18/04/2016

#Reminder - Tarikh Mengundi PRN Sarawak Dan DUN Baru Yang Diumumkan! #PRN11



Telah dimaklumkan beberapa hari yang lepas bahawa Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN11) akan diadakan pada 7 Mei dan hari penamaan calon pada 25 April 2016. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DS Mohd Hashim Abdullah mengumumkan tarikh itu berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 11 April.

PRN11 akan menggunakan senarai daftar pemilih induk 2015 yang telah dikemas kini sehingga 10 April 2016. PRN11 diadakan selepas Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan dengan perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud setelah dirujuk Ketua Menteri, TS Adenan Satem.

DS Mohd Hashim berkata 1,879 buah premis akan digunakan sebagai Pusat Mengundi yang mengandungi 2,959 saluran/tempat mengundi dan seramai 20,811 petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya ini.

PRN11 kali ini mendapat perhatian meluas apabila sebanyak 11 DUN baru telah diwujudkan setelah proses persempadanan semula dilakukan oleh SPR telah diluluskan di Parlimen. 


DUN-DUN baru tersebut adalah seperti berikut yang menjadikan keseluruihan DUN yang dipertandingkan adalah 82 kerusi :

1. N13 Batu Kitang (P196 Stampin)
2. N17 Stakan (P197 Samarahan)
3. N18 Serembu (P198 Puncak Boneo)
4. N23 Bukit Semuja (P199 Serian)
5. N26 Gedong (P200 Batang Sadong)
6. N40 Kabong (P205 Saratok)
7. N57 Tellian (P213 Mukah)
8. N63 Bukit Goram (P215 Kapit)
9. N66 Murum (P216 Hulu Rajang)
10. N70 Samalaju (P217 Bintulu)
11. N78 Mulu (P220 Baram)

Manakala 4 kawasan DUN telah dipinda nama seperti berikut:
1. N19 Mambong (Nama asal - Bengoh)
2. N34 Batang Ai (Nama asal - Batang Air)
3. N41 Kuala Rajang (Nama asal - Belawai)
4. Tanjung Batu (Nama asal - Kidurong)

K7L : Bersama membangun bumi kenyalang..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk