31/03/2018

Nurul Izzah Undang Campur Tangan Asing Lagi Dalam Pilihan Raya



Menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) macam-macam tuduhan dilemparkan oleh pembangkang dengan tuduhan paling epik dalam sejarah negara ialah `pilihan raya paling kotor'. Boleh dikatakan semua pilihan raya di negara ini tidak pernah bersih bagi pembangkang walaupun mereka menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Pembangkang sebenarnya yang main kotor. Ajak orang asing untuk campur tangan di negara ini. 

20 Mac 2018 di parlimen, Mahathir sudah akui menggunakan media asing untuk campuri urusan di negara ini. Baca SINI

Tuduhan pilihan raya paling kotor itu bukan baru, malah sudah berzaman dikemukakan oleh pembangkang. Atas sebab itu mereka mengemukakan macam-macam permintaan kononnya dengan mengikut kehendak mereka, pilihan raya itu akan jadi bersih.

Masalahnya, walaupun Suruhanjaya Pilihan Raa (SPR) mengikut cadangan yang dikemukakan pembangkang, tapi apabila mereka kalah, keadaan sama juga tetap juga kata PRU kotor.

Dulu pembangkang main isu 40,000 Bangla dibawa masuk sebagai pengundi hantu, kemudian isu elektrik terputus pula dimainkan, kini mereka meminta supaya pemerhati asing dibawa masuk untuk memantau perjalanan pilihan raya negara ini.

Jika campur tangan asing itu dibenarkan, di manakah kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat sampai terpaksa meminta pihak asing memantaunya.

Tapi itu yang diminta oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah ketika berbahas di Parlimen semalam. Sebenarnya dari tahun lepas lagi, Nurul Izzah memainkan isu kononnya PRU14 ini adalah yang paling kotor dalam sejarah Malaysia. 

Sedangkan dalam PRU sebelum inipun, memang SPR telah mengundang pemerhati asing. 

Pada PRU13 lalu, seramai 18 pemerhati antarabangsa masuk untuk menyaksikan proses pilihan raya umum itu berjalan. Mereka ini terdiri daripada masing-masing enam wakil dari Indonesia dan Thailand, masing-masing dua dari Myanmar dan Kemboja serta dua wakil Sekretariat Asean yang juga merupakan petugas SPR di negara mereka.

Bukan itu sahaja, 1,200 pemerhati tempatan terdiri daripada 17 Pertubuhan Bukan Kerajaan telah dijemput untuk memastikan proses perjalanan pilihan raya di negara ini berintegriti, pada PRU13 lalu, tapi hasilnya, pembangkang dan BERSIH masih menganggap pilihan raya di Malaysia yang paling kotor.

Nurul Izzah agaknya terlupa di mana beliau terpaksa meminta maaf kepada Raja Nong Chik selepas mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu berhubung pembelian tanah dalam sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr. Ismail, iaitu sehari sebelum PRU-13.

``Saya kesal dengan kenyataan itu dan berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan tersebut atau apa-apa kenyataan berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya itu," kata Nurul Izzah ketika membacakan kenyataan maaf itu.

Permohonan maaf itu terpaksa dibuat selepas Raja Nong Chik, pada Julai 2013 telah memfailkan saman terhadap Nurul Izzah serta dua lagi kerana mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu itu.

Jadi dalam hal pemerhati asing ini, SPR tiada masalah untuk menjemput mereka namun bolehkah pembangkang menerima keputusan PRU14 nanti? Kalau dilayan permintaan pembangkang ini, memang pening SPR kerana apa jua yang dilakukan mereka tidak akan puas hati, jadi lebih elok diabaikan cadangan-cadangan mereka ini.

Dulu pembangkang minta SPR celup jari dengan dakwat kekal kerana kononnya ada pengundi hantu. Bila dah celup jari pun mereka masih tidak puas hati lagi. Lepas ini, eloklah celup terus kepala geng geng pembangkang ini terus dalam dakwat kekal. 

Mungkin itulah sahaja cara untuk membuatkan mereka puas hati.

K7L : Ini semua cari alasan.. gila kuasa betul..

Hanipa Maidin Bukti PAN Dan Sekutu DAP Amal Liberalisme?






Jika kita melihat dan meneliti siaran langsung perbahasan Parlimen, Hanipa Maidin dalam satu pertelingkahan dengan Ahli Parlimen Baling, beliau telah mengeluarkan satu kenyataan :

“Kalau saya tuhan, dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja. Sudah lama saya hapuskan kamu. Sebab saya tak tuhan, maka tuhan jadikan kamu.”

Ungkapan ini memberikan makna seperti Hanipa Maidin lebih bijak daripada tuhan yang telah menciptakan seseorang itu yang dikatanya menyusahkan orang.

Kenyataan melampau ini sudah melanggar garis sempadan atas akibat terlalu taksubnya dengan politik kepartian meskipun telah diberikan teguran yang baik dari rakan-rakan parti komponen yang lain namun beliau tetap menunjukkan singkap bongkak dan enggan mendengar nasihat. 

Bahkan lebih teruk lagi beliau terus mempertikaikan isu peribadi orang lain tanpa ada sikap rendah diri untuk mendengar nasihat yang jelas ada kebenaranya. Apa sahaja teguran yang sampai kepada beliau, beliau terus membalas dengan cercaan dan herdikan yang merendahkan semua orang dan tiada siapa yang layak untuk menegurnya.

Ungkapan "kalau saya Tuhan" bukanlah satu pekara yang ringgan, main-main dan gurauan. Ia sudah melibatkan hal akidah secara tidak langsung. Mana mungkin manusia boleh menyamakan diri sendiri seperti Tuhan.

Apa yang lebih menarik untuk kita mengenali sosok tubuh ini, cerita semalam bukan cerita baru siapa sebenarnya diri beliau.

Beliau sebelum ini Hanipa pernah mempertahankan golongan Atheist dengan mencadangkan agar ateisme diiktiraf sebagai agama. Beliau juga pernah mempertahankan Syiah dengan menyelar JAKIM agar fatwa tentang kesesatan Syiah dikaji semula.

Beliau juga pernah juga Hanipa memuji Al-Khomeini di dalam satu akhbar. Beliau suka membuat bising dan kacau di parlimen untuk mempertahankan isu-isu yang tidak patut dipertahankannya.

Cukuplah sekadar itu sahaja cerita beliau untuk kita mengambil pengajaran betapa pentingnya untuk kita mengundi Calon Muslim Berwibawa.

Calon Muslim Berwibawa itu mesti memenuhi dua ciri-ciri yang disebut di dalam al-Quran iaitu cekap dan amanah. Ciri-ciri yang digariskan ini penting untuk memastikan ahli Parlimen yang telah kita berikan mandat bukan mampu untuk menjaga urusan hal ehwal masyarakat dengan baik bahkan dalam masa yang sama dia teguh memperjuangkan syiar agama Islam dengan rasa penuh izzah.

Sebagai kesimpulan, Hanipa Maidin menang dengan majoriti 1,104 di Parlimen Sepang pada PRU13. Seramai 36,774 penduduk Sepang telah memberikan mandat kepada beliau sebelum ini pada PRU13.

Apabila tibanya PRU14 ini , marilah kita mengangkat calon Muslim Berwibawa untuk menjadi ahli Parlimen Sepang bagi mengantikan beliau.

Undi anda adalah amanah yang cukup besar.

#UndilahCalonMuslimBerwibawa

K7L : Ini bukti kalau salah undi..

Kerajaan Negeri Selangor Cakap "Go To Hell' Kepada Pasukan Red Giant



Tindakan Exco Sukan Selangor, Amirudin Shari yang gagal mengawal emosi hingga terkeluar perkataan `go to hell' atau dalam bahasa kasar `pergi jahanam' pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) menggambarkan perangai sebenar pemimpin Pakatan Harapan.

Bayangkan, mereka sanggup menuturkan perkataan itu dalam dewan yang mulia, semata-mata kerana gagal mengawal emosi. Lihat video "Go To Hell" itu di SINI 


Kata-kata kesat itu dihamburkan oleh Amirudin selepas beliau ditanya mengenai mengenai Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

``Apabila buka pintu rundingan, surat terbaru yang saya terima daripada FAS, mereka tidak mahu berjumpa dengan saya tetapi mahu berjumpa dengan Menteri Besar (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) untuk bincang.

"Mereka mahu gunakan ia sebagai modal politik dan serang kerajaan dan memburukkan kerajaan negeri. 'Go to hell' (Pergi jahanam) kepada mereka, kita ada pelan sendiri untuk bangunkan bola sepak," kata Amirudin.

Sedangkan sebelum ini, Badan Bertindak Penyokong Selangor (BBPS) telah menyerahkan memorandum mengandungi 15,000 tandatangan penyokong The Red Giants tetapi kepemimpinan Mohamed Azmin selaku Menteri Besar Selangor tetap tidak mempedulikannya dan sebaliknya dalam senyap-senyap menswastakan stadium tersebut.

Pasukan The Red Giants kini terpaksa bermain di Stadium Cheras sebagai gelanggang rasmi selepas tidak dibenarkan lagi bermain di Stadium Shah Alam oleh kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh PKR.

Walau marah sekalipun, adab harus dijaga apatah lagi Amirudin adalah Exco negeri. Namun apabila sanggup mengeluarkan perkataan kasar dan kesat itu, ia adalah sesuatu yang amat dikesali.

Amiruddin menjawab demikian kerana berang dengan soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Budiman Mohd. Zohdi yang ingin tahu sampai bila kemelut bola sepak di Selangor akan berpanjangan.

Bukan hanya Budiman, penyokong pasukan Selangor juga ingin tahu, jadi jawablah secara berhemah serta menggunakan akal, bukan dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

Bayangkan jika pihak yang mengeluarkan kata-kata kesat itu adalah daripada pemimpin BN, sudah pasti ia akan menjadi berita besar malah mungkin pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad akan turut memberikan komen.

Memang Mahathir akan sentiasa mencari peluang, justeru kalau situasi itu berlaku dikalangan pemimpin BN, beliau akan pasti mengambil kesempatan.

Itu baru ditanya mengenai isu sukan, Amiruddin sudah melenting.  Ia menunjukkan beliau tidak profesional dan cepat melatah. Jangan ikut macam Azmin sebelum ini yang tergamak meminta pasukan bola sepak Selangor main di padang pasir seperti pasukan kebangsaan Iraq.

Betapa ceteknya Azmin kerana walaupun Iraq dilanda perang, namun ia mempunyai 19 buah stadium bola sepak dengan Stadium Al-Shaab adalah yang tertua. Ia digunakan digunakan sejak 6 November 1966.

Jadi kepada penyokong pasukan bola sepak Selangor, kalau sudah disuruh` go to hell' maka apa ditunggu lagi, lepas ni kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan PKR pun eloklah `go to hell' juga.

Kalau isu bola sepak pun tak boleh selesaikan, apatah lagi isu lain yang lebih besar. Elok tukar sahaja kerajaan negeri Selangor.

Ini bukti jelas kerajaan negeri Selangor yang diketuai PKR dan DAP adalah kerajaan yang bongkak dan sombong. Semalam, Sultan Selangor pun murka kerana masalah air yang belum selesai. 

Jadi rakyat Selangor tunggu apa lagi? Bila lagi hendak jahanamkan kerajaan PKR DAP yang bongkak ini. Inilah masanya.

K7L : Dia bukan tahu apa pun pasal bola..pasla Anwar dia tahu la...

Mahathir Akui Tol Tidak Akan Dimansuh, Manifesto Raih Populariti Semata Mata



Sekali lagi Mahathir buat “u turn” tentang manifesto yang dibuat oleh Pakatan Harapan. Dalam satu temubual dengan akhbar Singapura, Sunday Times, Mahathir menyatakan bahawa sukar bagi Pakatan Harapan untuk menghapuskan tol.

"Parti kami, rakan gabungan kami, anda tahu mereka sangat sosialis, mereka suka memberikan sesuatu kepada orang lain. Saya memberitahu mereka ia tidak boleh dilakukan. Anda mahu memansuhkan semua jalan tol, mereka mahu memberikan percuma.

"Saya katakan, kita perlu mengekalkan jalan bertol. Anda perlu membina lebih banyak jalan kalau hapus tol. Di manakah kerajaan hendak cari wang untuk mengawal selia jalan ini dengan sendiri? Tetapi mereka mahu populariti, jadi mereka lebih suka menjanjikan perkara ini, " kata Mahathir kepada akhbar Sunday Times, Singapura semalam.

Maknanya janji hapuskan tol hanya janji untuk raih populariti semata mata sahaja. Tidak berniat pun hendak buat apa yang dijanjikan. Mahathir dalam sejarahnya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun hanya memansuhkan kutipan di satu tol iaitu di Plaza Tol Slim River pada 11 Januari 1993.

Pada 8 Mac lepas, baru sahaja lancar manifesto di Shah Alam janji hendak mansuhkan tol dan sebagainya. Kemudian, tidak sampai sebulan sudah tukar pula kenyataan kata susah pula hendak mansuhkan tol.

Ini bukan kali pertama Mahathir berkata janji yang dibuat oleh pakatan pembangkang tidak akan dipenuhi mereka jika mereka dapat Putrajaya. Pada 20 Februari 2018, Mahathir ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Galeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Menara Yayasan Selangor menyatakan ;

"Kita tidak terikat dengan kenyataan dibuat itu jika dapati tidak dapat dilaksanakan apabila menerajui kerajaan. Kita berpendapat, kewangan kerajaan ketika itu mungkin tidak boleh menampung janji yang keterlaluan.

"Berikutan itu, kita akan membuat janji setakat yang mampu sahaja dan akan mengeluarkan manifesto ini tidak lama lagi," kata Mahathir.

Mahathir pun akui duit tidak cukup untuk tunaikan semua janji yang pembangkang buat. Ini selari dengan apa yang sudah diulas sebelum ini bahawa negara ini akan hilang hasil sejumlah RM416.6 billion jika mengikut semua janji yang dibuat pembangkang.

Itu anggaran hasil yang akan hilang menurut Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara. Pemansuhan GST akan menghilangkan RM45 billion, tol sebanyak RM338 billion, duti eksais RM2.4 billion dan PTPTN RM3.9 billion.

Apa yang diperkatakan ini akhirnya Mahathir akui sendiri dalam temubual dengan akhbar Singapura itu. Kerajaan tidak ada duit untuk kawal selia lebuhraya kalau mansuhkan tol.

Pada 10 Januari 2018, Mahathir sendiri sudah akui bahawa kadar tol di Malaysia adalah yang paling murah di dunia dalam satu sesi bual bicara di facebooknya.

“Tol di Malaysia sebenarnya kalau dibandingkan dengan negara lain memang jauh lebih murah. Ketika saya di negara Jepun, saya dapati bahawa satu jambatan (mengenakan) bayaran sebanyak RM270 sehala” kata Mahathir.

Sudah terbukti sekarang, Mahathir pun sudah mengakui bahawa semua manifesto dan janji janji yang dibuat oleh pembangkang itu hanyalah bersifat populis sahaja. Tidak akan ditunaikan pun oleh mereka.

Jadi, tiada apa yang akan berubah kalau negara ini diperintah oleh pembangkang dalam masa 100 hari, 2 tahun atau 10 tahun. Malah akan jadi lebih teruk kerana negara kekurangan hasil. Boleh jadi bankrup dan negara gagal seperti yang disebut sebut Mahathir dan Kit Siang.

Samalah juga apa yang pembangkang janji dahulu di Pulau Pinang dan Selangor, selepas 10 tahun, apa yang dijanji tidak dibuat pun.

Hari ini, Selangor dengan skandal rasuah tanah Ijok, krisis air dan pelbagai isu isu rakyat. Pulau Pinang pula diselubungi skandal rasuah Guan Eng, banjir yang lebih seratus kali dan tanah runtuh. Apa lagi harapan yang ada pada DAP dan PKR?

Tiada apa apa harapan pun yang akan dibawa kerana yang dijanji itu semuanya tipu belaka. Bakal Perdana Menteri dia pun sudah mengaku tidak mahu hapus tol dan janji itu bersifat populis sahaja. 

Jadi hendak harap apa lagi pada Pakatan Harapan? Jangan percayalah dengan pakatan yang tidak boleh diharap ini.

K7L : Situ cakap lain.. sini cakap lain..

30/03/2018

Persempadanan Semula Dibuat Ikut Prinsip Demokrasi dan Perlembagaan


Proses kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dibentangkan semalam di Dewan Rakyat adalah sah dan dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan dan prinsip demokrasi. 

Ianya bukan dibuat bertujuan untuk memberikan kemenangan kepada parti kerajaan iaitu Barisan Nasional (BN) seperti yang didakwa pembangkang. 

Langkah persempadanan semula dibuat untuk mengkaji kesesuaian sempadan bahagian pilihan raya sedia ada bagi memudahkan urusan pilihan raya dan pendaftaran pemilih.

Blok pembangkang Pakatan Harapan (PH) semalam bersungguh-sungguh menentang pembentangan itu yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 113.2(ii), kajian perlu dilakukan selepas lapan tahun dari tempoh satu kajian semula terdahulu. 

Kali terakhir proses persempadanan semula dilaksanakan ialah pada penggal 2001 hingga 2005 iaitu pada 2003 melibatkan pertambahan 29 kerusi Parlimen dan 72 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Ia adalah kira-kira 13 tahun lepas. Mengikut Perlembagaan, ia boleh dilaksanakan semula pada selepas kali terakhir melebih tempoh lapan tahun. 

Pada masa itu, ketika PRU ke-12, pembangkang ketika itu dengan nama Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di lima buah negeri. Bagaimanapun, untuk persempadanan semula tahun 2018 untuk PRU14, pembangkang melalui Pakatan Harapan (PH) membantah dengan alasan ia akan menguntungkan BN.

Pakatan harus tahu, proses berkenaan adalah sebahagian fungsi SPR dalam proses demokrasi di negara ini. Sepatutnya, proses persempadanan semula sudah dilakukan pada 2011 tetapi ditangguhkan. Sejak itu, wakil rakyat pembangkang ambil kesempatan tidak buat kerja di kawasan tapi sibuk hendak mencaci dan menghentam BN sahaja. 

Apabila tiba PRU13, mereka tetap bersama dengan pengundi sama selepas buat banyak cerita bohong dan menang. Proses persempadanan untuk PRU14 menggerunkan mereka kerana ada jumlah pengundi akan termasuk dalam sempadan lain dan tidak akan memberikan kemenangan kepada mereka selepas gagal buat kerja.

Bukan hanya parti PH sahaja terlibat dalam proses persempadanan semula ini, malahan kawasan yang diwakili oleh BN juga terlibat. 

Ia dijalankan berlandaskan Perlembagaan oleh pihak SPR. Ia untuk memudahkan pengundi semasa pilihan raya, jumlah pemilih seimbang, mengambil kira kemudahan pentadbiran dan memelihara hubungan tempatan. 

Tidak mustahil kaki-kaki lari kawasan pemimpin akan mula berkira-kira cari lokasi baru untuk bertanding selepas sempadan masing-masing berubah dan mungkin penyokong setia mereka sudah mengundi dalam kawasan Parlimen atau DUN yang lain. 

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Kali Keenam Tahun 2018 yang dibentangkan oleh Najib dengan 129 orang Ahli Parlimen menyokong manakala 80 orang menolak. 

Zaman Mahathir tiga kali persempadanan semula dibuat iaitu pada tahun 1984, tambah 19 kerusi parlimen. Pada tahun 1994, tambah 12 kerusi parlimen dan pada tahun 2003, 21 kerusi parlimen. 

Kali ini persempadanan semula yang dibuat tiada ada pun pertambahan kerusi baru parlimen dan DUN seperti zaman Mahathir. Sistem dan perlembagaan yang sama juga digunakan sekarang. Jadi Mahathir dan pembangkang hendak politikkan apa lagi? 

Sengaja sahaja dipolitikkan oleh mereka. Menurut Dr Ainul Adzellie Hasnul, penganalisis politik dari UKM dalam akhbar Berita Harian semalam, DAP juga untung menerusi persempadanan semula ini terutamanya di kawasan bandar. 

K7L : Jadi hendak politikkan apa lagi? Raikanlah sistem demokrasi yang sedia ada di Malaysia. 

8 Negara Selain Malaysia Perangi Berita Palsu! - Kalau Sebar Palsu Boleh Jadi Munafik!



Perbuatan menyebarkan maklumat palsu boleh meletakkan seseorang individu Islam menjadi munafik.

Sehubungan itu, Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohammad Nidzam Abdul Kadir meminta masyarakat mengamalkan prinsip 'taabayun' atau membuat siasatan terlebih dulu terhadap maklumat yang diterima sebelum ia disebarkan.

Dalam Islam, beliau berkata, al-Quran sememangnya meletakkan satu prinsip atau asas untuk menapis maklumat sekiranya ia disampaikan oleh seorang yang fasik.

"Sekiranya kita tahu seseorang itu suka menipu, tidak jujur, maka prinsip untuk melakukan tabayyun atau membuat semakan itu penting.

"Ia tidak hanya terpakai kepada seorang yang fasik saja, sebaliknya untuk semua agar kita melakukan semakan terlebih dulu sesuatu maklumat yang diterima.

"Ini kerana ada kemungkinan seseorang itu tersalah menyampaikan berita yang tidak betul dan tidak berniat untuk menipu," katanya.

Beliau menjadi ahli panel pada Forum Bicara BH siri kedua yang mengupas isu berkaitan kesan perkongsian maklumat dan berita palsu di Balai Berita di sini, hari ini.

Yang turut menjadi ahli panel adalah Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin serta Pengerusi Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Datuk Ahmad Izham Omar.

Forum bertajuk "Tidak Pasti Jangan Kongsi" itu adalah anjuran BH dengan kerjasama SKMM bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kesan perkongsian maklumat palsu terhadap ekonomi, keselamatan dan keamanan negara selain menjejaskan reputasi individu.
BH mengambil inisiatif menganjurkan program berkenaan sebagai platform untuk memupuk budaya perkongsian ilmu dan memainkan peranan dalam menyediakan kandungan berbentuk intelektual, informatif dan terkini.

Mohammad Nidzam berkata, prinsip tabayyun juga penting demi menjaga aib dan keburukan seseorang.

Katanya, walaupun maklumat itu dirasakan benar, ia tetap tidak dibenarkan dalam agama sekiranya apa yang disebarkan boleh menjatuhkan maruah dan air muka seseorang.

"Agama menyuruh kita menutup keaiban sendiri, apatah lagi mendedahkan aib orang lain. Dalam hadis menyebut, sekiranya seseorang itu menutup aib orang lain, maka Allah akan tutup aibnya di akhirat nanti," katanya.

K7L : Tabayyun..

Video - Kerajaan Menyusahkan Rakyat Dengan Urusan Agensi?



Apa itu UTC?

Urban Transformation Centre (UTC) atau Pusat Transformasi Bandar merupakan salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan. Komuniti bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan Kerajaan dan swasta dalam satu bangunan dengan menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan Kerajaan yang lain.

Ia merupakan sebahagian daripada strategi Lautan Biru yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan sektor swasta.

Inisiatif ini dilaksanakan oleh kerajaan adalah bagi memastikan komuniti bandar mendapat perkhidmatan dan berurusan di bawah satu bumbung. Sebagai satu pusat yang menggabungkan Perkhidmatan Guna sama Kerajaan seperti Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, e-Perolehan, Imigresen serta Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL).

UTC mampu menjadi medium berkesan dalam membantu meringankan beban penduduk terutamanya mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup dengan mendapatkan bekalan barangan harian dengan harga berpatutan.



UTC yang pertama di Melaka telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 23 Jun 2012.

UTC merupakan pelengkap kepada Program Transformasi Komuniti (CTP) bagi memastikan semua inisiatif program dan perkhidmatan kerajaan menawarkan perkhidmatan secara maksimum kepada rakyat sebagai pusat sehenti.

UTC adalah lambang kepada inisiatif berterusan kerajaan, melalui kaedah yang lebih inovatif dan kreatif serta memberi impak besar kepada kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan yang diberikan kerajaan.

Apakah Objektif Pelaksanaan UTC?

Objektif pelaksanaan UTC adalah untuk:
Memudahkan orang ramai membuat pelbagai urusan dengan jabatan kerajaan dan swasta tanpa perlu ke mana-mana bangunan kerajaan yang lain dalam satu-satu masa ; "Satu Pusat Pelbagai Perkhidmatan" secara bersepadu melangkaui waktu operasi biasa pejabat.
Memudahkan masyarakat bandar untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan di bawah satu bumbung melalui Program Transformasi Bandar.



Apakah faedah yang diperolehi daripada UTC?

  • Komuniti bandar akan menikmati faedah seperti berikut: 
  • Perkhidmatan kerajaan dan swasta dalam satu bangunan berbentuk one stop centre. 
  • Membuat pelbagai urusan dalam satu bangunan dengan penjimatan masa dan kos. 
  • Keutamaan kepada rakyat dengan memberi keselesaan dalam kehidupan menerusi perkhidmatan yang lebih efisyen dan menjimatkan. 
  • Menjadi pelengkap kepada program Transformasi Komuniti (CTP) bagi memastikan perkhidmatan, inisiatif dan program kerajaan dapat memberi manfaat secara maksimum kepada rakyat. 
  • Memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan dan swasta. 

Rantaian Kehadapan

Dalam menyediakan perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat, Kerajaan juga turut menyediakan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile Community Transformation Centres) atau lebih dikenali sebagai Mobile CTCs.


K7L : Apa lagi nak?...

Mangsa Kebakaran Dihalau Oleh Ketua Kampung Lantikan Pakatan?




TIADA HATI PERUT.

25hb 03 2018

Mangsa Kebakaran Lot 486 Sungai Udang Di arah keluar dari permis pemindahan mangsa kebakaran Sungai udang. Balairaya Sungai Udang.

5 keluarga yang menjadi mangsa kebakaran dan di pindahkan ke Balai raya sungai udang telah di arahkan keluar oleh pihak JKKK yang di kuasai oleh Pihak PAS dengan alasan arahan Pegawai Daerah Klang.

Pekara yang tak sepatutnya berlaku kerana mangsa masih lagi memerlukan masa bagi menyusun hidup dan mencari rumah sewa. Apa salahnya di beri masa sekurang-kurangnya 2 minggu lagi bagi mereka menyelesaikan masalah rumah kediaman





Apa yang di lakukan oleh pihak yang di kuasai oleh PAS ini jelas menunjukan ciri-ciri tidak berhati perut terhadap mangsa kebakaran.

Setelah beberapa pihak NGO berusaha memberi keselesaan yang termampu kepada mangsa, pihak JKKK PAS tanpa hati perut mengarahkan mangsa keluar dari permis.

Mangsa adalah di bawah jagaan JKM sehingga mereka mampu mendapatkan rumah sewa. Tetapi pihak JKKK PAS tidak langsung berbincang dengan JKM bagi mengatur situasi mangsa dan memberi sediki lagi masa kepada mangsa

Balairaya Sungai Udang selama ini di gunakan oleh pihak KEMAS bagi kelas Fardu Ain dan Pihak Belia 4B menjalankan aktiviti Belia. Di bina di zaman BN dan di baik pulih oleh ICU 2 bulan lepas bagai mana pun Tanah adalah milik kerajaan Negeri.

Ironisnya JKKK adalah di bawah lantikan Sultan Selangor namun nasib salah seorang mangsa dan keluarga yang menjadi kaki tangan Istana juga tidak di hiraukan .

Beginilah nasib rakyat jika di memberikan kuasa kepada pihak yang menungang Agama.

Admin Kerambit Sendeng


Sumber : Jawaber6

29/03/2018

Video - Pembongkaran Kes Terowong Di Pulau Pisang?



Sistem pengangkutan awam negeri yang perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut ini, tiadanya keperluan terowong berkenaan pada masa kini

Akhbar New Straits Times bertarikh 15 November 2014 melaporkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui tidak dapat membantu rakyat di negeri ini dalam aspek pengangkutan dan penjagaan kesihatan. Sekiranya perbelanjaan mengurus negeri ditambah untuk membantu rakyat Pulau Pinang maka adalah dikhuatiri kerajaan negeri akan muflis. Tetapi lain pula ceritanya dengan projek terowong dasar laut Pulau Pinang ini yang dengan jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang memiliki kemampuan untuk membiayai mega projek ini berbanding mengutamakan rakyatnya sendiri.

Skandal Terbesar Tahun 2014?


Laporan Malaymail Online bertarikh 4 Oktober 2013 menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan projek Terowong Dasar Laut (PTDL) dengan kos keseluruhan projek ini yang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan pembayaran tunai serta pembiayaan melalui pemindahan 110 ekar tanah pinggir laut di Gurney Drive dengan harga RM1,300 kaki persegi atau nilai keseluruhannya sebanyak RM6.3 bilion kepada pemegang konsesi projek ini.

Menurut Malaysian Gazette bertarikh 6 November 2013, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik Consortium Zenith Sdn. Bhd. untuk melaksanakan projek ini dan konsortium ini pula telah menjalin kerjasama strategik antara Zenith Construction Sdn. Bhd. dan China Railway Construction Co. Ltd. (CRCC), bersama Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn. Bhd. dan Juteras Sdn. Bhd.

Projek yang dijangka mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan ini terdiri daripada 4.2 km jalan pintas dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan pintas sepanjang 4.6 km antara Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Bandar Baru Air Itam, laluan berkembar sepanjang 12 km dari jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang serta laluan sepanjang 6.5 kilometer dari Pulau Pinang ke Butterworth (laluan terowong dasar laut).

Rakyat Pulau Pinang pula akan dibebankan dengan kutipan tol apabila kerajaan Negeri Pulau Pinang membenarkan syarikat Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd untuk mengutip tol selama 30 tahun. Laporan Bernama bertarikh 19 Mac 2013 pula melaporkan bahawa syarikat konsortium ini boleh menjana untung sebanyak RM 0.27 bilion menerusi hasil kutipan tol ini.

Pembinaan jalan raya adalah sepanjang 27.3 km tetapi hakikatnya 20.8 km daripada jalan raya berkenaan merupakan jalan pintasan biasa dan laluan berkembar. Jika kita membuat andaian mengenai anggaran kasar pembinaan jalan-jalan biasa ini iaitu kita mengandaikan bahawa kos pembinaan setiap kilometer akan menelan sebanyak RM80 juta maka kos totalnya adalah dianggarkan sebanyak RM1.664 bilion. Manakala bakinya sebanyak RM4.63 bilion pula dianggarkan akan digunakan untuk membina 6.5 km terowong dasar laut tersebut.

Maka, diandaikan bahawa anggaran untuk membina setiap kilometer terowong dasar laut ini adalah sebanyak RM713 juta yang sekaligus menjadikan antara projek yang paling termahal di Malaysia. Malah, projek pembinaan terowong SMART yang melibatkan 9.7 km laluan terowong air ribut dan 4 km laluan jalan raya pun hanya menelan kos sebanyak RM1.88 bilion sahaja.

Utamakan Rakyat, Bukannya Kapitalis

Adalah dianggarkan bahawa harga tanah di Gurney Drive pada masa kini adalah RM1,650 kaki persegi yang menyaksikan peningkatan 25% dalam masa tidak sampai dua tahun. Sekiranya pembinaan terowong dasar laut ini disiapkan mengikut jadual iaitu pada tahun 2025, dan dianggarkan berlakunya peningkatan kadar 10% harga tanah di Gurney Drive maka 110 ekar tanah yang diberikan kepada syarikat Consortium Zenith BUCG ini akan bernilai kira-kira RM19.77 bilion pada tahun 2025. Ini sememangnya munasabah jika melihat kepada harga hartanah di Pulau Pinang semenjak 12 tahun yang lalu dan pada masa kini.

Sebuah kerajaan negeri yang beretika dan memiliki tanggungjawab moral sepatutnya menggunakan tanah tersebut sebagai cagaran untuk menerbitkan bon yang disokong oleh kerajaan negeri untuk mendapatkan RM6.3 bilion dan pada masa yang sama memberikan projek kepada syarikat pembinaan yang dipilih secara tender terbuka untuk membina terowong dasar laut tersebut. Bagi memastikan setiap rakyat Pulau Pinang menikmati keuntungan hasil daripada projek ini, kerajaan negeri yang perlu mengutip tol atau menjual tanah 110 ekar itu pada tahun 2025 yang pastinya akan bernilai lebih tinggi daripada kos untuk menebus bon tersebut.

Dengan cara begini, kerajaan negeri akan dapat memastikan negerinya menjana keuntungan melalui harga tanah pada tahun 2025 dan harga bon serta pada masa yang sama menjana keuntungan daripada hasil kutipan tol. Keuntungan ini akan dapat disalurkan untuk menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang termasuk dalam soal pengangkutan awam serta penjagaan kesihatan dan bukannya memberikan terus hak kutipan tol tersebut kepada syarikat swasta.

RM305 juta hanya untuk kertas kerja?

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberikan Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd sebanyak 9 ekar tanah di Seri Tanjung Pinang 1 (STP1) yang bernilai RM305 juta untuk membiayai kos kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci projek terowong dasar laut Pulau Pinang termasuk perincian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Secara logiknya, bukankah kajian ini sepatutnya dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menyerahkan projek ini kepada Consortium Zenith BUCG ini?

Mereka yang berfikir secara waras pun akan sedar bahawa kemungkinan untuk pemaju projek ini memberikan laporan kajian yang benar-benar bebas adalah sifar kerana ianya melibatkan keuntungan besar yang bakal diperolehi melalui pampasan 110 ekar tanah yang diberikan oleh kerajaan negeri serta kebenaran untuk mengutip tol selama 30 tahun.

Malah selain dakwaan bahawa hingga kini tidak ada sebarang tanda-tanda kajian kebolehlaksanaan sedang dan telah dilaksanakan di kawasan melibatkan projek terowong ini, wujud pula persoalan penting yang gagal dijawab oleh kerajaan negeri DAP Pulau Pinang iaitu bagaimana sekiranya laporan kajian kebolehlaksanaan serta EIA menunjukkan projek ini sebagai tidak berdaya maju serta mengundang malapetaka alam sekitar?

Misteri Disebalik Tender Terbuka?


Memetik tulisan Ong Eu Soon dalam The Ant Daily bertarikh 25 Ogos 2014 yang mendedahkan bahawa tidak wujud tender terbuka dalam pemberian projek terowong dasar laut ini sebaliknya ia adalah apa yang dikenali sebagai Request for Proposal (RFP) sahaja.

Menurutnya, China Railway Construction Ltd (CRCL) bersama IJM Corporation Bhd membida tender terbuka itu tetapi hanya mencadangkan pembinaan jalan raya sepanjang 4.2 km antara Gurney Drive dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Sementara itu, VST Cemerlang bersama-sama dengan China State Corporation turut mengemukakan cadangan empat projek pembinaan dan diikuti oleh kontraktor pembinaan iaitu WCT Berhad bersama syarikat gergasi pembinaan Korea, Daewoo Engineering and Construction membida projek jalan raya berkembar Teluk Bahang dan Tanjung Bungah dan projek pintasan pantai Gurney Drive.

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah meminta Consortium Zenith BUCG yang merupakan syarikat khas (SPV) untuk menjadi kontraktor utama projek ini dan bergabung dengan syarikat-syarikat kontraktor lain. Maka, ini sudah terang lagi bersuluh bahawa keseluruhan proses ini bukanlah proses tender terbuka sebaliknya RFP kerana kesemua pembida ini tidak bertanding atas terma dan syarat yang sama.

Malah menurut Ong Eu Soon lagi dalam kenyataannya yang dipetik daripada The Malaysian Insider bertarikh 6 Oktober 2013 yang mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri dalam menganugerahkan projek ini kepada Consortium Zenith BUCG yang menurutnya hanya didaftarkan pada Julai 2012 sedangkan tarikh tutup untuk mengemukakan kertas cadangan untuk projek jalan dan terowong ini ialah pada Jun 2012. Bagaimana mungkin Consortium Zenith BUCG ini boleh dianugerahkan tender tersebut apabila ketika itu (Jun 2012) syarikat berkenaan tidak berdaftar lagi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia?

Sekiranya projek terowong ini telah dianugerahkan kepada Consortium Zenith BUCG melalui tender terbuka maka adalah menjadi tanggungjawab moral kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mendedahkan nama syarikat-syarikat yang telah membida tender tersebut, jumlah pembida dan harga tawaran yang kalah dalam pembidaan projek ini.

Garis panduan “Open Tender” oleh Bank Dunia juga menyeru supaya semua tawaran perlu dibuka untuk penelitian orang awam tetapi memandangkan keseluruhan isu pemberian tender ini dirahsiakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan orang awam terutamanya rakyat Pulau Pinang tidak mengetahui siapa pembidanya serta tawarannya maka ini secara langsung menjurus kepada apa yang dipanggil sebagai ‘managed tender’.

SM Mohamed Idris vs Lim Guan Eng

NGO Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) merupakan NGO yang tertua di Pulau Pinang dan sekian lamanya telah merealisasikan prinsip ‘semak dan imbang’ dengan kerajaan negeri sama ada sewaktu pentadbiran Barisan Nasional mahupun ketika ini dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

CAP dan SAM menentang keras projek ini dengan alasan yang kukuh bahawanya keseluruhan projek pembinaan jalan dan terowong dasar laut ini hanya akan mewujudkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk, risiko kemalangan dalam terowong serta kesan alam sekitar yang tidak boleh dibayangkan. Turut dipersoal adalah tahap keselamatan terowong dasar laut berkenaan serta perjanjian untuk membenarkan pemaju menebus-guna laut seluas 44 hektar sebagai bayaran pembinaan terowong dan jalanraya.

SM Mohamed Idris yang juga Presiden CAP dan SAM ini yang pernah memainkan peranan utama dalam membatalkan projek pembangunan Bukit Bendera pada tahun 1980-an ini menuntut agar Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mendengar rintihan rakyat dan membatalkan projek berkenaan.

Namun, Lim Guan Eng dalam satu surat terbuka kepada SM Mohamaed Idris yang juga Presiden CAP dan SAM yang bertarikh 21 Mac 2013 dan disiarkan dalam Malaysiakini memilih untuk tidak mempedulikan suara NGO ini dan menyatakan dengan jelas bahawa SM Mohamed Idris dan NGO beliau tidak pernah menghadiri sebarang forum mahupun dialog yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan maklum balas orang awam mengenai projek berkenaan serta menuduh beliau sebagai memilih kasih apabila membuat kritikan.

Surat balasan SM Mohamad Idris kepada Ketua Menteri Pulau Pinang bertarikh 26 Mac 2013 yang turut disiarkan di Malaysiakini pula telah mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri memulakan projek mega ini tanpa menjalankan penilaian implikasi jangka panjang kepada negeri serta alam sekitar dan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang juga gagal dalam memberikan bukti yang menyakinkan bahawasanya projek ini akan dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Malah menurutnya lagi, forum dan dialog yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini bukannya bersifat untuk mendapatkan pandangan awam sebaliknya adalah menjelaskan keputusan kerajaan negeri yang mahu untuk meneruskan projek ini.

Persoalan fundamental kini ialah apakah perlunya sebuah projek berskala besar begini dan apakah kajian kebolehlaksanaan dan keuntungan kos telah dijalankan sebelum keputusan untuk menjalankan projek ini dibuat? Hakikatnya, kerajaan negeri menandatangai MOU untuk pembinaan empat jalan utama dengan syarikat daripada China sebelum memulakan kerja perundingan melibatkan Pelan Induk Pengangkutan atau Transport Master Plan. Malah, kerajaan negeri Pulau Pinang jelas gagal dalam menjelaskan atas asas apa keputusan-keputusan ini dibuat.

Tindakan Lim Guan Eng yang tidak mempedulikan suara NGO-NGO sivil ini turut mendapat bantahan daripada ahli partinya sendiri apabila Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Pulau Tikus Yap Soo Huey dalam The Malaysian Insider bertarikh 5 Mac 2014 sebagai berkata bahawa sistem pengangkutan awam negeri yang perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut ini serta tiadanya keperluan terowong berkenaan pada masa kini dan mungkin hanya akan diperlukan pada tahun 2030 nanti.

Masa Depan Pulau Pinang Di Bawah DAP

Jika sebelum ini kerajaan negeri DAP Pulau Pinang terkenal dengan skandal penjualan tanah negeri semata-mata untuk menguruskan ekonomi negeri maka kini skandal projek terowong dasar laut ini pula memalit integriti, ketelusan serta akauntabiliti kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng ini. Mengandaikan bahawa masalah kesesakan lalu lintas akan berakhir sepenuhnya dengan pelaksanaan projek ini adalah sesuatu yang amat meragukan malah persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh NGO sivil masyarakat seperti CAP dan SAM adalah petanda betapa projek ini cukup berbahaya dan malapetaka sedang menanti rakyat Pulau Pinang.

Edwin Michael merupakan Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman.

Kenapa Kita Perlu Persempadanan Semula? #KN




1. Persempadanan Semula dibuat untuk memastikan populasi rakyat dalam sesebuah kawasan parlimen adalah dalam jumlah yang mampu diuruskan oleh seseorang ahli parlimen.

2. SPR melaksanakan Persempadanan Semula kali ini kerana terdapat parlimen yang jumlah rakyatnya sudah mencecah sehingga 100,000 penduduk. Justeru itu, persempadanan semula dilaksanakan dengan niat memberikan rakyat hak diberi perkhidmatan sewajarnya oleh Ahlli Parlimen mereka.

3. Kebiasaannya, persempadanan semula dibuat setiap 8 tahun, tetapi kali terakhir SPR membuat persempadanan semula adalah pada tahun 2003.

4. Ada kalangan ahli-ahli parlimen (terutamanya di kalangan pembangkang) yang asyik sibuk berpolitik sehingga tidak ada masa berjumpa rakyat, kerana itu mereka tidak memahami kepentingan Persempadanan Semula.

5. Di parlimen wilayah-wilayah persekutuan yang tiada DUN, rakyat sememangnya bergantung kepada wakil rakyat sahaja sekiranya ada mereka mahu membuat aduan - namun, mujurlah penduduk-penduduk wilayah masih lagi boleh menyalurkan aduan mereka kepada pihak PBT.

6. Inilah tugas sebenar wakil rakyat yang pembangkang tidak faham - mereka menolak tanggungjawab mereka untuk rakyat kepada PBT,  semasa wakil rakyat Pembangkang sering kali lepas tangan dari masalah setempat. 

7. Ahli Parlimen yang hanya sibuk berpolitik di media, dan tidak turun berjumpa sendiri dengan penduduk kawasan mereka pastinya tidak akan melihat persempadanan semula memberi sebarang manfaat kepada mereka.

K7L : Nak jadi wakil rakyat atau wakil diri sendiri?..

Khas Untuk Mereka Yang Tak Faham Proses UNDI SPR Yang Mereka Kata Penuh Penipuan!




1) Sebelum pengundian bermula, setiap calon atau ejennya akan memeriksa peti undi, yang akan dikunci dan direkod.

2) Setiap ejen calon diberi salinan nama dan nombor kad pengenalan pengundi

3) Setiap ejen calon akan menyemak semula dan mengesahkan identiti setiap pengundi yang telah mengundi.

4) Selepas sesi undian ditutup, peti undi dikunci dengan pita keselamatan dengan diperhatikan oleh CALON ATAU WAKIL CALON, DENGAN DISAHKAN OLEH MEREKA untuk mengelakkan sebarang kertas undi daripada memasuki kotak.

5) Akan ada Penyata Kertas Perundingan (Borang 13) yang akan DITANDATANGANI OLEH SETIAP CALON ATAU PERWAKILAN MEREKA selepas semua kertas undi diambil kira.

6) Semasa proses pengiraan, kotak undi akan dibuka di hadapan calon dan wakil mereka

7) Setiap kertas undi diangkat untuk semua calon atau ejen mereka mengkaji semula sebelum menyusun.

Bermula dari pagi, sewaktu para pengundi berjalan masuk untuk mengundi, sehingga undi dikira, CALON ATAU PERWAKILAN MEREKA AKAN SENTIASA BERADA DI SITU!

Jadi, Jangan malukan diri sendiri dengan segala tuduhan yang tidak masuk akal!

K7L : Malulah!

Malaysia Sebagai Contoh Kepada Negara Islam Lain!


Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara yang menghormati kesatuan dalam kepelbagaian dengan kerajaan bertindak membenarkan amalan beragama. Kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam diiktiraf menerusi statusnya sebagai negara terulung melaksanakan dan mengamalkan sistem perbankan dan insurans Islam.

Walaupun mendukung Islam sebagai agama Persekutuan, kebebasan untuk golongan bukan Islam mengamalkan kepercayaan masing-masing tetap terjamin, terpelihara dan kekal dalam Perlembagaan. Kami akan meneruskan kerja-kerja Jawatankuasa Keharmonian Antara Agama untuk menggalakkan bukan sahaja toleransi tetapi penerimaan kepelbagaian budaya dan agama di negara ini.




Dalam tempoh LIMA tahun ini, kami berjanji untuk:

  • Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinisp Maqasid Syariah.
  • Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni.
  • Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
  • Mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan.
  • Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah.
  • Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri.
  • Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.
  • Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat.
  • Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat.
  • Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasakaan perkhidmatan dan kenaikan gaji.
  • Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan.
  • Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok.

Setakat ini, kami telah:

  • Memperoleh pengiktirafan global berhubung keharmonian agama di negara kita.
  • Mengiktiraf perayaan keagamaan sebagai acara negara dan cuti umum.
  • Menjadikan Tabung Haji sebagai model badan pengurusan haji yang paling cekap.
  • Memperoleh pengiktirafan antarabangsa sebagai model negara membangun dan penyumbang idea-idea kepada negara-negara Islam lain.
  • Mendapat pengiktirafan sebagai pemimpin dunia dalam pasaran modal dan kewangan Islam, pendidikan Islam dan sebagai hab halal antarabangsa.
  • Menyediakan bantuan kewangan kepada pelbagai badan keagamaan untuk pembinaan rumah ibadat.
  • Memperkenalkan perbincangan antara agama untuk terus memupuk keharmonian.
  • Mewujudkan hubungan diplomatik dengan Vatican.


K7L : Hebat Malaysia..

28/03/2018

Video Pembongkaran Dalang Harga Tanah Dan Rumah Naik Melambung Tersebar?



Rumah di Penang, kenapa MAHAL?

Umum mengetahui bahawa 90% rumah di Penang adalah dalam kategori "RUMAH MAMPU TENGOK" atau "RUMAH MAMPUS TAK MAMPU BELI", semenjak DAP memerintah. Kebanyakkan pemaju akan membina rumah antara harga RM400,000 sehingga RM3.5juta bagi teres atau kondominum.

Adakah kemahalan rumah di Penang ini disebabkan rakyat Penang dah kaya raya atau pemaju nak buat duit? Dan apakah juga harga rumah ini ada kaitan dengan kerajaan DAP Pulau Pinang?

Jom kita selidiki satu persatu, lepas tu kita pikir nak ludah pemaju atau muka pemimpin kerajaan negeri.

1. Pada tahun 2009, kerajaan negeri telah memperkenalkan cas kepada peningkatan nilai tanah (charge for enhancement of land value) daripada 25% kepada 50% di kawasan pulau dan buat pertama kalinya sebanyak 12% di Seberang Perai. Polisi ini dibuat setelah lebih 20 tahun tiada perubahan cas oleh kerajaan BN sebelum ini.
Selain itu kerajaan negeri juga telah menaikkan cas pembangunan untuk perumahan sebanyak 300% iaitu daripada RM5 kepada RM15 per kaki persegi dan daripada RM7 kepada RM21 untuk lot komersil.

2. Contoh analisis, jika satu ekar tanah berharga harga RM1juta dan nilai tanah meningkat sehingga RM5juta akibat perubahan penggunaan tanah untuk perumahan, maka cas 50% kepada peningkatan harga tanah adalah sebanyak RM2juta (50% daripada perbezaan di antara harga peningkatan dengan harga asal)

Jika satu ekar boleh dibina 12 rumah teres, kesan dari polisi 2009 tersebut telah menyebabkan kos tambahan ke atas setiap pembeli satu unit rumah teres sebanyak RM170,000. Cas baru ini akan menyebabkan harga rumah di Pulau Pinang melambung tinggi.

3. Mulai tahun 2009 juga kerajaan DAP Pulau Pinang jgk memperkenalkan dasar perlepasan 30% pembinaan rumah kos rendah kepada pemaju dengan bayaran sebanyak RM120,000 seunit dan juga perlepasan untuk kouta bumiputera.

4. Ini bermakna pemaju boleh untuk tidak membina rumah kos rendah atau menghapuskan koata bumiputera dengan membayar kepada kerajaan negeri. Pada tahun 2015, sebanyak 55 projek atau sejumlah 1430 unit koata bumiputera telah dihapuskan dengan bayaran kepada kerajaan negeri oleh pemaju.

Dengan dasar ini, sudah tentu oleh kerana cas baru yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri semakin mahal, maka pemaju sudah tentu akan memilih untuk tidak membina rumah kos rendah sebaliknya membina rumah mewah yang mampu menampung kos operasi mereka akibat kenaikkan yang dikenakan oleh kerajaan negeri.

Rakyat perlu tahu bahawa kadar inflasi harga rumah di Pulau Pinang pada tahun 2015 adalah 7.6%, ini bermakna harga rumah makin meningkat semenjak DAP menjadi kerajaan negeri.

K7L : Dah tahu kenapa?..

Kes Rasuah : Guan Dapat Banglo Murah, Phang Li Koon Dapat Tukar Status Tanah



Semalam  Guan Eng  dibicarakan di mahkamah kerana dua kes rasuah. Baru hari ini Guan Eng hendak tagih simpati tentang nasib keluarganya, masa buat rasuah tidak pula ingat keluarga.

Orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah. Kes rasuah ini boleh dipercepatkan pada 27 Mac 2017 lagi, namun Guan Eng putar belit dan tangguh tangguhkan kesnya.

20 Mac tahun lepas, Guan Eng cabar Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah hingga sebabkan kes tertangguh.

7 Mac 2017, Mahkamah menolak petisyen yang difailkan Guan Eng dan Li Koon untuk mencabar kesahihan Seksyen 62 Akta SPRM itu. Akhirnya kes rasuah itu tetap berjalan juga seperti biasa.

Jika Guan Eng betul-betul berani, beliau takkan cuba untuk mengelak atau melambat-lambatkan perbicaraan sebaliknya akan berdepan dengan yakin jika benar-benar beliau tidak bersalah.

Hari ini rakyat Pulau Pinang akan makan “pop corn” melihat kes rasuah Guan Eng selama 23 hari melibatkan 40 saksi. Guan Eng tidak boleh putar belit lagi. Tidak boleh ajak minum kopi lagi. Kena jawab dengan fakta dalam mahkamah bukan dengan auta lagi.

Guan Eng menghadapi dua tuduhan rasuah iaitu :

Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam, untuk mendapatkan kepentingan kepada diri sendiri dan isterinya dengan meluluskan permohonan oleh Magnificent Emblem Sdn Bhd bagi menukar tanah pertanian menjadi tanah kediaman.

Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya untuk membeli rumah di Jalan Pinhorn daripada Phang dengan harga RM2.8 juta, yang berada di bawah nilai pasaran hartanah berjumlah RM6.5 juta.

Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun, denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dua kes rasuah ini bukannya konspirasi terhadap Guan Eng. Beli rumah di bawah nilai pasaran dari Phang Li Koon, kemudian tukar status tanah dan serah kepada syarikat yang dimiliki oleh Phang Li Koon.

Guan Eng dapat rumah harga murah, Phang Li Koon dapat tanah dengan harga murah. Phang Li Koon beli rumah banglo dengan harga RM2.5 juta, jual kepada Guan Eng hanya RM2.8 juta. Sedangkan harga pasaran adalah RM6.5 juta.

Guan Eng luluskan tanah sebagai hadiah dapat rumah banglo murah kepada syarikat Phang Li Koon?

Kes rasuah tanah Magnificient Emblem itu melibatkan projek pembangunan perumahan di Balik Pulau. Guan Eng yang mengetuai Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang meluluskan pertukaran tanah tersebut pada 23 Jun 2014.

Selepas 3 minggu tandatangan kelulusan pertukaran tanah yang dinilai dibawah harga pasaran, Guan Eng pengerusikan pula mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri di tingkat 28 di Komtar, George Town pada 18 Julai 2014.

Dalam mesyuarat tersebut, Guan Eng meluluskan penukaran tanah untuk dua lot tanah milik Magnificent Emblem Sdn Bhd, yang 30% dimiliki oleh Phang dan 70% dimiliki oleh pemilik KLIDC Tang, daripada pertanian kepada kediaman.

Ini fakta kes rasuah Guan Eng yang rakyat Pulau Pinang perlu fahami. Samalah macam kes projek terowong, duit kajian lesap entah ke mana, syarikat yang buat terowong pula dapat tanah. Tanah bernilai RM3 billion sudah habis dijual, sedangkan projek terowong belum siap lagi.

Kenapa perlu beri RM19 juta kepada seorang Datuk yang bergambar di rumah dan dalam kereta dengan Guan Eng? Kalau projek terowong tiada masalah, kenapa kena bayar sampai RM22 juta? Kes projek terowong ini pun Guan Eng akan kena dakwa nanti.

Kes rasuah Guan Eng ini bukannya konspirasi. Semasa meluluskan tanah dan minum kopi dengan Phang Li Koon tidak fikir pula soal anak dan keluarga. Kemudian bila kantoi rasuah, mulalah hendak putar belit salahkan pihak lain.

Rakyat Pulau Pinang kena tolak kerajaan DAP di Pulau Pinang. Ini baru dua kes yang didakwa, banyak lagi kes berkaitan penyelewengan DAP di Pulau Pinang. Selamatkan Pulau Pinang daripada parti yang penuh rasuah ini.

Tengok muka Guan Eng masa di mahkamah ini, banyak takut. Lihat video SINI

Buat kempen Solidariti Sokong Guan Eng pun gagal. 20 orang sahaja yang datang pun. Bukti rakyat Pulau Pinang dah tolak DAP yang kuat dengan skandal rasuah. 

Orang DAP Puji Pengangkutan Awam Di Malaysia?



Pengangkutan awam terus menjadi fokus di era pentadbiran Najib Razak . Menyedari jumlah kenderaan yang berada di atas jalan raya semakin bertambah suatu perancangan serius harus dilaksanakan agar Bandar-bandar utama di Negara kita khususnya di lembah klang tidak menjadi Bandar yang akan dikenali dengan Bandar kesesakan seandainya satu langkah konkrit tidak dicadang serta dilaksanakan.



Menyorot kembali ketika pembentangan Rancangan Malaysia Ke 11 pada 21 Mei 2015 lalu , Perdana Menteri telah mengumumkan di dalam teras ke 7 untuk memperkukuhkan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan di dalam teras berkenaan sebanyak 4 strategi telah disusun di dalam bidang fokus A iaitu membangunkan sistem pengangkutan bersepadu berdasarkan keperluan.

4 Strategi berkenaan akan dicapai melalui

  • Memperkukuhkan ketersambungan merentasi pelbagai mod pengangkutan dan wilayah
  • Meningkatkan tahap keselamatan, kecekapan dan perkhidmatan operasi pengangkutan
  • Meningkatkan kapasiti akses dan operasi
  • Memperkukuhkan rangka kerja kawal selia dan institusi sektor pengangkutan



Melihat perkembangan sistem pengangkutan bersepadu awam negara kita, Suruhanjaya pengakutan awam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD) dilaporkan sedang membuat kajian mengenai sistem tram sebagai alternatif kaedah pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Perkara berkenaan dilaporkan ketika program laporan Pelan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (PTPAD) 2010-2015 baru - baru ini.

Rancangan kerajaan mengadakan kajian ke atas perkhidmatan tram sebagai alternatif kaedah pengangkutan awam di Kuala Lumpur berkenaan adalah salah satu inisiatif yang harus dipercepatkan kerana ianya diperakui serta diamalkan di bandar-bandar besar lain serta mampu menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam, sekali gus mengurangkan masalah kesesakan jalan raya yang cukup sinonim dengan kehidupan di bandar raya.

Menurut laporan itu lagi kajian tersebut akan selesai pada tahun depan dan ini adalah antara langkah selain pengumuman kajian laluan keretapi yang menghubungkan Pelabuhan Klang- ke Tumpat (ECRL), sistem MRT aliran Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya dan keretapi laju Singapura ke Kuala Lumpur.

Dengan laporan itu juga, kita bakal menyaksikan satu anjakan baru di dalam sistem pengangkutan awam darat negara dan ianya dilihat konsisten di era pentadbiran Najib Razak di dalam memastikan slogan rakyat didahulukan itu tercapai. 

Mahathir Akui PH Terlalu Banyak Berjanji Yang Belum Tentu Dapat Ditunaikan!




Dr M: Peluang Pakatan 50-50

Tulisan asal oleh:

The Star Online, 26 Mac 2018

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau pada mulanya menasihatkan Pakatan Harapan menentang ikrarnya untuk menghapuskan tol lebuh raya.

Dalam temu bual dengan Sunday Times Singapura, beliau mengakui bahawa "kadang-kadang, saya merasakan bahawa kita mungkin tidak dapat memenuhi janji kita".

"Parti kami, rakan gabungan kami, anda tahu mereka sangat bersikap sosialis, mereka suka memberikan sesuatu kepada orang. Saya memberitahu mereka ia tidak boleh dilakukan. Anda mahu menghapuskan semua tol jalan, mereka mahu memberikannya percuma.

"Saya berkata, kita perlu membaikpulih jalan raya. Anda perlu membina lebih banyak jalan. Dari manakah anda akan mendapatkan wang jika anda cuba untuk membaikpulih jalan ini sendiri? Tetapi mereka mahu populariti, jadi mereka lebih suka menjanjikan perkara ini," kata pengerusi Pakatan itu.

Manifesto pilihan raya umum Pakatan dilancarkan pada 8 Mac, antara lain, untuk menghapuskan GST dan kutipan tol.

Menjawab soalan jika beliau merasa aneh dalam Pembangkang, bekas perdana menteri itu berkata: "Ya, ia sangat pelik.

"Orang-orang yang sama yang pernah mengejek saya - dan pernah saya ejek mereka - kini mereka bekerjasama dengan saya," katanya, sambil menambah bahawa mereka memilih beliau untuk menjadi pemimpin mereka.

"Ini adalah penerimaan yang pelik, tetapi saya dapat menyesuaikan diri dengan baik," kata Dr Mahathir, sambil menambah bahawa pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya mengambil masa yang lama sebelum bersetuju untuk bekerjasama dengannya.

"Mula-mula ia amat sukar baginya untuk menerima saya sebagai pengerusi Pembangkang, dan juga ketika nama saya dicadangkan untuk perdana menteri.

"Ia mengambil masa yang agak lama untuk beliau membuat keputusan, tetapi akhirnya beliau menyedari, dan orang memberitahu kepadanya, tidak mungkin anda boleh meletakkan orang lain dan memenangi sokongan Melayu.

"Apa jua perbezaan yang ada sudahpun dilupakan. Kita perlu belajar untuk melupakannya, walaupun kadang-kadang ia datang balik. Tetapi secara umumnya beliau (Anwar) telah menerimanya."

Dr Mahathir, 93, berkata cabaran terbesar beliau adalah untuk menjelaskan kepada asas Umno beliau mengapa beliau bergabung dengan parti pembangkang.

"Mereka tidak faham. Sebagai contoh, saya pernah mengutuk DAP dan kini saya bersama DAP. Saya jelaskan, tetapi pengikut tegar Umno tidak dapat menerima DAP," katanya. Dr Mahathir menilai kemungkinan kemenangan Pakatan dalam pemilihan sebagai "50-50".

Beliau berkata jika Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dikalahkan, beliau akan menjadi "tiada tandingan".

"Jika beliau menang, beliau akan menjadi sangat kuat. Oleh itu, ini adalah peluang terakhir kami untuk menjauhkannya. Jika kami kalah ini, tidak akan ada masa depan," beliau dipetik sebagai berkata.

Mengenai kawasan mana beliau akan bertanding, Dr Mahathir berkata beliau belum membuat keputusan.

"Saya tidak boleh kalah. Saya perlu memilih kawasan terbaik di mana saya boleh menang," katanya sambil menambah bahawa walaupun beliau melihat Johor sebagai kawasan utama untuk Pembangkang, sukar bagi mereka untuk memasuki negeri itu.

Dr Mahathir juga berkata jika pembangkang gagal dalam pemilihan, ia perlu menerima kekalahan. "Tetapi saya akan berasa sangat sedih."

SUMBER : The Star

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk