11/04/2016

Perda Jawab Tuduhan Dalam Masa Sehari! Guan Eng Kenapa Lari #SkandalRasuah ?



PERDA bukan sebuah agensi untuk mengaut keuntungan, malah penubuhannya lebih kepada membantu rakyat terutamanya di kawasan luar bandar dengan menyediakan rumah kos rendah dan mampu milik yang tidak bersandarkan kepada keuntungan.

Sebelum ini Guan Eng mengatakan PERDA kerugian lebih kurang RM15 juta, ia adalah satu perkara yang tidak sepatutnya dipertikaikan kerana RM15 juta yang dimaksudkan itu adalah perbandingan perolehan dengan nilai semasa.

Nilai semasa tanah itu lebih kurang RM16 juta tapi PERDA menjualnya pada harga RM1.42 juta. Kalau dilihat memang ada perbezaan hampir RM15 juta tapi keuntungan itu sebenarnya akan dinikmati bakal pembeli rumah di situ kerana ia akan dijual jauh lebih rendah.

PERDA menjual tanah berkenaan pada harga RM1.42 juta dengan meletakkan syarat kepada pemaju membangunkan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik berharga antara RM42,000 dan RM72,000.

Jika PERDA menjual tanah berkenaan pada harga nilai semasa maka rumah yang akan dibina akan dijual pada harga RM400,000 dan RM1.2 juta, sekali gus tidak dapat membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Oleh itu, perlu difahami nilaian keuntungan RM15 juta yang sepatutnya diperoleh oleh PERDA telah diagihkan kepada 250 bakal pembeli melalui harga jualan rumah yang jauh lebih rendah.

 

Apapun kita respek dengan Datuk Shabudin yang tidak lari dan terus menjawab dalam masa sehari. Tak perlu nak buat provokasi dalam Parlimen sehingga dihalau, tak perlu ajak minum kopi dan tak perlu cakap belit-belit.

Pasal PERDA kira selesai dan sudah dapat jawapan yang jelas. Yang masih belum jelas adalah kes rasuah banglo yang dibeli dengan harga dibawah pasaran serta penjualan tanah Taman Manggis yang dilihat wujud kepentingan.

K7L : Mana mau lari LGE?...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk