30/06/2015

Azwan Ali Patut Di Gam Sebab Mencarut Banyak Sangat! @shaberyc



Kalau ikut berita, petikan dari Berita Malaysia :

Baru-baru ini, Azwan Ali memuat naik tweet di laman Twitternya yang bertanya tentang restoran mana yang menghidangkan steak, kerana beliau mengidam untuk berbuka puasa dengan menu tersebut.

"Salam. Nak steak la todayyyy! Nak cari cafe yang tak sesak Melayu Jebawokkk! Any ideas?,"

Lantas menjawab pertanyaan selebriti itu, Ajiwaaa atau @NurAziraWA membalasnya dengan jawapan 'MENATE'.

Malangnya, jawapan yang diberikan oleh Nur Azira itu telah disalahfahamkan oleh Azwan Ali.

"Sundal bertudung paling binatang #Menyalak real anjing! #Puiii Puas hati tak neraka?"

Terkejut dan tidak menyangka tweet balas dari Azwan. Nur Azira menjawab:

"I means steak house Menate laaa divaaa. Apa ni? katanya.

Ekoran itu, ramai yang mengecam tindakan biadab Azwan Ali yang melemparkan ayat kurang hajar itu kepada follower Twitternya.

Diatas ini adalah respon Azwan Ali setelah dikecam teruk oleh orang ramai. Daripada yang dapat kami lihat, Azwan Ali tidak sedikitpun berasa serba salah dengan tindakkannya
.

Dikhabarkan juga Azwan dah mintak maaf melalui Instagram. Tapi ini dah kali ke berapa? Habis semua orang dia carutkan. Ingat budak sekolah tak tengok? Mohon pertimbangan untuk GAM dia daripada kelaur mana-mana rancangan.

Melampau sangat.

K7L : Carut itu makanan dia..

Siapa Norman Toha Untuk Ajar Orang UMNO? @Zahid_Hamidi @msu2265

 

Bekas SU Negeri Selangor, Norman Toha, sebenarnya adalah senjata untuk menyerang Anwar Ibrahim. Memandangkan dia pernah berada di safa kepimpinan PAS dan Kepimpinan Negeri Selangor.

Sudah tentu dia lebih tahu modus operandi Pakatan terutama PAS yang dilihat tunduk setunduk-tunduknya jika berhadapan dengan Anwar Ibrahim. Kerana itu juga Noman Toha dituduh pasal tidak jelaskan hutang kepada PASTI Negeri Selangor yang sudah lebih 10 tahun tidak dibayar. Tetapi itu cerita lama.

Hari ini, UMNO 'pakai' dia untuk ajar orang UMNO. Apa yang dia ada? Untuk kongsikan apa yang ada dalam PAS? Ke nak ajar orang UMNO jadi orang PAS? Adakah Norman Toha ahli UMNO yang berdaftar?

Kalau nak cakap pasal ilmu politik, apa dalam UMNO dah tak cukup ilmuwan politik sampai kena import seorang bekas YDP PAS Selangor yang mengundurkan diri kerana kecewa? Apa masalah UMNO kalau seringkali 'memerlukan' orang luar untuk ajar ahli sendiri?

Seburuk-buruk Lokman Noor Adam, dia ahli UMNO dan pernah pegang Exco Pemuda UMNO Malaysia. Ini bukan ahli tapi diusung kesana kemari. Keris yakin Datuk Zahid Hamidi bijak orangnya. 

Keris dengar keluhan orang UMNO yang pergi kursus. Mereka yang buat aduan. Jangan buat malu dengan UMNO. Masih ramai lagi yang layak. Pada pendapat Keris, jika untuk berceramah mungkin itu tempat Norman Toha, tapi bukan untuk mengajar orang UMNO.

K7L : Sekali pembangkang.. sampai bila pembangkang...

#ReduceWargaAsing - Peniaga Bukan Warganegara - Apa Nasib Peniaga Bumiputera?



Awal tahun 2013 dahulu pernah ada Operasi Penjaja Warga Asing yang mana 385 orang telah ditahan dan disiasat. Mengikut petikan lama ini :

KUALA LUMPUR — Seramai 385 warga asing ditahan dalam Operasi Penjaja Warga Asing oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Pasar, Pudu dan Jalan Silang hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL Minhad Ahmad berkata dalam operasi tiga jam bermula 11.30 pagi itu yang ditahan ialah 138 warga Bangladesh, 117 warga Nepal, 105 warga Myanmar, 10 warga Indonesia, 10 warga India dan lima warga Pakistan.

"Kita telah membuat tangkapan secara rambang di kedua-dua lokasi tersebut dan tempat tersebut menjadi tempat tumpuan mereka berkumpul dan juga pusat menjual barangan di gerai-gerai tanpa lesen,” katanya dalam sidang media selepas operasi tersebut di Bilik Gerakan Jabatan Penguatkuasaan DBKL di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua warga asing yang telah ditahan itu akan diserahkan kepada pihak Imigresen untuk disaring semula dan tindakan akan diambil kepada mereka yang tidak mempunyai permit pekerjaan yang sah.

"Operasi hari ini sebenarnya kita tumpukan pada premis penjaja tanpa lesen serta pemantauan warga asing,” katanya - Kosmo

Operasi sekarang Keris tidaklah berapa pasti tapi kalau pergi ke kawasan-kawasan di Kuala Lumpur, berapa ramai warga asing yang berniaga? Laksa Kedah pun orang Indonesia dah jual beb!

Bila tanya ada passport katanya janganlah ganggu. Di sini mereka mencari rezeki. Tetapi bagaimana dengan peniaga bumiputera? Mereka berniaga di tepi jalan tanpa premis sah, sedangkan peniaga bumiputera/rakyat Malaysia kena sewa kedai bagai.

Masih ada dan kadang-kadang yang beli pun daripada pihak berkuasa. Kena tunggu aduan baru boleh tahan? Jangan sampai satu hari nanti, orang Malaysia sendiri tak boleh berniaga sebab semua mereka yang sapu.

Harap pihak berkuasa jalankan tugas dan membanteras mereka semua ini. Esok lusa dah teruk baru nak buat siasatan, tak jadi apa. Ini negara kita, kita peliharalah sama-sama.

K7L : Bersepah dekat Bandar Sri Permaisuri, area PWTC, area Ampang.. asal tak check IC?...

29/06/2015

Mesej Dari Penjara - PAS Tidak Penting Pada Anwar? - Padan Muka Macai!



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya kerjasama diantara PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di peringkat kerajaan negeri diteruskan walaupun Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud.

Beliau yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun diatas kesalahan meliwat di Penjara Sungai Buloh berkata, kerjasama di peringkat kerajaan negeri itu perlu diteruskan demi menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

“Saya mengikuti perkembangan terkini yang telah menjejaskan gabungan formal Pakatan Rakyat. Namun secara hakikat, kerjasama di antara ketiga-tiga parti diperingkat kerajaan negeri dan Parlimen demi menentang kerajaan BN masih kekal diteruskan.

“Saya ingin menggesa rakan-rakan untuk menumpukan sepenuh perhatian menjadikan kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang menunjukkan kepedulian terhadap masalah rakyat berdasarkan Dasar Bersama Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu perutusan hari ini.

Perutusan itu disampaikan kepada peguam yang juga pemimpin PKR, R.Sivarasa yang bertemu dengan Anwar hari ini bagi satu pendengaran kes beliau di sini.

Anwar turut meminta PKR mempertingkatkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjatuhkan kerajaan BN disebabkan Pakatan Rakyat kini sudah tidak lagi berfungsi secara formal.

Permintaan Anwar itu bagaimanapun pasti sukar dipatuhi oleh PAS dan DAP memandangkan DAP telah meminta supaya pemimpin PAS yang memegang jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang supaya melepaskan jawatan kerana Pakatan Rakyat sudah berkubur.

Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini memecat Setiausaha PAS Pulau Pinang yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri, Mohd Fadzil Kemi.

Perpecahan Pakatan Rakyat bermula apabila PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas awal bulan ini. – MYNEWSHUB.CC

Muaahah! Mana orang PAS yang selama ini sanjung Anwar tinggi melangit? Dah kantoi meliwat pun orang PAS kata Anwar juga betul Dah macam didewakan pula kalau macai PAS kata pasal Anwar.

Sekarang Anwar dah bagi hint yang PAS memang tak ada makna pun. Selama ini mereka hanya dipergunakan untuk sokongan. Walhal PAS lebih ramai ahli dan tenaga kerja berbanding PKR dan DAP.

Tetapi PAS tiada duit macam mereka. Jadi PAS dianjingkan sahaja selama ini dengan kemewahan dan kedudukan. Macamana nak jadi parti yang kuat kalau sering ditindas?

K7L : Keris nak tengok macai PAS komen apa...

'Pergi Jahanam' Sama DAP? - Hadi Tak Peduli Iblis DAP Nak Cakap Apa!


 

Bulan puasa ini pun masih lagi DAP nak serang PAS. PAS kini dilihat sebagai musuh utama DAP sebelum BN. Rata-rata pemimpin PAS tengah mengorak langkah nak kurangkan pengaruh DAP.

Kemungkinan kemelut ini akan berakhir dengan pertikaian yang akan berlarutan sehingga PRU14. DAP masih terus menuduh PAS mahu bergabung dengan Barisan Nasional dengan harapan undi Melayu diberi kepada keldai mereka iaitu PKR.

Kemungkinan untuk bekerjasama demi rakyat mungkin ada tetapi untuk bergabung itu tersangatlah mustahil. Apapun kini DAP sudah semakin terdesak dan mula pakai segala jenis dalam catur untuk berperang dengan PAS.


 

Dalam masa yang sama, mereka yang pro DAP-PKR telah meninggalkan PAS mula terasa hati dengan Mursyidul Am PAS bila mereka kena sound. Kini musuh PAS adalah DAP dan PKR. 

K7L : Kenali musuh anda..

Sudahlah PAS Pusat Dia Kalah - Kini PAS Kelantan Buang Husam Musa!



Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa digugurkan daripada barisan kepimpinan PAS Kelantan apabila kabinetnya dibentuk semalam.

Dalam kabinet baharu itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob kekal sebagai pesuruhjaya manakala Datuk Dr Fadzli Mohamad dilantik timbalan pesuruhjaya, mengambil alih tempat bekas exco Kelantan itu.

Turut dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya adalah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Dr Johari Mat.

Sementara itu, PAS Kelantan juga mendapat setiausaha perhubungan yang baharu, apabila Datuk Che Abdullah Mat Nawi dilantik menggantikan Zulkiflli Mamat yang kini dilantik sebagai pengarah pilihan raya.

Ketika Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Kelantan, Husam merupakan orang kanan beliau dalam parti dan kerajaan.

Husam dan rakan-rakan progresifnya dalam PAS tewas dalam pemilihan pada awal Jun lalu. – 24 Jun, 2015. TMI


Kah Kah Kah bak kata Isham Rais. Nampaknya puak Progresif PAS semakin hilang kuasa. Mungkin Husam yang dulunya 'kaya' dan 'berpengaruh' serta suka berpolitik ala gangster tetap gagal di Kelantan.

Kemungkinan adun Salor akan kalah PRU14 nanti jika Husam masih bertanding. Penolakan orang PAS terhadap Husam di Kelantan begitu terang sekali. Mungkinkah mereka telah berada di ambang kehilangan kuasa walaupun DAP dibelakang mereka?

K7L : Apa desperado act dari mereka kelak?..

26/06/2015

Guan Eng Berterusan Tuduh Hadi Nak Gabung Dengan BN - DAP Ugut Atau Takut?



Apa benda sebenarnya perkara yang paling ditakuti oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng ketika ini? Mereka takut andaikata PAS benar-benar tinggalkan mereka. Sebab itu tekanan diberikan dengan harapan Hadi akan kembali tunduk.

Dengan pemerasan yang tidak beretika, dengan pembuangan secara besar-besaran ahli PAS, menyekat kekuasaan PAS di negeri Pakatan Rakyat serta serangan demi serangan kepada PAS melalui media.

Mereka beranggapan PAS yang seluruh rakyat Malaysia tahu mereka sayangkan kuasa akan kembali melutut. Namun ketika ini, Keris percaya PAS sudah berubah selepas mereka dikhianati.

Siapa boleh tahan jika dalam jemaah sendiri dipergunakan dan dibeli untuk menghacnurkan sesebuah parti. Biasa kita dengar 'perlawanan' atau 'perpecahan' untuk jawatan dalam mana-mana Parti termasuk UMNO.

Tetapi tidak pernah kita dengar melainkan PAS yang mana 'perlawanan' dan 'perpecahan' yang berlaku disebabkan oleh campurtangan dan desakan daripada parti lain. Yang lagi best, parti yang bukan dikuasai oleh orang bukan Islam. Bukan menjadi rasis tapi agak aneh perkara sebegitu berlaku.

Persoalannya sekarang. Apakah sebabnya DAP terus menuduh Hadi ingin bekerjasama dengan Barisan Nasional? Tidak lain hanyalah propaganda DAP untuk memastikan PAS tidak mendapat sokongan Melayu PR yang suka ditipu DAP.

Apapun kita biarkan mereka sendiri tentukan. Pakatan Rakyat yang kononnya bersatu tetapi tidak, akan terus Mati atau Pengsan. 


K7L : Bercerai tetapi bersekedudukan.. eh.. bila masa kahwin..

25/06/2015

Rakyat Selangor Pilih Mana? Bubar DUN Selangor Atau Tidak!


 

Keris tertarik nak tahu apa pandangan pembaca tentang pembubaran DUN Selangor. Kalau dari segi cakap mulut, ramai di Selangor terutamanya orang Kuala Langat dah bising kata menyesal undi PR.

Haha! Yang dulu kau gatal sangat pergi undi kenapa? Ikut sangat hati, nah amek kau! Kampung sendiri ada banyak babi nanti. 

Mega tu beb! Nak sangat kelebihan dari PR, Babi Mega mereka bagi sebagai hadiah.

Dikhabarkan Sultan Selangor menzahirkan rasa kecewa dengan situasi politik yang berlaku di negeri akhir akhir ini.

Kalau dulu konflik singkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim. Sekarang ada konflik lain bila DAP tak boleh duduk semeja dengan PAS. Dan Azmin Ali diberi tekanan antara nak sebelah pada PAS atau DAP.

Kalau berterusan macam ni, sampai bila pun Selangor tak akan aman. Perang politik 24jam. Kerja untuk rakyat tah ke mana. Negeri yang dulu digelar paling kaya dan paling maju sekarang dah celaru.

Penyelesaiannya apa? Bubarkan saja DUN Selangor. Dan biar rakyat buat keputusan pilih parti yang berpengalaman atau pun parti yang politik 24jam.

Itu belum lagi cerita pasal masalah rakyat macam krisis air, projek babi mega, PBT cekik duit rakyat melalui lesen bazaar Ramadhan dan banyak lagi.

Kesimpulannya Kerajaan Negeri Selangor sekarang hanya indah khabar dari rupa. 
Apapun dekat sebelah kanan ini ada Poll. Undi ya. Nak tengok bape ramai nak DUN dibubarkan atau tidak.

K7L : Pergi Kuala Langat nak cari PKR, Babi yang keluar!.. hahaha

Kisah Simbah Cat Merah Kepada DAP - Cara Lapok Raih Simpati?



 

Benda ini baru jugaklah jadi. Taktik sama macam dulu. Tak ada cara lain dah cuba nak raih simpati By the way nak bagitahu, orang Melayu tak popular dengan simbah car merah bagai dekat pejabat ni.

Ini kisah Teresa Kok dan kaitkan dengan yang berlaku.

Merujuk kepada laporan SorosKini Malaysiaini bertajuk Bangkai ayam, cat merah pula untuk Teresa.


Di antaranya :

Cat merah telah disimbah di tangga ke pusat perkhidmatan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.

Bangkai ayam dan gambar Teresa turut ditemui pada kira-kira jam 9 pagi di pejabatnya di Kuchai Lama, Kuala Lumpur, oleh pengurus syarikat pengurusan blok pejabat tersebut, Sim Foo Lan.

1. Jika kita rujuk foto yang disiarkan oleh SorosKini MalaysiaKini, kita tentu tertanya-tanya :

Macam mana Teresa Kok DAP atau pun SorosKini MalaysiaKini tahu bahawa kertas (dalam bulatan) adalah gambar Teresa kerana kertas itu terlipat? sumber


Mana macam tahu itu gambar Teresa?

2. Atau angin tiup hingga kertas itu terlipat ? Atau ada yang tampered dengan bukti di kawasan jenayah?

3. Muatkah ayam itu disumbat tanpa perlu dibuka gril tersebut?

 

4. Apakah bungkusan (dalam bulatan) di bawah adalah sumber cat merah tersebut?




5. Jika benar, tidakkah pelik melihat corak aliran dan tumpahan cat merah di 5 anak tangga itu akibat projektil bungkusan tersebut?6. Dan juga soalan-soalan asas yang menjadi viral di dalam twitter dan Facebook :


Kenapa gril besi ofis Teresa DAP tidak terusik langsung seperti gambar di atas?



Jadi dah faham pasal simbah cat merah bagai ni?


K7L : Tak payah percayalah...

Rakyat Selangor Puas Hati Bila Tanah Selangor Dibabinisasikan?


Satu salinan minit mesyuarat yang menyatakan bahawa Kerajaan DAP Selangor tetap kekal dan komited akan melaksanakan Ladang Ternakan Babi terbesar di Asia.

Ladang yang dipercayai bernilai RM100 Juta itu telah pun mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerja (EXCO) Selangor sebaik sahaja Pakatan Rakyat merampas Selangor dari Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum 12.

Namun demikian, bantahan diterima dari para penduduk Tanjung Sepat, yang majoritinya adalah berketurunan Melayu/Islam. Ahli Parlimen Kuala Langat dan Menteri Besar Selangor sebelum ini bertegas mahu ianya didirikan dan dibina seberapa segera bagi memenuhi keperluan minoriti kaum Cina di situ.

Beban seterusnya terpikul ke atas Pejabat Daerah & Tanah Kuala Langat (PDTKL) di mana Pengarah dan kakitangannya adalah Melayu/Islam. Mereka perlu mencari tapak tanah yang bersesuaian untuk menggantikan tapak tanah sediada bagi memenuhi kehendak Menteri Besar, Adun Tanjung Sepat dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Selangor yang menjadi barua kepada komuniti Cina Evangelish DAP.

Nampaknya, kerajaan Negeri lebih menitikberatkan dan memberi tumpuan kepada pembangunan Ladang Ternak Babi Moden berbanding menyelesaikan krisis air Selangor yang membelenggu rakyat dan pengundi mereka sendiri. 

Krisis air Selangor yang telah dijangka semenjak awal 1990an lagi oleh pakar-pakar dan professional akan berlaku seawal 2014 yang lalu telah memasuki tahap kritikal. Kini Selangor semakin dicabuli.

Dengan pencabulan terbaru untuk membabinisasikan Selangor dengan secara mega, apakah Rakyat Selangor berpuas hati? Mana orang PAS yang berjuang untuk Islam? Tak kisah sebab ada masyuk? Orang Melayu dan Orang Islam yang undi Pakatan Rakyat di Selangor, sekarang rasa gembira? Dah cukup puas hati? Sukses! Sukses! Sukses!

K7L : Jangan gadai Islam demi kuasa..

24/06/2015

Ahli PAS Sound Bekas Pemimpin Progresif PAS Dalam FB?



Semuanya semakin terdedah. Satu demi satu terbongkar akan siapa dalang yang menghancurkan ummah di Malaysia. Bermula daripada video ini :




Maka ada hamba Allah tulis di komen yang ingn Keris kongsikan :


1- WAWASAN Tok Guru Nik Aziz (Al-Marhum) dan Tok Guru Fadhil (Al-Marhum) tidaklah mengelirukan pada asalnya .. ia tidak sampai mengenepikan prinsip TAUHID dalam perjuangan.

2- PAS mula diolah sekadar parti politik untuk mencapai kuasa dan kemenangan hingga kelihatan mengenepikan prinsip-prinsip akidah dan mula bersifat LIBERAL dan bukan lagi TAUHID .. pada waktu itu tiada pahala yang akan diberi oleh Allah swt.

3- Tak perlu mengugut PAS atau berdendam .. sebelum pemilihan muktamar 2015, YB Khalid kelihatan begitu yakin PAS akan "berwajah baru" selepas pemilihan .. tapi kuasa Allah swt mengatasi kebijaksanaan dan keyaikan beliau .. terimalah WAJAH BARU yang Allah mahukan ini, dan bukan yang anda mahu ...

4- Jika tak boleh terima keputusan, keluar sahaja dari PAS dan tubuhlah parti baru kerana itu lebih mudah untuk menyerang PAS secara jantan .. mungkin parti baru itu lebih "progresif" dan "dinamik" seperti yang anda mahu.

5- Serangan kepada keputusan muktamar sebenarnya adalah serangan kepada perwakilan yang telah membuat keputusan .. Perbezaan jumlah undi yang besar itu menggambarkan suara ahli seluruh negara .. hormatilah kehendak mereka utk dua tahun ini. Jika diizin Allah, bertandinglah sekali lagi pada pemilihan akan datang .. kecuali jika semua perwakilan tahun ini dianggap "lemah akal" belaka.

6- Akhir sekali ... gelagat seperti ini mengingatkan saya kepada bantahan puak-puak Yahudi Madinah suatu ketika dahulu apabila Allah mengarahkan Nabi saw berpaling arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah.'


K7L : Pedih bukan?..

DAP Gopoh Dan Terburu-Buru - Dewan Pemuda PAS Pusat Deal Dengan Azmin?


 

Azmin ni apa pendirian dia. PAS kata Azmin ada bersama dalam perjalanan perjuangan mereka di Selangor. DAP pula mengaku yang Azmin bersedia terajui Negeri Selangor tanpa PAS.

Apa ni? Sekarang Dewan Pemuda Pas Pusat menyatakan rasa kecewa dan tidak puashati mereka kepada DAP yang dilihat tak habis menyerang PAS. Dan Pemuda PAS juga menyatakan pendirian bahawa seolah-olah MB Selangor masih bersama mereka biarpun DAP menafikan.


 

Sebab itu Keris agak bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh Ahli MT UMNO, Dato Razali berkaitan kemelut PAS-DAP ini. Ini sebenarnya memberikan bukti bahawa mereka tidak ada ketua yang benar-benar ketua seperti Barisan Nasional.

Erti kata lain mereka tidak teratur dan tersusun. Bayangkan bagaimana mereka nak perintah negara jika mereka menang? Ingat sama Negeri dengan Pusat punya corak pentadbiran? 

Kalau rakyat Malaysia nak perjudikan nasib, jangan sesekali mencuba nasib untuk serahkan tampuk pemerintahan kepada PR. Negeri kecil pun dah berebut bergaduh bagai. Bayangkan jika mereka diberi kuasa. Yang jadi mangsa nanti rakyat.

Sekarang ini, orang Melayu yang sepatutnya dijaga oleh orang PAS tidak lagi menerima bantuan daripada ADUN/MP DAP. Sama juga pada orang cina menerima nasib yang sama. Akhirnya siapa yang menjadi mangsa? 

K7L : Rakyat kena tengok benda ini.. Sebab itu nak pilih pemimpin bukan macam main kuda..

Kes Menipu Duit Paling Latest Ramadhan 2015!


Sila klik untuk besarkan imej

Kes menipu duit ni bukan baru di Malaysia. Kes menganiaya orang ni memang banyak dan hadir dalam banyak cara. Ada pukau, ada ugut, ada salahguna kuasa dan ada yang mencuri dalam diam.

Semuanya adalah apabila tidak amanah dengan diri sendiri. Biasanya orang yang hatinya hitam sahaja berani untuk buat benda begini. Apapun hati-hati jika da orang nak minta benda begini.

Memang kita kesian tapi kita janganlah mudah percaya. Susah nak jumpa yang benar-benar jujur dan dalam kesusahan. Apapun kita doakan mereka yang membuat perkara sebegini diberi kesedaran oleh Allah.

K7L : Bab duit ni.. jangan main-main..

23/06/2015

'Bunuh' Hadi Gagal Tapi Berjaya 'Cacatkan' PAS - Kini DAP Ingin 'Toreh' Azmin Pula?


 


Keris agak tertarik dengan hujah dan olahan daripada KLxpress. Sememangnya kita meilhat 'permainan' ini masih belum habis. Seolah-olah ia benar mengikut skrip. Ironinya hanya satu parti yang menjadi penerbit, pengarah dan pelakon.

Sememangnya kini terbukti yang DAP adalah jauh lebih bijak daripada yang kita sangkakan. Parti politik tanah air dengan logo roket itu pasti tidak boleh berselindung lagi yang Azmin Ali adalah target utama mereka. 


Jadi, sebagai helah taktikal, DAP terus memainkan isu Hudud dan mula menyalahkan Hadi dengan mendakwa Presiden PAS itu sebagai punca perpecahan di dalam Pakatan Rakyat.

DAP di dalam media sosial juga berkali-kali mengatakan bahawa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang lah yang ‘membunuh’ Pakatan Rakyat. Tetapi yang peliknya apabila, DAP sendiri yang beriya-riya mencabut ‘nyawa’ Pakatan Rakyat sementara PAS dan PKR masih lagi terkial-kial cuba menyelamatkan pakatan pembangkang yang sudah ‘nyawa-nyawa ikan’ itu.

Nampak tak permainan DAP disini?

DAP sebenarnya cukup sakit hati dengan Hadi disebabkan Presiden PAS itu tidak menyokong ‘Kajang Move’ dan penyingkiran Menteri Besar, Khalid Ibrahim. Hadi juga tidak menyokong perlantikan Dr Wan Azizah Wan Ismail.untuk menggantikan Khalid.

Dalam hal ini, DAP dan PKR menginginkan Wan Azizah sebagai ganti Khalid, namun Hadi memilih Azmin. Sewaktu DAP dan PKR menyerahkan hanya satu nama untuk mengganti Khalid sebagai Menteri Besar, Hadi pula mengusulkan dua nama, Azmin dan Wan Azizah.

Yang sebenarnya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai calon ketiga, iaitu Iskandar Samad. Jika dahulu Hadi mengusulkan tiga nama seperti yang diingini oleh Sultan Selangor, sudah pasti Selangor kini mempunyai Menteri Besar dari kalangan ‘orang’ PAS. Tetapi, Hadi hanya mengusulkan dua nama, kedua-duanya dari PKR dan tiada satu pun dari PAS.

Sudah pastilah, PAS, DAP dan PKR semuanya mengetahui tentang perkara ini. Semua juga pasti tertanya-tanya mengapa Hadi tidak mencalonkan nama ketiga, Iskandar seperti yang Sultan Selangor mahukan. Jikalau Hadi menjunjung titah Sultan, sudah tentulah Iskandar yang akan dipilih sebagai Menteri Besar, bukan Azmin.

Jawapan bagi persoalan ini mudah saja, iaitu keengganan Hadi sendiri – Walaupun PAS memang boleh ‘merampas’ kerusi Menteri Besar Selangor daripada PKR.

Jika diimbas kembali, lebih kurang semasa Hari Raya tahun lepas lagi, Hadi ada bertemu secara peribadi dengan Sultan Selangor – tindakan itu juga mencetuskan buah mulut di kalangan orang ramai.

Dalam pada itu, Wan Azizah juga ada menghantar surat kepada Sultan untuk meminta diadakan pertemuan, namun permintaan itu ditolak Sultan Selangor. Dalam masa yang sama, Sultan Selangor turut menitahkan Hadi untuk hadir ke istana bagi perjumpaan secara tertutup.

Pada awalnya, perjumpaan secara tertutup Hadi dengan Sultan Selangor ini diadakan untuk membincangkan soal PAS yang bakal mengambil alih kerusi Menteri Besar Selangor. Posisi Menteri Besar itu sebenarnya sudah ditangan PAS, tetapi Hadi membuat keputusan untuk memberikannya kepada Azmin.

Walaupun kini, ada suara-suara sumbang yang mengatakan Hadi berkhianat kepada Pakatan Rakyat. Namun isu itu tidak terlalu panas kerana Hadi mempunyai bukti kesetiaan yang ‘konkrit’ – Hadi memilih Azmin (orang PKR) sebagai Menteri Besar Selangor.

Tambahan pula, jika Hadi benar-benar ingin mengkhianati Pakatan Rakyat, sudah pastilah beliau akan mengusulkan nama ketiga, Iskandar Samad kepada Sultan. Akan tetapi Hadi tidak berbuat demikian, beliau hanya menyerahkan dua nama, bahkan kedua-duanya adalah daripada PKR.

Bercerita tentang Isu Hudud, isu ini hanyalah helah DAP sahaja, ianya isu lama. Sasaran utama mereka adalah Azmin Ali. DAP mahukan Azmin disingkirkan kerana keengganan Azmin untuk tunduk kepada kemahuan DAP dan geng Wan Azizah di dalam PKR.

Walaubagaimanapun, DAP tidak boleh menyingkirkan Azmin sepertimana yang telah mereka lakukan kepada Khalid. Lebih-lebih lagi, DAP pasti risau helah mereka terbongkar jika terlalu menampakkan kebencian dan menuduh Azmin secara terus-menerus.

Justeru DAP menggunakan taktik dan helah mereka, kata orang cara halus! – DAP terlebih dahulu ‘membunuh’ Pakatan Rakyat dengan harapan ia akan menimbulkan krisis di Selangor.

Melihat kepada situasi di Selangor, PKR hanya mempunyai 13 daripada 56 kerusi. Ini meletakkan PKR dalam kumpulan minoriti, bukan seperti kekuasaan PAS di Kelantan atau DAP-PKR di Penang. Jadi, tanpa 15 kerusi DAP, dan dua kerusi PAS, Azmin akan terpaksa melepaskan jawatannya itu.

DAP saja mempunyai 15 kerusi, manakala PAS pula sebanyak dua kerusi, ditambah dengan 13 kerusi daripada PKR memberikan mereka 30 kerusi. Azmin memerlukan 29 kerusi untuk mendapatkan kuasa majoriti.

Sehubungan dengan itu, Azmin akan melakukan perjumpaan dengan Sultan Selangor untuk menerangkan situasi ini. Jikalau Sultan Selangor tidak bersetuju dengan Wan Azizah sebagai ganti Azmin, ianya pasti akan menimbulkan krisis Menteri Besar yang kedua di Selangor dalam masa singkat – hanya setahun dari krisis yang pertama.

Azmin kini semakin tersepit, bagai ditelan mati emak, diluah mati bapak. Parti mana yang akan disebelahi? Jika Azmin mahu terus berhubungan baik dengan PKR dan DAP, beliau sememangnya perlu bersara. Manakala jika Azmin mahu kekal sebagai Menteri Besar, beliau mesti meminta bantuan dari PAS dan Umno.

Sebagai akhir kata, taktik politik DAP, hasil cetusan ilham Lim Kit Siang memang bijak, malah tidak salah jika dikatakan beliau sebijak Tun Dr Mahathir Mohammad, kerana berjaya memperkotak-katikkan kedua-dua pemimpin parti pembangkang – Hadi dan Azmin.

K7L : Azmin.. You're next?..

Yang Kalah Meroyan - Yang Gila Kuasa Ambil Kesempatan #PakatanIsDead


 

Pergh! Bukan main lagi puak penyokong PasMa dok sebarkan kenyataan mereka yang secara terbuka menyatakan pendirian mereka adalah lebih fokus untuk menjahanamkan PAS dan nak kan kuasa.

Erti kata lain mereka tak mahu PAS menang lagi di mana-mana Kerusi. Macam Keris pernah tulis dahulu, PAS akan berhadapan dengan PasMa di semua kerusi yang mana PAS akan meletakkan calon mereka.

Keris syak, PasMa ditawarkan sesuatu yang agak lumayan sekiranya Hadi 'terseksa' memandangkan usaha menggulingkan Presiden PAS yang masih hidup gagal dengan jayanya.


Dan setelah gagal dan terus gagal. Mereka yang kena buang oleh ahli PAS sendiri mula menjelajah seantero Malaysia, mencanang cerita buruk PAS dan kononnya 'berjanji' akan mengambil alih tugas PAS untuk melawan UMNO/BN sekiranya dalam masa 100 hari tidak berubah.

Mungkin selepas 100 hari mereka nak buat Tahlil sempena kematian 'Pakatan Rakyat'. Apapun nampaknya selepas satu demi satu serang Hadi sebelum pemilihan. Kini satu persatu menunjukan wajah mereka.


Kalau Khalid Samad, dia buktikan pada rakyat Malaysia yang selama ini memang dia 'tunduk' dan 'patuh' hanya kepada DAP :

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dilabel kumpulan radikal atau jebon dalam Pas menyangkal dakwaan DAP sebuah parti cina yang cauvinis.


Katanya, jika DAP sebuah parti cauvinis, sudah tentu mendiang Karpal Singh dan ahli keluarganya tidak menyertai parti itu.


Lebih menarik lagi, katanya, semakin ramai orang Melayu menyertai DAP termasuk yang terbaru Sasterawan Negara, A Samad Said.

“Kita perlu melihat Perlembagaan DAP sebelum kita membuat tuduhan melulu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin.



Apapun sekarang ini. Kita tunggu apa yang akan berlaku terhadap PAS. Kini sesi 'mengugut' PAS dibuat. Serta tuduhan demi tuduhan dirangka untuk memastikan ahli PAS tidak percaya pada kepimpinan lagi.

K7L : Buatlah.. kami kisah apa.. tunggang terbalik ke dalam PAS tu lantak ko..Doa KO konon..

Parti Baru Untuk 'Bunuh' PAS - Arahan DAP?


 

PASMA akan mengusahakan penubuhan parti baharu selepas Aidilfitri ini berazam untuk menyaingi dan menggantikan PAS.

Bukan setakat ini, parti baharu itu berusaha untuk menghancur dan menguburkan PAS.


“Kami akan lawan PAS. Kami akan hancurkan PAS. Kami akan kuburkan PAS.
“Tolak BN tolak PAS. Pilih PASMA. Takbir..,”kenyataan PASMA Malaysia .

Kenyataan PASMA Malaysia itu sebagai respon terhadap artikel FMT bertajuk “Parti baharu akan bertanding di kawasan PAS- Phahrolrazi

Presiden PASMA, Datuk Phahrolrazi Zawawi dilaporkan berkata penubuhan parti baharu itu dirancang untuk bertanding di kawasan yang ditandingi PAS pada pilihan raya akan datang.
Phahrolrazi berkata, parti itu akan menggantikan PAS kerana Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak wujud lagi.

Bagaimanapun, tegasnya, parti baharu itu tidak akan bertanding di kawasan yang ditandingi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Kita akan masuk bertanding yang berpotensi untuk menang. Fokus kita untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) jadi kawasan yang ditandingi PKR dan DAP, kita tidak akan meletak calon,” katanya kepada FMT.

Phahrolrazi berkata, parti baru itu akan bergabung dengan DAP dan PKR untuk membentuk pakatan baru yang memberi fokus menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Beliau menaruh kepercayaan bahawa PAS tidak akan mampu meraih kejayaan besar kerana bergerak sendirian sekali gus menjadi parti kecil berbanding BN dan pakatan baharu.


Sementara itu, bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberitahu The Malaysiam Insider bahawa pada PRU akan datang, PAS tidak akan mendapat lagi sokongan undi daripada bukan Islam.

Lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan popular di kalangan bukan Islam, beliau memberitahu betapa sukarnya beliau berusaha memujuk ahli akar umbi PAS keluar dan berhimpun dengan bukan Islam dalam demonstrasi anjuran kumpulan reformasi pilihan raya Bersih.

Bagi Mat Sabu, masa depan PAS adalah suram kerana memegang ideologi agama yang menyumbang kepada kejatuhan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, buat masa ini tiada lagi jalan penyelesaian bagi PAS mendapatkan semula sokongan orang bukan Islam.

“Orang bukan Islam yang kecewa dan patah hati terhadap semua keadaan ini.

“Tambahan pula, PAS kini dipimpin oleh tokoh dari Pantai Timur, yang jarang bersemuka dengan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Mat Sabu berkata, pemimpin Pantai Timur dari Kelantan dan Terengganu mungkin berfikir mereka tidak memerlukan sokongan bukan Islam kerana mereka hanya berinteraksi dengan orang Melayu setiap hari.

“Mereka tidak akan merasa seperti apa yang kita lakukan di sini di Pulau Pinang dan Selangor. Pemimpin Kelantan juga berkata adalah bagus melakukannya tanpa PR kerana mereka membuat penilaian berdasarkan lokasi mereka sendiri.

“Mereka boleh menang di kawasan mereka tetapi bagaimana pula Selangor, Melaka dan Johor? Di Kedah, terdapat juga kawasan Parlimen di mana undi bukan Islam membentuk kira-kira 40%,” katanya.

Mat Sabu berkata pemimpin PAS tidak realistik jika mereka fikir parti boleh bergerak sendirian pilihan raya umum.

“Dalam pilihan raya, anda mesti mempunyai gabungan, melainkan jika anda hanya mahu menjadi parti serantau di Kelantan dan Terengganu.

“Ini semua sudah terkebelakang,” katanya.

Katanya, ketika perhimpunan Bersih pertama kali dirancang pada 2007, beliau mengambil masa hampir setahun mengajak ahli PAS mengambil bahagian dan menyertai kaum lain dalam demonstrasi itu.

Kejayaan perhimpunan tersebut, katanya, menyumbang kepada kemenangan pembangkang di 5 buah negeri – Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan – dalam pilihan raya umum 2008.

“Sekarang ini, imej berbilang kaum yang kami bina sudah hilang. Saya berasa sedih. Biarkan kepimpian PAS yang ada sekarang cuba mengumpulkan orang ramai daripada pelbagai kaum sekarang.

“Ulama dalam PAS mula menganjurkan perhimpunan anti-GST (cukai barangan dan perkhidmatan) tetapi himpunan itu hanya dihadiri oleh orang mereka sendiri. GST memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Anda perlu melibatkan semua orang.

“Ini adalah apa yang kita lihat. Jika PAS kembali kepada suatu parti serantau, ia akan menjadi lebih kuat. Tetapi apabila pilihan raya datang, ia menjadi perkara yang lain,” katanya.

Mat Sabu berkata, walaupun ketika ini PR sudah mati, Barisan Nasional (BN) masih boleh tumbang tidak kira jika ada PAS atau tidak.

K7L : BN Tumbang?.. kau sedar tak kau yang dah kena tumbang?..

22/06/2015

Ku Nan Sound DAP - DBKL Pun Boleh Buat Juga?



KUALA LUMPUR - Isu papan tanda UMNO yang dipasang di ibu pejabat parti itu di Pulau Pinang, yang diturunkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada Jumaat perlu diselesaikan mengikut undang-undang, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Kita negara yang berundang-undang, tidak kira UMNO atau DAP, macam mana sekalipun kita mesti patuh kepada undang-undang. Jangan kita ambil undang-undang dalam tangan kita.

"Jadi kalau dia (UMNO atau DAP) tidak ikut syarat tindakan akan dikenakan oleh pihak berwajib," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Program Ramadan al-Mubarak Peringkat Nasional oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Masjid Negara, di sini Ahad.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata sekiranya perkara itu berlaku di Wilayah Persekutuan sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya mahupun Labuan, pihaknya akan meminta pemilik premis atau papan tanda untuk membuat permohonan memasang papan tanda.

Katanya, sekiranya permohonan tidak berjaya maka pemilik papan tanda akan diberi masa dua minggu untuk menurunkannya.

Namun, Tengku Adnan menjelaskan pihaknya tidak mengetahui keadaan sebenar di Pulau Pinang dan tidak pasti sama ada UMNO Pulau Pinang telah meminta kebenaran untuk memasang papan tanda berkenaan.

"Di Kuala Lumpur, kami akan ambil tindakan kalau dia tak ikut syarat. Saya percaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain pun akan melaksanakan apa yang telah dilaksanakan oleh PBT Pulau Pinang (kalau tidak mengikuti syarat)," katanya.

Dilapor, penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Jumaat lepas cuba merobohkan struktur tulisan UMNO di depan bangunan parti itu di Jalan Macalister namun berjaya dihalang anggota parti berkenaan.- BERNAMA

Azmin Ali Perlu Betul-Betul Pilih PAS Atau DAP! - Rakyat Nak Tahu!


 

Sekarang rakyat nak tahu pendirian MB Selangor macamana. Orang PAS tunggu, Orang DAP pun tunggu. Jangan mengelak dan jadikan kami rakyat Selangor ternanti-nanti tentang hala mana MB sokong.

Sekarang terlalu banyak lawak daripada pihak Pakatan. Kita perlukan satu Kerajaan yang BERSATU DI BAWAH SATU BUMBUNG. Bukan yang lain-lain bumbung tapi berebut nak kuasa.

Paling kelakar bulan puasa ini. PKR kata Pakatan Mati, DAP kata Pakatan is dead tiba tak tiba PAS kata Pakatan pengsan? Ingat  ini apa?


Hentikan lawak sebegini! Kami mahukan penjelasan!

K7L : Main banyak bebudak ni..

Mat Sabu Betul Punya Marah - Nak Hancurkan PAS Dengan Parti Baru?


 

Pemimpin progresif katanya. Cuba menipu ahli-ahli PAS yang hadir dengan menyatakan 'Perjuangan Jatuhkan BN' tetapi dengan parti baru. Mereka dah bersedia terajui PasMa sebagai parti untuk ganti PAS.

Tetapi mereka perlu perdaya ahli-ahli PAS untuk sokong mereka terlebih dahulu. Kini PAS kelihatan berpecah dua. Serpihan PAS kini beria meraih sokongan sebelum betul-betul nak ke depan.

Tapi yang pastinya, dimana PAS akan bertanding maka PasMa juga akan bertanding. Peluang untuk orang baru dalam PasMa yang tak pernah jadi calon untuk bertanding juga tinggi.

 

Mungkinkah PAS akan terdesak dan kembali ke pangkuan DAP? Tetapi tahukah anda DAP lah penaung kumpulan progresif PAS? Jadi tidak mustahil juga PasMa yang akan diangkat sebagai parti baru akan dapat dana dari DAP kan?

Kita tunggu dan lihat. Siapa membusuk sebab perpecahan ini. Tapi lawaknya Mat Sabu tetap nak salahkan UMNO walaupun sebenarnya dia kalah sebab orang PAS sendiri tak suka dia.

Kini mereka tuduh Hadi minta tolong UMNO. Tapi bodohnya dia, bukankah yang mengundi tu ahli PAS! Apa kena mengena dengan Ahli UMNO! Ni jenis makan semut banyak-banyak terus lupa perlembagaan parti sendiri.

K7L : Spray ridsect dalam mulut kalau telan semut banyak!...

19/06/2015

Video Wajib Tonton - Khas Untuk Segelintir Rakyat Malaysia Yang Tak Bersyukur!




Tidak dinafikan mesti ada di kalangan rakan-rakan kita rakyat Malaysia yang berfikiran "stereotype" seperti watak lelaki dalam video di bawah ini dan kadangkala wataknya tepat terkena pada batang hidung kita sendiri.

Soalnya, kita mahu mengaku atau tidak sahaja, kan?

Di sebalik kemajuan negara yang semakin membangun dari hari ke sehari, ada sahaja perkara yang mahu dikomplen oleh rakyat Malaysia itu sendiri.

Mungkin benar dakwaan yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia di zaman lepas merdeka memang suka komplen itu dan ini, serta berpegang pada persepsi yang sebenarnya tidak benar, palsu dan tidak tepat.

Zaman kini sudah jadi kebiasaan buat kita yang gemar mempercayai bulat-bulat ‘berita’ yang tidak pasti kesahihannya yang sering kali disebarkan menerusi aplikasi perbualan Whats App dan laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Ianya seakan sudah menjadi satu penyakit di kalangan rakyat Malaysia lewat kebelakangan ini.

Lepas tonton video di bawah harapnya ia dapat memberi pengajaran kepada anda semua yang gemar merungut dan merendah-rendahkan kualiti produk anak tempatan. 


K7L : Kalau ada yang terasa.. jangan marah haaa..

Pakatan Rakyat Belum Mati - Hanya Pengsan Sahaja!



"Pakatan tidak mati, hanya 'pengsan'," katanya pada sidang media di pejabat Perhubungan PAS Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS baru-baru ini memutuskan untuk memilih Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan sebagai setiausaha agung bagi menggantikan Mustafa.  - TMI



Apa dah jadi ~ Sampai sekarang tak setel lagi ~ Apaaaa dahhh jaddiiiiiii~~~

Haha! Kartun sungguh parti-parti pembangkang ni. Cakap tak serupa bikin. Kadang-kadang hairan juga kerana masih ada yang menyokong parti-parti yang ubah ikut angin ni. Cakap ikut sedap memasing.

Paling lawak sekali bila sebut 'Pakatan' tapi statement yang keluar berlainan. Sekor cakap Pakatan tak ada fungsi. Sekor lagi cakap Pakatan dah mati. Alih-alih semalam sekor lagi bersuara kata Pakatan hanya pengsan.

Makan panadol overdose ke sampai pengsa? Haha! Apalah chokia diorang ni. Harap rakyat tengok konsistensi mereka dengan Barisan Nasional. BN banyak bekerja untuk rakyat tetapi mereka bekerja mengekalkan kuasa dan kedudukan.

K7L : Tak pelik kalau Mati hidup semula.. 

'Pakatan Baru' Ganti 'Pakatan Rakyat' - Selangor Pilih PKR-DAP?



Keputusan dicapai dalam Mesyuarat Biro Politik PKR pada malam Selasa yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menerusi Twitter memaklumkan, keputusan itu sekali gus akan membentuk pakatan baru antara PKR dan DAP tanpa Pas.

Mesyuarat Biro Politik PKR dihadiri semua pemimpin tertinggi parti kecuali Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali yang menghadiri program di Kelantan.

Chegubard yang digantung keahlian PKR sejak tahun lalu, secara terbuka mengutuk ketidak hadiran Azmin dalam mesyuarat itu kerana didakwanya cuma menyelamatkan diri jika dipersalahkan oleh kepempimpinan Pas atau DAP.

“Timbalan Presiden cap ayam betul,” tulisnya di Facebook.

Sementara itu, PKR dan DAP kekal berkuasa di Selangor dengan 28 kerusi ditambah dua wakil rakyat Pas yang akan menyokong pakatan baru itu.

FMT difahamkan PKR berpecah dua kumpulan yang menyokong DAP dan Pas.

Kumpulan yang menyokong PKR bersama DAP diketuai Rafizi Ramli manakala Azmin lebih memihak kepada Pas. - FMT


Dah agak! As predicted orang putih kata. Nampaknya DAP masih menjadi pilihan PKR. PAS pun Keris rasa memang sudha bersedia untuk diketepikan. Terbaru exco-exco negeri Selangor daripada PAS didesak DAP untuk meletakkan jawatan.

DAP nak tunjuk dia punya taiko yang dia boleh kontrol Pakatan. Kini mereka belum merasa tempang lagi. Azmin pula berkeras tidak mahu lakukan pemilihan sebab tanpa PAS, PKR tidak akan dapat tempat. 

Dia masih nak merasa jadi MB Selangor sebab tahu jika PRK diadakan, maka servis akan bertukar tangan. Apapun ini merupakan berita gembira buat rakyat Malaysia. Malaysia akan aman tanpa Pakatan.

K7L : Pakatan ni sebenarnya bala yang hancurkan negara...

17/06/2015

Berpecah Sebelum Ramadhan - PasMa Beri Tekanan Kepada PAS?


 
Hairan! Dua event berasingan. Apakah ini petanda PAS berpecah? Sebenarnya kedua mereka memberi pilihan kepada ahli-ahli PAS yang ada. Nak sokong yang mana satu kali ini. 

Adakah benar-benar mahu bersama PAS atau memilih PasMa yang mementingkan DAP berbanding perjuangan hudud PAS.


Keris taknak tulis banyak hari ini. Prepare nak sambut Ramadhan esok. Semoga Ramadhan kali ini dapat membuka hati ahli-ahli PAS untuk tidak terus mengkafirkan UMNO yang mana ahli UMNO juga akan berpuasa esok.

K7L : Pilih DAP kafir laknat?...

PasMa Bintang Baru DAP Untuk Lawan PAS Bukan UMNO?


 

PR dilihat semakin bercelaru dan terpesong jauh daripada landasan perjuangan sebenar sehingga menampakkan kaedah yang digunakan hanya untuk mendapat undi semata-mata.

“Perjuangan yang dilaungkan mereka (PR) sudah tidak tahu ke mana dan ikrar bersatu untuk mengubah pentadbiran Malaysia hanya tinggal sekadar janji manis untuk sedapkan halwa telinga pengundi" - Sinar Harian


Nampaknya PAS dah kena kifarah terhadap parti mereka. Suatu ketika dahulu sebilangan ahli UMNO daripada Sayap Ulama keluar daripada UMNO dan menubuhkan Parti PAS. Sebuah parti yang ditubuhkan khusus untuk menjatuhkan UMNO.

Hari ini kita lihat tertubuhnya satu lagi parti baru yang menjadi serpihan daripada PAS. Sebuah parti politik baru yang dibina hanya untuk menghancurkan PAS. Apapun kini PAS perlu sedar kedudukan diri mereka. Samada bersatu demi ummah atau biarkan PAS terus dimamah.

Semalam isu paling hangat adalah isu Pakatan Rakyat sudah tidak wuud. Diumumkan oleh DAP. Ironinya DAP yang umum sebab nyata mereka yang berkuasa dalam Pakatan tersebut. Perihal PKR, ya mereka memang kena pilih satu antara dua.

Namun begitu, kita lihat akan wujud satu lagi Gabungan Parti cuma kali ini PAS digantikan oleh PasMa. Cuma PKR memilih untuk bersama atau tidak, belum diketahui. Namun reformasi Pakatan Rakyat memang dibuat secara 'indirectly' untuk memastikan PAS mereput jika berdiri sendiri.

Kita tunggu dan lihat. Episod Duka DAP-PAS ini masih belum sampai klimaks lagi. Masih dalam plot yang sedih. 

K7L : Mari kita lihat siapa yang akan tersungkur..

Hati-Hati Sebaran Hadis Palsu Berkaitan Solat Terawih! #SalamRamadhan



Dikeluarkan oleh: Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu ‘alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam Ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. 

Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : “Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-quran.

Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh.

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. 

Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. 

Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. 

Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu’ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. 

Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. 

Di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. 

Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. 

Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: {Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan.} (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa’bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: {Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang.} (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah:

Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis shohih.

Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan “Ya Ali” sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih. Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Sumber rujukan: http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06

K7L : Semoga kita tidak terkeliru..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk