19/04/2016

PKR Sarawak Terkedu Hilang 10 Kerusi DUN Sarawak Kepada DAP?



Nampaknya PKR Sarawak seakan akur dengan permintaan DAP Sarawak yang menuntut 10 lagi kerusi berbanding tahun 2011 yang mana DAP bertanding 15 kerusi sahaja. Kini Anwar sudah masuk dalam maka DAP sudah naik tocang?

Dengan pengumuman rasmi bahawa DAP Sarawak bakal bertanding 29 kerusi daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Ini bermaksud DAP Sarawak telah merampas 10 kerusi yang sebelum ini pernah ditandingi PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011.

10 kerusi PKR yang dirampas DAP adalah; N2 Tasik Biru; N19 Mambong (nama lama Bengoh); N22 Kedup; N47 Pakan; N49 Ngemah; N61 Pelagus; N62 Katibas; N64 Baleh; N69 Kemena dan N75 Senadin.

Kerusi-kerusi yang dirampas daripada PKR ini bukan merupakan kawasan majoriti pengundi Cina, sebaliknya majoriti pengundi Dayak yang mewakili pelbagai kaum termasuk Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

Dikhabarkan DAP juga merisik lima daripada 11 DUN baharu hasil daripada persempadanan semula iaitu; N17 Stakan; N23 Bukit Semuja; N66 Murum; N70 Samalaju dan N78 Mulu.

Sudahlah ambil 10 kerusi PKR, DAP juga enggan berkompromi dan tidak mahu melepaskan kepada PKR 12 DUN kawasan majoriti Cina yang dimenangi parti itu pada PRN 2011.

12 DUN yang pernah dimenangi DAP dan bakal ditandingi semula adalah; N9 Padungan; N10 Pending; N12 Kota Sentosa; N46 Meradong; N51 Bukit Assek; N68 Tanjong Batu (nama lama Kidurong); N14 Batu Kawah; N45 Repok; N52 Dudong; N54 Pelawan; N73 Piasau dan N74 Pujut.

DAP juga berminat bertanding semula di 2 kerusi DUN yang parti itu tewas pada PRN 2011 iaitu N32 Simanggang dan N53 Bawang Assan. Dan kemungkinan DAP serahkan satu DUN yang DAP tewas pada PRN lalu iaitu N79 Bukit Kota.

Sebenarnya DAP Sarawak mahu bertanding di antara 30 dan 35 kerusi DUN tetapi selepas rundingan diadakan, ia menerima keputusan pucuk pimpinan yang bersetuju dengan 29 kerusi sahaja. 


Itupun keputusan berat sebelah kerana yang mereka ada potensi menang mereka ambil dan yang sudah tentu kalah dan kemungkinan untuk menang tipis mereka serah pada PKR. Jahatkan DAP?

K7L : Ini jenis ular makan ular..

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk