14/04/2016

Harga Kapal Terbang Pula Naik?



Kini timbul isu kenaikan herga kapal terbang. Dalam masa yang sama seperti biasa Kerajaan yang akan dihentam. Namun Keris yakin dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri Pengangkutan, ianya mampu memberi jawapan yang memuaskan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berpendapat harga tiket kapal terbang tidak seharusnya dinaikkan apabila kadar baharu caj perkhidmatan penerbangan dilaksanakan Jumaat ini (15 April).

Ini kerana kenaikan caj tersebut hanya melibatkan kos pentadbiran dan pelaksanaan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan bukannya harga tiket kapal terbang, katanya.

Kadar baharu caj itu, yang tidak pernah disemak lebih 40 tahun, juga tidak membebankan syarikat penerbangan, katanya.

"Saya tidak fikir ia akan menaikkan harga tiket penerbangan kerana kadarnya bukan satu peningkatan yang terlalu tinggi," katanya ketika ditanya kesan pelaksanaan caj baharu itu terhadap harga tiket kapal terbang selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 kementerian berkenaan di sini hari ini.

Kenaikan yuran dan caj perkhidmatan penerbangan itu meliputi penggunaan ruang udara, kemudahan trafik udara serta lesen penerbangan juruterbang.

Berdasarkan caj baharu itu, kadar pengendalian penerbangan udara (ANFC) akan naik daripada lima sen setiap batu nautika sekarang kepada 50 sen untuk pesawat ringan tidak lebih 2,500 kilogram.

Untuk pesawat lebih besar seperti Airbus A320/A330 dan Boeing B737/B777, kos itu akan dinaikkan kepada RM1-RM2.50 setiap batu nautika berbanding 10-25 sen sekarang, manakala bagi pesawat melebihi 135,000 kilogram, kadar itu akan naik daripada 30 sen kepada RM3 setiap batu nautika.

Liow berkata pelaksanaan kadar baharu itu adalah untuk menyediakan sistem pengangkutan udara pada tahap terbaik untuk negara, selain memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengguna.


"Sesetengah orang mengatakan harga naik sehingga 1,000 peratus. Kalau dahulunya lima sen, sekarang dijangka naik 50 sen.

"Tetapi kalau dilihat pada kadar nilai, kita akan memberikan perkhidmatan dan servis yang lebih baik dengan aset and peralatan kawalan udara yang lebih canggih," katanya.

Liow berkata satu pertemuan dengan penggerak industri penerbangan diadakan hari ini untuk mendengar pandangan dan keluhan mereka sebelum pengumuman rasmi dibuat esok.

Terdapat 'caj tersembunyi'?


Liow berkata: "Kita amat telus kerana DCA telah mengeluarkan satu senarai perkhidmatan yang dikenakan bayaran dan sebaliknya."

Beliau turut menjelaskan kadar baharu itu perlu dilaksanakan bagi mematuhi standard Pertubuhan Awam Antarabangsa (ICAO) sekiranya mahu DCA dinaik taraf kepada badan berkanun.

Katanya ia merupakan proses yang perlu dilalui oleh DCA bagi memastikan aset dan perkhidmatannya memenuhi piawaian ICAO sebelum diberi pengiktirafan sebagai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAA).

"Selaras dengan permintaan ICAO, beberapa caj dan yuran baharu perlu dikenakan bagi membuktikan komitmen kerajaan untuk menaik taraf DCA kepada CAA," katanya, sambil menambah ICAO akan menjalankan proses pengauditan ke atas DCA pada Mei ini.

K7L : Buatlah apa yang baik untuk rakyat..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk