19/04/2016

Lim Guan Eng Bernasib Baik Debat Dibatalkan?



Entah berapa kali Lim Guan Eng rasa ingin terkucil apabila Rahman Dahalan mencabarnya untuk berdebat. Hari demi hari dia memang goyang dan pada Jumaat lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menggesa stesen televisyen supaya membatalkan debat antara mereka yang dijadual disiarkan secara langsung ekoran kes berkenaan belum selesai dan masih dalam siasatan.

Maka dengan itu ia menjadi berita baik kepada Guan Eng. Namun sebab sifat cauvinis dan angkuh keturunan DAP wujud dalam dirinya, maka dia pura-pura berkata yang selamat adalah Rahman bukan dirinya.

Tak cukup dengan itu, Dinasour DAP yang tidak sedar diri juga ada menulis di Twitter :

“Kasihan Rahman – terpaksa diselamatkan oleh SPRM/IGP (Ketua Polis) dari debat bersama Guan Eng yang akan membuktikan tong kosong bunyinya sahaja kuat," -Lim Kit Siang

Ini gaya orang salah yang cuba tunjuk bagus, Guan Eng berlakon masih berharap agar debat berkenaan dapat diadakan secara langsung. Namun sebenarnya jauh di sudut hatinya rasa lega yang teramat.

Dapatlah dia mengelakkan diri dari terus bersikap prejudis dan menunjukkan kesalahan sendiri. Nasib baik dia tidak memalukan diri sendiri jika terus 'dibogelkan' Rahman Dahalan dalam debat yang dibatalkan itu.

Sehingga hari ini rakyat memang menunggu debat secara umum mengenai dua isu hartanah di Pulau Pinang selepas Rahman Dahalan mendakwa mempunyai bukti baru membabitkan ketua menteri itu.

K7L : Tahu cuak..

2 ulasan:

  1. dap ni takde krja lain...asyik nk tunjuk hebat dn betul semuanya wlpun rkyat dah tau siapa mereka sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. Aku rasa salah Najib.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk