28/04/2016

Pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim Sebagai Gabenor Bank Negara Diamkan Ramai Pihak?



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara yang baru, berkuat kuasa 1 Mei 2016. 

Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Muhammad untuk tempoh lima tahun akan datang bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Abdul Aziz. 

"Saya yakin di bawah kepimpinan Datuk Muhammad, Bank Negara Malaysia akan meneruskan sumbangannya dalam membantu Kerajaan, memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara. 

“Ini termasuk juga meneruskan usaha Bank Negara Malaysia membangunkan industri kewangan dengan sewajarnya,” - YAB Perdana Menteri

Sedikit Biodata :


  • Nama: Muhammad Bin Ibrahim
  • Tarikh mula berkhidmat di BNM: 1984
  • Pengajian/Kelulusan akademik: Master Degree Universiti Harvard, Ijazah Perakaunan di Universiti Malaya, Diploma Perbankan Islam dan Kewangan Universiti Islam Antarabangsa malaysia.
  • Jawatan kini: Gabenor bank Negara Malaysia
  • Anak: mempunyai 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
  • Hobi: membaca dan pencinta seni

Kerajaan turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Tan Sri Datuk Seri Dr Zeti Akhtar Aziz di atas segala sumbangan cemerlang beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Gabenor bank Negara yang ketujuh. 

Zeti merupakan gabenor wanita pertama negara telah menerajui Bank Negara Malaysia selama 16 tahun sebelum bersara pada bulan ini. 

K7L : Masa untuk pembaharuan...

1 ulasan:

  1. minta tolong nyatakan apa yg diamkan banyak pihak?

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk