08/04/2016

Azmin Ali Tipu Rakyat - Dulu Janji Subsidi Sekarang Mahu Tarik Balik? #AzminGagalJadiMB




Apa sudah jadi dengan Air di Selangor? Inilah dia Manifesto Bukan Janji. PKR hanya berani janji bulan dan bintang. Kalau laksana pun samada tak lama atau susah nak mohon. Atas kertas memang sedap mata memandang untuk memancing undi.


Masa PRU kata itu dan ini, bila dah menang kelaur pula kata nak kaji semula. Dulu berjanji nak bagi subsidi air kepada rakyat Selangor seluruhnya, sekarang dah buat pengumuman nak kaji semula dan tarik balik.

Mungkin hanya beberapa rumah sahaja yang akan terima subsidi. Tiba-tiba nak jadi 'Janji Fokus' pula. Masa tulis dalam manifesto tak cakap pula begitu. Peliknya lulus juta-juta untuk cat pintu gerbang tak mengapa pula?

Bila sebut pasal subsidi air terus cerita pasal kos? Nak cerita lagi pasal bajet RM800 juta diluluskan yang sepatutnya tidak perlu bajet ini kalau mereka tanda tangan mengikut proposal Kerajaan Persekutuan.

Dulu dah sign mereka tangguh lepas itu lulus sampai RM800 juta nak buat kolam baru walhal Langat 2 Kerajaan dah nak bantu. Nak apa sebenarnya? Nak buat duit atau nak bantu rakyat?

Akhirnya disebabkan kesombongan PKR di Selangor, rakyat Selangor akan menanggung semua krisis yang dijangka akan meruncing. Lulus juta-juta kalau tak selesai masalah tak guna juga. 

Pelik bukan? Lulus hampir RM1 billion ada duit tapi untuk subsidi tiba-tiba sudah tak ada? Wayang PKR dah macam filem tamil aksinya! Masihkah anda ingat akan gambar ini?


Kerajaan Negeri Selangor pada 13 Mac 2008 telah mengumumkan dasar pelaksanaan Tujuh (7) Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), termasuk pemberian air percuma 20 meter padu pertama kepada pengguna air domestik yang menggunakan meter individu di Negeri Selangor mulai bulan Jun 2008.

Tujuan Kerajaan Negeri memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.

Program bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi Cadangan Penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat di Selangor.


Bekalan air percuma 20 meter padu ini layak dinikmati pengguna-pengguna domestik bermeter individu. Bagi pengguna domestik yang menggunakan meter pukal seperti di kondominium, pangsapuri serta apartmen, mereka perlu menukar kepada meter individu terlebih dahulu sebelum menikmati pemberian air percuma ini. Urusan penukaran meter ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).



K7L : Dusyumm Dusyumm.. arghhhh..mati...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk