31/03/2012

Mengapa #Malaysia Perlu Sokong #EarthHour ?


Sejak tahun 2009 lagi Kempen #EarthHour ini dilaksanakan dimana ia dimulakan oleh negara Australia. Kempen ini bertujuan untuk menunjukkan kesedaran kepada penduduk bumi terhadap perubahan iklim dunia yang kini dilanda pelbagai bencana alam. Dengan memadamkan lampu selama 1 jam, tenaga elektrik dapat dijimatkan dalam kuantiti yang banyak. Bayangkan jika satu dunia melakukan perkara yang sama apa yang akan terjadi?


Keris memohon kepada mereka punya rasa bertanggungjawab terhadap alam sekitar inilah masanya untuk kita memberi sedikit sumbangan terhadap dunia dengan memberi sokongan kepada  Kempen Earth Hour 60 serta mengalakkan seluruh penduduk dunia berhenti menggunakan eletrik selama 60 minit..Walaupun sumbangan kita hanya pada 60 minit tapi siapa tahu impak yang besar pada keseluruhan alam dapat diberikan.


Ayuh Padamkan Elektrik!
Jam : 8.30 PM

K7L : Keris akan berhenti menulis blog/twitter/facebook bermula jam 8.30 malam untuk berehat selama satu jam..

MB Kedah Akan Disaman Kerana Hutang RM3 Juta?




Gila betul! Terkejut Keris setelah mendengar cerita daripada blogger KedahKeKL. Ini sudah jadi kes aniaya dan kalau ikut hukum Islam agak-agak jatuh hukum apa ya?

Pengurusan KUIN dan Menteri Besar Kedah akan disaman oleh Shaik Faisol Shaik Yusoff (gambar di atas) kerana tidak menjelaskan bayaran kontrak kepada beliau. Beliau membuat sidang media pada pukul 10 pagi tadi. Semata-mata untuk menuntut hak beliau daripada KUIN yang berhutang lebih RM3 Juta.

Beliau juga menceritakan mengenai perihal pengurusan KUIN yang tidak profesional dan 
mengabaikan beliau dalam soal pembayaran.



Baca lagi di blog KEDAH KE KL 
Bahagian 2 (klik!)
Bahagian 3 (klik!)

K7L : Hukum membayar hutang bukankah wajib?..

FAM Perlu Dirombak Baru Malaysia Masuk Piala Dunia?



SHAH ALAM - Isu Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, yang bakal menghadap Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu, nyata mendapat sokongan moral peminat-peminatnya. Ini berikutan hasil tinjauan Sinar Harian Online melalui facebook hari ini, rata-rata penyokong bola sepak bersetuju dengan kenyataan Annuar mengenai prestasi skuad Kebangsaan, yang dilihat semakin terumbang-ambing, terutamanya dalam misi mempertahankan Piala Suzuki AFF tahun lalu.

Peminat bola sepak merasakan kenyataan Annuar itu hanya satu kritikan membina di mana perubahan harus dilakukan dalam arena bola sepak negara, terutamantya dalam pengurusan badan induk itu sendiri. Seorang peminat yang bernama Rosdan Shafein menganggap sifat kurang bijak hanya akan memakan diri dan merugikan bola sepak negara secara keseluruhannya. Seorang lagi peminatnya yang bernama, Azhar Hamzah berkata, jika kritikan akan membawa kebaikan kepada industri bola sepak negara, maka pihak yang dikritik harus menerima kritikan dengan positif.

"Sebarang kritikan dan pendapat mestilah lahir dari hasil pemikiran yang profesional dan bukanya emosi yang keterlaluan," katanya. Annuar sudah bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan yang akan diputuskn oleh FAM nanti. Bagaimanapun mereka berharap diberikan keadilan secara saksama. Beliau juga tidak mahu menjangkakan bentuk hukuman yang bakal dikenakan terhadapnya kerana ingin mengelakkan persepsi lain dan akan menghormati apa sahaja keputusan yang dikeluarkan nanti.

Semalam, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah bertitah, Annuar telah melakukan satu kesalahan besar dan akan berdepan dengan Jawatankuasa Tatatertib pada 4 April depan untuk mengetahui keputusan kesnya itu. Dalam pada itu, baginda turut bertitah, tindakan Annuar itu merupakan sesuatu langkah yang tidak wajar dan akhirnya memakan diri sendiri kerana seharusnya beliau lebih mengetahui peraturan itu semasa mesyuarat Exco baru-baru ini, yang telah diberitahu oleh Tengku Abdullah supaya jangan lantang memberi keterangan kepada media.

Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bakal berdepan dua pertuduhan iaitu melanggar Artikel 88 di bawah Perlembagaan FAM di mana memberi kenyataan media tanpa kebenaran Presiden dan Setiausaha Agung serta memberi kenyataan bercanggah serta mempertikai keputusan Eksekutif FAM
. - Sinar Harian


Pada pendapat Keris, FAM perlu dirombak dan teras kepimpinannya lebih wajar dibuka kepada individu-individu yang profesional dalam bidang bolasepak. Tidak perlu orang politik mahupun pembesar dalam tadbir urus FAM. Maaf Keris bukan menolak kepimpinan FAM sekarang namun terasa terpanggil setelah melihat perubahan yang dilakukan di negara Eropah dan beberapa negara Asia yang telah layak ke pusingan akhir Piala Dunia.

Mereka memberikan ruang kepada pihak yang profesional dalam sesuatu aspek/bidang/kursus untuk tadbir urus sesuatu badan sukan. Natijahnya mereka berjaya dalam menghasilkan kualiti sukan yang lebih baik. Sudah tiba masanya?

K7L : Mesti ada yang marah dengan kenyataan Keris namun ini cuma pandangan kerdil Keris..sedar diri kita..Keris bercakap atas tiket 'Penyokong Tegar Harimau Malaya'..

Haram Bersekongkol Dengan Pro-Yahudi! #PR13




Suara yang telah mengeluarkan kenyataan menyokong Israel mula resah dan dalam perancangan untuk menutup segala kejahilan politiknya. Berbagai cara bermula di Parlimen sehingga ke dalam ceramah-ceramahnya, dia menjawab tentang isu tersebut dan setiap kali dia berdegar mengenai perkara itu suaranya akan kelihatan seperti seorang manusia yang terdesak dalam menegakkan benang yang basah.

Hari ini Keris berkongsi sedikit hadis daripada JAKIM mengenai mengapa kita perlu menolak Yahudi/Israel.

Hadith :

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika ada sepuluh orang Yahudi beriman dengan ku, tidak akan tinggal di atas bumi seorang Yahudi pun melainkan ia memeluk Islam.” - al-Bukhari dan Ibnu ad-Dhirris

Huraian: 

Orang-orang Yahudi adalah terkenal dengan sifat sombong, angkuh dan keras hati. Mereka tidak akan ‘pernah’ redha dengan umat Islam sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120) Ahli agama mereka selalu menyembunyikan kebenaran seperti yang disebut dalam al-Quran maksudnya: "Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan al-Kitab mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedangkan mereka mengetahui (salahnya perbuatan tersebut)." (al Baqarah: 146) 

Dengan perkataan lain, mereka menyembunyikan sifat-sifat nabi SAW yang ada dalam kitab mereka daripada pengetahuan manusia padahal mereka mengetahui akan hakikatnya. Begitu juga mereka telah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Di kalangan orang Yahudi ini ada yang pernah menyihir Nabi SAW bernama Lubaid bin al- A'som dari Bani Zuraiq." Seorang wanita Yahudi juga pernah mengkhianati Nabi SAW dengan menghidangkan daging kambing beracun. Hingga membunuh sekalipun bukanlah perkara asing dalam sejarah umat Yahudi. Sejak dahulu lagi bangsa Yahudi tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita walhal Nabi dan Rasul. 


Mereka akan membunuh siapa sahaja tanpa perasaan belas kasihan dan simpati. Contohnya Nabi Zakaria dan Nabi Yahya telah dibunuh oleh mereka dan mereka juga menyangka bahawa mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa. Tetapi sebenarnya tidak. Betapa sungguh zalim dan keji sifat Bani Israel ini. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka ‘menderhaka’ dan ‘selalu menceroboh.’ ” (al-Maidah :78)

Sekarang ini mudah sahaja, siapa yang menyokong keselamatan Israel bermakna individu tersebut menyokong yahudi dan siapa yang menyokong individu ini juga turut terlibat sama. Mahu jadi PENGUASA NEGARA atau anda memilih PENGKHIANAT ISLAM? PR13 semakin hampir maka pembaca boleh fikirlah yang mana harus diangkat sebagai teras kepimpinan negara kelak.

K7L : Ramai orang PKR yang malu alah namun mereka kini sokong BN..

[Video] Tahukah Kita Makna Bacaan Dalam Solat? #Akidah



Keris ingin berkongsi video ini kerana Keris amat tertarik dengan cara penyampaiannya. Pendekatan dakwah yang mampu diselami tidak mengira umur dan dimana anda berada. Inilah yang pernah dikatakan oleh sahabat Keris, Al-Fadhil Ustaz Fathul Bari tentang berdakwah menggunakan media sosial.

Syabas dan tahniah kepada mereka yang terlibat dalam pembikinan video ini,

K7L : Anak sedara Keris ulang banyak kali..

30/03/2012

Rupanya @Khalid_Ibrahim Bukan Melayu? #PR13



Apabila MyMassa mendedahkan gambar Khalid Ibrahim pakai kasut dalam rumah Keris terus terfikir apakah nilai-nilai murni seorang melayu sudah dilupakan oleh pemimpin melayu pembangkang? Kita akan dengar dulu kalau orang melayu masuk rumah pakai kasut nanti orang akan tegur," Wahh macam omputih kau!".

Sudah tentu orang yang dilawat berbesar hati menerima kunjugan tersebeut namun rasanya sebagai seorang Menteri Besar, Khalid Ibrahim patutnya tidak mengetepikan adat melayu yang terkenal dengan sifat suci. Masuik rumah orang pakai kasut sama seperti menghina tuan rumah sebenarnya. Seakan rumah mereka kotor dan sama tarafnya dengan tanah diluar rumah.

Jadi apa bezanya Khalid Ibrahim dengan Pemimpin Biadap DAP?

Jangan terkejut kalau lepas ini lelaki dan perempuan boleh bercium dikhalayak ramai kerana pemimpin pun dah macam kat London!

K7L : Nilai kemelayuan semakin pupus pada kepimpinan melayu pembangkang..apakah itu yang kita mahu?..

20 Amalan Pembuka Rezeki - #SelamatkanAkidah



Sempena hari Jumaat ini Keris ingin berkongsi info tentang amalan pembuka rezeki. Sesungguhnya Allah maha pemurah lagi maha pengasih. 


20 Amalan Pemurah Rezeki

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat


Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal. Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita. Amiin.

Sumber : Alam Informasi

K7L : Alhamdulillah berkat kesabaran dan ketabahan biarpun ada yang hasad dengan kejayaan Keris..sehingga hari ini peluang rezeki untuk Keris senantiasa terbuka..

#ReturnSgor Ronnie Liu Kena Maki Dekat Pasar Pandamaran! #DAPenipu




Pagi tadi khabarnya Ronnie Liu melawat kawasan Pasar Pandamaran Jalan Papan untuk tengok kawasan longkang yang tersumbat. Lawaknya bila dia disambut dengan makian dan cercaan para peniaga disitu. Ingatkan gangster sangat, kena maki sikit sudah tak tahan terus angkat kaki. Kenapa peniaga marah? Mahukan tidak sudah tiga kali banjir baru dia datang! Jika banjir air boleh naik sehingga ke paras lutut dan beberapa aduan telah dibuat namun tadi baru dia datang itupun hanya untuk melihat bukan bertindak. Maklumlah pilihanraya sudah dekat maka dia wajib tunjuk muka. Inilah sebenarnya Exco paling bangang pernah ada dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Pembangunan yang berkaitan dengan melayu tidak menjadi agendanya. Dia ada berkata didalam sidang DUN Selangor tempohari bahawa pembinaan rumah PPRT bagi rakyat kurang pendapatan di Selangor adalah tidak wajar. Exco ini jugalah yang bertanggungjawab meluaskan penjualan arak di Selangor. Kalau penduduk Selangor tak mahu belajar daripada kesilapan lagi tak tahulah. Masa untuk berubah! Para peniaga melayu khususnya perlu bersatu dalam hal sebegini supaya kamu semua tidak terus tertindas lagi.

Sudah nampak siapa kaca dan siapa permata sekarang?

K7L : Dia kena sound dengan satu pakcik tu masa dia tengah tinjau longkang, "lu punye bapak ada dalam ka?"..Terus satu pasar gelak kan dia..

Sistem Undi Pos Pada #PR13 Hanyalah Satu Pembohongan?





KESEMUA 242,294 PENGUNDI POS SECARA AUTOMATIK JADI 'PENGUNDI AWAL' PILIHAN RAYA KE-13

KOTA KINABALU -- Kesemua 242,294 pengundi pos akan secara automatik menjadi 'pengundi awal' pada pilihan raya umum akan datang, sekaligus memantapkan lagi ketelusan proses pilihan raya di negara ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daripada jumlah itu, 147,681 orang adalah anggota tentera manakala 94,613 anggota polis.

Katanya ini berikutan pelaksanaan peraturan baru yang diperkenalkan buat pertama kali pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

"Pengundian secara pos ini menimbulkan kontroversi seolah-olah undi pos tidak telus dan perkara ini telah dibawa dalam perbincangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan setelah dipersetujui supaya pengundian awal diperkenalkan, SPR sendiri bersetuju mengendalikan pilihan raya awal ini.

"Proses pengundian awal ini sama juga dengan proses biasa iaitu tidak menggunakan sampul surat dan 'karung', cuma masa dan hari mengundi sahaja yang berbeza. Pengundian awal ini mungkin diadakan lebih awal iaitu dua atau tiga hari sebelum hari pengundian sebenar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat khas untuk pegawai pengurus dan ketua polis daerah di sini Rabu.

Sumber -- BERNAMA, 14 Mac 2011


Kena faham dahulu apa itu undi pos dan mengapa ia penting. Rakyat jangan lagi terus tertipu dengan momokan pembangkang yang memanipulasikan undian pos. Banyak aspek dan sudut yang kita perlu kaji dan rasional penggunaan sistem tersebut. Ingat dengan 242 294 pengundi pos tu boleh buat Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak kalah ketika PRU12 dulu? Ini semua pembohongan yang sering digunakan oleh pembangkang untuk memburukkan institusi SPR.

Bila mereka kalah mereka kata macam-macam tapi cuba mereka menang,ada mereka bising? Keris pun pening dengan puak pembangkang ni!

K7L : SPR sudah telus pada PRU12 yang lepas..nak bukti apa lagi?..

#AmanKampus Buktikan #AspirasiMahasiswa Menolak #ProSMM #ProPembangkang





Apakah perangai mahasiswa seperti diatas layak mewakili suara majoriti mahasiswa? Alhamdulillah semakin ramai yang sedar siapa ProSMM yang kononnya membawa suara mahasiswa walhal mereka sebenarnya cuma boneka poltik kotor pembangkang. 


Kini siri jelajah #AmanKampus telah masuk ke Fasa II. Menurut blog Mahasiswa Utara :

29 Mac hingga 1 April ini, Jelajah Aman Kampus kembali meneruskan misi mereka di utara, di Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM) setelah bersama rakan-rakan siswa Selatan di Universiti Teknikal Malaysia (Utem), Kolej Yayasan Melaka dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada minggu lepas.

Pendedahan yang dibuat sewaktu Jelajah Aman Kampus di UTM memberi impak kepada pergerakan Pro-Mahasiswa a.k.a Pro-Pembangkang. Ingat lagi? Perkongsian ini juga telah menyebabkan Saudara Khairul Nizam ini 'diserang'. Suatu tindakan yang agak kurang matang apabila We Love PM juga menjadi modal. Ish Ish Ish.

Sesi jelajah Utara Fasa II ini telah dimulakan di Kolej Mara Kuala Nerang dengan pengisian bersama adik-adik serta masyarakat di samping info siswa di sekitar Alor Star. Ikuti sedikit coretan yang lalu di SINI dan SINI.



Dan daripada blog Tentera Maya : 

INFO YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG AMAN KAMPUS !!

OBJEKTIF PROGRAM AMAN KAMPUS : 

Mewujudkan satu jaringan bersepadu diantara mahasiswa, alumni dan badan pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat dalam menjayakan agenda pemerkasaan anak muda di peringkat IPT, Masyarakat, Negara dan Antarabangsa.

LALUAN JELAJAH AMAN KAMPUS :

10-11 Mac 2012 Universiti Tun Hussein Onn
16-18 Mac 2012 Kolej Mara Kuala Nerang
22 Mac 2012 Kolej Yayasan Melaka
23 Mac 2012 UTeM
23-24 Mac 2012 UTM (JOHOR)
24-25 Mac 2012 IKBN Pagoh
29-30 Mac 2012 UUM
30-31 Mac 2012 Unimap Kampus Wang Ulu
31 Mac – 1 April 2012 USM
4-5 April 2012 TATiUC Terengganu
5-6 April 2012 PLKN Setiu
6-7 April 2012 UMK
12-13 April 2012 IKM Pekan
13-14 April 2012 Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah (POLISAS)
14-15 April 2012 UITM Selangor
19-20 April 2012 ADTEC Melaka
20-21 April 2012 IPG Raja Melewar
21-22 April 2012 UNIKL-MFI
26-27 April 2012 UM
27-28 April 2012 UPM
28-29 April 2012 UTAR

Anda juga boleh mengikuti info program tersebut dengan cepat melalui beberapa blog yang turut serta dalam jelajah tersebut :

K7L : Keris doakan supaya semua program berjalan dengan lancar..InsyaAllah akan dikongsikan juga perjalanan mereka disana didalam blog Keris..

Cerita Di Sebalik @MikeTyson Masuk Islam



SYABAS Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita bergambar bekas johan tinju dunia Mike Tyson alias Malik Abdul Aziz mengerjakan umrah di Mekah Madinah. Air mata Tyson gugur di Kaabah, demikian tajuk berita.

“Saya tidak mampu menahan air mata ketika mengetahui saya berada di salah satu taman-taman syurga (raudah),” ujarnya dengan penuh terharu.

Beliau memeluk agama Islam pada tahun 1995 dan sejak itu mahu dikenali dengan nama Malik Abdul Aziz. Perjalanan hidupnya sebagai seorang Islam tidak diketahui umum. Malah, menurut laporan lanjut, ada pihak berusaha supaya ia kembali ke agama asal.

Sejak memeluk Islam beliau pernah menyatakan bahawa yang paling ditakutinya ialah Allah swt. “Saya takut kepada Allah. Saya tahu saya banyak buat perkara yang jahat dan salah yang kesemua itu melayakkan saya masuk neraka sahaja. Namun saya memohon keampunan daripada-Nya setiap hari.”

Beliau mengerjakan umrah pada awal Julai dengan kerjasama Pertubuhan Dakwah Kanada (CDA). Dan dengan itu berada di Tanah Suci selama sebulan. Bagi Tyson 44 tahun, ia kesempatan menemui para pemimpin dan tokoh-tokoh agama serta menziarahi tempat-tempat bersejarah.

Gambar-gambar yang diambil dan ada yang dikirim melalui twitter jelas menunjukkan wajah gembiranya di hadapan Kaabah. Ada antara yang mengenalinya mendoakan semoga ia terus teguh iman seperti Bilal.

Laporan mengenainya tidak pula disiarkan oleh sesetengah akhbar, majalah dan siaran televisyen dunia Barat yang dahulunya begitu cepat melaporkan segala tindak-tanduknya. Dan tersebut kemudian gelaran Iron Mike, Kid Dynamite, Baddest Man in the Planet.

Mendahuluinya ke tanah suci ialah tokoh tinju dunia Mohammad Ali dan Malcolm X (1925-1965) Haji Malik al-Shabazz, pejuang nasib warga kulit hitam ketika berlakunya diskriminasi antara kaum secara berleluasa.

Laporan mengenai umrah oleh Tyson disebarkan setelah Parlimen Perancis meluluskan rang undang-undang melarang wanita Islam memakai burqa dan ini mahu diikuti oleh negara Belgium.

Sebelum ini ialah larangan di Switzerland mengenai pembinaan menara masjid. Keluhan mengenainya disuarakan oleh Tariq Ramadan, sarjana pengajian Islam di Universiti Oxford.

Ramadan, seorang warga Swiss, menulis: “Hanya empat sahaja menara masjid di Switzerland. Kenapa tindakan ini berlaku? Negara saya, sebagaimana pelbagai negara di Eropah menghadapi reaksi warga Islam Eropah. Beberapa negara Eropah mempunyai simbol atau topik yang melaluinya warga Islam Eropah menjadi sasaran. Di negara Perancis ialah burqa atau tudung muka, di negeri Jerman masalah masjid-masjid, di Britain berita-berita keganasan, di Denmark pelbagai kartun menghina Nabi Muhammad.” Demikian kritik dari Ramadan.

Sebelum ini ialah sesuatu yang diceritakan oleh Reza Aslan, sarjana pengajian Islam Universiti Lowa. Amerika dalam bukunya berjudul No God But God (Arrow Books).

Kisah bermula mengenai satu peristiwa waktu malam ketika menjadi penumpang keretapi perjalanan selama lima jam di Maghribi. Dari bilik tidurnya ia mendengar pergaduhan di antara konduktor dengan seorang penumpang di bilik lain.

Ia terpaksa menyiasat dan mendapati seorang penumpang lelaki Amerika bernama Malcolm menjawab beberapa pertanyaan. Bersamanya seorang wanita Amerika bernama Jennifer. Perselisihan berlaku kerana konduktor keretapi curiga setelah melihat mereka membawa terjemahan Kitab Injil dalam bahasa Arab untuk diberi percuma kepada orang-orang Maghribi.

“Anda mahu satu naskah?” Jennifer lalu bertanya.” Kami sedang membahagi-bahagi kitab ini.”

Rahsia

Penulis Reza Aslan mencatat pelbagai hal yang berlaku selepas Peristiwa 11 September, 2001 di New York. Berikutan itu kemudiannya ada pendakwah Kristian mengajar para pendakwah mereka supaya bergerak secara rahsia ketika berada di negara Islam dengan menyamar diri sebagai orang Islam, termasuk memakai tudung. Malah juga berpuasa dan mendirikan sembahyang sebagai orang Islam.

Lain cerita disiarkan oleh Reader’s Digest terbitan bulan Jun 2010 mengenai penyanyi popular Inggeris. Cat Stevens yang kemudian memeluk agama Islam. Beliau mulanya bercerita pengalamannya berenang di pantai Malibu, Amerika pada tahun 1976. Laut yang tenang airnya kemudian menjadi ombak besar dan ia tidak dapat berenang ke pantai. Beliau serta-merta berdoa: “Wahai Tuhan, selamatkan diriku dan aku akan berkhidmat untuk Tuhan.” Beberapa ketika berikutnya ombak laut yang tenang membawanya ke pantai.

Cat Stevens pada suatu hari menerima hadiah Quran dari adiknya “yang kemudian mengubah sama sekali kehidupan saya.” Hadiah diberi kerana ulang tahun hari jadinya.

“Saya telah pun mengkaji pelbagai agama lain dan juga falsafah, tetapi yang dihadiahkan itu memperlihatkan segalanya... saya memeluk agama Islam pada tahun 1977 dan menukar nama pada tahun 1978,” Yusof Islam menyambung cerita. -Utusan-

K7L : Alhamdulillah..cuma pelik kerana di Malaysia ini orang yang murtad pula yang disokong..

29/03/2012

Calon UMNO Lawan PAS Macam Lawan Nabi Muhammad? #PASerabut



Keris pasti umat Islam di Malaysia tidak akan melupakan fatwa-fatwa songsang yang dikeluarkan oleh puak-puak PAS ketika pilihanraya yang lepas-lepas. Keratan akhabar diatas merupakan salah satu bukti kesesatan fahaman politik mereka yang kononnya berjuang diatas nama agama Islam. 

Bukan itu sahaja, masihkah pembaca ingat akan Fatwa Rusila yang membawa kepada tragedi Memali? Bagaimana pengaruh kata-kata oleh Hadi Awang membuatkan ramai terkorban? Apakah pembelaan yang setimpal diberikan oleh orang PAS kepada keluarga yang terkorban? Ditipu pula orang-orang yang mendengar ceramah mereka dengan mempermainkan status kematian pihak yang terkorban! 


Kini apakah rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya mahu bersama dengan golongan-golongan yang berdakyah politik songsang ini? Fikirlah..

K7L : Sehingga ke hari ini..misteri Tabung Memali masih menjadi igauan puak PAS..

Wan Azizah Akan Saman Ummi Hafilda Lepas Tengok Video Ini? #PKRosak



Keris yakin dan pasti menitik airmata Wan Azizah selepas melihat video diatas. Mahukan tidak kerana dia sendiri sedang dibonekakan oleh suaminya. Kesian namun beranikah Wan Azizah menyaman Ummi Hafilda?

K7L : Shamsidar diam je ke?..

Cara Masuk Syurga Yang Betul! Bukan Ikut Tiket Syurga #PASerabut


عَنْ أَبِي عَبْدِ اللهِ جَابِرْ بْنِ عَبْدِ اللهِ الأَنْصَارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : أَرَأَيْتَ إِذَا صَلَّيْتُ اْلمَكْتُوْبَاتِ، وَصُمْتُ رَمَضَانَ، وَأَحْلَلْتُ الْحَلاَلَ، وَحَرَّمْت الْحَرَامَ، وَلَمْ أَزِدْ عَلَى ذَلِكَ شَيْئاً، أَأَدْخُلُ الْجَنَّةَ ؟ قَالَ : نَعَمْ

[رواه مسلم]

Dari Abu Abdullah, Jabir bin Abdullah Al Anshary radhiallahuanhuma : Seseorang bertanya kepada Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam, seraya berkata : Bagaimana pendapatmu jika saya melaksanakan shalat yang wajib, berpuasa Ramadhan, Menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram dan saya tidak tambah sedikitpun, apakah saya akan masuk surga ?. Beliau bersabda : Ya. (Riwayat Muslim)

Melalui hadis diatas kita dapat huraikan ;

1. Setiap individu muslim dituntut untuk bertanya kepada ulama tentang syariat Islam, tentang kewajibannya dan apa yang dihalalkan dan diharamkan baginya jika hal tersebut tidak diketahuinya.


2. Penghalalan dan pengharaman merupakan aturan syariat, tidak ada yang berhak menentukannya kecuali Allah ta’ala.

3. Amalan merupakan salah satu sebab masuknya seseorang kedalam syurga.

4. Keinginan dan perhatian yang besar dari para sahabat serta kerinduan mereka terhadap syurga serta upaya mereka dalam mencari jalan untuk sampai ke sana menjadikan ibadat mereka menjurus kearah mengumpul pahala.


Ini antara perkara yang perlu kita renungkan dan faham dengan jelas. Kita harus peka bahawa bukannya dengan satu undi kita semua boleh masuk syurga! Orang gila sahaja yang akan menawarkan tiket sebegitu rupa. Keris tahu ramai yang sudah tertipu namun ubahlah ketika PRU13 kelak. 

K7L : Orang takde akal je yang masih undi PAS walaupun dah tahu mereka penipu!..

Berani Atau Tidak @AzminAli Jawab Soalan Hasan Ali? #PR13 #ReturnSgor



Sehingga ke hari ini kita masih lagi menunggu jawapan daripada Azmin Ali terhadap soalan yang ditimbulkan oleh Dr Hasan Ali. Sebelum ini kita dengar bahawa Azmin berkokok dan memberi amaran kepada Hasan Ali agar diam jika tidak mahu dia membuat pendedahan. Lucunya selepas soalan yang dipertanyakan masih belum menjawab malahan amaran yang dulu dimomok seolah-olah hanya bait mulut sahaja.

Azmin boleh jawab lima soalan dibawah?



K7L : Dengar cerita Azmin menyorok bawah meja lepas tahu Hasan Ali tanya macam-macam? Betul ke?..

28/03/2012

[Video] Mat Sabu Nak Lawan Azizan Pasal Kuasa? #PASrabut




Sebenarnya pergolakan didalam PAS bermula apabila Mat Sabu memenangi kerusi Timbalan Presiden PAS. Kini jika PKR berpecah kerana Kem Azmin vs Kem Azizah, DAP terbelah kerana Kem Kit Siang vs Kem Singh Is King manakala keretakan didalam PAS pula adalah kerana Kem Ulama vs Kem 'Macam Takde Agama'. Azizan yang mewakili Kem Ulama semakin hari semakin ditekan dan dengar khabarnya ramai lagi pemimpin PAS yang memilih side 'Kem Ulama' sedang berkira-kira untuk masuk ke dalam UMNO demi mempertahankan Islam.

Apapun kalau Mat Sabu yang menerajui PAS maka jangat terkejut jika Timbalan Presiden diberikan kepada orang bukan Islam. Fikir-fikirkanlah yang mana satu mampu mempertahankan Islam. UMNO ataupun PAS?

K7L : Diorang asek berpecah je...macamana nak memerintah?

Sahabat Pena K7L : Ustaz Fathul Bari - Bukan Telunjuk Barat! @abuaqifstudio


Berikut adalah kiriman emel daripada sahabat Keris, Ustaz Fathul Bari yang ingin berkata sesuatu tentang 'Media Sosial'. Mari kita hayati dan fahami apa yang boleh dimanfaatkan serta disebarkan kepada rakan-rakan yang lain.


Bukan Telunjuk Barat

Barat sudah mula menarik perhatian umat Islam di serata dunia kepada mereka. Dengan melantik diri mereka sebagai pusat rujukan agama hatta agama kita sendiri, agama Islam. Pandangan-pandangan yang dikeluarkan kononnya diberi nafas baru, moden dan tafsiran baru menurut ‘ilmu’ mereka disusupkan ke dalam dunia Islam. Istilah-istilah ‘hebat nan indah’ muncul sebagai helah kepada nafas baru dunia Islam. Islam moderat, Islamisasi, Islamis ekonomis antara contoh istilah yang diguna pakai bagi menampakkan kemodenan Islam.

Melalui wawancara, perbincangan, idea dan komentar maka ada sebahagian orang yang berkata Islam mereka lebih terbuka. Ada lagi yang berkata, mereka juga islam tapi mereka tidak jumud dan bermacam lagi komen yang biasa kita dengari.

Sebenarnya Islam tidak pernah melarang umatnya bercakap mengenai ekonomi, politik dan pembangunan. Tidak terdapat satu ayat mahupun hadis yang melaknat orang yang kaya-raya, kecuali orang yang kedekut dengan hartanya. Bahkan Islam menyatakan, usaha menegakkan ekonomi merupakan satu kewajipan dan keperluan. Ini semua untuk membuktikan bahawa Islam adalah agama yang syumul, ia bersifat menyeluruh.

Islam bukan sahaja menitik beratkan urusan ibadah antara manusia dan Tuhan. Apa-apa sahaja urusan yang memelihara keperluan dan kebaikan manusia sejagat, ia tertakluk pada Maqasid Syariah di mana lima perkara yang perlu diberi perhatian. Iaitu memelihara aqal, jiwa, harta, nyawa dan maruah.

Lagi kejayaan barat pada hari ini ialah, mereka berjaya menginstitusikan agama Islam. Agama Islam diletak pada sekolah, pada organisasi, masjid dan sebagainya. Seolah-olah apabila seseorang muslim keluar dari masjid, maka tiada lagi praktik Islam yang ada pada dirinya ketika kakinya tidak menjejak di masjid. Dan memang tidak dinafikan, sekarang mereka telah mempunyai penyokong dan penggerak di negara kita.

Realiti yang wujud hari ini, umat Islam tidak lagi berperasaan apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan. Pada diri sebahagian cendekiawan muslim, ayat al-Quran dilihat sangat minimum berbanding kata-kata ahli falsafah bukan Islam yang memenuhi tulisan, artikel mahupun ucapan mereka. Sedangkan Allah Ta’ala telah berfirman,

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) al-Quran yang serupa (lagi bermutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah..” (Surah az-Zumar ayat 23)

Sepatutnya yang lebih utama adalah ayat al-Quran dijadikan sebagai motivasi, nasihat dan tolok ukur dalam satu-satu masalah mahupun perbahasan, berbanding dengan teori dan falsafah hasil kajian manusia. Waktu al-Quran diturunkan pada awal dakwah Islam, masyarakat arab yang terkenal dengan kehebatan syair dan bahasa ketika itu menjadi hampir gila. Mereka berfikir bagaimana mungkin Muhammad yang ummi (tidak tahu membaca) dapat menyampaikan ayat-ayat yang sedemikian hebat lagi tersusun. Akhirnya seruan beliau telah membina negara dan tamadun, lihatlah pada peninggalan sejarah apa yang tercatit.

Perhatikan, Islam sudah terlebih awal membina tamadun, memperbaiki akhlak dan menyelesaikan banyak masalah manusia hanya dengan wahyu. Iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Sudah ribuan tahun Islam bertapak di muka bumi, daerah demi daerah telah dibuka. Beribu juta orang telah menganut agama Islam, dari generasi ke generasi, keturunan kepada keturunan yang lain, Islam telah menapaki dada-dada manusia. Islam telah mengemudi keilmuan dan tamadun sebelum barat lagi. Namun sayang, hari ini kita berkiblat kepada mereka.

Kembali kepada agama

Jika ditanya apakah tujuan Rasulullah diutuskan? Membudayakan islam, itulah jawapannya yang merupakan tujuan utama Rasulullah SAW diutuskan kepada manusia. Bukan sahaja untuk orang arab, bahkan untuk semua manusia tidak mengira warna kulit dan bahasa. Allah Ta’ala berfirman, “Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci.” (ash-Shaf 9)

Barat telah berjaya dengan agenda mereka tersendiri untuk menghuru-harakan Islam dan merosakkannya. Adakah mereka berjaya kerana mereka hebat atau kerana kegagalan kita sendiri sebagai umat Islam? Kita sudah ketinggalan. Jadi, apa yang kita perlu lakukan?

Hanya ada satu formula, iaitu kembali membudayakan islam dalam kehidupan kita sebagaimana generasi terbaik umat ini iaitu generasi sahabat Nabi SAW.

Sabda Nabi SAW, “Apabila kamu berurusan dengan urusan (riba) ‘inah, kamu sibuk dengan ekor-ekor lembu (ternakan), kamu bersenang lenang dengan cucuk tanam, dan kamu meninggalkan jihad. Maka Allah akan timpakan kepada kamu kehinaan, Allah tidak akan mengangkat kehinaan itu sehinggalah kamu kembali kepada agama kamu.” (HR Abu Daud)

Kita telah mengetahui syumul nya Islam dan islam memelihara lima perkara asas yang mustahak. Apabila kita kembali kepada Islam dengan memelihara perintah dan menjauhi larangan Allah, pasti kita akan berjaya. Al-Quran menyatakan perpaduan dan tinggalkan perpecahan. Berusaha meningkatkan diri dengan meninggalkan kemalasan. Dan ada ayat yang cukup indah, bergerak kehadapan atau anda ingin mundur kebelakang. Kisah seorang lelaki yang ditegur oleh Rasulullah SAW supaya mencari rezeki walaupun dengan memotong kayu lebih mulia berbanding meminta-minta. Masih banyak lagi perintah Allah yang sudah cukup membuktikan Islam bukan jumud.

Generasi yang paling faham al-Quran adalah para sahabat Nabi SAW. Kerana itu mereka dan anak didik mereka berjaya membina tamadun. Aqidah mereka yang kuat kepada kebenaran yang turun dari Allah telah memacu mereka untuk mengamalkan perintah al-Quran. Dan disebabkan itulah kita diwajibkan untuk mencontohi mereka membudayakan al-Quran dengan jiwa dan raga.

Sementara itu, ilmu memainkan peranan yang penting dalam proses kebangkitan. Ketika Umar al-Khattab di masa pentadbirannya sebagai khalifah, beliau telah melantik para cerdik pandai untuk membantunya mengembangkan Islam dan memelihara maslahah (urusan kebaikan) manusia. Inilah proses yang sama yang perlu kita jalani bagi mengembalikan kegemilangan Islam. Hanya dengan wahyu semua masalah dapat diselesaikan. Bukan dengan telunjuk barat. Wallahu a’lam.

K7L : Sebarkan agar ramai faham dan tahu perkara ini..

32 Dosa Besar Kerajaan Negeri Selangor! #ReturnSgor



Ini hansard yag Keris kongsi daripada blog Gerakan Timur. Di sini terdapat senarai dosa-dosa Kerajaan Negeri Selangor Pakatan. Macam ini masih mahu undi mereka? Return Selangor!

Klik Utk Besarkan Imej 














Tolak PAS, Tolak DAP & PKR
Tolak PR.
  Undilah Barisan Nasional!

K7L : Masa untuk bangkit dan memulangkan semula Selangor kepada Kerajaan Barisan Nasional!

Orang PAS Perlu Tahu Apa Itu Pengertian Manhaj!



Orang PAS sering menyebut tentang Manhaj setiap kali mereka berceramah. Tahukah mereka apa pengertian manhaj yang sebenarnya? Ikuti video diatas supaya pembaca faham dan lebih pandai daripada puak PAS yang 'goreng lebih' dengan menggunakan nama Islam dalam parti mereka.

K7L : Agak-agak orang PAS ni dah sesat ke?

27/03/2012

Dong Zhong's President Deserves To Be Walloped Again?




We begin to see that there is something more about Dong Zhong than just an academic-related organization. Dong Zhong is almost like a ‘religion’ where the Chinese would just echo every song and every beat it makes without thinking twice about the practicality or its consequences.


With the recent protest by Dong Zhong, the Chinese can no longer deny that Dong Zhong or they, themselves in majority, are hard-core racists.

No other organization ever makes race separation in schools as their main objective, but Dong Zhong.

And to take ‘race separation’ even further, Dong Zhong is now insisting that no teachers without the fluency of Mandarin be supplied to the Chinese schools. In other words, the organization refuses to accept teachers from other races because it is only natural that only Chinese are fluent in Mandarin.

Dong Zhong is making all these protest even when they know that only few Chinese are interested in teaching, which makes it impossible for the government to fulfill its demands.

So, what is the real motive behind all these drama that eventually goes to the extent of punching Deputy Education Minister, Wee Ka Siong?

Is Dong Zhong purposely putting some pointless and inane pressure on the government for the sake of showing its power - the Chinese gangster way?

And why does Dong Zhong think that the Chinese schools deserve some kind of special treatment or be given special privilege that are not given to Tamil Schools or even Agama Schools? Note that not all Tamil school teachers can speak Tamil fluently, especially teachers who are there to teach Bahasa Kebangsaan. And not all Agama school teachers can speak Arabic fluently.

So what is so special about the Chinese anyway?

On top of this, Dong Zhong is also aware that there are 60,000 non-Chinese students in Chinese schools. Many of them are Malays or Muslims. As Chinese schools are also subjected to standard Malaysian syllabus and examination, religious teachers are also appointed to these schools to teach Agama Islam subject. Now, if the government is to kow-tow to Dong Zhong’s demands, how many can we find Ustazs or Ustazahs who are fluent in Mandarin to send to these schools?

Or is this Dong Zhong’s cunning way of getting rid of non-Chinese students in Chinese schools?

Obviously, Dong Zhong only concern is that it doesn’t want to have anything to do with other races.

Schools are just a part of the whole racist agenda. The bigger agenda is making sure that no other races be employed or be given opportunities to work in the Chinese dominated economy. For this, they make sure that they clearly state the requirement of Mandarin in most of their job advertisements.

In view of this, it may not be an exaggeration to say that the ultimate goal of Dong Zhong is to ‘overhaul’ Malaysia by erasing any traces of other races, especially the original settlers and claim the country as theirs entirely with the Chinese as the Master and others, as slaves.

Should Dong Zhong keeps harping on their racist and ridiculous demands, we can only suggest for it to privatised the Chinese Schools. Dong Zhong cannot be asking for more contribution or allocation from the government when it has rubbished all that the government had done for the Chinese schools. Allowing the Chinese or other races to have their own schools is already considered as an extraordinary practice by a country, which in itself proved of Malaysian government’s toleration and sincerity. Asking for anything more than this, is called pure greed and evil.

We can only ask why is there so much hatred in Dong Zhong towards other races? Why don’t they want to blend in and live with others in harmony?

Unfortunately, I have no answer to that. Perhaps, it’s just their communist’s blood.

K7L : What do you think?

@Khalid_Ibrahim Buatkan @AzminAli Marah? #ReturnSgor #PR13



Semakin hari semakin terserlah keretakan didalm PKR dengan kali ini Kem Azizah dengan Kem Azmin bercanggah pendapat. Apa perasaan Azmin bila Khalid kata begitu? Parti Kalut Ribut ini tidak perlu lagi diberi peluang memerintah Selangor. Mereka gagal dalam mentadbir!

Tolak PAS, Tolak DAP & PKR
Tolak PR.
  Undilah Barisan Nasional!

K7L : Nanti kita cerita siapa Kem Azizah dan Kem Azmin..

Hati-Hati Dengan Makanan Palsu! Boleh Mati Kalau Makan!


Hari ini pemalsuan dalam industri makanan semakin menjadi-jadi. Kita sebagai rakyat Malaysia harus peka dalam pembelian agar tidak menjadi mangsa penipuan indsutri makanan yang kini sangat meluas setelah budaya tersebut dibawa masuk. Ini antara makanan yang telah dikenal pasti ;

Kacang walnut palsu

Kacang walnut yang ori dikeluarkan dan diganti dengan konkrit yang dibalut kertas agar lebih kemas kemudian dimasukkan ke dalam kulit kacang walnut yang original dan digam.


Madu lebah palsu 

Madu palsu ini terhasil dari campuran air gula, manisan malt, sirap jagung atau beras, jaggery (sejenis gula yang tidak bertapis), pemanis barley malt atau bahan tambahan lainnya dengan hanya sedikit madu. Ia dipasarkan meluas melalui India ke U.S.


Daging lembu palsu

Daging palsu ini hasil dari campuran daging ayam dan babi yang kemudian diperap selama 90 minit dengan sedikit daging lembu gred tinggi. Bahan perap yang digunakan ini boleh meracun organ dalaman manusia dan boleh membawah penyakit kanser. 


Beras palsu

Pihak berkuasa di Singapura telah melaporkan bahawa terdapat beras palsu yang diperbuat dari plastik resin dan kentang atau keledek. Beras ini nampak ori tetapi bila dimasak ia kelihatan kenyal dan keras. "Makan tiga mangkuk beras palsu ini seperti makan satu beg plastik," kata seorang pegawai dari Persatuan Restoran Cina.


Telur palsu

Ia terdiri daripada bahan kimia, asid alginic, kalium, kalsium klorida, gelatin, parafin, pewarna tiruan dan air. Telur ini direbus dalam air kencing kanak-kanak lelaki (mendapatkan warna) dan kulit telur dibuat dari kapur. Memakan telur palsu secara berterusan boleh menyebabkan


Ban kitar semula

Beberapa kedai runcit telah dituduh menghantar ban yang telah tamat tempoh kembali kepada pembuat mereka, Shanghai Shenglu Food Company, di mana ban basi ini akan dikitar dengan cara memasukkannya dalam campuran tepung, air, pewarna makanan kuning yang haram dan pemanis tiruan. Ban kemudian dipakej semula dan dijual sebagai ban baru.

Maklumat ini Keris petik daripada BOBphat.

K7L : Ini yang kita tahu..yang kita tak tahu macammana?..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk