30/09/2014

Rumah Mampu Milik KL - Peluang Untuk Orang Muda?




Jika benar sebaran ini, maka beruntunglah kita yang duduk di KL. Keris harapkan perkara ini bukan main-main atau hanya khabar angin. 

Semoga perjuangan KP Wilayah untuk fight bagi kesenangan orang muda untuk beli rumah berjaya.

K7L : Beli rumah memang susah der...

Kes Rogol Polis-RELA-JPAM Dengan Gadis Pendatang Asing - Sila Siasat Dengan Segera @PDRMsia


Mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan dipaksa melakukan hubungan seks dengan anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan RELA..


 

Berdasarkan video di atas, kita dapat dengar cerita dan pengakuan yag dilakukan. Amatlah menyedihkan sekiranya pengakuan itu benar-benar terjadi. Namun begitu hari ini ramai yang menyamar sebagai anggota keselamatan dan berbuat jenayah.

Keris memang simpati dengan gadis yang baru sahaja habis berpantang, dirogol bergilir pula. Allah! Ini binatang yang buat. Mohon siasat dan tangkap dengan segera. Nama anggota keselamatan daripada Kementerian Dalam Negeri tercalar kini.

Sampai bila kita mahu puak-puak binatang terus menerus menghina Polis? Alvin pun dah macam haram. Jadi tak guna untuk berlembut dengan mereka. Semoga keadilan diletakkan di tempat yang sepatutnya oleh polis.

K7L : Sampai hati mereka rogol biarpun ada bayi?..

Doa Nik Aziz Kabul? - Akhirnya Dua Tali Barut DAP Mengaku Munafik?



Nampaknya PAS sudah semakin porak peranda. Hasnul dan Saari nampak macam dah hilang hormat pada Mursyidul Am PAS yang orang PAS sanjung bagai nak gila selama ini. Apa sudah jadi?

Dua ekor 'monyet' DAP dalam PAS dibiarkan begitu sahaja? Kenapa mereka tidak dipecat? Kalau nak kata pasal kuasa, PAS pun bukan dapat kerusi exco banyak di Selangor. PKR lebih berkuasa biarpun mereka kurang kerusi. Itu bodoh namanya.

Apapun sekarang orang PAS sendiri dah nampak. Dua badut ini dah mula biadap. Hasnul yang juga Adun Morib kata tak kisah kalau nak bertanding untuk tiket DAP. Haha! Bang kami cabar Hasnul lawan dengan tiket DAP di Morib. Dipersilakan!


K7L : Ini PAS? hahahahaha

29/09/2014

Ahli PAS Selangor Cabar PKR Lawan Semua Kerusi PRU14 Lawan Dengan PAS?


 

Ini cerita kedai kopi. Semalam Keris lepak minum di Putrajaya. Kedai yang dekat dengan pejabat PAS. Jadi ramailah juga orang PAS minum disitu. Mungkin mereka ada perjumpaan semalam tidaklah teman tahu.

Mereka kata PAS kini ditindas tapi kenapa PAS tetap bersama pakatan? Kalau hanya untuk kuasa mereka kata tak ada pun PKR dan DAP dulu tetap boleh memerintah Kelantan. Malahan UMNO pun tidak ganggu PAS macamana PKR dan DAP lakukan.

Keris cuba dengar betul-betul. Rupanya ia berpunca daripada Mak Lampir PKR yang seringkali merendahkan martabat PAS walaupun PKR tertubuh tak sampai 25 tahun lagi.

Hmmm.. Terfikir juga Keris, apakah PAS mahu dilihat sebagai sampah? Kata mereka jika PRN Selangor berlaku, ada kemungkinan PAS bertanding semua Kerusi. Kalau betul agak-agak siapa yang menang?

K7L : Ramai tapi lemah?..

26/09/2014

@pos4you Kenakan Kaki Troll Yang Banyak Main!



Hahahaha! Ini serius lawak. Ini akibat kalau asyik nak main-main je. Kadang kita tak tahu yang @pos4you tu untuk memudahkan urusan. Sekali kena senyap terus kau.

K7L : Ingat budak kecik keje pejabat pos?..

Sekolah Satu Aliran - Kata Nak Hapuskan Sifat Perkauman?



Sumber : Utusan

Rasanya sudah lama kita dengar pasal isu Sekolah Satu Aliran ini. Puak DAP sahaja yang sibuk berbunyi. Kini perkara itu disuarakan semula. Jika tanya Keris, secara peribadi Keris bersetuju dengan cadangan itu.

Bayangkan mereka yang bersekolah di SJK(C) sukar untuk bercakap dalam bahasa Kebangsaan Malaysia. Jadi untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, tidak salah untuk hapuskan ataupun jadikan sekolah Jenis Kebangsaan sebagai sekolah tambahan.

Kalau asyik nak jaga hati DAP, PRU13 dah membuktikan mereka berani memberi tsunami menentang Barisan Nasional. Jadi kalau teruskan cadangan ini tetap tiada masalah sebab mereka pun bukan menangkan BN. No harm sebab BN tetap menang. Masa untuk 'retain' sokongan yang sedia ada.

Berbalik kepada sekolah satu aliran. Molek kiranya pihak KPM membuka semula kertas cadangan sekolah satu aliran dan perhalusi. Ianya demi keharmonian negara. Jika sejak sekolah mereka telah diasingkan melalui sekolah 'kaum', maka bagaimana perpaduan ingin terbentuk?

K7L : Ada sebab DAP nak kekalkan sekolah Jenis Kebangsaan...

25/09/2014

Apa Sebenarnya Makna MALAYSIA - Ini Fakta!


Mctheory ada tulis pasal Malaysia. Bagaimana boleh timbulnya perkara ini. Sama-sama kita baca dan fahami.



Bagaimana timbul nama MALAYSIA, iaitu

gabungan nama-nama MALAYS dan ‘IA’. Dan kenapa pemimpin-pemimpin kita terdahulu menamakan nama negara kita MALAYSIA.

Apakah dengan pertukaran nama dari Persekutuan Tanah Melayu kepada MALAYSIA, terhapuslah kata asal MELAYU sebagaimana dalam nama Persekutuan Tanah Melayu?

Kalau kita kaji nama-nama negara-negara di dunia, terdapat nama-nama utama negara dunia, iaitu yang berakhir dengan ‘land’ , ‘tan’ dan ‘ia’.

Semuanya membawa maksud yang hampir

sama, bermaksud ‘tanah’. ‘Land’ ialah dari bahasa Inggeris/ Eropah, ‘tan’ dari bahasa Farsi, dan ‘ia’ dari bahasa Latin.

Antara nama-nama berakhir dengan ‘land’ ialah England(Tanah bangsa Angels), Iceland(tanah air batu atau ‘ice’), Scotland(tanah bangsa Scots), Swaziland(tanah bangsa Swazis), Finland(tanah bangsa Finns) dan sebagainya. Tidak lupa juga nama Thailand(tanah bangsa Thai).

Antara nama-nama negara berakhir dengan ‘tan’ ialah Pakistan(tanah suci), Tajikistan(tana h bangsa Tajik), Afghanistan(tan ah bangsa Afghan) dan Kirgyztan(tanah bangsa Kysgyz). Lain-lain nama termasuk Baluchistan, Kazakhstan, Turkemanistan.

Hampir separuh nama-nama negara dunia

berakhir dengan perkataan ‘ia’. Antaranya termasuk Russia(tanah bangsa Ross), Somalia(tanah bangsa Somali), Algeria(tanah bangsa Algiers), Bolivia (tanah bangsa Bolivars), India(tanah sungai Indus), Columbia(tanah Columbus), Mongolia(tanah bangsa Mongols), Ethiopia(tanah bangsa kulit hitam) dan sebagainya.

Dari paparan di atas, jelaslah nama MALAYSIA adalah versi ‘latinised’ berpangkalkan perkataan MALAYS, ungkapan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan MELAYU.

Jadi MALAYS-IA bermakna

LAND OF THE MALAYS, atau lebih tepat, TANAH BANGSA MELAYU.

K7L : Tahulah sendiri makna tu ya..

Drama Atau Menyelit Bagaikan Ular? - Azmin 'Menang' Akhirnya! #LangkahKejung #TeamAzmin




Polemik MB Selangor Lebih Epik Dari Kisah Sang Kelembai

Berakhir sudah kisah drama epik garapan tuan director Syaiton Anwarin Ibrahim. Episod akhir kemelut Menteri Besar Selangor yang dimulakan dengan Langah Kajang bertukar tajuk menjadi Langkah Kejung.


Segalanya telah berakhir setelah Sultan Selangor membuat keputusan untuk memperkenankan Azmin Ali sebagai Dato' Seri Menteri Besar Selangor yang ke-15. Ironinya Anwar Ibrahim seolah membisu tanpa bicara.

Kisah kepingin kuasa kepada Azizah lebih dongeng dari kisah Sang Kelembai. Persamaan jalan cerita, Anwar yang bertuakr menjadi 'Batu'. Kisah epik ini tercatat dalam sejarah hitam Keluarga Anwar Ibrahim. Mereka gagal dalam skrip yang mereka garap.

Azmin 'Menang' Akhirnya 

Siapa masih ingat dengan khabar angin 2008 apabila PKR-DAP-PAS menang di negeri Selangor. Seluruh negara terkejut dengan kekalahan yang dikatakan berpunca daripada ketamakan kuasa UMNO Selangor sendiri.

Ketika itu nama yang disebut-sebut sebagai MB Selangor adalah Azmin. Namun secara tiba-tiba Khalid Ibrahim yang diberi mandat. Ekoran itu Azmin-Khalid bermusuhan yang berpanjangan sehingga ke hari ini.

Khalid yang pernah menjadi 'kesayangan' Wan Azizah kini hanya tinggal 'bekas'. Kerana kerakusan kuasa Anwar Ibrahim, Azmin bijak mengambil peluang dan 'menang'. Kerusi yang dijanjikan dahulu akhirnya dapat dalam genggaman.


Anwar Perlu Belajar Dari Azmin Ali Erti 'Tunggu Masa'


 

Anwar seharusnya belajar daripada Azmin Ali. Dia menyelit bagaikan ular tatkala PKR dalam kesempitan mencari ruang untuk menjadikan isteri Anwar yang juga ADUN Kajang sebagai MB Selangor.

Kegagalan meyakinkan pihak Istana membuatkan Azmin mula melobi secara senyap-senyap. Akhirnya dia dapat kerusi yang sepatutnya menjadi milik dia lapan tahun yang lalu telah berjaya.

Jika Anwar yang kepingin kuasa Perdana Menteri suatu ketik dahulu bersabar sedikit, sudah pasti dia merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5. Namun Allah itu Maha Mengetahui. Segalanya ada asbab tersendiri. 

Bagus juga Anwar tidak punya kuasa jika tidak tergadailah Malaysia. Kini belum sampai seminggu 'kemenangan' Azmin. Kita lihat mungkinkah ada drama baru atau sambungan episod untuk siri kedua.

K7L : Langkah Kejung ... huhu..

Ini Biadap Mesti Kena Cari - Main-Main Dengan Sahabat Nabi!


 

Ini kalau tak otak dia bodoh, dia memang bodoh. Kalaulah ini bergurau, memang kau bangsat sebab permainkan nama sahabat Rasulullah S.A.W. Keris geram betul sebab ada manusia macam ini.

Yang gemar main-mainkan serta hina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. adalah puak syiah dan munafik!

Keris tak kenal mamat ni tapi gambar ini dah tersebar pun di Facebook. Apapun memang kurang ajar dia ini.

K7L : Ini bukan benda nak dibuat bergurau..

Kerusi MB Selangor Diisi Oleh Anak Kelahiran Singapura! - Petanda Apa Ini?


 

Kini seorang anak kelahiran Singapura dipilih sebagai MB Selangor. Entah apa yang berkecamuk dlaam hati. Mungkin sebagai anak Selangor yang asli, Keris merasa sedikit sedih.

Namun begitu Keris yakin pihak Istana lebih bijak dalam menyusun-atur Kerajaan Negeri Selangor demi kesejahteraan rakyat Negeri Selangor. Petanda apa sebenarnya yang ingin ditunjukkan Pakatan?

Tunggu dan lihat kerana mata anak-anak Selangor sekarang sedang sakit. Jika dahulu kami masih boleh menerima Khalid Ibrahim kerana beliau anak Selangor. Tetapi kali ini Azmin yang lahir di Singapura pula dipilih. 

Nampaknya PRU14 akan menjadi medan terakhir buat Pakatan Selangor. Oh Lupa! 4 orang Exco PAS itu jika tak dikekalkan maka PKR akan ucapkan selamat tinggal lebih awal. Tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku.

Kata mereka ini semua drama Anwar. Tunggu Keris ulas drama atau menyelit tatkala peluang terhidang depan mata.

K7L : Asalkan bukan keluarga Anwar Ibrahim.. 


24/09/2014

Janji PAS Yang Dituntut Rakyat Kelantan! Pengundi Pengkala Kubor Perlu Tahu!



Apa cerita dengan 'Jambatan Batu Asas' yang kini dah boleh disenaraikan sebagai khazanah negara? Batu Asas 1996 ini menyerupai Batu Bersurat Terengganu cuma bezanya Batu Asas 1996 ini ada gambar perasmi.

Mengarut betul! Janji dulu tak buat dah nak tambah janji lagi. Calon PAS yang asal dari Kedah nak lawan dengan Calon BN asal Tumpat. Rasa-rasa layak ke PAS? Sudah-sudahlah tu.

K7L : BN Sokmo Sokmo..

Janji 18 Tahun Sudah Terbengkalai - Dah Garap Janji Baru? #PasTipu #N01PKubor


 

Memang mudah untuk berjanji. PAS terutamanya paling pakar membuat janji palsu selain daripada Anwar Ibrahim yang gemar berjanji dengan ramai individu. Kalau Anwar, dia janji dengan 8 orang mereka akan dilantik sebagai menteri kewangan, 11 orang sebagai menteri sumber manusia dan 7 orang menteri dalam negeri jika dia menjadi PM. Eh! Ini betul punya cerita. Dia memang pakar bagi janji palsu.

Sama juga macam PAS. Bezanya PAS cukup pandai mengayat rakyat terutamanya di Kelantan. Pakai kopiah sikit, jubah sikit, serban sikit dah cukup. Lepas itu janji bulan dan bintang. Orang pun percaya pergi undi. Sampai laaaa apa pun tak ada. Ini kes dekat Pengkalan Kubor. 

Kata nak buat Bandar Baru? Apa kes? Sila klik gambar di bawah untuk besarkan imej.



K7L : Mudah berjanji dari melaksana..

Khas Buat @niknazmi @adamadli - Hasut, Dihasut, Penghasut #KekalAktaHasutan


Kisah drama MB Selangor PKR sudah berakhir. Kini isu yang lebih penting perlu diperjelaskan. Keris memegang pendirian tidak perlu mansuh Akta Hasutan 1948. Berkenaan dengan isu ini. Keris ingin memetik artikel daripada University News Capital yang digarap dengan cantik dan mudah faham.


Akta Hasutan 1948 menjadi satu perbincangan yang hangat tanpa kira latar belakang penghujahnya. Namun sebelum kita memilih untuk menyokong mana-mana gerakan saya percaya kita harus membelek waima Akta ini. Jangan hanya membaca daripada Facebook ataupun blog-blog politik.


Demografi

Sebelum diulas lanjut pendirian penulis mengenai Akta Hasutan ini, pembaca perlu melihat dari aspek yang lebih besar. Sejarah mengenai kewujudan Persekutuan Malaysia yang berasaskan aspirasi nasional. Kita mempunyai tiang seri serta tapak yang perlu kita faham.

Kerana pemahaman demografi yang membentuk masyarakat Malaysia inilah secara sejarahnya telah digubal satu perlembagaan untuk memelihara hak pribumi ataupun Bumiputera. Pasti ramai telah faham mengenai Kontrak sosial yang dipersetujui oleh bapa-bapa nasionalis kita. Maka lanjutan daripada ini semua hak yang dipersetujui pra kemerdekaan iaitu mengenai hak keistimewaan orang melayu, Raja-raja Melayu perlu dihormati.

Jangan kita lupa juga, fakta tragedi berdarah 13 Mei 1969 yang berlaku kerana mulut sesetengah pihak yang melancarkan provokasi kepada kaum Melayu. Isu seperti mengeluarkan kenyataan Melayu balik kampung dan berarak dengan penyapu gergasi benar-benar membawa kepada pertelingkahan yang diakhiri dengan bermandian darah.

Justeru, sebagai sebuah kehidupan yang majmuk, mahu atau tidak setiap pihak harus tidak bercakap buruk atau menyentuh mengenai hak yang telah termaktub dalam perlembagaan walau dengan apa alasan sekalipun. Selepas umur Malaysia yang mencapai 57 tahun ini, isu pemuafakatan ini tidak harus menjadi barah yang mengheret kita ke kancah yang mundur ke belakang.


Akta

Ada yang berhujah dengan tunjuk ajar pak cik Facebook bahawasanya Akta ini menyekat kebebasan bersuara bagi rakyat. Maka ramailah peguam segera yang beroleh ilmu dari “posting” di Facebook berhujah bahawa Artikel 10 telah dicabuli. Samada mereka membaca sampai habis atau tidak Artikel 10 itu tidak lah pula dapat dipastikan. Ini kerana jelas dalam Artikel terbabit yang memberikan kebebasan bersayarat iaitu selagi mana tidak menyentuh mengenai perihal yang sensitif. Parlimen juga diberikan mandat untuk menggubal undang-undang yang bersesuaian untuk memastikan hak bersuara ini dilaksanakan dengan penuh bertanggung jawab.

Menurut seksyen 2 Akta, “menghasut” apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan atau apa-apa benda lain menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu sebagai yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Frasa kecenderungan menghasut pula diterangkan dengan lebih terperinci pada Seksyen 3 Akta. Penulis kongsikan disini seksyen 3(1) yang menyatakan seperti yang berikut; (a) mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau kerajaan, (b) membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu, (c) mendatangkan kebencian atau penghinaan atau mendatangkan perasaan tidak setia terhadap pentadbian keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri, (d) menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang di Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri, (e) mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia atau (f)mempersoalkan apa-apa perkara, hak, tarag, kedudukan, keistimewaan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

Selanjutnya di seksyen 4 Akta ini membincangkan mengenai Kesalahaniaitu melakukan atau cuba melakukan atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut atau jika dilakukan akan mempunyai kecenderungan menghasut; menyebut perkataan menghapus, mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semuala apa-apa penerbitan menghasut dan mengimport apa-apa penerbitan menghasut. Menurut Akta ini juga setiap kesalahan dibawah Akta ini jika disabit boleh didenda RM5000.00 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Seandainya kesalahan berikut berulang boleh dipenjara sehingga lima tahun.


Hujahan

Justeru dari penerangan ringkas mengenai seksyen 3 dan 4 yang merupakan elemen terpenting pada Akta ini, jelas seandainya mana-mana kita tidak mengeluarkan kenyataan atau remark yang menghina institusi raja, selagi mana tidak menghina kaum lain dan selagi mana tidak melakukan aktiviti subversif kita tidak akan menderita dengan peruntukan Akta ini.

Soalan penulis seandainya tiada perlindungan daripada Akta ini, apakah tindakan yang boleh terhadap mereka yang mempertikaikan perkara 153 iaitu berkenanan dengan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera? Bgaiamana pula penguatkuasa undang-undang menangani mereka yang cuba menghasut dan menggerakkan aktiviti subversif misalnya mengajak rakyat turun ke jalanan untuk menggulingkan kerajaan yang dilantik oleh rakyat?

Akta Hasutan bukan digunakan keatas mereka yang mengkritik kerajaan ataupun polisi kerajaan. Tetapi ia digunakan terhadap pihak yang mengadu domba dan cuba bertindak diluar batasan demokrasi yang menjadi tunjang kepada negara kita. Seandainya timbul prosiding di bawah Akta ini yang menyalahi undang-undang, penulis percaya perkara ini boleh dicabar di Mahkamah. Tiada isu. Namun sekali lagi seandainya kita membiarkan tunjang negara kita seperti institusi Raja di hina, dimanakah taat setia yang kita laungkan sebagai rakyat Malaysia?

Mengapa perlu takut andai kita bukan penghasut?

Sumber : 
University News Capital 

K7L : Penghasut nak mansuh untuk senang hasut?

Apa Nasib Dua Badut Hasnul Dan Saari Sungib? #PecatDariPAS


 

Haha! Apa punya sengal dua ekor ADUN PAS Selangor ni. Relakan diri diperbodohkan oleh Anwar. Hasnul yang juga ADUN Morib dulu bukanlah macam ini. Dia yang menang dengan majoriti tipis di Morib dah mula tunjuk belang sifat tamak kuasa dan Anwarinnasnya.

Dengar khabar Hasnul dengan Saari ini dijanjikan kerusi Exco Negeri jika menyokong Wan Azizah sebagai calon MB Selangor. Mungkin juga mereka diberi kedudukan oleh Azmin, Oppss Dato Seri Azmin Ali haha!

Jadi dua badut PAS ini dalam keadaan tergantung. Kini mereka telah dikecam tinggal masa nak direjam sahaja oleh PAS seluruh Malaysia termasuk Presiden PAS sendiri. Apa nasib mereka sekarang?

Apapun menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Sudahlah diri dibadutkan, dihina pula rakan satu parti. Sekarang nak lompat PKR? Kalau betul mereka tidak ada jiwa PAS, apakata masuk PKR je. Masih lagi Pakatan Rebah. Haha!

Hadi pula kena ada telo nak pecat mereka. Mereka dah langgar arahan takkan nak duduk diam? UMNO pun tahu hukum anak buah lahhhhh..

Masih ingat doa perwakilan PAS baru-baru ini?




K7L : Dengarnya dua-dua tengah melutut pada Hadi Awang?...

Beri Lesen Pada Along? Pinjaman Along 'Dihalalkan'? @mpkotabelud



Sumber : Utusan

Nampaknya bagi masalah rumah, pelbagai cara telah mula dicadangkan. Pelbagai isu telah dibawa ke tengah untuk dibincangkan terutamanya bagi mereka yang duduk di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Pemilikan rumah bagi mereka yang bekerja di Kuala Lumpur sememangnya menjadi masalah kepada rakyat terutamanya golongan belia yang baru berkahwin. Kos menyewa kadangkala lebih tinggi daripada gaji yang diterima.

Satu lagi masalah yang timbul untuk membeli rumah adalah kerana pinjaman bank tidak diluluskan kerana gaji kecil atau sudah ada pinjaman yang lain. Beberapa hari yang sudah Keris ada terbaca di Utusan pasal satu cadangan untuk memberi lesen kepada syarikat pinjaman wang bagi membantu memberi pinjaman untuk membeli rumah mampu milik.

Hemat Keris, bukankah Syarikat Pinjaman Berlesen ini nama lain dia Along? Jadi kenapa Kerajaan nak 'bantu' puak ini? Kan lebih baik tubukan badan pinjaman kerajaan ataupun membuat perjanjian dengan mana-mana pihak bank bagi masalah pinjaman?

Keris yakin dan pasti jika puak Along ini diberi lesen sebegitu, maka akan tumbuh lagi Along-Along yang dihalalkan. Tidak mustahil cat merah penuh di rumah-rumah sekitar Kuala Lumpur. Bunganya tinggi sebab mereka bukan bank kan?

Apapun itu baru cadangan. Pandangan Keris usahlah buat lesen sebegitu. Kelak Kerajaan Barisan Nasional sendiri yang akan dipersalahkan biarpun mereka yang buat pinjaman tidak bayar adalah salah mereka sendiri. 

Jangan jadikan keghairahan ingin membantu rakyat mendapatkan rumah mampu milik menjadi sebaliknya kelak. Keris yakin YB Rahman Dahalan bijak dalam mengatur Kementeriannya melaksanakan tugas yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

K7L : Berapa orang ada masalah dengan Along masa muda?..

23/09/2014

PAS Kelantan Sedang Berkecamuk - Husam Vs MB Kelantan?


 

Jika anda semua pergi ke Kelantan, anda akan tahu betapa hormatnya rakyat terhadap MB Kelantan. Tetapi ada masalah timbul bila Husam Musa, individu yang kepingin kerusi MB Kelantan mula buat kacau.

Tahukah anda calon PAS Pengkalan Kubor sebenarnya bukan pilihan MB Kelantan tapi pilihan Husam. Sebab itu calon PAS Nik Aziz pun tak kenal. 

Sangat kelakar puak PAS ni. Calon anak Kedah untuk Pengkalan Kubor?

Apapun pengundi lebih bijak. BN Sokmo Sokmo.

K7L : Calon BN Orang Kelate taw...

Azmin Ali Bakal Wajib Dipecat Anwar!




PDTM mengulas dengan baik. Keris tertarik buat kali pertama dengan tulisan beliau. Mari kita bac apa yang dikarang beliau.


Raptai bagi istiadat majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu di Istana Alam Shah di sini Isnin berlangsung tanpa kehadiran bakal menteri besarnya.

Acara rasmi bagi majlis angkat sumpah tersebut akan diadakan pada pagi Selasa dan difahamkan juga pengumuman rasmi mengenai nama menteri besar yang baharu hanya akan dibuat pada pagi Selasa sebelum istiadat majlis angkat sumpah.

Tiga calon sudah pun disenarai pendek dan telah menghadap dan 'ditemuduga' Sultan Selangor secara berasingan pada minggu lalu.

Mereka ialah Timbalan Presiden PKR dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Persoalan yang timbul sekarang dimanakah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail?

JENTERA PORAK PERANDA


Wan Azizah seperti yang kita tahu telah menggerakkan jenteranya sebelum ini memberi penerangan dan penjelasan kepada Rakyat Selangor tentang keperluan dan desakan untuk Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan.

Namun gerakan itu tidak dipersetujui oleh Parti PAS dengan membantah keras tindakan memaksa Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan.

Memburukkan lagi keadaan apabila keengganan Khalid menurut arahan parti hingga menyebabkan beliau dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai ahli seumur hidup berkuatkuasa serta merta.

Kegelojohan PKR dan Wan Azizah yang gila mahu berkuasa di Selangor telah menyebabkan berlaku perpecahan kepada kelompok yang menyokong Wan Azizah dan Khalid.

PAS tidak terkecuali dan perbalahan dalaman Parti PAS semakin teruk apabila Parti Serpihan PAS ditubuhkan melalui jelmaan sebuah NGO yang digelar PASMA.

Gerakan dalaman itu dengan beraninya menentang keputusan Ulamak hingga serangan demi serangan dihalakan kepada Presiden Parti itu hingga memaksa Tuan Guru Haji Hadi Awang membuat “Road Show” bagi menenangkan ahli Parti yang telah bertelagah sesama sendiri.

 

Dalam Muktamar PAS baru-baru ini memperlihatkan kepada kita betapa rakusnya gerakan yang mereka buat hingga pangikut PAS yang selama ini kita anggap manusia paling setia pada parti sanggup melanggar amanat Ulamak yang mereka agungkan selama ini.
Tanpa memperdulikan nasib parti dan rakyat yang menyokong, mereka mengambil risiko besar dengan meneruskan kempen dan gerakan-gerakan bagi “menghalalkan cara” yang sememangnya salah.

Anggapan mereka gerakan itu, dilihat mampu untuk melonjakkan sokongan simpati kepada Wan Azizah untuk dilantik ke jawatan tersebut, manakala di pihak PAS pula menerangkan kepada ahli mereka bahawa amat penting bagi mereka mempertahankan nasib Khalid yang teraniaya.

Setelah masa berlalu, tuduh-menuduh berlaku, parti porak peranda, malangnya hari ini tiada Wan Azizah dalam senarai pendek Istana dan PAS masih bergelut menyelamatkan parti yang telah terpecah dua.

APA SUDAH JADI…

Dimana maruah Wan Azizah sebagai Calon Menteri Besar paling kontoversi?

Setelah puas berlegar ke seluruh pelusuk tanahair dengan suami tercinta mengapa nama orang lain pula yang tersenarai?

Adilkah semua ini? Dan dimana pula maruah Anwar sebagai Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat?

Soal siapa menjadi Menteri Besar akan terjawab esok tetapi jika yang terpilih itu Azmin Ali bagaimana tindakan Parti Keadilan Rakyat?

Bukankah PKR telah menetapkan bahawa hanya Wan Azizah sahaja yang akan dilantik sebagai Menteri Besar dan disokong oleh pakatan mereka dari DAP.


AZMIN LANGGAR PARTI…

Azmin dilihat telah melanggar amanat dan arahan parti mereka sendiri apabila terpilih dalam senarai pendek Calon Menteri Besar Selangor.

Maruah PKR kini kian tercalar kerana kegagalan kepimpinan dan ahli mereka dalam mematuhi arahan yang telah dikeluarkan dalam mensyuarat di peringkat kepimpinan tertinggi parti.

Anwar Ibrahim pula sebagai Ketua Umum kini dilihat tidak lebih sebagai bapa tua bodoh yang tidak mampu menasihati anaknya yang sedang melakukan onar mencemar maruah keluarga.

Azmin Ali jika terpilih boleh dikatakan seorang ahli politik yang hebat kerana Berjaya mengalahkan Anwar Ibrahim yang selama ini dilihat sebagai pakar atau bapa politik pembangkang Malaysia.

Azmin Ali wajib dipecat dari Parti keadilan Rakyat!

Azmin Ali wajib menjelaskan kenapa beliau perlu menyenaraikan atau membiarkan dirinya disenarai pendek sebagai Calom Menteri Besar Selangor sedangkan parti telah memutuskan hanya Wan Azizah yang layak untuk kerusi tersebut.

Ingat!! Khalid dipecat kerana gagal mematuhi arahan parti yang melibatkan kegagalan Khalid dalam hal tadbir urus negeri kononnya ada kaitan dengan hal air Selangor.

Jadi bagaimana Azmin?

Tidakkah dia ini jadi anjing yang dibagi makan kemudian menggigit pula tangan tuannya?..

Apakah keputusan Anwar sebagai Ketua Umum? Wan Azizah sebagai Presiden Parti? Dan keputusan Majlis kepimpinan Tertinggi parti?

Azmin Ali wajib dipecat dari Parti keadilan Rakyat sepertimana yang dilakukan terhadap Khalid Ibrahim!!!

Janji PAS Tak Tunai? Pengundi Pengkalan Kubor Wajib Tahu!



Realitinya kita kena terima. PAS seringkali menipu dan buat uturn. Umum tahu puak Husam Musa sedang berada di Pengakalan Kubor. Calon juga merupakan kenalan Husam Musa.

Ironinya calon PAS tidak dikenali oleh Nik Aziz. Dia juga bukan asal Kelantan. Masih nak bagi undi dan muka?

K7L : BN Sokmo Sokmo weiii..

Sehingga Hari Ini PasMa Belum Jawab Nik Abduh!





Ringkas sahaja pagi ini. Teringat akan komen anak kesayangan Nik Aziz ini. Apa cerita PasMa yang diwujudkan oleh puak Anwarinnas yang kini kian ditolak oleh ahli PAS akar umbi?

Apakah mereka yang menubuhkan PasMa sedia untuk keluar daripada PAS?

K7L : Ramai lebih rela jadi alat dari berdiri sebagai pejuang..

22/09/2014

@khalednordin Mohon Siasat Kes Pelajar Sekolah Agama Pegang Anjing!



Tidak dapat dipastikan kebenaran samada ini benar-benar berlaku di Johor Bharu ataupun di tempat lain. Andai kata ianya benar, apakah pihak Kerajaan Negeri Johor terutamanya Exco Agama akan duduk diam?

Kedua, jika kenyataan ini hanya satu penipuan untuk mengelirukan rakyat dalam erti kata lain berniat 'menghasut' orang Melayu untuk menjadikan perbuatan 'memegang anjing' sebagai perkara biasa, lebih baik siasat dan tahan pihak yang tidak tahu batas meghormati agama Islam.

Anjing dan Babi begitu tabu bagi masyarakat Melayu. Jangan persoal macam-macam. Tidak kuno pun jika tidak pegang anjing. Kini ada juga Melayu yang otaknya rosak bela anjing. Hukum haram sentuh dan samak dipermainkan.

Mereka pusing 'boleh pegang masa kering' dan sebagainya. Kini timbul gambar anak-anak kecil memakai songkok dan tudung pegang anjing. Nak kata apa? Mungkin anjing tu kering?

Mula-mula anjing. Besok lusa bercium di khalayak ramai pula boleh?

K7L : Takkan Melayu hilang di dunia..selagi berpegang teguh pada ajaran Islam - Hang Tuah!

Adakah Rakyat Malaysia Ini Rasis? #VideoBukti


  

Keris sedikit tertarik dengan pengisian yang dilakukan dalam video ini. Bagaimana 'Suprise Questions' dibuat menjadikan jawapan secara spontan terpacul keluar dari mulut mereka yang disoal.

Apapun inilah harga keharmonian yang dijaga melalui perlembagaan, pendidikan dan undang-undang. Andai kata satu demi satu undang-undang 'dirompak' oleh pihak tertentu. Maka tidak mustahil satu hari nanti keharmonian ini akan tergugat. 

K7L : Selepas ini undang-undang apa lagi mahu dirobek?..

PAS Dah Mula Pijak Mat Sabu And The Gang?


 

Nampaknya gerakan untuk menentang Mat Sabu dan 'Gang Langgar Presiden' sedang berjalan dengan lancarnya. Keris dengar mana-mana perwakilan Muktamar PAS yang membahas atau mencadangkan usul yang berbunyi 'menentang' puak Anwarinnas disokong dengan jayanya.

Insiden memalukan Mat Sabu ketika dia berucap sebenarnya sudah membimbangkan Mat Sabu dan Husam Musa yang tengah fikir nak menjawab apa pada Anwar Ibrahim. Anwar yang dikatakan jangka hayat politiknya semakin menuju 'The End' sudah mula risau.

Apapun kita tunggu apa yang akan berlaku seterusnya lagi.

K7L : PAS dapat MB.. Mat Sabu nak tolak?...

17/09/2014

Barisan Nasional Tidak Boleh Leka Berkempen Biarpun PAS Goyah!




Walaupun ada elemen-elemen sabotaj calon PAS di PRK N01 Pengkalan Kubor, Barisan Nasional seharusnya tidak mengambil mudah atas konflik dan perpecahan dalaman pakatan haram.

Elemen-elemen sabotaj tersebut dipercayai dilakukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan sesama sendiri antara PASma, Anwarinas, DAP, PKR dan pro ulama'.

Kekalahan PAS pada PRK kali ini sememangnya sudah dijangka oleh pakatan haram. Apa yang ingin dicapai adalah kekalahan dengan majoriti lebih besar memandangkan wujud kekecewaan yang ketara terhadap pendirian Presiden PAS dan Majlis Syura dalam isu Menteri Besar Selangor selain N01 Pengkalan Kubor jua menjadi idaman PKR untuk ditandingi.

Apa yang perlu dilakukan oleh Barisan Nasional adalah mengekalkan momentum sokongan rakyat dan pengundi selama beberapa hari ini selain meningkatkan usaha dan gerakerja jentera parti dan berkempen secara sihat.

DAP, PKR, Anwarinas, PAS dan PASma bakal menyalahkan sesama sendiri akibat kecundang di Pengkalan Kubor sama seperti DAP tewas di P094 Teluk Intan.

K7L : Kredit pada Facebooker ZMT..

Kisah Mengapa Haji Hadi Sebut 'Tanah Kubor' Dalam Ceramah Terbongkar?



Kecoh di laman media sosial perihal salah cakap oleh Presiden PAS. Pengkalan Kubor disebutnya Tanah Kubor. Sebenarnya ada banyak yang tersirat didalam kepala Presiden PAS ini.

Dengarnya dia kini dalam keadaan yang amat tertekan apabila puak Anwarinnas sedang menyusun untuk menggulingkan beliau. Mat Sabu dikatakan antara durjana dalang dalam misi penggulingan ini.

Sebab itu dia melalut sekarang. Apapun kita sudah mula lihat dua puak sedang terbentuk didalam PAS. Pemuda PAS sudah mula tunjuk sokongan mereka kepada Presiden, Mungkin selepas ini Suhaizan Kaiat pula dikecam? Persoalan Keris, apakah PAS akan terus bersama Pakatan biarpun mereka dilayan seperti sampah?

K7L : Kes saman Hadi Awang camno cerita?

Mat Sabu Dimalukan Oleh Pemuda PAS Dalam Muktamar Ke 55!





Protes terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu jelas diperlihatkan oleh perwakilan Pemuda, apabila sebahagian besar daripada mereka bangkit keluar meninggalkan dewan seawal pemimpin berkenaan memulakan ucapan perasmian sayap tersebut, petang tadi.

Ia dipercayai berpunca daripada kenyataan dan gesaan Mat Sabu berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor, yang menyaksikan pertembungan pandangan antara beliau dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Mereka dilihat hanya berdiri di luar dewan, sehingga Mat Sabu selesai menyampaikan ucapan perasmian


Kah Kah Kah! Mat Sabu dah mula hilang taring. Pemuda PAS nampaknya dah ready untuk pertahankan Presiden PAS dari terus di'rogol' oleh puak Anwarinnas yang diketuai oleh Mat Sabu. 


K7L : Nah! Nik Abduh pun dah mula berangan untuk kerusi Timbalan Presiden?

15/09/2014

Pilih Mahu Yang Mana Satu Untuk @PRKN01PKUBOR


 


Tak perlu buat pilihan lagi. Rakyat dan pengundi Pengkalan Kubor memang perlu memilih calon Barisan Nasional. Buat apa undi pada parti yang sedang dilanda kemelut Pakatan? Kalau mereka sibuk berbalah siapa nak jaga rakyat?

3 Sebab PKR Benarkan PAS Bertanding Di #N01PengakalanKubor



Sehingga hari ini. Ramai yang tidak tahu mengapa PKR benarkan PAS bertanding di Pengakalan Kubor sedangkan umum tahu PKR ini sangat kepingin kuasa dan amat mustahil untuk menyerahkan kerusi kepada PAS demi dominasi dalam Pakatan Rakyat.

Perkara yang rakyat perlu tahu :

1. Jika PAS Kalah maka PKR akan menggunakan alasan itu untuk memastikan PKR kekal mendapat tempat sebagai Menteri Besar Selangor.

2. Alasan memberi peluang dan kompromi akan dimainkan sekiranya PAS menang di Pengkalan Kubor. 'I owe U' punya style lah kiranya ni.

3. Kerana ingin tunjuk bahawa PKR sebenarnya pencatur kepada PAS. Sekarang siapa lebih berkuasa? Haji Hadi atau Anwar Ibrahim?

Apapun kita terus melihat kemelut PKR-PAS yang sedang rancak. Dengar cerita kempen PAS tanpa bantuan parti lain?

K7L : PKR hantar calon bebas untuk apa?

10/09/2014

Pak Faisal - Reformis Terawal Era 98 Kini Dedahkan Siapa Anwar Ibrahim!




Jika kamu dalam perjuangan reformis, mustahil jika kamu tidak mengenali Pak Faisal. Jiwa reformisnya sangat tebal. Keris pernah jumpa sekali dahulu. Pesan dia dulu jangan langgar perjuangan tak kira sokong yang mana. Sebab itu sehingg hari ini Keris tetap dengan perjuangan Islam, Melayu dan Malaysia.

Apapun kita dengar sendiri dan cuba nilai apa yang telah disampaikan oleh Pak Faisal. Kalau orang yang berjuang untuk Anwar pun dah mula buka mulut. Apa lagi rakyat mahu terutama mereka di Selangor?

K7L : Dengar baik baik..

Hadis Palsu - Hati-Hati Dalam Menyebarkan


 

Teringat kata-kata ini sering terpacul daripada mulut orang-orang Politik. Rupanya hadis ini diragui kesahihannya. Tak apalah, mungkin ramai yang tidak tahu termasuk diri Keris. Jadi kita sama-sama sebarkan info ini supaya ramai tahu hadis ini palsu.

K7L : Banyak lagi rasanya yang orang buat-buat..

05/09/2014

Ini Kerja Untuk Rakyat Atau Untuk Parti?



Apa lagi yang Guan Eng mahu sembunyikan? Ini untuk lawan parti lain atau untuk keselamatan rakyat Pulau Pinang? Dah lari dari apa yang dihebahkan ataupun memang ini objektif utama?

K7L : PPS ni tangkap je..

Ahli PPS Dilayan Macam Sampah Oleh Polis?


Tak tahu pula layanan seperti penjenayah itu boleh :

1) Tangkap gambar di balai polis tempat disiasat

2) Dapat makan dengan happy sekali

3) Nak pergi toilet dan sebagainya tidak ada larangan melainkan keluar dari Balai Polis

Kalau itu dah dianggap layanan seperti penjenayah. Takkan yang disiasat nak minum Polis ambil order? Boleh makan chicken chop dan sediakan Spa sekali? Mengarut!

K7L : Fitnah polis pun biarlah ada akal..jangan tunjuk diri tu bodoh..

PPS - Guan Eng Sudah Mula Berpeluh Dahi? #TangkapDia



Bukan hanya pegawai dan ahli PPS yang boleh ditangkap, ditahan dan didakwa di mahkamah di bawah Akta Pertubuhan. Mana-mana orang (termasuk ahli Exco kerajaan atau Ketua Menteri sekali) yang sengaja mendorong, menggalakkan atau mempelawa (incite, induce or invite") orang awam lain menyertai PPS juga boleh dikenakan prosiding jenayah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman - Salleh Buang. Penganalisis Undang-undang

Kerajaan negeri mendakwa PPS ini tertakluk kepada bidang kuasanya. Tetapi tidak ada satu pun undang-undang negeri yang ada menyatakan sedemikian itu. - Salleh Buang. Penganalisis Undang-undang

Jelas sekali, sebuah kerajaan negeri seperti Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak ada kuasa di sisi Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan apa-apa badan atau pertubuhan yang fungsinya seperti polis, iaitu menjaga keselamatan dan ketenteraman awam - Salleh Buang. Penganalisis Undang-undang

Kerja berkaitan keselamatan, kepolisan dan ketenteraman awam adalah kerja PDRM. PPS, yang ditubuhkan sebagai pertubuhan ala polis oleh Guan Eng, adalah jelas sekali haram di sisi undang-undang negara - Salleh Buang. Penganalisis Undang-undang

Menjadi pegawai satu pertubuhan haram adalah salah di bawah Seksyen 42 - boleh dihukum penjara selama 5 tahun, denda RM15,00 atau kedua-duanya sekali - Salleh Buang. Penganalisis Undang2

Menjadi ahli pertubuhan haram juga satu kesalahan di bawah Seksyen 43 - boleh dihukum penjara 3 tahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali - Salleh Buang. Penganalisis Undang-undang

Perbuatan mendorong, menggalakkan atau mempelawa orang lain untuk menjadi ahli atau menyertai satu pertubuhan haram juga satu kesalahan di bawah Seksyen 45 - boleh dihukum penjara 4 tahun, denda RM15,000 atau kedua-duanya sekali - Salleh Buang. Penganalisis Undang-undang


K7L : Cakap macam berani sangat.. hmmmm

Hati-Hati Fitnah Perihal Kubur Rasulullah! - Terima Kasih @penaminang


Hati-hati kerana hari ini fitnah untuk memecah belahkan Umat Islam sedang berjalan dengan kuat.

Oleh : Jebat

'Kerajaan Arab Saudi Mahu Memindahkan Kubur Nabi'.
'Arab Saudi mahu musnahkan kubur Nabi'


Ini antara tajuk-tajuk yang selalu bermain di media massa terutama sekali media masa maya. Ketika menerima berita semacam ini, penulis mula tertanya-tanya. Apakah benar perkara ini akan berlaku? Jika ya, dari mana sumber maklumat yang mereka perolehi? Siapa penulisnya?

Persoalan ini menyebabkan penulis membuat sedikit penyelidikan. Dan hasilnya mendapati, tulisan-tulisan seperti ini kebanyakkannya ditulis oleh Dr. Irfan Al-Alawi yang mendakwa dirinya sebagai seorang pengarah di Islamic Heritage Research Foundation (Yayasan Penyelidikan Warisan Islam).

Setiap tahun, Dr. Irfan Al-Alawi menulis perkara yang sama, dan disiarkan dalam laman web yang sama. Semacam ada agenda tertentu yang cuba mereka lakukan. Berikut merupakan senarai 'cerita-cerita' palsu yang dikarang oleh Dr. Irfan Al-Alawi.

2011- http://t.co/c9fjNaSQKV

2012- http://t.co/hcaWIbzZE8

2013- http://t.co/Joad5uuCws

2014- http://t.co/Kywt5DHL20

Melihat kepada aqidah dan ideologi Dr. Irfan Al-Alawi, penulis dapati beliau mempunyai kaitan yang rapat dengan dunia sufi, salah satu cabang yang tidak pernah diajarkan oleh Nabi Muhammad ﷺ atau dilakukan oleh para sahabat.

Malah dalam satu keterangan yang ditemui, penulis mendapati Dr. Irfan Al-Alawi ini bertugas sebagai seorang pengarah antarabangsa di Pusat Pluralisme Islam selain menjadi tenaga pengajar Universiti di London dan California selain menjadi felo penyelidik di Universiti Leiden, Belanda.

Jadi persoalan yang timbul disini, bolehkah pengarah pusat pluralisme agama ini dipercayai dan diangkat ceritanya sebagai satu 'fakta'?

Dan kami cuba mencari fakta menerusi laman-laman web dari Arab Saudi mendapati tidak ada sebarang cadangan sepertimana yang didakwa oleh Dr. Irfan Al-Alawi. Fikir-fikirkanlah semula. Jangan disebabkan salah maklumat maka kita menabur fitnah.

Baca artikel kami sebelum ini yang berjudul Makkah Bukan Muzium Disini http://www.penaminang.com/2014/04/makkah-bukan-muzium.html#axzz3CCpcEGUp .

Rujukan :

http://www.islamicpluralism.eu/WP/?tag=dr-irfan-al-alawi
https://www.youtube.com/watch?v=C4-KLmpMTM4
http://en.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Alawi_al-Maliki

K7L : Jauhkanlah diri daripada terhasut..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk