26/04/2016

Beri Peluang Kepada #TeamAdenan - Manifesto #PRNSarawak #TheAdenanWay



Barisan Nasional (BN) Sarawak mengumumkan manifesto parti bertemakan ‘Beri Peluang Kepada TeamAdnan #theAdnanWay dengan menggariskan 15 perkara utama dalam usahanya mengekalkan kemenangan penting pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 7 Mei depan. 

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, melancarkan manifesto itu pada satu majlis di Bilik Persidangan, Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di Jalan Bako, di sini sebentar tadi.

BN menjadi parti politik pertama melancarkan manifesto bagi pilihan raya negeri ke-11. Sementara, PKR dan DAP mengumumkan manifestonya bersama disusuli parti pembangkang tempatan termasuk SNAP.

Manifesto BN diterbitkan dalam empat bahasa – Bahasa Malaysia, Inggeris, Iban dan bahasa Cina, turut memuatkan perutusan Adenan. Adenan pada sidang media selepas pelancaran menjelaskan manifesto PRN kali ini, mengandungi 53 prinsip dan tindakan, dengan rangkuman kepada dua perkara utama iaitu komitmen sudah dilakukan BN sejak dua tahun lalu serta perancangan untuk masa depan.

Berikut senarai 15 teras utama dalam manifesto PRN BN:

  • Menegakkan hak Sarawak dan rakyatnya
  • Mempertahankan keamanan dan keharmonian negeri kita
  • Memelihara budaya, warisan dan kepercayaan pelbagai kaum di Sarawak
  • Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka
  • Melindungi dan memulihara alam semulajadi
  • Mempertingkatkan kebajikan golongan yang kurang bernasib baik
  • Menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana
  • Mempercepatkan pembangunan jaringan jalan, liputan bekalan air, elektrik dan telekomunikasi
  • Meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan
  • Meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti sosio-ekonomi
  • Mengiktiraf dan membangunkan potensi belia demi masa depan kita
  • Memajukan pendidikan dan latihan teknikal
  • Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Sarawak
  • Membangunkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelaburan dan keusahawanan
  • Industrialisasikan negeri melalui sektor pembuatan, pelancongan dan transformasi luar bandar.
K7L : Kenyalangku Gemilang..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk