18/02/2018

Pengarah Komunikasi PKR Patut Tahu Yang Sokong Israel Siapa!



Jangan kecoh sangat pasal Israel sekor yang datang sebab bukan Kerajaan Malaysia yang menjemput Israel atau menyediakan platform untuk mereka datang. Sebagai tuan rumah, Malaysia harus mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuk membenarkan kemasukan diplomat Israel.

PBB juga tidak menghalang diplomat Israel daripada hadir ke forum berkenaan. Ini bermakna selaku tuan rumah, Malaysia terpaksa membenarkan kehadiran mereka. Ingat kita sokong Israel ke? Siapa yang sokong Israel mamat PKR ini tahu tak?



K7L : Cakap macam bagus.. Anwar sanjungan sendiri sokong Israel..

Hal Rumah - Beza Pembangkang Dengan Kerajaan BN?



Kerajaan Johor bakal siapkan sebanyak 16,000 unit rumah mampu milik pada 2018. Wilayah Persekutuan sudah mulakan RumaWIP. Semua ini dibuat sebagai langkah pro-aktif bagi memastikan rakyat mampu memiliki rumah.

Apa pula yang kerajaan Selangor dan Penang dah buat? Sudahlah batalkan projek rumah mampu milik, dinaikkan lagi cukai pintu sebanyak 400%. Punca kenaikan kos sara hidup sebagai rakyat Malaysia cukup mudah untuk lari dari masalah.


K7L : Pilihlah sebaiknya.. 

Muhyiddin Mengaku Komplot Jatukan Najib? - Ingin Kembali Ke UMNO?



DENGAR BAIK BAIK VIDEO PENGAKUAN MUHYIDDIN MENGENAI KOMPLOT DALAM MESYUARAT MT PADA TAHUN 2015.
1. Dia akui ada komplot untuk jatuhkan Najib tetapi dia menafikan terlibat

2. Dia nafi akan lakukan tindakan luar biasa sebab dia tidak ikut perangai Anwar Ibrahim.

3. Dia akui, ia adalah usaha beberapa pihak dan mereka pujuk dia supaya terlibat.

4. Dia akui dalam mesyuarat itu bahawa dia tahu siapa yang terbabit dalam komplot tersebut.

5. Dan dia akui dia tahu apa yang komplot itu mahu lakukan

6. Dia akui dana khas parti wujud sekian lama sejak Presiden sebelum Najib

7. Dia tidak mempersoalkan tentang dana khas itu.

8. Paling penting dia mendakwa tidak pernah bertanya Najib pun mengenai dana khas itu.


TETAPI MUHYIDDIN MEMANG HIPOKRIT


1. Kenapa tiba tiba dalam mesyuarat tersebut dia mengakui wujudnya komplot. Sebab Muhyiddin bimbang dia akan dipecat dari UMNO pada hari tersebut. Dia menghidu akan dipecat.

2. Perancangan Muhyiddin ialah lebih mudah jatuhkan Najib daripada dalam UMNO bukan dari luar. Sebab itu dia tidak mahu dipecat. Sebab itu juga dia membocorkan maklumat komplot tersebut.

3. Justeru bila dia dedahkan wujudnya komplot, Muhyiddin sebenarnya suka tikam kawan dari belakang.

4. Terbukti isu 1MDB dan 2.6 Bilion hanyalah isu komplot ini untuk jatuhkan Najib.

5. Sebab itu dalam video tersebut Muhyiddin mengakui dia tidak pernah bangkitkan isu 2.6B dan 1MDB dalam mesyuarat MT

6. Tetapi di luar dia cakap lain. Dia gunakan isu 2.6 Bilion. Bahkan hipokritnya Muhyiddin ialah dia kaitkan pula 2.6B itu dicuri dari 1MDB.

7. Mari kita tanya Muhuiddin siapa yang terlibat, siapa dalang dan apa lagi mereka mahu lakukan?

8. Sebenarnya memang Muhyiddin terlibat. Dia gelap mata sebab dijanjikan jawatan PM kalau Najib berjaya diturunkan melalui komplot berbagai pihak itu.


K7L : Last sekali jadi Presiden paling tak ada kuasa dalam sejarah politik.. 

Ramasamy Dari DAP Jumpa Puak Pemisah India Di Chennai?




Ramasamy, David Marshel, Satees Muniandy and a few others arrived Chennai today (16/02/2018) to attend LTTE funtion.



The LTTE is a separatist militant group that fought for a separate Tamil state in the north and east of Sri Lanka between 1976 and 2009. The rebel group has been banned by 30 countries, including the United States, Canada, India and the 27 member nations of the European Union.

At the press conference, Vaiko conveyed his support to DAP and Tun Mahathir. He encouraged Indians to support the Opposition to take over powers at GE14.

These jokers are influencing Malaysian Indian to up raise against our Government.


Ramasamy and the few others, upon their return to Malaysia should be detained for questioning for their direct involvement in a banned organisation funtion and also for tarnishing Malaysia overseas and DPM’s Name.

This jokers are influencing Malaysian Indian to up raise against our Government.


Kalian fikir sendiri inilah DAP yang menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan. Mereka ini kebal dan tidak boleh ditegur oleh PPBM dan PKR yang kononnya lebih mendominasi PH.

Apakah kalian mahu perjudikan keamanan negara kepada DAP? Sifat komunis dalam diri mereka sangat tinggi. Inilah manusia-manusia yang sering menganggu-gugat keamanan dan kestabilan negara.

Mahathir pun tak boleh kawal mereka. Jadi macam mana?

K7L : Supporterd by LTTE?..

Anjing Gila Yang Terlepas Di Tahun Anjing - @razlanrafii



Ramai yang mengikuti karya Namewewe tahu bagaimana Perasaan beliau terhadap Malaysia. Dan kebencian beliau terhadap Melayu.

Video terbaru beliau yang sengaja menunjukkan latar belakang Masjid dan Anjing amat menghina rakyat Malaysia.

Saya percaya tidak ada Rakyat Malaysian yang mahukan perasaan kebencian ini terus di tanam di dalam Negara.

Kita kena bersama mengekang bentuk Karya yang memperlekehkan dan menghina agama mahupun bangsa kerana ianya akan menerbitkan perasaan Bangsa Lain pula mahu menghina sesama bangsa.

Setiap Video Name wewe mempunyai view tidak kurang berjuta, dan beliau sengaja mempergunakan isu sensitif untuk membuat beliau terkenal serata dunia.

Dan tidak mustahil ianya pula akan jadi ikutan kepada orang lain untuk menghina bangsa lain pula untuk dijadikan alat untuk popularkan diri.

Sempena Tahun Anjing ini, saya nasihatkan Name wewe agar jangan ikut perangai Anjing Jalanan yang suka menyalak untuk mendapat perhatian, jadilah Anjing yang di ajar yang boleh menyalak apabila tuannya di kacau.

Banyak Anjing gila sudah di tangkap, kenapa pula kita beri Anjing Namewewe ini pula terlepas.

Minta SKMM sekat dan ambil tindakan terhadap Name wewe.

Datuk Razlan Rafii
17 Feb 2018


17/02/2018

Tolong Derma Pada PPBM - Kata Seorang Jutawan Yang Kedekut!


 

Seorang anggota akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini membuat laporan kepada suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berkaitan isu kekayaan keluarga pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Laporan itu dibuat oleh anggota jawatankuasa PPBM bahagian Shah Alam Wan Mohamad Ashraf Nasjaruddin di pejabat SPRM Selangor di sini.

“Siasatan ini perlu bagi rakyat tahu sama ada Dr Mahathir ini seorang pemimpin bersih atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dan menyerahkan dokumen berkaitan di pejabat SPRM Selangor.

Katanya beliau membuat laporan itu berikutan pelbagai soalan diajukan oleh anggota peringkat akar umbi mengenai isu kekayaan anak-anak Dr Mahathir, namun pihaknya tidak diberikan penjelasan secukupnya mengenai dakwaan itu sehingga hari ini.

Mohamad Ashraf yang mendakwa beliau bertanggungjawab membawa masuk ribuan anggota ketika PPBM ditubuhkan berkata, pihaknya pernah bertemu anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu kekayaan tersebut, namun mendakwa tidak diberikan ruang secukupnya untuk berbuat demikian.

Menurutnya kepercayaan beliau terhadap kepimpinan Dr Mahathir kini terhakis berikutan dakwaan itu. — Bernama


Ini laporan yang dulu dan kita lihat sendiri apa pula ada dalam video dibawah :


K7L : Kaya pun minta duit rakyat.. nampak tak?..

Duit KWSP Tidak Hilang, Yang Hilang Adalah Otak Penyokong Pembangkang



Sejak bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Petaling Jaya terbakar semalam, banyak komen-komen bodoh menghiasi garis masa Facebook. Lebih menyakitkan hati komen tidak berotak itu menunjukkan tahap di mana penyokong pembangkang ini berada.

Mereka sibuk menulis komen-komen berbaur fitnah dan bodoh semata-mata untuk menyebar propaganda mereka. Kebanyakannya adalah penyokong pembangkang yang menghina tahap intelektual rakyat Malaysia dengan menulis komen tidak masuk akal itu.

Sepatutnya mereka bersyukur kerana lebih 600 kakitangan dan pelanggan yang berada di dalam bangunan KWSP itu selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Malangnya pembangkang sibuk menulis status bodoh dalam media sosial kononnya dengan terbakarnya bangunan KWSP itu maka habislah terbakar semua duit pencarum.

Bukan itu sahaja ada juga yang membuat tuduhan kononnya KWSP mahu melengah-lengahkan pembayaran dividen sebanyak 6.9 peratus yang diumumkan baru-baru, itu sebab berlakunya kebakaran.

Alangkah jahilnya mereka ini. Bangunan KWSP yang terbakar ini dikaitkan dengan bangunan polis di Bukit Aman yang pernah terbakar suatu masa lalu. Apa perlunya membuat perbandingan berkenaan?

Bukannya rekod dan data pencarum KWSP ditulis dengan tangan kemudian disimpan dalam almari. Sekarang zaman teknologi canggih, sudah pasti semua data itu disimpan di dalam sistem komputer. 

Antara yang membuat komen tidak masuk akal itu adalah editor Malaysia kini, Pramesh Chandran yang menulis di dalam Facebooknya dengan kapsyen `savings up in flames!'

Akibatnya Pramesh telah dibelasah. Sama ada beliau sengaja menulis demikian sebagai sindiran atau memang beliau betul-betul tidak tahu, namun ia menunjukkan kebodohan beliau sendiri. 

Jika bangunan KWSP di Petaling itu terbakar, orang ramai masih boleh berurusan di pejabat KWSP yang lain kerana bukannya duit pencarum di simpan dalam bangunan dan hangus terbakar pun.

KWSP sendiri memberi jaminan kepada pencarum bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas akibat kebakaran terbabit. Orang ramai yang mahu melakukan transaksi dengan KWSP dinasihatkan cawangan terdekat yang terletak di ibu pejabat KWSP Jalan Raja Laut.

Dan jika pencarum masih keliru atau hampir terpedaya dengan dakyah palsu pembangkang kononnya semua duit mereka hangus, silalah hubungi pusat pengurusan pelanggan KWSP di 03-89226000 atau menghantar pertanyaan melalui laman web myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my untuk pertanyaan lanjut.

Jangan percaya dengan berita palsu dan propaganda itu. Siasat sendiri lebih baik daripada bergantung kepada penyokong pembangkang yang bodoh ini. 

Elok sangatlah ditangkap mereka yang sebar berita palsu ini. Badan sahaja besar macam badak, tetapi tiada otak. 

Bank Negara zaman Mahathir tidak terbakar pun, tetapi kenapa hilang sampai RM31.5 billion? 

K7L : Jeng jeng jeng..

Israel Datang Program PBB Kecoh, Israel Bagi Derma Pada DAP Tak Kecoh




Apabila ada sekumpulan diplomat dari Israel hadir ke Malaysia untuk hadir ke satu program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penyokong pembangkang mula kecoh dan kritik kerajaan dengan mendakwa kerajaan kononnya memihak dan menyokong rejim zionis itu.

Itu tuduhan mengarut sama sekali. Mungkin mahu lari isu kes rasuah terowong di Pulau Pinang dan isu main bola atas padang pasir di Selangor, maka kecohkanlah cerita kehadiran wakil Israel ke program anjuran PBB itu. “Diversion” dibuat untuk tutup dua cerita panas itu.

Secara dasarnya, Malaysia tidak ada sebarang hubungan diplomatik kerajaan dengan kerajaan dengan Israel. Di passport Malaysia pun masih tertulis dengan jelas larangan masuk ke negara zionis itu.

Wakil Israel yang hadir ke Malaysia adalah Diplomat Kanan Israel yang diketuai bekas Timbalan Duta Israel ke PBB, David Roet untuk hadir program World Urban Forum (WUF). Program WUF dihadiri oleh 185 buah negara dan dianjurkan Program Penempatan Manusia PBB atau UN-Habitat. 

Kehadiran diplomat Israel ke program PBB mereka hendak kecoh, kenapa penyokong Pakatan Harapan (PH) tidak kecoh pula tentang pendedahan bahawa DAP menerima derma RM1.2 bilion dari Israel? Perkara itu didedahkan sendiri oleh bekas Pegawai Khas Lim Kit Siang, Mohamad Razali Abdul Rahman kira kira tiga tahun yang lepas.

Pada tahun 2015, ada wakil pembangkang juga buat pendedahan sama. DAP hanya menafikan perkara itu tapi tidak mengambil tindakan memfailkan saman ke atas Mohamad Razali sampai ke hari ini. Mengapa pemimpin tertinggi DAP, Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng membisu tentang duit Israel ini?

Dapat duit dari Israel untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang lepas. Apakah dalam menghadapi pilihanraya kali ini, DAP terima duit derma dari Israel sekali lagi?

Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen DAP Beruas adalah anggota pertubuhan Socialist International yang turut dianggotai oleh parti politik dari Israel. Pertubuhan sosialis antarabangsa ini sering membantu anggotanya menghadapi pilihanraya di seluruh dunia. Barangkali kerana takut rahsia terbongkar, sampai ke hari ini, DAP diam hal dana RM1.2 billion dari Israel ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah cuba untuk menjalinkan sebarang hubungan kerajaan dengan Tel Aviv. Di forum antarabangsa dan PBB, Datuk Seri Najib tegas dan konsisten memperjuangkan isu Palestin.

Berbeza dengan Mahathir yang kini menjadi Pengerusi PH. Mahathir pernah menjalin hubungan dengan Israel. Mahathir sendiri mengaku ada menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel pada masa itu, Yithzak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak pada tahun 1993, 1997 dan 1999. Ada dakwaan pada 6 hingga 9 Julai 1994, Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Rabin bersama Menteri Luar Israel, Shimon Peres di Hotel De Grillion, Perancis di mana mereka sama-sama menginap.

Laporan pada masa itu oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis. Selepas daripada itu, baru Mahathir mengaku bahawa beliau ada berhubung dengan Rabin hanya melalui surat.

Mahathir walaupun pernah mendakwa berkawan rapat dengan bekas Pengerusi PLO dan Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Yasser Arafat tapi Mahathir tidak pernah menjejakkan kaki ke Palestin, walaupun lantang mengkritik Israel.

Akan tetapi, Najib merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia yang menjejakkan kaki ke bumi suci dalam satu lawatan kemanusiaan ke Gaza pada 22 Januari 2013. Najib tiba di sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira pukul 4.40 petang waktu Malaysia pada masa itu. Beliau disambut oleh Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh di sempadan.

DAP dan PH jangan pertikai perkara lain, jawab dulu soal derma dari Israel yang bejumlah RM1.2 bilion yang diterima. Bukan isu itu sahaja, Kit Siang dan Guan Eng kena jawab banyak perkara lain soal rasuah dan penindasan rakyat. Mereka terus diam sampai hari ini.

Tidak perlu kecoh kenapa delegasi Israel itu datang ke Malaysia. Ianya atas jemputan program PBB. Bukan seperti derma dari Israel yang DAP terima itu. Dana RM1.2 billion itu lebih serius untuk diperbincangkan. Mahathir pun turut sama diam pasal dana Israel itu. Tutup mulut habis bila sudah bersahabat dengan DAP.

K7L : Senyap terus...

Kronologi Hubungan Tun Dr. Mahathir Mohamad Dengan Yahudi dan Israel.



1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan ‘luar biasa’ Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato’ Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya.

Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan ‘asing’ di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.

10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi.

Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.

1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.

1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan ‘anak didik Kissinger’.

6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai “Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur”. Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para ‘intelek’ Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.

16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994.

Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari USD272,000 dalam tahun 1966 kepada USD565,000 dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari USD1.1 juta kepada hampir USD1.7 juta.

17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :“Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres”. …”Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa”.

13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: “Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik.”

Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.

Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh ‘masyarakat Yahudi’ yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles.

Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan ‘Hollywood’ akan diwujudkan di Cyberjaya.

21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap ‘terbuka’.

Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk ‘menginsafkan’ pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.

1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.

September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.

Sumber : MInda Ahad

16/02/2018

Bila Minyak Turun, Ekonomi Terus Baik Mulalah Datang Cerita Merepek Dari Pembangkang



Tengah orang sibuk hendak pulang bercuti di kampung, pembangkang pula sibuk mencipta cerita merepek untuk dihasut dalam kepala rakyat. Masa cuti adalah masa yang paling banyak cerita karut disebar. Mahu cerita itu dibincang dan dijadikan topik masa berbual bersama keluarga di kampung.

Topik yang akan dibincang dalam kereta semasa jalan “jammed”, di meja makan dan ketika mengupas buah limau waktu perayaan Tahun Baru Cina ini. Namun bila minyak turun 10 sen, orang yang bawa stereng kereta sudah rasa malas hendak layan cerita cerita karut begini. Apa yang penting, tangki sudah penuh.

Mahathir kata KDNK negara baik tetapi rakyat tidak dapat faedah. Hari ini lihatlah sendiri bila harga minyak turun 10 sen, ringgit makin kukuh kepada RM3.92 berbanding dollar. Kalau tukar sejuta Rupiah sudah dibawah RM300. Ramai yang ke Jakarta, Bali dan Bandung berlibur kerana duit Malaysia sudah mahal. Bibik pun balik kampung raya Cina ini.

Ini nikmat yang rakyat dapat bila keadaan ekonomi negara makin baik. Nikmat yang rakyat bawah semuanya dapat. Semalam, data Bank Negara Malaysia mengeluarkan statistik menunjukkan pertumbuhan KDNK negara tumbuh pada kadar 5.9% pada tahun 2017. Kadar KDKNK yang lebih baik berbanding 4.2% pada 2016.

Bank Negara juga turut membuat penilaian prestai ringgit mengukuh 10.4% sepanjang tahun 2017 berbanding dollar. Malah menurut Standard Chartered Bank, ringgit adalah mata wang terbaik di Asia sepanjang tahun lepas. Pengukuhan ringgit dan pencapaian baik KDNK ini adalah hasil dasar ekonomi yang betul yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional.

Menurut laporan dari Kementerian Kesihatan, setiap tahun sejumlah 1,500 doktor yang berkhidmat di luar negara mahu pulang dan berkhidmat di Malaysia. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Ramai pulang kerana yakin potensi kerja dan kedudukan ekonomi semasa negara.

Rezeki di negara ini dikongsi oleh semua golongan masyarakat.’Di Malaysia ini, kita bukan sahaja berkongsi kekayaan secara adil kepada semua kaum tetapi juga berkongsi politik seperti yang diamalkan Barisan Nasional dan kongsi sambut perayaan’ kata Datuk Seri Najib semalam di Pekan.

Pembangkang masih dalam huru hara. Agih kerusi pun masih tidak betul lagi. Mereka masih lagi gagal selesaikan kemelut dalaman parti mereka. Mereka tidak “repair’ masalah mereka sendiri. Jahatnya, mereka cuba rosakkan pula pemikiran rakyat supaya jadi tidak betul dan huru hara macam mereka.

Dua hari lepas, pengasas Malaysiakini dan Ratu Naga buat cerita kononnya bila KWSP di Petaling Jaya terbakar, maka duit simpanan turut sama terbakar. Ini satu cerita karut sama sekali. Setelah Rafizi masuk penjara kerana memfitnah, ada pula orang yang hendak ganti peranan Rafizi ini membuat fitnah.

Tidak cukup dengan itu, sejak semalam seronok sangat pembangkang reka cerita kononnya Malaysia ini sudah hilang maruah bila ada orang Israel masuk Malaysia. Ini kali pertama diplomat Israel masuk Malaysia, tulis Malaysiakini. Sebenarnya Malaysiakini ‘spin” cerita.

Ayman Rasydan Wong membetulkan cerita ‘spin’ Malaysiakini itu, ini fakta yang sebenarnya ;

“Diplomat UN ni memiliki pasport diplomatik yang dikenali seagai “Laissez Passer” (bermaksud “Let him pass” dalam Bahasa Perancis). Menurut Konvensyen Kekebalan dan Keistimewaan Pegawai-Pegawai UN ("Convention on the Privileges and Immunities of the United Nations") yang dipersetujui oleh Malaysia, kerajaan tak boleh menghalang kemasukan pegawai UN, dan perkara yang sama termaktub dalam Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) Tahun 1992”

David Roet datang sebagai diplomat UN, pakai passport UN bukan passport Israel seperti yang didakwa oleh Malaysiakini. Ramai penyokong bunga yang baru kenal Mahathir melompat sakan semalam tentang cerita ini.

Apa yang mereka tidak tahu adalah sejarah ini. Orang Malaysia yang pertama kali pergi ke Israel sejak Malaysia merdeka pada 1957 adalah Tunku ”Charlie”, rakan bisnes Mahathir pada bulan Jun 1994. Passport Malaysia larang masuk Isreal, tetapi kenapa rakan bisnes Mahathir itu boleh masuk?

Kedua, orang Israel yang paling ramai masuk Malaysia adalah pada 24 Mac hingga 13 April 1997. Seramai 14 orang pemain kriket dari Israel berada 20 hari di Malaysia untuk kejohanan Piala Carlsberg International Cricket Cup. Pasukan Israel ini kalah semua lima perlawanan.

Masa itu bukan main lagi Mahfuz dan Din Pudu buat demonstrasi hingga ditangkap Mahathir masuk lokap kerana kes 14 orang pemain kriket Israel. Hari ini, Mahfuz dan Din Pudu ada buat demo bila David Roet masuk ke Malaysia untuk program United Nations sebagai diplomat UN? Tiada.

Sumber yang Malaysiakini ambil dan petik untuk dijadikan isu ini pun dari Times Of Israel, surat khabar dari Israel. Samalah ketika Datuk Seri Najib terserempak dengan Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel di PBB pada 1 Oktober 2015. Pembangkang ‘spin’ kononnya ada hubungan mesra antara Najib dan Netanyahu.

Gambar itu pun pembangkang ambil dari sumber wartawan Israel, kemudian “spin” cerita hendak bagi rakyat Malaysia marah. Sebenarnya, Datuk Seri Najib hanya terserempak sahaja dengan Netanyahu. Sebelum itu, seluruh dunia tahu isi dan ketegasan Datuk Seri  Najib tentang isu Palestin.

Jangan dilupakan, pada tahun 2013, Najib adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama jejak kaki ke Palestin. Pada 2016, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) telah meluluskan resolusi menentang penempatan haram Israel di Palestin dan ia adalah hasil suara Malaysia bersama tiga lagi negara iaitu  New Zealand, Senegal dan Venezuela.

Oleh itu, cerita David Roet masuk Malaysia ini dijadikan isu untuk tutup kelemahan dan pergaduhan rebut kerusi dalam pembangkang. Untuk tutup cerita orang kanan Guan Eng yang disoal berbelas jam oleh SPRM tentang isu terowong.

Usah percayalah cerita persepsi pembangkang ini. Mereka tidak ada kebaikan lagi untuk diceritakan, setiap hari kena reka cerita palsu ini bagi burukkan Datuk Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional. Di musim cuti ini, mari kita kongsi banyak banyak cerita kegembiraan dan kejayaan negara kita. Tolak jauh jauh berita palsu ini.

K7L : Entah apa rasuk pembangkang..

Ekonomi Malaysia Teruk? - Inilah Berita Yang Pembangkang Nak Dengar!



PERKEMBANGAN EKONOMI DAN KEWANGAN DI MALAYSIA PADA SUKU KEEMPAT 2017

Ekonomi Malaysia meningkat 5.9% pada suku keempat 2017 

Permintaan sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhanekonomi negara, dengan sokongan yang berterusan daripada sektor luaran. Dari segi penawaran, kesemua sektor ekonomi terus berkembang, kecuali sektor perlombongan. 


Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi negara berkembang sebanyak 0.9% (S3 2017: 1.8%). Bagi tahun 2017 secara keseluruhan, ekonomi negara meningkat sebanyak 5.9% (2016:

4.2%). Inflasi keseluruhan menurun sedikit kepada 3.5% pada suku keempat

2017 (S3 2017: 3.6%), disebabkan terutamanya oleh inflasi yang lebih rendah dalam kategori perumahan, air, elektrik dan gas serta pengangkutan. Bagi

tahun 2017 secara keseluruhan, purata inflasi ialah 3.7% (2016: 2.1%).

Kestabilan kewangan terpelihara


Pasaran kewangan domestik secara keseluruhan mengalami turun naik yang lebih rendah di tengah-tengah sentimen pasaran yang bertambah baik.

Institusi kewangan domestik mengekalkan kualiti aset dan tahap keberuntungan yang kukuh. Secara agregat, sektor perniagaan dan isi rumah

terus menunjukkan kemampuan yang kukuh untuk membayar balik hutang. Keadaan kredit dalam sistem perbankan domestik kekal kondusif untuk

menyokong aktiviti ekonomi benar, dan peminjam yang layak terus mendapat akses kepada pembiayaan

Ekonomi Malaysia dijangka kekal menggalakkan pada tahun 2018


Pertumbuhan ekonomi dijangka terus menggalakkan pada tahun 2018, dengan permintaan dalam negeri kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan. Jangkaan bahawa kadar pertumbuhan global akan menjadi lebih pantas terus memberikan manfaat kepada eksport Malaysia, sekali gus menghasilkan limpahan positif terhadap kegiatan ekonomi dalam negeri. 

Inflasi keseluruhan dijangka menjadi sederhana pada tahun 2018, mencerminkan kesan faktor kos global yang lebih kecil serta ringgit yang lebih kukuh berbanding dengan tahun 2017. 

Tekanan menaik yang wujud berikutan keadaan permintaan yang teguh akan dibendung oleh kapasiti lebihan dalam

pasaran pekerja di samping pelaburan yang berterusan untuk pengembangan kapasiti pengeluaran. Walau bagaimanapun, trajektori inflasi keseluruhan akan terus dipengaruhi oleh trend harga minyak dunia yang masih amat tidak menentu.

Bank Negara Malaysia juga ingin mengetengahkan dua isu. Pertama –‘Rumah Mampu Milik: Cabaran dan Langkah Ke Hadapan’ – yang mengupas dengan lebih lanjut beberapa cadangan dasar sebagai langkah ke hadapan bagi menangani cabaran-cabaran berkaitan dengan isu rumah mampu milik, untuk perbincangan umum. 

Kedua – ‘Application Programming Interface(API) Terbuka: Suatu Revolusi Kewangan’ – yang memberikan pencerahan mengenai penggunaan API Terbuka dalam perkhidmatan kewangan, termasuk perkhidmatan-perkhidmatan baharu yang boleh ditawarkan melalui API Terbuka dan beberapa isu berkaitan, dengan tumpuan khusus pada penggunaan API Terbuka dalam sektor kewangan di Malaysia.

Bank Negara Malaysia
14 Februari 2018

K7L : Ekonomi kita baik sahaja.. siapa yang pandai kata nak bankrap?

Kadar Levi Dan Tol Laluan Kedua Turun!



Kadar levi dan tol bagi Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) diturunkan, mulai 13 Februari lepas, bagi menggalakkan kenderaan menggunakan laluan terbabit berbanding Tambak Johor.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pengurangan kadar itu membabitkan levi kepada kenderaan komersial yang keluar masuk ke Malaysia dan kadar tol di luar waktu puncak bagi semua jenis kenderaan, kecuali motosikal.

Kadar baharu bagi kenderaan persendirian diturunkan daripada RM7.50 kepada RM4; teksi daripada RM5.70 kepada RM3; bas daripada RM9.10 kepada RM4.50; manakala kenderaan komersial bagi kelas 2 dan 3, masing-masing dikurangkan daripada RM17.10 dan RM34.30 kepada RM4.50 dan RM6.10, sama seperti kadar di Tambak Johor.

Levi kenderaan komersial di Linkedua, dikurangkan kepada RM50 bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk Malaysia berbanding kadar asal di antara RM100 hingga RM200.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, langkah itu dijangka dapat mengurangkan kenderaan komersial di Tambak Johor sebanyak 40 peratus.

Selain itu, caj tol di luar waktu puncak bagi Linkedua, iaitu di antara jam 10 pagi hingga 3 petang dan jam 11 malam hingga 5 pagi kepada semua kenderaan kecuali motosikal, dikurangkan 47 hingga 82 peratus, mengikut kelas.

Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura yang akan menghubungkan stesen Bukit Chagar di Johor Baru dan Woodlands North, Singapura, pula dijangka mula beroperasi pada tahun 2024.

RTS dijangka dapat mengurangkan masa perjalanan kepada 30 minit, berbanding lebih sejam pada masa ini dengan kemampuan menampung sejumlah 10,000 penumpang sejam satu arah (pphpd).
Dalam perkembangan lain, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga akan meningkatkan kekerapan perkhidmatan ulang-alik shuttle Tebrau daripada 26 kepada 31 perjalanan setiap hari, bagi membolehkan sejumlah 1,500 penumpang tambahan menyeberangi Tambak Johor yang ketika ini berjumlah 7,783 sehari.

Langkah itu dapat memberi manfaat kepada pengguna harian yang tidak perlu lagi keluar lebih awal setiap hari untuk mengelakkan kesesakan, sekali gus meningkatkan industri pelancongan negara.

Pasukan Petugas Peringkat Tertinggi yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, juga ditubuhkan bagi mengenal pasti dan membincangkan langkah jangka panjang termasuk mengadakan hanya satu pusat pemeriksaan antara Malaysia dan Singapura bagi menambah baik pengurusan trafik di Tambak Johor.

K7L : Apa lagi kau mahu?..

Isu Tanah Ijok Di Selangor - Azmin Gelabah Lagi?


1. Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan negeri Selangor pada tahun 2008, Menteri Besar negeri Selangor pada waktu itu, Tan Sri Khalid Ibrahim, telah mengambil alih semula tanah kerajaan negeri yang dimiliki oleh syarikat Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd kerana pelanggaran syarat dan terma perjanjian.

2. Sebelum ini kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan BN telah memberikan tanah tersebut kepada hampir 1,000 peneroka di Ijok, Selangor.

3. Pada tahun 1998, peneroka bersetuju untuk membenarkan beberapa syarikat termasuk Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd untuk membangunkan tanah tersebut termasuk perumahan untuk peneroka. Syarikat-syarikat berkenaan juga bersetuju untuk memberi wang pampasan kepada peneroka.
4. Malangnya, setelah 10 tahun berlalu projek perumahan dan wang pampasan seperti yang dijanjikan tidak dapat di tunaikan oleh syarikat-syarikat berkenaan.

5. Semasa YB Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor, beliau telah merampas semula tanah-tanah tersebut untuk diambil alih oleh kerajaan Selangor.

6. Tanah tersebut diambil alih kerana syarikat-syarikat tersebut telah melanggar syarat-syarat di bawah Kanun Tanah Negara seperti:

▪syarikat tersebut tidak membayar premium tanah

▪syarikat tersebut tidak menukar syarat tanah pertanian kepada tanah perumahan

▪syarikat tersebut tidak membayar premium tukar syarat tanah

7. Selain daripada tidak mematuhi syarat di bawah Kanun Tanah Negara, syarikat-syarikat tersebut juga mencagarkan tanah tersebut kepada institusi kewangan untuk mendapat pinjaman tetapi projek tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

8. Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd kemudiannya menyaman kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Selangor di mahkamah tinggi untuk mendapat balik tanah-tanah tersebut.

9. Keputusan mahkamah tinggi pada 22hb Oktober 2013 memihak kepada kerajaan Selangor dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

10. Selepas itu, Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd merayu ke mahkamah rayuan. Keputusan mahkamah rayuan pada 17 Februari 2014 juga memihak kepada kerajaan Selangor dan Menteri Besar Selangor.

11. Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd kemudian merayu kekalahan mereka di dalam mahkamah rayuan ke mahkamah persekutuan.

12. Pada tahun 2014, satu perancangan kontroversi untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor telah dilaksanakan dalam strategi yang dipanggil “Langkah Kajang”. Menteri Besar yang menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim ialah Dato’ Seri Azmin Ali.

13. Semasa Dato’ Seri Azmin Ali menjadi Menteri Besar dan sebelum mahkamah persekutuan mendengar rayuan kes ini, Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd dan beberapa syarikat berkaitan pada 22 September 2015 telah membuat perjanjian dengan sebuah syarikat awam untuk menjual 2,198.4 ekar dengan harga RM1,181,335,536.65 dengan syarat syarikat-syarikat tersebut mendapat kelulusan kerajaan negeri Selangor.

14. Selang beberapa bulan selepas itu, Dato’ Seri Azmin Ali pada 17 Mei 2016 telah memfailkan satu perjanjian penyelesaian kepada mahkamah persekutuan bahawa kerajaan Selangor dan Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd telah bersetuju untuk membatalkan kes ini.

15. Dato’ Seri Azmin Ali seterusnya membuat keputusan untuk menyerahkan semula tanah-tanah tersebut kepada Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd.

16. Satu syarat penting dan wajib dalam perjanjian penyelesaian tersebut ialah penjualan tanah mesti dibuat kepada syarikat awam tersebut.

17. Dato’ Seri Azmin Ali membuat keputusan drastik ini sebelum kes rayuan ini sempat didengar oleh mahkamah persekutuan.

18. Semasa Tan Sri Khalid Ibrahim membuat keputusan mengambil semula tanah berkenaan, Datuk Seri Khairudin Abu Hassan merupakan salah seorang pengarah eksekutif syarikat Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd.

Berdasarkan fakta di atas, BNSC ingin mengemukakan beberapa persoalan yang perlu dijawab secara telus dan segera oleh Dato’ Seri Azmin Ali.

▫Apa justifikasi Dato’ Seri Azmin Ali untuk menyerahkan tanah bernilai RM1.18 bilion kepada Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd walaupun keputusan mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan memihak kepada keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri selangor untuk mengambil alih semula tanah tersebut?

▫Kenapa Dato’ Seri Azmin Ali tidak menunggu kes ini dibicarakan di mahkamah persekutuan memandangkan Kerajaan Negeri Selangor telah menang di mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan sebelum itu? Kenapa Dato’ Seri Azmin Ali tergesa-gesa membuat keputusan yang nyata merugikan kerajaan dan rakyat Selangor?

▫Kalau niat Dato’ Seri Azmin Ali ingin menyelesaikan tuntutan dan isu pampasan kepada peneroka, mengapa beliau tidak menjual tanah tersebut secara langsung kepada syarikat awam dan menggunakan hasil jualan RM1.18 bilion untuk membayar pampasan tersebut?

▫Beberapa hari ini yang lepas, Dato’ Seri Azmin Ali akhirnya telah mengumumkan pembayaran pampasan kepada kesemua 980 peneroka berbentuk pampasan tunai RM180,000 seorang dan sebuah rumah bernilai RM250,000 seorang. Jumlah besar pampasan yang diumumkan oleh Dato’ Seri Azmin Ali bernilai RM421.4 juta. Di mana baki RM758.6 juta?

▫Walaupun pada masa ini Datuk Seri Khairudin Abu Hasan (yang telah diisytihar muflis pada tahun 2014) bukan lagi pengarah kedua-dua syarikat tersebut, apakah peranan beliau dalam mempengaruhi keputusan Dato’ Seri Azmin Ali?

▫Saya ingin mengingatkan Dato’ Seri Azmin Ali bahawa isu ini telah dibangkitkan beberapa kali oleh pihak NGO dan rakyat negeri Selangor yang prihatin termasuk soalan yang ditanya di Dewan Undangan Negeri Selangor oleh beberapa wakil rakyat. Namun, Dato’ Seri Azmin Ali tidak menjawab persoalan ini secara jelas.

▫Berikutan itu, beberapa laporan telah dibuat kepada SPRM oleh mereka yang tidak berpuas hati. Saya percaya pihak SPRM sedang menjalankan siasatan yang rapi untuk memastikan jika ada penyalahan kuasa atau pun rasuah telah berlaku.

Sumber : Sidang Media BNSC Mengenai Isu Tanah Ijok, Selangor

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
Pengarah, Komunikasi Strategik BN

15/02/2018

Anak Raja Petra Sound Izzah Pasal Anwar Dan Rafizi?



A criminal by any other name is still a criminal

"A rose by any other name would smell as sweet" is a popular reference to William Shakespeare’s play, Romeo and Juliet. In that same spirit a criminal by any other name would still be a criminal.

Nurul Izzah Anwar keeps referring to her father, Anwar Ibrahim, as a political prisoner. Anwar was not arrested, tried, convicted and sentenced for a political crime. He was arrested, tried, convicted and sentenced for abuse of power and sodomy. 

According to what was revealed in court, Anwar tried to use the Special Branch to intimidate witnesses so that they would retract their allegation of his sexual misconduct. That was why Anwar was sentenced to six years jail.

Rafizi is also trying to portray himself as a victim of political persecution. Although he does not admit he committed a crime, he says what he did was necessary so that he could reveal a crime. That means he committed a crime to expose a crime. 

In that case why did Rafizi plead not guilty? Why did he contest the charge and then after losing he admits that committing a crime to expose a crime is necessary? They try to justify their actions with all sorts of excuses and try to give the impression they are innocent victims of political revenge and are not criminals.

RAJA SARA PETRA

Kalau Tak Suka Negara Ini Sila Berambus Dan Duduklah Di Malaysia!



UK: Adakah anda tidak suka dengan VAT (Cukai Nilai Tambah) kami sebanyak 20%? Jika sedemikian, anda boleh meninggalkan UK dan pergi ke Malaysia kerana GST yang dikenakan 6%.

India: Jika anda tidak bersetuju dengan GST kami sebanyak 28% anda boleh pergi ke Malaysia yang hanya mengenakan GST sebanyak 6%. Mereka juga mempunyai sekolah Tamil di sana walaupun di India Utara sendiri tidak disediakan sekolah sedemikian.

AS: Adakah anda mahukan penjagaan kesihatan percuma? Jika begitu, anda boleh meninggalkan Amerika Syarikat dan pergi ke Malaysia kerana ianya hampir percuma di sana!

Hong Kong: Anda tidak mampu membeli rumah? Jadi, anda boleh meninggalkan Hong Kong dan pergi ke Malaysia kerana hampir semua orang yang berusia 35 tahun ke atas sudah mampu memiliki rumah di sana!

Filipina: Apa? Anda mahu kereta? Tinggalkan Filipina dan pergi ke Malaysia kerana setiap rumah di sana memiliki lebih daripada sebuah kereta di sana!

Sweden: Adakah anda mengadu tentang kos sara hidup yang tinggi? Oleh itu, anda harus berpindah ke Malaysia kerana negara tersebut merupakan salah satu negara yang mempunyai kos sara hidup terendah di dunia.

Kanada: Adakah harga petrol terlalu mahal? Jika sedemikian anda harus meninggalkan Kanada dan pergi ke Malaysia kerana petrol mereka lebih murah daripada Coca Cola!

China: Adakah anda mahu jaminan tempat di sekolah menengah? Maka anda harus tinggalkan China dan pergi ke Malaysia. Mereka mempunyai banyak sekolah Cina untuk anda dan semua orang boleh mendapat tempat untuk pendidikan sekolah menengah.

Jepun: Adakah anda ingin menikmati kehidupan semasa bekerja? Jika begitu, anda boleh meninggalkan Jepun dan berhijrah ke Malaysia. Hal ini kerana di sana mempunyai banyak cuti umum dan bekerja sehingga pukul 5 petang sahaja, penjawat awam pula bekerja sehingga 4.30 petang. Selain itu, pekerja di sana hanya bekerja selama 5 hari seminggu dan mereka boleh pergi filem, minum Starbucks, makan secara teratur dan sentiasa melancong pada hari cuti.

Australia: Adakah anda tidak berpuas hati dengan penutupan kedai-kedai di sini yang terlalu awal? Maka anda harus beralih ke Malaysia kerana mereka mempunyai restoran 24 jam di mana-mana dan pasar raya pula dibuka sehingga pukul 10 malam.

Indonesia: Adakah anda mahu Datuk Bandar China? Jadi anda boleh tinggalkan Jakarta dan pergi ke Pulau Pinang kerana Ketua Menteri Pulau Pinang sentiasa menjadi orang Cina, sejak tahun 1957 lagi!

Singapura: Adakah anda mahu mengutuk dan memfitnah pemimpin anda di FB? Jika begitu, anda harus meninggalkan Singapura dan pergi ke Malaysia. Di sana, mereka bebas mengutuk Perdana Menteri mereka hampir setiap hari.

Dan senarai itu berterusan ...

Apa pun Malaysia masih menjadi yang terbaik! 

K7L : MalaysiaTerbaik

Politik Mesin Padi DAP Dihalau & Ditolak Oleh Rakyat



Umpama mesin padi, bila menuai sahaja barulah nampak muka. Kalau bukan musim menuai batang hidung langsung tidak nampak. 

Samalah seperti parti DAP, masa hendak dekat pilihanraya barulah nampak muka. Padahal lima tahun sebelum itu menjadi "orang hilang" di kawasan. 

Baru-baru ini, Lim Kit Siang telah dihalau oleh kira-kira 50 penduduk Kampung Bakar Batu di Johor Bahru ketika beliau mahu memberikan ceramah bagi menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Susulan itu, pemimpin pembangkang apa lagi, mulalah menyalahkan UMNO kononnya ia adalah perbuatan ahli parti berkenaan. 

Antara yang lantang menuduh UMNO bertanggungjawab ialah presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merupakan ahli Parlimen Pagoh. Kemenangan beliau di Pagoh dulu pun adalah atas tiket UMNO.

Kesimpulan yang dapat diambil daripada insiden halau itu ialah rakyat sebenarnya menolak parti DAP yang umpama mesin padi. Mesin padi hanya berfungsi pada masa tertentu sahaja, jika tidak ia hanya disimpan di dalam bangsal sahaja.

Dalam kes ini, jika ada pemimpin DAP yang turun ke kawasan anda, itu tandanya pilihan raya sudah semakin dekat.

Jika tidak jangankan muka, bayangnya pun tak nampak. Itulah sebabnya penduduk menolak Kit Siang. DAP menyangka mereka diterima oleh penduduk di Johor dan mula berangan bahawa negeri itu akan jatuh ke tangan DAP pada PRU nanti.

Namun melihat bagaimana Kit Siang dihalau, nampaknya niat untuk merampas Johor hanya tinggal angan-angan mat jenin sahajalah. Jika DAP dan Pakatan Harapan (PH) begitu kuat di negeri itu, kenapa beliau dihalau? 

Ikut logiknya jika PH berpengaruh di situ, kedatangan Kit Siang dan pemimpin PH yang lain di situ sudah disambut dengan karpet merah. Atau drama halau itu sengaja dirancang untuk raih simpati? 

Berbagai andaian boleh terjadi. DAP sanggup buat berbagai drama dan kung fu untuk tipu rakyat. Lihatlah bagaimana drama Guan Eng di Pulau Pinang. 

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Kit Siang dihalau di Johor. Pada 2015, beliau pernah dihalau di Masai. Ketika itu Kit Siang bersama dengan seorang lagi pemimpin DAP Johor, Liew Chin Tong. Mereka dihalau selepas ceramah yang antara lain mendakwa orang UMNO cuba menumbangkan Najib.

Pada 2013, Kit Siang pernah juga kena halau di Gelang Patah. Alasan sama, beliau dihalau oleh ahli UMNO juga.

Jadi apabila Kit Siang kena halau di Kampung Bakar Batu, maka ia bukan sesuatu yang pelik malah ia juga menunjukkan bahawa beliau tidak diterima di negeri itu. Ia satu petanda yang cukup jelas untuk menyatakan kepada Kit Siang bahawa beliau dan partinya telah ditolak rakyat. 

Mungkin atas sebab itulah sudah lama khabar angin bertiup bahawa beliau akan bertukar kawasan pada PRU nanti. Pergilah ke mana pun, rakyat akan tolak politik mesin padi yang diamalkan pembangkang ini. 

Ambil jawatan bukan hendak buat kerja tetapi hendak nama dan gaji sahaja. Lima tahun hilang, masa musim mengundi muncullah balik mereka. Inilah politik mesin padi pembangkang.

K7L : Jangan bagi undi pada PH!..

Di Mana Kerusi Mahathir Pada PRU14?



“Tun Mahathir sebenarnya mempunyai masalah besar yang lebih dekat di hati. Beliau perlu cari dua kerusi untuk bertanding, satu untuk dirinya dan satu lagi untuk anaknya, Datuk Seri Mukhriz.”

“Jika Tun Mahathir dan Mukhriz mengambil kerusi sedia ada Pakatan yang telah dimenangi pada PRU-13 yang lalu, sama ada DAP, PKR atau PAN perlu memberikan dua kerusi berkualiti mereka kepada Tun Mahathir dan Mukhriz. Ini bermakna Tun Mahathir dan anaknya Mukhriz mendapat laluan mudah, namun mereka akan nampak lemah dan tidak menyumbang kepada Pakatan. Oleh sebab ini, mereka perlu bertanding di kerusi BN.”

“Tun Mahathir pasti sedar keadaan yang memalukan ini apabila partinya, PPBM, diberi peluang bertanding di kawasan paling sukar untuk menang, meskipun mendapat kuota kerusi terbanyak.”

“Mungkin beliau sendiri yang merancang perkara ini. Beliau tahu agihan kerusi ini hanya sandiwara bertujuan untuk menunjukkan seolah-olah PPBM adalah parti Pakatan paling dominan bagi menarik sokongan orang Melayu. Namun, semua orang tahu DAP lah yang sebenarnya memegang kata putus dalam Pakatan.” - BH

K7L : Berani lawan dekat Kubang Pasu balik la..

14/02/2018

Rumah Rakyat Dibatal, Pasukan Bola Disuruh Main Atas Padang Pasir



Patutlah PAN gelar Azmin sebagai badut. Bagi kenyataan pasal bola untuk tidak cerdik dan melalut. Entah apa lah yang disorok di Stadium Shah Alam itu sampai takut sangat hendak bagi pasukan bola guna. 

Projek rumah murah untuk rakyat dibatal. Cukai naik sampai 400%. Pasukan bolasepak "Red Giants" disuruh main atas padang pasir. 

Kenapa rakyat bawahan dan pasukan bola ini perlu dimusuhi dan dihina sebegitu rupa oleh Azmin? Apa salah mereka? 

Azmin sindir pasukan bola sepak Selangor yang kini tidak ada gelanggang rasmi. Kena menumpang main bola di Stadium Kuala Lumpur di Cheras. Azmin tidak bagi main di Stadium Shah Alam.

Kata Azmin, Selangor sepatutnya boleh bermain di mana-mana stadium tanpa masalah kerana di Iraq tidak ada stadium dan mereka hanya bermain bola sepak di atas padang pasir.

"Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh (saja) main dekat padang pasir" sindir Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR. 

Azmin cakap benda mengarut. Pasukan bola Iraq tidak main bola atas padang pasir. Mereka main dalam stadium yang moden dengan padang berkualiti serta canggih. Iraq punyai lebih 30 stadium. 

Stadium Maysan yang merupakan stadium pelbagai guna di Maysan, Iraq adalah stadium moden yang boleh memuatkan 25,000 orang dan sudah pun dibuka pada 1987.

Sebuah lagi stadium ialah Stadium Olimpik Karbala, di Karbala, Selatan Iraq. Stadium ini berkapasiti 30,000 orang dan mula dibuka pada 2016. 

Iraq di kedudukan ke-69 ranking dunia FIFA. Pasukan bolasepak Selangor menang Piala Malaysia paling banyak. Takkanlah sebegitu teruk sekali layanan Azmin pada bolasepak Selangor? 

Azmin sudah lama letak jawatan sebagai Presiden Bolasepak Selangor. Bila ada orang lain majukan balik bolasepak Selangor, Azmin dengki dan tidak beri guna stadium. 

Mana ada padang pasir lagi di Selangor. Pasir semua habis dikorek dan dicuri untuk diberi kepada syarikat anak saudara Azmin Ali. 

Itu hal bola yang kena menumpang stadium. Hal rumah juga, rakyat Selangor hanya dapat menumpang tengok sahajalah. Rumah yang sepatutnya dibuat untuk rakyat, dibatalkan. 

Pada 6 Februari lepas, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku buat keputusan membatalkan pembinaan sembilan projek Rumah Selangorku. Mesyuarat dipengerusikan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar A Samad. 

Alasannya, kerana syarikat pemaju telah gagal mendapatkan kebenaran merancang dalam tempoh dua tahun dari tarikh kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. 

Di kawasan Majlis Perbandaran Kajang ada tiga projek, Majlis Perbandaran Subang Jaya satu projek, Majlis Bandaraya Shah Alam ada satu projek, Majlis Perbandaran Selayang ada dua projek, Majlis Perbandaran Ampang Jaya ada satu projek dan Majlis Perbandaran Klang ada satu projek.

Dua tahun gagal merancang satu pun projek rumah untuk rakyat. Malah diroboh pula rumah bilal dalam kawasan masjid pada tahun lepas. Pesta arak boleh pula diluluskan serta merta. 

Azmin bukan peduli rakyat, tetapi zalimi rakyat dan ribuan penyokong Red Giants. Bolasepak pun jadi mangsa politik kebencian Azmin Ali. 

Rakyat di bawah juga jadi mangsa sikap ego Azmin. Terus batal rumah rakyat. Bermakna kalau PKR dan DAP perintah lagi di Selangor, mereka tidak akan buat langsung rumah ini. 

Sekarang pasir mereka jual untuk kaut untung. Cukai naik sampai 400% untuk kaut untung. Tanah rumah rakyat dijual untuk projek mewah. Silap silap Stadium Shah Alam kena lelong kalau mereka perintah lagi. 

Jangan biar keadaan ini terjadi. Kembalikan semula Red Giants ke Shah Alam. Kembalikan semula Barisan Nasional di Selangor. 

K7L : Kembalikan!....

Azmin Kata Iraq Tak Ada Padang Boleh Main Bola #KembalikanStadiumKami



Sombong. Inilah seorang MB yang sombong. Yang lari daripada tugas menjadi seorang Presiden FAS. Selepas itu tak puas hati bila ada orang dia tak dapat jadi Presiden FAS. Dan bila ditanya terus jawab macam ini.

Penyokong Selangor lihat sendiri bagaimana Menteri Besar Selangor daripada PKR ini yang tidak profesional dan tidak tahu maruah bolasepak Selangor. Kita tukar dia untuk dapat semula stadium kita!



K7L: Hidup Mati Selangor!..

Pakatan Harapan Mahu Jadikan PRU14 Paling Kotor



Pakatan pembangkang sekarang sedang mendakwa PRU14 nanti adalah yang paling kotor dalam sejarah. Setiap kali pilihan raya umum, cakap ianya kotor tetapi DAP tetap juga menang banyak.

Kotor apanya kalau begitu? Semasa PRU12 pada tahun 2008, Malaysiakini dan pembangkang tuduh pilihanraya tidak bersih dan adil kira kira empat hari lagi sebelum hari mengundi.

Tidak bersih dan adil apanya? Bila menang di Pulau Pinang dan Selangor, pembangkang iktiraf pula keputusan tersebut. Kalau menang ianya bersih, kalau kalah ianya tidak bersih. Itulah pemahaman adil dan bersih bagi mereka.

18 Mac 2012, dalam Sinar Harian, Guan Eng kata PRU13 adalah yang paling kotor. Namun dalam duduk jaja kotor itu, Guan Eng dan DAP menang banyak kerusi lagi Pulau Pinang.

Kini menjelang PRU14, propaganda yang sama diulang buat kali ketiganya. Tuduh lagi PRU14 kotor dan tidak bersih.

Dakwaan kali ini dibuat oleh Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang menyatakan ia bakal jadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah negara.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua pernah kata PRU13 adalah yang paling kotor. Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang pun kata benda sama. Kedua dua mereka menang di parlimen. Kotor apa kalau begitu?

Ini hanya strategi jahat pembangkang untuk raih simpati sahaja. Untuk ajak rakyat turun undi mereka kononnya merekalah yang bersih dan adil.

Sebenarnya yang bermain taktik kotor ini adalah pembangkang sendiri. Guna cerita palsu kononnya Bangla boleh mengundi. Kononnya ada pesawat besar tiba di KLIA untuk bawa Bangla mengundi.

Ternyata hari ini, tuduhan itu hanyalah cerita karut sahaja. Tuduhan itu tidak dibuktikan secara sah. Kemudian buat cerita "Blackout" pula, tipu gambar kononnya pegawai SPR kira undi dalam gelap.

Bila disemak ternyata gambar tipu. Sampai ke hari ini cerita "Bangla dan Blackout" ini jadi cerita palsu terbesar pembangkang dalam PRU yang lepas.

Pilihan raya pada tahun 1990 pun DAP kata pilihan raya paling tidak bersih dalam sejarah termasuk menulis buku kononnya PRU masa itu kotor.

Buku berkenan bertajuk "Pilihan Raya Paling Kotor Dalam Sejarah Malaysia" diterbitkan pada 1991 ditulis oleh diktator DAP, Kit Siang. DAP akan tetap dakwa plilihan raya kotor walaupun mereka menang sudah dua kali di Pulau Pinang dan anak Kit Siang, Lim Guan Eng sudah dilantik jadi Ketua Menteri.

DAP suka tuduh dan buat cerita bahawa proses pilihan raya di Malaysia kotor dan penuh penipuan. Bagi mereka proses undi yang sempurna hanyalah ketika pemilihan CEC DAP yang didakwa oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai tidak sah kerana ada penyelewengan dalam penggunaan aplikasi Microsoft Excel yang mengendalikan pemilihan.

Kit Siang pada 2001 ketika Mahathir jadi Perdana Menteri, beliau kritik Mahathir cuba mempermain-mainkan rakyat dalam keputusan untuk membuat pilihan raya mengejut pada masa itu.

"Jika Mahathir serius untuk mengadakan satu pilihan raya umum mengejut, beliau perlu berhenti berdolak-dalih dengan perkataan pilihan raya mengejut tetapi perlu lakukan dua perkara.

"Pertama, beliau takkan membubarkan Parlimen sehingga mandat hingga sampai tahun kelima mandat pilihan raya lepas iaitu November 2003, dan yang kedua, pilihan raya umum mestilah bebas, adil dan bersih.

"Nampaknya, ada kemungkinan pilihan raya umum ke-11 nanti akan menjadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah negara," kata Kit Siang dalam laman webnya pada 2001.

DAP akan kata pilihan raya umum di negara ini bersih kalau mereka menang sahaja. Kalau kalah, akan dikatanya pemilihan itu kotor. Ini sebenarnya taktik kotor DAP yang rakyat perlu ketahui.

Sudah lebih 40 tahun, setiap kali pilihan raya DAP guna modal yang sama iaitu negara akan bankrap dan pilihan raya umum akan jadi yang terkotor.

Pakatan pembangkang yang didalangi DAP sebenarnya yang sentiasa jadikan pilihan raya umum di negara ini kotor untuk kepentingan mereka.

Kerajaan BN bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak buang masa layan buat cerita palsu sebegitu.

BN jalankan kerja untuk rakyat dan masa depan negara kemudian biar pengundi tentukan mengikut proses demokrasi. Berbeza dengan pembangkang yang suka buat cerita palsu, hasut orang dan fitnah orang, kemudian harapkan rakyat undi mereka.

Ada pihak menyatakan, jika selepas 50 tahun, adakah DAP akan punya modal lain untuk propaganda mereka atau masih lagi sama selagi Guan Eng dan Kit Siang masih bernyawa. Mereka buat cerita bukan-bukan, tapi di belakang salah guna kuasa dan rasuah cuba ambil duit rakyat untuk poket mereka sendiri.

Pakatan Harapan ini sebenarnya yang kotor. Malulah sama dengan Fathia Latiff, semalam ketika ditemubual Melodi, Fathia mengakui dirinya kotor dan memohon maaf pada semua.
Pakatan Harapan bila hendak mohon maaf? Banyak kekotoran yang disuntik dalam kepala rakyat. Ada yang jadi keliru dan fanatik macam Fathia. Sudah sudahlah buat kerja kotor wahai pembangkang.

K7L : Hilang akal..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk