28/02/2012

Tutup Kelemahan PKR Pahang Dan #Lynas - Badrul 'Kaki Pukul Bini'?




Keris tertaik dengan artikel Sharpshooter beberapa hari yang lalu tentang kenyataan 'Ustaz' Badrul Amin tempohari ;

SUNDAY, FEBRUARY 26, 2012
Sharpshooter at Sunday, February 26, 2012
Terkini - Penjelasan Ustaz Badrulamin
Baharon dan akan menyaman mereka
yang memfitnahnya


Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr
Badrulamin Baharon

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media
bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan
Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin
Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26
Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam
Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah
menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan
hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana
bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas
menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012,
beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa
beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih
setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya
mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri
ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan
nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi
termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha
membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah
menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut
bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau
mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami
wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak
dikenali menyerbu dan menyerang saya
. Suami wanita
tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya
pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng i
ni berhenti memukul
saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang
mereka
. Namun mereka masih tidak membenarkan saya
keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh
samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang
(JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam
bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan
oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar
sama sekali.
Saya beranggapan bahawa kejadian ini
merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap
dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk
membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan
hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh
kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak
menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya
tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan
undang-undang terhadap mana-mana pihak yang
membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.
Dr. Badrulamin Bahron

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi
Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)

Melihat semula kepada kenyataan diatas, Keris berpendapat bahawa ini sebenarnya perancangan kelompok mereka sendiri. Drama yang dibuat hanya untuk menarik perhatian rakan-rakan blogger kedua-dua belah pihak supaya tertumpu kepada kes membabitkan khalwat dirinya. Hebat sungguh kuasa kepimpinan PKR! Demi meraih simpati mereka sanggup gadaikan 'maruah' dan berusaha untuk menutup kelemahan jentera PKR Pahang serta kegagalan mendapatkan perhatian warga Pahang menentang #Lynas. Mungkin ketika Temurapat mereka di Kuantan, mereka menyedari akan kelemahan tersebut maka terpaksa membuat 'filem' yang klimaks cerita mereka akhirnya akan menuduh ia sebagai konspirasi UMNO. Dahsyat tahap 'gadaian' mereka demi menjadikan impian 'Peliwat Bersiri' berjaya. 


Menjadikan Dr Badrul Amin sebagai 'Kambing Hitam' yang kononnya diserang dan dipukul sampai lebam ternyata satu cubaan 'bunuh diri' dalam perang siber. Badrul yang punya masalah sering memukul isterinya telah terbongkar. Mengapa dirinya pula menjadi pelakon utama drama PKR ini?



Pembaca nilai sendiri siapa sebenarnya 'Ustaz' kebanggaan PKR Selangor ini. Beginikah moral kepimpinan PKR? Tidak habis-habis dengan berbagai tuduhan salahlaku moral.Apakah Islam tidak menjadi keutamaan perjuangan PKR? 



Bercakap tentang diversi isu PKR. Mereka sebenarnya ingin menutup kelemahan dan kegagalan PKR di Pahang. Memetik semula artikel [Klik Sini], Keris ada menyebut ;

Apakah dengan seramai 500 orang yang mendengar ceramah dan beberapa orang yang membeli-belah di khemah-khemah berniaga milik orang PAS adalah jentera pilihanraya PKR Negeri Pahang? Inikah kekuatan yang ditunjukkan walaupun dengan kehadiran ketua umum PKR sanjungan mereka? Pada Keris, inilah bukti PKR sebenarnya dalam keadaan yang 'lemah' untuk menghadapi pilihanraya. Mereka sudah lemah sebab itu Fuziah beria-ia mahu lakukan Himpunan Dosa 2.0 esok pagi. Mereka terdesak untuk dapatkan undi!

Nampak tak isu disebalik isu?

K7L : Kesian tengok orang PAS sebab selalu jadi kuda 'event' PKR...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk