31/10/2013

Ugutan Baling Telur Busuk Pada Ustaz Kazim Bukti PAS Tolak Pendakwah As-Sunnah? #PRKSgLimau




Bila Ustaz Kazim datang ceramah di Sungai Limau, ada pihak yang tak puas hati dan cuba mengugut beliau dengan pelbagai cara. Diantaranya, mereka mahu baling telur busuk kepada Ustaz Kazim. Tak payah la Mc nyatakan siapa dan dari mana ugutan tersebut, kerana semua kita tahu, kerja terkutuk tu selalunya dibuat oleh orang sebelah sana!

Tengok sedutan video Ustaz Kazim dibawah,




K7L : Berani ugut tapi pengecut nak buat..

@abby_abadi112 Menangis Bila Kena Tegur Dengan Ustaz Kazim? #PRKSgLimau



Ini nasihat terbaik buat Abby yang kini merupakan penceramah tak bebas PAS. Abby sekarang sibuk bercakap pasal agama tetapi semuanya retorik dan penuh politiking. Erti kata lain Abby belum layak nak bercakap pasal agama lagi.

Inilah jadinya jika baru belajar sedikit dah mula tunjuk handal. Tak reti bezakan taubat dengan ideologi parti politik. Nah kena sedas dengan Ustaz Kazim Elias.


K7L : Dulu kena bedal jugak dengan UAI kan?..

Sungai Berwarna Biru Kerana Cat Tertumpah?



Sebuah sungai yang dikenali sebagai 'The Celeste' yang terletak di Taman Negara Tenorio di Guatuso, Alajuela mempunyai air sungai yang berwarna biru.

Hal ini disebabkan oleh tindak balas kimia semulajadi antara sulfur dan kalsium karbonat yang bertindak memberi warna air sungai yang unik ini..Fenomena ini juga mempunyai kaitan dengan aktiviti gunung berapi di negara itu. Jom kita tengok gambar kat bawah..









BN Buktikan Jentera Lebih Matang Daripada PAS! @razaliibrahim @tunfaisal #PRKSgLimau



Keris setuju dengan pendapat yang diberikan oleh YB Dato' Razali Ibrahim berkenaan jentera BN lebih matang berbanding PAS yang dilihat tidak profesional dan tidak mengaku salah. Di sini Keris nak kongsi pendapat daripada penulis komen bernama Ana Muslimah.

Kes 1. 

TS Muhidin Yasin bukan ustaz pun tapi mudah saja minta maaf kepada keluarga Ustaz Azizan atas kenyataan beliau berkaitan gula dan kencing manis, pada hal beliau sendiri tak pasti sama ada sebut atau tidak perkara yang dibangkitkan.

Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz tapi liat mahu minta maaf atas keslahan menipu orang2 melayu dalam DUN Sungai Limau dalam isu gambar superimposed, pada hal kepimpinan tertinggi Pas Kedah mengakui bahawa gambar itu " memang superimposed ".

Kes 2.

Datok Chua Soo Lek juga bukan seorang ustaz malah bukan penganut islam pun, tetapi beliau dengan senang hati mengaku kepada media (surat khabar dan tv) bahawa " lelaki dalam gambar bersama dengan seorang perempuan cina dalam bilik hotel itu adalah dirinya dengan berkata " saya mengaku, lelaki dalam gambar itu adalah saya " dalam isu fitnah skandal sex beliau satu masa dulu semasa masih sebagai Menteri Kesihatan.

Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz malah seorang penganut islam lagi tapi liat mahu mengaku bahawa beliau sebenar tidak ada bersama dalam pertemuan dengan Ustaz Azizan seperti yang disiarkan dalam gambar risalah kempen Pas dalam isu gambar superimposed.

Saya ada 2 versi jawapan :

Jawapan pertama : Kalau orang itu penyokong Umno maka dia akan kata " Sudah tentu TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada Ustaz Mohd Azam berdasar kepada fakta ".

Jawapan kedua : Kalau orang itu penyokong Pas maka dia akan kata " Sudah tentu Ustaz Mohd Azam adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek kerana Mohd Azam walau pun telah terbukti menipu tetapi dia adalah seorang ustaz ".

Ulasan saya adalah : Jawapan pertama adalah berdasarkan kepada FAKTA , manakala jawapan kedua adalah berdasarkan kepada AUTA.

Pengundi2 dalan DUN Sungai Limau boleh memilih sama ada FAKTA atau AUTA pada 4 Nov 2013. Apa juga pilihan pengundi DUN Sungai Limau, itu adalah CERMINAN KUALITI OTAK orang2 melayu di Sungai Limau.

K7L : Jangan salah pilih orang Phahrolrazi pulak jadi ADUN..

30/10/2013

Phahrolrazi Yang Beria Hentam Ustaz Azizan! - Masihkah Kau Ingat? #PRKSgLimau #BeraniHijrah



PADA 20 Ogos lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta pemimpin pembangkang tidak mengungkit mengenai langkah kerajaan negeri menyelesaikan masalah Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kerana beliau tidak mahu mengaibkan pemimpin kerajaan Pas Kedah semasa mentadbir negeri sebelum ini.

Malah pada 27 Ogos lalu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah biar pun ada pemimpin Pas iaitu ADUN Pengkalan Kudur,Datuk Phahrolrazi Zawawi menggesa kerajaan negeri mengeluarkan kertas putih sebagai penjelasan isu Kuin tetapi gesaan itu tidak disambut oleh kerajaan negeri.

Ini memandangkan seperti mana kata Mukhriz beliau mengamalkan sikap berhemah dalam pentadbiran dan tidak mahu membuat witch hunting biar pun beliau mempunyai banyak bukti menunjukkan pemimpin Pas melakukan pelbagai masalah hingga menjejaskan kepentingan rakyat secara keseluruhan dalam soal Kuin.

Bagaimanapun apa yang dilakukan oleh Mukhriz tidak dihargai oleh pemimpin-pemimpin Pas malah dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau yang sedang berlangsung, Pas tanpa rasa bersalah mengedar risalah kempen mengecam Mukhriz berhubung isu itu.

Mereka menuduh Mukhriz kononnya tidak melaksanakan amanah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang berpesan kepada beliau untuk memberi perhatian kepada pembangunan Kuin dan Maahad Tahfiz di Pulau Tuba.


Hakikat sebenarnya kerana melaksanakan amanah Azizanlah, salah satu agenda terawal yang dilakukan oleh Mukhriz apabila BN mengambil alih tampuk kepimpinan negeri ialah menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dalam Kuin dan paling utama menamatkan kepincangan pengurusan kolej tersebut.

Kalau Mukhriz tidak berhasrat menunaikan pesanan Allahyarham sudah pasti, Mukhriz akan membiarkan Kuin terus terumbang-ambing sehingga ke hari ini. Tetapi malangnya niat baik dan segala usaha Mukhriz tidak dihargai oleh Pas.

Sebaliknya, dalam usaha Pas untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau, Pas bersedia untuk menjadikan isu KUIN sebagai senjata memfitnah Menteri Besar Kedah tersebut. Mereka mengedar risalah bertajuk 'Sinar Sungai Limau' dengan tujuan memburuk-burukkan anak bekas Perdana Menteri itu.


Inilah wajah sebenar politik Pas, mereka bersedia melakukan apa sahaja dalam usaha menjayakan agenda politik mereka. Soal betul atau salah, benar atau tidak, fitnah atau fakta, ia bukanlah menjadi perhitungan utama, apa yang penting bagi mereka ialah memainkan sentimen simpati kepada Allahyarham Azizan kerana menyedari majoriti pengundi di Sungai Limau menghormati dan menyayangi bekas ADUN mereka itu.

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Pas ini boleh dianggap satu gerakan politik yang tidak bertanggungjawab kerana bersedia memutar belitkan fakta semata-mata mahu meraih kemenangan. Apa yang lebih menyedihkan, segala perkara berkaitan Allahyarham Azizan seolah-olah baru sekarang mahu dihargai oleh sesetengah pemimpin-pemimpin Pas Kedah.

Sudah pastilah ini satu tindakan politik murahan memandangkan ketika Allahyarham menjadi Menteri Besar, sesetengah pemimpin termasuklah mereka yang kini berada dalam jentera pilihan raya Pas di Sungai Limau turut terlibat menyusahkan Allahyarham.
Ini dinyatakan sendiri oleh Allahyarham seperti mana dipetik oleh seorang pembantu kanannya dalam satu tulisan mengenai Allahyarham yang antara lain Allahyarham seolah-olah bersungut apabila berkata,

"Kadang-kadang aku tak percaya apa yang aku dengar dan apa yang jadi, aku percaya sungguh-sungguh kat dia, bukan aku kata aku ni baik, hebat, tapi kita buat kerja nak bagi lebih kuat ... aku nak tanya, hang pernah dengaq ka aku sebut nama orang lain selain dia nak jadi Menteri Besaq kalau kita ada rezeki menang lagi?"

Malah penulis artikel itu turut menulis, ''Sekalipun dihentam teruk di muktamar, dalam laman sosial mahu pun cakap-cakap di luar, setelah meluahkan rasa terkilannya, dalam nada yang perlahan sering Ustaz ucapkan: "Kalau silap, mai lah tegur aku, kita ada saluran ....tak pa lah hat tu, yang aku sedih tu, hat depa dok kata tu tak betoi, aku pun tak kenai depa pun, jumpa pun tak pernah, macam mana depa lebih tau pasai diri aku, ada hat depa kata tu aku tak tau apa pun.

"Orang panggil aku ni Ustaz, memanglah ... aku pun tau ilmu aku tak seberapa, mungkin depa lebih tinggi mengaji daripada aku, depa tak mau hormat aku sebagai Pesuruhjaya tak pa, tak mau hormat aku ni sebagai MB pun tak pa, tapi hormatlah aku sebagai orang tua."

Demikianlah luahan Allahyarham yang dipercayai ditujukan kepada pemimpin dan kelompok tertentu dalam Pas sendiri.

Oleh itu, tidak payahlah mana-mana pemimpin Pas tertentu cuba menunjukkan mereka kini adalah pembela kepada Allahyarham Azizan sedangkan ketika Allahyarham masih hidup pelbagai gerakan politik dilakukan sehingga Azizan tidak mampu mentadbir Kedah dengan aman.

Justeru adalah tidak keterlaluan jika kita menganggap isu Kuin dan segala perkara berhubung Azizan sengaja dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin Pas dalam PRK Sungai Limau semata-mata untuk meraih undi.


Kenapakah ketika hayatnya sesetengah pemimpin Kedah tidak berusaha membantu Allahyarham dalam pentadbiran sebaliknya ada antara mereka sanggup membiarkan kredibiliti Allahyarham tercabar apabila Pas pusat melantik pemantau bagi pentadbiran kerajaan negeri Kedah ketika itu, seolah-olah Azizan tidak lagi berupaya memimpin.

Atas sebab itulah, dalam usaha meraih sokongan dalam PRK Sungai Limau, adalah lebih wajar pemimpin-pemimpin Pas tidak memainkan sentimen Azizan. Ini memandangkan kalau sentimen seumpama itu mahu dimainkan rasanya yang lebih layak ialah BN.

Ini memandangkan biar pun berbeza parti dan fahaman politik, BN lebih menghargai Azizan termasuklah ketika Allahyarham sedang dirawat di hospital. Semua itu dilakukan kerana pemimpin-pemimpin BN memandang tinggi dan menghormati Azizan sebagai seorang pemimpin yang cukup berhemah dalam politik. Tetapi BN tidak seperti Pas yang sanggup menggunakan apa sahaja isu demi meraih kemenangan.

Adalah lebih baik jika Pas menumpukan perhatian kepada apa yang mereka hendak lakukan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat Sungai Limau. Janganlah membangkitkan isu atau perkara jika kerajaan negeri Kedah mendedahkan kedudukan sebenar ia boleh memalukan pemimpin-pemimpin Pas sendiri.

Oleh itu, hormati dan akurlah dengan pendirian Mukhriz yang tidak mahu mendedahkan apa sebenarnya berlaku dalam isu Kuin, biarlah beliau menyelesaikan isu tersebut secara berhemah dan menguntungkan semua pihak.

Pertarungan di Sungai Limau bukan melibatkan seluruh negeri tetapi terhad kepada kawasan itu sahaja dengan matlamat apa yang akan dinikmati oleh penduduk jika mereka menyebelahi BN atau Pas.

Kalau Pas sudah yakin bahawa Sungai Limau kubu kuat mereka, maka berhemahlah dalam berkempen seperti mana berhemahnya Allahyarham Azizan ketika berpolitik dengan kawan mahupun lawan.

Jangan cuba meraih sokongan melalui tindakan yang dilihat sekadar retorik, bersikap hipokrit dan memutar belitkan fakta.

K7L : Masihkah kau ingat?..

29/10/2013

Puteri UMNO Diganggu Namun Tetap Berjuang Untuk Kemenangan BN? #PRKSgLimau #BeraniHijrah




Beberapa hari ini Keris mendengar luahan daripada beberapa petugas Puteri UMNO yang sering diganggu dengan provokasi melampau daripada pihak PAS. Inilah sebenarnya perangai puak PAS yang tak tahu malu.

Mereka umpama kaum Quraisy yang memandang rendah terhadap wanita. Kalau tengok balik perangai mereka layan kaum perempuan dalam PAS, rakyat boleh tahu jika pergi dan menghadap sendiri puak-puak jumud ni.

Namun dalam masa yang sama Keris lihat kali ini Puteri UMNO Malaysia tetap efektif dan efisien dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Antaranya melawat dari rumah ke rumah dan memberi keperluan.


Malahan menurut Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, mereka yakin BN akan diberi peluang oleh pengundi berdasarkan merit dan aura Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang dikatakan pembawa arus penghijrahan dan perubahan buat rakyat Kedah.

Selain itu, Puteri UMNO juga menarik minat kaum wanita muda dengan program-program santai dan tidak terlalu protokol. Kali ini barisan-barisan kepimpinan Puteri dan Pemuda UMNO Malaysia nampak lebih mudah didekati dan mesra rakyat. 

K7L : Teruskan perjuangan dan jangan sombong buat semua pemimpin yang dah menang!..

Benda Ini Untuk Rakyat Tapi Kenapa Pembangkang Tolak?






PAS Mengaku Tipu Gambar Calon PAS #PRKSgLimau Untuk Tipu Pengundi? #BeraniHijrah



Akhirnya Pas Kedah hari ini terpaksa mengaku satu daripada gambar kempen calonnya merupakan gambar palsu yang telah disuperimpose untuk dijadikan bahan sebaran di Sg Limau..

Tetapi, Pas masih tidak mengakui bahawa gambar yang super impose itu dibuat oleh mereka, sebaliknya menyalahkan pereka grafik yang dilantik oleh Pas untuk menyediakan design berkenaan..

Amiruddin selaku Pengarah Operasi Pas memberitahu dalam sidang media pagi tadi, pihak mereka tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli.. Yang menghairankannya semua sumber dan bahan yang diberikan kepada syarikat pereka design itu diberi oleh urusetia Pas sendiri..

Pihak designer memasukkan segala info dan gambar yang dihantarkan oleh pihak urusetia dan setelah harga dipersetujui, syarikat terus mencetak dan membekalkan kepada urusetia..

Ini bermakna, semua bahan atau gambar yang dibekalkan itu datangnya dari pihak Pas sendiri, bukannya dari pihak syarikat pereka..Sebelum sidang media ini dibuat, khabarnya Pas mengadakan satu mesyuarat tergempar kononnya untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti siapa yang memalsukan gambar berkenaan seolah olah mahu menjatuhkan imej Pas..

Sebelum ini Pas mendakwa mereka mempunyai banyak koleksi gambar calon bersama arwah bagi membuktikan bahawa calon Pas memang akrab dengan arwah.. Tetapi sampai sekarang tak ada satu pun gambar peribadi calon bersama arwah, sebaliknya hanya ada gambar program ketika calon Pas menjadi Pengarah Pasti Kedah, dan arwah Ust Azizan sebagai MB dalam majlis yang dianjurkan..

Seperti gambar dibawah


Kalau nak diikutkan, gambar peribadi arwah dengan pemimpin BN pun ada..YAB PM DS Najib, YAB Tun Dr Mahathir, YAB DP Mukhriz pun kerap berjumpa arwah..DS Zambery pun anak didik arwah jugak..

Kalau betul betul calon Pas memang anak didik Ust Azizan, mesti ada gambar calon melawat arwah ketika sakit.. Masa awal awal dicalonkan, calon Pas si Azam ni sendiri cakap takkan guna gambar arwah.. Tapi sekarang terpaksa guna pelbagai cara untuk tarik pengundi walaupun terpaksa menipu.

Medan Tempur Kedah


K7L : Kerja asyik menipu je puak PAS ni..

BN Mula Goyang Bila Artis PAS Berjaya Tarik 10 Ribu Hadirin Ceramah! #PRKSgLimau #BeraniHijrah



Malam tadi selepas jalan-jalan di kawasan Kabu 10, Keris terdengar suara orang yang sangat dikenali daripada speaker. Owh! Rupa-rupanya seorang artis PAS yang masuk PAS untuk masuk syurga, Bob Lokman sedang memberi ceramah.

Kebiasaannya ceramah kalau Bob okman datang, mesti beribu beb hadir bantu tetapi kali ini lain sikit. Jika dikira unggas malam, semut, daun-daun yang jatuh dan dicampur dengan tiga orang manusia yang mendengar menjadikan hadirin ceramah tersebut adalah berjumlah 10 ribu orang.

Haha! Jika inilah rupanya ceramah yang dianjurkan oleh PAS maka jangan pelik jika pengundi kali ini berani berhijrah. Lagipun fakta yang tidak boleh disangkal adalah orang PAS sendiri balun Allahyarham Ustaz Azizan dulu.

Kali ini masa untuk beri balasan kepada puak PAS yang dulu balun ADUN Sg Limau tak habis-habis biarpun satu parti. Apalagi tunggu?



K7L : Inikalilah! Kita Hijrah!

28/10/2013

Kenali Apa Itu Comango - Haramkan Perkara Ini Untuk Terus Berleluasa!



Cuba bayangkan, bagaimanakah perasaan ibu dan bapa, apabila anak yang di didik dengan penuh kasih dan sayang secara tiba-tiba datang memberitahu bahawa dirinya ingin memeluk agama Kristian? Atau memberitahu keluarga bahawa dia seorang Gay ataupun Lesbian? Apakah mereka akan dapat menerima dengan hati yang terbuka dan menerima keputusan anaknya itu demi menghormati hak asasi manusia?


Atau menangis dengan penuh penyesalan kerana GAGAL memberikan pendidikan agama yang secukupnya sehinggakan mereka sanggup untuk murtad dan keluar dari Islam. Atau menyesal dan kembali meletakkan kesalahan kepada pemerintah kerana terlalu mengikut kehendak dan tuntutan dunia luar. Namun itulah kemungkinan yang BAKAL terjadi sekiranya negara ini diperintah oleh mereka yang meletakkan kepentingan kuasa berbanding tuntutan agama dan kepentingan rakyat. Semua ini tidak MUSTAHIL terjadi, apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang merasakan tindakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) sebagai TIDAK MEMBAHAYAKAN NEGARA.

Hebat bukan? Anak kesayangan Anwar ini SANGGUP menerima tuntutan tersebut hanya kerana mahu melihat ayahnya ditabalkan sebagai Perdana Menteri satu hari nanti. Hanya kerana kuasa, mereka tergamak membiarkan agama Islam dihina sedemikian rupa. Yang paling menghairankan, mengapa sebagai seorang Islam yang kononnya mempunyai ciri-ciri 'MUSLIMAH' Nurul Izzah sanggup menyokong Comango? Bukankah antara tuntutan NGO tersebut untuk mempromosikan LGBT? Atau, mungkinkah Nurul Izzah sememangnya sudah lama mengetahui mengenai 'selera' ayahanda tercinta?

Pelik bukan.PKR sebelum ini bermati-matian mempertahankan 'kesucian' Anwar kononnya menjadi mangsa fitnah yang sebelum ini disabitkan dengan kesalahan meliwat. Tup.. tup.. mereka dengan rela cuba menyokong NGO yang memperjuangkan Gay. Rasionalnya sekiranya tuntutan NGO tersebut diterima, ia secara tidak langsung membenarkan golongan Gay untuk berkahwin dengan pasangan yang sama jenis, atau dalam bahasa mudah, meliwat dengan rela bukan lagi merupakan satu kesalahan. Comango sebelum ini telah membuat tuntutan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). NGO tersebut telah menghantar satu laporan berhubung hak asasi manusia ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Genevayang menyentuh kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan menggesa agar pindaan dalam Perlembagaan negara ini diubah.

Mereka juga mahu agar setiap warga negara ini diberikan hak kebebasan untuk menentukan pegangan agama masing-masing termasuk hak untuk murtad (keluar Islam) tanpa sebarang sekatan undang-undang atau campur tangan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, NGO tersebut turut menuntut kerajaan menerima hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity) yang bermakna menerima hubungan atau'perkahwinan' golongan seks sejenis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sekali gus menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan jenayah liwat. Di dalam tuntutan laporan yang dikemukakan itu, Comango turut menampilkan beberapa kes misalnya yang melibatkan seorang wanita Islam murtad, 'Lina Joy' untuk menunjukkan kononnya sistem hukuman negara telah membelakangi hak asasi manusia. Mereka juga turut mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian dan larangan terhadap penganut ajaran Syiah. Tambah memeranjatkan pembangunan masjid dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga dijadikan sebagai bahan kritikan kononnya Malaysia keterlaluan dalam memajukan Islam sehingga menyebabkan kaum-kaum lain tidak sampai ke tahap progresif.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad ketika mengulas mengenai perkara ini berkata, perancangan seumpama itu sebenarnya mirip dengan agenda Gene Sharp iaitu satu aliran pemikiran Barat yang menggunakan cara sedemikian semata-mata mahu meruntuhkan mana-mana kerajaan sedia ada terutama kerajaan Islam melalui 197 cara. Menurut beliau, ia merupakan satu agenda tersembunyi untuk menumbangkan kerajaan dengan mewujudkan persepsi masyarakat antarabangsa supaya Malaysia dilihat menindas hak golongan tertentu dan kebebasan beragama termasuk mendiskriminasikan masyarakat bukan Islam. Kesimpulannya, semua ini terjadi kerana ramai di kalangan pengundi yang terpedaya dengan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim telah mengundi pakatan mereka dalam pilihanraya yang lalu. Masakan tidak, mereka menggunakan topeng yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sehingga ramai yang tertipu.

Natijahnya, tindakan memberikan undi kepada pembangkang telah berjaya membuatkan Barisan Nasional kehilangan sokongan 2/3 sehingga menyebabkan mereka ini berani untuk bertindak dengan sewenang-wenangnya. Tambah menyedihkan, Pas yang kononnya berjuang atas nama Islam turut rela diperkudakan sehingga terpaksa menggadaikan hala tuju perjuangan yang dilaungkan selama ini. Walau apa pun diharapkan para pengundi khususnya di Sungai Limau dapat melihat perkara ini sebelum terlambat.

Ini kerana dengan mengundi Pas di dalam pilihan raya kecil ini, mereka secara tidak langsung telah menggadaikan akidah yang terpaksa ditanggung oleh generasi akan datang. Kepada para pengikut Pas, sedarlah sebelum terlambat.

Kredit : Aktivis Media Perdana

Anak Menteri Mungkin Nak Rasa Rezeki Ditarik Allah? #justsaying #factual



Keris terbaca luahan rasa tidak puas hati blogger Anak Seberang [SINI] tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh anak Menteri yang macam bagus ni :

Aku agak tidak setuju dengan apa yang cuba disampaikan oleh Nadeem Nazri seperti di atas kerana walaupun di mana pihak kita berada sama ada haters atau fans, kata-kata itu terlalu pedas untuk semua orang yang terlibat. Apa kata anda? Kata-katanya itu ditujukan kepada mereka yang membenci dia dan Nora Danish dengan menyuruh mereka supaya bekerja lebih keras untuk menikmati kehidupan serba mewah dan bahagia sepertinya.

Persoalannya, adakah dia sendiri bekerja keras untuk hidup mewah seperti yang dia nikmati sekarang? Ting tong! Soalan cepu emas. Heh. Selepas gambr status ini tersebar, Nadeem Nazri telah memprivasikan akaun Insta miliknya.


Betul diakui memang dia banyak duit dan semua itu bermula dengan harta ayahnya tapi mungkin dia nak rasa sekali rezeki kena tarik kot? Belajarlah kisah Qarun. Sikap angkuh tu tak kekal lama bang.

K7L : Besok dah tak ada duit ingat Nora Danish nak lekat dengan kau?..

Phahrolrazi Heboh Cerita Berjaya Kalahkan Arwah Ustaz Azizan Jika PAS Menang?



Kesian la kat orang Sungai Limau bila terpaksa memilih untuk menyokong calon yang ada pertalian darah dengan musuh ketat Allahyarham Ustaz Azizan sendiri.

Sedangkan masa Allahyarham Azizan hidup, musuh ketatnya si Phahrolrazi yang banyak kutuk, caci maki dan buat macam-macam cara untuk jatuhkan Allahyarham Azizan.

Ada orang yang pertikaikan hubungan diantara Phahrolrazi dan calon Pas si Azam. Sedangkan hubungan mereka disahkan sendiri oleh Phahrolrazi. Datuk kepada si Azam iaitu Abdul Hamid Ibrahim dan datuk kepada Phahrol, Aziz Pendang merupakan dua beradik.

Malah mereka merupakan ahli keluarga yang agak rapat.

Walaupun ada kenyataan daripada isteri Allahyarham Ustaz Azizan yang menyatakan Azam ada 'bau-bau bacang' dengan Allahyarham Ustaz Azizan, tetapi hubungan diantara Azam dan Phahrol lebih rapat malah Azam dikatakan berada di 'Team Phahrol' semasa Allahyarham Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Kalau nak ikutkan hubungan keluarga dengan Allahyarham Ustaz Azizan, Datuk Suhaimi bekas Ketua Bahagian UMNO Jerai juga sepupu Allahyarham Ustaz Azizan, Datuk Suraya Yaacob, Exco Wanita Kedah, juga dua pupu dengan Allahyarham Ustaz Azizan. Malah dulu Allahyarham Ustaz Azizan pernah menjadi ahli UMNO dan mempunyai saudara mara dalam UMNO yang cukup ramai.

Jadi apa sangat la nak dihairankan jika si Azam ada bau-bau bacang dengan Allahyarham Ustaz.

Cuma apa yang menjadi fokus kita sekarang, si Azam ni 'budak kepada Phahrolrazi' yang dihantar untuk menawan Sungai Limau dari sekutu Allahyarham Ustaz Azizan. Jika 'plan' Phahrol ni berjaya, bermakna, kawasan kubu kuat Allahyarham Ustaz Azizan sudah berjaya ditawan oleh 'Team Phahrol' dengan mengunakan proxy mereka iaitu Azam Samat.


Apakah penduduk Sungai Limau mahu 'budak' Phahrol ni menjadi Yang Berhormat dikawasan kubu kuat mereka?

Kredit : Kedah Ke KL

K7L : Macam-macam puak Phahrol ni..

Orang PAS Haramkan @anwaribrahim Jejak Bumi Jerai! #BeraniHijrah #PRKSgLimau



Tu diaaa! Dengar cerita Anwar Ibrahim dah ada planning nak bagi ceramah menipu rakyat Sg Limau menjelang dua hari sebelum hari membuang undi pada 4 haribulan November nanti. Dengan muka tak malu dan selambanya dia berani nak jejak kaki kat Sg Limau ek?

Seluruh rakyat Sg Limau harus tahu bahawa Allahyarham Ustaz Azizan memang tidak menyukai Anwar Ibrahim. Malahan ketika Allahyarham Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, Anwar orang yang selalu hentam beliau bukan sahaja secara terus, siap letak proksi lagi untuk lawan Ustaz Azizan.

Dari dahulu lagi Allahyarham Ustaz Azizan tidak suka untuk bekerjasama dengan Anwar Ibrahim sebab itu kita jarang lihat Anwar hadir ke program di Kedah ketika PAS menjadi pemerintah.

Bagi Anwar pula dia sememangnya tidak layak untuk memijak bumi Sg Limau kerana dia lah orang yang bertindak mahu menjatuhkan Ustaz Azizan dan mahu menaikkan proksinya sebagai MB jika Pakatan masih menang di Kedah tempohari.

Keris malas cerita panjang, sila dengar sendiri pengakuan Tan Sri Zainuddin Maidin yang lebih mengenali kedua-dua mereka.



K7L : Anwar jangan datang nanti kena halau susah..

27/10/2013

Video Yang Membuatkan Calon PAS Mengamuk Di UPU Sg Limau! #BeraniHijrah #PRKSgLimau



Sehingga ke hari ini calon PAS semakin hari semakin tertekan apabila tidak dapat menafikan hubungan pertalian darahnya dengan manusia yang sangat membenci Allahyarham Ustaz Azizan iaitu Phahrorazi.

Lagi dia tertekan apabila dia lihat calon Barisan Nasional yang teah menerima restu isteri kepada Allahyarham membuatkan dirinya lebih kantoi dirinya dibayangi oleh Phahrorazi. Puak-puak PAS Sg Limau sendiri ada yang sudah tidak mahu bawa Azam pergi berkempen.

Menurut maklumat orang kampung, semalam calon PAS mengamuk di UPU apabila video diatas dipasangkan. Dia seperti sudah hilang kewarasan apabila tahu dirinya memang tidak layak untuk menjadi ADUN Sg Limau.

Kini jentera PAS pun sudah berpecah. Masing-masing nak tunjuk pandai dan hero sebab muktamar PAS kan dah dekat. Cerita pasal jentera berterabur nanti kita tunggu Mctheory keluarkan. Dia tahu keadaan sebenar.



K7L : Orang Sg Limau tak boleh Phahrolrazi nak tipu...

9 Misteri Tentang Kota Madinah Yang Umat Islam Perlu Tahu!



9 KELEBIHAN KOTA MADINAH AL-MUNAWWARAH ADALAH :-

1- Rasullulah S.A.W Menjadikan Madinah Sebagai Tanah Haram dan berdoa untuk keberkatan ahlinya

Maksudnya:
“Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana Ibrahim mengharamkan Mekah dan aku berdoa untuk (keberkatan) cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim as berdoa untuk Mekah.”

Menurut riwayat yang lain : ”Ya Allah, jadikanlah berkat Madinah dua kali ganda daripada berkat yang Engkau jadikan bagi Mekah.” (Hadis Bukhari No.2129,1885.Sahih Muslim No.1360,1369)

Hukum Haram Madinah

madinah al munawwarah 9 Kelebihan Kota Madinah Al Munawwarah

Menurut Jumhur ulama’ (Imam Maliki,Syafie dan Ahmad) haram menangkap binatang perburuan dan memotong pokok-pokok yang tumbuh di Madinah . Ini berdasarkan hadis :

Maksudnya : “…dan aku mengharamkan Madinah di antara dua tanah hitamnya , jangan dipotong pokoknya dan jangan ditangkap bintang perburuannya.” (Hadis Muslim No.1362)

Sesiapa yang melakukannya hendaklah meminta ampun dan bersitighfar bertaubat kepada Allah dan tidak dikenakan sebarang denda ke atas mereka.

Namun menurut pendapat Ibnu Abi Zi’b,Ibnu Abi Laila dan Ibnu Al-Munzir; dikenakan denda ke atas mereka seperti denda membunuh perburuan atau memotong pokok di tanah haram Mekkah.

Pendapat qadim (lama) Imam Syafie dan satu riwayat dari Imam Ahmad pula hukuman ke atas mereka yang melakukannya ialah salab: diambil semua barang yang ada bersamanya kecuali pakaian yang menutupi auratnya sahaja. (Imam Nawawi,Syarah Sahih Muslim 9/134-139 Al Hafiz Ibnu Hajar)

2- Amaran atau Ancaman Melakukan Kezaliman atau Maksiat di Madinah.

Maksudnya: “Madinah adalah tanah haram , letaknya di antara Bukit E’ir dan Bukit Thur, sesiapa yang melakukan kezaliman (maksiat) di dalamnya, maka ke atasnya laknat Allah ,Malaikat dan manusia seluruhnya dan semua amalan baiknya samada yang wajib atau sunat tidak diterima oleh Allah daripada pada hari kiamat” (Sahih Al-Bukhari No.6755,1870,Sahih Muslim No.1370) .

3- Kelebihan Bersabar Menanggung Kesusahan Yang Dihadapi Di Madinah .

Maksudnya : “Mana-mana individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari Kiamat atau aku menjadi saksi kepadanya”.(Sahih Muslim No.1378)

4- Kelebihan Mati Di Madinah

Maksudnya : “Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya , sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah .” (Dr.Ar-Rifa’i ,Al-Ahadith Al-Waridah Fi Fadhail madinah ms.264)

Mafhum hadis ini, sesiapa yang boleh tinggal di Madinah sampai mati janganlah keluar darinya, demikianlah juga kalau boleh berdoa biar Allah matikan di Madinah seperti doa Saidina Umar bin Al-Khattab ra. :

“Ya Allah rezekikan daku agar mati syahid di jalan Engkau dan jadikan kematianku di negeri rasul Engkau saw.

5- Kelebihan Belajar Di Masjid Nabawi .

Maksudnya : “Sesiapa yang memasuki masjid kami untuk mempelajari satu kebaikan atau mengajarnya adalah umpama mujahid di jalan Allah , dan sesiapa yang masuk dengan tujuan lain adalah umpama orang yang melihat kecantikan barang orang lain.”
(Fadhail Madinah ms 510,Al-Albani , Sahih Al-Jami’ As-Soghir No.6184, ahih Sunan Ibnu Majah No.184)

6- Madinah Terpelihara Daripada Ancaman Dajjal dan Wabak Taun ;

Maksudnya : “Di setiap pintu Madinah terdapat malaikat yang mengawasi wabak taun dan dajjal daripada menyerang Madinah.”(Sahih Al-Bukhari No.1890)

7- Madinah Sebagai Tapak Iman .

Maksudnya :”Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaiman ular kembali ke lubangnya.”(Sahih Al-Bukhari No.1876,Sahih Muslim No.147)

8- Kelebihan Bersolat Di Masjid Nabawi.

Maksudnya : “Pahala sembahyang di Masjid ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di masjid Masjidil Haram.(Sahih Al-Bukhari No.1190,Sahih Muslim No.1394)
Juhmur Ulama berpendapat : “Semua bangunan tambahan selepas zaman Rasullulah saw adalah termasuk dalam “Masjidku”. Ini bermakna sesiapa yang bersolat di mana-mana bahagian tersebut tetap akan mendapat ganjaran seribu kali ganda.”

9- Kelebihan Bersolat 40 Solat Di Masjid Nabawi

Makudnya : “Sesiapa bersolat 40 waktu solat (mengerjakan solat 5 waktu berjemaah selam 8 hari berturut-turut) di masjidku secara berterusan tanpa meninggalkan satu solat pun , maka ditulis untuknya keselamatan daripada api neraka , keselamatan daripada azabnya dan terlepas daripada bahaya nifaq.”

Hadis ini dipertikaikan kesahihnya kerana salah seorang daripada perawinya “Nubait bin Umar” dianggap dhaif (lemah) .

Walaupun begitu , perlu diingatkan kepada sesiapa yang berkesempatan , hendaklah mengerjakan solat di majid Nabawi dengan sebanyak mungkin , kerana sebagaimana yang telah disebutkan bahawa satu solat di Masjid Nabawi adalah lebih baik daripada seribu solat di masjid-masjid lain kecuali Masjidil Haram. Solat di Masjidil Haram Mekah menyamai seratus ribu (100,000) solat.

Syeikh ‘Atiyyah ra berkata : Hadis yang menggalakkan bersolat 40 waktu solat di Masjid Nabawi mungkin untuk membiasakan diri dengan solat berjemaah dan beramal soleh yang akan menjadikan dirinya sentiasa terikat dengan masjid. Lebih-lebih lagi jemaah yang datang jauh , semoga selepas pulang ke tempat asal akan istiqamah dengan ibadat solat berjemaah ini. Sekiranya setelah mendapat latihan ini tapi kembali seperti sebelumnya , tidak menunaikan solat dengan baik atau tidak berjemaah maka ini adalah satu kerugian yang besar . (Tafsir (tatimmah) Adwa’ Al-Bayan 8/574) .
Sehubungan dengan ini Imam Abu Isa At-Tirmizi meriwayatkan hadis dari Anas ra.

Maksudnya : “Sesiapa mengerjakan solat berjemaah selama 40 hari dengan sempat bertakbir pertama (takbiratul Ihram), maka ditulis untuknya dua kelepasan; keselamatan daripada api neraka dan terlepas daripada bahaya nifaq .” (Sunan At-Tirmizi 2/7 No.241,Sahih Sunan At-Tirmizi No.200)

Dan banyak lagi hadis lain yang menceritakan tentang kelebihan Madinah. Untuk penjelasan yang lebih tentang kelebihan Madinah , pembaca di sarankan untuk merujuk kitab Al-Hadis Al Ardahatu Fi Fadilal Madinah .

Nota Luna Nana : Subhanallah..banyak kan kelebihan yang terdapat di Tanah Suci Madinah Al-Munawwarah yang kita baru ketahui. Salah satu kelebihan bagi umat Islam yang meninggal di tanah suci Mekah dan Madinah , pada hari kiamat nanti mereka selamat daripada Dajjal Laknatullah..Wallahualam. Buka mata, buka minda, selami Islam yang sungguh indah dan menakjubkan ini.

Sumber perkongsian

Mahfuz Bean Mengamuk Setelah Teori Kentutnya Terbongkar! #PRKSgLimau #BeraniHijrah



Macam-macam cerita pasal puak PAS yang semakin hari semakin terdesak sehingga tersedak di Sungai Limau. Menurut blog Shah Alam Rebels :

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar bersama Pengarah Operasi Pas PRK Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah mendakwa, BN dikesan membuat tawaran kepada pengundi untuk menunjukkan gambar kertas undi yang dipangkah mereka bagi mendapatkan 'habuan'.

Katanya, para pengundi diminta merakamkan kertas undi dengan menggunakan telefon bimbit dan kemudiannya menunjukkan kepada petugas BN apabila keluar daripada pusat membuang undi.

Bagaimanapun, ketika diminta pemberita menunjukkan bukti tentang dakwaan itu, Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah tergagap-gagap lalu berkata, ia merupakan amalan yang berlaku dalam PRK terdahulu dan dipercayai akan berulang di Sungai Limau lagi.

Barangkali, Amiruddin sudah lupa bahawa penduduk di Sungai Limau bukanlah seperti pengundi luar di Kelantan yang ditawarkan sejumlah wang oleh Pas bagi menunjukkan bukti mereka pulang dan mengundi Pas.

Pas pada PRU yang lepas telah menggunakan taktik ini untuk membawa para pengundi di luar Kelantan untuk pulang mengundi dengan menawarkan habuan lumayan jika mereka mengundi Pas. Difahamkan jumlah habuan sekitar RM300 - RM500 untuk setiap kertas undi yang ditunjukkan.

Taktik ini juga dilihat berjaya kerana memberi kemenangan kepada Pas untuk terus memerintah di Kelantan.

Yang peliknya, Pas pula menuduh BN akan melakukan taktik mereka di Sungai Limau.

Penduduk Sungai Limau tidak menggunakan telefon bimbit canggih atau 'smart phone' yang punya kamera untuk merakam kertas undi itu.

Penduduk Sungai Limau adalah petani dan nelayan yang serba kekurangan sejak kawasan itu dimenangi Pas. Rata-rata adalah golongan warga emas.

Tindakan para pemimpin Pas dan membuat kenyataan fitnah pada sidang media semalam jelas berniat jahat bagi menggambarkan bahawa BN mengamalkan kempen tidak sihat.

Ini dinamakan sebagai 'Teori Kentut'. Mereka yang kentut, sebaliknya tuduh orang lain pula yang kentut.

K7L : Masing masing nak jadi hero...

26/10/2013

#Bajet2014 - 100 Perkara Rakyat Malaysia Wajib Tahu!



Bajet 2014 yang dibentangkan oleh PM DS Najib Tun Razak dirangka berdasarkan lima teras utama iaitu - Merancakkan Aktiviti Ekonomi, Mengukuh Pengurusan Fiskal, Mengunggul Modal Insan, Mempergiat Pembangunan Bandar dan Luar Bandar dan Mesejahtera Kehidupan Rakyat.
Berikut merupakan Touch Point dalam Bajet 2014 :












K7L : Bersyukurlah..

Phahrolrazi Mengamuk Bila Tahu Isteri Allahyarham Ust Azizan Restu Calon BN? #PRKSgLimau #BeraniHijrah




Dengarnya puak PAS mengamuk habis di Bilik Gerakan mereka lebih-lebih lagi Phahrolrazi yang meletakkan proksinya bagi mengisi kekosongan DUN Sg Limau. Mahu tidak apabila pendedahan yang dilakukan oleh MB Kedah, menyatakan bahawa Dr Sohaimi Lazim telah bertemu dengan keluarga Allahyarham Ustaz Azizan, mantan MB Kedah.


Calon Barisan Nasional yang telah mendapat restu daripada Isteri Allahyaraham Ustaz Azizan nampak lebih meyakinkan pengundi di Sg Limau. Kini calon PAS yang masih belum menafikan hubungannya dengan Phahrolrazi sudah mula tak keruan.

Orang yang dulu kutuk Ustaz Azizan nak dipilih sebagai pengganti atau calon yang direstui keluarga Allahyarham Ustaz Azizan?

K7L : Pengundi Sg Limau bijak memilih InsyaAllah..

Calon PAS Sepupu Phahrolrazi Tak Berani Nafi Pertalian Darahnya? #BeraniHijrah #PRKSgLimau



Setelah sekian lama tidak menulis, hari ini Keris rasa tertarik untuk melihat suasana PRK Sungai Limau yang sedang rancak dalam musim berkempen. Sampai sahaja di sini, Keris terdengar cerita pasal Calon PAS yang sebenarnya merupakan proksi kepada musuh utama Arwah Ustaz Azizan dalam PAS Kedah.

Keris terbaca di Medan Tempur Kedah :


Hubungan kekeluargaan antara calon Pas Prk Sg Limau si Azam Abdul Samat dengan Phahrolrazi di SINI, selepas beberapa jam artikel tu dikeluarkan, rakan blogger KedahkeKL menerima satu kiriman (sms) yang disebar oleh penyokong arwah Ust Azizan menceritakan perilaku calon Pas terhadap arwah semasa arwah masih hidup..

Menurut sumber, calon Pas si Azam Samad ini diantara manusia yang ketawa besar bila dengar Allahyarham Ustaz Azizan kena potong kaki. Ini maklumat yang kami dapat,


Terpaksa di sensor sebab terlalu kasar bahasanya..

SMS ini telah tersebar jauh hingga diterima oleh kami(TMK). Malah kami sendiri tidak pasti keadaan sebenar calon Pas yang kononnya diberi nama 'anak didik' Allahyarham Ustaz Azizan. Benarkah dia tu anak didik, atau sekadar pinjam populariti nak menang pilihanraya?

Jika dilihat cara kempen yang dilakukan oleh Pas, mereka menjaja nama dan gambar arwah untuk meraih undi simpati dari pengundi Sungai Limau.. Malah mereka sanggup berbohong mengatakan calon Pas ini mempunyai pertalian darah dengan arwah, walhal blog wartawan haramkah iaitu MSO sendiri mengakui bahawa Azam Abdul Samat anak sepupu kepada Phahrolrazi..

Namun sehingga ke hari ini Keris masih lagi belum menerima sebarang kenyataan yang menafikan hubungan pertalian darah antara calon PAS dengan Phahrolrazi. Kenapa dia diam tetapi berani mengaku anak didik Ustaz Azizan?

K7L : Jawab jangan tak jawab..

Apa Benda #GST Yang Pembangkang Tak Suka? #Bajet2014



19/10/2013

Kenapa Orang Tua Ini Buat @abby_abadi112 Meroyan Dengan UMNO?



Abby Abadi telah menyertai PAS tetapi bapanya Abdul Manan Tadin, 78 akan tetap setia bersama Umno. Dia di antara yang terawal mengundi pada Pemilihan UMNO 2013 Bahagian Gombak di Dewan Centrum Mara Setiawangsa di sini hari ini.

Katanya walaupun dia bertongkat, dia akan datang untuk pilih pemimpin Umno dan berjuang hingga akhir hayatnya dalam Umno.

“Biarkan dia (Abby) dengan pendirian politiknya, saya tidak akan terpengaruh dan tidak mudah menerima parti lain dalam diri ini kerana saya sudah lama bersama UMNO dan akan memperjuangkannya sehingga ke akhir hayat saya.”

“Walaupun terpaksa bertongkat, saya tetap datang bagi menunaikan tanggungjawab saya memilih pemimpin yang benar-benar layak memimpin UMNO,” katanya kepada pemberita.

13/10/2013

Kiraan Undi Bagi Sayap Lembab? - Menang Kalah Negatifkan UMNO?

Sampai jam 12 tengahari tadi, kita masih lagi me nunggu keputusan daripada sayap Pemuda yang nampaknya masih samar-samar lagi siapa menang Exco Pemuda UMNO Malaysia. Daripada semalam sampai ke hari ini masih lagi tidak selesai kira.


Apa masalah sebenarnya? Jangan sampai orang hilang percaya pada UMNO. Itu pesan Keris. Sebab makin lama makin ramai yang tunjuk belang dengan jawatan masing-masing. Ingat pemilihan bukan satu titik permulaan untuk perpecahan.

Jadikan ini satu titik kekuatan. Namun dengan ada cerita-cerita sumbang di bahagian, apakah UMNO akan jadi relevan buat rakyat Malaysia? Pada Keris, siapa yang menang kita hormat dan bersama-sama dalam membawa UMNO ke aras yang lebih baik.

Namun jadi masalah pula jika yang menang tak mahu pandang langsung yang kalah. Orang kata kalau yang kalah itu mahu ditanam, ditanam dalam keadaan abu. Kena ingat yang lawan kita juga ahli UMNO yang punyai keistimewaan yang belum tentu kita ada. 

Nasihat Keris jangan tutup pintu untuk mereka yang kalah. Jangan lupa perang untuk PRU14 nanti kita lawan dengan lawan yang benar!

K7L : Kalah tak beerti kalah sepenuhnya..menang tak beerti tidak boleh jadi arang..

11/10/2013

Bisikan Akar Umbi – @JamawiJaafar Jadi Pilihan Utama? @Khairykj


 

Semakin hari semakin panas cerita-cerita tentang pertandingan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Berbeza pula dengan pertandingan lima penjuru Ketua Pemuda UMNO Malaysia, ramai perwakilan menyatakan Khairy Jamaluddin perlu kekal.

Kini persoalan yang timbul dan hangat dibisik-bisik oleh para perwakilan Pemuda UMNO Malaysia adalah siapa yang dilihat lebih layak menjadi Naib Ketua Pemuda. Keris ada bertanya dengan beberapa orang perwakilan.

Kata mereka daripada empat calon Naib Ketua Pemuda, tiga daripadanya lebih menjadi perbualan dan menjadi pertimbangan buat para perwakilan. Jamawi Jaafar Calon 01, Azwan Bro dan Lokman.

Ketiga-tiga nampak ada kelebihan masing-masing namun akar umbi melihat Jamawi Jaafar lebih menjadi pilihan utama memandangkan beliau dikenali sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia yang mudah didekati dan memahami denyut nadi akar umbi. Orang kata dari calon dari kampong yang disegani.

Apapun kita biarkan para perwakilan buat keputusan esok. Saranan Keris? Tidak salah kiranya kita beri peluang kepada Jamawi Jaafar untuk menjadi orang nombor dua dalam Pemuda UMNO Malaysia. 


K7L : Pilihlah dengan sebaiknya..

10/10/2013

Serang Keluarga @Khairykj Sebab Pemilihan - Tanda Penyerang Tak Faham Politik! #KJ4KP01




Kenapa mesti serang isteri Chief? Apa salah dia sampai nak dibabitkan dalam serangan peribadi?


Anak-anak pun jadi mangsa? Masa nama ko kat sekoah orang panggil tebu la, sally la, john la..tak apa pulak? Inilah yang dikatakan politik kotor dan tak matang. Tak perlu serang peribadi untuk jatuhkan KJ.

Jika benar nak lawan KJ, sila lawan dengan hujah yang meyakinkan para perwakilan untuk beri undi kepada calon lain. Ini soal Ketua Pemuda UMNO dan juga Barisan Nasional. Jangan bagi kami tengok KP UMNO pun dah tak ada semangat.


Apapun Keris menyokong YB Khairy KJ untuk mempertahankan jawatan dan memohon beliau untuk meneruskan visi dan misi terutamanya dalam membentuk pemimpin baru. InysaAllah Keris akan bersama dalam proses pembentukan tersebut.

K7L : KJ KJ KJ KJ KJ!!

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk