28/05/2015

Naib Ketua Pemuda PAS Serang DAP Untuk Selamatkan Kerusi?


Masa musim pertandingan macam inilah kita dapat lihat hero-hero PAS yang selama ini diam membisu biarpun dinjak dan diludah oelh kepimpinan DAP. Masa ni nak tunjuk Hero sebab nak nama.

Apapun Naib Ketua Pemuda PAS nampak lebih berani daripada Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS Pusat yang paling teruk pernah ada dalam sejarah kepimpinan muda PAS. Dia berani jugaklah cakap .


ALOR SETAR - Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Khairil Nizam Khirudin menegaskan pada DAP supaya jangan memandai-mandai mengajar ahli PAS dan mencampuri urusan dalaman PAS khususnya menjelang muktamar parti itu pada awal Jun ini.

Secara sinis, Khairil Nizam turut menempelak DAP yang dikatakan "resah gelisah" dan turut menyibuk berkempen di media-media tertentu seolah cuba mengajar para perwakilan parti itu memilih pemimpin parti itu dalam pemilihan PAS kali ini.

"Suka saya mengingkatkan kepada DAP bahawa yang akan bermuktamar dan pemilihan kepimpinan pada awal Jun nanti adalah para pimpinan dan perwakilan PAS.

"Jadi, amatlah tidak manis sekali apabila DAP pula begitu resah-gelisah dan sibuk berkempen di media untuk memberi tunjuk-ajar kepada para ahli PAS siapa yang layak untuk mengemudi PAS.

"Sepertimana DAP marah sekiranya orang PAS berkempen di dalam pemilihan kepimpinan DAP, maka seperti itulah yang kami harapkan agar DAP usahlah sibuk tumpang berkempen untuk mengajar kepada perwakilan PAS siapakah yang layak untuk memimpin PAS sesi kepimpinan 2015/2017," katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.

Pemimpin sayap PAS itu turut menyelar DAP yang dikatakan telah melemparkan fitnah dan mengeluarkan banyak kenyataan yang berunsur provokasi terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekaligus mencetus kemarahan ramai ahli serta penyokong parti itu.

Bagaimanapun, suara Pemuda PAS sebelum ini pernah dipandang remeh dan tidak dipedulikan parti-parti sekutu PAS, khususnya berkenaan desakan mengenai isu perlaksanaan hukum hudud di Kelantan yang sedang diusahakan.

PKR sebelum ini mempeduli desakan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk meminta maaf atas tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang dikatakan telah menghina Abdul Hadi.

Selain itu, PKR juga tegar bersekongkol dengan DAP yang berpendirian menolak hudud yang sedang diusahakan Kerajaan PAS Negeri Kelantan dan enggan berubah sebagaimana yang didesak Pemuda PAS, meskipun mengharapkan sokongan dari jentera parti berkenaan ketika PRK Permatang Pauh berlangsung tempohari.

K7L : Nak bertanding ya bang?...

Guan Eng Bantu PasMa Gulingkan Hadi Dalam Muktamar?


  

Liat sungguh Haji Hadi untuk digulingkan pada mata DAP dan balaci-balacinya di dalam PAS. Sebab itu orang nombor satu dalam DAP kena bagi kenyataan yang boleh mengusik hati ahli PAS.

Yang lawaknya, Guan Eng tuduh Hadi berhati UMNO. Semua itu sebenarnya cuma satu propaganda yang dibuat untuk menimbulkan rasa benci orang PAS kepada Hadi yang berkeras tidak mahu berganjak dari keputusan untuk melaksanakan Hudud.

Sebenarnya, DAP bimbang PAS kembali kuat sekiranya Hudud benar-benar dilaksanakan di Kelantan. Sebab itu segala kekuatan dan cara digunapakai termasuk suap PasMa untuk hancurkan PAS.

Apapun sekarang ini kita tunggu dan lihat. Sejauh mana serangan terhadap Presiden PAS dilakukan oleh DAP. Sampai ke tahap mana mereka berani menyusun langkah dalam menabur pasir ke dalam periuk Hadi?

Hadi dan konco-konconya pula nak tunggu apa lagi? Orang dah bagitahu secara terbuka mereka tak minat untuk bersama. Sebagai seorang Presiden, umum sahajalah PAS keluar daripada Pakatan.

Kalau sayang sangat jawatan Exco-Exco negeri yang ada, suruhlah mereka lompat kalau berani. 

K7L : Tak habis dengan DAP... apa yang PAS takut sangat?

Kenapa Perlu Malukan Rakyat Malaysia Dengan Pemain Import? #FAMTakRelevan


Pasukan pilihan Malaysia bertemu kelab Liga Perdana England, Tottenham Hotspur pada aksi persahabatan bagi merebut Piala AIA di Stadium Shah Alam pada Rabu, 27 Mei 2015

Meskipun perlawanan menentang Spurs hanyalah sekadar aksi persahabatan namun peminat dan penyokong skuad pilihan Malaysia mahukan aksi yang terbaik pada pertemuan ini

Bagi aksi menentang Malaysia, Tottenham Hotspur telah membawa beberapa pemain utama antaranya penyerang sensasi England, Harry Kane, Christian Eriksen, Erik Lamela, Nacer Chadli dan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris

Manakala skuad pilihan Malaysia dimantapkan oleh lima pemain import iaitu Ashfaq Ali, Paulo Rangel, Thiago Juninho, Robert Cornthwaite dan Guilherme De Paula

Kali pertama Tottenham Hotspur berkunjung ke Malaysia adalah pada tahun 1979 dengan menyaksikan pasukan itu menang 6-4 ke atas Selangor di Stadium Merdeka

KEPUTUSAN MALAYSIA VS TOTTENHAM 27.5.2015



Sumber : MySumber

Hebat! Bagus! Puihhh! Buat orang jelak nak tengok bola. Apa masalah pihak FAM yang sanggup 'lacurkan' baju Malaysia dengan membenarkan lima pemain import menyarung jersi tersebut hanya untuk bertempur dengan Tottenham Hotspurs?

Apa tak cukup baguskah pemain Malaysia? Sekalipun tak bagus mereka layak menyarung jersi Harimau Malaya yang menjadi KEBANGGAN RAKYAT MALAYSIA. Tersangat malu Keris bila tahu ada lima pemain import dibenarkan untuk bermain sebagai Pilihan Malaysia.

Amat memalukan, kalau kat negara lain, pihak pengurusan dah kena ludah sebab buat benda bodoh. Datuk Santokh Singh pun cakap yang keputusan membenarkan pemain import main adalah mengarut!

 

Jangan sampai dah tak ada orang nak tengok bola baru tahu. Jangan sampai orang bosan dengan pengurusan yang tak berubah baik dari dulu sampailah yang baru. Sama je dengan keputusan tak relevan.

K7L : Dah rasa janggal pakai Jersi Harimau Malaya.. rasa macam dah tercemar...

27/05/2015

Lawak Mahfuz Yang Buatkan Orang PAS Mengamuk?


 
K7L : Malam ini tak cakap banyak.. baca komik je..

Dalaman PAS Porak Peranda - Siapa Yang Untung Sekarang?


Nampaknya kewujudan tangan ghaib dari manusia-manusia cauvinis yang berniat mengawal untuk menghancurkan siasah perjuangan PAS mula disedari. Sudah semakin ramai yang bersuara.

Dalam masa yang sama, puak-puak Khawarij PAS juga mula menunjukkan baju masing-masing dengan harapan yang tinggi bahawa kepimpinan ulama akan tersungkur pada Muktamar PAS nanti.

Kelihatan masing-masing sudah mula mengatur langkah. Ahli-ahli PAS pula mula mendiamkan diri kerana mereka tahu PAS dalam keadaan sangat lemah sebab itu mereka akan melakukan apa yang patut pada Muktamar nanti.

Kata rakan Keris di dalam PAS, kini mereka yang berada di bawah kekal bersama Hadi tetapi akan membuang mereka yang berusaha membenarkan PAS dipijak dan dicatur oleh tangan Ghaib.

Hari ini kita tak dengar lagi suara Mat Sabu, Suara Husam Musa, Suara Salahuddin Ayub. Kemanakah mereka pergi? Di Kedah baru-baru ini ada meeting sulit. Yang hadir kebanyakan hanya orang PasMa sahaja. Apa strategi mereka?

Walaubagaimaapun, Keris harap PAS jangan jadi bodoh dan bacul untuk terus tunduk kepada DAP. 

K7L : DAP bantu PasMa bunuh imej Hadi?..

Bagus! KSN Ugut 5000 Pekerja Malas? Baru Boleh Maju!


 

Tindakan seperti patut dibuat dari dulu lagi. Ini CUEPACS tak perjuangkan pulak? Yang mereka sibuk cuma nak naikkan had umur persaraan. Kalau boleh nak sampai umur 90 tahun baru diorang puas hati.

KSN pun sebenarnya kena buat kajian semula berkaitan had umur untuk bersara. Sebab itu wujud yang malas-malas. Sebab mereka pun ada yang dah tak larat. Tapi ada juga yang muda-muda perangai tak berapa nak sihat.

Mengular dan kerap ponteng kerja pun ada. Pada pendapat Keris, tindakan pihak JPA yang mungkin akan menyingkirkan lebih 5000 penjawat awam yang konsisten bermasalah dan tidak berubah biarpun selepas diberi warning letter.

Tetapi apapun siasat betul-betul sebelum buang. Sebab hari ini pegawai-pegawai pun ada yang dengki dengan orang bawahan. Ada juga pegawai yang tak buat kerja tapi suka salahkan orang bawahan dan jadikan mereka kabing hitam.

Apapun buat sahaja. Baru ada pengajaran kepada yang lain. Ini masuk kerja ikut sukahati, balik pun sama. Bila gaji tak naik mengamuk macam beruk. Bila bagi kerja merungut sakan taknak buat. Ajak lepak minum dia nombor satu.

Apapun demi kemajuan yang lebih progresif dan produktif terutama bahagian-bahagian yang perlu menerima pelanggan, buatlah. Jangan cakap sahaja sebab mereka semua ini jenis bila orang lain dah kena baru diri sendiri serik.

K7L : Buat je boss!..

26/05/2015

Tiga Ikon PAS Bakal Dipecat Kerana Kritik Pemimpin?


Tiga ikon dalam Pas yang sering menghiasi pentas ceramah parti itu kini berada dalam dilema, gara-gara didakwa mengkritik pimpinan parti itu sehingga menjadi viral di laman sosial.

Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda Pas Pusat, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak; Ahli Jawatankuasa Muslimat Pas Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin serta Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Sungai Petani, Mejar Zaidi Ahmad didakwa mengkritik beberapa pemimpin parti melalui aplikasi WhatsApp berhubung kepimpinan dalam Pas.

Rentetan itu, beberapa ahli parti mencadangkan supaya mereka dipecat keahliannya kerana terlalu lantang menyuarakan pandangan.

Leman Raja Lawak ketika dihubungi bagaimanapun berkata, beliau reda dengan apa jua keputusan parti sekiranya perlu mengambil tindakan berhubung perkara itu.

“Apabila menyuarakan pendapat supaya ustaz dalam Pas jangan terlalu ekstrem dan perlu membuat pendekatan kepada bukan Islam selain jangan kecewakan harapan anak-anak muda yang mengundi parti, didesaknya pula kami dipecat,” katanya.

Mengulas mengenai perbualan terbabit, Leman antaranya membangkitkan isu rakyat yang mempersoalkan pimpinan mengenai tanggungjawab sebagai pemimpin Islam yang sepatutnya bergaul dengan bukan Islam kerana ia termasuk dalam konsep peradaban Islam dan siasah politik.

“Ada sesetengah golongan ustaz dalam Pas yang dipilih menjadi pemimpin gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin Islam. Mereka bukan hanya memberi kuliah Subuh atau Maghrib tetapi perlu peka semua aspek termasuk isu akar umbi hingga peringkat nasional,” katanya.

Menurutnya, kelemahan golongan itu yang diangkat menjadi pemimpin hanya dengan memberi ceramah agama dan pandai bercakap tetapi langsung tidak menjiwai rakyat bawahan yang daif dengan permasalahan ekonomi.

“Ada sesetengah ahli mengkritik jemaah sendiri bagi mendapatkan jawatan, sedangkan dalam Islam harus memberikan idea dan hala tuju masa depan parti apabila dipilih sebagai ketua. Ada pemimpin hanya menggunakan Islam dan agama demi kepentingan peribadi,” katanya.

Leman berkata, selepas kenyataan itu diviralkan dalam WhatsApp, ada golongan yang menyarankan agar beliau dipecat daripada parti.

Sementara itu, Wan Aishah turut melahirkan rasa kecewa di laman Facebook dan menegaskan kenyataan itu bukan sebahagian daripada ucapannya di mana-mana program.

“Ia sebahagian dari perbualan dalam grup WhatsApp yang diviralkan. Seingat saya, ketika itu kami sedang berbincang tentang definisi ulama, saya juga ditanya kenapa sertai Pas. Macam-macam isu dibincangkan secara baik,” katanya.

Menurutnya, beliau memberikan pandangan dan jawapan secara ikhlas termasuk mengenai pergolakan Pas sekarang namun, kesal kerana perbincangan yang dianggap tertutup itu tersebar dan dijadikan isu.

“Kalau rasa nak kecam, kecamlah. Nak pecat sama sekali pun terpulanglah. Saya tidak bimbang, sekadar mahu perbetulkan persepsi yang saya dianggap mengkritik kepimpinan secara terbuka,” katanya.

Wan Aishah turut mempersoalkan apakah kepimpinan dalam parti tidak boleh dikritik, tambahan pula pandangan itu disuarakan secara santai melalui laman sosial.

“Komen yang saya berikan hanyalah dalam grup WhatsApp sahaja. Takkan pula dalam laman sosial pun tak boleh menyatakan pendirian secara peribadi?” katanya yang secara spontan teringatkan bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil berkias, ‘things are not the same without him’

K7L : Apa nak jadi dengan PAS? Luar dalam hancur..salah doa KO ke?...

DAP Ajar PAS Tentang ISLAM itu INDAH! - Mana Ulama PAS?


 

Akibat 'ajaran' PAS kepada DAP sejak mereka bergabung untuk kuasa, kini DAP menggunakan 'ajaran' tersebut untuk memalukan serta menundukkan orang-orang PAS sendiri.

Jika dahulu PAS dengan sombongnya beritahu rakyat Malaysia mereka sudah menundukkan DAP apabila DAP mula berceramah dengan menggunakan Ayat Al-Quran. Hari ini mereka telan 'senjata' mereka sendiri.

DAP memperlekeh mereka dengan 'ajaran' mereka. Hari ini PAS hanyalah lipas yang DAP bela. Kalau dibuang dengan siapa DAP nak jadikan 'bahan' untuk menutup mulut orang-orang Melayu?

PAS kena sedar. Mana ahli PAS yang berjuta orang tu? Kalau kena pijak dengan DAP sampai macam itu sekali. Lebih baik tak payah mengaku ahli. Sekurang-kurangnya tatkala pemimpin UMNO kami dihina. Kami bangkit melawan. Bukan menikus macam PAS.

Jadi mesej ini khas kepada orang PAS. Pilih Ulama PAS atau Liberal PAS sebagai pemimpin. Salah pilih, bimbang terlacur perjuangan Islam yang didendakan selama ini.

K7L : Apa sudah jadi?...

Ajaran Sesat Atau Salah Tarekat? - Jangan Keliru Dan Dikelirukan!



Dari Abu Hurairah R.A. dan Sayyidina Ali R.A., Sabda Nabi S.A.W.: "Bermula syariat itu beberapa perkataanku dan bermula tarikat itu beberapa perbuatanku (amalanku) dan bermula hakikat itu beberapa hal ku (pendirianku) dan makrifat itu kepala hartaku (hasil perolehanku)"

Sabda Nabi S.A.W. lagi: “Syariat ialah kata-kataku (aqwali), tarekat ialah perbuatanku (a`mali) dan hakikat (haqiqah) ialah keadaan batinku (ahwali), Ketiganya saling terkait dan tergantung

Kata Tarikat berasal dari Bahasa Arab: (طرق), menurut makna bahasa Arab maksudnya:'jalan' atau 'method', atau 'cara', menurut istilah tasauf dalam Islam maksudnya:"kebenaran sejati cita cita Islam yang mempunyai roh yang ingin dicapai melalui pimpinan mursyid". Melalui praktik rohaniah dan bimbingan seorang pemimpin tarekat, calon penghayat tarekat akan berupaya untuk mencapai hakikat.

Tarekat yang ertinya ‘jalan’. Jalan yang dimaksud di sini adalah jalan untuk menjadi orang bertaqwa, menjadi orang yang diredhai Allah s.w.t. Secara praktisnya tarekat adalah himpunan amalan-amalan taqwa (lahir dan batin) yang bertujuan untuk membawa seseorang untuk menjadi orang bertaqwa.

Daripada dua hadis di atas, jelas dan terang sekali disampaikan pada kita bahawa tarekat itu adalah perbuatan Nabi junjungan S.A.W. Ini bermakna tarekat itu adalah sunnah Nabi S.A.W. Pengertian sunnah itu sendiri adalah percakapan, perbuatan, dan diam Rasulullah S.A.W. Segala amalan-amalan yang dilakukan oleh baginda, adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah, untuk menjadi hamba yang sebenar-benar hamba, hamba yang punya rasa kehambaan, hamba yang sedar dan tahu bahawa dirinya adalah seorang hamba Allah, bukan hamba syaitan dan selain itu.

Sejarah juga mengajarkan kepada kita, tarekat itu sendiri menjadi amalan dan kehidupan para sahabat ketika kebangkitan Islam yang pertama. Para sahabat yang fanatik dan terlalu cintakan Nabi S.A.W., meniru dan menyalin peribadi Nabi kita S.A.W. demi menambahkan kecintaan pada Allah, kerana Allah itu sangat mencintai Nabi-Nya. Amalan-amalan tarekat yang diambil langsung dari Nabi S.A.W. itu menjadi kehidupan dan berjalan dengan baik selama 300 tahun, iaitu sepanjang zaman Nabi S.A.W., zaman khulafaur rasyidin, dan zaman salafussoleh. Pada tiga kurun ini, amalan-amalan tarekat tidak asing kerana segenap lapisan masyarakat mengamalkannya.

Namun selepas itu, Islam yang semakin berkembang dengan pesat ke 3/4 dunia dan umumnya amalan-amalan Nabi S.A.W. yang asas sahaja (seperti rukun Islam) yang menjadi amalan masyarakat umum Islam di ketika itu hinggalah sekarang. Amalan-amalan baginda yang tidak melibatkan ibadah asas, hanya diamalkan dan dikekalkan oleh kelompok-kelompok tertentu, yang akhirnya lahirlah kumpulan-kumpulan tarekat yang masih kekal hingga kini.

Diulangi semula di sini, tarekat itu bermula daripada amalan dan perbuatan Nabi S.A.W., samada ianya melibatkan amalan wajib mahupun sunat. Oleh kerana itu, tarekat ini juga terbahagi kepada dua, iaitu tarekat yang wajib dan yang sunat.

1. Tarekat Wajib, iaitu amalan-amalan wajib, baik fardhu ain dan fardhu kifayah yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim. Tarekat Wajib yang utama adalah mengamalkan rukun Islam. Amalan-amalan wajib ini insya Allah akan membuat pengamalnya menjadi orang bertaqwa yang dipelihara oleh Allah. Pakej Tarekat Wajib ini sudah ditentukan oleh Allah s.w.t melalui Al-Quran dan Al-Hadis. Contoh amalan wajib yang utama adalah solat, puasa, zakat, haji. Amalan wajib lain antara lain adalah menutup aurat, makan makanan halal dan lain sebagainya.

2. Tarekat Sunat, iaitu himpunan amalan-amalan sunat dan mubah yang diarahkan sesuai dengan 5 syarat ibadah untuk membuat pengamalnya menjadi orang bertaqwa. Tentu saja orang yang hendak mengamalkan Tarekat Sunnah hendaklah selesai mengamalkan Tarekat Wajib. Jadi Tarekat Sunnah ini adalah tambahan amalan-amalan di atas Tarekat Wajib. Pakej Tarekat Sunat ini disusun oleh seorang guru mursyid untuk diamalkan oleh murid-murid dan pengikutnya. Isi dari pakej Tarekat Sunat ini tidak tetap, tergantung keadaan zaman tarekat tersebut dan juga keadaan si murid atau pengikut. Hal-hal yang dapat menjadi isi Tarekat Sunat ada ribuan jumlahnya, seperti solat sunat, membaca Al Qur’an, puasa sunat, wirid, zikir dan lain sebagainya.

Sejarah Timbulnya Tarikat.

Perkembangan Tarikat dari masa ke semasa semakin meluas, semakin ramai pula yang berhasrat ingin mempelajarinya, demi mendapatkan hati yang selamat. Maka ramailah menemui orang yang memiliki pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam tarekat yang dapat mendidik roh mereka. Belajar dari seorang guru mursyid dengan method mengajar yang disusun berdasarkan pengalaman dalam suatu ilmu yang bersifat praktik adalah suatu keharusan bagi mereka. Hasilnya melahirkan graduan roh atau mereka yang punya hati yang selamat dibawa pulang ke akhirat.

Ditinjau dari sudut sejarah, bilakah tarekat nama yang mula-mula timbul sebagai suatu kelompok? Menurut Imam Al Ghazali yang menghalalkan tasawuf yang sebelumnya ia dikatakan sesat, tasawuf berkembang dari dunia Islam, tetapi perkembangannya melalui tarekat. Tarekat adalah organisasi dari pengikut sufi-sufi besar yang bertujuan untuk merealisasikan ajaran-ajaran gurunya. Ia merupakan gabungan antara Iman dan Islam dalam bentuk Ihsan.

Tujuan bertarekat adalah untuk melahirkan seorang muslim yang mukmin, yang bukan sahaja punya prinsip dalam beragama bahkan punya akhlak yang terpuji lagi tinggi, sesuailah dengan akhlak Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Orang yang bertarekat adalah orang yang ingin menyalin peribadi Nabinya, yang dengannya akan membuatkan dia mendapat pandangan Tuhannya.

Secara amaliyah (praktikal), tarekat timbul dan berkembang semenjak abad-abad pertama hijriah dikenali dengan kelompok ahli sufah yang berdasarkan pada Al Qur’an dan Al Sunnah. Sejak abad 6 dan 7 hijriyah (12 dan 13 M) tarekat-tarekat telah memulai jaringannya di seluruh dunia Islam, taraf organisasinya bermacam-macam. Perbezaannya yang pertama dari semua itu terletak pada disiplin dan zikirnya yang sangat Khusus dan tersusun dan teratur. Ia berkembang dan bersesuaian dengan keadaan di sesebuah tempat atau mengikut keperluan masyarakat di ketika itu.

Boleh sambung baca di SINI

Dan apa yang Keris nak bagitahu. Memang wujud pihak yang mengambil kesempatan dengan menggunakan nama Tarekat. Ada yang salah guna untuk dapatkan 'keagungan' seperti Ayah Pin.

Ada yang nak kan duit. Ada yang buat untuk seks. Macam-macam sangat. Sebab itu kena berhati-heti ketika menuntut dengan tarekat. Bukan tidak wujud yang benar. Ada sebab itu kena kaji betul-betul.

Tiada jalan pintas untuk ke syurga, nak syahid pun bukan senang. Tetapi jalan pintas ke neraka banyak caranya. Apapun bersyukurlah kerana menjadi Umat Muhammad. Segalanya diringankan dan taubat sentiasa terbuka selagi roh tidak ditarik sakaratul maut.

K7L : Tak ada istilah cuci dosa..

25/05/2015

Calon Ketua Pemuda PAS Pusat Isytihar Tolak Hudud Jika PM Nak Laksana?



Saya Tentang Jika PM Nak Laksana Hudud Sekarang - Nik Abduh

Sekiranya kerajaan mahu melaksanakan hudud di Malaysia dalam masa terdekat, Nik Abduh Nik Aziz menjadi orang pertama tidak bersetuju.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu memberitahu, sekiranya secara tiba-tiba Perdana Menteri mahu berbuat demikian, ia bukan masa sesuai.

"Jika di Parlimen, YAB Pekan kata mahu laksanakan hudud di Malaysia pada tahun 2016, saya orang pertama bangun menentang," ujarnya pada Forum Israk Mikraj Menyingkap Keadilan Perundangan Islam di Masjid Al Azim, Pandan Indah malam tadi.

Menurut anak Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu, PM tidak wajar melaksanakan hudud kerana masih banyak soal maqasid syariah, masalah sosial dan ekonomi umat Islam yang perlu diselesaikan.

"Bagaimanapun, kalau nak laksanakan hudud di Kelantan, iya saya setuju kerana sudah 25 tahun bersedia ke arah perlaksanaan hukum hudud. Sepanjang pentadbiran Tok Guru (Nik Aziz) Kelantan sudah buat banyak persediaan dan beri Kelantan peluang melaksanakannya kerana ia amanah daripada rakyat kepada Kelantan walaupun ketika demokrasi cacat sekali pun," ujarnya.

Menurutnya, Kelantan sudah banyak kali mencuba membentangkan enakmen syariah tetapi gagal tetapi kali ini Dewan Undangan Negeri meluluskannya.

Jadi, katanya, beri peluang kepada Kelantan melaksanakannya.

"Ini tidak, kecoh macam Malaysia hendak melaksanakan hudud. Hudud ni di Kelantan sahaja kerana kami sudah bersedia," katanya sambil menekankan selain kefahaman tentang agama perlaksanaan hukum Allah juga memerlukan kuasa pemerintahan untuk berbuat demikian.

Menurut Nik Abduh, sekiranya alasan Kelantan negeri miskin, masalah kemiskinan tidak akan selesai sepenuhnya hanya kerana mahu melaksanakan hudud. Sepanjang pentadbiran Kelantan, negeri itu telah banyak membuat perubahan bersesuaian dengan Islam seperti menggunakan bank Islam bagi urusan kewangan negeri dan ia akhirnya ditiru oleh Putrajaya.

"Kelantan laksana cuti dua hari seminggu, dulu kata orang Kelantan malas sekarang tiru malah Malaysia sekarang paling banyak cuti," ujarnya lagi. - MalaysiaGazette

Pada amatan Keris, apa yang Nik Abduh cakap itu ada betulnya. Sebelum nak laksana hudud ini memang kena buat macam-macam. Tak boleh pandang satu aspek sahaja. Banyak yang nak kena kaji dan tengok denga teliti.

Tak salah sekiranya Kelantan laksankan dulu kemudian menjadi model untuk sebarang penambahbaikan. Apapun kita doakan yang baik-baik sahaja untuk negara.

K7L : Untuk Islam, semua parti orang Melayu kena bersatu hati..

Ancaman Tarekat Baru? - Mohon @JakimOfficial Siasat!


 

Aduhai. Masih ada lagi yang boleh ikut benda-benda sebegini? Semua ini berlaku bukan apa, sebab dah banyak buat dosa maka ada segelintir yang cuba cari jalan singkat dengan nawaitu 'mensucikan dosa'.

Yang peliknya, mintak cuci dosa dengan manusia, bukan dengan Allah. Ada juga yag terpesong atau 'terusik' akidahnya hanya kerana untuk 'mencukupkan ilmu' walhal dia tersalah pilih ilmu.

Sebab itu benar kata orang dulu-dulu, jangan berguru dengan buku, bimbang lain jadinya. Jika berguru dengan manusia, selagi dia tidak mengaku yang bukan-bukan, boleh belajar dengan syarat ilmu yang dipelajari tidak menyekutukan Allah serta amar makruf nahi mungkar.

Apapun ada baiknya kita biar pihak yang lebih arif dan bertanggungjawab perihal ini untuk menyiasat ancaman yang mungkin akan menular jika tidak dibendung. Kena faham apa itu ajaran sesat.

Ajaran sesat bermaksud sebarang ajaran yang didukung oleh orang Islam atau bukan Islam dengan dakwaan bahawa ajaran tersebut berdasarkan ajaran Islam. Sedangkan pada hakikatnya ajaran tersebut bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah serta bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah, syariat dan akhlak. 

Munculnya ajaran sesat di negara ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah disebabkan wujudnya golongan musuh-musuh Islam yang ingin meruntuhkan ajaran Islam dengan mengubah, menyeleweng dan merosakkan ajaran Islam. 

Mereka tidak akan duduk diam malah sentiasa berusaha menghapuskan Islam. Namun, Allah SWT sentiasa menjaga agama yang diridai-Nya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Saf ayat 8:

"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka yang demikian itu".

Selain itu, ada juga ajaran sesat yang wujud kerana memenuhi kepentingan individu-individu tertentu untuk mendapatkan kedudukan, pengaruh, pangkat, harta, dan sebagainya.

Ada pun ciri-ciri ajaran sesat secara umum adalah seperti berikut :

1. Mencemar kesucian al-Quran.

Antara bentuk pencemaran terhadap kesucian al-Quran ialah sikap atau tindakan biadab mempertikai kebenaran al-Quran, mengubah kedudukan dan struktur ayat-ayat al-Quran, membuat penafsiran menyeleweng tanpa merujuk tafsiran ulama-ulama muktabar di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Selain itu, mendakwa wujudnya kitab suci lain selain al-Quran atau mendakwa bahawa al-Quran yang sedia ada tidak lengkap atau mempunyai kekurangan sepertimana yang didakwa oleh ajaran Bahai bahawa kitab suci mereka iaitu al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi.

2. Mencemar kesucian al-Sunnah

Antara bentuk pencemaran terhadap kesucian al-Sunnah ialah mempertikai kedudukan hadis-hadis yang sepakat diterima oleh imam-imam hadis Ahli Sunnah Wal Jamaah terutamanya hadis-hadis mutawatir dan sahih. Mereka juga menolak al-Sunnah atau al-Hadis secara umum sebagai sumber perundangan hukum Islam. Contohnya ajaran golongan anti hadis yang menolak kedudukan hadis sebagai sumber perundangan hukum.

3. Mencemar kesucian Islam

Antara bentuk pencemaran terhadap kesucian Islam ialah mendakwa bahawa semua agama adalah sama. Atau mendakwa penyatuan semua agama termasuk Islam ke dalam satu agama baru. Contohnya ajaran Pluralisme Agama yang mendakwa tiada satu pun agama tunggal dan eksklusif yang boleh disifatkan sebagai agama yang benar atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama-agama lain.

4. Mencemar kesucian syariat Islam

Antara bentuk pencemaran terhadap kesucian syariat Islam ialah mempertikai hukum-hakam Islam, mengubah, menambah serta meringankan syariat dan pengamalan dalam Islam atau mendakwa wujudnya syariat yang baru. Contohnya ajaran Qiadiani yang menghapuskan pensyariatan hukum jihad dan ajaran-ajaran lain yang mendakwa bahawa solat, puasa atau ibadah-ibadah lain cukup hanya dengan niat, menghalalkan nikah batin dan nikah mut'ah.

5. Mendewa-dewakan para pemimpin

Antaranya ialah tanggapan bahawa pemimpin bersifat maksum dan tidak berdosa, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai jelmaan tuhan atau sebagai tuhan dan dakwaan pemimpin atau guru ajaran mereka memegang kunci pintu syurga serta dapat menentukan siapa yang dijamin masuk syurga. Begitu juga pemimpin atau guru tersebut boleh menebus dosa dengan wang atau dengan penyerahan diri secara zahir dan batin.

6. Berinteraksi dengan makhluk alam ghaib

Dakwaan bahawa mengetahui perkara-perkara akan datang atau mampu berinteraksi dengan jin, syaitan, roh, para wali, para nabi dan para malaikat sebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.

Ajaran sesat memberi kesan yang amat buruk terhadap diri kita kerana ianya akan merosakkan akidah, menyebabkan minda seseorang akan tertutup, menimbulkan sikap fanatik dan bertindak secara tidak rasional. Kesemuanya ini akan mengakibatkan keruntuhan institusi keluarga, masyarakat dan negara.

Sebagai seorang muslim kita mestilah berhati-hati dengan ajaran yang jelas menyalahi dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Ajaran-ajaran yang telah diwarta sesat oleh pihak berkuasa agama tempatan mestilah selalu dipantau dan diawasi agar tiada individu lain lagi yang akan terjerumus dan terbabit dengannya. Selain itu, para ulama dan pihak berkuasa agama seperti Ahli Jawatankuasa Fatwa mestilah selalu dirujuk untuk membendung dan mengenalpasti sebarang ajaran-jaran baru yang disyaki mempunyai ciri-ciri kesesatan. Ingatlah, sesungguhnya Islam adalah agama yang jelas kebenarannya dan jelas juga batas-batas kekufurannya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

"Sesungguhnya aku telah tingggalkan bagimu agama yang jelas nyata dari sebarang kesamaran. Jelasnya diibaratkan gelap malam gelita seperti siang harinya. Sesiapa pun tidak akan tergelincir darinya selepasku melainkan mereka yang ditakdirkan binasa. Sesiapa yang hidup selepas itu akan melihat kekeliruan yang banyak sekali. Maka hendaklah kamu berpegang dengan apa yang telah kamu ketahui dari sunnahku dan sunnah khulafa' al-rasyidin yang terpimpin. Peganglah kepercayaan dan keyakinan itu dengan teguh". (Riwayat Ibnu Majah)

Hikmah dan pengajaran yang dapat dirumuskan ialah:

Pertama : Ajaran sesat muncul disebabkan musuh-musuh Islam yang ingin merosakkan agama Islam dan juga wujudnya individu-individu yang mencari kedudukan, pengaruh, pangkat, harta, dan sebagainya.

Kedua : Ciri-ciri ajaran sesat dapat dikesan apabila kedudukan al-Quran dan al-Hadis dipertikai. Adanya perubahan pada kefahaman serta syariat islam yang diamal dan ketahui umum. Selain itu, pemimpin serta guru-guru mereka diberikan kedudukan yang melebihi kedudukan para nabi sehingga ada yang dipertuhankan.

Ketiga : Al-Quran dan al-Sunnah merupakan penunjuk kepada keselamatan dan juga kesesatan. Selain itu, para ulama dan pihak berkuasa agama seperti majlis fatwa mestilah selalu dijadikan rujukan agar tiada individu lain yang terjerumus ke dalam ajaran yang menyeleweng dan sesat.

Keempat : Akibat kejahilan dalam bidang agama yang menyebabkan penyelewengan kepercayaan dan amalan. Justeru marilah kita mendalami ilmu agama yang sahih untuk memastikan anutan kita benar lagi sahih.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku dilarang menyembah mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah". Katakanlah lagi: "Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau aku turut, sesungguhnya sesatlah aku, dan tiadalah aku dari orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk".

(Al-An'am : 56)
K7L : Hati-hati dalam menuntut ilmu..

Rohingya - Antara Mangsa Kekejaman Dan Peluang Perlindungan





Kita simpati. Kita bantu. Sebelum Keris ulas sikit, Keris nak kongsikan tulisan rakan blogger Rezqeen Hill :

Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa yang tahu. Itu perumpamaan yang barang kali sesuai ditujukan buat pelarian 

Rohingya Muslim yang kini hidup dalam keadaan serba kekurangan dan terpaksa menagih simpati daripada negara² serantau ASEAN. Menurut berita Saudi Gazette, kerajaan Arab Saudi telah memberikan kebenaran tinggal kepada lebih 170,000 orang pelarian Muslim Rohingya di sini dan selebihnya berjumlah 4 juta orang lagi sedang dalam proses pengurusan. 

Pengerusi Komuniti Muslim Rohingya di Arab Saudi, Abu Al-Shamie Abdul Majid berkata pelarian Muslim Rohingnya sudah menjadi sebahagian daripada rakyat Arab Saudi setelah kerajaan junta seakan menutup mata dengan penghapusan etnik di sana. 

Hal yang terjadi hari ini di Myanmar benar² menyedihkan apatah lagi PBB sendiri menganggap Muslim Rohingya adalah etnik / kaun yang paling teraniaya di dunia di mana kerajaan Myanmar sendiri tidak mengakui mereka sebagai warganegara tersebut. 

Paling malang sekali penganut Buddha memusuhi mereka. Muslim Rohingya telah diterima masuk sebagai imigran pertama dari Myanmar ke Arab Saudi dengan persetujuan Raja Abdul Aziz semenjak tahun 1968. 

Kemudiannya pada tahun 1980, Raja Saud telah mengeluarkan kebenaran membenarkan mereka (Muslim Rohingya) untuk tinggal tetap di Arab Saudi dengan terma sebagai pendatang yang dilindungi. 

Mereka diberikan hak kebal bebas daripada beberapa hukum dari peraturan kependudukan serta terkecuali daripada penganiayaan dan sebagainya di sana. Kebanyakan Muslim Rohingya tinggal di Mekah dan bekerja di sektor pembinaan dan mengajar membaca Al-Quran.

Berdasarkan daripada apa yang ditulis oleh rakan Keris. Kerajaan Arab Saudi bersedia menerima kaum Rohinghya ini. Keris faham ada beberapa pihak yang minta Malaysia ambil mereka, bela mereka. 

Boleh. Tapi jangan menyesal jika mereka 'berusaha' melebihi kita seperti apa yang berlaku sekarang, Pendatang Asing berniaga dan bekerja lebih baik daripada rakyat Malaysia sendiri. Kamu nak mereka diberi peluang, tetapi ruang untuk kamu sendiri pun belum tentu ada, bagaimana pula?

Keris bukan selfish, Keris juga sebak dengan apa yang terjadi kepada mereka. Apakan daya duit tak ada jadi Keris berdoalah untuk mereka. Dan cadangan kepada pihak Kerajaan, buatlah rundingan bersama Myanmar di Malaysia ataupun sediakan pengangkutan untuk dihantar mereka ini ke Arab Saudi sekiranya benar Kerajaan Arab Saudi menerima.

Bantu ini ada banyak cara. Bukan ada satu sahaja.

K7L : Harap tidak ada yang melompat dengan posting ini..

22/05/2015

Lim Kit Siang Kritik Presiden PAS Secara Terbuka - PAS Menikus Takut?



DAP menganggap kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai berbahaya dan akan melemahkan proses pembinaan negara bagi membentuk masyarakat harmoni berbilang agama dan budaya.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, beliau tidak menyangka Presiden Pas itu sanggup menggunakan alasan menyatakan kemarahan terhadap parti itu kerana membantah pelaksanaan hudud.

“Dia (Abdul Hadi) tidak jujur dan ikhlas apabila terus menerus melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta prinsip konsensus PR yang menjadi sebab kenapa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berada dalam krisis dan tidak bermesyuarat lebih tiga bulan.

“Abdul Hadi secara unilateral dan sewenang-wenangnya mengabaikan keputusan majlis pimpinan, atau membatalkan pandangan pemimpin Pas yang mewakili beliau,” katanya.

Menurutnya, perbuatan tidak jujur Abdul Hadi berlaku sewaktu PRU12 apabila beliau memberi kuasa kepada calon-calon Pas untuk bertanding di enam kerusi Dun yang diperuntukkan kepada PKR, mengakibatkan pertembungan tiga penjuru serta kekalahan bagi PR di kerusi berkenaan.

“Kedua Abdul Hadi membatalkan keputusan Majlis Pimpinan pada 17 Ogos 2014, yang dihadiri pimpinan utama DAP, PKR dan Pas (walaupun Abdul Hadi tidak hadir) tentang cadangan melantik Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Kit Siang berkata, Abdul Hadi memungkiri komitmen beliau sendiri kepada majlis pimpinan dalam mesyuarat pada 8 Februari 2015, bahawa sebarang pindaan kepada Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1995 dan sebarang rang undang-undang persendirian di Parlimen berkenaan pelaksanaan hudud mestilah terlebih dahulu dibentangkan kepada majlis pimpinan.

“Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 2015 dibentang dan diluluskan Dun Kelantan pada 19 Mac, tanpa merujuk kepada Majlis Pimpinan selain Abdul Hadi sendiri mengemukakan usul rang undang-undang persendirian di Parlimen berkenaan hudud dalam sidang Mac/April, tanpa merujuk majlis pimpinan, ” katanya – Sinar Harian

K7L : Tada tulur ka?..

Kit Siang Kurang Ajar - Kenapa Pemimpin PAS Banyak Yang Bisu?

  
 

Nampaknya PAS sudah buktikan mereka hanyalah parti yang bisa tunduk kepada DAP dan PKR. Manakan tidak, boleh kira dengan jari siapa yang berani untuk tutupkan mulut pemimpin DAP.

Lagi-lagi jika mereka berbicara tentang Hudud yang merupakan janji PAS untuk laksanakan setelah sekian lamanya. Kit Siang yang dah tak larat sampai tersungkur bersujud kat Parlimen pun mereka tak berani nak sound?



 

Itupun DAP rasa macam sepoi-sepoi sahaja. Semua ini jadi sebab apa? Sebab Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pun dha tunduk pada DAP. Dia sendiri tak kisah bersentuhan dengan Rara.

Jadi nak cakap apa lagi? Selagi PAS tidak keluar daripada Pakatan maka mereka akan senantiasa tunduk kepada kehendak dua parti lain. Serius! PAS diberi kuasa yang sikit di negeri lain hanya kerana Kelantan PAS menang banyak, tetapi pelaksanaan yang nak dibuat di Kelantan pun kena kontrol. Apa citer?

K7L : Bersama jadi Keldai.. Sendiri jadi api.. mana satu PAS nak?

Pertembungan Dua Kumpulan Dalam PAS - Apa Akan Jadi?




Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sah akan dicabar bekas naib presiden Ahmad Awang pada pemilihan PAS pada Jun depan.

Sementara Timbalan Presiden, Mohamad Sabu pula berdepan saingan daripada Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Perkara itu dimuktamadkan menerusi satu salinan pencalonan yang diedarkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi, pada sidang media hari ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah pula sah bertanding jawatan naib presiden walaupun sebelum ini disebut-sebut berkemungkinan mencabar Mohamad.
Bagi kerusi naib presiden pula, 4 personaliti sah akan mencabar 2 penyandang jawatan tersebut iaitu Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Empat personaliti yang akan mencabar penyandang untuk jawatan itu adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka, Datuk Iskandar Abdul Samad; Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Amar.

Bagi jawatan ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat sah akan dicabar Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sementara penyandang Timbalan Ketua Pemuda Muhammad Khalil Abdul Hadi dicabar oleh Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.

Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff akan dicabar Nuridah Salleh untuk mempertahankan jawatannya sementara Timbalan Ketua Muslimat Dr Mariah Mahmud akan dicabar Dr Rosni Adam.

Lima puluh empat nama disahkan akan bertanding merebut 18 kerusi jawatankuasa PAS Pusat.

Pencalonan untuk jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat akan hanya dimuktamadkan pada minggu hadapan selepas nama-nama yang dicalon memberi persetujuan untuk bertanding, kata Asmuni.

Sementara itu, Asmuni berkata beliau sedia menerima kritikan atau usul untuk dilucutkan jawatan pengerusi pemilihan jika ada pihak yang membawa perkara tersebut kepada perhatian parti.

Asmuni pada pemilihan 2013 bertindak meletak jawatan sebagai pengerusi selepas terdapat kesilapan dalam proses pemilihan pada ketika itu.

21/05/2015

Presiden PAS Bersuara Pasal DAP-PKR! - Apa Kata Akar Umbi?

 

Haji Hadi kini kelihatan seorang diri dalam menghadapi cabaran untuk dijatuhkan? Tidak sama sekali. Sebab itu Hadi nampak lantang dan berani dalam bersuara. Konco-konconya sudha mula bergerak ke akar umbi.

Liberal dan PasMa dalam PAS kini sedang mati akal. Apalagi mereka nak buat. JIka nak pakai Pemuda PAS, mereka lihat Suhaizan belum cukup kuat untuk berlawan dengan AJK PAS Pusat sekarang iaitu Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga anak kepada Nik Aziz.

Sejauh manakah akar umbi PAS akan bersedia untuk menolak hudud seperti permintaan puak liberal? Kini kita lihat Mat Sabu sedang cari dana untuk 'beri gula-gula' pada perwakilan untuk pastikan dirinya menang. 

Apapun pertembungan kali ini akan menjadi bukti samada PAS terus dipimpin ulama atau digulingkan oleh junta liberal.

K7L : Nilai Kuasa melebihi Islam itu sendiri..

Kabinet Bayangan DAP? - Tanpa PAS Dan PKR!



Nampak gayanya DAP sudah tidak sabar lagi menunggu rakan sekutu parti mereka, PKR untuk menubuhkan kabinet bayangan. Nampak gayanya juga PAS sememangnya diketepikan. 

DAP telah memilih untuk bersendirian dalam mencorak kabinet bayangan mereka sendiri. Tidak hairanlah apabila DAP sudah mula menagmbil hati orang-orang Melayu kerana parti mereka ingin memerintah Malaysia tanpa perlu mendpat sokongan daripada PAS dan PKR. 

Dalam kita bertelagah dan bergaduh sesama sendiri, rupanya kita tak sedar bahawa DAP dah mula melangkah ke satu tahap lagi. Kabinet bayangan DAP dikeluarkan dan diviralkan untuk menunjukkan bahawa mereka dah nampak 'bayang-bayang' yang mereka akan mentadbir negara.

Sekarang kita nak bagi muka lagi pada DAP? Fikirlah sikit wahai orang Melayu. Jangan kerana 'poket' maruah bangsa dan agama dilacurkan. Jangan kerana emosi maka rela dipimpin oleh parti yang memang nak hapuskan keistimewaan kita.

K7L : Jangan menyesal..

PKR-DAP Salahkan PAS Tak Dapat Persefahaman Sebab Hadi Nak Jadi PM?


Panas! Panassss! Wan azizah dikatakan dah buat kabinet bayangan gabungan Pakatan tapi ada masalah sebab Hadi mahu PAS jadi Perdana Menteri. Kiranya kerusi PM hanya untuk PAS sama macam kerusi MB Selangor yang 'hanya untuk PKR.

Sebabkan sakit hati dengan PAS serta nak tunjuk siapa yang lebih berkuasa dalam gabungan tak berdaftar Pakatan, DAP terus mengeluarkan kabinet bayangan mereka tanpa memasukkan pimpinan PKR dan PAS. 

DAP melihat PRK Permatang Pauh adalah penujuk aras bahawa Rakyat akan memilih parti lain selain UMNO dengan tagline PAS iaitu Asal Bukan UMNO (ABU).  Jadi DAP yang lebih berkuasa berniat untuk menenggelamkan yang lain.

Kalau nak kira jumlah kerusi, sudah tentu DAP lebih banyak dari PKR-PAS. Maka sekarang tekanan diberi kepada Hadi. Tidak pelik sekiranya ada pihak yang 'fund' pihak yang lain untuk menentang Hadi dan konco-konconya.

Kita doakan yang terbaik untuk Melayu dan Islam. 

K7L : Smeoga PAS kembali ke jalan yang benar.

20/05/2015

Lau Weng San Tidak Percaya @AzminAli - Tidak Mahu Melayu Terajui GLC?


 

Nampaknya DAP dah nampak kelemahan pentadbiran Azmin. Kini mereka sudah mula menyusun strategi 'membunuh' Azmin yang dilihat agak memberi muka kepada orang PAS di Selangor.

Kini Lau Weng San mengorak langkah pertama untuk memburukkan keadaan dengan beberapa siri pendedahan dan desakan. Jika desakan dia berjaya maka bukti DAP menguasai Pakatan adalah benar.

Lau Weng San baru-baru ini sudah sibuk buka kotak cari maklumat untuk dedahkan syarikat-syarikat GLC dibawah Kerajaan Negeri Selangor. Atas sebab apa? Apakah DAP sudah tidak mahu ada orang melayu menerajui GLC Selangor?

Dengar dan amati kata-kata dari Lau Weng San. Kita tunggu dan lihat. Apakah Azmin akan mendiamkan diri atau dia ada kaedah tersendiri untuk patahkan serangan pihak DAP Selangor?

Mungkin juga ini adalah 'bargain' daripada Wan Azizah yang akan menuruti segala kehendak DAP dengan syarat dai mahukan Azmin ' diikat dan ditelanjangkan' sebelum PRU 14.

K7L : Mereka makin huru-hara..lebih baik BN dari Pakatan Rebah..

Kisah Rohingya Yang Menyayat Hati - Bersyukurlah Hidup Di Malaysia!


 

KEJAM!! ZALIM!! Itulah antara ungkapan yang mampu saya ungkapkan sewaktu membaca artikel tentang penindasan yang telah dilakukan oleh Junta Tentera Myanmar terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar.  

Mereka dihalau dari tanah air mereka sendiri dengan cara yang sangat kejam. Jikalau mereka enggan keluar, mereka di ancam. Mereka di tangkap dan dibunuh tanpa perbicaraan, tanah-tanah dan binatang ternakan mereka dirampas sesuka hati, banyak masjid dimusnahkan dan generasi muda di halang hak pendidikan mereka.

Kesemua ini dilakukan bagi menekan etnik ini seterusnya melakukan pembersihan etnik dari tanah air mereka sendiri. Menurut sejarah, orang Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma.

Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (yang dahulunya dikenali sebagai Arakan) manakala sebahagian kecil menetap di bandar Akyab, Rathedaung dan Kyauktaw. 

Masalah etnik Rohingya bermula apabila kerajaan junta tentera Myanmar berasa kurang senang dengan mereka. Mereka menganggap etnik ini tiada hak untuk menetap di Myanmar kerana agama dan asal usul mereka. 

Kemuncak kepada episod duka ini berlaku apabila kerajaan junta melancarkan genosid (penghapusan etnik) secara meluas dan terbuka kepada etnik malang ini. Genosid bermula pada tahun 1962 ekoran episod rampasan kuasa oleh General Nay Win di Myanmar. 

Pada November 1948 sehinggalah awal 1992, sebanyak 19 kempen ketenteraan telah dilakukan bagi menghalau etnik Rohingya dari tanah air mereka. Antara operasi yang paling kejam ialah Operasi Burma Territorial Force (BTF) pada tahun 1949-1950, Operasi Nagamin pada Februari 1978-1979 dan Operasi Na-Sa-Ka (Pasukan Keselamatan Sempadan) yang bermula pada tahun 1992 hingga kini. 

Menurut Amnesty International, orang Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak kemanusiaan oleh junta tentera Myanmar sejak tahun 1978, dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh. 

"Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu." 

Apa yang dikesali disini adalah kekurangan kesedaran umat Islam pada nasib saudara seagama mereka ini. Meskipun kes mereka tidaklah sepopular penindasan umat Islam di Palestin dan China, namun apa yang telah berlaku pada mereka tidak banyak beza. 

Mereka ditindas dan dihalau daripada tanah air mereka. Hak mereka dinafi dan di cabuli sesuka hati. Tambah menyedihkan apabila Negara umat Islam sendiri tidak membela nasib mereka. Nasib etnik ini tidak dibela sewajarnya. 

Mungkin kes kemanusiaan yang berlaku pada pelarian Etnik Rohingya ini tidak dipandang secara serius seperti mana kita memandang isu yang berlaku pada saudara kita di Palestin. Namun apa yang pasti, mereka merupakan saudara seagama kita. Kita seharusnya peka dengan situasi mereka sekarang. 

Jika isu Palestin mampu mendapat liputan meluas dan kutipan tabung amal secara besar-besaran, mengapa tidak kita lakukan perkara yang sama untuk etnik Rohingya ini? Krisis yang berlaku pada mereka seharusnya dipandang secara serius. Kita sepatutnya bersama-sama memikirkan penyelesaian yang tepat bagaimana hendak membela nasib mereka sebaik mungkin. 

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Isu kekejaman ini semakin membarah dari hari kehari pada umat Islam di Arakan ini. Ingatlah!! Allah SWT telah menyatakan dengan jelas mengenai konsep persaudaraan ini melalui surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud: ’Sesungguhnya orang mukmin itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara saudara-saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat’. 

Manakala dalam hadis nabi saw pula, Rasulullah bersabda yang bermaksud: ’Perumpamaan orang mukmin dalam berkasih sayang, cinta mencintai, dan kasih mengasihi ibarat satu tubuh, iaitu apabila terdapat salah satu anggota badan yang sakit, maka seluruh tubuh turut berasa sakit dengan tidak boleh tidur dan demam’. (Hadis Riwayat Imam Muslim).

 Akhirnya, saya berharap semoga kita, sebagai umat Islam tidak memandang secara sebelah mata terhadap isu umat Islam Rohingya ini. Mereka adalah saudara seIslam kita juga. Mekanisme penyelesaian isu ini seharusnya difikirkan bersama dan dilaksanakan dengan secara bersama dan konsisten. 

Adakah kita berharap musuh-musuh Islam akan membantu kita? Oh! Tidak mungkin. Sejarah sendiri menunjukkan siapakah sebenar musuh-musuh Islam. Dengan kesedaran yang ada, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan tenaga bagi menyelesaikan masalah umat Islam di Arakan ini. Semoga hak dan nasib mereka di bela sewajarnya. Insyallah.. 

*Sumber di ambil dari Majalah Milenia bil.87 1430 Zulkaedah - Zulhijjah

19/05/2015

3 Fakta Pasal Tabung Haji Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu! @azeezputera


 

Keris memang tak faham dengan 1MDB dan keliru banyak sangat. Tapi bila dibabitkan dengan pelaburan oleh THP, Keris rasa tak adil sekiranya ada pihak menjadikan pelaburan tersebut untuk menjadi 'sebab' untuk menjadi punca kepada satu pendedahan.

Tak adil. Pada Keris, tak salah sekiranya beri peluang TH jana kawasan yang mungkin lebih baik dan Islamik daripada Bukit Bintang yang dibangunkan oleh YTL? Jadi apa masalah? Berikut ada tiga fakta tentang Tabung Haji yang kita perlu tahu sebelum ada buat keputusan tak bijak seperti nak keluarkan duit dari akaun Tabung Haji.



K7L : Kalau tak nak faham banyak pun at least faham sikit pun jadilah..

1 MELAYU 32 Cina - Siapa Yang Rasis Di Penang?


 

Mana orang-orang Melayu yang sokong sangat PKR dan PAS? Mana orang India yang sokong sangat DAP dan PKR? Tak nampak ke bagaimana anda semua dipergunakan? Semua orang tahu yang harga rumah dekat Penang mahal nak mampus.

 

Dari gambar ini, kita dapat tahu hanya 1 penerima Melayu yang berjaya memohon rumah mampu milik. Apa yang Melayu dan India di Penang tak nampak, DAP memang tak pernah ambil pusing pun pasal mereka.

Ini bukan soal rasis. Tetapi ini soal keadilan buat rakyat Penang. Kalau orang Penang sendiri tak kisah kena tindas dengan tindakan berat sebelah DAP. Tak mengapa! Teruskanlah memberi undi kepada Pakatan yang kini dikuasai sepenuhnya oleh DAP.

Lihat masa depan, kerana terpengaruh dengan dakyah palsu pembangkang, kelak 
yang merana bukan kita tetapi generasi yang sedang membesar dan yang akan lahir. Kita dah lepas dah sebab tu tak rasa dan tak fikir akibatnya.

Apapun kita tengoklah, apa lagi yang akan dibuat oleh DAP di Penang. Majukan negeri tapi rakyat tertindas? Sampai bila?

K7L : Jangan percaya DAP.. Nenek dah pesan dulu...

10 Perkara Anda Perlu Tentang ROHINGYA



1. Orang Rohingya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (dahulunya dikenali sebagai Arakan)


2. Sejarah orang Rohingya bermula dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan yang menjadi penempatan bagi pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam.

3. Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya seperti orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, Parsi dan Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.

4. Amnesty International melaporkan etnik Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak kemanusiaan oleh junta tentera Myanmar sejak tahun 1978 dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh.

5. Etnik Rohingya dinafikan kewarganegaraandan tidak mendapat hak seperti rakyat Myanmar yang lain. Juga tetakluk kepada pelbagai bentuk penindasan seperti dikenakan pelbagai bentuk cukai, tanah dirampas, rumah dirobohkan dan dihalau dari kampung halaman mereka.

6. Pada 1978, kira-kira 200,000 etnik Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh ekoran Operasi Nagamin oleh tentera Mynmar secara besar-besaran. 

7. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa sebarang bayaran dan dipaksa untuk menjadi buruh untuk projek-projek pembinaan semasa pemerintahan tentera Myanmar.

8. Kepada Myanmar, Rohingya ialah pendatang dari Bangladesh, mereka bukan sebahagian daripada 137 minoriti di negara itu.

9. Orang Rohingya adalah bangsa tanpa Negara kerana Myanmar tidak mengiktiraf mereka sebagai salah satu dari 137 minoriti di Negara tersebut dan Bangladesh juga enggan menerima mereka.

10. Apabila Bangladesh enggan menerima mereka, kebanyakkan etnik Rohingya melihat peluang untuk mendapat pembelaan dan kehidupan lebih baik di Indonesia dan Malaysia. Ini dapat dilihat dengan trend kebanjiran orang Rohingya yang hadir ke negara ini semenjak 1980-an. Isu ini juga membuka kepada peluang ‘perniagaan’ pemerdagangan manusia yang menjadi orang tengah dalam membawa masuk mereka ke negara-negara SEA.

Untuk menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Rohingya – MyCARE sila ikuti maklumat lanjut di Nusantara Care (NICE).

Sumber : Aiman Khairul Azzam | Aktivis MyCARE


K7L : Kerajaan perlu kecam Burma.. beri perlindungan bukan warganegara..

18/05/2015

@Armand_PJU #SAM1MPrihatin #BrigedPrihatin Lawat Keluarga Tak Mampu Beli Susu?



 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hanya melalui media sosial, anak-anak kecil ini akhirnya dapat dibantu. Sebab itu jadikan media sosial temoat untuk berkongsi maklumat sebegini. 

Rakyat Malaysia ini berjuta rakyatnya, manalah kita nak tahu siapa yang benar-benar susah. Bagus kepada yang memberi maklumat. Bagi pihak SAM1M dan BKM Pemuda UMNO, Keris ucapkan syabas.

Dan Keris menyeru rakyat Malaysia untuk terus berkongsi maklumat tentang kesusahan orang lain. Manakan tahu, hari ini hari mereka, esok lusa hari kita pula.

K7L : Semoga Allah memberkati mereka yang membantu dan yang dibantu..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk