25/07/2014

Fitnah Terhadap Kerabat Selangor - Ini Bukti @NewsWndr Hanya Penipu!




Bangun pagi tadi terkejut dengan berita mengenai tuduhan terhadap pewaris Sultan Selangor. Fitnah yang melampau kerana ia menyentuh perihal agama dan institusi kesultanan Selangor itu sendiri.

Ironinya, fitnah. ini berlaku selepas dua perkara :

1. Sultan Selangor murka dengan Ahli Parlimen di Selangor yang datang daripada pihak pembangkang.

2. Pengumuman pertukaran MB Selangor yang baru walaupun yang masih memegang jawatn tidak setuju.

Apapun pihak berkuasa harus cepat bertanggungjawab seperti kes kiki. Siapa dalangnya wajib dibawa ke muka pengadilan kerana ia melibatkan anak kepada Ketua Agama Islam di Selangor.



Berkenaan dengan World News Daily Report yang keluarkan kenyataan fitnah mengatakan Tengku Amir telah menganut agama Katolik sebenarnya bukan satu portal yang boleh dipercayai ramai.


Ini bukti yang mana semua yang ditulis hanyalah satira dan penuh kepalsuan. Siapa yang 'contact' dengan pihak penipu ini mesti orang yang biasa menipu dan kerap berhubung. Apapun kalau dapat pihak mana yang buat, sila ambil tindakan berat kerana ia melibatkan banyak pihak.

K7L : Kalau zaman dulu kala..ada yang dah mampus kena pancung ni..

24/07/2014

Yang Maki Masih Siasat - Yang Komen Kena Tukar Terus? @PDRMsia


Keris nampak sekarang pihak polis sangat laju buat kerja. Bagus dan efektif. Tapi anenhya yang buat lebih salah masih disiasat. Yang komen sebab marah dengan cepatnya diambil tindakan. Hebat.

Kalau kata isu yang komen tu sensitif, abis yang tulis status tu bukan isu sensitif jugak? Sebab itu keharmonian kena dijaga dan dipupuk sejak kecil.

Hari ini mereka yang sepatutnya dihukum cepat perlu disiasat sahaja. Ambil tindakan nanti-nanti tak apa. Yang melawan ni hukum dulu. Kasi ajar sikit? Sampai bila nak macam ini?

Yang ada report polis sampai beribu apa tindakan dia ya?

K7L  : Laju dan efektif tapi kena telus sekali..

21/07/2014

Kalau Jumpa Budak Ini Tolong Bagi Dia Didikan! #SelamatkanAkidah



Tak tahulah kalau niat dia tulis memang dia rasa macam itu ataupun dia bergurau. Kalau bergurau mari rasa tapak kaki kat muka. Tapi kalau dia memang betul-betul rasa begitu, tolong sesiapa beri dia didikan yang betul.

Islam ini indah. Kalau ikut hati memang nak bagi dia rasa 'sempurna' tapi bila fikir balik, apa salahnya kita cuba betulkan otak dia yang dah salah jalan. Tapi kalau degil juga maka bolehlah di'sempurna'kan.

K7L : Dah ramai dah yang berani..

18/07/2014

ADUN DAP Retweet Post Pelakon Lucah Pasal #MH17 - Hanya Pengikut Boleh RT Kan?



Dalam pada Malaysia menerima kesedihan di atas tragedi kedua melibatkan kapal terbang MAS, kita akan lihat macam-macam ragam rakyat Malaysia. Sampaikan ada yang salahkan PM walaupun tak ada kena mengena.

Hari ini kita dapat lihat pula bahawa ADUN DAP dari Selangor sebenarnya orang yang suka kepada pelakon lucah. Apakah mungkin dia boleh RT kalau dia tak follow. Mana Keris tahu? Tengok gambar dia RT pastu bila search kat wiki. Nah! Pelakon lucah!


Jadi rakyat nak wakil rakyat begini? Sebab itu di Selangor banyak Spa dan rumah urut. Hamekkk..

K7L : Takziah buat keluarga mangsa nahas #MH17

Salam Takziah Buat Sekeluarga Yang Maut #MH017 @MukhrizMahathir @Mctheoryz




Gambar sekeluarga yang terkorban dalam nahas pesawat #MH17. Keluarga ini dikatakan bercadang untuk raya di Malaysia tahun ni.

Nampaknya Allah menjemput mereka lebih awal. Ya Allah tempatkanlah roh mereka dikalangan org yg beriman.

Takziah pada keluarga mangsa.

Al-fatihah..

#KedahDoaMH17 #PrayForMH17

17/07/2014

Pesawat MAS Terhempas Pula Di Sempadan Rusia? #PrayForMH017




A Malaysian passenger airliner with 295 people on board crashed in Ukraine near the Russian border, Interfax cited an aviation industry source as saying today.

It said the Boeing plane was flying from Amsterdam to Kuala Lumpur. Reuters could not immediately confirm the Interfax report. — Reuters

 The Malay Mail Online

Apa yang tengah berlaku sekarang ini? Ya Allah selamatkanlah mereka yang sedang diuji olehmu dan ditimpa musibah.

17/07/2014 - MH017?

K7L : Tergamam terbaca berita..

16/07/2014

@KhalidSamad Samakan Dirinya Dengan Nabi? #MPBiadap #PASesat




Selepas titah Sultan Selangor yang murka dengan Khalid Samad semalam di Sepang, tengah malam tadi Khalid menerusi twitternya menaikkan tweet yang berbunyi "Asalkan Kamu tak murka terhadap ku, maka aku tak kisah".

Yang seolah-olah menyamakan dirinya sekarang ini yang dimurka oleh Sultan sebagai Nabi. Sudah semakin teruk pemikiran puak PAS ni. Nak bagitahu sedikit pada rakyat Selangor yang merupakan anak Selangor.

Tahukah anda Khalid Samad bukan anak Selangor dan dia semakin biadap dengan Sulatan Selangor. Sudahlah duduk tempat orang, nak tunjuk pailang pulak. Ingat jadi MP Pas kebal dosa?

K7L : Why bother? Why Bother? Khalid dah macam Pondan Neraka dah.. 

@KhalidSamad Yang Jahil Perlu Kosongkan Kerusi MP?



Kena sound tepek. Mohon Khalid Samad sedar diri. Kalau nak kerusi MP Shah Alam dikosongkan pun tak apa. Sebab malu ada MP Melayu sebegini. Sekian.


K7L : Jangan main cakap je..

10/07/2014

Ucapan Hari Kelahiran @TunDrMahathir Dicemari Dengan Manusia Biadap



Apa masalah mamat ni? Sedara. Keris nak kabor ke sedara. Cakap tu biar elok sikit. Kalau ada ramai orang cari jangan pula nak buat laporan polis ya. Sebab cara sedara bercakap macam kuat sangat dah.

Haaa.. Jangan biadap dengan orang tua. Orang yang banyak jasa. Keris tak anggap dia dewa tapi dia pemimpin yang buat Malaysia dunia kenal. Dunia kenal dengan kebaikan buakn dengan keburukan macam Anwar Ibrahim buat.

K7L : Hati-hati bila tweet..

09/07/2014

7 Ayat Sinis Yang Buatkan DAP Marah Pada Tun Mahathir




1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Melayu tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.

2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Melayu.

3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Melayu yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Melayu untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.

4. Kerajaan yang dianggotai oleh Melayu yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Melayu yang tidak berkualiti ini.

5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Melayu yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Melayu, tetapi kerana mengutamakan merit.

6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.

7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar orang cina dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun orang cina tidak berjuang langsung untuk membebaskan Malaysia dari penjajah.

-Tun Mahathir-

Tempat Sedia Makanan Kotor - Mana PBT Selangor?



KLANG – Pekerja-pekerja premis makanan sekitar Bukit Tinggi dikesan melakukan kerja memotong dan membasuh sayur atas simen berdekatan longkang di bahagian belakang premis masing-masing.
.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, ramai pekerja restoran menjalankan kerja di lorong belakang yang menjadi laluan kenderaan sekitar jam 4 petang.

Jalan yang menjadi laluan kenderaan tidak dapat digunakan kerana ada pengusaha premis turut meletakkan peralatan memasak.

Sekitar kawasan kelihatan kotor dengan sisa sayuran dibuang di atas jalan hingga berlaku lambakan sampah.

Pengadu yang enggan dikenali akui terkejut melihat persekitaran penyediaan makanan yang menjijikkan bagi salah sebuah restoran yang kerap dikunjunginya bersama keluarga.

“Selama ini saya tidak tahu. Kita dalam restoran menjamu selera tanpa terfikir kebersihan sewaktu mereka sediakan makanan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dia menyedari keadaan itu ketika melintas lorong belakang premis untuk mengambil kenderaan yang diletakkan tidak jauh dari situ.

“Saya amat terkejut tengok sayur diletakkan atas lantai. Bau longkang yang tersumbat dan kawasan yang penuh sampah memang mual. Sejak itu saya dan keluarga tak datang lagi,” katanya.

Dia meminta pihak berkuasa memantau premis-premis makanan yang sambil lewa dalam hal pengurusan dan penyediaan tanpa mengambil kira tahap kebersihan.

Sinar Harian

08/07/2014

@NajibRazak @KKMPutrajaya Kena Kaji Semula Cadangan Jururawat Pakai Cap Dan Tukar Warna Seluar



Baru-baru ini Keris pergi ke sebuah hospital di tengah-tengah ibukota. Kebetulan melawat anak saudara yang sakit. Memandangkan Keris peramah terlebih maka sempat berborak dengan jururawat yang ada di kaunter.

Bertanya macam-macam hal sampailah terkeluar cerita pasal pemakaian baru yang agak menyusahkan dan membuatkan Keris rasa pelik. Khabarnya jururawat akan diminta untuk memakai 'cap' sama macam jururawat zaman dolu dolu.


Bayangkan mereka yang sudah bertudung disuruh pula pakai cap. Kan dah rupa kartun? Ataupun sebenarnya ada pihak mahu jururawat tidak memakai tudung? Serius kelakar rupa orang pakai tudung lepas tu letak cap. Dah macam apa je rupa.

Kedua dengarnya juga jururawat akan pakai baju warna putih dan seluar warna ungu. What? Biar betul weyh. Serius rupa macam kartun para jururawat kerajaan kat Malaysia ni. Keris harap semua ini hanya cadangan dan tidak dilaksanakan. 

Dah elok pakai tudung ada line biru, purple, dan baju uniform putih. Kenapa nak tukar? Nak membazir kenapa? Dah tak ada jalan lain lagi ke nak sakau?

K7L : Menteri kena peka..jangan main bedal aje..

27% Pemenang Nobel Dunia Adalah Bangsa Yahudi?


 

Sebuah akhbar tempatan di Israel mendedahkan kejayaan-kejayaan yang dikecapi oleh bangsa Yahudi meraih sebahagian besar penghargaan dunia termasuk anugerah nobel antarabangsa. 

Akhbar Maariv di Israel mendedahkan seramai 54 pemenang juara catur antarabangsa adalah bangsa Yahudi. Selain sukan catur, seramai 27 pemenang Hadiah Nobel untuk fizik adalah bangsa Yahudi. 

Perlu diingat bahawa nisbah bangsa Yahudi di dunia ini tidak melebihi 0.2% daripada penduduk dunia. 

Menurut akhbar tempatan Israel itu, budaya bangsa Yahudi yang ingin berjaya dalam jangka panjang dan idea-idea yang di dasari oleh keyakinan agama merupakan faktor yang mendorong mereka menguasai dunia.

Dalam tempoh 106 tahun, hampir 200 Yahudi menang Hadiah Nobel berbanding tiga dimenangi umat Islam. Bangsa Yahudi berjumlah 14 juta, sedangkan umat Islam 1.4 bilion. Bayangkan  jurang pemikiran mereka dengan kita! 

Amerika Syarikat sebagai kuasa utama dunia kerap  dinaungi ahli siasah Yahudi. Henry Kissinger,  Harold Brown,  Robert Rubin, Madeleine Albright     dan penasihat Bekas Naib  Presiden Al Gore (1993-2001),  Michael Chertoff juga Yahudi.  

Bekas Presiden  George W Bush  juga dikaitkan keturunan Yahudi. Tidak hairanlah dia melancarkan kempen memerangi  keganasan di Iraq dan Afghanistan semata-mata untuk menjaga kepentingan Zionis di seluruh dunia.

K7L : Kaburkan mata dunia dengan anugerah..

@Khalid_Ibrahim Tutup Bantuan Hari Raya - Terhad Untuk Kroni PKR Sahaja?



Boleh pergi ke Bandar Sri Permaisuri dan lihat sendiri poster makluman itu ditampal. Keris terkejut malam tadi bila rakan dari Bandar Tun Razak ajak pergi tengok untuk pastikan benar atau tidak cerita ini.

Memang ada beb! Realitinya ramai tahu Khalid Ibrahim yang tamak kuasa (Menter Besar Selangor, ADUN Pelabuhan Klang dan MP Bandar Tun Razak) membuktikan dia tidak mampu jaga semua benda.

Dah tahu tak boleh jaga kenapa tamak sangat ya? Rakyat pun patut fikir kenapa mereka ini sampai dua kerusi? Sebab tak mahu orang lain sailang mereka dalam parti. Apapun puasa baru 10 hari terus bantuan ditutup. Kelakar kan?

K7L : Malam ni mesti poster makluman tu dah takde..

Boleh Tak @shaberyc Gam Terus @azwanhjali Dari Terus Keluar Televisyen?



Imej yang dibawa oleh adik kandung Azmin Ali ini sebenarnya tidak elok untuk anak-anak kecil. Kalau setakat watak tak apa taapi sampai keluar dia dengan mekap dan bulu-bulu hayam dia. Cara dia cakap pun buat diri rasa menyampah.

Haritu tengok kat sembang teh tarik pun nampak dia teruk. Please! Tolong jangan bagi dia muncul lagi kat televisyen. Dekat twitter pun tak reti horat orang dan selalu buat kontroversi murahan.

Apapun dengan watak sebegitu ia boleh menjuruskan anak-anak kita terpengaruh dengan golongan LGBT. Selain mamat pentol ni, sila ban mana-mana yang berpewatakan lembut atau 'bapok' supaya golongan ini tidak terus menular.

Apa nak jadi dengan industri hiburan kita kalau asyik kedepankan orang-orang sebegini?

K7L : Puasa ni buat aku rasa nak tegur jugak..

07/07/2014

Mohon @PKamalanathan Ambil Perhatian Pasal Kes Cikgu-Cikgu Biadap!



Keris tak faham kenapa masalah begini dipencilkan sehingga menjadi barah? Jika dulu zaman Keris bersekolah, jika ada pelajar mengandung tindakan yang dibuat adalah buang sekolah dan 'disenyapkan'. 

Sepatutnya bimbing. Sama seperti guru yang ada dalam video bawah ini. Mungkin PPD boleh bawa guru tersebut ke tempat yang sesuai dengan wataknya yang ganas. Seperti mengajar gajah ataupun lembu hitam di Sepanyol. Kerana guru-guru sebegini tidak layak mengajar anak kecil.

Kes 1




Jika dirujuk lagi pada klip youtube di atas, ulasannya tertulis seperti di bawah:

Guru pendidikan khas sk bandar mentakab, pahang sejak 2009. Sblm tu kt sk jenderak. Suka cari gaduh dengan semua cikgu. Guru besar skrg adalah yg ke-3.

Guru besar sblm ni penah buat laporan tp x smpi ke atas. Ppd penah dtg tp kes senyap mcm tu aje. Dulu dia langsung x masuk kelas. Skrg masuk tp tak sepenuhnya. Skrg dh start nk pukul budak. Guru2 semua sanggup bagi kerjasama kalo nk siasat tp pentadbir tak pasti.

Pentadbir tu gb n gpk. Ayah dia penah buat repot kt ppd kata cikgu sekolah ni yg ganggu anak dia. Tadi guru2 dh kumpul tandatangan utk buat memo laporan tp x pasti nk htr ke sapa.


sambung baca di Kedah News.

Kes 2


Satu lagi Keris nak minta sangat-sangat YB Kamalanathan untuk ambil tindakan terhadap guru yang merakam dan menyebarkan video seorang anak murid yang datang daripada keluarga susah. 

Rasa-rasa apa jadi pada moral dan mental adik Syakilla ini yang dipaksa bercakap begitu untuk dirakam? Sebaga seorang guru tindakan sebegini umpama binatang. Itu bukan mengajar tapi menghina. 

Hoi! Anak itu orang Islam dan Melayu lah! Kau biadap dengan bangsa sendir kenapa? Keris harap sangat cikgu yang rakam tu baca apa Keris tulis. Jadilah bangsa Melayu bukan Melayu bangsat.

Kes 3 

Ada seorang cikgu di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Hamzah di Pelabuhan Klang. Dengarnya ada cikgu tak hormat pelajar. Suka maki pelajar. Tak masuk kelas. Tak nak mengajar. Tak ada yang berani repot.

Sila siasat.

K7L : Puasa ni pun ada yang nak buat aku marah..

Altel - Banyak Yang Takut Dengan Altel Kenapa?




*cerita diambil dari fan BBCD yang inbox**

(1)PENGENALAN

Semasa aku berjalan-jalan di Plaza Lowyat dalam melihat kemewahan perniagaan yang dimonopoli oleh kaum cina, aku terus tersentak dan tekad untuk tukar telco milik Melayu iaitu line Altel milik Syed Mokhtar Bukhary. Beliau telah banyak membantu orang Melayu Islam dimana hasil keuntungan perniagaannya telah disumbangkan kepada orang Islam sebanyak RM1,600,000,000 (billion). Sebelum aku ceritakan kisah kepayahan aku nak membeli sim card telco Altel ini, aku cerita kan dahulu ringkas mengenai Syed Mokhtar Bukhary.

Fakta tentang RM1,600,000,000 (billion) yang diderma oleh Syed Mokhtar diambil dari sebuah Majalah Antarabangsa iaitu Forbes Asia, dimana majalah ini memberi anugerah gelaran kepada Syed Mokhtar Bukhary sebagai 'Wira Dermawan'. Menurut Forbes Asia, Syed Mokhtar selain menderma kepada kaum Melayu di Malaysia, beliau turut menderma di luar Malaysia sejak 10 tahun lalu dengan menubuhkan kem pelarian di Pakistan, rumah anak yatim di Guinea dan program pemulihan untuk mangsa bencana di China serta Indonesia.

Syed Mokhtar juga membuka hospital dan institusi lain bagi penduduk Islam Uganda, Afrika Selatan, Nepal dan Australia. Kesemua derma dan pertolongan jihad ini dibuat bertujuan untuk mempromosikan Islam dalam masa sama dapat memperluaskan dakwah Islam di Seluruh Malaysia. Itulah sedikit sebanyak cerita pendek mengenai Syed Mokhtar Bukhary ini.

Jadi dengan berbekalkan semangat mahu terus membantu usahawan Melayu ini terus berjaya, supaya dengan harapan hasil duit pembelian ini dapat aku turut menyumbang derma. Aku sebelum ini 10 tahun pakai telco Digi/Maxis. Aku pun tak tahu hasil dari keuntungan aku pakai Digi/Maxis dimana pemilikya salurkan. Boleh jadi membina rumah ibadat tokong/kuil, boleh jadi dia membuat pelaburan perniagaan perjudian, boleh jadi pelaburan minuman alkohol dan berbagai-bagai lagi.

(2)PENCARIAN PEMBELIAN SIMCARD

So aku dengan semangatnya terus buka google phone dan taip 'lokasi altel'. Lalu keluar linkwww.altel.my/en/where-to-buy . Scroll punya scroll akhirnya aku jumpa alamat kedai yang menjual sim card Altel. Aku lihat ada dua alamat di Lowyat iaitu:

Effective Marketing
Lot 2-101, 2nd Floor, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
03-21455281


Broadband Solution Sdn. Bhd.
Lot 3-It-16, Level 3, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
013-3376668

Aku call nombor kedai pertama tak angkat. Aku dengan sabarnya cari lokasi kedai pertama dekat tingkat 2 akhirnya jumpa. Sebelum aku nak tanya beli sim card Altel, aku tengok peniaganya cina, al maklumlah mana ada peniaga Melayu jual phone di Lowyat. Apa boleh buat, demi nak bagi usahawan Melayu Syed Mokhtar untung dalam jangka masa yang lama. Aku pun dengan bad moodnya tanya cina ni:

Aku: "Kawan, sim card Altel ada? I mau beli".
Cina: "Mana you tau ini kedai?" (muka terkejut)
Aku: "I tengok website Altel maa, ada tulis you punya kedai ada jual!"
Cina: "aaa..aaa...(garu kepala) sim card lain mau? Digi ada, Umobile ada"
Aku: "You ada jual ke tak,kalau tak jual, i kira you tipu la ni, nanti i report dekat Altel" (aku bengang)
Cina: "Aiyaa ada la, i saja bagitau ada sim card lain maa, mana tau you minat loh, sebenarnya Altel kami tak ada jual disini, kami jual di kedai satu lagi tingkat 3, ini nombor 013-3376668 you kasi call, nanti orang tunjuk jalan"
Aku: "I customer you kasi la tunjuk jalan, ni tingkat 3 kedai you juga apa?!"
Cina: "Aiyaa sikalang manyak customer mali ma, nanti susah tak ada orang"
Aku: (Aku tengok kiri, tengok kanan, customer tak ada pun. Kalau dia tunjuk jalan pun aku tengok ada kawan dia lagi sorang jaga. Hmm dasar sial cina ni tak nak aku beli Altel, kalau tak nak jual Altel, tak payah la amik sim card ni. Aku pun beredar)

Aku pun dengan tak patah semangat tawaf la satu tingkat 3 sambil call no yang dia bagi tu. Akhirnya jumpa tapi hati betul sakit woo. Korang tau tak kat mana kedai tingkat 3 tu? Dekat belah dalam gila babi, dekat belah-belah area bangladesh, nepal, myanmar berniaga. Kira macam tempat keluar masuk stok untuk stor. Aku punya maki hamun dalam hati bengang sebab mana la orang dapat cari kedai macam ni punya dalam. Ini macam kedai repair laptop untuk stor je. Aku pun tak cakap banyak aku aku mulakan pembelian aku:

Aku: "Kawan kasi keluar semua no.Altel, i mau pilih itu nombor"
Cina: "Wahh manyak line lain, mau beli Altel juga ka?"
Aku: "Who is customer? Do you know customer is always right?"
Cina: "Huhu, gurau saja. Kejap aa i pergi ambil"
Aku: (10 minit tunggu)
Aku: (20 minit tunggu)
Aku: (30 minit tunggu)
Aku: (40 minit tunggu)
*kesabaran yang tinggi perlu ada*

Cina: "alooo manyak sori aaa, itu Altel dalam stor susah cari punya, ini satu box you kasi tengok semua nombor"

Aku: (Aku malas nak cakap banyak, aku pun pilih satu satu ada dekat 100 sim card, aku rasa orang tak pernah beli)

Cina: (tiba-tiba tengok satu sim card dan selit tepi asingkan)

Aku: "hei, apa you kasi letak tepi tu? I mau tengok itu nombor"

Cina: "huhu, ini nombor cina banyak suka maa 011-8****888"

Aku: (Aku yang asalnya dah pilih nombor aku nak, sebabkan atas dasar aku nak sakitkan hati cina ni, aku pun cakap)

Aku: "Ini nombor banyak bagus, i amik sekali ini nombor, berapa ringgit?"

Cina: "hmmm, rm14 saja, satu rm7"

Aku: (Ceh, RM7 je satu, ingat RM100 sebab no.cantik kau jual, kalau RM100 pun aku beli la sial, Aku bagi RM14 daftar dan beredar)

(3)TAHAP KELAJUAN INTERNET DAN COVERAGE LINE ALTEL
Bila habis beli, aku terus pergi 7-eleven nak beli topup, sekali yang jaga cashier tu Manager cakap, sini Altel susah masuk lah bang, Tan Sri Vincent Tan kenakan macam macam syarat untuk Altel masuk topup dalam 7eleven. Aku pun panas sekali lagi, lalu aku google dan cari senarai tempat tempat beli topup Altel adalah Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, CIMB, OnKing, Restoren Ali Maju.

Legalah aku sebab stesyen minyak Shell, Petron, Esso, Caltex, Aeon Big dan Jusco memang bersepah-sepah. Aku pun beli dengan jayanya topup rm30 dan terus aktifkan internet RM28 - 1GB. Ada juga pilihan RM48 - 2GB, tapi aku pilih 1GB je sebab dah cukup untuk aku pakai sebulan.

Aku nak cuba kelajuan internet Altel ni tapi tak sempat sebab aku kena pergi terus ke Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sampai je aku dekat Jemapoh, aku pun cuba kelajuan internet dia. Ya Allah, Wallahi, demi Allah yang memegang urat jantungku, aku bersumpah sepanjang aku pakai line Maxis dekat jemapoh memang tak boleh surfing langsung. Bila aku pakai line Altel ni, dia tunjuk icon line coverage +Hs (High Speed). Punya laju aku pakai line ni, sampai dalam kampung jemapoh yang aku tau memang tak ada line pun Altel boleh akses siap High Speed?

Aku pun cuba surfing cari info kenapa Altel boleh dapat coverage HighSpeed yang Maxis tak pernah dapat dalam Kampung Jemapoh ni. Akhirnya selepas aku caru info di google, baru aku tau bahawa Altel adalah syarikat telco terlaju dalam kelajuan "4G LTE". Altel juga mempunyai 40MHz berbanding syarikat telco Digi, Maxis, Umobile, Celcom dan lain lain yang hanya mempunyai 20MHz sahaja. Sudahlah boleh akses call dimana mana sahaja, tambahan dalam ceruk kampung pun internet HighSpeed laju gila? Seminggu selepas tu. Keluarga aku 10 orang terus tuka nombor kepada Altel dan kawan kawan aku dah 6 orang tukar line kepada Altel tetapi nombor asal mereka kekalkan.

Dengan ini aku bagi korang kesimpulan tentang Altel

1.Altel milik melayu

2.Altel line internet dan coverage line dapat capai hingga ceruk kampung

3.Altel mempunyai 4G LTE serta pemegang terbesar 40MHz berbanding telco lain

4.Topup beli di Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, CIMB, OnKing, Restoren Ali Maju.

5.Internet package ada dua, 1GB RM28, 2GB RM48

6.Altel boleh tukarkan line dan kekalkan nombor asal.

7.Tempat beli simcard Altel: www.altel.my/en/where-to-buy

Dah baca panjang-panjang ni jom CLICK SHARE supaya kawan korang yang lain terkena baca sampai habis macam korang, dan mana tau dia berminat tukar Altel? Korang mungkin rasa tak nak tukar lagi, tapi kalau korang CLICK SHARE mungkin kawan korang tukar. Dapat bantu Syed Mokhtar Bukhary pecahkan monopoli telco yang dipegang cina dan india.

Senarai alamat sim card Altel dijual:

http://altel.my/en/where-to-buy

Bukti Altel pemegang terbesar 40Mhz:

http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130924/ko_01/Altel-sedia-masuk-gelanggang


Bukti Syed Mokhtar dikategorikan sebagai Wira Dermawan:

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/syed-mokhtar-wira-dermawan-1.294066


-ketua pengakap-

CLICK LIKE PAGE: www.facebook.com/BoikotBaranganCinaDapOri

Sumber : Celah Gelegar

03/07/2014

@MPKotaBelud : Tubuh Jawatankuasa Khas Tangani Rasuah - Sila Lantik Orang Yang Betul


 

Keris menerima cadangan daripada MP Kota Belud untuk wujudkan pasukan khas bagi menangani rasuah. Pertama sekali kita kena ingat pasukan ini siapa ahlinya mesti dirahsiakan. Jangan jadi macam sesetengah menteri main umum pasukan khas yang mana patut dirahsiakan.

Apapun cadangan ini mesti diperhalusi dan diberi kepada mereka yang benar-benar layak. Kelakar juga kalau yang pegang pun sama. Lagi bahaya. Apapun hati orang kita tak tahu. Lakukanlah ujian sebaik mungkin.

Jika tanya Keris, kami bloggers pun nak join sebab melawan kemungkaran dan boleh memajukan negara.

K7L : Tinggal komen kalau nak panggil hahaa

Isu Tandatangan 'P***m*k' - Sekadar Cadangan Kepada @PDRMsia @KBAB51



Isu ini telah kecoh beberapa hari yang lalu. Terdetik dalam hati pagi tadi selepas bersahur, apa agaknya tindakan yang perlu diambil terhadap orang yang telah menghina pihak Polis. Simple je beb!

Salah tetap salah. Kalau nak jalan tak ada traffic light sila bawa kereta kedepan dan kebelakang rumah sendiri ataupun cuba bawak kereta atas air. Hari ini, dimanakah sivik rakyat Malaysia dalam mematuhi undang-undang?

Di sini Keris ingin mencadangkan 'Public Caning' macam zaman sekolah kepada mereka-mereka yang terlibat dengan kesalahan kecil. Mohon pihak KDN kaji soal ini. Kalau perempuan kita minta dia buat kerja sosial mengikut bidang yang dia ada.

Kelebihan hukuman ini :

1. Orang akan fikir banyak kali untuk buat salah
2. Rakyat yang ada sekarang segelintir masih berfikiran macam budak sekolah
3. Lebih banyak kerja sosial dapat dilakukan tanpa memerlukan perbelanjaan.

Kita guna konsep, anda buat anda tanggung sendiri akibatnya.

K7L : Kalau buat mesti terbaik boh!...

01/07/2014

Luahan @afifosman Berikutan Kes Adik OKU Yang Diabaikan Ibunya



Terus terang Keris tertarik dan tersentuh dengan tulisan oleh seorang Mahasiswa UTM. Keris petik artikel ini daripada sebuah portal University News Capital :

Muhammad Firdaus Dullah, 15. Remaja OKU yang ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak bermaya di sebuat flat di sekitar Nilai. Tiba-tiba isu ini meletup diseluruh Malaysia. Syukur Alhamdulillah, Allah masih memberikannya peluang untuk hidup di muka bumi ini supaya ia membuka mata orang ramai. Setiap hari dari hari pertama dia dijumpai, tak lekang dari mulut masyarakat membicarakan tentang isu ini. Ada yang menyalahkan ibunya kerana tidak sayangkan anak dan tidak kurang juga ada yang menyalahkan kerajaan kononnya tiada bantuan seperti di luar negara untuk golongan Orang Kelainan Upaya.

Namun, penulisan ini bukanlah untuk membincangkan tentang siapa salah dan siapa yang benar tetapi penulisan ini adalah untuk memberikan serba sedikit gambaran sebenar yang sedang masyarakat kita hadapi ketika ini. Peribahasa ada menyebut jaga tepi kain orang yang membawa maksud sikap suka menyibuk atau kepoh dalam bahasa modennya. Mungkin terkesan dengan peribahasa ini, hari ini wujudnya masyarakat yang tidak mahu mengambil tahu tentang apa yang berlaku disekeliling mereka. Masyarakat pada hari ini lebih selesa hidup sendiri. Keluar awal pagi untuk bekerja, balik kerumah waktu petang kemudiannya duduk terperap di dalam rumah tanpa mengambil kisah jiran tetangga.

Balik kepada isu adik Firdaus,tertanya-tanya di dalam hati kecil ini, dimana jiran tetangga remaja OKU tersebut sepanjang mereka menetap di situ sehingga mereka tidak tahu remaja OKU ini dikurung dan dibiarkan tidak bermaya dan kurus kering. Atau mungkin dia tinggal di kawasan yang tidak mempunyai jiran, bangunan kosong barangkali. Jika masyarakat kita prihatin, mustahil perkara ini berlaku. Bukan bermaksud untuk menjaga tepi kain orang tetapi lebih kepada peka dengan keadaan sekeliling.

Masyarakat kita bukan lagi masyarakat yang saling mengambil berat seperti masyarakat dahulu. Sering mengambil berat tentang jiran tetangga, anak jiran dianggap seperti anak sendiri dan sebagainya. Tetapi masyarakat pada hari seperti katak yang hanya membiarkan dirinya berada di bawah tempurung. Sebelum ini juga kita dikejutkan dengan kes kanak-kanak yang hilang semasa di taman permainan, dalam perjalanan ke kedai dan sebagainya. Persoalannya Cuma satu, dimana mata masyarakat ketika perkara ini terjadi. Renungkan sejenak, apakah perkara ini akan berlaku jika kita menganggap kanak-kanak tersebut seperti anak kita sendiri? Adakah penjenayah tersebut berani melakukan perkara itu jika ada mata yang sentiasa memerhati?

Hal kemasyarakatan ini bertambah runcing dari hari ke hari. Dari isu ayah curi susu untuk anak sehinggalah ke isu kanak-kanak digunakan oleh sindiket meminta sedekah. Tidak terlepas juga isu buang bayi, ibu gunakan anak sebagai sumber minta sedekah dan pelbagai lagi permasalahan yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.Percayalah, bahawa perkara ini tidak mungkin akan berlaku sekiranya masyarakat kita prihatin antara satu sama lain. Perkara ini mustahil akan berlaku sekiranya masyarakat kita bertanggungjawab ke atas satu sama lain. Kemasyarakatan bukan didefinisikan dalam bentuk gotong royong semata-mata tetapi bagaimana kita menjadikan sesebuah komuniti masyarakat itu sebagai ahli keluarga kita sendiri.

Teringat kisah jenaka yang pernah saya baca tentang kes rompakan sebuah rumah. Ketika perompak mengisi barang ke dalam lori, jiran yang lalu di depan rumah bertanya “hai,nak pindah ke”. Sedangkan ketika itu tuan rumah pulang bercuti ke kampong. Perkara seperti ini tidak mustahil akan berlaku sekiranya masyarakat kita yang ada pada hari ini masih bersikap mementingkan diri sendiri.

Berhentilah menunding jari kerana satu jari ditunding ke orang lain, empat jari menghala kepada kita. Bukan maksud penulis menyokong tindakan merayu-rayu dan sekadar meminta bantuan tanpa usaha golongan-golongan ini. Bukan juga menyokong kerajaan menjatuhkan hukuman kepada kesalahan-kesalahan mereka yang adakalanya hanya sebotol susu. Cuma ingin melihat masyarakat yang ada pada hari ini saling prihatin antara satu sama lain. Tiada apa yang rugi jika kita menjaga kain orang lain ditempat yang betul. Bukan kepoh tapi sayang

Perlu diingat, undang-undang dan dasar yang ada pada hari ini hanya entity yang dicipta manusia. Segala permasalahan tidak semestinya diselesaikan dengan hukuman. Setiap peraturan itu ada maksud tersiratnya, bukan menghukum semata-mata. Marilah kita sama-sama berusaha wujudkan masyarakat yang prihatin dan saling bergantung antara satu sama lain. Hablumminannas.

”Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya; dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah memuliakan tamunya, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam” (HR ; Bukhari dan Muslim)


Saudara Nor Mohd Afif Bin Osman merupakan pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Beliau kini sedang mengambil Ijazah Sarjana (Master) dalam jurusan Perancangan Bandar dan Wilayah. Beliau merupakan Mantan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM. Beliau juga merupakan antara penerima Anugerah Nadi Negara pada tahun 2014.

K7L : Ulat Beluncas...

Apa Cerita YTL Membisu Dan Menikus? @ArmandPJU



Sehingga hari ini kita masih menanti apa yang akan disuarakan oleh YTL. Kenapa menikus dan membisu pula? Semasa keluar kenyataan dulu bukan main hebat lagi?

Apa sebenarnya agenda YTL?

K7L : Jangan terperangkap dengan cauvinis..

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim - Liow Tiong Lai Bikin LGE Mengamuk @Mctheoryz @MukhrizMahathir




Alhamdulillah.. Dato Seri Haji Mukhriz Mahathir terus istiqomah untuk merealisasikan pembinaan LTA Kulim biarpun Lim Guan Eng meroyan cuba menghalangnya.

Mctheory kata kita kena ingat,sudah lebih 40 tahun Pulau Pinang ditatang bagaikan minyak yg penuh oleh Kerajaan Pusat biarpun sudah dua penggal Kerajaan Negeri Pulau Pinang ditadbir oleh parti DAP. Buktinya Kerajaan Pusat tetap meneruskan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Nampaknya, sikap KIASU Lim Guan Eng ini mungkin di dasari oleh kejayaan negeri Kedah di bawah pentadbiran DS Mukhriz Mahathir yang berjaya menarik pelaburan masuk ke negeri Kedah daripada bulan Januari hingga Mac 2014 sebanyak lebih rm4 bilion berbanding Pulau Pinang sebanyak rm800 juta lebih sahaja.

Jadi, kita selaku rakyat Kedah tanpa mengira latar belakang politik..marilah sama-sama kita berdiri teguh di belakang DS Mukhriz Mahathir serta sama-sama berdoa agar pembinaan LTA Kulim ini menjadi kenyataan dan menjadi pemangkin kemajuan di negeri kita yg tercinta ini..In Sha Allah.


Kerajaan Sedia Kaji Cadangan Mukhriz – Liow Tiong Lai 


Kerajaan akan mengkaji cadangan negeri Kedah untuk membina lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya belum menerima kertas cadangan berhubung perkara itu.

“Saya belum ada laporan terperinci, saya kena tengok dulu semua butiran baru saya boleh membuat komen lanjut.

“Masih terlalu awal untuk saya komen pasal lapangan terbang dan pastinya mereka akan hantar kertas cadangan terperinci dan saya akan menelitinya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Tahunan MCA Bahagian Bukit Bendera di sini, Ahad.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang Datin Paduka Chew Mei Fun, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Liow berkata demikian ketika mengulas pengumuman Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bahawa negeri itu bakal memiliki lapangan terbang antarabangsa baharu di tanah seluas 600 hektar yang akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di utara tanah air.

Kedah kini memiliki dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Liow turut mengulas permintaan kerajaan negeri Pulau Pinang yang mahukan landasan kedua untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan berkata pihaknya akan meneliti perkara itu.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas sebuah lapangan terbang yang besar, bukan lapangan terbang kecil, dan ia juga sebuah lapangan terbang yang dapat meningkatkan ekonomi di negeri ini,” katanya.

Ketua Menteri Lim Guan Eng sebelum ini memaklumkan Pulau Pinang memerlukan landasan kedua memandangkan jumlah penumpang di lapangan terbang itu meningkat, selain peningkatan pengangkutan kargo udara berikutan pelaburan langsung asing. -Mstar



Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..

https://www.facebook.com/MukhrizMahathirFC


K7L : Stady MM!..

13 Kesilapan Apabila Berpuasa #RenungRamadhan



Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:-

1. Berpuasa tetapi tidak solat


sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat; anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama

aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.

4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.

5. Semakin cepat marah


sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.

6. Membazir ketika berbuka puasa


Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah


Zakat kan sebahagian daripada rukun islam.

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun

Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja

Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya;

Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan

sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak;

"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43)

Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11. Menang sorak, tarawih ala kadar


solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;

Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;

Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga

Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

pemahaman sesetengah daripada kita. Baca Al-Quran hanya waktu ramadhan

13. Tidak mahu bersahur


"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?” Jawab Nabi:Ya abal Hasan!
Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".

Di kutip dari:"Puasa Bersama Rasulullah", karangan Ibnu Muhammad, Pustaka Al Bayan Mizan.


K7L : Amar makruf nahi mungkar..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk