28/08/2015

Siri Mati Kali Ketiga Dan Wanita Berpurdah Akan Berulang Pada Bersih 3?




Masih ingatkah lagi dengan lelaki ini? Tak ingat? Cuba bayangkan janggutnya yang hitam. Ya! Beliaulah lelaki yang meninggal dunia di atas jalanraya ketika perhimpunan haram Bersih 2 dahulu. Tempohari beliau bangkit dari kubur dan bersama-sama dengan macai-macai yang lain untuk mendengar amanat Anwar Ibrahim di Universiti Malaya. Hebat-hebat rupanya macai-macai PR. Matipun boleh hidup kembali!



Di bawah pula gambar mamat berkenaan ketika mati dahulu, ketika Himpunan Bersih 2. Mungkin ini adalah pengenalan kepada jalan cerita "Season 05 The Walking Dead". Mungkin mamat ini salah seorang daripada watak zombie dalam siri TV berkenaan.


Dan jangan pelik kalau ada video raih simpati macam ini :



Apapun kali ini kita tunggu dan lihat. Mungkinkah persembahan mengarut Jamal Pak Tongkol boleh takutkan peserta Bersih?

K7L : Ni siri ke empat Walking Dead.. 

Apa Kata Bersih 4 Kepada Orang PAS?



Tak mahu cakap banyak. Kalau orang PAS masih buta hati lagi tak tahu la..

K7L : Apa sudah jadi abang PAS oiii....

Inilah Individu Yang Mengetuai Angkatan Menyusahkan Rakyat Malaysia Yang Lain!


 

Memang tak guna punya manusia. Macamana dia boleh hidup dekat Malaysia pun tak tahu. Inilah orang yang tak faham sistem demokrasi dan tak boleh terima keputusan yang dibuat majoriti rakyat Malaysia.

Yang dia tahu cuma nak bawa suara tak sampai 1% pun rakyat Malaysia yang tak puas hati sebab pembangang, eh pembangkang kalah. Memang 5000 nampak macam rami kalau  kumpul dekat tempat kecil.

Tapi korang jangan lupa rakyat Malaysia angka dia JUTA bukan ribu.. dan PULUHAN JUTA.. diulangi PULUHAN JUTA. Jadi mereka semua ini cuma nak huru harakan keadaan sahaja.

Ambil peluang ketika rakyat Malaysia nak bercuti. Tahukah anda smeua sebab si bodoh ini, berapa ramai kena kerja pada hari cuti? Berapa ramai yang tak boleh berniaga sebab tahu mereka nak buat kecoh?

Mereka tidka dapat permit. Jadi kenapa nak sokong mereka? Malaysia ada undang-undang. Kalau kena ragut pandai pulak repot polis, ugut bunuh repot polis, bila polis tak bagi demo jalanan terus hina kecam polis?

Apapun tak payahlah join. Jangan ikut orang bodoh, nanti kita terpakit sama.

K7L : Kepala Punat punya Maria Chin!

Sah! Ringgit Malaysia Sudah Tidak Laku Di Serata Dunia?



Yang bodoh terus diperbodohkan oleh pembodoh sebab tak tau fakta atau tak tau di dunia ini ada lagi negara lain selain Malaysia yang juga mengalami susut nilai matawangnya.

Yang budak-budak itu tak la pelik sangat sebab mereka tak tau sejarah tapi yang tua bangka dah senja yang hidup cuma menongkat langit bukan tak tau sejarah tapi jadi penghasut dengan fakta2 sampah.

Tetapi bagi yang berpijak di bumi nyata berfikiran waras dan bernas seperti ini....

Hari ini, nilai Ringgit adalah RM4.00 bagi satu dolar. Apabila saya membuka akaun Facebook dan Twitter, 9 daripada 10 status yang keluar di Facebook menghentam kerajaan berkenaan nilai mata wang Ringgit Malaysia.

Berdasarkan penelitian, mereka yang menghantar komen-komen di laman sosial tersebut kebanyakannya adalah daripada golongan belia yang seolah-olah menganggap Malaysia akan musnah esok.

Dalam masa sebulan yang lalu, saya melihat bagaimana rakyat Malaysia menjalani transformasi menjadi pakar perlembagaan, penganalisis dan kini pakar ekonomi pula.

Ada juga yang menyalahkan Kerajaan dan parti yang memerintah sekarang. Terdapat satu kumpulan yang dinamakan Suara Rakyat yang gemar berkata ‘negara lain adalah lebih baik kerana UMNO tiada di Negara mereka'..Pandai kan depa nie..otak tahap George Soros. Hi hi hi

Sudah tentu, apabila anda mempunyai pandangan yang sempit, anda akan terlepas pandang fakta bahawa :

• Russian Roubles hilang 114 peratus berbanding dolar AS
• Indonesian Rupian hilang 51 peratus berbanding dolar AS
• Indian Rupees hilang 38 peratus berbanding dolar AS
• Norwegian Krone hilang 37 peratus berbanding dolar AS
• Australian Dollars hilang 24 peratus berbanding dolar AS
• Euro hilang 20 peratus berbanding dolar AS
• Thai Baht hilang 10 peratus berbanding dolar AS

Adakah saya perlu teruskan?

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejatuhan nilai mata wang negara-negara ini adalah kejatuhan harga minyak. Minyak mentah diniagakan pada US$70-80 setong. beberapa tahun yang lalu dan kini ianya jatuh kepada US$50 setong.

Bukan AS sahaja rakan niaga kita dan prestasi Ringgit kita tidak diukur berbanding dolar AS sahaja.

Apabila kita lihat pada Ringgit:

• kita lebih kukuh berbanding Dolar Kanada (2%)
• kita lebih kukuh berbanding Rupee India (10%)
• kita lebih kukuh berbanding Yen Jepun (14%)
• kita lebih kukuh berbanding Rupiah Indonesia (18%)

Tidak perlulah saya senaraikan kesemuanya, memadai dengan menyebut beberapa contoh.
Adakah anda tahu bahawa nilai perdagangan kita dengan India, Jepun dan Indonesia hampir dengan 20%?

Sesetengah dari kita cepat untuk memberi berita negatif dan cepat mengulas seperti seorang pakar dalam Facebook dan Twitter. Itulah hakikat sikap kita hari ini. Malangnya, tiada di antara kita yang merujuk kepada tahun 1998.

Ramai yang lupa bahawa Ringgit pernah jatuh serendah RM4.725 untuk satu dolar pada 7 Januari 1998 (kadar menjual BNM, di kaunter adalah lebih daripada RM4.80-4.88).

Mungkin mereka yang rancak menghentam mengenai keadaan ekonomi kita di Facebook kini masih di bangku sekolah ketika itu. Sudah pasti mereka tidak tahu apa yang berlaku pada tahun 1998, zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. Dulu :

a) Orang kehilangan pekerjaan atau mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan
b) Isi rumah yang membebankan
b) kadar bunga pinjaman purata adalah 12.16 peratus
c) Kadar inflasi hampir kepada 3 peratus tanpa penarikan subsidi.

Sesiapa yang meragui bahawa kadar inflasi 2-3% hari ini adalah benar dan merasakan ia sebenarnya yang lebih tinggi, cuba terapkan pemikiran yang sama untuk tahun 1998-1999.

Ya pasti anda terkejut, kadar bunga pinjaman purata adalah lebih 12%. Itulah yang berlaku pada masa itu. Anda boleh mengatakan ia adalah sejarah lalu dan anda boleh terus menyalahkan Perdana Menteri, Bank Negara Malaysia dan Kerajaan untuk kejatuhan hari ini.

Tetapi di masa akan datang, sebelum anda berkongsi kemarahan anda di Facebook atau Twitter, tanya diri sendiri, adakah penurunan nilai Ringgit memberi kesan kepada anda?

1. Adakah anda membeli-belah dalam talian daripada laman web Amerika Syarikat?
2. Adakah anda merancang untuk terbang ke Amerika Syarikat untuk bercuti?
3. Adakah anda seorang rakyat Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat?
4. Adakah anda mengimport barang yang akan dijual semula di Malaysia?
5. Adakah anda membeli barang keperluan dan makanan dari Amerika Syarikat untuk digunakan di sini?
6. Adakah anda sama sekali menggunakan dolar AS dalam kehidupan harian anda?

Kerana, hanya jika anda menjawab ya kepada perkara di atas, barulah anda akan terjejas. Jika tidak, apa yang membimbangkan anda? Gaji anda masih dalam Ringgit Malaysia dan anda tidak membeli barang keperluan dengan dolar Amerika.

Pastinya, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ia memberi sedikit kesan kepada beberapa segmen terutama import dan jika merancang untuk melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa destinasi lain.

Kepada yang menjadi pakar ekonomi segera tu..adakah mereka ini selalu membeli barang buatan US dan negara2 Europe? Bukankah barangan negara kita sendiri lebih baik dan teruskan membeli kerana ia juga dapat meningkatkan pendapatan negara kita sendiri.

Dari aspek penarafan antarabangsa oleh beberapa agensi penarafan, kita wajar menarik nafas lega kerana Fitch, Moody dan S&P kesemuanya memberikan penarafan "Stabil" kepada Malaysia.

Hakikat sebenar, tiada seorang pun ahli ekonomi di luar sana yang mengatakan bahawa ekonomi Malaysia akan runtuh, hanya ahli politik yang mereka tahayul ini mewar-warkan perkara yang belum pasti...Hakikatnya masyarakat sekarang lebih percayakan KEYBOARD WARRIOR dari mencari sendiri fakta yang sebenar.

Sumber : Gossip Rakyat
K7L : Memanglah tak laku kalau tak tukar duit lagi...bodoh mana tah suruh tukar ke USD bawak ke Mekah...

21/08/2015

CEO Khind Sokong Bersih 4.0? - Jangan Pejam Mata Sila Batal Kontrak Kalau Ada?



CEO KHIND menyatakan hasrat untuk ikut demo Bersih. Untuk makluman, KHIND pengeluar barangan letrik dan mendapat banyak bantuan daripada KERAJAAN MALAYSIA khususnya daripada MITI.
 
Kilangnya berada di Sekinchan.. Lihat bagaimana CHAUVINIST ini membalas budi dengan cara yang terbaik. 

Masih lagi ada yang enggan berfikir demi survival bangsa sendiri ke? Kita pula saling membalun sesama sendiri kononnya atas nama kebenaran. Diselak sumber rupanya dari sumber yang kita sendiri tidak berani nyatakan ia BENAR! - Jawa Bernam]

Kalau betul cakap si Jawa Bernam ni, silalah Kerajaan batalkan kontrak dengan mereka dan tidak lagi beri bantuan kerajaan untuk syarikat itu. Buat apa beri makan pada orang yang akan beri makan pada mereka yang menentang kerajaan?

K7L : Batal!...

14/08/2015

Minta Orang Bijak Pandai Ekonomi Banding Nilai Matawang 1998 - 2015!


 

Ada orang kata biarkan gambar sendiri berbicara. Keris tak mahu komen panjang sebab Netizen lagi bijak dalam buat konklusi dan lontarkan pandangan masing-masing. Yang paling best dekat sekolah belajar matematik pun malas, sifir 12 pun tak tahu tapi cakap pasal matawang bukan main pandai.

K7L : Mohon terasa...

Pudu Akan Ditutup - Hilang Warisan Orang KL?



KUALA LUMPUR: Operasi perkhidmatan bas ekspress di hentian Pudu Sentral atau lebih dikenali sebagai Hentian Pudu Raya bakal ditamatkan pada hujung tahun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar mengesahkan perkara ini ketika ditemui pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri anjuran agensi itu di sini pada Khamis.

Memetik laporan mStar Online, penutupan operasi perkhidmatana bas ekspress di Pudu Sentral ini adalah bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang amat teruk berlaku di Kuala Lumpur ini terutamanya pada hari puncak.

“Kita mendapati timbul pelbagai masalah seperti berlaku kesesakan dan bas ekspres jenis dua tingkat juga tidak dapat memasuki ruang pengambilan penumpang kerana laluan keluar masuk yang agak sempit.

“Jadi untuk mengatasi kesulitan itu, kesemua perkhidmatan bas ekspres jarak jauh ini akan dipindahkan ke TBS-BTS (Terminal Bersepadu Selatan – Bandar Tasik Selatan) secara berperingkat,” katanya kepada pemberita.



Bagaimanapun perkhidmatan Bas ekspress jarak dekat masih lagi beroperasi di hentian Pudu Sentral seperti biasa kerana bilangannya tidak begitu banyak.

“Bas jarak dekat masih lagi ada (di Pudu Sentral). Notis pemindahan ke TBS-BTS ini sebaliknya hanya melibatkan semua operasi bas ekspres jarak jauh.”

“Pengusaha perkhidmatan bas ekspres sudah dimaklumkan mengenai notis pemindahan tersebut. Saya rasa tidak timbul isu kerana TBS-BTS mampu menampung banyak bas dalam satu-satu masa,” katanya lagi.

Menurut MStar Online lagi, pengusaha bas ekspres di Pudu Sentral perlu menyegerakan pengosongan tapak depoh kenderaan awam tersebut di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Proses pemindahan dari tapak tersebut yang terletak bersebelahan dengan kompleks ibu pejabat kontinjen polis Kuala Lumpur itu sudah pun berkuatkuasa 15 Jun lalu sehingga hujung tahun ini. - Siakapkeli.my

K7L : Jangan yang nak berdemo untuk Pudu udah ler,....

GHB Cuba TAWAN Johor - Mat Sabu Diajar DAP Untuk Berfantasi?



Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) cuba meluaskan pengaruh di kubu kuat UMNO iaitu Johor. Dia berkata, dalam pergolakan poltik sekarang tidak mustahil dapat bekerjasama dengan rakyat Johor bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Walau dalam pergolakan politik yang dihadapi sekarang ini, rakyat Johor masih mampu membezakan mana baik & buruk. Tidak mungkin GHB dapat menguasai dan meluaskan pengaruhnya di Johor.

Apa kata orang Johor? Keris tanya dengan orang PAS di Johor. Kata mereka, Mat Sabu ini suka berfantasi. Kalau berceramah pun penuh imaginasi dan khayalan dalam dunia buatannya sendiri.

PAS hantar antara orang kanan dan paling kuat mereka di Johor iaitu bekas Naib Presiden PAS pun kalah, inikan nak tawan dengan pecahan daripada PAS? Seluruh PAS Johor belum tentu dapat tewaskan BN di Johor, inikan serpihan yang kepinginkan kuasa lebih daripada perjuangan.

Jadi lawak apa sebenarnya yang sedang dibuat oleh Mat Sabu dan GHB yang kononnya akan menggantikan PAS? Seluruh Malaysia tahu, selepas UMNO, PAS mempunyai ahli kedua terbanyak di kalangan semua parti di Malaysia.

Itupun ada hati? Semua ini bukan apa, sebab dah termakan janji-janji syaitan antara GHB dengan DAP. Elok sangatlah tu. nak sangat kuasa sampai 'sembah' apa sahaja arahan DAP melalui janji setan mereka.

Semoga Allah tunjuk bahawa DAP itu dalang dan GHB itu suruhan sahaja. Kalau PAS tak nampak lagi tak tahulah. Masih ada yang rasa nak berdemo nanti? Kalau pergi demo maknya sokong GHB. Ingat tu!

K7L : DAP itu umpama iblis? Habis siapa Syaitan? Mat Sabu?..

13/08/2015

Isu Matawang - Rakyat Malaysia Jangan Marah Kalau Baca!



Kanada dan Australia negara kaya pun kena? Negara kuasa besar Russia juga kena? Indonesia lebih 60%, patutlah Presiden Jokowi rombak Kabinet!

Kita di Malaysia, marilah berdoa supaya kemelut ekonomi global ini akan berakhir dengan segera.

156 Matawang Dunia Terjejas Akibat Kejatuhan Ekonomi Global!


LONDON 12 Ogos – Pasaran saham global menjunam untuk hari kedua hari ini, dengan pasaran saham, dolar dan mata wang pasaran baharu muncul kesemuanya berada di bawah tekanan selepas China mengekalkan langkah menurun­kan nilai yuan.

Semalam, yuan mengalami kejatuhan terbesar dalam tempoh lebih dua dekad, selepas Bank Pusat China (PBC) menurunkan nilainya sebanyak dua peratus, tindakan yang disifatkan oleh kebanyakan penganalisis membawa kepada perang mata wang.

Kebimbangan tersebut ditambah dengan kemungkinan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan menaikkan kadar faedah bulan depan.

Di Jerman, pasaran saham negara itu mencatatkan rekod kejatuhan terbaharu sebanyak 0.29 peratus disebabkan kebimbangan para pelabur kemungkinan langkah kerajaan China itu akan turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi global.

Bursa saham Jerman GDAX dan Perancis CAC 40, masing-masing mengalami kejatuhan sebanyak 2.5 peratus, ketika yuan menjejaskan pasaran pengeluar kenderaan mewah dari negara itu dan Eropah.

“Perkembangan ini disebabkan ketidaktentuan langkah-langkah yang diambil oleh Bank Pusat China, yang akan turut memberi kesan ke atas deflasi kepada rakan-rakan dagangan China. Syarikat-syarikat bergantung kepada perolehan daripada China akan melihat para pelabur menjauhkan diri untuk hari kedua,” kata Ahli Strategi Kanan FXpro, Angus Campbell.

Sementara itu, bursa saham pan-Eropah, FTEU3 dan saham mewah zon Eropah, Euro STOXX 50, masing-masing mengalami kejatuhan 2.2 peratus dan 1.7 peratus pada sesi dagangan hari ini.

Di Britain, indeks FTSE 100 turun 1.8 peratus, sementara Wall Street dibuka satu peratus lebih rendah, manakala Dow Jones susut 1.2 peratus.

Di Asia, penurunan nilai yuan yang masuk hari kedua, mencetuskan suasana ‘panik’ dan menjejaskan pasaran serantau dari Australia hingga ke Singapura, manakala mata wang pasaran baharu muncul dari Indonesia ke Brazil turut lemah berikutan kebimbangan pelabur bank-bank pusat negara terbabit akan turut ‘melemahkan’ mata wang mereka sebagai tindak balas.

Mata wang dolar AS bagaimanapun gagal mengambil peluang untuk mengaut keuntungan daripada keadaan tersebut apabila susut 0.5 peratus berbanding yen, sementara euro meningkat satu peratus di atas paras AS$1.11 buat kali pertama dalam tempoh tiga minggu.

Sementara itu, Ketua Pendapatan Tetap Asia Schroders, Rajeev De Mello berkata, pergerakan mata wang China akan menjejaskan aset berisiko seperti ekuiti dan komoditi.

Ujarnya, walaupun terlalu awal untuk mengatakan sama ada penurunan nilai yuan ini berkekalan, bank pusat yang lain mungkin terpaksa mengikut jejak yang boleh melemahkan mata wang negara masing-masing. – AGENSI

K7L : Nak salahkan siapa?..

Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Sokong Wujudkan Hub IT Di Medan MARA



MENYOKONG CADANGAN MEWUJUDKAN PUSAT JUALAN ALAT TELEKOMUNIKASI KHAS UNTUK USAHAWAN MELAYU & BUMIPUTERA
Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) bersetuju dengan cadangan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Seri Ismail Sabri mengenai hasrat beliau dan agensi mahu mewujudkan pusat jualan alat telekomunikasi dan gajet-gajet, khas buat usahawan Melayu Bumiputera di dalam premis milik MARA.

Melihat kepada perkembangan isu semasa yang melanda negara baru-baru ini, inilah titik awal Melayu Bumiputera bangkit daripada kekecewaan dek sikap biadap peniaga di Plaza Low Yat, Bukit Bintang yang enggan bertolak ansur dan pastinya sikap biadap samseng mereka itu adalah detik akhir kita berurusniaga dengan mereka.
Bahkan keadaan yang serupa di Pertama Complex tidak memihak kepada orang Melayu untuk berbelanja kerana kebanyakan premis perniagaan alat telekomunkasi di bangunan milik UDA ini sudah lama didominasi oleh kaum Cina saja.

Hasrat menaikkan usahawan Melayu dalam bidang ini, bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk dilaksanakan dan PPUWP sentiasa yakin sambutan positif yang bakal diterima kelak daripada rakyat yang menyokong cadangan ini pasti akan membuahkan hasil yang baik untuk semua pihak.

Bahkan kewujudan pusat jualan ini bukan saja hanya dapat membantu usahawan berniaga dengan suasana persaingan yang sihat tetapi ia baik untuk memperkasakan keupayaan usahawan Melayu Bumiputera bersaing merebut peluang yang senantiasa ada berdasarkan permintaan orang ramai yang tidak akan putus.

Disamping itu PPUWP berterima kasih kepada YB Dato’ Seri Ismail Sabri yang menerima dan mengangkat usul oleh Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepong yang mendesak campur tangan kerajaan agar dapat memecah monopoli perniagaan yang hari ini diketahui umum hanya dipelopori oleh pembekal dan peniaga kaum Cina saja.

PPUWP berharap agar agensi kerajaan seperti MARA, MITI dan lain-lain dapat memberi galakan dan dorongan buat usahawan Melayu Bumiputera untuk menjadi pembekal alat telekomunikasi dan gajet-gajet daripada pengeluar secara terus.

Harapan buat YB Dato’ Seri Ismail Sabri agar cadangan ini dilaksanakan secepat mungkin kerana kita sudah semakin kesempitan masa untuk bersaing dengan kaum Cina yang semakin hari semakin luas bidang yang dipelopori oleh mereka.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

12 Ogos 2015

K7L : Ramai yang melompat...

Ahli Parlimen PAS Tolak Ulama Syura - Kenapa Perlu Sokong Mereka?



Parti Islam baru yang akan ditubuhkan tidak akan meniru struktur organisasi PAS, parti serpihannya, kata seorang pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB).

Malah, anggota jawatankuasanya Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, membayangkan tiada lagi badan seperti Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam pembuat keputusan selepas muktamar.

Adakah Mujahid faham apa itu fungsi Majlis Syura? Jika tidak faham, bukanlah parti Islam seperti yang digembar gemburkan. Ahli PAS sendiri ada masalah nak faham sistem syura apa cerita?
Jangan nak kata baru nak sedar pula? Orang PAS kena tahu siapa yang menipu mereka selama ini. Semuanya adalah ahli-ahli PAS yang menjadi wakil-wakil rakyat sedia ada.

Kalau Mujahid yang diagungkan orang PAS sampai diangkat jadi Ahli Parlimen pun dah 'songsang' pemikirannya, masih nak sokong PAS lagi?

K7L : GHB ke.. PAS ke.. sama je. tapi lebih baik PAS-UMNO dari GHB-PKR-DAP

10/08/2015

Khas Untuk Macai Pembangkang Dan Rakyat Malaysia Yang Keliru!



Untuk macai Pembangkang serta penyokong DAP yang menyalak lebih. Baca sendiri kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi. Sendiri pun terima dana politik dan lagi jijik pakai derma duit daripada rakyat untuk politik mereka.

Siapa lagi jijik dan benarkah hanya UMNO sahaja yang terima wang dana derma untuk politik? Sebab itu apabila kita suruh mereka dedahkan sumber dana politik mereka, DAP antara yang pertama menentang.

PKR pun tak mahu dana mereka dari 'yahudi' dan DAP yang terima dana 'wang haram' didedahkan. Sebab itu Rakyat kena tahu siapa yang baik dan siapa yang menipu. Ini umpama dua orang yang kentut, dua-dua berbau, tetapi yang sorang itu terus dituduh orang yang satu lagi sehinggakan sekililing ingat yang busuk itu hanya datang daripada seorang.

Apapun harap mereka yang meroyan dan asyik hentam Najib kembali ke pangkal jalan. Hari-hari dia dapat pahal korang bagi sendiri. Fikir semula siapa yang kutip derma daripada rakyat sendiri? Kan itu lebih jijik?

K7L : Sayang duit lebih daripada pahala?...

DAP Arahkan GHB Halau Ahli Mereka Yang Berkawan Dengan UMNO?



Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana anggota gerakan itu yang berkawan atau menyokong seteru politiknya Umno, kata pengerusi jawatankuasa penajanya, Haji Mohamad Sabu

"Sesiapa yang berkawan dengan Umno, anda kena keluar," kata Haji Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, di majlis makan malam Aidilfitri bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Seberang Jaya, malam tadi

Mat Sabu juga menyatakan, Umno adalah musuh sebenar GHB dan bukannya PAS. Penubuhan GHB juga adalah disebabkan pemimpin GHB mahu meneruskan perjuangan menumpaskan Umno bersama DAP.

Menurut Mat Sabu, tindakan pemimpin GHB yang tidak lagi bersama PAS adalah kerana PAS kini sudah semakin termakan sogokan kuasa dan pangkat dari Umno.

Akibatnya, PAS bertindak memutuskan hubungan dengan DAP yang selama ini membantu PAS untuk memenangi banyak kerusi khususnya semasa Pilihanraya Umum ke 13 lalu. Semua itu hanya kerana gilakan kuasa serta kebendaan yang ditawarkan oleh Umno.

Kini dengan adanya GHB, rakyat tak perlu risau kerana DAP akan tetap disokong untuk menumbangkang perjuangan melayu Umno. Rakyat Malaysia akan kekal bersama DAP dan menolak perkauman melayu Umno didalam mentadbir negara. 

Bangsat sungguh Melayu-melayu GHB yang sanggup bermusuhan dengan saudara seislam demi tunduk kepada kemahuan DAP yang terang terang musuh islam dan pejuang kafir harbi.

Sudahlah PAS yang dulu mereka sokong dikhianati, diajak juga bermusuhan dengan UMNO yang tidak kacau mereka. Apakah semua ini arahan DAP?

K7L : Pengkhianat semua ni yang duduk dalam GHB!..

DAP Sendiri Minta Derma Melalui Bank Peribadi - Patut DAP Tak Mahu Cakap Banyak?




Patutlah DAP diam seribu bahasa apabila isu dana pilihanraya menjadi panas sejak kebelakangan ini. Selain dari cubaan untuk menyembunyikan siapakah penyumbang-penyumbang dana pilihanraya mereka, DAP juga secara terang-terangan telah melanggar Perlembagaan Parti mereka sendiri dalam mengutip dana-dana pilihanraya sejak Pilihan Raya Umum ke 13.

Salah satu perlanggaran Perlembagaan Parti apabila Parlimen 196 Stampin, dana-dana pilihanraya di masukkan ke dalam akaun peribadi Julian Tan Kok Pin. Julian Tan merupakan Ahli Parlimen Stampin, Sarawak. 


Baca sumber di sini. Berlainan dengan pati UMNO yang membenarkan akaun nominee dan akaun trustee diwujudkan dan termaktub di dalam Perlembagaan Parti berkenaan, Perlembagaan Parti DAP adalah sebaliknya.

Perlembagaan Parti DAP mensyaratkan bahawa dana Cawangan hendaklah disimpan atas nama Cawangan dalam sebuah Bank dan bukan individu. Pastinya ianya bersalahan dengan peraturan dan syarat Pendaftar Pertubuhan (ROS). 

Tapi apa sangat yang kita boleh harapkan dengan ROS. Isu ahli hantu dan kiraan 'excell' yang salah di dalam pilihanraya parti dulupun masih tidak selesai lagi dan ROS tidak ada telur untuk mengambil tindakan.

Nasib baik sahabat Keris, Brother KRO ada dedahkan. Kalau tidak mesti kita tak tahu apa sebab DAP marah bila PM ajak dedah mana dapat dana. 

K7L : Kantoi....

07/08/2015

Cerita Banyak Tak Guna - Lim Kit Siang Kena Dedah Dana DAP Sebelum Hina PM!




Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin hari ini membuat laporan polis bagi membolehkan polis menyiasat dakwaan Penasihat DAP, Lim kit Siang melakukan penyelewengan terhadap wang kutipan awam yang didedahkan oleh ahli parti sendiri.

Presiden pertubuhan itu, Ramesh Rao berkata, melalui laporan itu pihaknya meminta pihak berkuasa menyiasat penggunaan wang parti itu yang sepatutnya disalurkan kepada pihak yang layak.

Beliau mendakwa, terdapat sebanyak lima kes yang melibatkan ketidaktelusan parti termasuk salahguna RM200,000 tabung pendidikan, RM300,000 tabung untuk golongan tidak berkemampuan dan RM21, 928 dana awam daripada majlis makan malam.

"Saya cabar Kit Siang untuk tampil dengan berani untuk menjelaskan dakwaan ini, jangan lari dan jangan berdolak dalih kerana perkara ini dilaporkan oleh ahli DAP sendiri.

"Kita terima aduan ini pada minggu lepas melalui ahli DAP berserta dengan dokumen-dokumen bukti oleh ahli DAP mengenai salahlaku Kit Siang di mana mereka ini bimbang akan disaman atau dilucut sebagai ahli sekiranya mereka mempersoalkan mengenai salahlaku tersebut," tegasnya selepas memberi keterangan di hadapan Balai Polis Sri Petaling hari ini.

Ramesh berkata, sehingga kini Lim masih gagal menjelaskan kedudukan semua dana tersebut walaupun didakwa tidak menyalurkannya kepada kumpulan sasaran yang dimaksudkan.

Dalam masa sama Ramesh berkata, beliau turut akan melaporkan mengenai perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tujuan siasatan.

Ramesh menegaskan, pemimpin DAP itu perlu berani menjawab dakwaan tersebut seiring dengan slogan Ketelusan, Akauntabiliti dan Kecekapan (CAT) yang didendangkan oleh kepimpinan DAP.

Kit Siang turut didesak agar memberi kerjasama dengan SuruhanJaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya benar tidak bersalah dan tidak hanya memberikan alasan yang mudah mengenai dakwaan ini.

"Atas konsep CAT yang mereka uar-uarkan yang mengatakan mereka sangat bersih dari rasuah dan sering menyalahkan Barisan Nasional (BN), saya sarankan beliau berikan jawab kepada SPRM.

"Jika benar mereka mengatakan telah membuat proses audit mengenai setiap belanjawan yang telah digunakan, tolong dedahkan dokumen tersebut sebagai bukti," ujarnya.

K7L : Bongok punya kit siang..

Info - Jalan KL Yang Ditutup Sempena KL GT City Grand Prix!


Penganjur perlumbaan, GT Global Race (M) Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini yang dipetik dari BH online, berkata satu litar sementara yang mendapat kelulusan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) akan dibina di beberapa jalan terlibat.


Pembinaan dilakukan pada Khamis dari 10 malam hingga 6 pagi hari berikutnya. Berikut adalah senarai nama jalan yang akan ditutup sempena perlumbaan Grand Prix KL yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2015 :-

  1. Jalan Ampang
  2. Jalan Sultan Ismail
  3. Jalan Raja Chulan
  4. Jalan Perak
  5. Jalan P Ramlee
Untuk maklumat lanjut berkenaan perlumbaan GP KL 2015 ini termasuk lokasi, aturcara, harga tiket dan sebagainya boleh layari di GP KL 2015

Sepanjang tiga hari itu, mulai 6 pagi, kontraktor akan menutup jalan terlibat dan akses ke bangunan yang terdapat di sepanjang jalan berkenaan secara berperingkat. Menjelang 7.30 pagi, semua kenderaan awam dan bukan kenderaan perlumbaan tidak dibenarkan menggunakan atau berada di jalan terlibat.

K7L : Pilih jalan yang ok ya.. kalau tak mahu sesak..

Jika Benar Sila Siasat! - DAP Yang Buat Onar Bawa Warga Asing Jadi Pengundi?



Pengundi hantu adalah istilah politik kepada pengundi yang datang untuk membuang undi di tempat mengundi dengan menggunakan Kad Pengenalan palsu atas nama pengundi lain yang berdaftar dalam daftar pemilih SPR. 


Penipuan dan penyamaran seperti ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh dihukum penjara tidak kurang 2 tahun atau didenda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Contoh yang didakwa sebagai pengundi hantu :

  1. Pengundi itu berumur lebih daripada 120 tahun (lihat contoh kanan).
  2. Pengundi beralamatkan rumah yang mengandungi lebih daripada 20 orang.
  3. Pengundi itu tiada kaitan dengan pemilik alamat berdaftar pengundi berkenaan.
  4. Pengundi yang sama didaftarkan lebih daripada sekali. Ini sering berlaku di kalangan pengundi tentera yang merupakan pengundi pos dan juga pengundi biasa. Dalam konteks ini, mereka didaftarkan dengan nombor tentera untuk undian pos manakala nombor kad pengenalan Malaysia untuk undian biasa.
Kalau benar maklumat yang tersebar di FB ini benar. Maka wajib disiasat dan tangkap jika berlaku penyelewengan sebegini. Keris yakin kalau benar maka DAP yang perlu bertanggungjawab.

K7L : DAP ini syaitan...

06/08/2015

Ketandusan Isu - Menteri KPT Idris Jusoh Kena Fitnah Pula?



Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Saya mendapat makluman mengenai satu portal menyiarkan kenyataan saya yang telah diputarbelitkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Ingin saya membuat beberapa penjelasan dan penafian bahawa:

1) Kenyataan yang disiarkan dalam blog dan beberapa website berbunyi "Jangan hantar anak ke sekolah kerajaan jika tak suka kerajaan Barisan Nasional".

Hal ini amat berlawanan dengan kenyataan saya yang asal iaitu:

"Kalau ada yang mengatakan bahawa sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang, tapi saya akan pastikan sistem pendidikan kita bertambah baik".

2) Kenyataan yang diputarbelitkan itu adalah bertujuan untuk mencalarkan nama saya, Kementerian Pendidikan Malaysia (pada masa itu) serta Kerajaan Malaysia.

3) Kenyataan yang disiarkan blog tersebut telah tersebar dalam media sosial dan portal MalaysianInsider yang telah memulakan putar belit tersebut (dan kemudiannya ditukar) pada September 2013. Saya tidak pernah membuat kenyataan itu dalam masa terdekat ini.

Saya harap penjelasan serta penafian ini cukup jelas bahawa saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang bersentimen sedemikian rupa. Diharapkan rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan cerita-cerita sedemikian.

Dato Seri Idris Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
6 Ogos 2015

K7L : Dah tak ada isu sangat ni.. murahan laaaa...

Sejarah Yang PKR Wajib Tahu Pasal Anwar Ibrahim!


Selepas peristiwa kebangkitan mahasiswa 1974, yang dipengaruhi oleh golongan “sosialis Islam” di awal 1970an, Tun Mahathir yang memegang jawatan Menteri Pelajaran ketika itu, sudah mengenali potensi anak muda bernama Anwar Ibrahim.

Tiga perkara yang Tun Mahathir lakukan bagi menghalang momentum seterusnya ialah pertama, menahan beberapa pimpinan pelajar terutamanya Anwar, Mat Sabu, Ibrahim Ali dan beberapa pensyarah di bawah ISA; kedua, perkenalkan AUKU; dan ketiga, pujuk Anwar masuk UMNO pada tahun 1982 melalui mentor Anwar iaitu Prof. Ismail Faruqi. Selepas 16 tahun Anwar dalam UMNO, Tun Mahathir “membuang” Anwar dari UMNO. Anwar Ibrahim dan Ibrahim Ali masuk UMNO selepas keluar dari tahanan ISA, Mat Sabu terus kekal dalam PAS hingga hari ini. Hishamuddin Rais lari ke England.

Selama berada dalam UMNO, Anwar berdepan dengan PAS sebagaimana ahli UMNO lain yang menghina, mengecam, dan memperlekehkan pimpinan PAS termasuk para ulamak dalam PAS khususnya semasa musim pilihanraya. Beliau sebagai Menteri Kewangan juga telah menyekat bantuan pembangunan ke Kelantan ketika Kelantan diperintah oleh PAS pada tahun 1990.

Apabila beliau ditendang keluar dari UMNO pada tahun 1998 oleh Tun Mahathir, Presiden PAS, Allahyarham Dato’ Ustaz Fadzil Nor telah membuka pintu seluasnya untuk menerima dan membela Anwar dan Presiden PAS mengajak ahli PAS untuk “memaafkan musuh”. Ahli PAS dan pimpinan PAS telah menunjukkan kesediaan mereka menerima Anwar. 

Kini Anwar terus berganding bahu dengan PAS melalui PKR dalam Pakatan Rakyat bersama DAP. Semoga Tun Mahathir, orang yang membawa Anwar ke dalam UMNO dan membuang Anwar keluar dari UMNO, menyaksikan kejatuhan UMNO dan BN dalam PRU akan datang sebagaimana beliau sudah menyaksikan kejatuhan Kelantan di depan matanya pada tahun 1990 dan kejatuhan 4 negeri lagi pada tahun 2008.

Pada 3 Disember 1974, jam 9.45 pagi, antara 3,000 hingga 4,000 orang mahasiswa dari berbagai institusi pengajian tinggi tanahair (UM, IKM, ITM, iTK dan UPM) mula berhimpun di Padang Kelab Selangor (Dataran Merdeka) dengan membawa sepanduk-sepanduk yang menyuarakan tuntutan mereka.

Demonstrasi mahasiswa ini bertujuan untuk mendedahkah masalah kemiskinan luar bandar, harga barang yang melambung, inflasi, kejatuhan harga getah dan sebagai penerusan kepada “Perarakan Kelaparan” oleh petani-petani miskin di pekan-pekan Baling, Sik, Selama dan Changloon di Kedah pada bulan November 1974.


Semasa demonstrasi pada 3 Disember itu, beberapa orang pemimpin mahasiswa telah sempat memberi ucapan menerangkan isu yang dibawa. Mereka telah mengemukakan 12 tuntutan:

1. Dibatalkan dengan sertamerta Rang Undang-undang Penambahan Elaun Ahli-ahli Parliman dan Dewan Undangan Negeri.

2. Dikuatkuasakan dengan segera satu Rang Undang-undang Pengisytiharan Harta Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

3. Perletakan jawatan menteri-menteri yang tidak menjalankan tugas untuk kepentingan rakyat iaitu En. Khir Johari dan Menteri Besar Kedah, Dato’ Syed Ahmad Shahabuddin yang secara terbuka di hadapan rakyat Baling pada 12/11/74 mengaku ‘tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah penduduk Baling.

4. Dilaksanakan projek-projek dan peruntukan-peruntukan kilat untuk pembangunan luar bandar bagi kawasan-kawasan yang ketinggalan dalam pembangunan.

5. Dimiliknegarakan setengah-setengah syarikat asing yang selama ini hanya memunggah kekayaan ke luar negeri tetapi membiarkan anak negeri menderita.

6. Memberhentikan serta merta projek projek yang membazirkan wang rakyat.

7. Mempastikan kecukupan barang-barang keperluan, mengawal dan menurunkan harga gula, tepung, minyak tanah dan beras ke paras yang munasabah demi kemampuan rakyat luar bandar.

8. Mempastikan kelicinan pelaksanaan Perbadanan Kemajuan Negeri-negeri dengan menghapuskan penyelewengan pentadbiran dan rasuah pada semua peringkat.

9. Memastikan semua setinggan dan buruh serta pekerja-pekerja kilang mendapat pembelaan yang adil dan berperi kemanusiaan serta mengambil tindakan yang tegas terhadap majikan-majikan yang mengambil kesempatan mengeksploitasi tenaga pekerja kilang, serta menjaminkan gaji pada kadar minima yang munasabah.

10. Menubuh suruhanjaya yang bebas; khas untuk melakukan penyiasatan terhadap soal-soal rasuah yang kini kian menjadi-jadi.

11. Membahagikan tanah secara adil kepada petani dan penduduk luar bandar yang benar-benar memerlukan dan bertekad untuk mengusahakannya.

12. Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Politik serta Wakil-wakil rakyat hendaklah berkhidmat dengan jujur serta berhati-hati dalam menggunakan amanah rakyat.


Perhimpunan mahasiswa tersebut telah disuraikan oleh FRU dengan tembakan gas pemedih mata. Mahasiswa telah melarikan diri ke Masjid Negara tetapi FRU terus mengejar mereka. FRU telah mengepung 8,000 mahasiswa yang sedang berlindung di Masjid serta melepaskan tembakan-tembakan gas pemedih mata ke arah mereka. Pihak polis dan FRU telah menangkap seramai 1,128 orang pelajar, termasuk 80 orang mahasiswa wanita dan membawa mereka ke balai-balai polis Sentul, Brickfields dan Jalan Bandar. Kesemua mahasiswa yang ditahan telah dihadapkan ke Mahkamah pada keesokan harinya.

Tindakan lanjut yang diambil oleh pemerintah ialah gerakan menangkap pemimpin-pemimpin pelajar, pensyarah-pensyarah dan pemimpin-pemimpin belia. Polis telah memasuki kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan pada pada jam 2:00 pagi hari Ahad 8 Disember 1974. Polis telah menggeledah bilik-bilik asrama, pejabat-pejabat dan lain-lain bangunan Universiti untuk mencari dan menangkap mahasiswa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Beberapa puluh pemimpin dan aktivis mahasiswa telah ditangkap dalam operasi tersebut.

Beberapa orang pensyarah telah juga ditangkap di bawah Akta yang sama. Mereka termasuklah Tengku Shamsul Bahrain, Dr. Syed Hussin Ali dan Gurdial Singh Nijar dari Universiti Malaya. Antara pemimpin-pemimpin belia yang ditangkap ialah Anwar lbrahim, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) yang juga Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Nakha’i Haji Ahmad, Setiausaha Dakwah ABIM, dan Ramli lbrahim Setiausaha Kebajikan ABIM.

Sumber: Majalah Risalah keluaran Disember 1974

Serpihan MH370 Dah Jumpa - Masih Ada Rakyat Malaysia Yang Tak Faham Bahasa?




Kuala Lumpur, 6 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengesahkan 'flaperon' pesawat yang dijumpai di Reunion adalah milik pesawat penerbangan MAS MH370.

Najib membuat pengesahan itu dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Antarabangsa (PWTC) yang diadakan sekitar jam 2 pagi hari ini.

Sidang media mengumumkan perkara yang sama turut diadakan di Perancis; negara yang bertanggungjawab menganalisis serpihan itu; secara serentak dengan Malaysia.

Dalam pada itu, MAS juga turut mengeluarkan kenyataan media serentak dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Dalam kenyataan tersebut, MAS memberitahu pengesahan mengenai serpihan 'flaperon' itu disahkan oleh pihak berkuasa Perancis, Biro d'Enquêtes et d'Analisis pour la Sécurité de I'AviationCivile (BEA), kumpulan penyiasatan Malaysia, wakil teknikal dari PRC dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.


Al-Fatihah bagi mereka yang telah terkorban untuk mangsa yang beragama Islam. Sebenarnya dalam kita mengetahui kebenaran yang kita nantikan setelah 515 hari penantian untuk mendapatkan bukti sebenar-benar bukti.

Jika dulu belum jumpa, macam-macam teori dikeluarkan. Daripada teori nak musnah kerajaan lah, teori tergantung antara dua alam lah dan macam-macam lagi. Teringat Bomoh VVIP yang memalukan negara dengan isu ini.

Kini, bila dah jumpa ada pulak yang kata 'masa ini baru nak umum' dan 'propaganda je semua ini'. Apa ke gila tak faham bahasa? Kalau hati dah hitam, hitam juga pemikirannya. Memang selfish.

Apapun semua dah dapat tahu. Nak bagi ada semula bukan kuasa kita. Dari Allah kita datang, dari Allah jua kita pergi.

K7L : Netizens akan mengganas..

05/08/2015

Pemerdagangan Manusia - Apa Rakyat Malaysia Perlu Buat Dan Tahu?



Menurut Pemerdagangan Manusia 2011 keluaran kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Malaysia menjadi negara destinasi bagi banyak imigran dari luar negara khususnya dari Indonesia, Nepal, India, Thailand, China, Filipina, Burma, Kemboja, Bangladesh, Pakistan, dan Vietnam dengan tujuan untuk mencari peluang ekonomi yang lebih besar.

Sesetengah imigran yang dibawa masuk ke Malaysia dipaksa bekerja secara paksa atau bekerja kerana terikat dengan hutang kepada majikan, agen pekerjaan, atau perekrut buruh tidak formal. Ramai pesalah pemerdagangan manusia di Malaysia adalah dari kalangan ahli perniagaan, ia juga didalangi oleh sindiket jenayah terancang yang besar. 

Sejumlah besar wanita muda direkrut untuk bekerja di restoran dan hotel di Malaysia, yang mana sesetengah mereka datang dengan menggunakan visa “Pegawai Perhubungan Pelanggan,” namun kemudian dipaksa untuk bekerja dalam industri seks komersial di Malaysia.

Kebanyakan syarikat Malaysia yang merekrut tenaga buruh mengambil buruh berlebihan dari Bangladesh, Vietnam dan negara-negara lain. Buru-buruh ini ditahan di gudang-gudang atau lokasi-lokasi lain dan diserahkan kepada majikan yang tidak bertanggungjawab yang memaksa pekerja-pekerja ini menjadi buruh paksa. 

Ramai pekerja asing di ladang, tapak pembinaan, kilang tekstil, dan mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia menghadapi amalan-amalan berupa pemerdagangan manusia seperti sekatan ke atas pergerakan, penipuan dan fraud dalam pembayaran gaji, perampasan pasport, atau ikatan hutang oleh ejen atau majikan mereka. 

Perampasan pasport oleh majikan dilakukan secara meluas, dan terdapat laporan bahawa majikan membuka akaun bank bersama sebagai satu bentuk kawalan ke atas pekerja. Pekerja yang melaporkan teraniya memberitahu bahawa majikan mereka mengawal mereka dengan mengancam untuk menyerahkan pasport bekerja kepada pihak berkuasa imigresen di mana majikan akan mendakwa bahawa pekerja itu telah melanggar syarat-syarat kontrak pekerjaan mereka, jika bersalah boleh mengakibatkan pembatalan visa dan seterusnya pengusiran. 

Sesetengah majikan di Malaysia dilaporkan tidak membayar gaji pembantu rumah asing mereka selama 3 hingga 6 bulan. Ia dibuat atas alasan sebagai bayaran balik kepada agensi pengambilan pekerja dan ikatan hutang lain yang dikenakan ke atas majikan. Ada juga kes dimana majikan secara tidak sah menahan gaji pekerja secara eskrow sehingga tamat kontrak. 

Ini menjadikan pekerja terus bekerja kerana takut tidak menerima pampasan kewangan jika mereka tidak memenuhi kontrak. Pelarian, terutamanya dari Burma, adalah lebih terdedah kepada pemerdagangan, dan rakyat Malaysia daripada masyarakat luar bandar dan kumpulan peribumi juga turut terdedah. 

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) terus melakukan serbuan yang mensasarkan komuniti pendatang haram dan menahan pelarian, pemohon suaka, dan mangsa pemerdagangan manusia bersama-sama mereka yang didakwa pendatang haram.

Namun begitu amalan ini dilaporkan telah berkurangan berbanding tahun 2010. Walaupun tidak menandatangani Surat Hasrat (LOI) untuk meminda Memorandum Persefahaman (MOU), kerajaan Indonesia dan Malaysia belum meminda atau mengganti MOU tahun 2006 mengenai pekerjaan pembantu rumah (amah) Indonesia di Malaysia, yang membenarkan majikan Malaysia untuk merampas dan memegang pasport pembantu rumah.

Menurut pertubuhan-pertubuhan NGO, bilangan pembantu rumah yang bekerja secara sah di Malaysia telah menurun daripada 300,000 kepada 230,000 sepanjang tahun lalu. Pertubuhan-pertubuhan NGO ini menganggarkan bagi setiap pembantu rumah yang bekerja secara sah di Malaysia terdapat satu yang bekerja di negara ini secara haram. 

90% daripada pembantu rumah (amah) adalah dari Indonesia. Sebilangan kecil rakyat Malaysia telah dilaporkan diperdagangkan di dalam dan luar negara ke Singapura, China dan Jepun dan mereka dieksploitasi sebagai pekerja seks komersial.

Walaupun Kerajaan Malaysia tidak memenuhi sepenuhnya piawaian minimum untuk membanteras pemerdagangan manusia, ia telah melaksanakan pelbagai usaha dengan bersungguh-sungguh ke arah itu. 

Sebagai contoh, undang-undang anti-pemerdagangan manusia yang lebih berkesan dan usaha-usaha perlindungan mangsa telah ditambah baik - Malaysia diletakkan pada Tahap 2 Senarai Pemerhatian bagi 2 tahun berturut-turut. 

Walaupun kerajaan meningkatkan bilangan sabitan di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Akta Anti-Penyeludupan Migran sepanjang tahun laporan dan meneruskan usaha kesedaran awam mengenai pemerdagangan manusia, ia tidak menyiasat dan mendakwa secara berkesan kes-kes pemerdagangan buruh, dan gagal untuk menangani masalah penglibatan kerajaan dalam pemerdagangan dan penjagaan mangsa dan kaunseling yang kurang berkesan oleh pihak berkuasa. Penahanan mangsa pemerdagangan di fasiliti kerajaan juga turut membimbangkan

K7L : Kita bantu Kerajaan untuk cegah!..

4 Perkara Yang Ahli PAS Perlu Tahu Tentang DAP Sebelum Lawan UMNO!





Sejak PAS ditubuhkan, hanya UMNO yang menjadi target utama puak PAS. Biarpun ditentang, dihina dan dikafirkan, orang UMNO masih menganggap PAS sebagai saudara berbanding musuh.


Erti kata lain, hubungan PAS-UMNO sekadar musuh dalam politik sahaja. Tetapi kini DAP menjadikan PAS sebagai musuh utama. Orang PAS wajib tahu yang mana DAP kalau boleh nak kuburkan PAS.

Sebab itu GHB dibuat selepas pro-DAP gagal kuasai PAS pada muktamar PAS yang lepas. dan dalam masa yang sama, orang PAS perlu tahu DAP bukan sahaja menolak syariah Islam bahkan :

1. Menentang dan menghalang pelaksanaan syariah Islam

2. Mencampuri urusan aqidah dan corak perjuangan PAS

3. Mencampuri urusan menentukan kepimpinan PAS

4. Memutuskan hubungan dgn Presiden PAS bermakna memutuskan hubungan dgn PAS itu sendiri ketana PAS diwakili presiden dalam apa perbincangan dan memutuskan sesuatu keputusan.

Jadi bagaimana PAS nak bergerak dalam PR tanpa Presiden yang telah diceraikan daripada PR? Masa telah tiba untuk PAS lawan habis-habisan puak-puak DAP. PRU-14 kelak, PAS perlu lawan kawasan PKR yang mana PKR selama ini pun bergantung harap pada pengundi PAS. 


Serta PAS perlu pastikan pengundi PAS di kawasan DAP beri undi kepada Barisan Nasional, supaya DAP tidak lagi boleh berlagak dengan jumlah kerusi mereka di Parlimen atau DUN.

K7L : PAS berani ke tak ada telur?...

Anwar Hilangkan RM750 Billion - Nasib Zaman Itu Tak Ada Whatsapp?



Mesti ramai yang sudah lupa kes kehilangan wang bernilai RM750 billion waktu ketika Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Kewangan satu ketika dahulu.

Pada tahun 1996 Anwar bertanggungjawab keatas kehilangan 2 kontena yang berisi not Ringgit Malaysia (not RM1,000 & RM500) dan sehingga hari ini duit itu tidak dapat dikesan. Semuanya berlaku sebelum beliau dipecat pada tahun 1998.

Tindakan bijak Tun M pada ketika itu telah memansuhkan nilai not RM1,000 & RM500. Oleh kerana marah yang amat sangat, maklumlah hanya tinggal melangkah setapak sahaja lagi beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia maka dia mula membuat gerakan menjatuhkan Tun M namun tidak berjaya.

Persoalannya disini, dimanakah wang-wang yang maha banyak itu berada? Bagaimana pula dengan akaun peribadinya di Bank Of Israel yang tidak terjawab sehingga kini?

Sengaja ditimbulkan semula peristiwa hitam ini kerana kita leka dengan permainan pembangkang yang cuba menutup pekung mereka dengan menuduh kerajaan bukan-bukan.

Kita sibuk dengan akaun PM tatkala ini, namun tidak nampak pada jumlah kehilangan wang yang berlipat kali ganda banyaknya oleh Anwar Ibrahim. Anwar yang salah kenapa nak marah Najib?


Ada beza menerima derma daripada menghilangkan. Mana macai yang nak marah? 

K7L : Dosa Anwar lagi banyak woi!...

04/08/2015

Lim Kit Siang Mulakan Provokasi Terhadap Peguam Negara Baru?



Bagi menangkis persepsi umum bahawa peguam negara yang baru dilantik adalah ‘budak suruhan’ Datuk Seri Najib Razak, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mencabar Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk menyatakan sama ada beliau berani mendakwa perdana menteri jika bukti adalah mencukupi.

Lim juga menimbulkan soalan siapa yang kini mengetuai pasukan Petugas Khas menyiasat 1MDB memandangkan Tan Sri Gani Patail yang mengetuai pasukan itu sebelum ini telah dilucutkan jawatannya sebagai peguam negara.


Nampaknya provokasi telah pun dilakukan secara menyeluruh. Kali ini Lim Kit SIang pula mencabar Peguam Negara baru dengan harapan dia sendiri yang ke dalam. Kit Siang tahu DAP sudah mula ditolak oleh orang Melayi.

Maka dia terpaksa mengorbankan dirinya untuk raih semula sokongan bawahan PAS melalui. Sebab mereka ini ego. Nak minta secara terang nanti malulah. Mana nak letak telur mereka kalau merayu sokongan semula.

Dan dalam masa yang sama, DAP ambil ruang ini untuk kalih perhatian rakyat yang sememangnya tengah marah kepada Najib bagi menutup kesalahan mereka dalam PR serta kepincangan yang sedang berlaku.


K7L : Rileks laa...

Cerita Komunis Meletupkan Tugu Negara - DAP Lupa?



Berasa terhina kerana Pembangkang menganggap mereka lah pejuang negara. Walhal mereka ini adalah kumpulan askar yang tidak bertamadun. Sepanjang tahun terutama ketika musim cuti sekolah, ribuan rakyat dan pelancong asing menziarahi Tugu Peringatan Negara atau Tugu Negara yang menjadi lambang kedaulatan, kemegahan serta mercu tanda pejuang yang mempertahankan tanah air, Malaysia. 

Tugu yang dibina dengan kos RM1.5 juta itu dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 8 Februari 1966 dan setiap tahun, pasti diadakan pelbagai program sempena memperingati Hari Pahlawan bertujuan mengenang jasa pejuang negara.

Bagaimanapun, langkah kerajaan mengagungkan pejuang bangsa itu jelas merobek perasaan pengganas komunis yang kononnya mendakwa mereka juga pejuang negara. 

Yang pasti komunis berasa begitu terhina dengan patung pengganas yang rebah menyembah bumi manakala patung askar berdiri teguh memegang senjata dan bendera negara manakala satu patung lagi memangku rakan yang cedera. 

Oleh kerana bencikan kerajaan, ingin melumpuhkan agenda mewujudkan keamanan dan cintakan negara di kalangan rakyat, komunis bertindak dengan mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975. 

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi yang memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh daripada kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF). 

Berdasarkan siasatan awal, polis percaya komunis merancang untuk meletupkan Tugu Negara pada jam 6 pagi iaitu ketika sesi tiupan biugel yang diadakan di situ. Mereka mensasarkan untuk membunuh semua peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan, tetapi malangnya cubaan mereka gagal. 

Mengikut perancangan awal, mereka merancang untuk meletupkan tiga bom yang diletakkan di situ, tetapi malangnya satu daripada tiga bom itu meletup lebih awal yang meruntuhkan satu patung besar yang beratnya dianggarkan satu tan. 

Lantai marmar di keliling kawasan tugu retak sepanjang 2 kaki disebabkan patung besar jatuh ke lantai. Letupan kuat itu menggegarkan kawasan perumahan di sekitar Taman Bunga dan sebahagian daripada tingkap rumah mereka pecah akibat gegaran letupan. Antara penduduk yang mendengar letupan kuat itu ialah Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran Tugu Negara. 

Beliau terdengar letupan kira-kira jam 5 pagi ketika bangun untuk solat menunaikan Subuh. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. 

Polis percaya empat pengganas terbabit dalam serangan itu termasuk seorang wanita. Sebaik saja letupan berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Travers dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. 

Mereka melepaskan tembakan ke arah polis yang cuba menahan mereka sebelum menghilang di sebalik kegelapan kabus pagi yang tebal. Di tempat letupan, polis menemui dua topi keledar dan dua helai bendera komunis yang ditinggalkan di situ. 

Berdasarkan penemuan kesan darah di tempat kejadian, polis percaya kemungkinan seorang penyerang Tugu Negara tercedera terkena letupan. Berikutan itu, polis segera mengeluarkan arahan meminta kerjasama doktor di hospital atau klinik yang didatangi mana-mana individu yang cedera terkena letupan supaya segera menghubungi polis. 

Polis melancarkan gerakan besar-besaran mengesan empat pengganas berkenaan dan tumpuan operasi ialah di semua kebanyakan penempatan yang disyaki terutama di sekitar Bangsar. Polis percaya, kumpulan pengganas itu mungkin menyamar sebagai pekerja buruh binaan. 

Sehari selepas kejadian letupan itu, polis menemui sebuah motosikal jenis Yamaha 100 cc tersadai di tempat letak kereta berhampiran pasar Jalan Pudu kira-kira jam 1 tengah hari. Berdasarkan rekod, motosikal itu dipercayai dicuri di Flet Jalan Loke Yew pada 18 Ogos. 

Walaupun tidak dapat disahkan motosikal itu digunakan pengganas, jenisnya dikatakan menyamai laporan awal kenderaan yang digunakan dua pengganas untuk melarikan diri ketika terserempak dengan polis. 

Penolong Kurator Kajian dan Penyelidikan Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Selamat Sainayune menjelaskan Tugu Negara itu adalah sebagai peringatan kepada perwira yang terkorban demi tanah air ketika peperangan dan darurat pada 1942-1960. 

“Ia simbol kenangan, pengorbanan yang dilakukan dengan penuh taat setia oleh segenap lapisan pasukan keselamatan yang rela mengorbankan jiwa dan raga mereka semata-mata untuk menyediakan sebuah negara yang merdeka di mana rakyat dapat hidup aman harmoni. 

Sebab itu Ia wajar dihormati dan dipelihara bersama,” katanya. 

Fakta Mengenai Tugu Negara 

-Tugu Negara disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan Darurat (1948-1960). 

-Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen. 

-Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara.

-Tugu itu menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. 

-Setiap patung gangsa melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian dan pengorbanan. 

-Dibina pada 1966, tugu setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat
K7L : Merdeka! #SehatiSejiwa

03/08/2015

Jemput TSMY Untuk Rasmikan Persidangan Pemuda PJU - Penjelasan @AminShukor



"Tidak timbul soal berani soal berani soal takut soal siapa salah siapa benar menjemput Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perasmian Ahad ini. Kita meraikan pemimpin UMNO yang banyak berjasa kepada parti dan negara serta masih Timbalan Presiden UMNO yang sah. Demi atas nama perpaduan dan perjuangan. 

Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara tetap teguh menyokong kepimpinan Presiden UMNO sebagai Nakhoda Parti"

Berikut adalah penjelasan Saudara Amin Shukor yang mana kerana jemputan oleh Pemuda PJU, tercetus sedikit kontoroversi. Pada pendapat Keris, tak akan tidak boleh TSMY merasmikan mana-mana Persidangan selepas digugurkan daripada Kabinet.

Dan Keris percaya 100% Presiden UMNO juga tidak menghalang mana-mana bahagian untuk menjemput merasmikan persidangan. Kerana kedua-duanya telah diterima oelh ahli yang mengiundi mereka pada Pemilihan UMNO yang lepas.

Pada Keris tidak perlu lagi timbul isu 'pecah saudara' hanya keran kes gugur di Kabinet. Macam Keris pernah cakap, Kerajaan bukanlah parti. Yang wujud sekarang adalah Kerajaan Barisan Nasional.

Dan UMNO merupakan satu entiti lain yang disebut sebagai Parti. Sebab itu UMNO, MCA, MIC dan rakan-rakan komponen bertanding atas tiket Barisan Nasional, bukan PARTI masing-masing.

Di dalam hal ini, adalah salah sekiranya TSMY datang ke mana-mana program kerajaan dan merasmikan program tersebut atas nama Timbalan Perdana Menteri, kerana TPM yang baru adalah Datuk Ahmad Zahid Hamidi. 

Yang itu salah! Tetapi tidak ada sesiapa yang patut mempertikai kedudukan TSMY yang masih Timbalan Presiden UMNO untuk terlibat dalam mana-mana jemputan UMNO. Ini semua bukan apa, ada yang suka nak simbah minyak.

Sedangkan TSMY dengan DSN tidak ada masalah sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. Ini semua nak tengok UMNO berpecah. Come on! Petik apa Jamawi cakap, kini perlu Politik Matang, bukan Poltik Emosi.


 

K7L : Kena hormat dua-dua.. jangan pilih satu sahaja..

Wakil Rakyat PAS Yang Terlibat GHB Akan Dikenakan Tatatertib Oleh Presiden?



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada semua wakil rakyat Pas dan pemimpin parti itu agar jangan sekali-kali menyertai sebarang program atau majlis anjuran Gerakan Harapan Baru (GHB).

Perkara itu telah diputuskan oleh kepemimpinan parti berkenaan semalam dan mereka yang mengingkari larangan itu bakal berdepan tindakan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Pas negeri juga di­arah mengemukakan laporan mengenai sebarang tingkah laku wakil-wakil rakyat atau para pe­mimpin parti ber­kenaan yang didapati terbabit dengan GHB di negeri masing-masing.

Memang patut la kena tindakan disiplin kepada mereka yang masih terikat dengan parti tetiba join program gerakan yang memburukkan imej parti tu.


Mursyidul Am PAS yang baharu, Datuk Haron Din sekali lagi menegaskan bersedia meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya rakan seketiduranya itu menyertai pakatan pembangkang baharu bersama DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Menurut Haron Din lagi, pendirian PKR tentang penubuhan pakatan baharu seperti yang diumumkan penasihatnya, Anwar Ibrahim menggambarkan seolah-olah parti milik anak-beranaknya itu mahu memutuskan hubungan dengan PAS.

Tambah beliau lagi, sekiranya penubuhan pakatan pembangkang baharu itu menjadi kenyataan, PAS tidak akan membantah keputusan tersebut.

Bagaimanapun, dengan keputusan itu secara automatiknya hubungan kedua-dua parti yang terjalin selama ini untuk menumbangkan Barisan Nasional akan terputus dan masing-masing perlu mengikut haluan sendiri jika pakatan terbubar.

Ketika bercakap kepada sebuah akhbar tempatan, Haron Din mengucapkan selamat maju jaya sekiranya DAP, PKR dan GHB hendak menubuhkan pakatan baharu.

Beliau juga yakin PAS akan tetap berdiri teguh di atas landasan perjuangan menegakkan Islam walaupun golongan yang kecewa kerana tewas dalam pemilihan jawatan parti tempoh hari menubuhkan parti baharu.

Baru-baru ini, Anwar dalam satu kenyataanya membayangkan tentang penubuhan pakatan baharu yang merangkumi semua kumpulan progresif termasuk Bersih, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) dan GHB.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan bahawa PAS tidak akan dilibatkan dalam penubuhan pakatan baharu tersebut atas alasan parti Islam berkenaan menjadi punca 'kematian' Pakatan Pembangkang sebelum ini.


K7L : Gaduh... Gaduh...

Azmin Ali Dalam Pemerhatian DAP? - GHB Atau PAS Pilihan Azmin?


Nampaknya Azmin Ali dah mula resah gelisah. Setiap perkataan yang eklaur daripada mulutnya sedang diperhatikan. Percubaan untuk 'play-safe' gagal apabila bocor sana-sini dan peperangan GHB-PAS semakin hangat.

Dengan tekanan daripada DAP, nampaknya Azmin mungkin dalam perangkaan untuk tunduk mengikut kehendak DAP yang mahu PAS 'diajar' dengan tidak diberi apa-apa jawatan lagi.

Dengan GHB yang dipelopori oleh mereka-mereka yang kecewa dengan PAS dan bertuankan DAP, Azmin kini berada dalam keadaan yang amat sukar.


MENTERI Besar Selangor, Azmin Ali baru-baru ini menegaskan yang beliau bersedia untuk menerima Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk bersama-sama dengan pakatan rakyat dalam menumbangkan UMNO/BN pada pilihanraya akan datang.

Menurut Azmin, pakatan tiada halangan untuk mana-mana parti atau NGO bersama dengan mereka (PKR,DAP) asalkan matlamat mereka selari dengan dasar yang telah dipersetujui oleh kedua-dua parti. Manakala Pas menerusi Mursyidul Am nya, Haron Din tidak menyokong GHB kerana gerakan itu bakal merosakkan matlamat mereka bersama untuk menumbangkan UMNO di Malaysia.

Haron Din juga berkata Pas sedia untuk keluar daripada pakatan jika PKR, DAP menerima parti baru tersebut ke dalam gabungan pembangkang. Konflik antara pembangkang semakin berkecamuk dengan penubuhan GHB yang jelas merosakkan hubungan baik antara mereka selama ini.

Dalam pada itu, ramai juga ahli Pas yang telah keluar parti samada untuk menyertai PKR, DAP atau Gerakan Harapan Baru. Ahli Pas sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Pas sedia ada kerana dilihat menjadi kuno dan terkebelakang untuk mencapai hasrat bersama. - JawaBernam

K7L : Kalau tak dengar cakap.. mungkin Azmin paling sekejap jadi MB Selangor.. kah kah kah...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk