19/10/2017

Peraturan Asas Politik Di Malaysia Oleh Penyokong Pakatan!



1. Kalau mahkamah isytiharkan Pakatan menang, keadilan terbela. Kalau mahkamah isytiharkan Pakatan kalah, maka hakim itu dirasuah dan di kawal oleh BN

2. Kalau pemimpin BN beli banglo di bawah harga pasaran dari orang yang buat bisnes dengan kerajaan negeri, pemimpin tu perasuah dan layak ke penjara. Kalau pemimpin Pakatan beli banglo di bawah harga pasaran dari orang yang buat bisnes dengan kerajaan negeri, tu adalah pendakwaan terpilih.

3. Kalau EXCO negeri BN di tangkap kerana rasuah, dia mesti kena letak jawatan masa tu jugak tapi kalau EXCO Pakatan kena tangkap rasuah, dia tak payah letak jawatan pun.

4. Kalau pemimpin atau orang UMNO cakap pasal keturunan atau asal usul, BN ni rasis, tapi bila Pengerusi Pakatan hina kaum tu sebagai lanun, suruh balik tempat asal, takpe dia boleh je cakap macam tu.

5. BN je yang kena declare siapa penderma, tapi Pakatan tak perlu declare pun.

6. Kalau projek hospital BN yang menelan belanja sebayak RM150 juta dan melebihi deadline, BN ni kuat rasuah, tapi kalau projek Pakatan yang telan kos RM305 juta untuk report saja dan RM6.34 bilion projek, dengan lambat siapnya, deadline ke laut, Pakatan tak main rasuah, rakyat tak boleh tanya kenapa projek tu tak siap-siap.

7. Kalau BN tuduh Kit Siang akan kawal Perdana Menteri atau jadi Perdana Menteri jika dorang menang sebab dorang ada jumlah kerusi parlimen yang paling tinggi, BN tu rasis. Kalau pemimpin DAP kata, gunakan Melayu untuk jahanamkan Melayu, tu bukan rasis.

8. Kalau BN tak nak terima cabaran debat dari Pakatan, BN ada sembunyi sesuatu, BN penakut. Kalau pemimpin Pakatan tolak cabaran debat dari BN, sebabnya si pencabar tu bukan VIP.

9. CEC DAP adalah satu badan mutlak yang akan menentukan siapa ahli politik yang salah gunakan kuasa atau perasuah, bukan mahkamah atau SPRM yang tentukan.
10. Kalau Pakatan bagi sumbangan duit kepada rakyat tu adalah tanda prihatin pada rakyat, tapi kalau BN yang kasi, dorang kata tu dedak.

11. Kalau Pakatan bagi duit kepada persatuan-persatuan Islam, mereka adalah orang yang pertahankan Islam tapi kalau BN bagi duit kepada JAKIM dorang cakap BN galakkan keganasan.

12. Kalau Pakatan negeri kutip cukai hotel (dorang panggil cukai katil) boleh je sebab nak promote pelancongan tapi kalau kerajaan BN kutip cukai hotel dorang kata Kerajaan BN dah nak bankrup.

13. Kalau ada yang kutuk BN secara online, dia akan di anggap hero walaupun dorang spam dengan cerita-cerita tipu, sebabnya Pakatan banyak duit nak tabur, tapi kalau ada orang kutuk Pakatan dengan bukti yang kukuh dia tu pemakan dedak atau cybertrooper.

K7L : Punya bodoh gaya fikir...

Mahathir BR1M Rasuah - LGE BR1M Akan Tetap Bayar


 

Bayangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengekalkan Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan menghapuskan GST sekiranya gabungan pembangkang memenangi PRU14 akan datang disokong DAP.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, perkara itu juga merupakan pendirian DAP dan menganggap GST sebagai punca kemusnahan ekonomi negara selama ini.

Menurutnya, kerajaan tidak perlu melaksanakan GST untuk memberikan BR1M kepada rakyat sebaliknya hanya perlu menjadi sebuah kerajaan yang bersih dan tidak mengamalkan rasuah.


Keris masih ingat Mahathir beria-ia kata BR1M itu rasuah. Siap tuduh mereka yang menerima sebagai penerima rasuah lagi. Tetapi pelik pula bila Guna Eng kata BR1M akan diteruskan.


Apa cerita kejap rasuah kejap tidak. Mula kata tak bagus tiba-tiba kata nak teruskan pula. Ini semua wayang. Cukai naik macam orang gila nanti. Hati-hati masa mengundi. Akhirnya tergadai segala kerana janji palsu dan berubah-ubah mereka. 

K7L : Kaki Kroni dengan Kaki Rasuah lain ke?..

Kit Siang Sembunyi Cita-Cita Sebenarnya! - Salled Said Keruak




Walaupun semua penafian olehnya, Lim Kit Siang tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa beliau adalah pemimpin de facto DAP dan DAP, dengan jumlah kerusi terbanyak, yang membuat keputusan dalam Pakatan Harapan. 

Maksudnya beliau akan menentukan siapa yang menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi PRU14 dan sebagai pemimpin de facto parti dengan bilangan kerusi yang paling banyak, pilihan semulajadi bagi Perdana Menteri akan menjadi Kit Siang sendiri.

Kit Siang dengan bijak telah mengetepikan Anwar Ibrahim dari jawatan tertinggi dan berjaya menggunakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyamarkan hasrat politiknya. 

Itulah sebabnya Mahathir sangat sensitif mengenai perkara itu, dan setiap kali seseorang bercakap mengenai Kit Siang menjadi Perdana Menteri, beliau akan menjadi orang pertama yang menafikan dakwaan itu dan mempertahankan Kit Siang.

Semasa Pakatan Rakyat dibubarkan, Kit Siang yang membuat keputusan itu bersendirian dan Kit Siang yang memutuskan untuk menamatkan hubungan dengan PAS walaupun PKR enggan. 

Sejarah Pakatan penuh dengan contoh di mana Kit Siang dan bukannya Pakatan yang memutuskan apa yang berlaku. Ini akan diulang dalam kes siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan menang pilihan raya umum. Rekod prestasi Pakatan sendiri telah membuktikannya.

Kini realitinya DAP 'tangan yang menggerakkan' semua. Sebab itu PAS tahu tentang perkara ini dan tidak lagi bersama. Cuma Keris masih berasa aneh tentang PAS Selangor, mana mungkin mereka mahu kekal sebagai Exco Negeri biarpun dimaki dan dicaci oleh DAP dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri?

K7L : Yunus Hairi sokong DAP?..

Malaysia Nak Bina Hospital Lapangan Bukan Hospital Besar Di Cox's Bazar!



Malaysia mempertimbang cadangan untuk membuka hospital lapangan di Cox’s Bazar bagi pelarian Rohingya mendapatkan rawatan.

Hasrat itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Bangladesh, AH Mahmood Ali dan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerja di Luar Negara Bangladesh, Nurul Islam di Dhaka semalam.

Bdnews24.com melaporkan, Mahmood Ali memuji tidakan berani Malaysia menyokong pelarian Rohingya yang ditindas rejim Myanmar.

Katanya, Bangladesh mengalu-alukan cadangan Malaysia untuk membuka hospital lapangan di Cox’s Bazar dalam menyediakan khidmat kesihatan kepada 300,000 pelarian Rohingya.

Jelas Mahmood Ali dalam taklimatnya kepada Zahid, lebih setengah juta pelarian Rohingya baharu tiba ke negaranya sejak 25 Ogos lalu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhannya lebih 900,000 pelarian Rohingya di Bangladesh.

Berikut adalah berita yang disiarkan baru-baru ini. Dan melalui berita inilah wujud sekumpulan beruk yang meroyan di FB dan Twitter. Mereka kata di Malaysia tak mahu bantu tapi orang luar beria-ia nak bantu.

Apa yang tak cukup di Malaysia? Kita bayar RM1 untuk pergi Hospital atau Klinik. Kalau kena bayar lebih itu untuk mereka yang gred tinggi. Itu tak campur yang pergi Hospital Swasta, itupun harga Swasta masih murah berbanding negara lain.

Bersyukurlah dengan apa yang ada. Berhenti cakap benda negatif untuk perkara-perkara yang baik. Adalah lebih baik Malaysia bantu bina Hospital Lapangan daripada bawa masuk ke Malaysia.

K7L : Rohingya di Malaysia boleh hantar ke Bangladesh tak?..

18/10/2017

Mahathir Sebut PM Perompak - Zaman Dia Confirm Kena Gam!



Ini bukan satu cerita buatan. Tetapi kisah benar tentang diktaktor seorang Perdana Menteri ketika itu. Sebab itu bila ditanya mengapa Mahathir memanggil Perdana Menteri sedia ada sebagai perompak, kata mereka itu adalah kebebasan bersuara.

Tetapi kalau di era Mahathir yang memerintah selama 22 tahun, hanya kerana M Nasir bertanyakan "Siapa Dr Mahathir?" beliau telah digam oleh Kementerian Penerangan. Ada yang kata itu adalah Tan Sri Mohamed Rahmat yang buat jika tidak kerana arahan maka semua ini tidak akan berlaku.

Bayangkan beliau masih Perdana Menteri Malaysia sekarang dan ada orang berucap di pentas reformasi dan berkata, Di mana Perdana Menteri adalah sorang perompak. Ialah mungkin kerana dia berasal dari lanun Kerala. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Kerala. Kami tak nak kamu. Kerana kamu adalah penyagak dan pencuri.

Bayangkan bagaimana nasib orang yang mengungkapkan ucapan di atas. Mungkin riwayat beliau berakhir di Penjara Kemunting kerana ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Rindu zaman Tun M?

K7L : Macam-macam Madey ni... 

Dulu Kutuk PAS Sekarang Kutip Derma Juga?




Dulu PAS kutip derma pakaiTin. Bukan main lagi DAP kutuk masa mereka mla bergaduh. Dituduh parti miskin yang rompak wang derma. Sekarang DAP pula tiru PAS, kutip derma bila buat ceramah. Tetapi orang orang DAP ini lebih senang nampaknya berbanding orang PAS.

Menajdi persoalan kemanakah wang tersebut akan disalurkan? Soal dana RM1.2 billion yang disebut oleh Zuhdi belum lagi dijawab DAP. Malah derma terbaru yang dikata sampai 1 billion itu pun masih belum dijawab DAP.


Paling hebat yang minta tolong derma adalah PAN, khadam utama DAP. Mat Sabu pun perompak wang derma Memali kan? Bagus sangatlah tu! Lepas ini mereka akan kaut dari rakyat. 

K7L :Kalau berkuasa entah bagaimana mereka tokak duit rakyat?..

Ustaz Fadzil Noor Pernah Doa Untuk Mahathir Supaya Lihat Kerosakannya




Demo anti-kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya. Pada mulanya, demo berkenaan disasarkan sejumlah 100,000 orang walaupun ikut lojik, padang itu hanya mampu memuatkan 10,000 orang sahaja.

Malaysiakini lapor 1,500 orang sahaja hadir, manakala Kelab Che Det pula menghentikan siaran facebook live bila mendapati padang kosong dan tiada orang.

Namun pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad dalam kenyataan kepada media sebelum ini yakin demo berkenaan akan mampu menarik perhatian ramai, apatah lagi beliau beria-ia kononnya mahu memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malangnya hasrat Mahathir itu tidak kesampaian apabila himpunan tersebut tidak mendapat sambutan. Walaupun ramai pemimpin besar Pakatan Harapan hadir namun penyokong mereka tidak teruja untuk hadir bersama-sama dengan pemimpin mereka.

Meskipun macam-macam acara disediakan termasuk persembahan muzik dan jualan makanan menerusi food truck, tapi ia tidak berjaya menggamit orang ramai. Hanya tujuh food truck yang datang walaupun sebelum ini ada 100 buah truck dijanjikan penganjur.

Pengurusan himpunan juga tidak bagus, tiada jualan baju-t seperti himpunan-himpunan yang diadakan oleh pembangkang sebelum ini. Sampai Kit Siang sendiri kena promosi jualan baju.

Malah Mahathir Mohamad sendiri tidak mampu menjadi daya penarik untuk menarik orang ramai menyertai himpunan berkenaan. Ketika beliau berucap pada waktu petang, sekutunya Lim Kit Siang telah meninggalkan himpunan itu lebih awal.

Waktu Mahathir berceramah pada waktu malam pula, ramai yang sudah beredar meninggalkan padang. Kit Siang pula dilihat tertidur dan bermain telefon ketika Mahathir sedang berceramah.

Ini bukan kali pertama, Kit Siang tidak layan ceramah Mahathir. Dalam program Nothing To Hide 2.0 pada Ogos lalu, Kit Siang turut meninggalkan majlis sebaik sahaja Mahathir berucap. Selepas Kit Siang beredar, terus kerusi dan selipar terbang datang.

Melihat kepada peserta yang hadir yang tak sampai pun 5,000 orang, maka sudah pasti ia mengecewakan Mahathir. Beliau pasti rasa terhina kerana himpunan anjurannya itu adalah paling gagal, sejak Bersih 1 hingga Bersih 5.

Ketika Hadi Awang ketuai Bersih 1 iaitu menjelang PRU12, ramai yang hadir. Begitu juga ketika Anwar Ibrahim ketuai Bersih 3 menjelang PRU13, ramai yang hadir. Kini, bila Mahathir ketuai demo kleptokrasi menjelang PRU14, hanya 4,000 orang yang hadir.

Bayangkan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 semakin hampir, himpunan yang diadakan pula gagal. Dah tentu pembangkang hilang punca, momentum yang mereka mahukan tidak menjadi.

Sudah bermacam-macam cara dilakukan tapi gagal. Mahathir juga gagal menarik perhatian ramai sedangkan beliau dianggap sebagai "aset utama" oleh pembangkang. Demo kleptokrasi ini adalah demo pembangkang yang paling gagal sekali.

Dan hari ini benar kata Ustaz Fadzil Noor. Di hujung usia Mahathir dia melihat sendiri kerosakan yang dia buat. Masa dalam UMNO punya ramai dia buat musuh. Dia keluar UMNO dia tuduh macam-macam pada Presiden. Macam dia seorang sahaja yang bileh jadi Presiden. 

K7L : Itu yang sudu lebih dari kuah.. Muhyiddin Presiden tapi Mahathir yang cakap banyak?..

Himpunan Klepetokrasi Hanya Dry Run - Kini Pakatan Sedang Goyang?



Himpunan Anti-Kleptokrasi: Pemimpin Pembangkang Celupar, Label Kerajaan Gila, Cilaka & Tak Siuman

1. Himpunan anti-kleptokrasi lalu gagal dan memalukan seluruh kepimpinan pembangkang yang hadir. Hanya 4,000 sahaja kehadiran daripada jangkaan awal sebanyak 100,000 orang. Tambahan lagi, ada hadirin yang balik ketika Dr Mahathir memberi ucapan.

2. Lebih memeritkan apabila mereka tidak dapat berbohong kali ini kerana beberapa rakaman video yang diambil dari udara mematikan segala angka kehadiran yang direka dan dicanang oleh penganjur. Jumlah kehadiran 25,000 orang yang dinyatakan oleh pihak penganjur juga menjadi bahan lawak rakyat.

3. Sungguh memalukan, kepimpinan pembangkang hanya pandai mengutuk dan menghina Perdana Menteri, padahal pembangkang kini sebenarnya pernah mengutuk sesama sendiri sebelum ini.

4. Keceluparan Lim Guan Eng DAP tidak dapat disangkal lagi apabila menuduh kerajaan sedia ada sebagai 'gila'. Dalam ucapan pendek di perhimpunan tersebut, sebanyak 18 kali beliau menggunakan perkataan 'gila' dan beberapa lagi perkataan biadap seperti 'cilaka'.


5. Tetapi dalam masa yang sama, kroni tegar Kit Siang DAP ini menyatakan bahawa mereka 'berjanji akan mengekalkan BR1M'. Polisi 'kerajaan gila' inilah yang disokong oleh Guan Eng DAP!

6. Kenyataan Guan Eng yang menyokong polisi 'kerajaan gila' ini sekaligus telah memperlekehkan kenyataan Dr Mahathir yang sebelum ini 'mengingatkan rakyat bahawa pemberian BR1M merupakan rasuah dan salah di sisi undang-undang.'

Satu pihak kata BR1M rasuah dan satu pihak lagi berjanji akan mengekalkan polisi 'kerajaan gila' itu. Hakikatnya, kita boleh nampak pihak manakah yang gila sebenarnya.


Sumber: KLX

17/10/2017

Ab Rashid Jadi Pengerusi SPR Zaman Mahathir! Jangan Lupa!



Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman ialah seorang pesara kakitangan awam warganegara Malaysia berketurunan Melayu yang pernah memegang jawatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sejak 17 November 2000 hingga 30 Disember 2008.



Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak is the sixth and current Prime Minister of Malaysia. He was sworn into the position on 3 April 2009 to succeed Abdullah Ahmad Badawi

Rashid bercakap tentang siapa sebenarnya? Akhirnya Mahathir sendiri yang terasa dan terkena dengan ucapan Rashid? Rakyat kena tahu tahun bila Rashid jadi Pengerusi SPR dan ketika siapa menjadi Perdana Menteri.

K7L : Bukan DS Najib jadi siapa?..

Mahathir Sahkan Penjawat Awam Tak Sebulu Akan Dibuang Jika PH Menang?



Buang Penjawat Awam, Mahathir Teruskan Perjuangan DAP Yang Belum Selesai

Mahathir pernah bersajak "tiada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah, tiada yang lebih menyedihkan dari melihat bangsaku dihina" pada Mei 1996.

Sekarang barulah ramai orang faham apa bangsa Mahathir yang sebenar. Mahathir bukan menangis untuk orang Melayu tetapi untuk bangsa dia, Kerala. Dia sanggup hina orang lain dan laksanakan perjuangan DAP demi anak anak dan kroni dia.

“Sebab itu kita tidak boleh terima sama sekali kerajaan yang ada sekarang ini, bahkan ada kakitangan kerajaaan tertentu yang perlu disingkir oleh kita juga” kata Mahathir ketika berucap di Demo Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017.

Saranan Mahathir untuk membuang penjawat awam di Putrajaya ini disambut dengan sorakan yang kuat di padang pada malam itu oleh penyokong penyokong DAP. Mahathir berkata kerajaan Barisan Nasional yang berada di Putrajaya sudah tidak boleh diterima olehnya. Malah ‘kita” juga akan singkirkan kakitangan awam.

“Kita” itu merujuk kepada siapa? “Kita” itu adalah gabungan DAP, PPBM, PKR dan PAN. Ketua ‘kita’ itu adalah Kit Siang. Mahathir kita sanggup buat sahaja demi tuannya iaitu DAP.

DAP memang sudah lama berhasrat membuang penjawat awam yang ada di Putrajaya. Itulah perjuangan DAP sejak 2011 lagi. Dalam Sinchew Daily News pada 1 November 2011, Tony Pua pernah berkata jika pembangkang dapat perintah kerajaan pusat, maka satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” akan dilaksanakan.

Pada 24 Oktober 2013, Kit Siang berkata “Kakitangan awam di Malaysia adalah yang tertinggi di dunia”. Perlu dibuang kerana membazir duit rakyat.

Pada 22 Oktober 2016, ketika menganalisis “Bajet 2017”, Penang Institute menyatakan terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam. Penang Institute yang dibiayai oleh kerajaan DAP Pulau Pinang mencadangkan supaya penjawat awam dibuang sejumlah 1.2 juta orang.

Pada 24 Oktober 2016, Tony Pua, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara menyarankan agar kerajaan membenarkan sebahagian penjawat awam terus dibayar gaji, tetapi mereka tidak perlu bekerja bagi mengurangkan masalah lambakan penjawat awam.

Tony Pua menyifatkan jumlah penjawat awam di Malaysia adalah terlebih berbanding negara lain. Ahli Parlimen DAP itu bercakap demikian dalam satu forum berbahasa Mandarin bertajuk ‘Menganalisis Bajet 2017” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

DAP konsisten menyatakan mahu membuang penjawat awam. Mereka mahu hapuskan GST dan membuang kakitangan awam dilihat sebagai satu cara penjimatan bagi mereka untuk tampung kekurangan hasil akibat GST.

Kini Mahathir menyambut baik apa yang diperjuangkan DAP itu untuk membuang kakitangan awam di Putrajaya. Untuk rekod, jumlah penjawat awam sekarang adalah bersamaan 5.5 peratus daripada penduduk negara ini. Malah majoriti jumlah kakitangan awam itu adalah berbangsa Melayu.

Inilah perjuangan sebenar DAP. Mahu orang Melayu disingkir daripada Putrajaya dan menggantikan penjawat awam itu dengan orang orang mereka. Gantikan dengan orang dari Kerala dan wilayah Fujian duduk berkhidmat di Putrajaya.

Senanglah nanti untuk menjayakan agenda Kerala dan Fujian. Kerala sudah lesapkan RM32 billion, Fujian juga sudah lesapkan berjuta di Pulau Pinang. Teringin juga Fujian mahu lesapkan jumlah yang besar seperti yang dibuat Kerala.

Dulu Mahathir digelar “Ultra Melayu”, kini Mahathir sudah jadi “Ultra DAP”. Sanggup buat apa sahaja demi DAP. Bahkan sanggup derma DAP sampai RM1 billion semata mata hendak dapat jawatan Pengerusi Pakatan Harapan.

1.6 juta penjawat awam di Malaysia harus “seriau” dengan agenda tersembunyi Mahathir dan DAP ini. Jika mereka terus sokong Pakatan Harapan, berkemungkinan periuk nasi mereka akan hilang.

Penjawat awam wajib terus menyokong pentadbiran Najib Razak, pasti akan lebih banyak lagi insentif khas untuk mereka. Kalau bersimpati kepada Mahathir, tunggulah padahnya.

Ramai orang Melayu akan kena buang di Putrajaya, merempatlah di tanahair sendiri. Jangan beri peluang kepada DAP untuk memerintah Putrajaya. Padah akibatnya kepada agama, bangsa dan negara.

K7L: Terima kasih beruang biru..

@Ahmad_Idham Kena Terima Cerita Tak Laku Bukan Salah Ekonomi!



Filem Pencuri Hati Mr. Cinderella arahan sutradara terkenal Ahmad Idham Nadzri yangdibarisi barisan pelakon Atikah Suhaime dan Haliza Misbun nampaknya tidak dapat mencuri perhatian peminat filem Melayu.

Filem tersebut hanya mampu meraih RM100,000 sahaja sejak ditayangkan 10 Ogos lalu selepas habis ditutup ikut Syarat Wajib Tayang yang ditetapkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Jadi alasan yang diguna[akai oleh Ahmad Idham tak masuk akal. Secara tiba-tiba dia kaitkan dengan ekonomi yang lemah dan tidak menentu.

 Ahmad Idham ada cakap keadaan kurang mendapat sambutan itu kemungkinan berpunca daripada ekonomi Malaysia tidak menentu menganggu prestasi kutipan filem beliau.

Namun pendapat Ahmad Idham itu, disangkal oleh netizen yang bertanya kembali bagaimana filem keluaran Skop Production Sdn. Bhd. lakonan pelawak Zizan Razak boleh mengutip sebanyak RM5 juta dalam masa hanya lima hari sekiranya ekonomi tidak menentu.


Rata-rata berkata zaman kegemilangannya sudah berakhir apabila ramai sudah ‘muak’ dengan filem bertemakan cinta bahkan tiada idea baharu yang boleh membuka minda.

Kredit : Utara News

Kini Tombirou pun meletup kumpul RM2 Juta dalam masa 4 hari. Masih nak kata sebab ekonomi? Apapun Keris berharap Ahmad Idham terus berkarya dan berhenti 'main politik' sebab ia tidak menguntungkan. 

K7L : Daripada kutipan RM100K tu ada Keris.. Keris pergi tengok...

Mahathir Dah Jadi Gila - Hina Keturunan Bugis Ingat Boleg Menang?



“ DI MANA PERDANA MENTERI ADALAH SEORANG PEROMPAK,
IALAH MUNGKIN KERANA DIA BERASAL DARI LANUN BUGIS,
ENTAH MACAM MANA DIA SESAT SAMPAI KE MALAYSIA,
PERGI BALIKLAH KE BUGIS,
KAMI TAK NAK KAMU,
KERANA KAMU ADALAH PENYANGAK DAN PENCURI ”.

Tun Mahathir Mohamed
14/10/2017



Hina Keturunan Bugis, Mahathir Mesti Minta Maaf

Perbuatan biadab Pengerusi PPBM, Mahathir menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berketurunan Bugis adalah biadap dan keterlaluan.

Mahathir berkata "Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis."

Mahathir mengeluarkan kenyataan itu, ketika berucap dalam perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi anjuran pembangkang di Padang Timur MBPJ, pada hari Sabtu lepas.

Mahathir sudah melakukan perbuatan paling teruk dalam sejarah politik beliau apabila kini sudah mengutuk dan mengejek keturunan seseorang apatah lagi keturunan seorang Perdana Menteri dan Raja Raja Melayu. Tindakan Mahathir ini dilihat cukup rasis sekali.

Mahathir yang selalu mudah lupa kena tahu bahawa keturunan Bugis merupakan golongan terawal yang berada di Tanah Melayu dalam sejarahnya. Bekas Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah, Datuk Osman Jamal berkata kenyataan yang dibuat oleh Mahathir amat mengecewakan dan menyinggung ramai pihak.

Datuk Osman Jamal yang sudah 31 tahun menerajui persatuan itu berkata, jika tiada permohonan maaf terbuka dibuat oleh Mahathir, maka pihaknya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

"Saya sudah melihat video ucapan itu. Sebagai seorang Melayu keturunan Bugis, kenyataan itu sangat mengecewakan. Beliau sendiri selalu mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa hormat menghormati antara satu bangsa dengan yang lain”.

"Malah, tindakan menghina bangsa seorang pemimpin tidak harus dilakukan demi perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika beliau enggan memohon maaf, maka segala rasa hormat kami kepada beliau sudah tiada," katanya dalam laporan Berita Harian.

Dalam sejarah awal Tanah Melayu, Bugis memainkan peranan penting kerana terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik. Raja Ali, anak Daeng Chelak Raja Lumu telah dinobatkan sebagai Sultan Selangor yang pertama.

Perhimpunan pada hari Sabtu diadakan untuk kononnya untuk menentang kleptokrasi akhirnya menjadi medan caci hamun dan menghina pemimpin. Di padang itu juga, bendera Malaysia dipelekehkan oleh peserta demo. Selain itu, ada seorang peserta demo yang meletakkan gambar karikatur Datuk Seri Najib di bola dan menyepaknya.

Di pentas ceramah pula, Mahathir mempersendakan orang Bugis dengan gelaran yang tidak sepatutnya. Mahathir bukan sahaja hina Najib tetapi juga keturunan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abduk Razak Hussein.

Penghinaan Mahathir diikuti sama oleh pemimpin lain dalam Pakatan Harapan (PH) menunjukkan mereka juga menyokong perbuatan tidak keji oleh Mahathir itu. Terutamanya pemimpin DAP yang memang sudah diketahui memang kurang ajar dan biadap.


Di pentas yang sama juga, Guan Eng dalam ceramahnya menghina Najib sebagai sudah gila. Yang sebenarnya gila adalah Guan Eng. Hanya orang gila yang meroyan dan tidak boleh menjawab dengan baik soalan soalan yang mudah mengenai isu banjir, isu kilang haram, isu kos terowong dan lain lain lagi isu di Pulau Pinang.

Mahathir mesti memohon maaf segera atas kenyataannya yang menghina keturunan Bugis. Penghinaan terhadap Bugis itu telah mengguris hati rakyat Malaysia yang berasal dari Bugis. Raja-Raja Melayu juga ada yang berketurunan Bugis. Secara tidak langsung, Mahathir juga menghina keturunan Raja Raja Melayu.

Persatuan Bugis Johor pula sudah membuat laporan polis supaya menyiasat dan mengambil tindakan ke atas ucapan Mahathir yang disifatkan menghina dan rasis.

Yang Dipertuanya, Datuk Awang Mohamad berkata, kenyataan Mahathir yang menyebut Bugis itu lanun, mengguris hati seluruh masyarakat Bugis di Malaysia dan Nusantara yang jumlahnya kira-kira 6 juta orang.

"Kita mengutuk kenyataan biadap Tun Dr Mahathir yang menyebut Bugis itu lanun. Kita sudah membuat dua laporan polis dan akan diikuti beberapa laporan lagi supaya Tun Dr Mahathir memohon maaf secara terbuka," katanya.

Mahukah Mahathir minta maaf secara terbuka dan tarik balik kenyataanya itu? Rakyat jangan beri peluang lagi kepada Kerala ini dalam pilihan raya akan datang. Satu undi wajib diberi pada Barisan Nasional sebagai balasan geng Kerala dan Fujian yang suka menghina orang ini.

K7L : Celaka punya Mahathir..

Siapa Tahu Rafizi Pergi Mana Masa Himpunan #KleptokrasiAbahKau



Mungkin ramai yang tidak perasa tentang ketidakhadiran Rafizi Ramli, Pemfitnah Utama daripada PKR yang sering kalah di mahkamah kerana fitnah dan tohmahannya. Ke mana Rafizi pada hari tersebut?

Samada Rafizi tidak hadir kerana tidak lagi sebulu dengan beberapa kepimpinan PKR dan PAN yang telah menyerang dia sejak dua menjak ini kerana telah menjadi liabiliti kepada kempen Pakatan Harapan.

Ataupun Rafizi sendiri diarahkan untuk tidak menghadirkan diri supaya tidak memberi kesan negatif kepada himpunan tersebut. Atau Rafizi nak beritahu tanpa kehadirannya sudah pasti 'crowd' tidak akan ramai?

Apapun kita sedang melihat kecelaruan kepimpinan didalam Pakatan Harapan. Mereka tidak lagi bersama biarpun untuk program yang besar. Semua nak tunjuk belang dan besar kepala masing-masing.

Persoalan yang kita perlu jawab. Mana Rafizi masa itu?

K7L : Dia pergi bayar diri sendiri kot?..

Isu Pesta Arak - Exco PAS Selangor Sedia Letak Jawatan?


 

Isu Pesta Arak di Selangor sebenarnya tidak akan habis. Kerana kita tahu tahun depan pesta yang sama juga akan berulang dan pesta tersebut seperti menjadi pesta ulangtahun pula sehinggakan MB Selangor pun setuju dengan kelulusan PBT terhadap pesta tersebut.

Persoalan yang ingin Keris tekankan adalah tentang prinsip dan kedudukan 3 Exco Kerajaan Negeri Selangor daripada Parti PAS. Ketiga-tiga mereka yang ada portfolio dalam Kerajaan Negeri Selangor dikatakan tidak bersetuju dengan pesta arak tersebut.

Tetapi apakah bantahan mereka itu hanya sekadar menitip di tepian bibir sahaja untuk menjadi pemanis mulut rakyat Selangor? Jika tidak menyokong keputusan MB Selangor mengapa masih duduk semeja?

Atas alasan apa lagi mereka ingin kekal sebagai Exco Kerajaan Negeri jika suara mereka ditong-sampahkan? Kini kita masih menunggu samada Exco Kerajaan Negeri Selangor daripada PAS akan meletakkan jawatan mereka atau terus sokong MB Selangor.

K7L : Saari Sungib keluar sebab ada prinsip.. 3 Exco PAS?

16/10/2017

Siapa Sebenarnya Yang Amalkan #KleptokrasiAbahKau? #KekalNajib


 

Akhirnya terjawab sudah tentang sokongan terhadap Pakatan Harapan. Hanya 2000 pada awalnya dan campur sini sikit sana sikit dapatlah 5000 orang yang hadir ke Himpunan penuh Kelepet diketuai oleh Mahakelepet.

Yang pergi hanya mereka yang rela ditipu dan telah tepu pemikiran jumud mereka. Kalau perasan ramai juga pemimpin merek ayang tidak hadir. Kenapa? Kerana mereka pun rasa himpunan itu buang masa.

Di Kuala Langat ada ADUN yang tak pergi, katanya dia diarahkan untuk pergi namun dia kata itu semua hanya syok sendiri. Bukankah ini satu benda yang rakyat perlu tahu. Dan ada juga ADUN yang cakap Mahaklepet sebenarnya 'penganut kleptokrasi' yang sebenar.

K7L : Sekarang siapa yang mengamalkan Kleptokrasi?

Kepeningan Pakatan Harapan - Siapa Yang #KELEPETokrasi Sekarang?




Ini apa cerita gang-gang Harapan Kelepet yang tak habis-habis menipu. Mereka ingat rakyat Malaysia bodoh sangat ke untuk terus percaya bulat-bulat segala pembohongan yang mereka sebarkan?

Terlalu banyak perkara yang silap berlaku. Sehinggakan Keris merasakan kesilapan mereka 'dicipta' untuk menutup kesalahan sebenar. Contoh apabila mereka kantoi menipu dalam CEC DAP sehingga digantung keputusannya, mereka jawab itu kesilapan Excel bukan ada komplot.

Walhal konspirasi untuk menjadikan Keluarga LIM sebagai pemegang dinasti DAP punca mereka menyusun atur kemenangan yang akhirnya menipu ramai ahli DAP.

Kemudian Ketua Menteri Pulau Pinang cuba menipu rakyat Pulau Pinang selepas menipu ahli DAP dalam CEC DAP. Sehingga hari ini kisah Terowong masih membelenggu kita semua. Haga tak masuk akal termasuk kajian Terowong yang sampai sekarang tak siap-siap. Bila kantoi bab harga tak masuk akal, dikatakannya silap taip pula!

Dan terbaru DAP menipu bersama rakan-rakannya PPBM, PAN dan PKR cuba berbohong tentang kehadiran penyokong mereka yang ibarat hidup segan mati tak mahu. Kononnya puak PPBM bangga rata-rata yang hadir orang Melayu, tidakkah mereka terfikir DAP seperti tidak kerahkan penyokong mereka untuk hadir seperti Bersih? Mereka kata 25 ribu orang tetapi media menyatakan hanya 8 ribu orang yang hadir. Apakah mereka silap kira pula?

Apapun terlalu banyak 'Silap' yang berlaku. Bayangkan kalau mereka perintah negara. Janganlah kita silap memilih pada PRU14 nanti. #HapusPengklepetokrasi

K7L : Badut-badut politik..

Mat Sabu Salahkan Budak Muda Yang Tak Mahu Jadi Bengap Macam Dia?



Dek kerana kekurangan orang selepas PAS yang mereka hina selama ini tidak turun padang menyokong Himpunan Kletokrasi, Presiden PAN berkata :


"Kalau majlis ceramah seperti ini, anak-anak muda kurang gemar dan mereka lebih gemar untuk berarak di jalan raya," katanya ketika ditemui pemberita sejurus tamat himpunan berlangsung.


Jika sebelum ini, pihak penganjur buat pengumuman kehadiran program itu adalah seramai 25 ribu orang. Tetapi laman portal rasmi Pakatan pula melaporkan hanya seramai 8 ribu sahaja yang hadir.

Namun begitu jumlah sebenar mereka yang hadir tak sampai pun 5 ribu orang, hanya lebih kurang 5 peratus daripada jumlah sasaran asal yang dinyatakan oleh puak Pakatan Haprak tu sebelum ini.



Macam mana anak muda nak sokong kalau semua badut-badut politik ini yang berdiri di atas pentas? Himpunan 5 ribu orang? Lebih baik duduk rumah daripada buang masa melayan badut politik.

K7L : Mahathir = It?

Tahniah Himpunan #KleptokrasiAbahKau - 2% Sahaja Hadir Daripada Sasaran?




Gagal! Gagal! Gagal! Itulah laungan yang terbaik untuk Himpunan yang diketuai oleh PPBM. Kononnya ramai yang akan hadir malahan yakin 100,000 orang akan hadir berdemo.

Pakatan Harapan kena terima bahawa itulah sokongan mereka selepas mereka hanya mencari salah dan tidak buat kerja. Cerita meletup bagai nak gila akhirnya yang hadir 2000 orang dan paling ramai setelah menjelang petang tak sampai 5000 orang pun.

Kalau nak dinisbahkan dengan pengundi seluruh Kuala Lumpur pun, satu Parlimen punya undi pun tak sampai. Sampai pukul 6 petang pun tak ada apa yang jadi. Padang yang becak sebenarnya bukan faktor untuk dijadikan alasan.

Ceramah yang dijadualkan pada jam 4.00 petang pun dibatalkan, hanya lagu sahaja dimainkan untuk membuatkan orang terus berada di atas padang. Himpunan buang masa ini sebenarnya sudah tidak perlu wujud pun di Malaysia.

K7L : Tak ada penyokong PAS apa rasa?..

14/10/2017

#KleptokrasiAbahKau - Himpunan Paling Hipokrit!



HIMPUNAN PEMBANGKANG PALING HIPOKRIT

1. Himpunan Selamatkan Malaysia Hapuskan Kleptokrasi anjuran Pakatan Pembangkang yang dijadualkan berlangsung hari ini merupakan himpunan politik yang paling hipokrit pernah mereka lakukan.


2. Perkataan 'Kleptokrasi' yang mereka gunakan pertama kali disebut oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang bertujuan memfailkan saman yang sehingga kini gagal membuktikan sebarang perkaitan dengan YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak.

3. Ketua de facto Pakatan Pembangkang, Lim Kit Siang juga mendakwa bahawa Dato' Sri Najib memalukan negara atas kesalahan kleptokrasi ternyata tidak benar sama sekali apabila Dato' Sri Najib telah diberikan layanan VIP sepanjang beliau berada di sana.

4. Yang menjadikan perhimpunan ini antara yang paling hipokrit yang pernah mereka lakukan adalah kerana di pihak Pakatan Pembangkang sendiri tercalit beberapa skandal salah laku yang sehingga kini langsung tidak diperjelaskan.

5. Suatu ketika dahulu, sebelum Tun Mahathir menyertai pakatan ini, pemimpin pembangkang sering kali menuduh dan menyelar beliau dengan pelbagai pertuduhan.

6. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di atas pentas sering kali menuduh Tun Mahathir sebagai bapa segala korupsi, nepotisma dan kronisma malah sering mempersoal kekayaan anak-anaknya yang luar biasa termasuk pernah menulis artikel yang bertajuk 'Why Mahathir is Malaysia’s worst ever prime minister?'

7. Lim Kit Siang juga pernah menggelarkan Tun Mahathir sebagai individu no.1 paling rasis dalam negara, pernah mendesak supaya kerajaan melakukan siasatan terhadap insiden kerugian RM30 bilion Bank Negara dan pernah menganggap Tun Mahathir sendiri sebagai pengkhianat negara!

8. Presiden PAN, Mat Sabu pula di atas pentas ceramah secara terang-terangan mendakwa segala kerosakan yang berlaku di negara kita ini adalah akibat perbuatan Tun Mahathir dan menggelarkan beliau sebagai 'Bapa Pelingkup Negara'.

9. Tetapi, apabila Tun Mahathir berpakat dengan mereka, seolah-olah 'dosa-dosa' yang mereka tuduh itu terampun secara tiba-tiba.

10. Tidak cukup setakat itu, Pakatan Pembangkang ini dengan rasa tidak segan silu melakukan perhimpunan atas nama 'Selamatkan Negara'.

11. Saya melihat ini adalah perhimpunan pembangkang yang paling hipokrit pernah dilakukan setakat ini dengan keadaan di pihak mereka sendiri yang masih bergelumang dengan pelbagai skandal yang tidak terjawab seperti isu terowong Pulau Pinang, isu rumah banglo yang dibeli di bawah harga pasaran, isu derma orang ramai yang digunapakai oleh syarikat kepunyaan sendiri dan pelbagai lagi.

12. Ini merupakan usaha tipu daya pakatan pembangkang untuk mengelirukan rakyat namun saya percaya rakyat cukup arif untuk melihat dan menilai segala apa yang diperkatakan oleh pihak pakatan pembangkang adalah hipokrit kerana pada akhirnya yang benar-benar perlu perkara yang perlu diselamatkan di dalam negara kita ini adalah daripada fitnah dan tipu daya pakatan pembangkang.


K7L : Macam macam hal..

Bapa #KleptokrasiAbahKau Malaysia vs Ekonomi Malaysia Sekarang


 

Laporan terbaru Bank Dunia adalah baik untuk BN, bukan sebaliknya.

Saya merujuk kepada artikel baru-baru ini yang bertajuk "Laporan terkini Bank Dunia adalah khabar buruk untuk BN" di mana penulis itu dipetik sebagai "Athena Athena adalah pembaca The Malaysian Insight".

Walaupun saya menghormati keputusan The Malaysian Insight untuk membolehkan pembaca anda menyuarakan pendapat mereka, saya percaya penelitian dan pengawasan yang lebih baik harus diambil untuk mengelakkan propaganda yang jelas bermotivasikan politik yang mengelirukan untuk diterbitkan.

Dari ayat pertama, artikel itu sudah salah. Pautan ke laporan Bank Dunia yang diberikan dalam artikel (http://(http//www.worldbank.org/en/region/eap/publication/east-asia-pacific-economic-update) pergi ke laporan yang tidak mengatakan sebarang perkara yang negatif tentang Malaysia.

Malah, satu-satunya nama Malaysia dipetik dalam pautan itu ialah "Thailand dan Malaysia dijangka tumbuh dengan lebih pesat berbanding daripada jangkaan, ekoran eksport yang lebih kukuh, termasuk pelancongan untuk Thailand, dan peningkatan pelaburan untuk Malaysia."

Bagaimana itu dianggap "berita buruk untuk BN" adalah satu misteri besar.

Artikel itu kemudian menyebut bahawa Bank Dunia berkata pertumbuhan Malaysia akan perlahan pada 5% pada tahun 2018 dan 4.8% pada tahun 2019.

Bagi negara berpendapatan pertengahan atasan, yang mana adalah kategori untuk Malaysia, pertumbuhan 4.8% dan 5% dianggap sangat baik.

Sebagai contoh, lihat Singapura, Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura meramalkan ekonominya berkembang antara 2% hingga 4% sehingga tahun 2020, manakala Bank Pembangunan Asia meramalkan ekonomi Singapura berkembang pada 2.7% pada 2018.

Baru sahaja minggu lepas Bank Dunia mengadakan taklimat media di mana ia diumumkan bahawa ia telah meningkatkan ramalan pertumbuhan Malaysia untuk kali kedua tahun ini.

Tahun lepas, Bank Dunia telah meramalkan Malaysia berkembang hanya 4.3% pada 2017. Ia menaikkan ramalan pertumbuhan itu kepada 4.9% pada bulan Jun dan kemudian menaikkannya sekali lagi kepada 5.2% minggu lepas.

Dalam taklimat media itu, pakar ekonomi Kumpulan Bank Dunia Richard Record telah banyak memuji ekonomi Malaysia dan membuat kesimpulan: "Melangkah ke hadapan, prospek kekal positif kerana ekonomi Malaysia terus mengalami pertumbuhan yang luas dalam banyak sektor yang pelbagai. Permintaan domestik dijangka kekal sebagai faktor utama pertumbuhan, disokong oleh pertumbuhan yang kukuh dalam perbelanjaan sektor swasta."

Oleh itu, adalah munasabah untuk menjangkakan Bank Dunia untuk juga menaikkan ramalan KDNK kita untuk tahun 2018 dan 2019 dalam masa yang terdekat - memandangkan peningkatan dua kali kita tahun ini serta pertumbuhan kukuh yang kita alami pada masa ini.

Lebih mengecewakan lagi adalah komen Athena Athena mengatakan bahawa "tidak seperti negara jiran Asianya, Malaysia masih belum memasuki sama ada G20 atau kumpulan dengan KDNK pada trilion dolar (sasaran terbaru Barisan Nasional ialah trilion ringgit)."

Ini menunjukkan bahawa "Athena Athena" mempunyai pemahaman yang sangat cetek tentang bagaimana KDNK berfungsi.

Semakin besar populasi sesebuah negara, semakin besar jumlah KDNK negara.

Memang benar bahawa Indonesia, dengan penduduknya seramai 261 juta dan hampir lapan setengah kali ganda lebih besar daripada Malaysia, mempunyai KDNK hampir AS$1 trilion (RM4.23 trilion).

Walaupun Thailand mempunyai penduduk yang lebih daripada dua kali ganda jumlah penduduk Malaysia, KDNK Thailand masih jauh dari AS$1 trilion dan berada pada AS$407 bilion pada 2016 berbanding AS$296 bilion untuk Malaysia.

Sebagai perbandingan, KDNK Singapura pada 2016 adalah AS$297 bilion - masih jauh dari AS$1 trilion.

Satu cara yang lebih baik untuk membandingkan Malaysia dengan jiran kita adalah dengan menggunakan KDNK per kapita dan bukannya KDNK. Penggunaan metrik ini akan menunjukkan bahawa KDNK per kapita Malaysia masih jauh di hadapan Thailand dan Indonesia.

KDNK Malaysia dalam nilai dolar AS telah terjejas oleh kadar pertukaran yang lemah tetapi mengetepikan kesan daripada kadar pertukaran yang naik dan turun itu, KDNK Malaysia dengan menggunakan istilah Parity Power Purchasing (PPP), istilah yang lebih banyak digunakan, telah menunjukkan pertumbuhan yang sangat baik sejak tahun 2009.

Motif Athena Athena dalam "suratnya" sebagai propaganda yang mengelirukan juga tidak tercapai kerana dia menulis " Kadar pengangguran belia Malaysia telah meningkat hingga 12.1%" dan kemudian memberikan pautan ke halaman statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Sekiranya pembaca klik pada pautan yang disediakan olehnya, mereka akan melihat bahawa purata global untuk pengangguran belia adalah 13.56% - menunjukkan bahawa Malaysia berada di bawah purata global.

Walaupun kerajaan meneruskan langkah-langkah untuk menyelesaikannya, pengangguran belia pastinya bukanlah satu masalah yang unik hanya kepada Malaysia, dan juga bukanlah isu yang baru, kerana ia telah wujud sejak zaman Tun Mahathir.

Malah, pautan yang sama yang diberikan olehnya akan menunjukkan bahawa purata kadar pengangguran belia untuk negara-negara OECD adalah 14%, bagi semua negara yang diklasifikasikan sebagai berpendapatan tinggi ialah 15.2% sementara untuk seluruh kawasan Euro ialah 23.6%.

Bukti bahawa artikel Athena Athena adalah tidak lebih daripada propaganda pembangkang adalah apbila dia menyatakan bahawa "PM Najib terkenal kerana memalsukan data ekonomi dalam ucapannya" dan memberikan pautan kepada artikel yang ditulis oleh bekas pembantu kepada bekas Menteri Besar PKR Selangor.

Sekiranya anda klik pada pautan yang dia berikan dan membacanya, anda akan mendapati bahawa artikel itu tidak mengatakan apa-apa mengenai PM Najib "memalsukan data" tetapi hanya analisis statistik tertentu yang juga tidak dipetik Najib dalam ucapannya.

Mari kita memberi tumpuan kepada prestasi sebenar kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh PM Najib.

Sejak tahun 2009, ekonomi Malaysia telah mengetepikan Kemelesetan Global Besar pada tahun 2008 - yang paling teruk sejak kemelesetan tahun 1930-an - dan kejatuhan 70% dalam harga eksport komoditi utama kita dan terus berkembang sementara mengekalkan kadar pengangguran yang rendah.

Dalam 48 tahun dari tahun 1963 hingga 2011, pertumbuhan tahunan ekonomi Malaysia telah melepasi Singapura hanya lima kali manakala Singapura mengalahkan kita sebanyak 43 kali.

Tetapi sejak tahun 2011, kita telah mengatasi Singapura selama enam tahun berturut-turut dan seperti mana yang diramalkan Bank Dunia, akan terus mengatasi jiran kita sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun akan datang.

Lima kali dalam 48 tahun berbanding enam tahun daripada 6 (setakat ini). Anda kiralah sendiri. Keputusan tidak menipu.

Ini tidak berlaku secara tidak sengaja tetapi adalah hasil dari dasar yang betul dan transformasi ekonomi yang sukar tetapi perlu dan membetulkan banyak kesilapan dasar masa lalu dalam kerajaan Mahathir.

Tanpa memberi kesan kepada kebebasan akhbar, saya mendesak pasukan The Malaysian Insight menjadi lebih kritikal terhadap surat seperti itu dari pembaca pada masa akan datang untuk menghalang portal anda yang semakin berkembang itu daripada menjadi platform untuk "berita palsu" atau propaganda yang jelas mengelirukan.

Semua rakyat Malaysia harus membaca laporan Bank Dunia yang terbaru itu secara keseluruhan untuk membuat kesimpulan mereka sendiri sama ada laporan Bank Dunia adalah berita baik atau berita buruk bagi Barisan Nasional.

(pautan: https://openknowledge.worldbank.org/bitstream/handle/10986/28396/9781464812095.pdf?sequence=2&isAllowed=y "

Ia adalah berita baik dengan pujian yang hebat dari Bank Dunia ke atas ekonomi kita, pembaharuan dasar kita, dan prospek akan datang kita.

Link asal artikel:
https://www.themalaysianinsight.com/s/17930/


K7L : Kleptokrasi Abah Kau!..

13/10/2017

Ceramah Hapus Kleptokrasi Dihadiri 16 Orang Sahaja?


 

Nampaknya Aura Mat Sabu yang pernah membuat aksi lucu membaling mikrofon di atas pentas tidak memenuhi citarasa mereka untuk hadir mendengar ceramah bodoh daripada Pakatan.


Bercakap dihadapan 16 orang sahaja sebenarnya memberi tamparan hebat kepad mereka. PAS yang selama ini menjadi 'crowd support' tidak ada maka mereka menanggung akibat tidak ada lagi pendengar setia ceramah mereka.

Selama hari ini kita dengar macam mereka terlalu ramai ahli, walhal psuing-pusing hanya mereka sahaja yang ada. Apapun tahniah orang Bagan Serai, kerana sudah muak dengan cerita dongeng daripada Pakatan.



K7L : Kesian....

Guan Eng Takut Nak Buat CEC - Bimbang Kalah?



Ini bukan cerita baru. Ini semua cerita 4 tahun yang sudah. Satu Malaysia tahu tentang kegagalan DAP adakan mesyuarat CEC, ramai ahli DAP yang membantah pemilihan CEC yang diadakan sebelum ini. 

Persoalan yang perlu dijawaba adalah - Mengapa tidak buat awal sejak 2013 lagi? Mengapa tangguh dan tangguh sehingga dekat hendak PRU14 baru hendak buat? DAP sudah jadi parti haram lama sudah. Kalau ikut peraturan lama sudah DAP layak diharamkan.

Sama macam dua kes rasuah Guan Eng yang masih ada di mahkamah. Mengapa Guan Eng tidak mahu selesaikan segera? Mahu tunggu November 2017 baru hendak selesaikan kes rasuah? Kalau tidak bersalah dan yakin ada bukti untuk membebaskan diri sendiri, Guan Eng tidak perlu tunggu lama.

Alasan yang diberikan oleh Guan Eng di atas, satu lagi alasan yang memualkan dari Ketua Menteri DAP Pulau Pinang ini. Selepas alasan yang sama mengenai kes kilang haram, kes banjir dan isu kajian terowong.

Rakyat Pulau Pinang masih mahu terima lagi Ketua Menteri DAP yang kuat menipu ini? Dia asal Melaka, apa sudah tidak ada langsung ADUN anak jati Penang untuk jadi Ketua Menteri?

K7L : Pilih BN.. pasti Anak Jati jadi KM Penang.

Cina Indonesia vs Cina Malaysia - Dr Ridhuan Tee Ulas!



Dr. Mohd Ridhuan Tee – MEMBACA tesis kedoktoran Aimee Dawis, warganegara Indonesia berbangsa Cina, bertajuk “Orang Indonesia Tionghua mencari identitas” begitu menarik perhatian saya. Orang Cina Indonesia sudah tidak lagi kelihatan seperti orang Cina seperti di Malaysia. Indonesia mengamalkan asimilasi secara paksaan bermula tahun 1965, apabila jatuhnya rejim komunis pimpinan Sukarno.

Suharto yang menggantikan Sukarno mengambil tindakan drastik memutuskan hubungan orang Cina Indonesia dengan negara asalnya secara kekerasan. Asimilasi dilaksanakan seratus peratus. Cara hidup orang Cina diubah sepenuhnya menjadi orang Indonesia termasuk dari segi nama, pakaian, bahasa, sambutan perayaan dan segala cara hidup yang lain. Rancangan televisyen, radio, filem, sekolah, makalah, perayaan kebesaran dan sebagainya yang ada berbau kecinaan diharamkan. Proses ‘pengIndonesiaan’ berlaku secara ekstrem. Tujuannya tidak lain, untuk membina sebuah negara bangsa. Hal ini tidak banyak bezanya dengan apa yang berlaku di Thailand dan Filipina, tetapi tidak seagresif Indonesia.

Hari ini, orang Cina Indonesia tidak lagi seperti orang Cina. Mereka tidak ada beza langsung dengan orang Indonesia dari cara hidupnya. Hatta, perkara-perkara kecil melibat istilah juga dijaga rapi. Orang Cina di sana tidak dipanggil orang Cina Indonesia tetapi dipanggil orang Indonesia Tionghua. Negara Indonesia didahulukan berbanding dengan bangsa.

Semua ini mengingatkan saya iklan 1Malaysia di kaca televisyen yang disiarkan saban hari. Antaranya berbunyi, “nama saya Saifuddin, saya orang Melayu, nama Pugalmani a/l Maniam, saya orang India, begitulah seterusnya seterus orang Cina, Iban dan sebagainya. Kenapa kita tidak dahulukan Malaysia seperti saya orang Malaysia Melayu, orang Malaysia Cina atau orang Malaysia India? Hari ini kita sibuk memperkatakan bangsa Malaysia. Tidakkah wajar perkara sebegini ini diteliti walaupun kelihatan ‘kecil’ oleh penerbit?

Saya lihat dari sudut lain, cara kita menamakan universiti sudah tepat iaitu Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak dan sebagainya. Kenapa kita tidak praktikkan istilah yang sama dalam konteks anak bangsa yang hidup bersama di sini?

Membandingkan Malaysia dan Indonesia, ternyata bukan Melayu di bumi bertuah ini cukup bernasib baik dan beruntung. Mereka masih boleh mengekalkan semua identiti mereka, tanpa diubahsuai dan langsung tidak diasimilasikan.

Semuanya mengingatkan saya kepada ceramah Profesor Rupert Brown daripada Univeriti Sussex, England baru-baru ini, mengenai dinamika akulturasi di negara lain, di kalangan minoriti atau imigran. Akulturasi bermaksud peminjaman budaya orang lain (majoriti) untuk diamalkan (minoriti) tetapi tidak kekal. Misalnya, bangsa minoriti meminjam budaya majoriti seperti pemakaian baju Melayu dan bersongkok oleh bukan Melayu. Sama juga, seperti orang Melayu memakai pakaian tradisi bukan Melayu dan sebagainya.

Persoalannya, adakah proses akulturasi sebegini berjalan dengan baik? Dari segi pemakanan, saya tidak menafikannya, seronok melihat rakyat Malaysia makan roti canai dan nasi lemak bersama-sama.

Pengalaman di negara lain menunjukkan akulturasi berjaya menyatupadukan rakyat. Berbanding dengan Malaysia. Kita masih lagi bertatih atau merangkak-rangkak. Ini kerana masih ada perasaan takut diasimilasikan.

Saya lihat orang Melayu lebih terbuka kepada proses akulturasi. Mereka tidak segan silu makan bersepit atau memakai pakaian bangsa lain. Sambutan Tahun Baru Cina akan menyaksikan segalanya bagaimana semangat 1Malaysia diraikan.

Tetapi saya jarang melihat bangsa lain mengakulturasikan budaya Melayu. Kalau adapun, hanya pada pemakaian baju kurung ketika majlis tertentu oleh kaum wanita. Lelaki bukan Melayu amat jarang sekali memakai baju Melayu penuh berbanding sekali sekala melihat orang putih memakainya. Bilakah agaknya kita dapat melihat keunikan akulturasi ini, meskipun asimilasi tidak dapat diterima lagi?

K7L : Jom muhibbah!..

12/10/2017

Apakah Reformis Sudah Lupa Apa Mahathir Buat Pada Anwar?



Gerakan reformasi ditubuhkan selepas Mahathir memecat timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

Mahathir menuduh Anwar tidak bermoral dan tidak sesuai untuk memimpin negara itu, manakala timbalannya itu mendakwa perdana menteri merekayasa tuduhan salah laku seks dan penyalahgunaan kuasa ke atasnya.

Berikutan pemecatannya dan pemenjaraannya, puluhan ribu penyokong Anwar turun ke jalanan dan menentang Mahathir, yang sering-kali mencetuskan pertempuran ganas dengan polis.

Susulan pembebasannya dari penjara, Anwar menubuhkan PKR dan kemudiannya menjadi ketua pembangkang serta ketua umum Pakatan Harapan hari ini.

Anwar, sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas tuduhan liwat lain, yang juga didakwanya direkayasa. Beliau kini bersetuju untuk bekerjasama dengan Mahathir untuk menumbangkan BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dan dengan tegas, Mahathir sekali lagi mempertahankan keputusannya untuk memecat Anwar pada tahun 1998.


Apakah PKR sudah lupa dengan kisah-kisah ini?

K7L : Mahafiraun..Mahazalim..

Ramasamy Tidak Yakin PKR atau PPBM Untuk Jadi PM Malaysia?




PROF RAMASAMY: LIM KIT SIANG CALON PM PALING LAYAK

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO


Prof Ramasamy dakwa, tiada calon yang paling layak jadi PM kecuali Lim Kit Siang. Menurutnya lagi, Lim Kit Siang berada di carta paling “atas” berbanding orang lain. Itulah pendapat bekas seorang pensyarah universiti yang juga dikenali sebagai “Prof samseng” setelah menjadi wakil rakyat DAP.

Kenyataannya itu mengesahkan lagi bahawa Lim Kit Siang memang bercita cita mahu menjadi Perdana Menteri atau pun menjadi agenda utama DAP kalau Pakatan Harapan memerintah.

Menurutnya lagi, Lim Kit Siang sudah lama berjuang. Sudah 52 tahun. 52 tahun? Masih boleh bertahan? Itu bermakna kalau dia jadi PM, dia akan jadi PM paling dikatator dalam sejarah Malaysia. Agaknya lebih diktator berbanding Tun M.

Kalau dalam DAP dia boleh bersikap kuku besi apakah perangai sama tidak berlaku bila dia jadi PM. Silap hari bulan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihidupkan semula. Sampai hari ini DAP tidak pernah mengecam Singapura kerana mengamalkan ISA sedangkan Najib sudah lama menghapuskannya.

Hairan sungguh, bagaimana Lim Kit Siang berada di carta paling atas sebagai Perdana Menteri paling layak. 


Mengulas apa yang dikatakan oleh Dato Puad Zarkashi. Keris lihat Prof Ramasamy meletakkan bahawa tiada calon yang paling layak di kalangan Harapan, menjadikan Mukhriz, Muhyiddin, Azmin, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim sendiri sebagai orang yang tidak layak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dipilihnya si tua nyanyuk yang sudah menjadi Dinasor Politik. Tidak mahu bersara langsung. Apakah DAP sebenarnya sudah mula tidak percaya dengan Harapan mereka?

K7L : Hilang akal apa?..

Najibnomics Buatkan Mahathir Marah Dan Hampir Sakit Membacanya? #KekalNajib




Adakah Najibnomik bagus untuk Malaysia?

Oleh:
Bruce Gale, BFM, 2 Oktober 2017

DJ: Pagi ini di Breakfast Grill, tetamu kita adalah Bruce Gale, pengarang buku bertajuk Economic Reform in Malaysia: The Contribution of Najibnomik. Selamat pagi Bruce dan selamat datang ke Breakfast Grill.

Bruce: Terima kasih.

DJ: Bruce, dalam buku anda, anda menyebut bahawa anda bukan orang pertama yang membuat istilah Najibnomik.

Bruce: Ya, benar.

DJ: Tetapi anda mempunyai definisi anda sendiri.

Bruce: Ya, betul.

DJ: Jadi, apakah maksud Najibnomik pada anda?

Bruce: Baiklah, untuk tujuan buku ini, saya memutuskan bahawa Najibnomik benar-benar memerlukan definisi. Anda tidak boleh hanya memutuskan bahawa ini adalah istilah yang bagus dan comel untuk dibicarakan tentang. Jadi, saya memberikannya satu definisi. Kepada saya, Najibnomik adalah amalan untuk meningkatkan daya tahan ekonomi dengan meneruskan dengan pembaharuan makroekonomi dan pentadbiran tanpa mengira kos politik jangka pendek mereka. Saya suka mengatakan bahawa ia adalah satu ciri kerajaan semasa, terutamanya Najib, kerana ia amat sukar untuk mencari kerajaan yang kekal meneruskan dasar ekonomi yang tidak popular, walaupun hakikat bahawa mereka mungkin akan kalah pada pilihan raya akan datang. Biasanya apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah ia akan menangguhkan dasar sedemikian atau mencari jalan untuk mengurangkan keseriusannya. Najib tidak berbuat sedemikian malah terus dengan polisi yang asal.

DJ: Jadi, dalam cara pengendalian, definisi iaitu kekal meneruskan atau pembaharuan, yang mana yang anda letakkan penekanan yang lebih besar, hakikat bahawa beliau mempunyai pembaharuan sedemikian atau hakikat bahawa beliau kekal meneruskannya?

Bruce: Itu soalan yang sangat baik. Saya tidak tahu mana yang lebih penting, saya akan katakan bahawa kedua-duanya benar-benar penting. Pembaharuan adalah penting, sama ada perdana menteri lain mungkin melakukannya dengan cara yang berbeza, tetapi pada saya, Najib sangat bersungguh-sungguh dengan ini, jadi saya perlu mengatakan bahawa kedua-duanya adalah penting.

DJ: Kerana misalnya, GST. Idea itu telah ada sebelum pentadbiran Najib.

Bruce: Ya, betul.

DJ: Betul. Jadi hakikat bahawa beliau yang melancarkannya, barangkali itu adalah kredit untuk beliau? Adakah itu yang kamu katakan?

Brice: Ya, maksud saya kembali ke era Mahathir, mereka ada bercakap tentang itu, maksud saya mereka mempunyai cukai jualan pada masa itu. Jika anda masih ingat, GST sebenarnya menggantikan cukai jualan. Pentadbiran Abdullah mula bercakap tentang GST tetapi Najib yang melaksanakannya. Ya.

DJ: Jadi pendek kata anda berpendapat bahawa Najibnomik adalah baik untuk ekonomi Malaysia?

Bruce: Secara keseluruhan, ya kerana apa yang kita ada sekarang adalah ekonomi yang lebih kuat berbanding ketika beliau mula-mula mengambil alih. Terdapat banyak dimensi untuk perkara itu, tetapi kita akan membincangkannya nanti.

DJ: Mari kita bincangkan alasan mengapa anda menulis buku mengenai Najibnomik ini dan adakah ada orang yang mengarahkan untuk projek ini dijalankan?

Bruce: Tiada arahan. Tiada siapa yang memberitahu saya untuk menulis buku ini atau meminta saya menulis buku ini. Ia adalah idea yang bermula, saya tidak tahu bagaimana idea datang kadang-kadang. Seperti yang anda ketahui, saya telah menulis buku lain mengenai politik dan ekonomi Malaysia tetapi itu adalah tahun-tahun yang lalu. Dan saya fikir saya patut mula melihat semula keadaan Malaysia. Saya menyedari bahawa Najib telah melakukan sesuatu yang nampak unik, iaitu dengan kekal meneruskan pembaharuan ekonomi walaupun ia jelas tidak popular, satu tindakan yang dengan jelas mungkin mengakibatkan beliau digulingkan. Dan maka anda bertanya, mengapa beliau melakukan itu? Maksud saya, bagaimana beliau boleh meneruskannya? Maksud saya adakah ia sesuatu yang penting? Dan saya merasakan bahawa orang ramai tidak melihatnya dalam konteks yang betul. Salah satu masalah dengan Malaysia hari ini ialah, apabila kita bercakap tentang ekonomi Malaysia, semua orang bercakap mengenai 1MDB, mereka bercakap mengenai Felda Global Ventures. Masalahnya ialah orang ramai melihat segala-galanya di Malaysia, dalam apa-apa dasar ekonomi melalui lensa itu, dan segala apa yang mereka lihat dalam politik Malaysia diwarnakan olehnya. Dan walaupun benar bahawa 1MDB dan Felda Global Ventures adalah penting dalam beberapa aspek, jika anda melihat pada gambaran makroekonomi, mereka sebenarnya tidak begitu penting seperti yang anda fikirkan, hanya kerana jumlah publisiti yang diberikan kepadanya

DJ: Tetapi apa yang salah dengan melihat pemerintahan Najib melalui lensa 1MDB atau FGV kerana jika katakanlah kita mengambil kira skala kontroversi 1MDB, ia merangkumi banyak negara dan angka yang terlibat dalam skandal itu juga adalah dalam puluhan bilion, maka adakah ianya tidak adil untuk melihat itu sebagai petunjuk utama ke mana arah tujuan dasar Najib?

Bruce: Itu sama sekali bukan petunjuk utama. Maksud saya, lihat 1MDB dan kita tahu bahawa pada permulaan tahun lepas, saya rasalah, apabila kerajaan sendiri mengumumkan bahawa saya rasa 1MDB mempunyai liabiliti sekitar RM50 bilion dan RM53 bilion dalam aset, ia adalah dalam kedudukan yang serius. Tetapi jika kita melihat tindakan kerajaan ke atas 1MDB, dari segi apa yang wajib dilakukan oleh kerajaan, mereka telah menjamin RM5 bilion dalam pinjaman, iaitu pinjaman yang diambil 1MDB, kerajaan telah berjanji untuk menjamin ia akan membayar balik mereka jika 1MDB tidak boleh membayar RM5 bilion itu. Tetapi jika anda melihat jumlah pinjaman yang dijamin kerajaan dalam pelbagai sektor swasta berkaitan kerajaan, kita bercakap tentang RM177 bilion berbanding RM5 bilion 1MDB. Ia adalah bahagian yang sangat kecil. Sekiranya anda ingin bercakap tentang betapa seriusnya RM177 bilion, maka mungkin kita tidak patut bercakap tentang 1MDB sama sekali kerana ia adalah sangat kecil. Kita harus bercakap mengenai skim pinjaman pendidikan negara, dan kita akan bercakap tentang pinjaman yang dijamin sebanyak lebih kurang RM30 atau RM35 bilion. Dan organisasi itu sedang menghadapi masalah. Ini kerana kita tahu bahawa pelajar tidak membayar balik pinjaman mereka. Itu adalah masalah yang serius. Dan jika hanya melihat kepada skalanya, itu adalah lebih serius berbanding 1MDB. Tetapi 1MDB mendapat publisiti mungkin atas alasan politik.

DJ: Atas sebab-sebab politik dan juga dakwaan korupsi (Bruce: Sudah tentu.) pada skala besar dan malah terdapat beberapa kenyataan negatif yang dibuat misalnya, dari Jabatan Kehakiman AS, betul? Jadi, jika anda membandingkannya dengan PTPTN, iaitu sistem pinjaman pendidikan tinggi negara, sekurang-kurangnya ada rakyat Malaysia yang mendapat faedah daripadanya iaitu dengan mendapatkan pendidikan, sementara dengan 1MDB, rakyat Malaysia tidak mendapat manfaat daripadanya. Bukankah begitu? Itu adalah persepsi di luar sana. Adakah itu pandangan yang adil?

Bruce: Okay, saya boleh terima itu. Maksud saya, tidak mengapa. Maksud saya, saya menulis buku mengenai keadaan makroekonomi di Malaysia, bukan tentang rasuah di Malaysia, walaupun itu sudah pasti adalah faktornya. Ia bukanlah satu fakta yang begitu serius untuk mewujudkan krisis makroekonomi besar-besaran.

DJ: Dan merujuk kepada buku anda, anda membezakan antara dasar makroekonomi dan politik Perdana Menteri. Jadi mengapa perbezaan ini perlu dan bagaimanakah anda membezakan kedua-duanya?

Bruce: Sukar untuk memisahkan kedua-dua mereka kerana rakyat Malaysia biasa tidak berbuat sedemikian. Maksud saya jika anda benar-benar mahu memahami ekonomi Malaysia pada hari ini, anda perlu berusaha, kerana jika anda melihat segala-galanya melalui lensa 1MDB, anda akan mengatakan negara ini dalam keadaan yang kucar-kacir dan bahawa negara sedang menghadapi krisis. Tetapi realitinya adalah sebaliknya. Pertumbuhan KDNK tahunan negara ini jauh melebihi purata global. Anda banyak mendengar orang bercakap tentang inflasi. Inflasi di bawah Najib, purata inflasi adalah sekitar 2.5%, yang mana adalah lebih rendah daripada inflasi purata bagi 45 tahun sebelumnya di Malaysia. Masalah saya adalah bahawa orang ramai tidak melihat isu-isu ini dalam konteks sejarah. Dan kita boleh membincangkan mengapa ini benar, mengapa orang percaya bahawa negara sedang menghadapi krisis. Maksud saya itu sendiri adalah satu persoalan.

DJ: Atau mungkin ia tidak berkaitan. Mengapa anda merasakan tiada kaitan antara kebaikan dasar mikroekonomi ini, Najibnomik, berbanding dengan sentimen berkaitan dengannya?

Bruce: Saya rasa satu sebab penting adalah bagaimana politik Malaysia telah berubah sejak 2008. Maksud saya, pada tahun 2008, kita melihat kerajaan kehilangan dua pertiga majoriti melalui pilihan raya buat kali pertama sejak tahun 1969, dan kita mempunyai pembangkang yang kuat di parlimen. Pembangkang ini mula membangkitkan perkara-perkara yang menjadi kelemahan negara dan sebenarnya, 1MDB bukanlah satu-satunya kelemahan dalam ekonomi. Maksud saya, kita boleh membincangkannya nanti kerana saya tidak mengatakan bahawa ekonomi Malaysia dalam keadaan sempurna. Saya hanya mengatakan ia semakin baik. Jadi, anda mempunyai pembangkang yang kuat yang menimbulkan perkara ini supaya ianya didengari. Dan perkara kedua adalah bahawa kita kini mempunyai internet dan media sosial, dan kita juga mempunyai surat khabar dalam talian yang boleh membangkitkan perkara ini. Oleh itu, bukan sahaja anda mempunyai pembangkang yang kuat, anda juga mempunyai cara supaya suara pembangkang boleh didengari.

DJ: Dan itu mungkin telah menjadi kritikan dalam buku anda. Betulkah?

Bruce: Ya, mungkin juga. Maksud saya, seseorang boleh mengatakan bahawa Malaysia lebih demokratik sekarang berbanding semasa kemerdekaan.

DJ: Selepas ini, kita akan mendalami isi buku anda dan mungkin bercakap mengenai kebaikan Najibnomik. Saya kini sedang mewawancara Bruce Gale, pengarang Economic Reform in Malaysia: The Contribution of Najibnomics.

DJ: Terima kasih kerana masih bersama kami. Saya Tan Chung Han dan bersama saya di studio ini adalah Bruce Gale, pengarang Economic Reform in Malaysia: The Contribution of Najibnomics. Bruce, pada separuh pertama, anda bercakap tentang bagaimana melalui lensa anda, anda melihat ekonomi Malaysia menjadi lebih baik. Apakah hujah yang menyokongnya?

Bruce: Anda hanya perlu melihat kepada fakta-fakta. Orang ramai bercakap tentang defisit fiskal. Apabila kita bercakap mengenai defisit fiskal, kita perlu membincangkannya sebagai sebahagian daripada KDNK, kerana itu adalah satu-satunya cara ia akan benar-benar masuk akal dan bukan hanya nilai mutlak. Jika anda berbuat demikian, pada tahun 2009, dengan melihat defisit fiskal sebagai sebahagian daripada KDNK ia adalah 6.7%. Pada tahun 2016, ia turun kepada 3.1%. Sekiranya kita hanya melihat pada perdagangan antarabangsa, kita akan dapat melihat bahawa walaupun eksport sebenarnya telah bertambah baik dan kita masih mempunyai imbangan positif, namun begitu ekonomi secara keseluruhan telah menjadi kurang kebergantungan pada perdagangan antarabangsa berbanding ketika beliau mengambil alih. Jauh lebih kurang kebergantungan, yang bermaksud bahawa sebarang kemelesetan dalam perdagangan antarabangsa akan memberi impak yang lebih rendah sekarang terhadap ekonomi Malaysia berbanding dengan 18 tahun yang lalu.

DJ: Tetapi apakah kebaikan makronekonomi ini jika ia tidak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia? Kerana, inflasi misalnya, inflasi telah memuncak pada kira-kira 5% pada bulan Mac tahun ini, peningkatan kos sara hidup, dan ini adalah isu-isu serius yang perlu dilalui oleh rakyat Malaysia setiap hari. Jadi, apakah yang bagusnya dengan eksport pada dua digit, apakah kebaikan pertumbuhan 4.5-5% KDNK jika rakyat Malaysia tidak mendapat faedah daripadanya?

Bruce: Saya rasa mereka akan mendapat manfaatnya kelak. Anda bercakap mengenai pertumbuhan sebanyak 5.7% ini. Itu bukan fenomena tahun ke tahun. Tahun ke tahun adalah lebih baik daripada itu. Saya juga ingin menegaskan bahawa kita membincangkan tentang GST apabila kita bercakap tentang kos hidup dan GST disalahkan untuk inflasi ini terutamanya apabila kita bercakap tentang segmen masyarakat yang lebih miskin, dan ini keranamereka yang banyak membayar untuknya. Tetapi jika anda melihat dengan lebih dekat, anda akan mendapati bahawa sebenarnya terdapat banyak perkara yang tidak tertakluk kepada GST. Maksud saya tidak ada GST ke atas beras, atau buah-buahan segar, atau daging dan sayur-sayuran, tidak ada GST ke atas tepung, gula, kopi, teh, formula bayi, semua jenis buku, dan semua ubat-ubatan yang disenaraikan dalam Senarai Ubat Nasional, tiada GST ke atas perkhidmatan roaming Telekom, tidak ada GST ke atas akhbar dalam talian, sekurang-kurangnya buat masa ini. Tetapi jika harga barang-barang itu naik, dan saya tidak akan menafikan bahawa kenaikan itu ada, ia bukanlah kerana tindakan kerajaan memperkenalkan GST.

DJ: Sekarang dalam program ini, kita telah mendengar banyak merit GST dan kami memahaminya. Tetapi kerap kali kebimbangan itu berpunca dari bagaimana hasil kutipan GST itu digunakan, dan ini membawa kita kembali ke tanah milik 1MDB, FGV kerana jika inisiatif ini, di bawah pentadbiran Najib, 1MDB khususnya, jika ini boleh berlaku, apa lagi korupsi atau pembaziran yang akan berlaku kerana dasar Najib? Pada asasnya, adakah dasar makroekonomi Najib bebas daripada risiko yang serupa memandangkan salah urus yang kita lihat dengan 1MDB, dengan FGV?

Bruce: Kami telah melihat salah urus dalam masyarakat Malaysia sejak lama dahulu. Ia bukanlah sesuatu yang baru. Ia hanyalah kerana ia mendapat lebih banyak publisiti sekarang. Saya tidak menafikan itu. Maksud saya sudah tentu kita harus melihat dan membincangkan kelemahan-kelemahan ini. Kita boleh bercakap tentang masalah dan korupsi dan pentadbiran Mahathirbahkan juga sebelum itu. Adakah anda tahu pada tahun 1957, sebelum kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman mempunyai masalah dengan Ahli Parlimennya kerana beliau memperkenalkan kepada mereka bajet defisit dan beberapa ahli Parlimen kerajaan mengancam untuk mengundi menentangnya dan menggulingkan kerajaan, namun Tunku Abdul Rahman berkata jika anda melakukan itu, saya akan meletak jawatan. Dan jika anda membaca surat khabar pada masa itu, anda akan melihat perbincangan mengenai pembaziran dalam kerajaan dan korupsi. Sebenarnya terdapat pemeriksaan rasmi kerajaan terhadap korupsi pada tahun 1955. Semua isu ini bukanlah perkara baru.

DJ: Betul, tetapi skalanya berbeza, saya rasa itulah yang paling merunsingkan orang sekarang. Walaupun korupsi mungkin berlaku lama dahulu, skala kontroversi 1MDB berbeza. Jadi ianya tidak adil...

Bruce: Tetapi sebelum kita bercakap mengenai 1MDB, saya ingin bercakap tentang RM5 bilion, iaitu tahap pendedahan formal kerajaan berbanding dengan keseluruhan ekonomi yang tidak sampai pun 0.01% itu. Biar saya beri contoh kepada anda. Pada bulan April tahun ini, apabila 1MDB menumpukan kepada orang-orang Timur Tengah, ada pertikaian di sana, agensi penarafan antarabangsa tidak terkesan pun. Mereka tidak mengubah penilaian mereka terhadap keupayaan Malaysia untuk membayar balik hutangnya kerana mereka tahu bahawa jumlah wang itu sangat kecil dalam gambaran keseluruhan. Saya bercakap tentang kesuluruhan gambaran. Terdapat buku mengenai 1MDB, tapi itu bukan buku saya.

DJ: Sudah tentu anda dapat melihat bahawa agensi penarafan antarabangsa ini, jelas mereka melihatnya melalui lensa yang berbeza.

Bruce: Mereka melihat pada keupayaan kerajaan untuk membayar balik kewajipannya.

DJ: Betul, bertentangan dengan rakyat Malaysia yang melihat dasar-dasar ini dan nampak adanya tekanan besar terhadap kos sara hidup. Jadi, sekali lagi, apakah bukti Najibnomik benar-benar bagus?

Bruce: 1MDB tidak ada kaitan dengan kos sara hidup. Ia tidak ada kaitan dengan kos sara hidup. Ini adalah percubaan kerajaan yang gagal untuk menggalakkan beberapa jenis pembangunan ekonomi.

DJ: Jadi anda menggambarkannya sebagai kekecewaan yang mahal.

Bruce: Ya.

DJ: Tetapi anda masih boleh menegaskan bahawa Najibnomik baik?

Bruce: Dalam konteks keseluruhan, ya. Kerana isu-isu ini kecil berbanding dengan yang lain. Maksud saya, anda sering juga mendengar orang berkata, anda tahu angka RM177 bilion yang saya rujuk sebelum ini, apa yang akan berlaku sekiranya semua syarikat itu bankrup dan kerajaan terpaksa membayar mereka, apa yang akan berlaku? RM177 bilion adalah bersamaan dengan 16% daripada KDNK negara. Kerajaan semasa mempunyai pinjaman hutang secara langsung bersamaan dengan sekitar 54% daripada KDNK. Anda menambah kedua-duanya, dan anda masih mempunyai jumlah yang jauh lebih rendah dari segi KDNK berbanding dengan apa yang Malaysia ada pada tahun 1990. Mereka mempunyai nisbah hutang kepada KDNK sebanyak 80% yang tidak termasuk liabiliti kontingen yang baru saja ditambah. Pada tahun 1980-an, hutang kepada KDNK Malaysia melebihi 100%. Apabila orang bercakap mengenai hutang hari ini di Malaysia, mereka tidak mempunyai konteks sejarah ekonomi. Dan jadi mereka fikir keadaaan sekarang tidak baik.

DJ: Namun pada masa yang sama, jika kita melihat dengan lebih dekat angka-angka itu, anda lihat beberapa ‘accounting gymnastics’ misalnya, pentadbiran Najib telah memindahkan beberapa hutangnya, pinjaman perumahan oleh penjawat awam, ke entiti berasingan supaya ada penelitian yang lebih dekat pada kenaikan item bajet.

Bruce: Itulah liabiliti kontingen. Itulah angka yang saya berikan kepada anda sebelum ini.

DJ: Selain itu ada kenaikan emolumen, gaji dan pencen, dan lain-lain untuk penjawat awam yang sentiasa meningkat. Kembali pada tahun 2010, sekurang-kurangnya bajet 2010, ia berjumlah RM42 bilion. Bajet 2017, tahun ini naik sehingga lebih RM77 bilion. Itu adalah peningkatan lebih daripada 80% dalam 8 tahun. Bagaimanakah ini dasar fiskal yang kukuh?

Bruce: Sekali lagi, anda lihat gambaran keseluruhan. Anda perlu melihat defisit fiskal sebagai sebahagian daripada KDNK. Dan sebagai sebahagian daripada KDNK, ianya menurun. Jadi gambaran keseluruhannya, tidak mengatakan bahawa angka tertentu telah meningkat dengan jumlah tertentu, anda perlu melihatnya dalam konteks betapa besarnya ekonomi sekarang, berapa banyak wang yang diterima oleh kerajaan dan berapa banyak yang sebenarnya dibelanjakan .

DJ: Mari kita beralih kepada dasar lain. Dalam bab 4 buku anda, anda menulis tentang usaha Najib untuk meliberalisasikan ekonomi Malaysia (Bruce: Itu adalah beberapa langkah awalnya, ya.), lebih banyak pemilikan asing syarikat insurans domestik. Tetapi kita mula melihat ia mula terungkai. Sebagai contoh, Bank Negara nampaknya mahu mengehadkan pemilikan asing di dalam sektor insurans. Mereka dilaporkan bercadang untuk mengenakan kuota Bumiputera sebanyak 30% untuk pengimport daging lembu. Adakah ini menunjukkan bahawa dasar Perdana Menteri, Najibnomik, adalah dasar dengan niat yang baik tetapi dengan pelaksanaan yang tidak begitu baik?

Bruce: Saya tidak akan pergi sejauh ini. Mungkin benar untuk mengatakan dengan pilihan raya yang akan datang beliau perlu mengubah beberapa aspek dasar untuk menggembirakan pangkalan politiknya. Ya.

DJ: Mungkin terpaksa tunduk kepada kepentingan mereka?

Bruce: Itu mungkin betul. Tetapi ini adalah orang yang melancarkan GST walaupun terdapat peningkatan besar dalam protes awam, beliau terlibat dengan perkongsian Transpacifik, sekali lagi, menghadapi protes yang serius, walaupun itu munkin tidak lagi akan berkesan. Beliau mengumumkan GST sebelum pilihan raya dan melaksanakannya selepas pilihan raya walaupun kerajaan-kerajaan lain telah mempertimbangkan perkara yang sama dan menolaknya. Mereka memerlukan wang untuk mengimbangi belanjawan. Beliau menghapuskan subsidi bahan bakar walaupun bantahan daripada orang ramai, kerana sebelum itu semasa bahan bakar disubsidi, 20% perbelanjaan kerajaan dibelanjakan untuk subsidi ini. 20%, yang bermaksud semua wang yang tidak dapat dibelanjakan untuk pendidikan, tidak boleh dibelanjakan untuk kesihatan, tidak boleh dibelanjakan untuk infrastruktur. Sekarang angka itu turun kepada sekitar 10% kerana masih terdapat beberapa subsidi yang sedang berjalan.

DJ: Mari kita tamatkan perbincangan dengan ini. Semasa saya membaca buku anda, nampaknya ia lebih bersifat kewartawanan daripada sesuatu yang merupakan analisis yang lebih kasar terhadap Najibnomik. Malah Ahli Parlimen Ong Kian Ming meminta untuk "pemeriksaan Najibnomik yang lebih kritikal dan komprehensif". Bagaimana anda menjawab itu?

Bruce: Jika beliau memberitahu saya dengan tepat apa yang beliau tidak suka, saya boleh tampil dengan edisi kedua. Pada saya, apa yang saya sesali adalah mungkin saya tidak menerangkan secara terperinci dalam buku ini mengapa saya fikir 1MDB tidak akan dibincangkan secara terperinci. Mungkin saya patut menambahkan beberapa halaman lagi untuk membincangkan mengapa 1MDB benar-benar penting secara politik dan mungkin secara moral, ianya tidak begitu penting secara makroekonomi, dan saya fikir mungkin jika ada edisi kedua, saya perlu menangani isu itu.

DJ: Dan barangkali kita dapat menjangkakan perbincangan berkaitan itu dalam buku anda yang seterusnya. Itu sahaja masa yang kita ada. Terima kasih kerana membincangkan topik ini dengan kami. Itu adalah Bruce Gale, penulis buku Economic Reform in Malaysia: The Contribution of Najibnomics. Saya Tan Chung Han dan ini adalah BFM 89.9.

Sumber : BFM

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk