31/03/2016

Flip-Flop Bagi Jawapan - Kini LGE Menggelabah Tak Tentu Pasal?



Flip Flop sangat ni wahai LGE. Mula-mula kata tak tahu harga sebenar kemudian kata tahu pula selepas bayar duti setem. Mana satu kenyataan yang betul? Jangan cakap pusing pusing. 

Ada daripada pemimpin yang gemar mencium kakinya kata Guan Eng seorang akauntan dan tidak tahu harga sebenar. Jangan bohonglah! Ketua Menteri kot. Tak akan tak tahu langsung pasla nilai hartanah di negeri yang diperintah?


Guan Eng dilihat mula terperangkap dengan jawapannya sendiri berkenaan dengan skandal rumah banglo miliknya di Jalan Pinhorn, George Town. Guan Eng cakap pemilik rumah itu, Miss Phang Li Kung telah menawarkan untuk menjual kepadanya dengan harga RM2.8 juta pada tahun 2012.

Walaupun Guan Eng hanya membeli rumah itu 3 tahun kemudian, iaitu pada pada 2015, namun pemilik rumah masih mengekalkan harga asal (2012) berdasarkan persefahaman dengan isterinya, Betty Chew.


Yang best masa dia jemput pengamal media dan wartawan datang rumah :

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika ditanya sama ada beliau tahu bahawa rumah itu dibeli di bawah harga pasaran,Guan Eng berkata beliau bukan seorang ejen hartanah.

“Saya tidak tahu harga. Hanya terdapat pemahaman lisan,” katanya ketika membawa kira-kira 30 pengamal media melawat banglo miliknya di Jalan Pinhorn pada Ahad.


Jawapan Guan Eng itu dianggap naif kerana beliau selain Ketua Menteri merupakan Pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan negeri. Takkan tak tahu langung? 

K7L : Jadi selama ini Ketua Menteri Pulau Pinang memang tak ambil tahu pasal rakyat?..

Mana Dokumen Penjualan Tanah PPRT Taman Manggis?


 

Gerakan hari ini menggesa kerajaan DAP Pulau Pinang supaya mengemukakan semua dokumen berhubung penjualan tanah di Taman Manggis, yang dikatakan untuk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). 


Setiausaha Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong, berkata tanah Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin telah dilulus untuk pembinaan PPRT fasa kedua oleh kerajaan negeri Pulau Pinang semasa di bawah pimpinan Barisan Nasional. 

Beliau berkata kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang telah menjual tanah itu, sepatutnya mengemukakan semua dokumen mengenai penjualan tanah itu dan bukannya cuma membuktikan kerajaan BN yang menukar pembangunan projek berkenaan

"Saya diberitahu memang terdapat perbincangan untuk membina kuarters kerajaan di tanah itu pada ketika itu namun, itu hanya dalam tahap perbincangan dan belum ada keputusan muktamad," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Bernama

Jadi sekarang kita perlu mencabar Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo untuk mendedahkan semua dokumen berhubung penjualan tanah berkenaan. 

Jangan cakap banyak mana dokumen tunjuk sahaja. Rakyat mahukan penjelasan dan bukti yang DAP buat apa terhadap tanah Taman Manggis. Beri anugerah tanah pada tahun 2010 tapi sudah 6 tahun masih belum ada apa-apa lagi pembangunan di situ.

Kan bagus kalau bina PPRT di situ. Asyik buat bangunan mewah sahaja. Fasa pertama PPRT Taman Manggis mempunyai 320 unit rumah telah disiapkan manakala fasa kedua membabitkan 272 unit rumah tidak sempat dilaksanakan oleh kerajaan BN selepas kalah dalam pilihan raya umum 2008. 

Inilah akibatnya tukar kerajaan di Pulau Pinang. Sebenarnya sudah terlalu banyak yang BN nak buat untuk rakyat tidak dapat dilaksanakan dan akhirnya DAP buat benda ikut suka hati mereka.

K7L : Mana dokumen?..

Semua Pemimpin DAP Diarah Tutup Mulut Selepas Kes Feng Shui?


 

Pemimpin DAP diarahkan supaya 'tutup mulut' berhubung banglo milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan kontroversi yang melanda tanah di Taman Manggis.

Pekeliling yang diedarkan oleh pegawai DAP Pulau Pinang meminta pemimpin parti untuk tidak mengadakan sebarang sidang media atau mengeluarkan kenyataan berhubung dua isu berkenaan yang membabitkan parti di negeri itu.

Hanya tiga pemimpin diberi kuasa untuk mengeluarkan kenyataan dan mereka ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Pengerusi DAP Pulau Pinang dan anggota exco negeri, Chow Kon Yeow dan penasihat undang-undang parti yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Menurut pekeliling itu, arahan itu bertujuan untuk mengelakkan keadaan bertambah mengelirukan dan bagi menentukan pemimpin mengulas mengenai apa yang patut dan tidak sepatutnya diperkatakan.

Pekeliling itu turut menyatakan bahawa ia bertujuan untuk mengelakkan sebarang "pendedahan maklumat sensitif yang tidak disengajakan" memandangkan isu-isu berkenaan adalah serius.

Pekeliling tersebut ditujukan kepada ahli-ahli Parlimen parti, ahli dewan undangan negeri (Adun), ahli jawatankuasa negeri termasuk pemimpin Wanita dan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy).

Ia turut memaklumkan bahawa serangan dilakukan "secara terancang oleh pihak pembangkangnya", pekeliling itu meminta kerjasama penuh bagi menangani krisis yang berlaku.

Pekeliling itu membuat kesimpulan dengan mengatakan bahawa: "Kita mungkin mempunyai perbezaan pendapat dalam mengendalikan isu-isu ini tetapi pada masa ini perpaduan adalah penting".

Guan Eng didakwa membeli banglo di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta, lebih rendah dari nilai pasaran.

Pihak yang membuat dakwaan itu kemudiannya mendedahkan dokumen menerusi media sosial dengan mendakwa wujudnya kaitan antara pembelian banglo tersebut dan projek di Taman Manggis, Georgetown yang mencetuskan kontroversi.

Guan Eng menafikan dakwaan itu dan memberitahu bahawa beliau akan memberi kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

Sejak isu berkenaan mencetuskan kontroversi dua minggu lalu, banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin DAP.


Ada kenyataan yang menambah kekeliruan dan ada juga yang melucukan seperti dakwaan Ahli Parlimen Tanjung, Ng Weik Aik bahawa Guan Eng merupakan seorang akauntan maka tidak boleh menjangka melakukan penilaian terhadap banglonya.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pada Ahad mencetuskan sensasi apabila mendakwa nilai hartanah berkenaan rendah mempunyai kaitan dengan fengshui yang tidak baik.

K7L : Kah Kah Kah... terus semua kena diam?...

Akuan Bersumpah Phang Adalah Palsu? - Guan Eng Semakin Terdesak?


 


Mengikut kata wakil Pemuda UMNO Pulau Pinang, Phang yang telah membuat akuan bersumpah mendakwa dirinya tidak mempunyai hubung kait dengan kerajaan disyaki palsu.

Dan bukti yang ada pada tangan mereka mendapati Phang mempunyai hubung kait perniagaan dengan kerajaan negeri. apabila sumber yang diperolehi mendedahkan Phang mempunyai saham sebanyak 30 peratus dalam syarikat Mangnificient Emblem Sdn Bhd.

Ada sumber mendedahkan Phang Li Koon mempunyai saham sebanyak 30 peratus dalam syarikat Mangnificient. Syarikat ini terlibat dalam perniagaan perumahan atau lektrik di Pulau Pinang. Syarikat ini berurusan dengan Majlis kerajaan negeri (PBT) Pulau Pinang,

Sebelum ini Phang dikhabarkan telah membuat akuan bersumpah berhubung penjualan rumah banglo mewah kepada Guan Eng, yang dilaporkan dibeli dengan harga murah dan dibawah pasaran hartanah.

Phang mengaku beliau menjual rumah terbabit dengan harga murah diatas dasar suka sama suka, dan tidak mengharap atau menunggu sesuatu ganjaran daripada Ketua Menteri itu.

Dalam dunia ini mana ada orang yang tak mahu untung? Takkan ada orang yang jual rumah dengan harga rendah dan dibawah harga pasaran pada orang yang tidak ada hubungan darah sekalipun?

Jangan nak berlagak suci dan baik. Phang tidak jujur sama macam Guan Eng yang lari daripada menjawab. Kini kita akan ihat apa sebenarnya berlaku antara mereka.

K7L : Ada sesuatu ikan di sini..

Tranformasi Parlimen Gagal Kalau Wujud Orang Macam Guan Eng?


 

Pelaksanaan transformasi Parlimen perlu dimulakan anggota-anggota Parlimen itu sendiri yang seharusnya berbahas mewakili rakyat dan bukannya semata-mata berasaskan parti politik.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad berkata setiap anggota Parlimen perlu berbahas dengan kebenaran dan tidak membawa ideologi politik dalam setiap perbahasan.

"Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat untuk membawakan masalah mereka ke Parlimen untuk diselesaikan namun kekecewaan rakyat pada Parlimen bermula apabila anggota Parlimen berbahas sebagai ahli politik," katanya. -
Bernama

Sememangnya hari ini pembangkang yang ada didalam Dewan Rakyat berbicara atas kapasiti parti dan menyerang pihak kerajaan juga atas kapasiti parti. Itu belum lagi nak kira provokasi serupa beruk.

Bercakap jerit terlolong macam MP Kuala Langat yang tak guna sesen tu. Yang tak mahu cakap bahasa Melayu macam MP Kuching. Yang tak faham bahasa macam MP Sepang dan berlagak pandai tapi bebal macam MP Pokok Sena.

Paling teruk sekali Guan Eng yang menjadi Ahli Parlimen Bagan walaupun dia juga adalah Adun Air Putih. Banyak betul kerusi dia nak pegang sekali dengan Ketua Menteri walaupun dia adalah Ahli DAP Kota Melaka. Macam hebat sangat.

Sudahlah jarang datang Dewan Rakyat. Bila datang dia buat provokasi serupa mawas terlepas zoo. Ini semua memang kena ubah. Terpekik terlolong macam di pasar. Bila MP Barisan Nasional nak bercakap mereka semua bertukar jadi lalat.

K7L : Kena tukar perangai.. jangan asyik fikir diri hebat je..tu jadi mawas..

@cq_rain Sound Azmin Ali Korbankan Diri Buat Isu Untuk Tutup Cerita Guan Eng?



Aneh dan tidak bijak. Mengapa secara tiba-tiba sahaja Azmin Ali mengeluarkan kenyataan yang sensitif kepada umat Islam? Kenapa dalam pada isu Rasuah Guan Eng sedang hangat diperkatakan dia timbulkan isu sebegini?

Nampaknya Azmin Ali bersedia mengorbankan dirinya daripada terus melihat Guan Eng dibelasah. Sehingga hari ini Guan Eng masih mendiamkan diri dan tidak agresif menjawab pertanyaan perihal skandal rasuah tersebut.

Wartawan tanya pun dia lari. Orang-orang dia jawab merapu. Ada kata feng shui lah. Ada kata dia orang biasa sahaja lah. Macam-macam yang hadir memberi pertahanan yang membawa kerebahan kepada Guan Eng.

Sayang betul Azmin Ali pada Guan Eng. Sehingga korbankan maruah untuk selamatkan. Apa sebenarnya DAP kepada PKR? Apapun Keris sertakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Kuala Langat :


CATUAN AIR PADA MASJID DAN SURAU OLEH MB SELANGOR.
1. Setelah hampir setahun iaitu semenjak kerajaan persekutuan menandatangani persefahaman bersama kerajaan negeri, isu bekalan air agak reda apatah lagi dengan akujanji meneruskan dan menyiapkan loji bekalan air terawat, Langat 2.

2. Namun, beberapa hari lalu, kegusaran rakyat Selangor kembali memuncak apabila
Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Azmin Ali mengumumkan tarikh projek Langat 2 yang dijadualkan siap pada tahun 2016 ditunda kepada 2017-2018.

3. Kebimbangan ini bertambah apabila Azmin Ali menggesa seluruh masjid dan surau dalam negeri ini mencatu penggunaan air seolah-olah pembaziran air berlaku di rumah ibadat penganut agama Islam sahaja.

4. Menteri besar perlu ingat, bahawa air adalah keperluan asas manusia. Ia tiada kena mengena dengan sentimen agama dan seluruh rakyat negeri ini yang berbilang bangsa amat-amat memerlukan keperluan asas air.

5. Azmin patut terlebih dahulu mengkaji bahawa pengguna air tertinggi bukan datangnya dari rumah-rumah penganut agama Islam mahu pun rumah-rumah ibadat penganut agama Islam seperti masjid dan surau. Pengguna terbesar air adalah industri berasaskan air seperti jenama minuman hinggalah peniaga kecil seperti kedai dobi dan peniaga cuci kereta. Tiada yang tidak membayar harga air sama ada individu, peniaga, industri mahu pun surau dan masjid. Semua berhak menikmati air bekalan yang sama tanpa diskriminasi catuan.

6. Dalam hal ini, kawasan simpanan Lipat Kajang sering mendahulukan kawasan perindustrian seperti Shah Alam, Petaling Jaya dan Putrajaya dan kawasan pinggiran seperti Kuala Langat dan Sepang sering menjadi mangsa catuan air terpanjang pada satu-satu ketika.

7. Azmin patut berasa malu apabila memegang jawatan menteri besar selepas Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau sepatutnya lebih agresif dan kelihatan efisien dalam menyelesaikan isu air yang menjadi mimpi ngeri rakyat Selangor terutama menjelang musim kering seperti sekarang.

8. Saya menggesa wakil-wakil rakyat dan pemimpin Pas di negeri Selangor supaya menasihatkan Azmin agar menjaga sensitiviti penganut agama Islam seterusnya mendesak agar Azmin menyegerakan pembinaan Langat 2 tanpa sebarang alasan lagi.

Jefrizal Mohd Jaafar
Ketua Pemuda
Umno Bahagian Kuala Langat

K7L : Sayang sangat Azmin pada Guan Eng tu..

30/03/2016

Antara Jawapan-Jawapan Mengapa Harga Rumah LGE Rendah Daripada Harga Pasaran!


"Pada 3 Julai 2009, Guan Eng berpindah dari Seri Teratai ke sebuah banglo mewah di Jalan Pinhorn atas alasan mempunyai banyak semut api, anai-anai dan musang. 

Pemindahan itu dilakukan dengan dengan alasan memberi laluan kepada pembaikan besar dan rawatan anai-anai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sebelum ini, sebuah akhbar mendakwa kediaman baru itu hanya sebuah banglo biasa namun selepas proses pengubahsuaian, ia menjadi kediaman mewah. 

Bagaimanapun, Guan Eng menafikannya dengan mendakwa kos pembaikan dan pengubahsuaian rumah sewa itu ditanggung oleh pemiliknya. 

Memandangkan pemiliknya ingin menduduki rumah itu suatu masa nanti, Guan Eng bersetuju tidak mendedahkan butiran lanjut ini kerana ia melibatkan hak peribadi pemiliknya. 

Mempertahankan tindakannya, Guan Eng berkata beliau tidak membelanjakan wang awam sebaliknya hanya menggunakan elaun perumahan yang diperuntukkan kepadanya mengikut undang-undang, seperti pernah dinikmati Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebelum itu"


Apabila Teresa Kok dan rakan-rakan seperbodohannya beri alasan Guan Eng beli harga rumah murah kerana Feng Shui tidak baik maka kita lihat kembali isu rumah Guan Eng ini kira kira 7 tahun yang lalu.

Persoalannya, kenapa Guan Eng tidak duduk di banglo yang disediakan untuk Ketua Menteri?

Ketika itu Guan Eng beri alasan : 

1) Semut api
2) Anai-Anai
3) Musang

Tiga binatang ini katanya ada di kediaman rasmi maka Guan Eng pindahlah ke banglo milik Miss Phang. Jika lihat balik artikel di bawah, Guan Eng berkata banglo itu akan diduduki kembali oleh Miss Phang. Sekarang apa sudah jadi? Siapa yang duduk selepas itu?

Sekarang apa pula alasan yang diberi oleh Guan Eng?

1) Saya tidak tahu nilai hartanah
2) Feng Shui tidak baik
3) Tiada swimming pool
4) Ajak wartawan masuk tengok rumah
5) Ajak minum kopi
6) Tuduh orang lain sebagai salah

Kalau 7 tahun dulu Guan Eng jadikan semut api, anai anai dan musang sebagai alasan kini datang pula alasan lain. Persoalannya apa sudah jadi pada kediaman rasmi yang sedang dibaiki oleh JKR itu?

Masih ada masalah semut api, anai anai dan musang selepas 7 tahun dibaiki? Takkan tak siap-siap macam Taman Manggis yang satu apa pun tak usik lagi?

Berapa kos pembaikan rumah kediaman rasmi tersebut? Jika sudah dibaiki mengapa tidak digunakan? Dan berikut adalah senarai jawapan-jawapan yang diberikan oleh pemimpin DAP termasuk penjual rumah yang sanggup rugi :


K7L : Suka buat lawak DAP ni...

Feng Shui Punca Harga Rumah Jadi Murah - LGE Tak Percaya Feng Shui?



Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok Suh Sim, ketika berucap di Majlis Gerakan Selamatkan Malaysia petang tadi mendakwa harga pembelian banglo Ketua Menteri, Lim Guan Eng murah disebabkan Feng Shui yang tidak bagus. Oleh sebab itu katanya, pemilik asal banglo tersebut memutuskan untuk menjualkannya kepada Guan Eng. Teresa berkata :

"Sebenarnya harga rumah tersebut lebih murah dari harga pasaran disebabkan Miss Phang rasa bangga dapat jual pada Ketua Menteri Pulau Pinang. Sebab pada dia feng shui rumah tersebut tidak bagus sejak Guan Eng masuk kerana banyak tunjuk perasaan malah pengkebumian Guan Eng diadakan di luar rumah tersebut."

Tengok video ucapan dia :



Adalah satu perkara yang sangat aneh. Keris bertanya dengan rakan berbangsa cina. Apakah mereka akan beli rumah yang Feng Shui nya tidak bagus atau buruk? Dia jawab mereka sanggup untuk bayar lebih bagi mengelak 'bad luck'.

Sekiranya benar Feng Shui rumah itu tidak bagus atau buruk, kenapakah Lim Guan Eng sanggup membelinya dengan harga yang murah?

K7L : Jawapan level maharaja lawak mega dah mula keluar...petanda bodoh mereka dah sampai..

Mana @rafiziramli Yang Nak Jadi Hero Pendedahan Kes Rasuah Ketika LGE Sedang Hangat?



Apa kes dia tak memekak? Bermula dengan NFC yang akhirnya NFC menang kerana ianya fitnah. Pasal kes Rosmah yang akhirnya dia kata dia hanya bergurau. Dan terbaru masih terus menyerang Tabung Haji atas sebab yang kita pun tidak tahu.

Berlagak hero dan cuba menjadi agen kebenaran di Malaysia. Namun begitu apabila isu skandal rumah Banglo LGE di Jalan Pinhorn dan skandal pemberian tanah Taman Manggis yang diserahkan 6 tahun lepas masih tidak berusik, tidak pula menjadi perbualan Rafizi.

Kenapa apabila melibatkan rakan pembangkang, Rafizi kelihatan menikus dan terus sunyi sepi. Mana NGO-NGO yang konon selama ini menyokong 'whistleblowing action' Rafizi untuk sama-sama melawan rasuah?

Inilah yang dikatakan double standard dan tidak benar-benar perjuangan melawan rasuah. Tidakkah kalian berasa hairan, yang dituduh rasuah dan sebagainya rupa-rupanya bukanlah sebegitu.

Kini apabila pembuktian dan pendedahan satu persatu perihal skandal rasuah LGE, tidak pula Rafizi dan konco-konco bersuara lantang sebagaimana lantang mereka membuat fitnah.

Kini rakyat Malaysia harus tahu dan fahami bahawa selama ini apa yang keluar daripada mulut rafizi dan konco-konconya hanyalah bualan kosong dan bukanlah sesuatu yang diperjuangkan dengan ikhlas.

Semua yang mereka juangkan hanya berkepentingan terhadap diri mereka sahaja. Selain daripada itu, fitnah-fitnah yang mereka jual adalah bertujuan untuk mengotorkan pemikiran rakyat sahaja.

Betul atau salah mereka tak peduli yang penting mereka mampu timbulkan kebencian terhadap kerajaan. Namun begitu Keris percaya rakyat Malaysia tidak akan mempercayai fitnah mereka.

Sebab itu hanya segelintir yang bodoh pergi keluarkan wang daripada tabung haji dan batalkan giliran haji. Apapun kita kena desak Rafizi beri komen pasal rumah LGE. Kalau tidak suruh dia diam terus.

K7L : Terus hilang beb!..

Ketua Pembangkang DAP Melaka Jadi ADUN Bebas - Apa Yang Tersembunyi?



ADUN Duyong, Goh Leong San dari DAP kini adalah ADUN Bebas, Dewan Undangan Negeri. Perkara ini dimaklumkan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad.

"Saya telah menerima surat daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tentang perkara ini," katanya pada majlis perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-13 di Kompleks Seri Negeri hari ini.

Beliau juga memaklumkan jawatan ketua pembangkang yang sebelum ini disandang Goh kini diambil alih oleh ADUN Ayer Keroh, Khoo Poey Tiong juga daripada DAP.

Terdapat laporan sebelum ini, berlaku perpecahan dalam kalangan anggota DAP di Melaka yang sebahagian menyokong Goh manakala sebahagian lagi menyokong Lim.


Apa sebenarnya yang berlaku sehingga Adun DAP Melaka letak jawatan? Menurut sumber yang dipercayai. Sememangnya ia merupakan signal protes terhadap Lim Guan Eng yang sebenarnya bukanlah disukai oleh kebanyakan pemimpin DAP.

Dikatakan kerana sikap 'suka arah' dan buatkan banyak pemimpin DAP supaya sentiasa 'ikut telunjuknya' membuatkan ADUN DAP Melaka keluar daripada DAP. Dengan isu rasuah rumah juga menjadikan ramai yang berani bersuara sekarang.

Lim Guan Eng dilihat terlalu rapuh sekarang ini. Maka mereka-mereka yang sudah lama menyusun langkah untuk menjatuhkan Lim Guan Eng telah bangkit dan mula mengasak Lim Guan Eng.

Padan Muka! Kini tiba giliran Lim Guan Eng menerima tekanan daripada ahlinya sendiri. Bukan satu atau dua orang ya. Banyak pemimpin termasuk mereka yang berada di Pulau Pinang.

Ramai yang menyimpan dendam bersedia melakukan serangan tatkala Lim Guan Eng sudah tentu sibuk mencari jalan keluar daripada terus terdedah dengan kes rasuah halusnya itu.

Jangan terkejut kalau negeri-negeri lain pula yang bersuara. DAP Pahang dan Melaka dengarnya sudah berpecah dua. Menyokong Lim dan menolak kepimpinan Lim yang belum diiktiraf secara sah.

Apakah yang akan berlaku? Kini Guan Eng sudah tidak menang tangan dengan isu yang melanda dirinya. Semua yang dirancang dengan baik gagal disembunyikan. Rasuah tetap rasuah.

K7L : Apa lagi LGE nak buat?.. jangan ambil simpati bakar rumah sudahlah..

KJ Beri Nasihat Kepada LGE Supaya Atasi Masalah Bukan Tuduh Orang Lain!



Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta tidak mengalihkan isu berhubung pembelian banglonya di Jalan Pinhorn, George Town sebaliknya harus mengatasinya dengan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sebagai pemimpin, Lim tidak sepatutnya sentiasa menuding jari menyalahkan pihak lain setiap kali menghadapi masalah.

Tindakan Lim mengalihkan isu terbabit dengan menyerang pihak lain tidak akan menyelesaikan masalah, kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan.

“Saya sendiri tidak pernah mengalihkan isu dengan menyalahkan pihak-pihak lain khususnya DAP dan PKR dalam kes membabitkan pegawai di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang dipercayai menyelewangkan dana bernilai RM100 juta.

“Saya tampil menyatakan komitmen bagi menyelesaikan isu berkenaan dan bertanggungjawab dalam memastikan mereka yang bersalah diambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya kepada selepas merasmikan Liga Anak Muda Permatang Pauh di sini, hari ini. - Bernama


Politik Gentleman yang dibuat oleh YB Khairy Jamaluddin sebenarnya membuktikan bahawa MP BN, Pemimpin UMNO dan seorang Menteri tidak lari daripada menjawab soalan yang disoal.

Sebab itu mampu dibuat sekiranya kita berada di pihak yang benar. Jadi apakah Lim Guan Eng sebenarnya tidak mampu menjawab mana-mana soalan sehingga membuat provokasi supaya dihalau daripada Dewan?

Berani kerana benar dan takut kerana salah. Sememangnya Lim Guan Eng seorang yang korup dan dibongkarkan kemungkinan ada membuat rasuah secara terancang. Akhirnya rakyat tahu betapa bangsat DAP.

K7L : DAP Bangsat..

Iklan Troll No Swimming Pool Buatkan DAP Marah?



Troll berbaur politik yang dibuat oleh Nandos suatu ketika dahulu menjadi bahan jenaka puak-puak DAP. Malahan mereka sendiri tolong share dan terus menerus mengutuk Datuk Ahmad Maslan ketika itu.

Apa Tok Mat buat? Dia rilek sahaja tak melatah dan terus buat kerja. Tetapi baru-baru ini ada iklan yang bercakap pasal No Swimming So High Prices, terus sahaja DAP melompat-lompat mengamuk.


Manakah laungan kebebasan bersuara terutamanya parti bersih, suci dan
keramat, DAP.  Schohns Canteen memuatnaikkan dua iklan di laman sosial Facebook, berunsur satira untuk menyindir DAP (bahasa anak muda sekarang memanggilnya 'troll'), DAP meloncat-loncat menyuruh kedai tersebut menurunkan iklan berkenaan. 


Iklan tersbut dilihat seperti provokasi isu ketiadaan kolam renang dan harga yang tidak tinggi yang melibatkan isu Ketua Menteri Pulau Pinang yang mendapat diskaun yang tinggi di dalam pembelian rumah beliau di Jalan Pinhorn. 


Pegawai Komunikasi Media DAP, Medaline Chang telah meminta restoren berkenaan untuk membuang iklan berkenaan atau DAP akan mengambil tindakan selanjutnya.

Inilah cara kebebasan bersuara ala DAP. Bila kena pada Kerajaan dan Barisan Nasional, mereka akan menganggap sebagai jenaka dan bahan lawak. Bila kena  batang hidung sendiri, mulalah guna saluran parti untuk membuat tindakan undang-undang.


K7L : Tenang sudah.. time kena diri sendiri meroyan bagai..

29/03/2016

Pelajar Jepun Bercakap Melayu Lebih Baik Daripada MP DAP?


 

Peserta dari Jepun, Hatsune Yanai, 21, dinobatkan juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2016 kategori Antarabangsa, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Hatsune Yanai, memilih tajuk pidato ‘Ilmu Keamanan Yang Seimbang Kunci Kebahagiaan Manusia’ berjaya menambat hati para juri sekali gus menewaskan dua pesaing terdekat dalam pertandingan akhir semalam.

Sementara itu, Wang Jialu Aleeya, 20, dari China hanya berpuas hati dengan gelaran naib johan manakala Megan Rose Donelly, 27, dari Amerika Syarikat diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi kategori yang sama.

Ini berita semalam. Kisah orang luar negara yang sangat fasih berbahasa Malaysia sehingga menjadi juara dalam pertandingan pidato. Rasa cintakan Bahasa Malaysia mendorong mereka menjadi lebih fasih.

Apa yang mengecewakan adalah MP DAP yang mengaku rakyat Malaysia tetapi tidak fasih berbahasa Malaysia. Pelat dan melalut. Ada macam-macam perangai. Lihat satu contoh :



Tunggu sehingga minit ke 5, anda semua dapat lihat bahawa dia ini tidak fasih berbahasa melayu iaitu bahasa kebangsaan Malaysia seperti yang termaktub di dalam Artikel/Perkara 152. Bahasa kebangsaan pun tidak fasih ada hati ingin menerajui kepimpinan Malaysia?.


Ini belum campur yang tak mahu langsung bercakap bahasa kebangsaan didalam dewan rakyat :



Keris cadangkan kepada mereka yang bergelar 'pemimpin' mana-mana parti politik yang tidak fasih berbahasa melayu, disarankan mengambil kelas tambahan bagi memperkasakan bahasa melayu untuk memudahkan sebarang konversasi dan komunikasi di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa.


K7L : Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita!..

LGE Dapat Diskaun Tak Apa - Tony Pua Desak Mansuh Diskaun Bumiputera Kenapa?


 

Menurut Stop The Lies, pembelian kereta Mercedes-Benz untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Guan Eng telah menarik minat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak dari tahun 2014.

Difahamkan pembelian Mercedes-Benz S300L dari Lowe Motors Sdn Bhd itu ada kaitan dengan taikun Tan Sri Tan Kok Ping yang dipercayai mempunyai kepentingan dalam syarikat itu.

Harga asal kereta Mercedes-Benz adalah RM657,218, walau bagaimanapun, oleh kerana kereta itu akan digunakan Ketua Menteri, Guan Eng, kerajaan negeri hanya perlu membayar RM298,263.75 sahaja.

Pembelian Merz S300L itu adalah melalui syarikat Lowe Motors Sdn Bhd, di mana antara pemegang saham syarikat ketika itu ialah Tan Kok Ping.

Tan Kok Ping pernah menjadi Pengarah Urusan untuk syarikat Lowe Motor sehingga sebahagian daripada kepentingan syarikat itu dibeli oleh Cycle & Carriage Bintang (CCB).
Taikun itu dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Ketua Menteri, Guan Eng sendiri.

Namun, Tan Kok Ping menafikan bahawa beliau merupakan antara ‘sumber kewangan’ DAP Pulau Pinang, walaupun beliau mendapat ‘keistimewaan’ daripada kerajaan negeri apabila mendapat beberapa konsesi seperti membangunkan tanah di Bukit Relau.

Syarikat milik Kok Ping, General Accomplishment Sdn Bhd itu pernah didenda sehingga RM 30,000 pada bulan Julai 2014 kerana pembangunan tanah secara haram.

Kok Ping yang dikenali sebagai seorang wakil Berjaya Corp yang diasaskan oleh Tan Sri Vincent Tan juga dikatakan menjadi orang tengah untuk berunding pembelian Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang (Penang Turf Club) untuk Berjaya Land Bhd pada harga RM500 juta sedangkan nilaian sebenar ialah bernilai RM1.5 bilion.

 

Beliau telah menyumbang sehingga RM 1 juta untuk penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS). 
Vincent dan adiknya Tan Sri Danny Tan yang kini telah mengambil alih kepentingan dalam pembangunan kasino di Bukit Bendera.

 

DAP menentang polisi diskaun pembelian rumah untuk golongan Bumiputera, namun secara praktikalnya, parti itu memejamkan mata apabila Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng menikmati diskaun pembelian kereta Mercedes-Benz dan banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown.

Kenapa perlu double standard?

K7L : Memang merek aanti-bumiputera..

BN Pulau Pinang Pernah Nak Beli Tanah Taman Manggis?



Semakan Gadaian yang terbaru yang dibuat ke atas syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) mendapati tanah yang terletak di Taman Manggis Fasa 2 telah dicagarkan kepada AmIslamic Bank pada 10/11/2011.

Persoalan yang harus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah bagaimana Kerajaan DAP Pulau Pinang cuba menjual tanah yang bukan lagi menjadi miliknya kepada Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang pada 03/10/2012 dan wang pendahuluan sebanyak RM220,073 telah diterima oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang, yang sehingga kini masih tidak dipulangkan.


Sinar Harian memetik Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata kerajaan negeri telah menghantar surat tawaran kepada BN Pulau Pinang pada 04/09/2012 dengan sebut harga bagi satu kaki persegi tapak tanah itu pada kadar RM450.

Pada 03/10/2012, Pemuda Gerakan Pulau Pinang telah membawa wang tunai sebanyak RM224,073 iaitu satu peratus daripada harga keseluruhan tanah itu sebanyak RM22 juta sebagai tanda setuju di atas tawaran yang diberikan.

Kerajaan DAP Pulau Pinang harus menjawab persoalan yang ditimbulkan ini. Sudahlah rasuah kini kantoi menipu pula? 

K7L : Parti paling korup adalah DAP!...

Bukti Projek BN Lebih Baik Daripada DAP?


 

Ada tiga projek yang kita boleh buat perbandingan. Pertama sekali kita pilih projek KLIA2 yang telah dipersetujui oleh Kementerian Pengangkutan ketika itu untuk membina satu lagi landasan kapal terbang.

KLIA2 meliputi kawasan seluas 257,000 meter persegi, yang bermula Oktober 2009, kini telah pun siap dan mempunyai 68 balai berlepas. Siap sepenuhnya pada tahun 2014. Erti kata lain hanya mengambil masa selama lebih kurang 6 tahun sahaja untuk siap.

Kemudian projek kedua yang dibina di Pulau Pinang. Pembinaan bangunan tersebut dimulakan pada tahun 2008. Kemudain ia menjadi salah satu daripada PROJEK GAJAH PUTIH yang beerti tidak siap dan 'ditinggalkan'. 

Sebelum ianya diruntuhkan semula pada tahun 2012 untuk membuat pembinaan baru yang lebih efisen. Ianya berjaya disiapkan pada tahun 2015 yang mengambil masa 5 tahun menjadi bangunan tak siap dan 3 tahun untuk disisapkan sepenuhnya. 

Projek ketiga adalah Projek Taman Manggis Medical Tourism yang telah diberikan pada tahun 2010. Selepas 6 tahun jangan besi, pasir pun tidak berdengung disitu melainkan bermula tanah kosong sehingga dipenuhi lalang dan rumput.

Ironinya pada 30 November 2011,Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) selaku Ketua Penerangan DAP menentang keperluan KLIA membina landasan untuk Airbus A380, pesawat penumpang terbesar di dunia.

Tetapi projek yang tidak siap ini tidak mahu pula Tony Pua tentang demi rakyat? Nampak sangat double standard dan tidak pro-rakyat. Bayangkan projek gajah putih pun sudah siap, Apa jadi dengan projek Taman Manggis?

K7L : Sebab apa sebenarnya Phang jual dengan harga murah?..

Mula Tak Tahu - Sekarang Tahu Pula Nilai Hartanah - LGE Pening?



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjelaskan bahawa beliau mengetahui banglo yang dibelinya mempunyai nilai pasaran RM4.2 juta.

Beliau yang menafikan laporan berita tentang dirinya tidak mengetahui nilai pasaran hartanah berkata, fakta-fakta telah diputarbelit.

Guan Eng berkata, semasa beliau menjemput media datang ke rumahnya untuk lawatan selepas timbul kontroversi berkenaan, seorang wartawan bertanya sama ada beliau tahu tentang hartanah berkenaan bernilai RM6.5 juta seperti yang didakwa pemimpin-pemimpin Umno.

“Saya tahu nilai hartanah adalah RM4.2 juta.

“Apa yang saya katakan ialah saya tidak tahu bagaimana pemimpin-pemimpin Umno mendapat tahu rumah saya pada RM6.5 juta kerana saya seorang ketua menteri, bukannya ejen hartanah,” katanya sebelum menghadiri sesi dialog bersama anggota DAP Johor di sini, Sabtu.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut menolak dakwaan mengenai beliau tidak menyedari nilai pasaran apabila beliau membayar duti setem banglo yang dilaporkan kira-kira RM122,000.


 

Nampaknya LGE sudah mabuk ketum. Kejap kata tak tahu dan kini katanya tahu pula. Terlalu banyak pusing pun bleh kantoikan diri. Sendiri buat rasuah jangan tuduh orang lain. Jangan selindung cerita.

Setiap orang yang mahu membuat pinjaman bank membeli rumah perlu melantik jurunilai untuk menilai hartanah yg nak dibeli. Dari situ pihak bank akan beritahu peminjan nilai hartanah dan berapa yang layak mereka pinjam.

Dan dari jurunilai jugak pembeli boleh tahu samada nilai hartanah yang dibeli adalah di bawah harga pasaran atau sebaliknya. Tak patut ada isu tak tahu nilai pasaran pada ketika itu.

Penjual dan pembeli seperti ada agenda terselindung. Jadi benar ada kaitan dengan projek Taman Manggis?

K7L : Kita tunggu SPRM siasat!...

Media Asing Bantu Lindungi Cerita #Rasuah LGE Dengan Skrip Simpanan?



Seperti yang dijangka setelah melihat LGE sudah tertekan dengan pendedahan satu demi sat perihal keraguan tentang kes rasuah dan penyelewengan melibatkan rumah banglo yang dibeli di Jalan Pinhorn.

Kemudian ia melarat kepada Projek Taman Manggis yang dahulunya dirancang untuk membina bangunan lain namun sehingga hari ini ia bertukar menjadi satu padang rumput dan lalang.

Disebakan tekanan banyak pihak kepada Lim Guan Eng serta kebimbangan imej dan reputasinya yang kian tercalar, membuatkan ia seolah-olah meminta bantuan daripada 'tangan luar'.

Namun begitu 'tangan luar' tersebut menggunakan pengaruh media asing yang 100% tiada kena mengena dengan negara Malaysia. Dan media tersebut mula menyiarkan artikel berbentuk 'tuduhan' terhadap Perdana Menteri Malaysia.

Ia seolah-olah digarap mengikut skrip yang ditentukan. Secara tiba-tiba tiada angin dan tiada ribut mengapa pula media asing ini menyiarkan artikel berbentuk fitnah kepada PM Malaysia?

Tidak lain hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat Malaysia untuk 'melupakan' kisah rasuah Banglo-Taman Manggis yang dilihat mampu melenyapkan nama Phang daripada mulut rakyat.

Benda ini disusun dengan mudah :

  1. LGE terkantoi pasal pembelian banglo
  2. LGE berlakon bijak dan tidak bersalah
  3. Pendedahan terus berlaku
  4. LGE tak sempat raih simpati sebab semua telah dijangka
  5. Minta bantuan media luar dengan skrip yang ditetapkan
  6. Rakyat dialih perhatian kepada isu sensasi
  7. Kisah LGE orang sudah lupa
Ini semua susunan kisah yang menjadi episod rasuah Guan Eng. Namun begitu rakyat Malaysia bukanlah sebodoh itu untuk diperdaya. Timbulkan cerita sensasi berkenaan Perdana Menteri bukan satu pintu keluar yang baik.

Nampaknya pendedahan demi pendedahan terhadap penyelewengan halus LGE akan memberi bukti kepada Rakyat Malaysia bahawa DAP bukan parti pejuang kesamarataan tetapi sebaliknya merekalah parti korupsi yang dipimpin oleh orang yang korup.

K7L : Skrip semua ini orang sudah boleh bacalah...

Maklumat Perbezaan Harga Rumah Jiran Guan Eng Dengan Rumah Rasuah Yang Dibelinya?



Banglo bernombor 34, Jalan Pinhorn terletak hanya beberapa pintu dari banglo milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terletak di No. 25, Jalan Pinhorn. 

Banglo berkenaan bersaiz kurang separuh daripada saiz rumah Lim Guan Eng tetapi secara rasminya telah dinilai pada harga RM3.6 juta pada tahun 2014 berbanding RM2.8 juta yang Lim Guan Eng bayar pada tahun 2015 untuk hartanya hanya beberapa bulan lepas.

Rumah bernombor 34, Jalan Pinhorn, juga tidak mempunyai kolam renang, telah dijual pada kadar harga yang dinilai tiga kali ganda lebih bagi setiap kaki persegi tanah berbanding banglo Lim Guan Eng. 

Berikut adalah senarai rasmi daripada Jabatan Penilaian Pulau Pinang tentang traksaksi terkini yang sedang berlaku di sekitar Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.


Dan berikut juga merupakan dokumen yang memberi perbezaan harga yang jauh berbeza dengan jumlah wang yang dibayar oleh LGE untuk membeli banglo bernombor 25 itu.


Jadi apa sebenarnya yang membuatkan LGE mendapat keistimewaan diskaun sebegitu rendah? Adakah masuk akal penjual yang membeli rumah dengan harga pasaran kemudia membuat renovasi.

Kos renovasi juga tinggi kemudian jual dengan harga yang tidak mengikut pasaran dan terama rendah sehingga menimbulkan keraguan bairpun ia dijual atas dasar 'Willing buyer-Willing seller'.

Masih nak kata LGE betul? Apa lagi alasan yang LGE akan keluarkan kelak? Nak raih simpati pula atau ada perancangan lain? Buatlah apapun jika sudah salah tetap salah! Nampaknya mereka sudah tidak lagi berkempen #SaveMalaysia. 

Mereka akan tukar kepada slogan #SaveLimDynasty yang dilihat sedang ranap. Persoalan yang masih bermain didalam kepala Keris. Apakah pemberi maklumat juga adalah orang DAP yang tak mahu orang Johor/Melaka terus memerintah Pulau Pinang?

K7L : Beli gula-gula RM3, balik jadikan Aiskrim tetapu jual harga RM1..untung ke rugi?...

25/03/2016

Tak Dapat Giliran Haji Kerana Percaya Fitnah - Salahkan DIri Sendiri Dahulu!



Sekurang-kurangnya 33 orang pendeposit Tabung Haji (TH) menarik diri daripada giliran menunaikan haji kerana terpengaruh dan terpedaya dengan persepsi tidak benar yang diwujudkan anggota parti pembangkang terhadap institusi itu.

Empat daripada mereka hanya perlu menunggu dalam lingkungan empat tahun sebelum dapat menunaikan haji. Mereka ini  tarik diri kerana mereka yakin TH tak mampu untuk tampung dia pergi haji. Malah ada yang nak minta duit kembali.

Tetapi rupanya itulah bayaran apabila terlalu mempercayai sesuatu yang belum pasti. Buruk bukan kesan mempercayai fitnah? Kini mereka sudah tutup dan kalau ikut prosedur mereka perlu daftar semula.

Rugi sangat dan jangan salahkan orang lain selain daripada Rafizi dan diri sendiri. Jahatnya rafizi sampaikan kamu semua menjadi bodoh dan tuli mengikut perasaan. Salahkan diri sendiri sebab tidak mahu menyiasat dan terus menghukum tanpa mengetahui perkara sebenar.

K7L : Nasib kau lah jang..

Lim Guan Eng Terbukti Bersalah?


 

Terlalu banyak benda yang salah dalam diri Lim Guan Eng. Dap terbukti gagal mengira dengan baik 2,000 undi dalam pemilihan CEC yang lalu. Menyebabkan banyak kekeliruan dan DAP menjadi parti tidak sah jawatannya.

Kemudian dalam kes terowong dan 3 lebuhraya LGE salah kira yang mana perbezaan lebih RM2.25 billion. Hairan bagaimana Ketua Menteri yang dikatakan mempunyai 20 orang pembantu ini boleh berulang kali melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dan memberi alasan yang amat tidak masuk akal. 

Jika sebelum ini keputusan undi Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) dikatakan salah kira, kini kos terowong pula dikatakan salah taip. Kemudia ketika Datuk Zainal Abidin bertanyakan pasal kos membayar Pasukan Peronda Sukarela PPS, boleh pula salah baca dalam dewan.

Sekarang Kes Rumah Jalan Pinhorn dan Tanah Taman Manggis nak kata salah apa pula? Salah Tengok atau salah orang sehingga terdedah segala perancangan halus rasuah untuk dapatkan projek?

K7L : Salah tetap salah bang...

Siapa Yang Zalim? - DAP Atau BN Di Pulau Pinang?



Mengikut ukuran per kaki persegi (sqf), banglo bernilai RM2.8 juta milik Li Guan Eng adalah lebih murah berbanding kebanyakan rumah mampu milik yang terjual di seluruh negeri tadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Ini kerana, kediaman berukuran 10,161 sqf itu hanya bernilai RM267 bagi setiap sqf berbanding RM615 per sqf bagi projek perumahan mampu milik di Quay West yang bernilai RM400,000 untuk rumah berstrata seluas 650 sqf.

Sementara itu, rumah dengan keluasan 597 sqf di 98 Nibong Residence dijual dengan harga RM400,000 bernilai RM681 per sqf; kediaman The Clovers berkeluasan 1,012 sqf berharga RM500,000 bernilai RM494 per sqf; dan kediaman Tri-Pinnacle berharga RM408,800 - RM499,990 bernilai RM511 - RM625 pers sqf.

Kiraan matematik Rumah Guan Eng dan Rumah Mampu Milik.

Rumah Mampu Milik Pulau Pinang = RM400,00 (640 kaki persegi) = RM625 untuk 1 kaki persegi

Rumah Banglo LGE = RM2.8 Juta (10,150 kaki persegi) = RM 275 untuk 1 kaki persegi.

Jika rumah Banglo LGE mengikut nilai kaki persegi sama seperti rumah mampu milik Pulau Pinang, maka nilai rumah LGE adalah:

RM625 x 10,150 kaki persegi = RM6,343,740.00

Jika rumah mampu milik Pulau Pinang mengikut nilai kaki persegi sama seperti banglo LGE, maka nilai rumah mampu milik Pulau Pinang adalah:

RM275 x 640 kaki persegi = RM176,000


Siapa zalim sekarang?

K7L : Ubah DAP!.. Tak layak terajui negeri mahupun negara!..

Isu Skandal Rumah Jalan Pinhorn - Taman Manggis Agenda Utama Mesyuarat DAP?



Satu mesyuarat tergempar di pejabat DAP Pulau Pinang dijalankan bagi menjawab isu skandal pembelian banglo oleh Ketua Menteri regim DAP Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng.

Ahli-ahli Parlimen, wakil rakyat DAP serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi parti ultra cauvinis itu dijangka akan mendengar taklimat dari peguam Gobind Singh Deo tentang apa yang boleh dan tidak boleh diperkatakan oleh pemimpin parti itu berhubung skandal banglo Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan itu.

Sebab itulah para pemimpin DAP tempohari diperintahkan keluar dari persidangan Dewan Rakyat setelah dengan sengaja mencetuskan kekecohan kerana tertekan untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

Nampaknya isu skandal banglo ini memberi banyak petunjuk bahawa rakyat semakin tidak lagi mempercayai kepimpinan regim DAP Pulau Pinang dan tidak mustahil hayat politik LGE akan berakhir sebelum PRU 14.

Apapun fakta sudha jelas terang dan nyata. Tiada apalagi yang perlu kita tahu selain daripada pengumuman perletakan jawatan Ketua Menteri. Come On! Be a gentleman. Letak jawatan dan biarkan dirinya disiasat!

K7L : Ke kepingin sangat jawatan tu untuk bawa ke kubur?..

Video Pendedahan Datuk Shabudin Yang Amat Dibenci LGE?


Ini merupakan video pertama yang mana kali pertama kisah rasuah LGE mula dibongkarkan. Bermula dari kali inilah LGE mula menggelabah dan mencari skrip-skrip lama bagi mengaburi mata rakyat.

Namun dia gagal dan satu persatu perihal kes tersebut telah didedahkan. Semakin dalam ianya pergi, semakin banyak rahsia yang kita tahu. Selama hari ini entah berapa banyak yang LGE simpan.

Bermula daripada rasa curiga terhadap harga rumah yang dibeli dengan nilai yang tidak setanding di pasaran. Kemudian si penjual ada kepentingan dalam projek bernilai jutaan ringgit.

Mari dengar pendedahan tersebut :


Dan ironinya mereka tuduh BN rasuah dan mereka sendiri yang sebenarnya melakukan rasuah secara halu dan terancang? Ianya ada kaitan pula dengan tanah di Taman Manggis, Georgetown.



K7L : Jadi LGE kena jawab pasal Rumah di Jalan Pinhorn serta Isu Taman Manggis..

24/03/2016

Video : Provokasi Guan Eng Untuk Dihalau Selepas Pendedahan Oleh DARD?


Sesuatu yang telah dijangka. Apabila berada di dalam Parlimen, Guan Eng cuba nak bagitau Malaysia yang dia ada 'balls'. Kemudian dia provok bagai nak gila supaya Pengerusi akan halau dia keluar.

Kononnya 'Man with honour' keluar bila mempertahankan diri. Sebenarnya dia sendiri dah mati langkah apabila satu persatu bukti telah dinyatakan oleh Menteri KPKT, Datuk Abdul Rahman Dahalan.

Lihat video di bawah untuk mengetahui apa yang berlaku di dalam Parlimen :


Sekarang siapa yang tidak ada telur? Bukti semua sudah ada pasal harga rumah mampu milik. Guan Eng sudah tidak menang tangan apabila bangkai-bangkai yang selama ini dia sangka telah tertanam dengan baik tetap berbau busuk.

Guan Eng perlu letak jawatan. Kes rasuah dan kes rumah mampu milik adalah amat melampau dan memberi kesan kepada rakyat Pulau Pinang itu sendiri. Terlalu banyak dosa Guan Eng pada bumi yang dia sendiri tidak membesar.

K7L : Wajib tolak DAP!..

MP Pembangkang Desak SPRM Cepat Siasat Kes Guan Eng?



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) perlu mempercepat siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu pembelian banglo mewah kontroversi bernilai RM2.8 juta yang didakwa dibeli di bawah harga pasaran.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, SPRM tidak boleh dilihat melindungi pelaku rasuah dan juga tidak boleh dilihat menjadi alat kepada mana-mana pihak yang cuba memburukkan seseorang dengan isu rasuah tanpa penjelasan hasil daripada siasatan.

“Dalam kes yang membabitkan laporan rasuah ke atas Guan Eng, saya mengalu-alukan dan menggesa SPRM mempercepatkan siasatan berhubung isu pembelian rumah di bawah harga pasaran yang berharga RM2.8 juta.

“Jika didapati hasil siasatan mempunyai bukti yang mencukupi, SPRM boleh mencadangkan pertuduhan ke atas Guan Eng untuk diambil tindakan pendakwaan oleh Peguam Negara,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.

Menurut Mahfuz, beliau juga ingin mengetahui kebenaran berhubung isu pembelian banglo tersebut dan bagaimana Guan Eng boleh membeli rumah tersebut di bawah harga pasaran.
“Saya menggesa SPRM menyiasat apakah ada timbal balas daripada jual beli ini? Saya juga tidak bertolak ansur atas segala salah guna kuasa dan rasuah yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang berkuasa.

“Syabas saya ucapkan kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang begitu tegas dan keras membangkitkan isu pembelian rumah oleh Guan Eng,” katanya.

Dalam sidang Dewan Rakyat 17 Mac lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya mendakwa rumah berkeluasan tanah 943.98 meter persegi didakwa dibeli Guan Eng pada 25 Oktober tahun lalu daripada seorang ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta dan menggesa satu siasatan dijalankan ke atas Guan Eng.

Menurut Shabudin, nilai pasaran harga rumah berkenaan ialah dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.

K7L : Apa cerita sekarang?...

LGE Patut Contohi @KhairyKJ - Tak Lari Dan Benar Berdiri Dengan Kebenaran!



Ini lah ciri-ciri Pemimpin yang ada integriti, bertanggungjawab dan penuh accountability. Bukan seperti LGE yang melarikan diri ketika soal balas dan keterangan di dalam Dewan Rakyat.

YB KJ nampak steady dan memberi peluang semua orang bercakap dan bertanya kemudia dia menjawab secara profesional. Tidak seperti DAP yang akhirnya Lim Guan Eng terpaksa dikeluarkan dari dewan atas arahan Speaker. 

DARD sudah menyangka ini adalah taktik yang digunakkan ternyata taktik in sudah lapuk. Motifnya dikeluarkan adalah untuk meminta simpati. Nak berdebat dah kantoi. Nak sangat berdebat dengan DARD akhirnya tak tahan.

Berbeza dengan YB KJ yang 'dikepung' soalan bertalu-talu MP pembangkang di Dewan Rakyat isu RM100 juta tadi. Jawab dan jelas dengan tenang hingga dapat pujian mereka. Namun LGE membuat provokasi ketika DARD menjelaskan fakta.

Inilah dia Nothing to hide. Bila kita bersih, kita tak perlu risau dan takut dengan sebarang ancaman atau ugutan. Tetapi bila kita penuh dengan skandal dan dosa-dosa maka kita akan sentiasa tidak keruan dan ketakutan.

Jadi siapa yang berdiri kerana benar dan takut kerana salah? LGE gagal!

K7L : LGE dengar bunyi kucing pun dah mengigil sekarang..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk