06/04/2016

Kisah DAP, Jakel Dan DS Rosmah - Isu Yang Gagal Tutup Rasuah CM Penang?



Senang sungguh jadi Ahli Parlimen pembangkang. Cukuplah sekadar pandai membuat sesuatu isu mendapat paparan di muka depan media lidah pembangkang seperti Malaysiakini dan Roketkini. 

Gimik yang dimainkan oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng bersama veteran DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew dan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Young Syefura Othman, membuat laporan polis berkenaan di IPD Dang Wangi kira-kira pukul 11 pagi semalam adalah tindakan yang kurang matang dan berunsur melakukan laporan palsu.

Laporan polis yang dibuat oleh pemimpin pembangkang berkenaan ke atas Perdana Menteri, DS Najib Razak berhubung dakwaan bahawa beliau memindahkan sejumlah AS$14 juta (kira-kira RM55 juta) antara tahun 2011 dan 2014 ke gedung fesyen tempatan Jakel Trading. Laporan ini adalah berdasarkan butiran perbelanjaan DS Najib yang diterbitkan oleh akhbar The Wall Street Journal minggu lalu.

Kah Kah Kah! Ini betul punya lawak. Yang difahamkan kepada Keris semua pembelian di Jakel adalah untuk asnaf, anak yatim, ibu tunggal dan macam-macam lagi, Ada baju raya anak yatim.

Ada juga untuk pemaidani masjid. Ada untuk NGO bagi pada yang memerlukan. Ini semua bukan apa. Hanya salah satu cubaan bagi menutup kelemahan dan pendedahan skandal rasuah yang semakin menggila. 

Lim Guan Eng kemungkinan besar akan meletakkan jawatannya dan akan disiasat. Bayangkan tekanan bukan sahaja datang daripada luar malahan ahlinya sendiri minta dia bercuti sementara disiasat.

Apapun kita tunggu dan lihat apa lagi gimik yang mereka akan berusaha untuk lakukan demi menutup cerita Lim Guan Eng. Ramai betul orang-orang kanan LGE diguna pakai untuk menjadi kambing hitam bagi membuat gimik?

K7L : Lepas ini isu apa pulak?..

2 ulasan:

  1. sekali lagi musuh Najib memalit ludah ke muka sendiri. mengesahkan Najib hbiskan wang untuk bantu rakyat bukan beli banglow no swimming pool atau simpan duit haram di hongkong...mcm tokong dapig

    ReplyDelete
  2. Dapigs benchi jualan meningkat sharikat Muslim..kalau beli Dapigs punya mesti puji melangit

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk