17/02/2012

Pandangan Pelajar UiTM Berkenaan Tohmahan Terhadap @datosahol



Ini adalah kiriman emel seorang pelajar UiTM kepada Keris setelah beliau meneliti tohmahan dan fitnah terhadap @datosahol [klik sini]. Apa katanya?


Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda.

Untuk memohon Biasiswa Skim TPM seseorang calon perlulah mempunyai CGPA minimum 3.0 di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Setelah permohonan dibuat, akan adanya proses penapisan dan pemilihan. Berdasarkan keputusan siasatan dalaman UiTM didapati tiada pengaruh tidak wajar Dato' Sahol ke atas Jawatankuasa Fakulti yang terlibat dalam pemilihan calon. Tambahan pula BPR juga gagal untuk mesabitkan kesalahan ke atas Dato Sahol kerana tiada bukti untuk mensabitkan kesalahannya.

Persoalannya, adakah kerana seseorang itu anak kepada TNC pada ketika itu, maka dia tidak layak untuk memohon biasiswa TPM?

Adakah relevan untuk kita mengatakan wujudnya ketidakadilan semata-mata kerana seseorang calon itu adalah anak kepada TNC Akademik? 

Pada hakikatnya pemilihan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fakulti ialah berdasarkan kepada meritokrasi, walaupun terdapat sedikit kelonggaran ke atas bidang-bidang pengajian yang kritikal.

Biarpun pengkelasan bidang kritikal itu mungkin terlalu subjektif, namun kita harus akui hakikat bahawa bukan semua bidang itu mudah untuk dikuasai dan ada sesetengah bidang yang kita amat memerlukan lebih banyak lagi golongan profesional yang mahir dalam bidang tersebut, disinilah perlunya kelonggaran keatas bidang – bidang kritikal, ini kerana jika kita terlalu ketat dalam proses pemilihan ia mungkin akan menyulitkan keadaan untuk mencari lebih ramai individu yang berminat untuk menceburi bidang berkenaan.

Selain itu, untuk membuktikan wujudnya pengaruh tidak wajar, haruslah dibuktikan bahawa ahli jawatankuasa pemilihan bukannya terdiri daripada mereka-mereka yang mempunyai kepentingan peribadi terhadap calon mahupun mana-mana anggota keluarga calon. Dalam hal ini, ianya adalah amat mustahil untuk memastikan ahli-ahli jawatankuasa pemilihan tidak mengenali anak kepada TNC Akademik UiTM. Namun ini tidak bermakna wujudnya pengaruh tidak wajar, selagi mana tiada tindakan dari pihak Dato' Sahol yang mengarahkan ahli jawatankuasa untuk memilih anak-anak beliau, selagi itu kita dapat katakan tidak wujud sebarang pengaruh tidak wajar keatas Jawatankuasa Pemilihan Fakulti.

Saya juga merasakan semua pihak haruslah sedar bahawa keputusan akademik hanyalah untuk penapisan pada tahap pemilihan awal, seterusnya ahli jawatankuasa akan memilih berdasarkan kepada kelayakan calon, berdasarkan kemahiran-kemahiran insaniah dan kebolehupayaan dalam membawa diri dihadapan ahli jawatankuasa. Sekiranya calon pertama mempunyai CGPA 3.9 dan calon yang kedua mempunyai CGPA 3.5 atau 3.20 tidak bermakna calon yang mempunyai CGPA 3.9 mampu menewaskan calon yang mempunyai CGPA 3.5 sekiranya calon yang kedua itu tadi memiliki “soft skills” dan kriteria lain yang tidak dimiliki oleh calon pertama. Hal ini amatlah penting bagi memastikan calon yang terpilih memang layak dan semestinya pihak universiti mahukan bakal-bakal pensyarah yang mempunyai kemahiran yang pelbagai dan bukan hanya memiliki kecenderungan dalam akademik semata-mata.

Walaubagaimanapun kita seharusnya percaya kepada keputusan siasatan dalaman UiTM dan BPR yang tidak menjumpai sebarang bukti untuk yang menunjukkan Dato Sahol bersalah. Pada pendapat saya selagi mana tiada bukti yang kukuh dan hasil siasatan yang jelas menunjukkan Dato Sahol bersalah, kita seharusnya tidak melemparkan fitnah yang melulu ke atas seseorang yang banyak menyumbang kepada pembangunan masyarakat terutamanya kepada bangsa Melayu pada zaman ini. Adalah tidak wajar untuk kita berburuk sangka, kerana buruk sangka itu bukanlah perkara yang baik, dan seharusnya masyarakat kita menjadi lebih matang dengan meneliti terlebih dahulu sesuatu isu dan maklumat yang kita perolehi dengan menilai dari kesemua aspek. Jika benar seseorang itu bersalah kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukannya. Selagi mana tiada bukti yang kukuh dan jelas untuk mensabitkan beliau selagi itu kami akan sentiasa menyokong Dato Sahol.

UiTM Sentiasa Di Hatiku.
Khairul Aisamuddin Bin Abdul Rahman
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang - Undang
Fakulti Undang - Undang UiTM Malaysia


K7L : Ini baru luahan seorang pelajar UiTM..ada ramai lagi sebenarnya..cukup masa nanti Keris siarkan..

2 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk