Menurut posting dalam halaman Facebook Pahang polis, syarat-syarat tersebut telah dipersetujui oleh Ketua Polis Daerah, Kuantan, ACP Jasmani Yusoff dan jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau 2.0.
Penggunaan risalah atau sepanduk hasutan dilarang sama sekali semasa perhimpunan berlangsung, tetapi yang berkaitan dengan Himpunan Hijau 2.0 dibenarkan.
Pembesar suara atau loudhailers boleh digunakan, tetapi ia tidak harus mewujudkan "keresahan dan gangguan" kepada penduduk yang berhampiran.
Syarat-syarat lain ialah:
- Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang, membuat bising, memberi apa-apa syarat yang boleh menganggu keselamatan awam.
- Penganjur sekiranya dikehendaki, hendaklah membenarkan pegawai kanan Polis yang hadir untuk merakamkan ucapan, termasuk rakaman video atau membuat rakaman pita “bertape” dengan menggunakan alat- alat yang lazimnya digunakan.
- Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan, maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan Padang MPK 4, Kemunting, Kuantan.
- Penganjur hendaklah menasihati peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata, bahan letupan, mercun dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu
- Program Himpunan hijau 2.0 secara aman tersebut mestilah dilansungkan/diadakan mulai jam 10 pagi hingga jam 12.00 tengahari.
- Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan dan kelancaran lalulintas semasa perhimpunan tersebut.
- Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
- Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan bersurai tanpa mengadakan perarakan.
Follow tweethandle Keris - @Keris7Lok untuk sebarang info baru mengenai Himpunan Dosa 2.0.
K7L : Jika sempat Keris buat Live Update...
0 ulasan:
Post a Comment