29/04/2016

730 Kes Patukan Ular Sejak Januari 2016 - Hati-Hati!


Sejak musim panas ini, banyak kes ular masuk rumah, masuk kereta dan masuk pejabat berlaku. Sejak Januari pun telah berlaku 730 kes patukan ular. Jadi hati-hati dan sentiasa beringat.



PATUKAN ULAR DAN BAHAYANYA

Tujuan utamapanduan ini ialah memperlahankan atau mengurangkan penularan bisa (racun) ular, mengelakkan keadaan mangsa menjadi semakin teruk dan sebagai persediaan untuk mangsa menghadapi rawatan perubatan seterusnya.dengan ini komplikasi yang mungkin berlaku dapat dikurangkan. 


Pada amnya, ia bertujuan untuk memberikan rawatan secepat mungkin kepada mangsa yang mungkin dapat memebantu keadaanya, meredakan kesakitan yang dialami atau menyelamatkan nyawanya.

Pengurusan Sendiri

Langkah yang perlu dilakukan sekiranya anda dipatuk oleh ular yang berbisa:

  • Biarkan luka patukan itu terus mengeluarkan darah dengan sendiri selama 15 hingga 30 saat.
  • Tanggalkan semua perhiasan atau pakaian yang ketat.
  • Dengan cepat, sapukan larutan pembersih antiseptik keseluruh bahagian yang terlibat.tuamkan dengan sesuatu yang sejuk dan sehampir mungkin dengan kecederaan tanpa mengganggu proses penyedutan.
  • Bersihkan dan basmi bahagian patukan dengan cepat menggunakan iodin atau bahan basmi ku,an yang lain.
Jangan Lakukan

  • Menanggalkan balutan atau tekanan pada bahagian patukan sehingga anda sampai ke klinik atau hospital dan bersedia untuk menerima intivium. Sebaik sahaja balutan dibuka,racun akan menjalar dan menimbulkan beberapa masalah yang sememangnya lazim diamali oleh mangsa patukan ular. Ketika ini, pasukan perubatan sepatutnya telah bersedia untuk memberikan intivium.
  • Makan atau minum kecuali disyorkan oleh doktor.
  • Terlalu aktif bergerak.
  • Menghisap racun dengan mulut. Gunakan alat penyedut khas.
  • Memotong atau membuat hirisan pada tempat patukan dengan menggunakan pisau.
  • Menggunakan renjatan elektrik.
  • Menuam dengan pek panas atau sejuk.
  • Mengikat atau menjerut dengan pengikat yang kecil seperti tali leher atau seumpamanya kerana ini akan menyekat pengaliran darah
  • Membuang masa atau mengambil risiko untuk mebunuh atau menangkap ular berkenaan.
  • Masa itu amat kritikal. Sebarang bisa atau racun yang wujud boleh mengancam nyawa dengan begitu cepat sekali.Jadi,bawalah bertenang dan iku segala petua yang diberikan di atas.
Nasihat Penting

Jangan mendekati, berkhemah, bekerja atau mengambil spesimen di kawasan yang disyaki adanya ular berbisa, kecuali ditemankan oleh sekurang-kurangnya dua orang rakan lain.
Sekiranya anda menemui ular di sesuatu tempat dan tidak dapat mengenal pasti jenisnya, jangan hampiri ular tersebut, cuba untuk memeriksa atau mengambil gambarnya.

K7L : Hati-hati.. Jaga diri..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk