26/04/2016

MP Tanjong DAP - "Ask PKR Go To Hell"



Kah Kah Kah! Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sudah pun selesai. Apabila kaunter ditutup,
 Barisan Nasional telah pun memenangi 2 kerusi iaitu di N79 Bukit Kota dan N82 Bukit Sari.

Ianya terjadi apabila calon PKR yang telah ditetapkan untuk bertanding tidak hadir sesi penamaan calon. Dikhabarkan atas dasar boikot kepada PKR Pusat dan ingin sabotaj Pakatan di Sarawak.

Umum tahu perebutan kerusi di antara PKR dan DAP memang berlaku walaupun ada beberapa pihak cuba menyembunyikan perkara tersebut dengan mengatakan ianya telah diselesaikan. 


Namun menjelang hari penamaan calon segalanya telah berubah. Dan disebabkan itu juga, macai kesayangan Lim Guan Eng telah memaki hamun PKR di dalam Facebook. DAP kini sudah mula tunjuk rasa marah mereka secara terbuka.

Keris kira mesej yang ingin disampaikan oleh Ng Wei Aik adalah mesej jelas keseluruhan DAP yang kini sedang bertegang urat dengan PKR. Bibit-bibit perpecahan Pakatan bakal dilihat akan berlaku tidak lama lagi. 

PKR akan menjadi lebih risau kerana mereka tidak ada 'steady seat' untuk memastikan mereka kekal berkuasa berbeza dengan DAP yang menguasai Pulau Pinang dan PAS yang memerintah Kelantan.

Realitinya bercakap untuk membentuk Pakatan memang senang tetapi zahirnya parti-parti pembangkang tidak ubah seperti sekawan Dubuk yang berebutkan bangkai yang sama spesis dengannya.

K7L : DAP also go to hell with PKR..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk