18/04/2016

PRN 11 - Pengundi Muda Jadi Tumpuan Tentukan Kepimpinan Negeri Sarawak?



Perkara menarik yang boleh diperhatikan di dalam PRN-11 kali ini adalah peratusan tinggi pengundi baru / muda untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Ini sekaligus membuktikan SPR adalah telus dan adil di dalam menjalankan proses pendaftaran pengundi. 

Semakan berdasarkan kepada DP ST4 / 2015 ke atas jumlah pengundi berdaftar mengikut umur di Sarawak mendapati daripada jumlah keseluruhan 1,141,294, sebanyak 11.98% atau 136,755 orang pengundi adalah dalam kategori umur 21 - 29 tahun.

Manakala peratusan bagi pengundi yang berumur di antara 30 - 39 tahun adalah sebanyak 20.80% atau 237,440 pengundi. Sejumlah 32.78% pengundi muda bakal menetukan Kerajaan di Sarawak. 

Ianya sekaligus menafikan cakap-cakap politik bahawa SPR berpihak kepada Kerajaan Barisan Nasional dengan melewat-lewatkan pendaftaran pengundi muda, yang kononnya BN hanya bergantung kepada pengundi yang berusia.

Keris yakin dan pasti anak muda Sarawak akan kekal setia untuk memilih Barisan Nasional sebagai parti memerintah memandangkan kemajuan dan kesejahteraan yang terus menerus di negeri Sarawak.

K7L : Kenyalangku Gemilang...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk