28/04/2016

Hospital Sri Aman Adalah Projek Gajah Putih Barisan Nasional? #TeamAdenan


Baru mula kempen PRN Sarawak, kita dah jangka akan wujud mereka-mereka yang bijak pandai mencari salah tanpa siasat fakta sebenarnya. Yang baca pun mengiakan tanpa mengetahui apa yang berlaku.

Ini salah satu daripada fitnah yang cuba disebarkan dengan memburuk-burukkan Barisan Nasional Sarawak. Hakikatnya hanya orang Sarawak lebih tahu apa yang berlaku.


Pasal isu diatas Keris kongsikan apa jawapan daripada PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB :

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Datuk Dr. Zulkifli Jantan memberitahu projek pembinaan Hospital Sri Aman tidak terbengkalai tetapi masih di dalam proses pemendapan tanah.

"Projek ini bukannya terbengkalai tetapi masih menunggu proses pemendapan tanah yang mana tapak dibiarkan bagi membolehkan tanah itu mendap sepenuhnya.

"Ia sudah menjadi standard projek pembinaan bagi memastikan bangunan yang dibina tidak terjejas oleh pemendapan tanah," katanya.

Kalau proses pemendapan tanah tidak dilakukan, dikhuatiri akan menjejaskan struktur bangunan yang akan menyebabkan dinding retak atau bangunan runtuh.

Kalau tak buat gitu, nanti ada pula pihak kata kerajaan guna kroni lah, tak pandai bina bangunan lah dan sebagainya. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan korang menjadi ahli nujum atau 'pakar' struktur bangunan ataupun arkitek, maka kerajaan guna pakai cara yang terbaik untuk mengawal keadaan tanah sini.

Untuk info, projek ini bernilai RM200 juta dan pembinaan dilakukan di atas tanah seluas 20.6 hektar.

Harap maklum.

Ini projek bukan tak jalan tapi tengah tunggu tanah mendap dengan elok. Jadi selepas ini kalau buat hospital tak ada masalah. Kalau semua benda nak cepat inilah jadinya. Owh makan tahun? Memanglah makan tahun nak kasi betul-betul elok.

At least ini tengah tunggu nak dibina. Yang Taman Manggis tak buat apa-apa langsung tak pula kamu bising?

K7L : Double standard betul...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk