Sebelum ini Anwar Ibrahim mendapat kecaman hebat dari orang Islam
di Malaysia kerana sekali lagi beliau dirakam melakukan ritual tunduk
sembah mayat di upacara kematian mendiang Karpal Singh. Lihat di sini
Seperti yang telah dijelaskan perbuatan tersebut
adalah berdosa. Namun Anwar Ibrahim tidak dapat menerima teguran bahawa
perbuatannya itu sesuatu yang haram dengan berdalilkan hadith yang
asalnya sahih namun telah dipalsukan oleh beliau secara terang-terangan
di ceramah Pakatan Rakyat pada 20 haribulan yang lalu seperti dalam
rakaman di atas.
Hadith yang sahih sebelum dipalsukan oleh Anwar Ibrahim adalah seperti berikut:
Dari
‘Abdurrahmaan bin Abi Lailaa, ia berkata: Sahl bin Hunaif dan Qaid bin
Sa’d pernah bertugas di Al-Qaadisiyyah. Telah lalu jenazah di hadapan
mereka, lalu keduanya pun berdiri. Dikatakan kepada mereka berdua:
“Sesungguhnya jenazah itu adalah orang dari kalangan Ahludz-Dzimmah.
Mereka berkata: “Sesungguhnya pernah lalu satu jenazah di hadapan Nabi
shallallaahu ‘alaihi wa sallam, lalu beliau berdiri. Dikatakan kepada
beliau: ‘Sesungguhnya ia adalah <b>jenazah orang
Yahudi</b>’. Beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
‘Bukankah ia juga manusia” [Diriwayatkan oleh Bukhaariy no. 1313, Muslim
no. 960, An-Nasaa’iy no. 1921, dan yang lainnya].
Ada banyak hadith sebegini telah diriwayatkan samada
sahih atau lemah namun tidak ada satu pun yang meriwayatkan Nabi
menundukkan kepala kepada mayat yahudi tersebut. Lihat perbahasan ilmiah
seputar hadith Nabi berdiri hormat jenazah di sini.
Jelas di sini Anwar Ibrahim telah melakukan satu
pendustaan ke atas Nabi dengan memalsukan hadith baginda shallallaahu
‘alaihi wa sallam. Tidak perlulah bercerita panjang dan berdalih jika
ianya melibatkan pendustaan ke atas Nabi. Kami menasihatkan supaya Anwar
Ibrahim bertaubat, menarik balik kata-katanya.
Janganlah ingin membenarkan perbuatannya melakukan
ritual tunduk sembah mayat di upacara kematian mendiang Karpal Singh,
maka beliau sanggup berdusta ke atas Nabi. Sesungguhnya Nabi
shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah memberi amaran yang sangat keras
berkenaan hal ini:
“Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku
sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempat
duduknya di dalam neraka” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari – no: 109]
Sebagai
umat Islam kita mesti sensitif apabila seseorang berdusta ke atas Nabi
sebegini. Perkara ini tidak boleh diambil mudah. Dan kami memohon JAKIM
atau pihak berkuasa mempercepatkan proses mewartakan undang-undang
berkenaan isu hadith ini.
Tidak perlu berasa malu jika tidak melakukan ritual
tersebut. Jika kita mempraktikkan tuntutan agama Islam dengan tidak
tunduk sembah mayat Karpal Singh, tidak bermakna kita tidak menghormati
agama mereka.
Ada persoalan daripada Keris terhadap orang yang populis :
Mohon MAZA beri pandangan. Atau dia hanya terus tutup mulut jika pasal Anwar Ibrahim?
K7L ; Apa hubungan MAZA dengan AI ye? hmmmm