25/04/2015

PRK Permatang Pauh 4 Penjuru - Rakyat Mahu Perubahan Atau Terus Ditindas Pakatan?




Empat penjuru. 4 orang bertanding untuk PRK Permatang Pauh. Selain daripada Suhaimi Sabudin, calon terbaik BN, yang lain ialah Salleh Isahak, 53, Azman Shah Othman, 50, dan Wan Azizah veteran tua daripada PKR.

Ingatkan 18 penjuru tadi sebab ramai dengarnya tidak setuju dengan pencalonan Wan Azizah, calon recycle tahap teruk daripada PKR. Tengok muka Azmin Ali tahu yang dia pun tak mahu Wan Azizah bertanding sebab menjadi liabiliti kepada PKR.

Tak apa kita akan terus ikuti PRK Kali ini. Rakyat kena bijak dalam membuat pilihan. Tak salah jika pilih Suhaimi untuk lihat ada kesan atau tidak pada Permatang Pauh yang lebih menguntungkan rakyat.

Wan Azizah dah penah buktikan dia gagal jadi ahli parlimen sebelum ini termasuk sesuka hati letak jawatan untuk beri kepada suami dia. Sebagai seorang wakil rakyat, itu namanya tidak amanah dan menghina undi rakyat kepada dia dulu.

Apapun calon BN nampak segak dan berkarisma!


 

K7L : Semoga BN menang di Permatang Pauh...

21/04/2015

PAS Tak Mahu Tolong PKR - PasMa Hulur Bantuan! #LawakPAS



Haha! Punyalah teruk sangat nafsu uda nak jadi Presiden dan berlagak seperti Presiden sebuah parti yang disayangi PR, PasMa memang kipas kaw-kaw. Mereka ini jugalah antara orang-orang yang bertindak menolak hudud yang ingin dilaksanakan PAS di Kelantan.

Impian PAS sejak dahulu lagi terutama Arwah Nik Aziz yang bercita-cita besar untuk melaksanakan hudud di Kelantan kini seolah terhalang, bukan daripada UMNO tetapi daripada kalangan PAS sendiri.

Umum tahu PKR telah menyatakan 'stand' berkaitan hudud iaitu mereka tidak akan menyokong sama sekali. Kemudian PAS marah, namun bukan semua. Jadi mereka yang segelintir ini bertindak kipas PKR dan DAP untuk mendapat tempat dalam PR melalui NGO yang mereka anggap macam parti.


PAS Permatang Pauh dah bagi kata dua pada PKR berkaitan Pilihanraya Kecil kali ini. Ada pulak PasMa yang juga ahli PAS cuba jadi hero nak salurkan bantuan. PAS kena fikir sendirilah masa PRK kali ini.

Siapa kawan dan siapa lawan. Siapa penipu dan siapa yang ditipu.

K7L : Jangan aniaya orang. esok mati susah...

PasMa Hentam Syarat PAS Permatang Pauh Pasal PRK Permatang Pauh?


 

PAS Permatang Pauh dan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang dibidas PASMA Malaysia kerana telah memberi syarat dan kata dua kepada PKR berkaitan dengan Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan itu. AIDC kata :

PASMA Malaysia dalam kenyataannya semalam menyifatkan kedua-dua organisasi PAS itu sebagai anti Pakatan Rakyat (PR).

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang DiPertua PAS Permatang Pauh menunjukkan sikap yang tidak setiakawan dalam menghadapi musuh.

“Ugutan yang dikeluarkan oleh beliau patut diambil tindakan oleh PAS Pusat kerana bercanggah dengan kenyataan sebelum ini yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang,” bidas PASMA.

Selain itu PASMA turut membuat tuduhan dengan mendakwa pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) yang lalu, PAS Permatang Pauh telah melakukan pembelotan dengan memberi undi kepada calon BN, Dr Mazlan Ismail dan bukannya kepada calon PKR, Anwar Ibrahim.

Ini berdasarkan sentiman, Dr Mazlan adalah bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.

“Dalam PRU 13 yang lalu memang golongan ini telah berpakat dengan calon BN iaitu Dr Mazlan yg merupakan bekas Ketua DPP PAS Pulau Pinang.

“Sebab jumlah pengundi BN bertambah lebih kurang 10,000. Awasi pengkhianat yang akan terus dilakukan dalam PRK Permatang Pauh kali ini.

“PASMA akan terus membantu PR menghadapi tektik penipuan yang acap kali dilakukan BN,”dakwanya lagi.

Pada Ahad, Haji Omar Hassan, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh dalam kenyataannya berkata pihaknya memberi syarat kepada PKR agar menarik balik kenyataan yang pernah dibuat bahawa parti itu tidak akan menyokong Rang Undang-Undang Presendirian tentang hudud yang akan dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu, PAS Permatang Pauh menuntut PKR membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka terhadap perkara tersebut.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah menuntut Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang memohon maaf di atas kebiadapan mereka mendesak Hadi berundur sebagai Presiden PAS.

Mohd Yusni berkata, pihaknya tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan berhubung pergerakan jentera PRK Permatang Pauh jika permintaan mereka tidak dipenuhi.

“Bagi saya senang saja, minta maaf dulu kemudian baru kita jumpa (bincang),” katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

AMK Pulau Pinang pada 26 Februari lalu membuat kenyataan secara terbuka dengan meminta Hadi meninggalkan PAS kerana didakwanya liabiliti kepada PR menerusi tindak-tanduk yang ‘mesra UMNO’.

Kenyataan itu dibuat oleh Khairil Anuar Kamarudin, Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang.
Khairil Anuar juga turut memperburuk-burukkan kepimpinan Hadi yang didakwanya sebagai seorang pemimpin yang gagal.

“Beliau (Hadi) juga harus sedar kegagalan mempertahankan Terengganu pada 1999-2004. Ketika beliau menjawat jawatan Menteri Besar. 

Tidak lupa juga kegagalan mempertahnkan Kedah pada PRU 13 yang lalu dan kegagalan beliau menghalang kewujudan pertandingan tiga penjuru seperti di DUN Sungai Acheh,” kenyataan Khairil Anuar dipetik. 

K7L : PasMa dah jadi PKR ke?..

DAP Tak Hormat Warga Kurang Upaya! - Inilah Sikap Sebenar Cauvinis DAP Perak!



Nak tahu sikap sebenar orang DAP terutama di Perak? Tengok gambar di atas. Tak ada langsung kesedearan sivik dalam hati mereka. Yelah! Pemimpin pun dah macam gitu, memang anak buang pun sama kurang ajar.

Kesedaran terhadap kemudahan yang disediakan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) memang tak ada dalam diri orang DAP. Mereka ini amat pentingkan diri sendiri.

Pihak pengurusan hipermarket serta kawasan Rehat dan Rawat (R & R) memang menyediakan petak parkir bagi OKU. 

Bagi hipermarket, petak-petak ini sepatutnya memudahkan OKU untuk bergerak dari kenderaan yang membawa mereka ke pintu masuk hipermarket sebelum menuju ke bahagian jualan dan bagi kawasan R & R lebuh raya, ia memudahkan mereka yang kurang upaya bergerak menuju ke kedai makan atau tandas.

Mereka sedikit pun tak ambil endah. Kalau perkara sebegini pun merea tak ambil pusing. Kalau masalah rakyat ingat mereka ada kisah?

K7L : Tolak PR = Tolak DAP..

20/04/2015

Kenyataan DAP Pasal Hudud - Khas Buat PAS Penang!




Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 24 Mac 2015.

Pada 23 Mac 2015, Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP telah dengan sebulat suara menetapkan bahawa:

1. DAP menegaskan semula komitmen kepada Pakatan Rakyat sebagai gabungan pentadbiran yang mewakili aspirasi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan, yang berhasrat untuk membina Malaysia baru berdasarkan nilai-nilai asas seperti kebebasan, keadilan, demokrasi, integriti dan martabat manusia. DAP juga mengulangi pendirian bahawa semua parti komponen Pakatan Rakyat harus berpegang kepada semangat Dasar Bersama melalui muafakat yang berkisar pada amanah dan sifat saling menghormati dalam Majlis Pimpinan PR.

2. DAP menolak pelaksanaan undang-undang hudud kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan. Tambahan pula, rakyat Malaysia yang menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum yang lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud tetapi untuk Dasar Bersama. Justeru, setiap 37 Ahli Parlimen DAP akan menolak Rang Undang-undang Persendirian berkenaan dengan hudud yang dibentangkan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

3. DAP berasa kesal atas tindakan tidak jujur dan tidak bermaruah Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bekerjasama dengan UMNO untuk melanggari semangat konsensus serta Dasar Bersama yang lantas meletakkan Pakatan Rakyat dalam bahawa, yakni:

a) Pengkhianatan Hadi terhadap keputusan bersama yang dibuat dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat atas pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Pakatan Rakyat untuk jawatan Menteri Besar Selangor, sehingga mengakibatkan krisis besar yang berlarutan dan hampir menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.;

b) Kegagalan Hadi untuk menepati kata-kata sendiri semasa Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari 2015 bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 2015 akan dibincangkan pada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada masa depan;

c) Pembentangan Rang Undang-undang Persendirian oleh Hadi pada 18 Mac 2015 tanpa terlebih dahulu membentangkan kepada Jawatankuasa Pusat PAS serta Majlis Pimpinan PR.

4. DAP tidak boleh berkerjasama dengan Presiden PAS seperti Hadi Awang yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah. DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau. Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam keadaan terawang-awang. DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR untuk membincangkan nasib Pakatan Rakyat pada masa depan.

5. UMNO telah menghasut PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan pada 27 Mac 2014 semasa sidang Parlimen dengan menjanjikan sokongan Kerajaan Persekutuan. DAP menggesa agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak melengahkan masa lagi dan membuat pendirian jelas dan tegas sama ada akan menyokong atau menolak enakmen hudud di Kelantan, serta menjelaskan peranan Adun-adun UMNO Kelantan dalam menyokong rang undang-undang hudud. Najib juga harus menyatakan sama ada beliau menyokong Rang Undang-undang Persendirian yang dibentangkan oleh Hadi.

LIM GUAN ENG

Sumber : Roketkini

K7L : PAS masih nak tolong DAP dan PKR?.. pasal tuduh UMNO hasut tu kelakar..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk