apa pergi kalau untuk gagal. Bo bo nyawo ike belajor.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk