30/04/2013

Bukti Izzah Dan Tian Chua Rancang Episod Dakwat Kekal Kerana Kalah? #PRU13 #GE13 @barisanasional



Haaa! Nampak sangat semua ini dirancang oleh mereka-mereka yang sudah boleh menjangka kekalahan sendiri. Nampaknya ada beberapa calon PKR yang bertindak biadap dengan menimbulkan fitnah kerana keadaan mereka sudah menjadi terlalu terdesak.

Mana ada orang mengundi pukul 8.00, tankap gambar pukul 7.55 pagi? Ini semua rancangan jahat yang telah dijangka sebenarnya. Masihkah mereka menjadi pilihan? Sering mengaburi mata rakyat demi kepentingan diri.

K7L : Tolak PR!

Calon Parlimen Kuala Langat Dedahkan Penipuan @n_Izzah Pasal Dakwat Kekal? #PRU13 #PKLbangkit


Calon BN bagi kerusi P.112 Kuala Langat, Kapt (B) Sharuddin mengunjungi proses undi awal di TUDM Jugra awal pagi tadi


Daripada rakan TMS menyampaikan pesanan daripada beliau :

Timbalan Presiden Bekas-Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Kapt (B) Sharuddin Omar menyifatkan tuduhan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah sebagaimana dinyatakan dalam twitter beliau adalah suatu yang 'boleh dipertikaikan motifnya'.

Terdahulu, Nurul Izzah yang juga calon bagi kerusi P.121 Lembah Pantai telah menghantar satu tweet yang berbunyi seperti petikan gambar di bawah ini:


Kapt (B) Sharuddin memberitahu bahawa siapa-siapa pun boleh membuat sebarang laporan polis berkaitan proses undian termasuklah undian awal atau undi pos.

Tetapi perlulah diingat, kenapa pemimpin besar bertaraf naib presiden begitu bersungguh-sungguh membawa isu ini pada masa kini dan siasatan hendaklah dibuat secara menyeluruh termasuk hubungan anggota keselamatan yang didakwa meragui dakwat yang dikatakan boleh dibasuh dan hilang dengan pemimpin besar PKR yang begitu bersungguh-sungguh meninggalkan proses kempen di kawasannya sendiri semata-mata isu ini (dakwat dikatakan hilang setelah dibasuh).

Kecepatan Nurul Izzah serta Tian Chua sebagaimana yang didakwa oleh ramai pihak membawa isu ini ke balai polis seperti suatu yang sudah dirancang rapi dan 'ini agak memelikkan dan diragui', ujar Kapt (B) Sharuddin lagi.

"Tapi saya secara peribadi menyerahkan perkara ini kepada pihak-pihak berwajib seperti polis untuk menyiasatnya dan percaya mereka (polis) lebih arif dalam melakukan siasatan mereka dan tolong jangan dipolitikkan apa juga dapatan pihak berwajib nanti".

Kapt (B) Sharuddin Omar juga merupakan calon bagi kerusi P.112 Kuala Langat mencabar penyandang terdahulu, Abdullah Sani yang merudum geraf kempennya kerana sabotaj dari ahli parti PKR itu sendiri selain masalah bukan calon 'favorite' atau anak tempatan.

Abdullah Sani turut terpalit dengan imej menceraikan bekas isteri pertamanya demi mengahwini seorang ahli Serikandi PKR yang jauh lebih muda dan hampir sebaya dengan anak sulung beliau sendiri.

Pagi tadi, Kapt (B) Sharuddin Omar sempat mengunjungi Markas Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Jugra bagi melihat proses pembuangan undi awal oleh anggota keselamatan di sana.

K7L : Tunggu..ada lagi bukti Izzah menipu..

Nik Aziz Ada Banyak Tanah Dibeli Dengan Menabung Dari Kecil? #Tukar #PRU13 #GE13



Foto di atas hanyalah 1 daripada 5 muka surat butiran tanah milik bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hasil carian ke atas Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu mendedahkan Nik Aziz Nik Mat dan isteri telah memiliki 27 bidang tanah sekitar bandar Kota Bharu dengan jumlah keluasan lebih kurang 4 ekar setiap satu.

Tiada siapa menyangka bahawa Mursyidul Am Pas ini sebenarnya memiliki sebanyak 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 hektar) di kawasan bernilai tinggi di Bandar Baru Tunjong di sini, dianggarkan bernilai lebih RM4 juta.

Nilai tanah tersebut dikatakan boleh mencecah lebih RM10 juta sekiranya tanah berstatus tanah pertanian itu ditukar kepada komersial, mengambil kira pelbagai projek pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan itu.

Selain Nik Abdul Aziz Nik Mat, isteri beliau, Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah di sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit, termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang telah dipajakkan selama 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak.

Kesemua tanah di atas nama Nik Abdul Aziz telah didaftarkan selepas tahun 1990, iaitu ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar Kelantan. Zuhudkah aku? 14 tanah yang didaftarkan atas nama Nik Abdul Aziz Nik Mat disertakan di bawah:






Sumber : Cucu Tok Selampit

Dijanjikan Air Lopak Jika PR Menang Di Selangor? #IsuAirSgor




Waaaahhh Tahniah! Setelah sekian lamanya baru Oppa Khalid Loser datang dengan lagak hero yang rebah. Kini dia yang telah sedar tidak akan menjadi Menteri Besar lagi mula memberi harapan kepada rakyat dengan harapan yang jelek dan tak masuk akal.

Oppa Khalid Loser kata kononnya dia telah menjumpai satu sumber air yang baru untuk rakyat Selangor. Supaya tiada lagi masalah air berlaku di Selangor dan tiada lagi rungutan rakyat akibat kesilapan bodohnya dahulu.

Kini dia bercadang untuk mengorek kolam untuk menakung air sungai serta air hujan. Kiranya kolam itu akan mengumpul air dan dikatakan mampu untuk menyalurkan air mentah sebanyak 2 billion meter padu.

Air yang ditakung (yang akan menjadi air lopak dan lumpur setelah bercampur dengan tanah) akan diproses menjadi air bersih dan terawat. Air tersebut akan ditapis menggunakan loji rawatan air Sg Selangor di Bestari Jaya.

Ironinya, setelah 5 tahun menjadi Menteri Besar jajahan Pakatan yang dibelenggu masalah air, saat-saat terakhir sebagai MB baru dapat jumpa sumber air yang baru? Pelik sangat sebab jumpa apabila dekat dengan pilihanraya umum yang ke-13.

Hebat betul cara menyelesaikan air ikut cara Pakatan ini. Biarkan rakyat menderita dahulu dan setelah sekian lama terseksa, hadir dengan harapan supaya mereka diundi. Sekarang siapa yang politikkan isu air?

Apakah semua ini telah dirancang sejak mula-mula air mengalami masalah di Selangor? Lepas bubar Dewan Undangan Negeri terus jumpa sumber baru. Hmmm I smell something fishy here oppa! Macam ada yang tak kena!

Rasanya masih terngiang-ngiang pada telinga Keris yang Selangor dikatakan tidak memerlukan sebarang sumber air yang baru. Walaubagaimanapun, pakar-pakar air Negara telah lama mendedahkan sumber air yang baru.

Tapi apa yag dia sibuk canang nak buat hanyalah penstrukturan semula air yang tak habis-habis dan tidak menemui jalan penyelesaian. Bukan boleh selesai masalah air pun tapi sebab bongkak serta bodoh sombong, inilah jadinya.

Sekarang baru sibuk nak cari sumber air baru. Ish apa kena ni Oppa Khalid Loser oi? Dah flip flop pulak pasal isu sumber air. Apa sebenarnya yang menjadi masalah kepada si Khalid loser untuk selesaikan masalah ini dari dulu?

Ok chop chop! Dia kata sumber air itu mampu jana 2 billion meter padu air sehari. Itu sebab air takungan sungai serta hujan. Kalau masa tu kena pulak musim kemarau mana nak cekau air ek? Si loser ni kira tak sebarang kontra dengan cadangan yang diberikan?

Satu lagi dia nak pakai loji yang dah lama. Loji rawatan air Sg Selangor tu dah boleh masuk muzium sebenarnya. Kalau nak pertingkatkan kapasiti memang makan duit yang banyak. Dulu kata bazir duit rakyat, kenapa sekarang boleh pulak?

Loji Sg Selangor tu hari-hari beroperasi tanpa henti 365 hari setahun, 7 hari seminggu selama 24 jam. Nak bagi loji tu hancur terus ke macamana sebenarnya ni? Haa inilah dia manifesto bukan janji milik Pakatan.

Sering beri harapan kepada rakyat yang mana akhirnya rakyat akan tertipu dengan janji janji palsu mereka. Siapa yang buatkan air dipolitikkan?

Apa yang Keris mahu pesan, menjelang 5 Mei ini. Hati-hati apabila mengundi dan jangan salah pangkah. Undilah Barisan Nasional agar tidak lagi ditipu oleh pemangsa-pemangsa politik rakus daripada Pakatan.

K7L : Sayangi Selangor..yakini BN..

[Video] Gempar! Pesanan Khas Buat #HusamPenipu Dari Kickdefella! #PRU13



Berani atau tidak Husam untuk berhadapan dengan Syed Azidi? Sehingga hari ini Husam seakan mendiamkan diri. Dengar cerita mereka kata Husam tak berani berhadapan dan merasakan dia akan kantoi ujian poligraf.

Adakah Husam benar-benar menipu?

K7L : Berani kerana benar..

@n_izzah Support Kedai Arak? Inikah Kebebasan Agama Yang Dibawa Oleh PKR? #PRU13 #GE13



Jika pembaca tak dapat kesan, cuba perhatikan apa yang ada di belakang Nurul Izzah.

Untuk lebih jelas, pembaca boleh tengok gambar asal ini diperolehi dr FB CeggoBoard

Yang ini apa cerita? Tak apa ke wahai orang-orang PAS? Anak kepada Ketua Umum PKR yang menjadi sanjungan puak Anwarinnas PAS boleh pulak bergelumang dengan arak?

Nak dengar juga apa kata ulama-ulama PAS!

K7L : Sila jawab wahai cai-cai Pakatan yang makan dedak izzah!..

Sejarah PAS Dan #Felda - Wajib Diketahui Untuk Elak Kekeliruan!


Sepanjang tempoh berkempen ini seringkali Keris dengar berita orang-orang PAS becakap pasal Felda. Kononnya PAS layak untuk bela nasib orang Felda. Katanya Presiden ANAK yang juga hero buat peneroka Felda merupakan ahli PAS.

Haduimakkk. Ini yang Keris menyampah bila orang yang bercakap tu orang yang tak baca sejarah. Nak kata dia hidup zaman PAS dalam Barisan Nasional, dia masih tak wujud lagi. Aduiiii.
Derrr... Ini Keris nak kongsi pasal sejarah PAS bersama Felda! :

SEMUA pasti maklum bahawa suatu ketika dahulu PAS pernah bersama-sama berjuang didalam Barisan Nasional selepas insiden berdarah ‘Tragedi 13 Mei 1969′.

Ketika itu berlaku perpecahan kaum yang mana melihat ‘perang’ antara kaum Melayu dan kaum Cina selepas pembangkang mendapat kuasa baru di Kuala Lumpur. Ketika itu, GERAKAN, DAP dan PAS adalah antara pembangkang di Malaysia.

Kesan langsung atau suka untuk penulis nyatakan adalah ‘hikmah’ disebalik kejadian itu, perpaduan antara kaum dibentuk semula, anasir subversif dan komunisme ditentang habis-habisan.

Dari tragedi itu juga, maka dibentuk gabungan Barisan Nasional menggantikan Perikatan yang turut memperlihatkan 2 daripada pembangkang menyertai Barisan Nasional iaitu PAS dan GERAKAN.

Dengan mengetahui sifat khianat dan munafiq PAS itu, satu perjanjian dibuat antara 2 komponen BN ketika itu iaitu UMNO dan PAS. Menurut perjanjian yang dibuat bersama, PAS telah bersetuju untuk tidak membuka ranting atau cawangan dimana-mana kawasan kerusi UMNO termasuk FELDA.

Begitu juga sebaliknya, UMNO tidak boleh menubuhkan cawangan dimana-mana kawasan yang telah ada cawangan PAS. Kedua-dua pihak telah pun mencapai kata sepakat.

Jadi, bila masa pula PAS menembusi FELDA ?

Ketika PAS berada didalam pemerintahan bersama Barisan Nasional, PAS telah diberikan jawatan Menteri yang bertanggungjawab menjaga FELDA di bawah Kementerian Tanah dan Galian.

Ketika mendapat kuasa yang kecil ini, PAS tidak patuh pada janji, PAS merancang untuk mengkhianati BN dan memungkiri janji. Secara senyap-senyap mereka menggunakan kuasa dan jawatan mereka itu untuk mengembangkan PAS di kawasan-kawasan FELDA termasuk membuka cawangan di beberapa kawasan FELDA baru, antaranya di Kemahang, Kelantan dan di Johor.

Selepas tindakan PAS dikesan dan terbukti mengkhianati perjanjian, melalui undi kesemua parti komponen, 11 undi mahu PAS disingkirkan dari Barisan Nasional manakala PPP berkecuali dan PAS membantah, maka PAS ‘ditendang’ keluar secara demokrasi.

Disitulah sejarah bagaimana PAS disingkirkan dari Barisan Nasional dan bagaimana PAS ‘mengepak’ di FELDA hasil dari sebuah pengkhianatan dan salah guna kuasa.

Selepas disingkirkan dari BN, semakin kuat ‘iltizam’ PAS untuk mengusai FELDA yang penduduknya adalah Melayu-Islam kerana PAS yakin akan ‘merketing’nya menggunakan Islam sebagai ‘produk’ politik mereka.

Keyakinan PAS memuncak bilamana berjaya memperdaya penduduk di beberapa kawasan FELDA. Sehingga kini, FELDA terus diserang oleh pembangkang yang kini dalam gabungan 3 parti politik iaitu PAS, DAP dan PKR.

Sebab itu jangan tertipu lagi dan biarkan diri anda ditipu. Baik peneroka yang akan menerima akibat sama juga buat rakyat Malaysia yang lain, hati-hati jika mahu memilih Pakatan sebagai pemerintah.
K7L : Sekarang dah faham der?..

29/04/2013

[Video] Lim Kit Siang Dihalau Rakyat Gelang Patah!



Kan dah kena halau! Kuburkan karier politik Kit Siang!

Gempar! Video Ustaz PAS 'Tomoi' Pelajar! #saveKedah #tukarKedah #PRU13





Kata orang yang beri video ni, itu baru sikit, 'tomoi' Ustaz Man ni pada pelajarnya. Ada yang lebih teruk lagi.


Bila disiasat latar belakang Ustaz Man ni, dia merupakan orang kuat Johari Abdullah, Calon PAS DUN Kupang. Johari atau lebih dikenali sebagai Cikgu Joe ni la, musuh ketat Taib Azamuddin (Bekas Ahli Parlimen Baling)

Ustaz Man ni merupakan Ahli Majlis dalam Majlis Daerah Baling yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri pentadbiran PAS. Kiranya selain menjadi cikgu pondok, dia ni Ahli Majlis. Tapi ahli majlis apa bertindak serupa tak waras macam tu?


Sekalipun budak tu salah takkan sampai kena lutut bagai? Itu manusia beb, kalau binatang sekalipun dibuat macamtu orang pun marah. Tetapi inilah sifat sebenar PAS. Apa yang Keris nak cakap adalah PAS ini hanya pandai bertopeng.

Mereka menjadikan kopiah sebagai pelindung kepada sisi gelap mereka. Rasanya dulu pernah tersebar cerita ada pemimpin PAS yang masuk muzium seks di luar negara. Kalau di Malaysia dialah yang paling zuhud kononnya.

Macam naib presiden tak sedar diri PAS, yang sanggup menipu untuk mengaburi pandangan rakyat. Dia tutup segala kegagalan yang dibuat. Tunggu masa rakyat akan tahu siapa sebenarnya pemimpin-pemimpin PAS disebalik kopiah yang dipakai.

K7L : Ayah budak tu patut buat laporan polis!..

#HusamPenipu Mengamuk Kerana Video Ini? #PRU13 #GE13



Keris setuju dengan Ku Nan! Selama ini berbelas tahun kami hidup di Putrajaya, yang cuba bawak budaya tidak sihat dalam berpolitik cuma PAS. Makin tinggi jawatan mereka dalam PAS, makin kotor budaya politik yang dibawa.

Sampaikan sanggup berbuat fitnah hanya untuk mengaburi mata pengundi. Biadap dan kurang ajar sebenarnya. PAS kini tak layak bawa nama Islam dalam nama parti mereka. Tidak islamik langsung dengan pemimpin-pemimpin yang sentiasa merapu.

K7L : Husam penipu!!!!!!

[Video] Cabaran @kickdefella Untuk Berdialog Dengan @hajihusammusa Khamis Ini! #HusamPenipu Bila Nak Jawab?



Wuhuuu akhirnya Husam Musa dicabar untuk berdialog dengan Kickdefella! Kick cabar untuk berhujah serta melakukan ujian poligraf pada hari Khamis bertarikh 2 Mei 2013. Berani atau tidak Husam Penipu untuk sahut cabaran tersebut?

Sebelum ini beberapa siri penipuan oleh Husam telah berlaku di Putrajaya. Dia yang cuba mempolitikkan surau dengan menuduh pihak AJK Surau Abd Rahman Auf dipecat merupakan satu penipuan yang besar setelah pihak JAWI telah mengesahkan tiada sebarang pemecatan telah berlaku.



"Saya hari ini juga mencabar Husam selain daripada membuat poligraf dan dialog, buat juga satu laporan polis terhadap isi kandungan buku itu supaya polis boleh siasat betul atau tidak.

"Berdasarkan kepada pengalaman saya selama dua tahun tujuh bulan dengan beliau dan maklumat yang saya dapat akses sepanjang tempoh itu, maklumat yang ada dalam buku ini yang saya tahu semua adalah betul," katanya dalam satu sidang akhbar di Kelab Tasik Putrajaya,

Boleh baca di SINI dan SINI untuk tahu lebih lanjut berkenaan kes penipuan tersebut.

K7L : Berani atau tidak?..kau ingat senang nak tipu orang Putrajaya?..

28/04/2013

Kini Anak Peneroka #Felda Kaki Rempit Boleh Tunjuk Skill Di Litar Lumba!



Tahniah! Felda telah meluluskan pembinaan litar lumba di Jengka dalam usaha untuk melahirkan generasi kedua yang kompetitif Felda, serta membolehkan mereka menikmati aktiviti rekreasi dan berinteraksi antara satu sama lain dalam persekitaran yang sihat.

Erti kata lain tak perlu lagi dengar cerita budak Felda merempit secar aharam walhal membawa motorsikal merupak kelebihan sesetengah daripada mereka. Tak salah nak cungkil bakat terpendam yang ada.

Litar perlumbaan tersebut akan dibina dengan kos RM1.9 juta, dijangka meningkatkan ekonomi luar bandar dan meningkatkan pendapatan penduduk tempatan, selain menjadi platform untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan permotoran.

Kena tengok banyak aspek jugak. Mesti akan ada yang bersuara sumbang dengan pembinaan litar lumba ini. Siapa sangka ramai juga anak muda Felda akan bekerja di litar itu kelak?


Yang belajar politeknik atau universiti mengikut kemahiran mesti akan ada tempat di sana. Ini merupakan satu inisiatif Felda dan Kerajaan Barisan Nasional dalam memupuk anak muda yang berbakat. Bukan yang hanya tahu memekik di jalanan.

Litar perlumbaan ini meliputi kawasan seluas 5.3 hektar, akan digunakan sebagai tempat untuk perlumbaan drag dan ujian pecut, maka membanteras masalah sosial yang berkaitan dengan lumba haram di kalangan belia Felda.

Jadi bila dah dibina jangan lupa tunjuk bakat dan kepada anak-anak peneroka yang berkemahiran seperti juruteknik, pengurusan pejabat dan macam-macam bidang boleh cuba untuk bekerja di situ kelak.

K7L : Tahniah lagi dekat Felda.. ada je benda nak buat..

#HusamPenipu Mula Kecut Perut Bila @kickdefella Jejak Bumi Putrajaya! @hajihusammusa Lari Malam?


Muahahahaha!!! Syed Azidi adalah seorang penulis blog yang pernah bekerja dengan Husam Penipu selama 2 tahun 7 bulan sebelum beliau berhenti kerana tidak tahan melihat pelbagai kesongsangan berlaku depan mata.

Pendedahan demi pendedahan akan dibongkar melalui orang yang paling kanan daripada orang kanan. Orang yang menjaga pintu jika Husam mahu tidur dalam pejabat. Inilah orang yang tahu berkenaan siapa sebenarnya Husam ini.

Apa yang akan didedahkan kepada rakyat Putrajaya? Kita tunggu..

K7L : Goyang?..

Presint 9 Dibanjiri Pengundi Dan Penduduk Putrajaya Kerana Tun Mahathir! - Biar Gambar Berbicara!



Inilah dia yang terjadi di Putrajaya. Pengasas kepada pembinaan Putrajaya disambut hebat oleh pengundi Putrajaya serta penduduk Putrajaya. Erti kata lain tak perlu import orang daripada luar pun boleh capai angka dekat 10 ribu orang.

Semua ini orang Putrajaya beb! Keris tak mahu cerita panjang namun biarlah gambar ini berbicara. Tun Mahathir ada cakap yang PAS dulu mahu lelong tapi sekarang nak tawan pula. Mungkin silapnya, kata beliau patutnya dulu dia tak perlu buat Putrajaya cantik-cantik. Haha!

Apapun Husam sekarang makin goyang sampai kena import orang luar. Apa cer?





Jelas wajah senyuman ini terpancar daripada wajah pemimpin hebat Malaysia ini!

tengok jugak kat GAP

K7L : Terima kasih sabahat Lensa Kini sebab kongsi gambar..

27/04/2013

Azhar Sulaiman Temui Jam Omega Anwar? #PRU13


Rosakkan Minda Peneroka #Felda - ANAK Dipatungkan Untuk Pakatan!



Ini bukan rahsia yang cuba disorokkan, memang patutpun Pakatan Rakyat menghantar agen mereka ANAK untuk menghuru-harakan Felda dengan menyerang membabi buta isu-isu Felda. Mereka kononnya simpati dengan nasib peneroka dengan membawa berbagai-bagai fahaman fitnah untuk menarik seberapa banyak undi peneroka kepada Pakatan.

Pakatan tahu itu tugas yang sangat sukar, hendak masuk parti PAS sudah tentu ditolak bulat-bulat kerana PAS mempunyai sejarah hitam bersama Felda. Hendak digunakan DAP memang tak boleh kerana DAP parti rasis kauvanis. Hendak dihantar PKR memang tak boleh sebab rakyat Felda benci kepada Anwar.


Maka mereka menghantar agen halus bergelar ANAK dengan melantik pencacai Mazlan Aliman melakukan kerja-kerja bangang dia. Tugas pakatan diserahkan bulat-bulat kepada Mazlan untuk mengaut seberapa banyak kerusi Parlimen dan DUN yang boleh.

Jumlah kerusi Felda di seluruh Malaysia amat besar iaitu 54 Kerusi Parlimen dan 92 DUN. Bayangkan betapa banyaknya kerusi di Felda. Maka Keris rasa tidak hairanlah pakatan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kerusi ini bagi mencapai hasrat mereka untuk ke Putrajaya yang dikatakan projek membazir suatu masa dahulu.

Maka kini apakah Pakatan mampu mengubah sokongan peneroka Felda? Dalam angan-angan mereka sahajalah! Kerana peneroka Felda tidak sebodoh itu untuk menerima hasutan daripada agen halus puak Pakatan. 

Soalnya mengapa sekarang baru muncul ANAK? Mengapa tidak dulu lagi mereka tubuhkan? Kerana ANAK hanyalah boneka yang dipatungkan oleh Pakatan. Semuanya untuk menghancurkan Felda yang banyak membantu peneroka sejak 50 tahun yang lalu.

K7L : Jangan jadi manusia tak sedar diri macam Mazlan..takut jadi gila..

[Video] JAWI Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Kepada #HusamPenipu Kes Pecat AJK Surau!



Cerita lanjut klik [SINI]

K7L : Datang dah penipu ke Putrajaya..

Kantoi! #HusamPenipu Abaikan Anak Saudara Yang Sakit Di Hospital Putrajaya- Sibuk Berpolitik Di Putrajaya!



HAIRAN dengan perangai orang dari pakatan bangang ni. Sibuk memanjang dengan kempen dan ceramah fitnah terhadap Barisan Nasional sehingga tiada masa nak lawat atau ziarah anak saudara sendiri yang terlantar 5 hari di hospital. Mujur ada pemimpin prihatin yang sanggup menghulurkan tangan walaupun tiada pertalian darah.

Gambar di atas ialah Norhidayah bt. Razak, anak saudara Husam Musa yang terlantar selama 5 hari di Hospital Putrajaya. Mereka berdua mempunyai pertalian saudara yang cukup dekat iaitu bapa kepada Norhidayah adalah adik beradik kepada Husam Musa yang dikhabarkan menjadi calon PAS bagi Parlimen Putrajaya.

Kesian anak saudara Husam ni, pakcik sendiri walau sudah berada di Putrajaya masih tidak mampu meluangkan masa sekejap untuk melawat. Begini ke rupa pemimpin yang kononnya melaungkan kerajaan berkebajikan? Berkebajikan ala pakatan....

Syabas kepada Ku Nan atas keprihatinan beliau yang walau siapa pun yang ditimpa musibah, tolak dahulu ideologi politik masing-masing yang penting persaudaraan sesama Islam tidak terkubur. 

Sumber : Jawabernam

K7L : Husam nak datang?..dengar cerita ayah dia eksiden pun dia tak berhenti..

26/04/2013

#HusamPenipu - Azan Subuh Tiada Lagi Di Surau Presint 11? #TolakHusam


Sebelum ini Keris dah beritahu tentang penipuan #HusamPenipu yang kata AJK Surau Abd Rahman Auf di [SINI]

Berikut adalah penipuan susulan oleh Husam di page Facebook dia :


Difitnah pula kata tiada kedengaran bunyi azan subuh disitu, Subhanallah. Inilah kenyataan yang dibuat tanpa memikirkan kesan. Sudahlah fitnah dan menipu. Kenyataan itu terang-terang boleh memecahbelahkan hubungan sesama Islam di Putrajaya.

Berkaitan penipuan tersebut telah dimaklumkan oleh Peg Perhubungan Awam (Kanan) melalui Facebook :


Selama ini tiada masalah pun jika orang PAS dan orang BN duduk semeja. Tapi kerana fitnah dan penipuan ini, sudah berlaku salahfaham. Nampak tak yang Husam ni datang Putrajaya bukan untuk menyatukan ummah tetapi memecahbelah ummah di Putrajaya.

Inilah jadinya apabila Lanun yang suka menyamun daripada Kelantan datang cuba memecahbelahkan orang Putrajaya.


K7L : #TolakHusam #TolakHusam #HusamPenipu #HusamPenipu

#HusamPenipu - Pemecatan AJK Surau Fitnah Husam Terhadap JAWI Terbongkar!


Aduhai! Semakin lama semakin banyak penipuan yang dibuat oleh Husam Musa, calon orang luar PAS yang bertandig di Putrajaya. Begitu terdesak setelah melihat pengundi Putrajaya tidak mengambil minat terhdap dirinya maka dia timbulkan beberapa penipuan berbentuk fitnah untuk meraih simpati.


Semua ini terjadi selepas dia membisu untuk menjawab isu salah baca klik--> Husam Kantoi Salah Baca Ayat Al-Quran

Katanya Kerajaan Barisan Nasional Zalim sebab pecat AJK Surau Abd Rahman Auf di Presint 11 telah berlaku :


Dan sejurus selepas itu pihak JAWI telah memberi maklumbalas :

MAKLUM BALAS JAWI MENGENAI ISU PEMECATAN AJK SURAU ABD RAHMAN AUF, PRESINT 11 MELALUI FACEBOOK , P -125, PUTRAJAYA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1. Pertama sekali pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas keprihatinan semua pihak berhubung isu yang tersebut di atas.

2. Justeru,pihak JAWI telah terpanggil untuk menjernihkan keadaan agar ianya tidak menjadi bahan fitnah terhadap kredibiliti dan integriti JAWI dalam pengurusan hal ehwal Islam dan umatnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Berikut Kronologi isu pemecatan AJK Surau Abd Rahman Auf, Presint 11 melalui Facebook , p -125, Putrajaya

1. 23 April 2013(Selasa) - Unit Pengurusan Kariah, JAWI Cawangan Putrajaya telah menghubungi beberapa buah surau bertanyakan isu penyalahgunaan surau untuk berpolitik. Salah sebuah surau yang dihubungi adalah Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11,Putrajaya. Pengerusi surau telah memaklumkan bahawa Dato’ Husam Musa telah hadir ke Surau tersebut pada 20 April 2013(Sabtu) dan beliau menunaikan Solat Isya’ berjemaah di situ. Kehadiran Datuk Husam tidak diketahui oleh AJK, bukan atas jemputan dan pihak surau juga tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada pihak beliau. Setelah selesai Solat Isya’, Datuk Husam telah menyampaikan tazkirah selama 5 -10 minit berkenaan kisah Nabi Yusuf.

2. Pada 24 April 2013(Rabu) - AJK Surau Abdul Rahman Auf telah diminta untuk berjumpa dengan YBhg Datuk Pengarah JAWI di pejabat Aras 11, Pusat Islam, Kuala Lumpur bagi memberikan penjelasan lanjut berkaitan perkara ini. Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Operasi, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, Pegawai Unit Kariah dan Unit Penguatkuasa JAWI Cawangan Putrajaya. Manakala AJK Surau Abd Rahman Auf diwakili oleh Encik Wan Nazeri, Pengerusi Surau dan Encik Zaharman, Bendahari Surau. Sewaktu ditanya berhubung kejadian tersebut, pengerusi memaklumkan bahawa beliau tiada di surau pada waktu itu , walaubagaimanapun beliau tidak dapat mengenalpasti siapa jawatankuasa lain dan imam yang ada bersama pada masa tersebut tetapi beliau mendapat maklumat bahawa selepas menunaikan Solat Isya’ berjemaah. Dato Husam telah menyampaikan tazkirah selama 5-10 minit berkaitan dengan kisah Nabi Yusuf.

3. Isu pemecatan SERTA MERTA AJK Surau semasa perjumpaan tersebut sebagaimana yang didakwa di facebook P-125 Putrajaya pada 25 April 2013(Khamis) adalah TIDAK BENAR. Surau Abdul Rahman Auf merupakan surau biasa , bukan Surau Jumaat. Pelantikan AJK surau tidak melalui Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Walaubagaiamanpun, semua surau sama ada surau biasa, Surau Jumaat dan Masjid adalah terikat dengan Akta 505 dan surat arahan pekeliling Masjid/Surau Bilangan(1) Tahun 2011 yang menyatakan bahawa Majlis mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kepada semua anak kariah atau sesiapa sahaja yang menggunakan masjid dan surau untuk kepentingan individu dan politik.
Ini merupakan satu penipuan yang melampau daripada Husam. Kita tunggu dia nak jawab apa nanti. Husam suka sangat saman orang kan? Tunggu dia disaman pula kali ni. Ini yang dia tipu di Putrajaya.

Di Kelantan juga dia dah tipu, pengundi Putrajaya jangan jadi mangsa pula!


K7L : #HusamPenipu #HusamPenipu #HusamPenipu #HusamPenipu

Izzah Ditolak Rakyat Lembah Pantai Kerana Ayahnya Tayang VIdeo Lucah Di Permatang Pauh?



Nampaknya dinasti Anwar Ibrahim semakin menghampiri kejatuhannya.
Amat sedih sekali di malam sebelum hari penamaan calon, Anwar Ibrahim terpaksa menayangkan video lucah kepada penyokong-penyokongnya yang berkopiah.


Dalam masa yang sama calon BN yang menjadi lawan Anwar di Permatang Pauh memimpin majlis agama.


Mengapa terdesaknya Anwar Ibrahim? Mengapa Anwar Ibrahim tidak mengambil langkah yang lebih rasional sama ada membuat laporan polis atau bersumpah laknat?

K7L : Tengok perbezaan..

Rahsia Di Sebalik Nama 'Muhammad' #BloggerUMNOJugaIslam




Terkait rahsia di sebalik nama Muhammad, di mana banyak makna tersirat dalam kebesaran nama yang sederhana itu. Mungkinkah ini merupakan salah satu mukjizat atau sekadar kebetulan sahaja, bahawa ada fakta menarik di abjad/huruf-huruf yang tersusun dari nama itu:

1. Kata Muhammad, jika kita gabungkan dalam bentuk normal mim-kha-mim-kha-dal, maka akan menjadi sebuah sketsa seorang manusia. Anda tentu sudah maklum jika sebaik-baik makhluk yang pernah diciptakan oleh Tuhan di alam semesta ini adalah MANUSIA. Dengan segala kelebihan mereka, sementara mahluk lain hanyalah haiwan, tumbuhan dan planet-planet yang penuh rahsia.

2. Kata Ahmad, jika kita perhatikan satu-persatu hurufnya maka huruf-huruf itu akan menggambarkan sosok orang yang sedang melakukan solat, tahukah kalian bahawa SOLAT merupakan sebaik-baik doa dan ibadah yang pernah diperintahkanNya.




3. Kata Muhammad jika digabungkan huruf-hurufnya maka akan memaparkan bentuk seakan-akan manusia yang sedang sujuddalam solat. Gerakan SUJUD dalam Solat merupakan inti dari semua rukun-rukunnya, kerana pada saat sujud manusia menundukkan 8 bahagian tubuhnya di bumi bukti penyerahan secara menyeluruh kepada sang pencipta.

Subhanallah, Allahu Akbar, betapa rahsia Allah sangat menggetarkan hati, dan yakinlah masih banyak tersirat rahsia-rahsia lain yang kita tidak ketahui.

Wallahualam.

K7L : Sebarkan..

25/04/2013

Kebangkitan Rakyat Selangor! Pelabuhan Klang Dibanjiri Penyokong BN - Azmin Berjaya 'Bunuh' Khalid Ibrahim?




Punya ramai rakyat Malaysia hadir ke Pelabuhan klang. Memberitahu kepada kerajaan Pakatan Selangor yang gagal ketika menjajah Selangor selama lima tahun. Kini Khalid Ibrahim yang dilantik menjadi Menteri Besar selepas 2008 dihantar ke kawasan yang sudah tentu dia kalah.

Permainan siapa? Azmin?

K7L : Permainan politik pemilihan PKR dah mula dari PRU!

Calon PAS Jempol Sahkan Dirinya Akan Kalah PRU13?



Jeng Jeng Jeng..Keris dengar cerita sedih daripada Nogori Sombilan. Sodih sampai menitik airmato den haa!


Calon PAS yang diletakkan oleh PAS untuk kalah di Jempol, Wan Aishah Wan Ariffin ataupun bekas penyanyi Aishah telah menyatakan apa yang terbuku dihatinya sejak hari penamaan calon tempohari.

Jentera parti PAS serta dirinya telah dihalau oleh penduduk Felda Bukti Rokan ketika majlis memperkenelakan calon daripada pembangkang. Semuanya berlaku pagi semalam waktu jentera-jentera pilihanraya PAS sibuk buat promosi caon dengan berkempen mengetuk pintu rumah ke rumah.

Penziarahan Aishah yang dikatakan calon tidak sepatutnya oleh PAS telah ditolak mentah-mentah oleh para peneroka Sehinggakan dia sendiri dah terasa dibuang dan akan kalah menjelang hari pengundian nanti.

Rahsia yang Aishah tak tahu adalah puak PKR juga telah memulaukan dia. Menurut cakap-cakap mulut orang PKR di Felda Bukit Rokan yang sejemput dua tu. Mereka akan menggagalkan usaha kempen Aishah kerana dendam kerusi yang berlaku di antara PAS dan PKR.


Apapun ini telah menjadi bukti bahawa para peneroka tidak lagi terhasut dengan Mazlan Aliman yang diupah untuk memburukkan Felda di mata peneroka.. Semoga Allah pelihara Felda demi kesejahteraan para peneroka.

K7L : Selamatkan Malaysia daripada dijajah oleh Pakatan!..

Sadakallahulazim Khalid Ibrahim di Pelabuhan Kelang? #IsuAirSgor



Ini semua poyo beb! Serius poyo sebab si Oppa Khalid Loser yang sedang dibenam oleh rakan PKR sendiri untuk bertanding di Parlimen Pelabuhan Klang, kubu kuat penentang PKR semakin lama semakin menjadi-jadi poyo beliau.

Angin perubahan bertiup kencang di DUN Pelabuhan Klang kerana penduduk di sana dahagakan pembangunan. Letak Khalid di sana ia akan sekaligus menyebabkan MB Selangor yang tersohor bakal menguburkan kerjaya politiknya di kawasan DUN itu pada 5 Mei ini.

Kalau masa Khalid pegang kerusi Ijok dan Bandar Tun Razak tiada perubahan yang telah dilakukan, janganlah mimpi akan berlaku pembangunan 5 tahun di Pelabuhan Kelang akan datang. Manifesto bukan Janji.

Calon BN yang akan bertanding bersama Khalid bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang Datuk Nasaruddin M. Zin berkata kegagalan Khalid menjalankan fungsinya sebagai menteri besar dan anggota Dewan Undangan Negeri di DUN Ijok menyebabkan kredibilitinya
hilang di mata penduduk di situ.

"Siapa dia, sebagai MB pun dia tak pernah majukan kawasan sekitar Pelabuhan Klang."

Ini Keris nak cerita sikit pasal Bandar Tun Razak, sebelum ini Keris duduk di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Sepanjang Keris di sana, nak nampak batang hidung si Oppa Khalid Loser ni bukan main payah. Jangankan hidung, tayar kereta dia pun Keris tak pernaha nampak.

Lagi best bila air tak ada dan terganggu bekalan air akibat kesengalan si Oppa Khalid Loser yang gagal tadbir urus air di Selangor sehingga meninggalkan kesan ke kawasan Wilayah Persekutan yang bergantung harap bekalan air bersih dan terawat daripada Selangor.

Masa tak ada air pun tak nampak beb dia mana. Bayangkan eh dekat lima tahun dia jadi wakil rakyat selepas pengundi Bandar Tun Razak tertipu dengan drama Anwar, berapa kerap dia melawat kawasan?

Rasanya orang Bandar Tun Razak sendiri ada merungut dan complain pasal Menteri Besar Selangor yang sedang disembelih rakan PKR tu :



Dengar tak rungutan tersebut? Haha! Ini semua memang poyolah Oppa Khalid Loser ni! Memang patut pun elaun Ahli parlimen serta bayaran gratuity selepas berkhidmat menjadi wakil rakyat, tidak layak diberikan kepada Oppa Khalid Loser.

Ini Keris tak cerita lagi di Ijok. Kita cerita satu-satu dulu. Masalah air yang terganggu di Bandar Tun Razak tidak diambil perhatian penuh. Ada tu datang tempat kroni sahaja, walhal amanah dan tanggungjawab dia kepada semua kerana dia telah menang pada pilihanraya.

Inilah amalan kronisme yang memang tebal didalam PKR. Bayangkan kisah makcik yang kena bawak baldi untuk naik blok bawa ke rumah tetapi di blok sebelah yang merupakan kroni Khalid dapat pam air terus ke rumah.


Setelah kesengsaraan penduduk Bandar Tun Razak, apakah halal duit yang diterima walhal dia tidak buat kerja turun padang atau selesaikan masalah rakyat? Sebenarnya Khalid ini boleh dijadikan modal selain Teresa Kok, Lim Guan Eng , Azmin Ali dan ramai lagi yang bertanding dua kerusi.

Macam di Putrajaya si penipu Husam Musa bertanding satu di Wilayah Persekutuan dan satu lagi di DUN Salor, Kelantan. Dua tempat yang berjauhan, bayangkan bagaimana nak manage betul-betul dan focus kepada permaslahan setempat? Kira macam PAS PIS PUS ni dah tak cukup calon sampai kena bertanding kat dua kerusi.

Bercakap pasal masalah air, di Selangor puncanya adalah Khalid Ibrahim. Penuh dengan sabotajnya kepada SYABAS, penuh dengan tuduhan kepada Barisan Nasionalnya, tuduh orang tu dan orang ini, rancang itu dan rancang ini, kaji itu dan kaji ini tapi semuanya dengan air liur tanpa tindakan susulan mengakibatkan krisis air di Selangor berterusan dan semakin hari menjadi semakin kritikal.

Jadi nak beri peluang lagi kepada orang yang hancurkan Selangor? Nak bagi peluang lagi kepada orang yang tamak Kerusi Parlimen dan DUN? Jangan lagi bertaruh pada perubahan yang membawa kepada kemusnahan.

Orang Selangor pasti tahu apa yang Keris nyatakan dan rakyat Malaysia harus sedar, jangan terus dihasut kerana Barisan Nasional membawa kepada Better Nation, bukan Bersih di jalanan.

K7L : Semua yang bertanding dua kerusi jangan undi..tamak kuasa.

Apabila Naib Presiden PAS Salah Baca Ayat Al-Quran - Dia Membisu? #TolakHusam



Mana cai cai makan dedak Husam? Jawabah!

[Video] Karpal Tergolek Ditolak Jentera DAP? #KarpaLuncai




Adui.. Lebih daripada 10 kali Keris tengok video ini. Bukti karier politik Karpal akan jadi sama macam Lim Kit Siang menjelang PRU13 ini. Mereka sudah terlalu Jurassic untuk menjadi wakil rakyat.

Dengar cerita dia memang sengaja dijatuhkan oleh jentera DAP yang tidak menyukai dirinya. Orang yang suka maki dan rasa kastanya besar memang layak dilayan sebegitu?



Karpal yang flip flop pasal Anwar. Dulu dia dia benci Anwar sekarang dia nak Anwar untuk jadi PM jika Pakatan Rosak menang. Kenapa? Sebab dia pemegang rahsia liwat Anwar?


K7L : "anwa ebrahem hes krietet enaf trabel fo de kantri. anwa ebrahem haros bertobat"

Ibu Ini Menangis Kerana Barisan Nasional! #Bersuara #PRU13 #GE13



Mengapa ibu ini menitiskan airmatanya kerana Barisan Nasional? Apa yang telah dilakukan oleh BN sehingga begitu hiba ibu ini?


Nama beliau adalah Puan Rozita yang menetap di PPL Gombak Setia. Dalam keadaan hidup sederhana dan berpendapatan rendah, dia mempunyai dua orang anak yang mempunyai komplikasi iaitu disleksia dan asma yang kritikal.

Dia melanjutkan rasa kesyukuran terhadap program penjagaan kesihatan serta bantuan menangani kos sara hidup di bawah pentadbiran PM Najib Razak yang banyak membantu golongan berpendapatan rendah seperti dia dan keluarga.

Ini baru seorang daripada rakyat Malaysia yang bersyukur kerana Allah benarkan kerajaan yang dibentuk membantu rakyat.

K7L : Semoga Allah memberkati perjuangan UMNO dan Barisan Nasional..

24/04/2013

@hajihusammusa Juga Anggap Tragedi Lahad Datu Satu Sandiwara #PutrajayaTolakHusam #HusamPenipu



Inilah kata-kata yang terlafaz daripada mulut kepala besar puak Anwarinnas PAS, Husam Musa berkenaan Tragedi Lahad Datu. Kalau tanya Keris, mereka yang terkorban seolah-olah dipandang rendah perjuangan mereka oleh puak pembangkang.

Ironinya, semua yang keluarkan kenyataan berbaur tidak berperikemanusiaan ini datang daripada mereka yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Husam ini memang terkenal dengan lakonan penipuannya sama seperti Anwar Ibrahim.

Jangan tertipu dengan wajah Kassim Pantalon Husam yang sering menabur janji manis tetapi semuanya hanya satu 'kencingan'. Sudahlah penipu besar, orang Kelantan ditipu dah berapa tahun. 

Sekarang dia nak datang Putrajaya dan tipu rakyat Putrajaya pula? Boleh berambus! Jangan sesekali anda termakan pernipuan yang dibuat oleh Husam. Nantikan pendedahan berkenaan penipuan-penipuan yang dibuat oleh Husam kepada rakyat Kelantan.

K7L : Kelantan pun tidak terbela..ada hati nak bela rakyat Putrajaya?..lupakanlah Husam oiiii..



Apabila Ulama-Ulama Kata Nik Aziz Sesat Kerana "Allah Itu Samseng" - #PartiAjaranSesat



UMUMNYA masyarakat Islam kesal dengan dakwaan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat, bahawa 'Allah lagi samseng'. Dulu dia pernah menuduh Allah mencarut. Kemudian dia mencetuskan kontroversi 'undi PAS dapat pahala' dan tuduh UMNO sebagai 'barua'. Kenyataan kontroversi Nik Aziz kali ini mendapat reaksi spontan daripada warga agama tempatan dan Selatan Thailand. Ikuti pandangan mereka berhubung dakwaan Nik Aziz.

1.) Mengikut kaedah Usuluddin, barangsiapa yang meletak sifat kekurangan kepada Allah, mereka adalah salah. Murtadlah mereka jika sampai ke tahap itu. Kita sudah tahu sifat tuhan.Sifat Tuhan tu apa? Belajarlah sifat 20. Mengikut ulama Usuluddin,kita semua wajib belajar sifat 20 itu. Banyak lagi sifat Allah Taala tidak terhingga. tetapi sifat kekurangan itu yang tidak ada pada Tuhan. Sifat samseng itu sifat mahmudah kan atau sifat mulia kah yang (Nik Aziz) nak letak kat Tuhan tu?- Ustaz Haji Mohd Yasin Mohamad, guru agama di Kelantan.

2.) Kalimah hina Tuhan tu haram, kita nak kata tak boleh. Ulama yang bercakap lagu tu kena jauhi. Tuhan jangan disekutukan dengan satu apa pun tak boleh. Kita nak kata Allah Taala serupa tu(samseng) tak boleh - Tok Guru Haji Razak dari Pendang, Kedah.

3.) Semua kita tahu belaka kata hukum menyamai sifat Allah dengan makhluk ini tak boleh. Menyamai zat Allah dengan zat makhluk tak boleh, menyamakan perbuatan Allah dengan perbuatan makhluk tidak boleh. Itu jelas tentang apa yang dilarang dalam Islam dan sampai keluarnya agama. - Syeikh Ismail Lotfi Al-Fatani, Rektor Kolej Islam Yala, Thailand.

4.) Yang sebenarnya Nik Aziz ni dari segi pengajian dia hanya faham Quran dan Hadith. Itu sahaja. Dia pula belajar di India, dia bukan alim di Mekah. Dia alim di India. Dari segi Usuluddin dia tidak mendalami. Dia mendalami dalam Quran dan Hadith sahaja. - Ustaz Haji Abdul Aziz Abdullah, bekas imam di Pangkal Kalong, Kota Bharu.

5.) Benda-benda yang bersangkutan dengan Allat Taala kita kena teliti dan kita kena tengok. dan bila kita terjemah itu biarlah tidak mengelirukan dan orang boleh faham positifnya Allah Taala itu, sempurnnya Allah Taala itu. Manusia dimana-mana pun tak boleh sempurna, ada kesilapan. Tak kiralah dia tu orang awam ke, ulama dan sebagainya. Maknanya dia tak boleh cakap 100 peratus betul. -Prof Madya Syed Omar Al-Saggaf, Rektor Institut Pengajian Islam Perlis.

6.) Kalau orang sanggup kata Tuhan ni samseng ertinya dia terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.. - Ustaz Haji Zainal Abdul Rahman, Kelantan.

7.) Apa nama pun yang sebenarnya dia kena tafsirkan sesuai dengan keagungan Allah. Itu yang perlu. Bila samseng ni it sounds very bad sebut samseng ni. Kalau kita sandarkan kepada Allah sifat macam tu, ini satu benda yang tidak patut berlaku. - Dr. Fakaruddin Abdul Mukti, Pensyarah Jabatan Akidah di sebuah universiti tempatan.

8.) Sifat-sifat Al-Mutakkabir, Al-Jabbar, Al-Qahar itu hanya layak untuk Allah SWT. Manakala manusia ni (Nik Aziz) nak pertikaikan pulak, tak kesampaianlah sebabnya kita sendiri pun manusia dijadikan Allah SWT. -Datuk Hassan Mat Jaya, Mufti Negeri Perlis.

9.) Kalau ikut ilmu Tauhid, kalau perkara itu terbit daripada orang-orang alim ataupun wali-wali Allah sekalipun kena takwil juga dan haram. Kalaupun orang yang berkata itu dia kata ada maksudnya yang tersendiri, itupun haram juga itu kerana orang awam mendengarnya lebih-lebih lagilah akan jadi menyesatkan pula. Haram bercakap macam tu. Kalaupun nak diberi orang faham, kena cakap dalam majlis-majlis yang tertentu sahaja,- Tok Guru Haji Hashim Daud, guru agama di Padang Sera Kedah.

10.) Perkataan samseng ialah sifat mazmumah, sifat yang dicela oleh syarak. Jadi sebenarnya hujah Nik Aziz yang mengatakan kita orang Pas samseng maka Allah lebih samseng maka itu sudah menentang dengan akidah Islam.- Ustaz Wan Ismail Wan Abdul Rashid, bekas Imam dari Kota Bharu, Kelantan.

11.) Setiap nas Qati'e yang ada dalam Quran, misalnya Yaadon, nak terjemahkan dengan makna tangan tak boleh. Wajnun nak terjemah dengan makna muka tak boleh. Wajhun dengan makna Zat, supaya tadak kesamaran kepada umat Islam seluruhnya. Dengan demikian saya rasalah orang-orang yang mengatakan sifat Tuhan itu samseng perlulah bertaubat. Sebab imi adalah satu dosa besar. -Haji Abdullah Ahmad, Pegawai dakwah negeri Kelantan.

12.) Apabila seseorang manganggap dirinya lebih alim,lebih warak dan lebih besar semutal daripada orang lain, maka begitulah jadinya. Bercakap merapu dan meracau seperti orang kurang siuman. Jadi tidak hairanlah kalau di Kelantan ketika ini lebih ramai mempunyai manusia kurang siuman, sebab Tok Guru mereka yang kurang waras dan bersifat riak.- Mat Daus Yunus, 72 tahun, Kampung Tok Lebir, pasir Mas, Kelantan.

13.) Saya bimbang apabila anak-anak muda dan orang tua mendengar Tok Guru mereka kata Allah sanseng, nanti mereka akan mengiyakan dan tidak lagi menyembah Allah. jadi memang patut dia bertaubat.-

Mohamad Ishak, 65 tahun, guru Quran, Kg.Ana, Tumpat Kelantan.

14.) Seumur hidup saya inilah kali pertama saya mendengar ada manusia mengatakan Allah samseng, Selama ini saya tidak pernah diberitahu oleh Tok Guru di kampung bahawa Allah itu samseng.Apa yang Tok Guru saya ajar ialah tuhan itu maha kaya, maha penyayang, maha pengasih, dan maha pengampun.

Haji Wan Ismail Yaakob , 70 tahun Guru Al-Quran ,Ketereh Kelantan

Ini video juga berkenaan kesesatan Nik Aziz yang ditemepelak oleh seorang pengasas sekolah pondok :


K7L : Oiii Dinasour PAS ni bila nak blah?..menyesatkan!..

Lim Kit Siang Tak Iktiraf Anwar Sebagai PM - Punca Perpecahan PKR-PAS Dalam Pakatan? #TolakPR #GE13 #PRU13



Dalam siri kempen untuk Gelang Patah, calon DAP Lim Kit Siang beberapa kali sengaja bertanya soalan kepada penyokong-penyokong PR tentang siapakah yang jadi pilihan rakyat untuk jawatan PM. 

Kit Siang menyebut empat pilihan iaitu Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Tun Mahathir Mohamad dan Abdul Hadi Awang, yang mana disambut dengan “Hadi Awang” oleh penyokong-penyokong. 

Kenapa Kit Siang tidak menyebut nama Anwar Ibrahim? Ini menimbulkan pelbagai persoalan. Terasnya Kit Siang sendiri tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM. 

Ini juga boleh dilihat sebagai usaha Kit Siang menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh lawan beliau calon BN Datuk Ghani Othman jika masyarakat Cina mengundi DAP bermakna mereka menyokong Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.

Kenapa bukan Anwar? Apakah Kit Siang ada agenda untuk memecah-belahkan PKR dan PAS supaya DAP dominasi Pakatan?

K7L : Keris cabar Lim Kit Siang untuk umumkan Hadi sebagai calon pilihan DAP sebagai PM Malaysia sekiranya Pakatan menang PRU13..

Pentas Ceramah BN Di Bom? #PolitikKasar #PRU13


Sebentar tadi dalam jam 10 malam ada perkara yang mengejutkan telah berlaku. Lokasi kejadian adalah di Bilik Gerakan Barisan Nasional Nibong Tebal. Satu letupan telah berlaku ketika Dato' Teng Hock Nam sedang berucap.

Program tersebut dihadiri lebih kurang 2000 orang hadirin. Letupan tersebut berlaku dekat belakang pentas bilik gerakan.


Kejadian letupan itu telah menyebabjan seorang lelaki menjadi mangsa. Kini beliau sedang dirawat di Hospital Sungai Bakap. Didapati kecederaan beliau pada kaki kanan. Apapun perlu ke nak takutkan orang Barisan Nasional dengan letupan?

Keris hubungi rakan BN di Penang, kata mereka kalau nak letup takutkan mereka, tak perlu kerana rakyat Malaysia tahu Malaysia aman di bawah Barisan Nasional. Pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara sebegini adalah mereka yang tak suka dengan keamanan. 

K7L : Boommm!!...Kebangkitan rakyat bersama Barisan Nasional semakin digeruni..

23/04/2013

Haji Hadi Sahkan Calon PKR Yang Bertanding Lawan PAS Jual Pil Kuda? #PakatanRebah #PRU13



Haaa! Apa kes ni Presiden PAS dah mula tunjuk keretakan dalam Pakatan Rosak?



Pergolakan dalaman di antara PKR dan PAS ini berpunca dari sessi rundingan kerusi kerana PKR mendakwa PAS bersikap kurang ajar dan tidak menghormati parti. Pasukan rundingan mendakwa PAS keras kepala dan kurang ajar kerana turut mahu menuntut kembali kerusi DUN yang PKR tewas di bawah majoriti 1000.

Antara emel bertarikh 27 September 2011 pasukan rundingan yang dihantar kepada Rafizi Ramli, sebelum Rafizi bertindak memanjangkan perkara tersebut kepada Pejabat Anwar Ibrahim melalui Abdul Rahman Yusof dan di c.c kepada Azmin Ali, Wan Azizah, YB Azan, Mansor Othman, Nurul Izzah.

Baca tselanjutnya di [TeganuHot]

K7L : aiyookkk tak tahu..dengar cerita Anwarinnas dalam PAS dah mula nak cantas Hadi?..

Roket Dikesan Terhempas Di Kluang Petanda DAP Akan Ranap Di Johor! #PRU13



Tekini dan sensasi. Berita yang tidak mungkin disiarkan di mana-mana portal pembangkang terutamanya portal dan TV DAP. Sebuah roket dipercayai terhempas akibat tidak berjaya berlepas untuk misi ke bulan. Kejadian berlaku di Kluang, Johor.

Mengikut Jabatan Kaji Cuaca, ini mungkin berlaku disebabkan roket ini mengalami ejakulasi pra matang disebabkan pemandu roket ini, Lim Kit Siang, yang diberitakan akan memandu masyarakat Cina di Gelang Patah untuk menjadi rasis telah terlalu tua dan telah menapous. Ini mungkin penanda dan menjadi batu nisan pemandu berkenaan di bumi Johor, bumi keramat.

Punca roket ini terhempas masih dalam siasatan, oleh kerana kotak hitam masih tidak dijumpai. Siasatan awal Central Executive Committee (CEC), DAP Pusat, dengan menggunakan perisian Microsoft Excel, mendapati ini semua salah UMNO! Walau apapun terjadi, ini semua salah UMNO!!!


K7L : Jahat betul tulisan KRO ni..haha

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk