22/04/2016

Larangan Masuk Ke Sarawak Tidak Kira Parti Tapi Individu?




Apabila menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak yang Ke-11 ini. Kecoh dalam media sosial oleh puak pembangkang yang terus menerus berbohong kepada rakyat tentang larangan masuk ke Sarawak.

Mereka menggambarkan seolah-olah hanya pembangkang yang disekat masuk. Namun tahukah anda sekatan tersebut tidak dibuat ke atas mana-mana partisan tetapi kepada individu-individu yang dikhuatiri akan menyebabkan keharmonian di Sarawak terjejas.

Beberapa individu tertentu pro kerajaan Pusat, UMNO atau Barisan Nasional juga disekat antaranya adalah Datuk Jamal Yunos. Ini bermakna kerajaan Negeri Sarawak tidak berat sebelah.

Tindakan kerajaan Negeri Sarawak menahan beberapa individu samada pro kerajaan pusat atau pro pakatan pembangkang sebenarnya menggambarkan bahawa Sarawak mempunyai autonomi pemerintahannya tersendiri selepas bergabung ke dalam Persekutuan Malaysia dan tidak pilih kasih semata-mata kerana Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN 2016).



Cerita karut mengatakan Sarawak akan dirampas hak autonominya adalah rekaan semata-mata. Sebenarnya ini adalah bukti Hak Autonomi Sarawak kekal mengikut perjanjian yang telah ditetapkan.

K7L : BN Sarawak terbaik!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk