30/11/2015

Gempar! Ada Ahli Parlimen Disyaki Hilang Dan Sedang Dicari?



Gempar lagi apabila seorang ahli poltik tanah air dilaporkan hilang sejak dua menjak ini tanpa dapat dikesan kelibatnya oleh para pengundi di kawasan parlimennya.

Pengundi Kajang dan Pengundi Parlimen Permatang Pauh hari ini meminta bantuan untuk mengesan Ahli Parlimen/Adun kawasan itu, Wan Azizah.

Mesej berkenaan ditulis dalam bahasa Malaysia berbunyi 'Ahli Parlimen Hilang'. Kalau jumpa sila beritahu. Pengundi dia sedang cari.


K7L : Kah Kah Kah... yang bodoh pergi undi dia kenapa?...

DAP Terdesak Nak Jatuhkan Azmin Ali Sebab Tak Dengar Cakap?



DAP kini sedang berusah keras untuk menurunkan Azmin Ali daripada kerusi Menteri Besar Selangor selepas Azmin dilihat tidak boleh dikawal lagi. Sebelum ini Khalid Ibrahim diturunkan takhtanya kerana tidak senada dengan DAP.

Azmin pula ingin buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa dirinya tidak akan sama sekali menurut kehendak DAP yang bukan daripada parti PKR. Namun begitu DAP nampak agak keras kali ini.

Pelbagai cara telah digunakan untuk memeras Azmin yang masih tidak mahu berganjak daripada keputusan untuk menyingkrkan tiga exco PAS daripada barisan Kerajaan Negri Selangor.


Terbaru. DAP menggunakan DAPSY yang dilihat sebagai cauvinis muda untuk menyerang dan memberi tekanan kepada Azmin Ali. Mungkinkah selepas ini Azmin akan bersedia untuk melawan kerusi Presiden?

K7L : Ramai Presiden yang ditentang sekarang ini...

Izzah Wajib Dihukum? - Tiada Simpati Buat Pengkhianat Bangsa!



Sememangnya tidak berhati perut, tidak memikirkan perihal perasaan orang lain. perjuangan bapa yang meliwat dibawa sehingga kepada musuh negara yang mengakibatkan kematian?

Bodoh atau tidak pernah cuba berfikir? Dia ingat boleh dapat populariti dan raih simpati dengan tindakan dia? Ada orang daripada AMK Ampang pun cakap tindakan Izzah adalah satu tindakan yang teramat bodoh.
Ini masalah tak faham politik, baru menang beberapa kali itupun atas dasar kesian bukan atas kemampuan dirinya sebagai ahli Politik. Sepanjang dia berpolitik pun dia sering bawa kisah bapanya sebagai pendinding.

Kini kisah bapanya sendiri 'membunuh' karier politknya. Entah apa dalam fikirannya. Dia sedar atau tidak dia merupakan Ahli parlimen yang bersumpah mempertahankan negara?


Hemat Keris, memang wajar sekiranya Izzah tidak dibenarkan untuk menjejakkan kakinya di bumi Sabah. Dia tidak tahu betapa pilunya perasaan mereka yang kehilangan orang tersayang!

Meninggal dunia berbeza dengan dipenjara. Meninggal dunia kerana mempertahankan negara dan dipenjara kerana kesalahan meliwat tidak boleh disamakan! Dasar pengkhianat negara!

K7L : Kalau zaman dulu.. dah kena 'kek'...

27/11/2015

Pemuda Gerakan Dedahkan Kerajaan Lim Tipu Kes Tarah Tanah Pulau Pinang?



Keris terbaca di Pisau.Net tentang penipuan DAP yang memerintah Pulau Pinang. Nampaknya DAP sudah semakin kantoi dan tidak terurus dengan baik.

Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang gagal mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) selepas memberi maklumat yang bercanggah dengan Laporan Ketua Audit Negara berhubung isu penarahan bukit dan pembangunan tanah tinggi di negeri ini.


Ketua Biro Pengaduan Awam Pemuda Gerakan, Jason Loo berkata percanggahan maklumat dari kerajaan negeri dan Laporan Audit Negara itu amat ketara dan sering kali mengelirukan kerana angka-angka yang diberi tidak selari.


Menurutnya, ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lepas, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow telah menyatakan bahawa sejak 2008, sebanyak 72 lot tanah di negeri ini telah digondol dan ditarah tanpa kelulusan atau kebenaran.

“Namun dalam Laporan Audit Negara tahun 2014 siri 3 telah menyatakan terdapat 268 lot penggondolan atau penarahan tanah tanpa kelulusan atau kebenaran dari tahun 2012 hingga 16 Mac tahun ini.

“Mana data yang betul dan tepat? Saya berharap kerajaan negeri yang berprinsipkan CAT dapat menjelaskan perkara ini kepada rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Pada persidangan DUN lepas, Chow telah menjawab soalan bertulis dari Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penaga Datuk Mohd Zain Ahmad, dengan menyatakan senarai, lokasi, nombor, tuan tanah, ketinggian atas paras laut, keluasan dan kegunaan semua bukit termasuk tanah yang telah digondolkan tanpa kelulusan atau kebenaran.

Loo turut mempersoalkan jawapan diberi Chow ketika menjawab persoalan dibangkitkan dalam sidang DUN terhadap isu kelulusan pembangunan tanah tinggi yang melebihi 76 meter atau 250 kaki dari aras laut.

“Tiada pembangunan boleh dilakukan pada kawasan yang melebihi ketinggian 76 meter dari aras laut yang telah termaktub dalam pelan pembangunan Pulau Pinang tetapi Chow sendiri memberitahu terdapat 56 lot tanah diberi kelulusan sejak 2008?

“Jawapan Chow ini jelas menunjukkan wujud ketidaktelusan dalam jawapan Ketua Menteri Lim Guan Eng tiga tahun lalu apabila menegaskan tiada sebarang kelulusan diberi Kerajaan Negeri bagi pembangunan di kawasan yang melebihi ketinggian 76 meter di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Lim ketika ditemui dalam sidang media yang berasingan berkata isu itu akan dijawab oleh Exco yang terlibat.

Katanya, kerajaan negeri akan memberikan perhatian yang serius kepada Laporan Audit Negara dan perkara berhubung perbezaan angka itu akan dijawab dalam kadar segera – BERNAMA

K7L : Pembelit.. jangan sesekali percaya DAP..

Azmin Nafi Terlibat Dengan Masalah Adun Pulau Pinang - Guan Eng Terdiam?



Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan bahawa ada pemimpin pusat parti itu mengetahui lebih awal hasrat lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)nya untuk berkecuali dalam usul penambakan laut pada persidangan DUN Pulau Pinang.

Menurutnya, keputusan lima ADUN itu dibuat sendiri demi kepentingan rakyat dan tidak dipengaruhi unsur lain.

"Kita kena percaya kematangan ADUN kita di mana mereka mengambil pendirian untuk memastikan kepentingan rakyat dipertahankan.

"Ini bukan soal peribadi atau perbezaan politik, tetapi ADUN dalam Pakatan Harapan Baru sentiasa meletakkan kepentingan rakyat itu dalam perbahasan dan perbincangan mereka," jelasnya ketika ditemui dalam sidang media selepas merasmikan Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) 2015 di Pusat Konvensyen dan Pameran Mines (MIECC).

"Seperti yang diumumkan semalam (Rabu), pemimpin tertinggi di peringkat pusat menerima penjelasan kelima-lima ADUN dan bagi kita isu itu telah selesai," tegasnya.

Pada Rabu, Pengerusi Biro Penyelaras Anggota Parlimen dan ADUN PKR, Datuk Johari Abdul berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendesak ADUN Bukit Tengah yang juga Ketua Whip PKR, Ong Chin Wen mendedahkan identiti pemimpin pusat yang dimaklumkan berkenaan hasrat lima wakil rakyat mereka untuk berkecuali dalam usul yang dibangkitkan ADUN Barisan Nasional (BN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad.

Guan Eng menyifatkan tindakan tersebut seperti menikam kerajaan negeri dari belakang selain menganggap ia satu tindakan 'bersifat UMNO.'

Chin Wen bersama empat ADUN lain mengambil keputusan untuk tidak mengundi dalam usul yang meminta kerajaan negeri membuat pendengaran awam terhadap projek penambakan laut semasa sidang DUN Pulau Pinang pada Jumaat (20 November).

Mereka adalah Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Lee Khai Loon (Machang Bubuk), Dr T Jayabalan (Batu Uban) dan Dr Norlela Ariffin (Penanti).

Ia menyebabkan usul itu ditolak setelah gagal mendapat sokongan majoriti apabila hanya 10 yang menyokong - sembilan daripada BN dan seorang daripada DAP sementara 23 daripada Pakatan Harapan tidak menyokong. - Astro Awani

Nampaknya DAP dah mula kelam kabut. Tuduh situ tak jadi apa. Tuduh sini tak jadi apa. Lama-lama orang tengk DAP terlalu kerap berbohong. Yang paling kelakar tuduh kaitkan PKR dengan UMNO.

Deyyyyy Uncle Lim! U tak pergi sekolah ke? PKR dengan UMNO tidak mungkin akan bekerjsama. Sebab PKR memang pengkhianat dan pecahan daripada UMNO. Sama macam Amanah-PAS.

Sekarang ini DAP nak kata apa bila PKR Pulau Pinang yang berada dalam sidang DUN Pulau Pinang tidak menyokong projek tersebut? Apa kena mengena dengan UMNO? Siapa Cheah Kah Peng pun orang tak tahu. 

Rakyat masih nak beri muka pada DAP? Orang PKR di Pulau Pinang pun mereka lingkupkan, apatah lagi orang yang tidak ada kepentingan parti. Ingat mereka nak layan? 

K7L : DAP mula tunjuk bagus.. benamlah kau ke dalam terus...

Nik Abduh Sengaja Panaskan Hati Tony Pua Bila Jumpa Arul Kanda?


 

Apa sebenarnya yang bermain di fikiran Nik Abduh, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat apabila bersedia membuat perjumpaan dua mata dengan orang yang bertanggungjawab mengurustadbir 1MDB, Arul Kandasamy.

Tony Pua yang beria-ia sebelum ini menghentam 1MDB tiba-tiba mendiamkan diri apabila Arul Kanda menjemput dirinya untuk sesi bicara debat. Namun rupa-rupanya Tony Pua penakut dan tidak berani berhadapan kerana bimbang penipuannya selama ini terbongkar.

Apapun ini membuktikan hubungan PAS bersama DAP benar-benar meruncing. Kini PAS menjadi sasaran makian oleh DAP. Semuanya kerana DAP merasakan parti Amanah sudah cukup untuk menarik undi orang Melayu kepada DAP.

Seperti kata orang dulu-dulu. Habis madu sepah dibuang. Kini PAS dianggap sampah yang jijik kepada DAP. Kebangkitan puak PAS untuk menyerang semula DAP sudahpun bermula. Ini bukan kali pertama mereka bertelagah.

Suatu ketika dahulu juga pernah jadi. Ternyata PAS sudah bersedia untuk 'menghilangkan' kerusi DAP yang selama ini mereka menang dengan bantuan PAS. Apa akan jadi kelak? Mungkinkah Tony Pua akan jadikan Nik Abduh sebagai musuh utama?

K7L : Siapa yang tiada telur sekarang?..

26/11/2015

9.7 Juta Untuk Hias Gerbang Selangor Tak Membazir? - Bantuan Banjir Kena Potong?



Selangor di terajui PKR mana pernah membazir, terlibat skandal, lakukan penyelewengan apatah lagi boros berbelanja sebab semuanya demi rakyat.

Bukankah kebajikan rakyat selangor makin terjaga sekarang ini dengan cukai-cukai di naikkan, tarif air juga akan naik, jalan berlubang sana sini, lampu jalan asyik padam, aset negeri dijual serta diambil alih malah peniaga melayu makin hilang ruang berniaga apabila semakin banyak dinaikkan premis dimiliki bukan Melayu.


Hari ini orang hanya nampak dosa BN. Mereka terlalu suka untuk melihat dosa kecil BN sehingga terlupa akan beratnya Dosa Besar yag dilakukan oleh PKR dan Azmin di Selangor. 

Atas alasan apa lagi rakyat Selangor mahukan untuk memberi semula Selangor kepada BN? Mahu lebih banyak pembaziran? Berpuas hatikah sekarang selepas melihat Selangor dirompak dengan kuasa yang diundi rakyat Selangor sendiri?

K7L : Fikirlah..

Salah Faham Apa TPM Cakap - Hukuman Mati Dimansuhkan?



Alamak! Fitnah pasal ini pun tak habis lagi. Ramai yang tuduh TPM nak mansuhkan hukuman mati. Jangan salah faham ya! Maksud TPM, kita bercadang untuk membuat satu pindaan baru.

Pindaan yang perlu dibuat selepas tahun 1985. Ia kerana ingin memberi pilihan kepada Hakim samada mahu penjara ataupun hukuman gantung sampai mati. Dan ia masih dalam cadangan setahu Keris.

Di bawah Keris sediakan sedikit info berkenaan 5 Akta berkaitan dadah merbahaya yang di bawah kuasa PEMADAM seperti berikut:

Bil. UNDANG-UNDANG DADAH TUJUAN AKTA
AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang lebih baik untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu. Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakhluk dibawahnya dan perbicaraan Mahkamah.

AKTA PENAGIH DADAH. – (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983 – (PINDAAN) 1998
Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Selain merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan mengawasan keatas penagih-penagih bertujuan memastikan mereka tidak mengulangi pengagihan mereka.

AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985
Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat pengedaran dadah berbahaya.

AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988
Suatu akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucuthakan harta yang berkaitan dengan aktivit yang ada hubungan dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

AKTA RACUN 1952
Suatu akta untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. “Racun” bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam Senarai Racun dan termasuk apa-apa campuran, penyediaan, solusi atau yang asli yang mengandungi bahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan atau bahan-bahan yang terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini.

SEKSYEN KESALAHAN/JENIS DADAH HUKUMAN
Silarujuk laman web PEMADAM . (Klik disini)

1) SEKSYEN 39B
• Memiliki 15 gm atau lebih dan/atau morfin
• Memiliki 1000 gm atau lebih candu masak atau mentah
• Memiliki 40 gm kokain atau lebih
• Memiliki 200 gm atau lebih ganja
• Memiliki 2000 gm daun koka atau lebih
• Memiliki 50 gm atau lebih Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
HUKUMAN : Mati Mandatori

2) SEKSYEN 39(A)(2)
• Memiliki 5-15 gm heroin atau morfin
• Memiliki 250-1000 gm candu
• Memiliki 50-200 gm ganja
• Memiliki lebih 15-40 gm kokain
• Memiliki lebih 750 gm daun koka
• Memiliki 30-50 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
HUKUMAN: Tidak kurang lima tahun penjara atau dipenjara seumur hidup dan diwajibkan tidak kurang 10 rotan sebatan

3) SEKSYEN 39(A)(1)
• Memiliki 2-5 gm heroin atau morfin
• Memiliki 100-250 gm candu
• Memiliki 20-50 gm ganja
• Memiliki 5-15 gm kokain
• Memiliki 250-750 gm daun koka
• Memiliki 5-30 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
HUKUMAN: Tidak kurang dua tahun penjara tetapi tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan sebatan rotan antara 3 hingga 9 kali.


4) SEKSYEN 6B
Menanam atau mengusahakan pokok ganja ( Kenali Apa Itu Ganja )
HUKUMAN : Penjara seumur hidup dan diwajibkan sebatan rotan tidak kurang 6 kali

5) SEKSYEN 6
Memiliki kurang daripada 5 gm candu mentah atau daun koka atau pokok popi atau biji ganja dari popi
HUKUMAN : Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00

6) SEKSYEN 9
Memiliki kurang 100 gm candu masak -sama-
HUKUMAN : Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00

7) SEKSYEN 10
Alat-alat menghisap dadah -sama-
HUKUMAN : Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00

8) SEKSYEN 12(2)
• Memiliki kurang 2 gm heroin atau morfin
• Memiliki lain-lain dadah kurang daripada Sek.39(A)(1)
• Pejawat awam yang bertugas di penjara, pusah pemulihan, lokap polis atau mana-mana tempat tahanan dan memiliki dadah di tempat tersebut
HUKUMAN : Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00
Dirotan tidak lebih 3 sebatan

9) SEKSYEN 15(A)
Memasukkan dadah (dadah-dadah yang dijadualkan) ke dalam badan
HUKUMAN : Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00

10) SEKSYEN15(B)
Berada di dalam premis tempat hisap dadah
HUKUMAN : Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00

Bila kita baca dan tahu akan jenis kesalahan yang dilakukan dan hukuman jika sabit kesalahan mengikut akta-akta maka ianya akan memberikan kita kesedaran akan bahaya jika terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan pengedaran dadah.

Ada rakyat Malaysia yang jadi ‘KELDAI DADAH’ kerana mereka tidak tahu akan hukuman yang akan diterima jika sabit kesalahan. Kebanyakan negara di seluroh dunia mempunyai hukuman yang hampir sama jika berkaitan dengan kesalahan pengedaran dan penggunaan dadah.

Jadikanlah rakan kita dan saudara mara kita mengetahui akan akta-akta yang berkaitan dengan dadah untuk menjadikan negara kita bebas dari Najis Dadah!

K7L : Belia Benci Dadah!

Mujahid Cuba Jatuhkan Hanipa Dengan Sebaran Fitnah Subsidi Elektrik?




Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin melalui 'posting' laman Facebook Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa bahawa subsidi elektrik tahun 2015 sebanyak RM150juta akan dipotong kesemuanya dalam bajet 2016 dan ini bermakna dalam tahun 2016 rakyat tidak lagi menikmati subsidi elektrik lantas tarif elektrik akan naik.

Jawapan yang Keris terima daripada rakan blogger CTS nampak meyakinkan. Ternyata Hanipa Maidin terlalu bodoh dan dangkal dalam mencari isu. 

Ini adalah antara tuduhan-tuduhan rambang yang sering dilakukan oleh Ahli Parlimen pembangkang. Ia menunjukkan kebanyakan dari mereka tidak meneliti initipati Bajet yang dibentangkan oleh dengan sempurna.

Sebenarnya dalam Bajet 2016, Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM124 juta bagi tujuan subsidi bil elektrik. Cuma dalam Bajet 2016, peruntukkan subsidi bil elektrik ini dirangkumkan dibawah peruntukkan MOF B11 020500 iaitu dibawah tajuk 'Subsidi dan Bantuan Tunai' yang keseluruhannya berjumlah RM10.63billion. Ini adalah antara satu langkah kawalan dan inisiatif rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam 2016.

Kesimpulannya disini, Kerajaan akan kekal memberi subsidi elektrik dibawah peruntukkan 'Subsidi dan Bantuan Tunai' dalam Bajet 2016. Oleh yang demikian, dakwaan tentang tiada subsidi elektrik dalam tahun 2016 yang mengakibatkan tarif elektrik naik adalah satu tuduhan pembangkang yang berniat untuk mencemar nama baik parti yang memerintah.

K7L  : Kenapa perlu berbohong untuk burukkan parti orang lain?.. Terdesak?..

25/11/2015

Lawak Debat 1MDB - Untuk Ingatan Kita!


 

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua perlu melepaskan jawatan beliau sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) jika mahu berdebat dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Perkara tersebut diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang berpandangan bahawa penyiasatan PAC yang merupakan jawatankuasa di bawah Parlimen mestilah telus.

Selain itu, Pandikar berkata Arul Kanda juga perlu dilucutkan sebagai saksi dalam siasatan PAC jika ingin meneruskan debat tersebut.

Justeru katanya, jika debat itu diteruskan tanpa mematuhi syarat yang dinyatakan beliau, maka beliau sedia meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

"Kenapa harus terburu-buru (hendak mengadakan debat)? Adakah perbahasan itu akan dapat keputusan tuntas?

"Tidak bukan. Jadi kenapa harus terburu-buru... tetapi kalau Kerajaan mahu teruskan perdebatan, saya tidak mahu terlibat (dalam isu ini), saya sedia mengundur diri," katanya kepada Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Pandikar juga mengemukakan syarat kepada saksi penyiasatan 1MDB, Arul Kanda bahawa beliau tidak lagi boleh terlibat dalam mana-mana bahagian siasatan dan prosiding PAC bagi mengekalkan ketelusan siasatan seleras dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Jelas Pandikar, beliau hanya menjalankan tugas sebagai Speaker di mana menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan setiap ahli Dewan Rakyat mengikuti peraturan mesyuarat.

"Tanggungjawab Yang Berhormat adalah untuk debat isu yang penting, (berkaitan) rakyat jika dibenarkan oleh peraturan mesyuarat. Tanggungjawab badan eksekutif adalah mentadbir.

"Saya terpaksa menjalankan tugas sebagai speaker, saya tidak boleh benarkan debat isu 1MDB antara Tony dan Arul kerana PAC sedang menyiasat," katanya.

Menurut Pandikar, debat antara Pua dan Arul itu bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 85 dan 23.

Peraturan Mesyuarat 85 memperuntukkan keterangan yang diambil dihadapan sesebuah jawatankuasa pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa-siapa ahli jawatankuasa itu atau oleh siapa-siapa jua sebelum jawatankuasa itu membuat penyata itu kepada majlis.

Tambah Pandikar, apa-apa pendedahan, keterangan atau perkara yang dikemukakan kepada jawatankuasa juga adalah tertakluk kepada syarat yang diperuntukkan kepada Peraturan Mesyuarat 23 iaitu tiada ahli atau pegawai majlis dan tiada juru tringkas yang digunakan khidmat untuk mencatat minit keterangan dihadapan majlis atau mana-mana jawatankuasa boleh memberi keterangan di tempat lain.


Debat atau bual bicara secara siaran langsung di televisyen di antara Pua dan Arul Kanda juga dilihat mendapat 'lampu hijau' kerajaan apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak memaklumkan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah pun menyatakan kesediaan untuk menyiarkan debat itu secara langsung.

Terbaru, Salleh memberitahu bahawa RTM mencadangkan agar debat 1MDB Arul-Tony Pua diadakan pada jam 9 hingga 10 malam Jumaat ini, iaiatu 6 Nov 2015 di Studio 1 tanpa penonton.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan debat ini sebagaipeluang untuk menyerlahkan keberanian dan kejantanan masing-masing bagi mencari kebenaran berhubung isu menyelubungi syarikat pembangunan strategik itu.

K7L : Apa cerita!..

JKKK PAS Letak Jawatan - Guan Eng Rasa Malu Dan Tidak Berkuasa?



Nampaknya 'Tokong' DAP yang begitu angkuh selama ini mula menyesal dengan perbuatannya. DAP yang telah merasakan PAS dan PKR tidak diperlukan lagi dalam caturnya mula mengorak langkah membuat pembersihan.

Mengikut sumber arahan pemberhentian itu membabitkan kesemua 1,083 ahli JKKK Pas di seluruh negeri terma­suk di kawasan kuota PKR dan DAP.

“Pas akan mengeluarkan surat arahan menamatkan perkhidmatan kepada ahli JKKK terbabit termasuk ahli JKKK Pas yang berkhidmat dengan kuota PKR dan DAP dalam tempoh terdekat.

“Selama ini Pas bertolak ansur dengan kerajaan negeri dan kita sudah bersabar serta tidak akan memberi muka lagi kepada kerajaan negeri,” katanya dalam sidang akhbar di Markas Pas Pongsu Seribu dekat sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri pimpinan DAP memecat 300 ahli JKKK daripada Pas.

Fauzi berkata, walaupun menamatkan ahli JKKK terbabit, Pas akan terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat di peringkat akar umbi melalui cawangan-cawangan parti.

“Kita telah hilang kepercayaan kepada kerajaan negeri kerana menuduh Pas sabotaj sebaliknya Pas membawa aduan-aduan rakyat dan mengemukakan memorandum kepada kerajaan negeri,” katanya.

Menurut beliau, tindakan kerajaan negeri memecat 300 ahli JKKK Pas itu juga dipertikaikan kerana banyak ahli JKKK Pas tidak me­nerima surat pemecatan seperti yang didakwa oleh kerajaan negeri.

“Ahli JKKK yang tidak dipecat itu didakwa menyokong pakatan harapan, sedangkan ahli JKKK terbabit mahu meletak jawatan dan tidak mahu bersekongkol dengan pakatan harapan.

“Pas juga tidak membenarkan kerajaan negeri mengambil ahli Pas untuk mengganggotai ahli JKKK dengan kuota PKR dan DAP,” ujarnya.

Ditanya mengenai kedudukan Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man yang didakwa menyokong kerajaan negeri, Fauzi berkata, Pas negeri menyerahkan kedudukan Salleh kepada Pas pusat.

Beliau berkata, pihaknya sudah menghubungi Salleh untuk bertemu namun beliau meminta menunggu tarikh daripadanya kerana sibuk dengan Dewan Undangan negeri (DUN).

“Kita memperingatkan Salleh supaya mengikut arahan parti dan kandungan baiah semasa dilafazkan ketika beliau bertanding dalam pilihan raya.

“Saya masih beri peluang kepada Salleh kerana perhubungan Pas negeri akan berjumpa dan menasihati beliau spaya mengikut etika dalam parti,” ujarnya.

Nah! Nak sangat pecat konon nak lihat PAS merayu. PAS lagi bijak terus letak jawatan. Ramai-ramai letaka jawatan itu satu penghinaan kepada DAP sebenarnya.

K7L : Biawak Penang menggelupur..

Orang Sabah Tidak Mahu Nurul Izzah Jejak Kaki Ke Sabah?



Kira-kira 200 orang awam dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan usul meminta Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mengecam tindakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berjumpa dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata yang menceroboh Lahad Datu pada 2013.

Usul itu diserahkan oleh Presiden Pakatan Pro Barisan Nasional (BN) Zulkarnain Mahdar selaku jurucakap kumpulan itu kepada wakil Speaker DUN di pintu masuk bangunan DUN di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan usul itu, Zulkarnain berkata, usul itu bagi memohon Speaker DUN, Datuk Syed Abas Syed Ali menyampaikan kepada anggota DUN supaya mengecam tindakan Nurul Izzah dan seorang lagi Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dikatakan bertanggungjawab mengaturkan pertemuan antara Nurul Izzah dan Jacel.

Katanya usul itu juga meminta sidang DUN membuat keputusan mengharamkan kemasukan Nurul Izzah dan Tian Chua ke Sabah.



"Kami mahu mesej ini sampai kepada Nurul Izzah dan Tian Chua. Hati kami orang Sabah cukup terguris. Tindakan mereka ini membuka luka lama yang telah kami cuba lupakan trauma itu.

"Kami tidak mahu mereka menjejakkan kaki ke Sabah, sebagai tanda solidariti kepada keluarga mangsa anggota keselamatan yang terkorban ketika (mempertahankan negara) dalam insiden (pencerobohan Lahad Datu) itu," katanya.

Zulkarnain berkata usul itu merupakan reaksi bagi mewakili seluruh penduduk Sabah yang kesal dengan tindakan Nurul Izzah dan Tian Chua.

Kumpulan itu turut mengadakan demonstrasi spontan dan aman bagi membantah tindakan dua pemimpin PKR itu selama kira-kira dua jam di hadapan pintu masuk bangunan DUN sebelum bersurai, dengan dipantau rapi anggota polis.- BERNAMA

 

Inilah dia pemimpin Pakatan. Selama hari ini mereka sememangnya tidak pernah fikirkan hak Rakyat. Dengan ini mesej daripada Nurul Izzah apabila berjumpa dengan 'jurucakap' penyerang Lahad Datu, membuatkan kita terfikir, apa sebenarnya hubungan sebenar PKR dengan keluarga Kiram.

Rakyat Malaysia kena ingat bahawa Nurul Izzah juga merupakan anak kepada Presiden PKR. Erti kata lain ibunya sudah tentu tahu apa yang ingin dibuat oleh Nurul Izzah. Hari ini tangisan Lahad Datu, siapa yang carikkan hati mereka?

K7L : AMK ada kata yang izzah buat keje bodoh?.. Bila masa dia pandai?..

24/11/2015

Azmin Dalang Kemelut PKR-DAP?



Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dituduh terlibat dalam kemelut antara PKR dan DAP di Pulau Pinang.

Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa, Azmin bertindak menyerang DAP di Pulau Pinang bagi mempertahankan kerjasama antara PKR dengan Pas di Selangor.

Dia mendakwa, seorang wakil rakyat PKR Selangor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil rakyat PKR Pulau Pinang sebelum usul tambakan laut itu dibuat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 20 November lalu.

“Jika ini benar ia keadaan lebih parah dari apa yang kita jangka….Maknanya Azmin bukan sahaja membuat celaru dalam parti tetapi juga peranan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghancurkan Pakatan Rakyat (PR) kini dimainkan Azmin dalam Pakatan Harapan (PH),” katanya menerusi kenyataan.

Pada masa sama, Chegubard kecewa setelah Angkatan Muda Keadilan (AMK) lambat mengeluarkan kenyataan berhubung isu lima wakil rakyat PKR berkecuali terhadap usul tambakan laut.

Katanya, AMK Pulau Pinang sepatutnya mengeluarkan kenyataan dengan segera bagi memberi penjelasan kepada rakyat.

“Selaku anggota PKR saya merakamkan rasa kecewa apabila ini bukan sekali berlaku di mana kelihatan PKR agak lambat respon.

“Selepas apa belaku, PKR peringkat negeri sudah tampil dengan penjelasan kepada rakyat. Takkanlah perkara seperti ini juga memerlukan campur tangan peringkat pusat ?,” katanya.

Sebelum ini, DUN Pulau Pinang mengundi usul kontroversi dikemukakan Adun Muhammad Farid Saad (BN – Pulau Betong) mengenai isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar berhampiran muara Sungai Pinang.

Lima wakil rakyat PKR bersikap berkecuali iaitu Ong Chin Wen (PKR-Bukit Tengah), Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti), Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk), Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) dan Dr T.Jayabalan (PKR-Batu Uban).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang tidak puas hati dengan tindakan itu melabelkan lima wakil rakyat PKR itu menyokong UMNO. - TMI

Nampaknya Chegubard ambil peluang dedahkan siapa sebenarnya yang sedang dimusuhi oleh Lim Guan Eng. Maka benarlah sangkaan yang mengatakan ada dalang dalam PKR yang sedang 'dibunuh' oleh DAP.

Nampaknya DAP benar-benar mahu turunkan Azmin Ali kerana tidak menuruti kehendak DAP untuk menyingkirkan PAS daripada barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor. 

K7L : Chegubard diupah oleh Lim Guan Eng?..

Jadikan Kisah Wang Tak Dan Bernas Sebagai Rujukan #TNB #Edra


Terlalu banyak cerita pasal TNB dan Edra yang meletup secara tiba-tiba. Yang tak tahu pasal bisnes pun lebih pandai daripada Gabenor Negara. Macam-macam hal berlaku dalam sekelip mata.

Semua itu membuatkan kita terlupa dimana sebenarnya kita terlupa akan kisah silam. Keris nak petik kisah Wang Tak dan Bernas. Semoga pengajaran diambil daripada kisah lama ini. 


Sahabat blogger saya Sabah Kita telah menulis perkara yang hampir sama. Dalam artikel , beliau menyatakan betapa kronik nya situasi pembekalan beras di negara kita. Dalam arti kata yang lain, kuasa pembekalan beras negara bukan lagi dalam bidang kuasa kita.

Saperti Sabah Kita . saya juga terkilan bila terbaca berita yang di siarkan oleh Reuter berbunyi begini; "A private Hong Kong investment firm Wang Tak Co Ltd has emerged as the single largest shareholder in Malaysian rice monopoly Padiberas Nasional Bhd (Bernas), holding 31.3 percent, according to stock exchange documents”.

Dengan itu, negara telah hampir kehilangan organisasi sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan strategik terhadap negara, kepentingan semua pihak yang berkepentingan yang terdiri daripada petani, pengilang, pemborong, pengguna dan kehilangan pengusaan terhadap industri strategik ini.

Saperti yang di lapurkan,firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Bhd (Bernas).

Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, minggu ini, Wang Tak Co telah menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.

Peratusan itu mengatasi pemegang saham tunggal terbesar Bernas sebelum ini, iaitu Budaya Generasi (M) Sdn Bhd yang hanya menguasai 144.83 juta saham atau 30.79 peratus.

Penguasaan langsung Serba Etika Sdn Bhd, iaitu pemegang saham ketiga terbesar Bernas, pula susut daripada 29.829 juta saham atau 6.39 peratus pada 22 April lalu kepada 28.329 saham atau 6.02 peratus ketika ini.

Pada masa sama, penguasaan langsung pemegang saham keempat terbesar Bernas, Lembaga Tabung Haji, susut daripada 29.337 juta saham atau 6.24 peratus pada 22 April lalu kepada 28.726 juta saham atau 6.11 peratus ketika ini.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, ialah individu yang mempunyai kepentingan utama dalam Budaya Generasi dan Serba Etika.

Nampak nya ‘Periuk Nasi’ rakyat kini dikuasai oleh kapitalis asing dari Hong Kong. Ini isu penting jika di banyak negara lain, isu sebesar ini sudah tentu akan ada Menteri yang akan bertanggungjawab termasuk akan meletakkan jawatan.

Kadang-kadang timbul juga persoalan kita; kenapa ini dibenarkan berlaku ? Selain dari BERNAS, ada kah lagi lain sector ekonomi negara kita yang tergadai kepada kapitalis asing?

Kenapa kah hal saperti ini tidak di tangani dengan menghidup kembali agensi ‘people friendly’ saperti Lembaga Padi Negara (LPN) atau di Sabah Lembaga Padi Sabah (LPS)? Kenapa?

Sama-sama lah kita fikirkan.

K7L : Nampak?..

Selepas PAS, Kini DAP Serang PKR? #GilaKuasa


 

Hebat sungguh Guan Eng yang menjadi idola beberapa budak Melayu yang berfikiran sampah. Kini kerana merasakan dirinya 'Raja' dalam pembangkang, dia mengulangi keangkuhan bapanya yang tidak pernah berjaya ketika dahulu dalam apa-apa pakatan pembangkang.


Apa yang Keris dapat lihat sekarang. DAP sebenarnya sedang cuba membuat 'cleansing' dalam barisan pembangkang di Pulau Pinang. Dia menyusun strategi menghapuskan' melalui tuduhan dan desakan.

Bermula dengan PAS, tuduhan yang terlalu banyak sehingga membuatkan orang PAS marah. Akhirnya PAS menuunjukkan bendera untuk kesediaan berperang. Bermakna PAS memang tidak boleh dikudakan Guan Eng. 

Dia merancang untuk memecat Ahli JKKK PAS yang dilantik di Pulau Pinang. Ianya bukan sebab Ahli-Ahli JKKK terbabit tidak boleh menerima arahan Kerajaan Negeria taupun tidak buat kerja, tetapi ia lebih kepada ingin menunjukkan siapa raja di Pulau Pinang.

PAS atau DAP? Kini PKR pula menjadi mangsa selepas PAS disingkirkan daripada senarai tangan Guan Eng. PKR dituduh ada yang menyokong UMNO hanya kerana mereka mempertahankan hak rakyat di DUN masing-masing.

Jadi apa sebenarnya makna WAKIL RAKYAT pada DAP? Fikirlah sendiri wahai rakyat Malaysia. Jangan kerana fitnah, kelak Malaysia tergadai. Semoga Allah lindung Malaysia daripada diperintah oleh Syaitan Harbi DAP.

K7L : Dah PKR pulakkk.....

20/11/2015

20 Syarikat Bawah Azmin Bankrupsi?



Terkejut juga apabila hanya 8 daripada 28 buah syarikat 'Government Link Agency (GLC)' di Selangor mencatatkan keuntungan selepas cukai bagi tahun kewangan 2014. 

Daripada syarikat-syarikat GLC yang mengalami kerugian berkenaan, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), yang merupakan syarikat induk utama di bawah 'Menteri Besar Incorporated (MBI)', mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM144.4 juta bagi tahun kewangan 2014.

Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) mengalami kerugian besar sebanyak RM235 juta selepas cukai walapun memperolehi hasil pendapatan sebanyak RM31.5 juta. 

Lima daripada tujuh anak syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) adalah syarikat yang tidak aktif (dormant) yang tidak mendaftar satu sen pun pendapatan dalam tahun kewangan 2014 telah mencatatkan kerugian selepas cukai daripada RM4,000 bagi PNSB Construction hinggalah kepada RM16.8 juta untuk PNSB Development.

Manakala kesemua aset 'leisure and hospitality' milik MBI mengalami kerugian selepas cukai di antara RM294,000 bagi Bukit Beruntung Golf & Country Resort hinggalah kepada RM1.95 juta bagi Brisdale International Hotels dan kepada RM7.01 juta bagi Perangsang Hotel and Properties.

Hebat betul pengurusan GLC di bawah Kerajaan PKR dan DAP Selangor. Itupun Dato Menteri Besar Selangor ada hati lagi untuk membiarkan syarikat GLC di bawah MBI ditadbir urus di bawah syarikat RM2 yang dikendalikan oleh 2 orang pemegang saham yang dikenali sebagai Darul Ehsan Investment Group (DEIG)!

Selangor nampaknya perlu diselamatkan. Kelihatan mereka cuba untuk 'menjual' Selangor dan diperah secukup-cukupnya demi dana menawan Malaysia. Apakah Selangor ini hanya kilang kepada pembangkang untuk berbuat duit tanpa menghiraukan rakyat?

Rakyat Selangor juga perlu sedar. Tidak ada lagi alasan untuk tidak menukar kepimpinan. Daripada yang terdahulu sehinggalah Azmin. Selangor masih ditindas dalam senyap. Apakah kamu semua buta?

K7L : Marah memang marah.. tapi jangan jual Selangor pada PKR.. mereka Syaitan...DAP pula Iblis...

Kisah Semalam - Adun PAS Abaikan Ngeh Koo Ham?



Pada 19 Nov 2015, Kita-Kira jam 10.00 pagi berlangsung Persidangan Ketiga, Mesy.Ketiga, Penggal ketiga, Dewan Negeri Yang Ke13 Perak D.R.

Lebih kurang 300 orang berada Dalam Dewan Undangan Negeri Perak termasuk Speaker, Menteri Besar, Exco, Adun-ADUN BN dan pembangkang.

Satu Usul daripada pihak BN mahu YB Setiawan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebesasan kerana semalam semasa perbahasan dia mendakwa MB Perak/Pangkor menerima komisyen/untung atas satu projek di Taiping. Semua Yb BN sokong dan dibantah oleh Yb2 pembangkang. Yb PAS tidak.mengendahkan.

Pada jam 11.52 pagi Speaker Dewan Perak telah memerintahkan Yb Sitiawan Ngeh koo Ham supaya keluar dewan sepanjang hari ini kerana telah menuduh YB Speaker kononnya menjalankan tugas secara tidak adil. Ekoran itu, semua Yb pmbangkang kecuali PAS, turut keluar Dewan. Namun, 5 minit kemudian kelihatan 7 ke 8 org daripada mereka masuk balik.

Yb Sitiawan mengeluarkan kenyataan tersebut kerana anggap Yb Speaker menyebelahi Yb2 BN semasa beliau diasak oleh pihak BN untuk menarik kenyataannya semasa perbahasan tadi yang menuduh kerajaan Negeri "mencuri" l/kurang RM5 billion wang rakyat.

Kah Kah Kah! Ini sangat lawak. Dengar cerita merah padam muka Ngeh bila YB PAS semua masuk semula ke dewan. Kelakar kan? DAP maki PAS teruk-teruk lepas tu bila dah kena 'bodoh', nak minta back up.

K7L : Ini kes DAP bangang tak sedar diri...

19/11/2015

PAS-UMNO Bergabung Selepas DAP Ditolak Mentah-Mentah?


 
Halamakkkkkkk... Ini merupakan mimpi ngeri buat PKR yang sememangnya bergantung harap kepada undi PAS untuk menang Pilihanraya. Sebab itu Azmin Ali berkeras tak mahu buang Exco PAS kerana dia masih memerlukan bantuan PAS jika ingin terus jadi Adun Bukit Antarabangsa.

Apapun mari kita baca sedikit kupasan oleh seorang hamba Allah berkenaan gabungan UMNO-PAS ini.

 

Perpecahan orang Melayu pada asasnya berkisar pada permasalahan politik dan agama. Pernah timbul cadangan agar diusahakan penyatuan UMNO dan Pas untuk memperkukuh perpaduan Melayu. Malah ada juga cadangan yang meminta usaha perpaduan Melayu ini turut membabitkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kepemimpinan parti itu diterajui oleh orang Melayu dan ahlinya juga didominasi oleh orang Melayu.

Hakikat bahawa perpecahan dalam politik Melayu semakin menajam adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Perpecahan politik Melayu hari ini lebih banyak didorong oleh rasa dendam dan kepentingan peribadi sehingga membawa kepada tuduh menuduh, hina menghina dan fitnah memfitnah. Konsep persaudaraan Islam sudah tidak dipedulikan lagi.

Justeru, usaha penyatuan dan perpaduan Melayu perlu dibina di atas landasan yang kukuh jauh melangkaui soal politik. Apa yang penting ialah masing-masing perlu menghormati antara satu sama lain berdasarkan semangat persaudaraan Islam. Perpaduan yang hendak dibina mestilah berpaut kepada “tali Allah”, yakni agama Allah.

Bersatu melalui “tali Allah” adalah berasaskan kepada firman Allah SWT yang bermaksud: “Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah……”. (Ali Imran:103). Kedua-dua parti itu memahami kehendak ayat itu tetapi mengapa jalan penyatuan masih lagi sukar dirintis?

Jika masalah perpaduan Arab di zaman nabi yang lebih kronik daripada bangsa Melayu dapat diatasi dengan “tali Allah” maka sudah tentulah tidak terlalu sukar untuk menyatukan UMNO dan Pas. Pokok pangkalnya ialah keikhlasan dan masing-masing tidak berdolak dalik dan tuduh menuduh. Matlamat perpaduan yang dihasratkan tidak akan tercapai sekiranya wujud sikap fanatik. Sikap fanatik atau kepercayaan “aku” semuanya betul wajar disingkirkan jika kita benar-benar ikhlas mahu membina perpaduan.

Walaupun ada perbezaan dalam gerak kerja atau perjuangan parti tetapi kedua-dua parti Melayu terbesar itu mempunyai satu matlamat yang sama iaitu memperjuangkan agama dan bangsa. Bersatu tidak semestinya kita mesti berada dalam satu parti atau organisasi. Allahyarham Syed Hussein Alatas semasa hayatnya pernah menyebut perpaduan Melayu mesti berlandaskan kepada persamaan tujuan dan persefahaman dari segi moral dan tidak semestinya melalui satu parti.

Parti hanyalah satu medium atau alat untuk capai matlamat. UMNO dan Pas boleh saja wujud tetapi kedua-duanya harus bersatu dalam perkara berkaitan agama dan bangsa. Umno dan Pas hendaklah bersatu dalam perkara-perkara berkaitan akidah dan syariat serta perkara berkaitan kepentingan bangsa. Contohnya, dalam isu murtad kedua-duanya mesti bersatu hati dan bekerjasama dalam memerangi gejala murtad serta memerangi golongan yang berusaha memurtadkan orang Islam di negara ini.

Demikian juga dalam menegakkan hukum hakam agama, iaitu dalam lingkungan yang berupaya dilaksanakan mestilah ada kata sepakat UMNO dan Pas. Dalam soal khilafiah pula, kedua-dua parti itu hendaklah bersikap tasamuh atau berlapang dada dengan menerima perbezaan pandangan.

Penulis mencadangkan diwujudkan satu majlis yang dinamakan ‘Majlis Syura Umno-Pas’ yang dianggotai oleh ulamak-ulamak dari kedua-dua parti terbabit. Majlis ini harus berperanan membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan ummah.

Segala hasil atau keputusan majlis syura yang bersifat konkrit dan realistik harus dipertimbangkan kerajaan untuk dilaksanakan. Jika majlis syura ini dapat dilaksanakan maka secara tindak langsung ia akan menjadi perintis kepada perpaduan UMNO-Pas yang lebih kukuh dan realistik.

Kesimpulan, perpaduan Melayu yang membabitkan perpaduan UMNO-Pas mestilah berpaut kepada “tali Allah”, yakni agama Islam. Dalam konteks kenegaraan, perpaduan Melayu menjadi asas kepada perpaduan nasional. Perpaduan rakyat Malaysia tidak akan tercapai dengan kukuh sekiranya perpaduan Melayu itu lemah dan rapuh. - BH 31 Jan 2012


PENULIS ialah Penolong Pengarah di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan.

Anak Kiram Penyerang Lahad Datu Sebenarnya Sepupu Nurul Izzah?


 

Apa sebenarnya hubungan Anak Anwar Ibrahim dengan Anak Kiram? Something suspicious nampaknya sedang berlaku kini. Apakah selama ini yang tersembunyi? Apakah peristiwa Lahad Datu ada kaitan dengan perhubungan mereka?



Kementerian Dalam Negeri (KDN) jangan pandang sebelah mata. Ini bukan gambar-gambar biasa. Ini gambar pertemuan anak sulung Ketua Umum (Ketum) PKR, Nurul Izzah Anwar Ibrahim bersama anak sulung mendiang Jamalul Ikram, Jacel Kiram. 

Jacel Kiram sekarang sedang dalam proses untuk bertanding sebagai Senator di Filipina dan antara janji pilihanraya beliau adalah beliau akan menuntut Sabah dari Malaysia.

Jacel Kiram juga adalah jurucakap utama sewaktu tentera Sulu menceroboh Lahad Datu. Kita doakan Malaysia tidak ditimpa sebarang musibah sama ada yang telah dirancang atau sedang dirancang hasil pertemuan ini. Al Fatihah untuk wira-wira Negara yang gugur di Lahad Datu.

K7L : Come On TPM! Walk The Talk!....

Kerajaan DAP 'Tutup Periuk' Semua JKKK PAS Pulau Pinang?



Nampaknya selapas beberapa Ahli Parlimen PAS yang tidak menyokong usul bantahan Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri minggu lalu, JKKK dari PAS di Pulau Pinang menjadi mangsa penindasan seterusnya oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. 

Tiada yang tertinggal, semua JKKK PAS telah dipecat daripada memegang jawatan tersebut kerana alasan PAS bukan lagi bersama DAP dan tidak LAYAK memikul jawatan tersebut. 

Nampaknya DAP sudah berani untuk memecat pengerusi JKKK PAS yang pernah dilantiknya dahulu. Bayangkan jika DAP memerintah Malaysia apa yang akan terjadi? Adakah penjawat awam Melayu akan dipecat secara besar-besaran?
Bharian :

Kerajaan Pulau Pinang memecat semua ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) PAS di negeri ini yang dikesan tidak menyokong pakatan harapan. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohd Rashid Hasnon membuat pengesahan itu. 

Beliau berkata, kerajaan negeri sudah melakukan semakan terhadap ahli JKKK sedia ada termasuk menghentikan perkhidmatan terhadap ahli PAS. 

Katanya, pemecatan itu termasuk terhadap 10 JKKK PAS di Parlimen Kepala Batas. "Tiada isu mereka menarik diri daripada memegang jawatan berkenaan. "Kita memang sudah menghantar surat untuk memberhentikan perkhidmatan JKKK PAS di kawasan parlimen itu.

"Kita sudah menggantikan mereka dengan individu yang menyokong pakatan harapan," katanya pada sidang media di Bangunan DUN di sini, sebentar tadi. Kelmarin, PAS Kepala Batas mengumumkan pendirian untuk menarik diri dari memegang jawatan dalam JKKK berkuat kuasa serta-merta. 

Yang Dipertua PAS Kawasan Kepala Batas, Bukhori Ghazali, berkata keputusan itu dibuat kerana PAS bukan lagi rakan dalam kepimpinan kerajaan negeri. Beliau berkata, perkara itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat PAS Bahagian Kepala Batas pada September lalu.

K7L : Padan muka PAS..

18/11/2015

Pencemaran Bahasa - Ini Bahasa Paling Sial Pernah Aku Baca!



Bahasa amat penting sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian manusia. Penggunaan bahasa membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain, iaitu segala maklumat yang ingin disampaikan boleh difahami oleh kedua-dua pihak. Dalam aktiviti berbahasa, penutur bukan sahaja perlu menggunakan bahasa yang betul daripada sudut tatabahasa tetapi perlu menggunakan bahasa yang dapat diterima oleh pendengar. Maka, penggunaan bahasa yang mudah difahami ramai akan menyebabkan segala yang diperkatakan akan difahami oleh orang lain.

Di Malaysia, bahasa yang menjadi pengantar utama dalam kalangan masyarakat ialah Bahasa Melayu yang tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia. Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain (2005:26), Bahasa Melayu ini berkembang secara bertahap-tahap, iaitu dari satu zaman ke satu zaman. Perkembangan ini terbahagi kepada tiga tahap utama, iaitu:

1. Bahasa Melayu kuno.
2. Bahasa Melayu klasik.
3. Bahasa Melayu moden.

Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. Pada waktu itu, Bahasa Melayu kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifatnya yang sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Mengikut Kamus Dewan, lingua franca bermaksud bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara masyarakat. Bahasa Melayu klasik pula bermula pada abad ke-13 semasa bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Kegemilangan Bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau. Bahasa Melayu ini telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan jawi. Pada masa ini juga banyak penyelidikan dan catatan telah dibuat mengenai Bahasa Melayu seperti berikut:

1. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

2. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis mengenai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :

“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

3. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-raja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :

a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)
b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)
(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)
(http://bmstpm.blogspot.com/2008/11/sejarah-perkembangan-dan-asal-usul.html)

Seterusnya, Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19 melalui hasil karangan Munsyi Abdullah kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk Bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu yang digunakan pada masa ini ialah Bahasa Melayu moden yang menggunakan tulisan rumi. Berikut merupakan peranan Bahasa Melayu moden selepas Malaysia mencapai kemerdekaan:

4. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa:
“Bahasa kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”.

5. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan, persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun).

Perkara yang telah dibincangkan menunjukkan martabat Bahasa Melayu yang tinggi. Namun, fenomena pencemaran bahasa dalam Bahasa Melayu pada masa ini secara tidak langsung telah menggugat martabat bahasa ini sebagai antara bahasa utama di dunia.

Pencemaran bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma penggunaan sebenar bahasa tersebut dalam masyarakat penuturnya. Antara ciri pencemaran bahasa adalah pengutamaan bahasa asing, tidak menggunakan bahasa yang tidak menepati tatabahasa dan juga laras bahasa. Pencemaran bahasa menyebabkan bahasa yang digunakan menjadi tidak standard. Penggunaan tatabahasa dalam sesuatu bahasa sememangnya amat penting agar jati diri bahasa tersebut dapat dipelihara, misalnya penggunaan Bahasa Melayu yang kini banyak mengalami fenomena pencemaran bahasa akibat pelbagai faktor luaran seperti bahasa rojak, bahasa slanga, bahasa asing dan bahasa pijin.

Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur-aduk antara Bahasa Melayu dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris manakala bahasa slanga pula mengikut Kamus Dewan, slanga didefinisikan sebagai “kata-kata, ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi tetapi lazimnya digunakan dalam percakapan tidak rasmi.” Bahasa slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja seperti kacang je (mudah sahaja), ayam (gadis) dan cun (cantik). Seterusnya, menurut Za’ba dalam Awang Sariyan (2006:30), bahasa pijin wujud dalam bentuk bahasa pasar iaitu bahasa yang digunakan antara orang Melayu dengan orang-orang yang berlainan bangsa seperti “Saya boleh ajar apa macam mau jaga itu budak.” Penggunaan bahasa-bahasa seperti ini akan merendahkan martabat Bahasa Melayu yang sepatutnya digunakan berdasarkan tatabahasa yang betul dan tepat.


2.0 Punca-punca Pencemaran Bahasa

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa ini. Antaranya ialah masalah globalisasi. Menurut Kamus Dewan, globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil daripada segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Era globalisasi ini mula berkembang di seluruh pelusuk dunia. Perkembangan ini membawa banyak kesan positif walaupun kesan negatif yang diperoleh melalui perkembangan ini tidak dapat dinafikan.

Bahasa Melayu juga tidak ketinggalan dalam menerima kesan negatif akibat daripada perkembangan globalisasi ini. Hal ini kerana perkembangan ini membawa kepada penggunaan telefon bimbit secara berleluasa dan ini membawa kepada penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan, sebenarnya mencemarkan bahasa. Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan sering berlaku dalam SMS. Tujuaan penggunaan singkatan perkataan, lambang, angka atau kod tertentu adalah untuk menggantikan maksud sebenar. Hal ini berlaku disebabkan ruang yang disediakan cukup terhad. Kadang-kala ayat yang ditulis bercampur aduk antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bergantung kepada perkataan mana lebih pendek supaya maksud yang hendak disampaikan difahami oleh penerimanya dalam ruang terhad itu, contohnya “Nxt week blk umah tak?” Bahasa SMS ini terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi seperti karangan, surat rasmi dan memo hingga menyebabkan pencemaran bahasa.

Di samping itu, budaya asing yang meresap masuk ke negara kita juga merupakan salah satu punca pencemaran bahasa ini berlaku. Hal ini dapat dikaitkan dengan budaya hip-hop yang semakin popular dalam kalangan remaja di Malaysia. Budaya hip-hop ini merupakan muzik jalanan yang muncul di New York, Amerika pada tahun 70-an. Muzik ini popular di Malaysia dengan kemunculan kumpulan-kumpulan muzik seperti Too Phat, The Rebel Scum dan sebagainya. Kemunculan muzik ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana penciptaan lirik lagu menggunakan bahasa pasar. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan ketua kumpulan The Rebel Scum yang mengatakan bahawa, “Pada kami, perumpamaan dan istilah bahasa pasar lebih senang untuk ditulis dan yang mendengar memahami mesej yang nak disampaikan.” Perbuatan ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana para pendengar lagu hip-hop ini akan terbawa-bawa gaya tersebut dalam percakapan seharian seperti “Yo,yo,yo, buat pe bro” walaupun gaya ini dianggap sebagai ‘bahasa seni’ dalam genre hip-hop.
(http://www.gua.com.my/Entertainment/Showbiz-Detail.aspx?ArticleID=2538)

Sektor pendidikan juga merupakan penyebab kepada pencemaran bahasa ini. Keadaan ini berlaku berikutan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyarankan bahawa unsur-unsur tatabahasa mestilah diajarkan secara tidak formal. Penguasaan tatabahasa dalam kalangan pelajar menjurus ke arah penggunaan ayat yang tercemar bahasanya dari segi tatabahasa, misalnya “Saya berasal daripada Negeri Sembilan.” Ayat ini tercemar dari segi penggunaan tatabahasa kerana sepatutnya kata sendi ‘dari’ yang harus digunakan dalam ayat tersebut untuk menunjukkan tempat. Mohd Zaki bin Zakaria (2001) dalam kajiannya mendapati ada sebilangan guru yang langsung tidak mengajar tatabahasa dalam pengajaran berikutan saranan kementerian tersebut. Hal ini merupakan salah satu punca berlakunya pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini kerana perkara yang diajarkan di sekolah akan dijadikan ikutan sepanjang hidup dan sukar diubah seperti “ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya?”

Seterusnya, buku yang berbeza huraian atau pegangan juga mengakibatkan pencemaran Bahasa Melayu. Perkara ini disebabkan perbezaan pendapat tokoh itu sendiri. Di negara kita ini, ada pelbagai buku, baik buku tatabahasa mahupun buku teks Bahasa Melayu, yang digunakan di sekolah. Bagi pengguna bahasa yang mendalami bidang Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi, mereka pernah didedahkan kepada buku tatabahasa yang ditulis Za'ba, Asmah Omar dan lain-lain. Pelajar sekolah pula didedahkan kepada aspek tatabahasa berdasarkan buku tatabahasa pegangan, iaitu Tatabahasa Dewan. Hal ini mengakibatkan kekeliruan kerana ketidakseragaman huraian daripada segi ejaan, golongan kata dan tatabahasa. Sebagai contoh, ayat yang berfungsi untuk menjemput dinamakan sebagai ayat silaan dalam Tatabahasa Dewan manakala Arbak Othman pula menamakannya sebagai ayat ajakan dalam Tatabahasa Bahasa Malaysia.

Tambahan lagi, penggunaan dialek oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga merupakan penyebab berlakunya pencemaran bahasa ini. Mengikut Kamus Dewan, dialek bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah, negeri dan lain-lain lagi. Penggunaan dialek ini menjadi punca pencemaran Bahasa Melayu kerana guru-guru mengambil jalan mudah dan cenderung menggunakan bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa penghantar dengan alasan pelajar lebih mudah memahami sesuatu yang disampaikan oleh guru dan suasana pengajaran akan bersifat menghiburkan serta mudah menimbulkan situasi kemesraan antara guru dan pelajar. Namun, tanpa disedari sikap ambil mudah ini akan melahirkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa. Para pelajar itulah juga yang kemudian akan menjadi manusia yang akan memegang jawatan yang penting dan berpengaruh seperti pentadbir, penulis editor, pemimpin politik dan sebagainya. Sebagai contoh, penggunaan dialek adalah seperti berikut:

6. Nogori Sembilan mempunyai sembilan daerah.
7. Saya suka makang rambutan.

Selain itu, media massa juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran bahasa ini berlaku secara berleluasa pada masa ini. Bahasa yang digunakan oleh radio, televisyen, atau akhbar sering menjadi ikutan pengguna bahasa, misalnya drama-drama ataupun rancangan yang disiarkan di kaca televisyen kebanyakannya menggunakan bahasa rojak iaitu percampuran antara Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Di samping itu, sebilangan orang besar dan juga orang ramai termasuk yang membuat ulasan apabila diwawancara di kaca televisyen turut menggunakan bahasa rojak. Perkara-perkara seperti ini membawa kepada berlakunya pencemaran Bahasa Melayu kerana orang ramai akan mudah terpengaruh dengan bahasa yang digunakan di media. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan Kamal Shukri Abdullah Sani (2007:21), berdasarkan Teori Peluru (Magic Bullet Theory), media mempunyai ‘kuasa’ bagi menentukan reaksi emosi khalayak dan membentuk tingkah laku mereka.

Tambahan lagi, sikap pengguna bahasa itu sendiri yang menyebabkan pencemaran bahasa ini berlaku. Menurut Fadzlina Sha’ari (2001), rata-rata masyarakat di Malaysia ini lebih mementingkan penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dan ini membawa kepada penggunaan bahasa rojak dalam ujaran mereka. Bagi mereka, bahasa Inggeris dianggap sebagai lambang keintelektualan dan kemodenan. Seandainya keadaan ini dibiarkan berterusan ia akan meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang tidak mempunyai kedudukan yang tinggi. Hal ini juga dapat disokong dengan kenyataan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib dalam Siti Nur Ida (2008) bahawa percampuran antara dua bahasa tersebut akan mencemarkan Bahasa Melayu dan jika perkara ini tidak dikawal maka Bahasa Melayu akan ‘ternodai’ maruahnya.

Punca seterusnya adalah kerana pengguna Bahasa Melayu yang tidak mengetahui sistem Bahasa Melayu dengan betul. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai sistem bahasa yang tersendiri. Sistem Bahasa Melayu pula terdiri daripada dari segi ejaan, morfologi dan sintaksis. Oleh sebab pengguna bahasa tidak mengetahui sistem bahasa ini, mereka melakukan kesalahan yang mencemarkan bahasa. Sebagai contoh, apitan pe-...-an selalu disalahgunakan seperti berikut:

8. Kerja - bekerja- pekerjaan ( bukan * perkerjaan)
9. Lantik – melantik – pelantikan ( bukan *perlantikan)

Seterusnya, kepelbagaian etnik di Malaysia juga merupakan salah satu punca kepada pencemaran bahasa. Hal ini kerana terdapat orang bukan Melayu yang tidak fasih berbahasa Melayu dan ini menyebabkan mereka mencampuradukkan bahasa ibunda dengan Bahasa Melayu. Bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa pasar. Oleh itu, penggunaan Bahasa Melayu oleh pelbagai etnik di Malaysia juga membawa kepada pencemaran bahasa ini. Sebagai contoh, penggunaan bahasa pasar adalah seperti berikut:

10. “Saya punya anak hari-hari dia surat khabar baca.”
11. “Tauke, itu ikan parang, belapa halga sekilo?”


3.0 Kesan- kesan Pencemaran Bahasa

Pencemaran bahasa yang semakin berleluasa ini sudah pasti akan memberikan kesan negatif kepada bahasa itu sendiri. Kesan yang paling ketara adalah menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan atau tulisan merosot. Perkara ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan khususnya dalam kalangan pelajar. Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama-kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan bahasa yang betul. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan kualiti penulisan di sekolah semakin menurun malah pengetahuan terhadap bahasa kita sendiri, iaitu Bahasa Melayu akan semakin jauh daripada pelajar. Dengan demikian, mutu kualiti bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun dan syair. Begitu juga pencemaran bahasa dalam bidang pentadbiran akan menyebabkan mutu Bahasa Melayu sama ada lisan atau tulisan merosot. Sekiranya pihak pentadbir menggunakan bahasa rojak ketika menyampaikan ucapan atau menggunakan bahasa rojak dalam urusan surat menyurat, sudah pasti akan menyebabkan mutu Bahasa Melayu itu merosot.

Selain itu, pencemaran bahasa juga menyebabkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan tergugat. Umumnya, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Selaras dengan bahasa kebangsaan negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, maka Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di semua sekolah. Penggunaan bahasa rojak seperti percampuran Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam perbualan harian secara tidak langsung telah menggugat kedudukan Bahasa Melayu di negara ini. Hal ini kerana, penggunaan bahasa rojak yang melibatkan bahasa Inggeris dalam perbualan dianggap satu standard yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Ditambah lagi, bahasa Inggeris yang merupakan bahasa ekonomi dan pendidikan peringkat antarabangsa. Oleh hal yang demikian kerajaan mula melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam bahasa Inggeris. Pelaksanaan ini telah mengubah bahasa pengantar daripada Bahasa Melayu Kepada Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik yang sama sekali bertentangan dengan bahasa kebangsaan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama disekolah.

Kesan daripada pencemaran bahasa ini juga akan menyebabkan Bahasa Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh generasi Melayu. Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang sinonim dengan masyarakat Melayu. Hal ini bermaksud, Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan bagi masyarakat Melayu untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa Melayu mempunyai peranan yang sangat penting, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pentadbiran, bahasa pengantar, bahasa rasmi dan sebagainya. Melalui peranan yang dinyatakan, kita seharusnya memahami dan mengaplikasikan peranan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian kita. Dalam perbualan atau pertuturan kita seharian, kita seharusnya menggunakan Bahasa Melayu untuk memastikan Bahasa Melayu tidak ditelan arus pemodenan atau globalisasi.

Walau bagaimanapun, pada masa ini, Bahasa Melayu kian dilupakan dan semakin kurang penggunaannya dalam pertuturan seharian. Pada masa ini, Bahasa Melayu telah tercemar disebabkan oleh wujudnya bahasa lain dan pencampuran bahasa. Bahasa Melayu yang indah kian dilupakan oleh generasi-generasi pada zaman ini, khususnya generasi muda. Mereka telah terpengaruh dengan bahasa asing. Dengan menggunakan bahasa asing, mereka berfikir mereka adalah orang yang paling terkenal dan mempunyai kedudukan yang tinggi. Mereka juga beranggapan bahawa mereka akan sentiasa dipandang tinggi kerana mempunyai pengetahuan bertutur dalam bahasa asing. Tanpa mereka sedari, tindakan mereka ini akan menyebabkan mereka kian lupa dengan satu bahasa yang sangat penting, iaitu Bahasa Melayu.

Begitu juga pencemaran bahasa ini akan menyebabkan kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang. Apabila bahasa tercemar maka ini akan menimbulkan kekeliruan kepada generasi akan datang untuk mempelajari sesuatu bahasa tersebut. Generasi akan datang akan terkeliru untuk memperaktikkan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian. Selain itu, jika generasi akan datang mengikut trend yang ada pada masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan menjadi sejarah pada suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa tersebut.

Dalam Syarahan Agung Sasterawan Negara, anjuran KALAM, JKKN dan DBP, di Dewan Bahasa dan Pustaka, 15 Disember 2009, SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh berkata:

“Mungkin di Malaysialah anak negerinya ramai yang tidak pandai berbahasa kebangsaannya, dan ramai juga yang malu menggunakannya atau merasa darjat sosialnya sudah jatuh tertiarap di lantai apabila dia bercakap dalam bahasa ini. Jikalau kita tidak percaya pada bahasa kita, orang lain di dunia pun tidak mendapatkan sebab bagi mengkajinya. Sekarang ini kebanyakan kursus sastera dan Bahasa Melayu di Eropah, Australia dan Amerika sudah ditutup, sementara kajian China, Vietnam, India dan malah Cambodia sedang berkembang. Di depan mata kita Bahasa Melayu bertumbangan, sakit dan sebahagiannya sudah mati untuk selama-lamanya sekiranya kita tidak berbuat apa-apa dan terparah adalah antara yang terpelajar, yang tertinggi ijazahnya dan tertinggi pangkatnya. Orang kampung tidak membunuh bahasa ibundanya. Kitalah yang dianugerah berbagai-bagai kemudahan, upaya dan kecerdasan - dan kitalah yang membunuhnya. Gerakan Dunia pasca kolonialisme bergelora di banyak buah negara di dunia, termasuk India, Indonesia, Nigeria dan Kenya, Uzhbekistan, Filipina, Vietnam dan Algeria serta Chile dan Argentina. Ada semacam landaan fikiran dan amalan di negara-negara ini, sebagai tindak balas daripada rasa bahawa mereka sudah dimangsakan, dihina dan juga dirampas bahasa dan budayanya.”

Melalui pernyataan di atas, dapat kita simpulkan bahawa terdapat beberapa golongan atau generasi yang telah melupakan bahasa ibundanya, iaitu Bahasa Melayu. Bahasa Melayu dikatakan kian pupus di mata dunia. Hal inilah yang telah dipengaruhi oleh masalah pencemaran bahasa yang giat diperkatakan.

Pencemaran bahasa ini akan menyebabkan masyarakat Melayu mengagung-agungkan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris dan berasa malu untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Hal ini kerana bahasa Inggeris kini memonopoli semua urusan di bidang komunikasi, pendidikan dan sebagainya. Perkara ini akan melahirkan satu tanggapan dalam diri mereka bahawa orang lain akan memandang tinggi terhadap mereka jika menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, pelbagai golongan masyarakat seperti mahasiswa, pihak pentadbiran dan juga pemimpin lebih suka bertutur menggunakan bahasa Inggeris di khalayak ramai. Hal ini juga menyebabkan para ibu bapa pada masa ini lebih suka mengajar anak-anak mereka bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama sehingga melupakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Perbuatan ini akan meletakkan bahasa Inggeris bukan lagi sebagai bahasa kedua tetapi mengatasi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

4.0 Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Bahasa

Bagi mengelakkan masalah pencemaran bahasa ini, tanggungjawab sesebuah kementerian, jabatan atau agensi adalah sangat penting. Antara langkah yang boleh diambil oleh kementerian, jabatan atau agensi tersebut adalah seperti yang berikut:

(12) memastikan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan Bahasa Melayu yang baik dan betul dalarn semua urusan rasmi, sama ada secara tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabila berurusan dengan pelanggan (kecuali urusan yang melibatkan negara asing dan untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangan supaya fasih berkomunikasi dalam bahasa asing).

(13) mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul dari segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-hal seperti mesyuarat, surat-menyurat, arahan pada papan tanda dan papan kenyataan, iklan, dokumen rasmi, kawasan perumahan, premis pemiagaan dan lain-lain. Bahasa-bahasa lain boleh digunakan berdasarkan kepada keperluan sahaja;

(14) menjalankan latihan dan menganjurkan aktiviti secara berterusan yang bertujuan meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pegawai dan kakitangan.

Dalam masa yang sama, DBP telah berusaha dalam pengembangan dan peningkatan kualiti bahasa di tempat awam melalui Pantau Tegur Bahasa. Pantau Tegur Bahasa bermaksud mengesan kesilapan bahasa yang berlaku atau yang dipamerkan di tempat-tempat awam, seperti di papan iklan atau papan tanda, sama ada di luar bangunan ataupun di dalam bangunan, yang jika tidak dicegah dengan segera akan mencemarkan maruah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Antara ciri pencemaran bahasa ialah pengutamaan bahasa asing, sama ada dari segi saiz atau warna, penggunaan bahasa yang tidak menepati tataBahasa Melayu, termasuk sistem ejaan, pemilihan kata, pembentukan kata, pengolahan ayat, dan penggunaan laras, ataupun pencampuradukan Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Bagi memastikan tindakan segera diambil setelah proses pengenalpastian kesilapan dibuat, pemantau disediakan dengan sehelai borang untuk dipenuhi dan dipulangkan kepada DBP. Pegawai DBP yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan segera menghubungi syarikat atau agensi yang berkenaan bagi membuat pembetulan.
(http://purnama.dbp.gov.my/webpurnama/index.php?option=com_content&task=view&id=285&Itemid=380)

Selain itu, satu Khidmat Nasihat Bahasa untuk orang ramai dibuka bagi merujuk penggunaan bahasa yang betul untuk mengelakkan pencemaran bahasa kebangsaan terhadap paparan di tempat umum yang dibuat oleh pihak berkenaan. Kaedah pemantauan yang diguna pakai oleh pihak DBP adalah dengan menggunakan jaringan kerja sedia ada yang terdiri daripada 159 munsyi bahasa (guru atau penulis yang berdaftar dengan DBP) di seluruh negara untuk melaporkan sebarang paparan awam yang mencemar bahasa. Tindakan ini akan mengatasi masalah pencemaran Bahasa Melayu ini daripada berleluasa.

Dari segi pendidikan pula, para guru harus menitikberatkan cara penyampaian Bahasa Melayu di dalam bilik darjah terutamanya aspek tatabahasa dalam kalangan pelajar sejak di peringkat sekolah rendah lagi supaya pelajar-pelajar dapat mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan, menggunakan frasa yang betul serta menggunakan ayat dengan betul, tepat dan gramatis. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan Yahya Othman (2005:11) bahawa rumus tatabahasa yang wujud perlu dipelajari secara beransur-ansur sehingga membentuk operasi kesatuan rumus yang utuh dan berupaya melakukan operasi membina ayat. Abd. Aziz Abd. Talib (2000:236) pula menyatakan bahawa pengajaran tatabahasa membolehkan pelajar-pelajar berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini membantu pelajar menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan. Hal ini akan mengelakkan penggunaan Bahasa Melayu yang tercemar dari segi tatabahasa.

Tambahan lagi, guru juga perlu menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan bahasa yang teratur dan anggapan bahawa Bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar. Penguasaan Bahasa Melayu yang baik dan teratur dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi tidak kira awam atau swasta juga perlu diberi penekanan. Hal ini kerana merekalah yang akan menentukan sama ada menggunakan Bahasa Melayu yang tercemar ataupun tidak dalam urusan pentadbiran.

Menurut Awang Sariyan pula, bagi mengelakkan Bahasa Melayu tercemar akibat penggunaan bahasa SMS, guru mesti memberi penekanan kepada pelajar supaya tahu membezakan antara bahasa untuk urusan rasmi dan tidak rasmi Menurutnya, penggunaan singkatan perkataan berlaku terhadap semua bahasa di dunia, tetapi tidak menjadi masalah jika mereka dapat membezakan pengunaannya untuk tujuan rasmi atau tidak. Menurutnya lagi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak memberi perhatian terhadap bahasa yang diguna pakai dalam SMS, tetapi jika ragam bahasa itu digunakan dalam urusan rasmi yang mempengaruhi masyarakat, DBP akan memberi perhatian terhadap penggunaan bahasa tersebut bagi mengelakkannya merosakkan bahasa. Beliau juga berkata bahawa pihak berkuasa tempatan dan jabatan kerajaan perlu bekerjasama dalam hal ini kerana mereka bertanggungjawab mengawal selia papan tanda dan memastikan pihak yang mengeluarkan iklan menggunakan bahasa betul. Tambahan pula, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa rojak atau pasar perlu dihentikan kerana dikhuatiri mempengaruhi remaja. (Utusan Malaysia, 15 Februari 2004)

Pencemaran Bahasa Melayu ini juga dapat diatasi dengan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada di Malaysia. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa Kabinet telah bersetuju untuk memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda pencemar bahasa di negara ini. Denda RM1,000 itu akan dilaksanakan apabila Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 dipinda dan diluluskan Parlimen . Namun, tumpuan hanya pada papan iklan dan notis awam. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sharifuddin Ibrahim pula menyatakan bahawa DBKL sentiasa memantau bagi memastikan Bahasa Melayu dimartabatkan. Menurutnya, semua pihak di bawah bidang kuasa DBKL terikat dengan Undang-undang Kecil Wilayah Persekutuan 1982 pindaan 1985 yang mensyaratkan mereka meletakkan Bahasa Melayu lebih jelas dan terang di papan tanda atau papan iklan, sekali pun jika ada bahasa lain bersamanya.

Tambahan lagi, pucuk pimpinan yang menerajui negara juga berperanan untuk mengatasi pencemaran bahasa ini daripada berleluasa. Hal ini dapat dilakukan dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua pusat pengajian tinggi tidak kira awam ataupun swasta untuk semua jurusan. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2000:247), pucuk pimpinan perlu melancarkan “Wawasan Bahasa” terhadap pelaksanaan Bahasa Melayu sepenuhnya di pusat pengajian tinggi sama seperti pelancaran Wawasan 2020. Hal ini akan mengurangkan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan mahasiswa yang bakal menceburi alam pekerjaan kerana mereka terdedah dengan penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Hal ini dapat disokong dengan pernyataan Nothofer Bernad, profesor Bahasa Melayu dari Jerman dalam Abdul Hamid Mahmood (2000:246) bahawa:

“Bahasa Melayu memang sudah mampu berperanan sebagai bahasa akademik, jika pensyarah mempunyai sikap dan tanggungjawab untuk memberikan kuliah dalam Bahasa Melayu.”

Hal ini juga dapat disokong oleh pandangan Abdullah Munsyi mengenai isu pendidikan yang menyatakan bahawa, sesebuah bangsa akan maju sekiranya ilmu yang disampaikannya dalam bahasa mereka sendiri.

Di samping itu, media elektronik dan bukan elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa yang tidak mengikut sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pendengar, penutur dan pengguna Bahasa Melayu. Media massa ini juga berperanan untuk menyekat iklan-iklan dalam Bahasa Melayu yang menyalahi sistem Bahasa Melayu akibat daripada terjemahan yang salah. Sebagai contoh, iklan-iklan tersebut adalah seperti berikut:

15. “Tukang Jahit Wanita”, sepatutnya “Tukang Jahit Pakaian Wanita”.
16. “Castrol GTX2 lebih pantas ke seluruh bahagian enjin”, sepatutnya
“Castrol GTX2 lebih pantas menyerap ke seluruh bahagian enjin”.

Sektor pengiklanan seharusnya turut menggunakan Bahasa Melayu yang ilmiah dan bermutu. Pengamal-pengamal media juga perlu memartabatkan Bahasa Melayu yang bermutu tinggi. Bagi syarikat-syarikat penerbitan majalah pula hendaklah mewujudkan satu biro khas berkaitan dengan bahasa baku agar makalah yang diterbitkan diedit dan mengikut bahasa baku yang betul. Hal yang sama juga harus dilakukan syarikat-syarikat penerbitan filem Melayu. Perkara ini adalah untuk mengelakkan penggunaan bahasa yang bercampur aduk antara Bahasa Melayu dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris. Hal in kerana penggunaan bahasa rojak ini boleh dilihat secara langsung dalam penggunaan judulnya, contohnya:

17. Senario The Movie.
18. Lu Pikirlah Sendiri The Movie.

Pihak yang terlibat dalam industri perfileman harus mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu yang berkualiti kerana “bahasa menunjukkan bangsa” dan filem pula menunjukkan “cerminan bangsa”. Filem mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, penggunaan bahasa yang standard harus ditonjolkan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran Bahasa Melayu.

Seterusnya, pengguna bahasa itu sendiri perlu sedar dan mempunyai ‘kewarasan’ untuk menggunakan bahasa dengan sebaik mungkin tanpa mencemarkannya., misalnya mengenai pengaruh bahasa lain ke dalam Bahasa Melayu, seseorang pengguna itu harus berpegang kepada prinsip ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’. Hal ini dapat menjadi benteng yang mempertahankan Bahasa Melayu itu daripada tercemar dengan menerima pengaruh-pengaruh bahasa asing.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pencemaran bahasa ini merupakan suatu isu atau perkara yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Namun, jika pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh teliti dan kerap, tidak mustahil bahasa kita akan menjadi bahasa antarabangsa yang berada di tahap terpenting khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Pihak yang mempunyai kuasa yang besar seperti Perdana Menteri harus sentiasa menekankan penggunaan bahasa kebangsaan kita setiap masa sama ada dalam ucapan rasminya ataupun semasa ditemu bual oleh wartawan. Dengan ini, apabila beliau sentiasa menggunakan bahasa kabangsaan secara baik dan kerap, ini akan menjadi ikutan kepada orang bawahannya.

Bahasa rojak dan bahasa pasar tidak seharusnya digunakan secara meluaskan walaupun bukan dalam situasi formal. Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa rojak atau pasar ini akan merosakkan Bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan kita. Kekerapan menggunakan bahasa yang tercemar secara meluas akan menlahirkan rakyat yang buta bahasa sendiri. Tidak mustahil kegagalan pelajar-pelajar di sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disebabkan mereka terlalu kerap menggunakan bahasa rojak dan pasar. Anak-anak muda kini juga kerap membaca majalah berupa bahasa rojak dan pasar.

Oleh itu, bagi pihak-pihak penerbit majalah atau drama juga haruslah sedar yang mereka juga bertanggungjawab membawa pembaharuan dan penambahbaikan dalam bidang bahasa. Janganlah sibuk mengejar keuntungan tetapi nilai dan tanggungjawab patriotisme diabaikan. Dari sinilah kita mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, sebutan, dan tatabahasa Bahasa Melayu. Masyarakat mudah menerima perkara yang positif andainya di keliling mereka penuh dengan perkara positif. Sebagaimana kata-kata periBahasa Melayu iaitu ‘bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.’ Kata-kata ini sudah cukup memberitahu kepada kita agar setiap perkara yang ingin diubah atau dibuat perlulah dari atas atau pemimpin dahulu. Jika pemimpin begitu prihatin dan bersungguh-sungguh dalam hal memartabatkan bahasa kebangsaan, rakyat juga akan mengikutinya.

Sumber : 
Pencemaran Bahasa

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk