15/04/2016

Akhbar Cina Selar Guan Eng Yang Rosak Akhlaknya?



Akhbar Sin Chew Daily bertarikh 4 April 2016 me­nyiarkan artikel yang terus mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu pembelian ­banglo mewah dengan harga murah.

Artikel yang ditulis oleh Wong Kai Eng bertajuk ‘Jadi pemerintah tidak boleh rosak akhlaknya’ disiarkan dalam ruangan Pendapat Yan Lu halaman 22.

Hujah Guan Eng berdasarkan ungkapan “kamu rela aku sanggup” bagi menjawab soalan pemberita kenapa beliau membeli banglo berkenaan di bawah harga pasaran hanya boleh diguna pakai terhadap rakyat biasa. Ungkapan itu bermaksud mereka tidak memperolehnya dengan cara mencuri dan merompak.

Ungkapan itu tidak sesuai digunakan oleh seorang ahli politik yang memerintah sebuah negeri. Pemimpin yang berkuasa dinilai berdasarkan kriteria yang berbeza apabila orang ramai mengharapkan beliau mempunyai disiplin diri yang tinggi, berakhlak dan tidak tamak untuk meraih ­keuntungan.

Walaupun dikatakan harga murah itu berpunca daripada persetujuan separuh jual dan separuh dihadiahkan, pe­mimpin berkenaan tetap dianggap telah mengambil ke­sempatan. Hakikat itu akan menyebabkan pemimpin terbabit dipandang hina oleh orang lain.

Mungkin ada pihak akan menggunakan pelbagai alasan lain bagi mempertahankan harga banglo berkenaan tetapi langkah itu tidak harus membuatkan kita lupa perkara pokok iaitu seseorang pemimpin tidak sepatutnya mengambil ke­sempatan.

Pemimpin yang cuba meraih keuntungan lumayan se­benarnya tiada harga diri. Mereka yang tidak sedar diri itu langsung tidak menunjukkan teladan kepada rakyat jelata.

Dalam kes pembelian banglo ini, kita menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk melakukan siasatan.

Bagaimanapun, di pihak Guan Eng sendiri, beliau boleh mengambil beberapa langkah bagi meredakan kontroversi berkenaan. Tambahan pula, terdapat kemungkinan beliau terlepas pandang dan tiada niat untuk mengambil kesempatan.

Pertama, beliau boleh mencontohi kaedah yang sering dibuat di Taiwan iaitu menjual banglo berkenaan kepada pemilik asal dengan harga sama dan wang yang diterima itu diserahkan kepada badan amal sebagai tanda meminta maaf.

Kedua, menyemak nilai sebenar banglo mengikut harga pasaran dan wang yang masih berkurangan itu dibayar kepada pemilik asal.

Walaupun tindakan-tindakan yang disyorkan itu dibuat bukan dengan rela hati, sekurang-kurangnya dapat meredakan kontroversi. 
Sudah pasti selepas ini, Guan Eng tidak akan lagi dihambat oleh musuh politik dan rakyat jelata.

K7L : Guan Eng checkmate!...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk