31/07/2012

Karpal Buktikan PAS Memang Diajar Menipu Ketika Berhujah?



Dengan perjuangan PAS yang tidak pernah putus terhadap hudud, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi membuat Tweet yang menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menerima hukum-hukum Allah adalah mereka yang kufur.

"(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tidak menerima hukum hudud kerana dia kufur. PAS perlu teruskan perjuangan untuk menegakkan Islam," menurut Tweet dari akaun Nasrudin.

Karpal sentiasa tidak pernah putus dalam menolak pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Kumpulan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dilaporkan bersetuju dengan kenyataan Karpal. Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, telah memberi amaran kepada Nasrudin bahawa komen-komen Nasrudin terhadap pelaksanaan hukum hudud akan menimbulkan masalah yang besar terutamanya apabila isu tersebut akan mengundang kemarahan bagi Karpal dan pemimpin-pemimpin DAP.

Shamsul juga berkata bahawa Nasrudin tidak sepatutnya membangkitkan isu lama apabila persetujuan antara PKR, DAP dan PAS terhadap isu ini telah dibuat.

Petikan NST 30.07.12

K7L : Nak tipu je pandai orang PAS ni,.,

30/07/2012

Sejarah Fitnah Pembangkang - Tun Mahathir Ada Ilmu Hitam?



Terima kasih rakan blogger MyMassa yang mengorek kembali isu-isu lama yang mengukuhkan lagi fakta tentang kesongsangan pembangkang. Untuk generasi muda, inilah propaganda yang disebarkan oleh penyokong Anwar Ibrahim semasa dia dipecat.

SOLAT HAJAT KUBRA: PATAHKAN RANCANGAN JAHAT MAHAFIRAUN

Cucu Datuk Bahaman

Mahafiraun pernah memberi amaran bahawa pilihanraya ke 10 kali ini merupakan pilihanraya terkotor dalam sejarah negara. Amaran dari seorang diktator ini tidak boleh dipandang enteng oleh kita semua kerana beliau mempunyai kelebihan dari segi penguasaan ke atas instrumen-instrumen kerajaan, yang boleh dieksploitasi menurut hawa nafsunya secara babarian.

Beberapa insiden yang telah berlaku seperti ‘rusuhan’ yang dicipta oleh SB-SB yang menjadi anjing-anjingnya ketika perhimpunan aman rakyat yang lepas menjadi bukti bahawa itu hanyalah baru permainan permulaan oleh diktator kejam tersebut. Dan…sepertimana janji dan ancamannya sebelum ini, kejadian buruk pasti bakal terjadi dalam kempen pilihanraya tidak lama lagi.

Ini tidak dapat dielakkan lagi kerana walau apa pun yang terjadi, kemenangan mesti berpihak kepada BN. Kekalahan bererti kemusnahan dan kehancuran sebuah empayar pemerintahan yang dibina atas kezaliman dan rompakan wang rakyat semenjak 18 tahun yang lalu. Inilah yang tidak dapat diterima sama sekali oleh Mahafiraun tersebut.

Beberapa siri pendedahan oleh pejuang-pejuang yang menyokong keadilan dan kebenaran, yang berada bersama dajal-dajal tersebut, seperti yang didedahkan beberapa kali dalam internet sebelum ini hendaklah dipandang serius oleh kita semua bahawa itu merupakan sebahagian daripada pelan jahat yang akan dilaksanakan demi memastikan kekuasaan mereka tidak jatuh ke tangan Barisan Alternatif dalam pilihanraya nanti. Kelekaan atau kecuaian di sebelah kita hanyalah akan mengundang malapetaka. Kalau dalam Tragedi 13 Mei 1969 pun sanggup dipertaruhkan nyawa rakyat oleh Mahafiraun tersebut, dengan mencetuskan elemen-elemen kegelisahan di kalangan rakyat ketika pemerintahan Tunku 30 tahun lampau sehingga menumpahkan darah ribuan yang tidak berdosa, kini apalah yang dipedulikan sangat oleh beliau demi mencapai cita-cita dan kekuasaannya.

Beberapa pelan jahat yang dirancang secara terancang hampir pasti akan digunakan dalam pilihanraya yang akan diadakan beberapa minggu lagi tersebut. Matlamatnya hanya satu iaitu untuk melaksanakan pemerintahan DARURAT demi mengekalkan kekuasaannya. Pelan jahat ini akan dilakukan dengan kerjasama pihak tentera dan polis. PDRM di bawah Norian Mai pun hampir sama sahaja dengan ketika Rahim The Bapak Anjing menjadi KPN.

“Pengorbanan” Norian menyelamatkan Anwar ketika mahu disuntik dengan virus HIV oleh Rahim The Bapak Anjing semasa dalam lokap dahulu nampaknya tidak kemana dan sia-sia sahaja bilamana beliau kini rela menjadi alat dan diperalatkan oleh Firaun gila dan Dollah Babi J.E. itu.

Demikianlah manusia yang tidak berprinsip. Cepat kalah dengan pangkat dan kedudukan dan sanggup menjual maruah dengan upah yang sedikit. Menyedari risiko dan musibah yang bakal terjadi dan menimpa rakyat yang tidak berdosa dalam pilihanraya tak lama lagi itu, saya menyeru kepada seluruh umat Islam muslimin dan muslimat pejuang keadilan dan kebenaran sekalian agar kita mulai dari sekarang melakukan SOLAT HAJAT KUBRA memohon agar Allah s.w.t. mematah dan menggagalkan segala tipu daya dan rancangan jahat Mahafiraun gila itu. Tanpa munajat dan doa mohon perlindungan kepada Allah s.w.t. kita semua dibimbangi akan terperangkap dalam rancangan jahat yang amat buruk itu.

Cegah ia sebelum terlambat. Marilah kita melakukan SOLAT HAJAT KUBRA tersebut secara beramai-ramai atau sendirian memohon perlindungan dan keselamatan dari Allah s.w.t. Hanya DIA sahaja yang dapat menolong dan menyelamatkan kita semua dari segala mara bahaya yang bakal dicetuskan oleh Mahafiraun dan anjing-anjingnya kelak.

JANGAN PANDANG RINGAN ANCAMAN MAHAFIRAUN TERSEBUT. Beliau hanya takut dengan senjata DOA sahaja sekarang. Saya ingin mengesahkan akan tulisan yang ditulis oleh saudara MOSA AZIZ pada 27.9.99 lepas yang bertajuk LAPORAN PARA BOMOH: MAHATHIR BAPAK BOMOH POLITIK.

Memang benar bahawa Mahafiraun tersebut mengamalkan ilmu hitam dan tidak lut peluru (kebal). Tidak hairanlah jika beliau begitu berani berbuat apa sahaja kerana tiada sebiji peluru pun yang dapat menembusi tubuhnya (kecuali peluru emas dan buluh runcing). Beliau mengamalkan ilmu hitam dengan memuja patung dan tengkorak yang berharga RM5,000 sebiji dan sebanyak 5 biji tengkorak.

Selain itu, ilmu penunduk yang dimilikinya mampu membuatkan sesiapa sahaja yang berhadapan dengannya akan kecut perut. Sebab itu tiada seorang pun di kalangan menteri kabinetnya yang berani bersuara dan mengangkat muka bila berhadapan dengan beliau. Ini termasuklah semua raja-raja Melayu. Ketika menundukkan Tun Husein Onn supaya meletak jawatan pada tahun 1981 dahulu, beliau bertemu dengan seorang bomoh Jawa, pengamal ilmu pategeni di Linggi, Negeri Sembilan.

Begitu juga dengan Musa Hitam, turut menjadi mangsa ilmu penunduk bomoh Jawa tersebut, yang memakan upah dari Mahafiraun itu. Tetapi dengan Anwar, Mahafiraun itu gagal menundukkannya kerana bomoh tersebut telah pun meninggal dunia. Dan mungkin juga kerana Anwar seorang yang kuat beragama dan tidak meninggalkan solat fardhu maka banyak niat jahat orang terhadapnya tidak diizinkan Allah s.w.t.

Untuk menghadapi seorang manusia pengamal ilmu hitam seperti Mahafiraun itu, hanya ada satu sahaja cara iaitu dengan kita meningkatkan amal dan doa kepada Allah s.w.t. Mahafiraun cukup takut dengan solat hajat kerana jin-jin yang melingkarinya akan kepanasan, membuatkannya turut merasa panas dan gelisah. Jika kita tidak henti-henti melakukan solat hajat ini, saya yakin Mahafiraun akan menjadi gelisah dan tidak tenang lagi.

Saya juga ingin menyeru kepada pengamal-pengamal ilmu tarekat dan silat yang hak agar melakukan beberapa perkara tertentu untuk menentang Mahafiraun itu secara alam bathin. Saya harap tiada lagi ancaman-ancaman kosong yang dibuat melalui internet untuk melakukan itu dan ini ke atas Mahafiruan itu, tetapi sekadar cakap dan ancaman kosong sahaja. Tak usahlah mengacah dengan parang terbang ke, panah ghaib ke dan sebagainya kalau sekadar menggertak macam budak-budak. Nanti akan ditertawakan oleh Mahafiraun itu sahaja. Jika nak buat, lakukan sungguh-sungguh, terutama mengirim “Jurus Bathin “ dari jarak jauh. Masa yang paling sesuai ialah sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Ini kerana ketika itu tiada siapa pun yang menjadi Perdana Menteri secara teknikalnya.

Saya ingin memberi amaran bahawa jika Mahafiraun itu dibenarkan terus berkuasa atau hidup lebih lama lagi, akan rosak binasalah rakyat dan negara ini dengan lebih parah lagi. Jangan biarkan dia terus berkuasa selepas pilihanraya nanti walau dengan apa cara sekalipun kerana bala yang bakal menimpa rakyat tidak dapat digambarkan lagi. Rusuhan dan pertumpahan darah hampir pasti tidak dapat dielakkan lagi demi memastikan kekuasaannya tidak jatuh ke tangan Barisan Alternatif. Tunggulah saat itu!®http://members.tripod.com/polong_cyber/select2/110251.htm

Artikel seperti ini bukan sahaja dipaparkan di Internet, malah penyokong-penyokong Anwar juga mencetak artikel seperti ini lalu diedarkan kepada jiran-jiran.

Persoalan yang Keris nak tanya pada pembaca. Jika benar PAS berada di pihak yang benar dan Tun Mahathir adalah seperti yang digambarkan (zalim, diktator dan lain-lain), kenapa Tun Mahathir selamat dari bencana yang digambarkan seperti yang tulis dalam artikel tersebut? Yang MyMassa ingat, beratus solat hajat PAS lakukan untuk melaknat pihak lawan. Siapa yang dizalimi, PAS atau Tun Mahathir yang sering difitnah dan ditohmah oleh PAS dari dulu lagi?

K7L : Tun Mahathir banyak bangunkan dan harumkan nama Malaysia..Anwar banyak jatuhkan dan busukkan nama Malaysia..

PAS Abaikan Sifat 20 Allah Untuk Tiket Syurga?



Sebagai umat Islam kita perlu tahu 20 Sifat wajib Allah. Dengan niat mahu berkongsi ilmu Keris paparkan 20 sifat-sifat Allah. Apabila kita tak mengambil tahu atau mendalami sifat 20 ini, kita akan merasa diri kita hebat dan lebih bagus daripada apa sahaja.

Itulah yang ada kata Nabi Muhammad S.A.W, sama macam mamat di kampung, isi borang terus tersenarai sebagai pejuang agama di akhirat, undi masuk syurga, tak undi nanti ditanya di padang mahsyar dan banyak lagi kenyataan yang menunjukkan takjub kepada seseorang. Sebab itu kita harus mendalami dan menginsafi diri kerana apa pun kita buat yang baik itu datangnya daripada Allah.

Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui.

BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.

Sumber : IPIslam


K7L : Sifat wajib kita tahu..

Akhirnya! PAS Mengaku Mereka Sokong Syiah!



Kantoi! Patutlah Ketua Dewan Pemuda PAS pernah kata mereka terima syiah dalam PAS sebab memang betul ada. Lihat sendiri bagaimana 'Guru Syiah' Hasan Askari dijemput bersama dalam forum anjuran PAS. Jangan nak kata dia bukan syiah ya! Bagi yang yang nak kenal siapa Hasan Askari boleh tengok video di bawah. 



Latar Belakang Kelahiran Syiah Imamiyyah

Perkataan Syiah dari sudut bahasa bermaksud satu kumpulan atau kelompok manusia (firqah wa jama`ah). Perkataan Syiah apabila disandarkan kepada seseorang, ia akan membawa maksud pengikut dan pembantunya (atba`uh wa ansaruh). Sebagai contoh; “Syiah Ali” bermaksud “pengikut dan penyokong Ali”.

Dari sudut istilah, kata Syiah merupakan satu frasa yang digunakan bagi merujuk kepada salah satu daripada dua mazhab terpenting dalam Islam yang menolak tiga

orang Khalifah al-Rasyidin yang awal dan menganggap Sayyidina Ali sebagai

pengganti Nabi Muhammad S.A.W. yang sah. Ia juga merujuk kepada suatu kelompok yang besar dalam kalangan umat Islam yang bersepakat pada mencintai dan mengasihi Sayyidina Ali dan ahli keluarganya dan berpendapat bahawa mereka adalah orang yang paling berhak mewarisi kepimpinan (al-imamah)

Menurut Muhammad Abu Zuhrah, Syiah merupakan sebuah mazhab politik yang paling lama wujud di dalam Islam (aqdam al-madhahib al-siyasiyyah alislamiyyah). Mereka muncul di hujung era pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan dan berkembang pada era pemerintahan Sayyidina Ali bin Abi Talib. Dalam mendefinisikan istilah Syiah, Ibn Hazm telah berpendapat bahawa perkataan Syiah adalah merujuk kepada mereka yang bersepakat dengan golongan Syiah dalam mengatakan bahawa Sayyidina Ali merupakan orang yang paling afdal selepas Rasulullah S.A.W. dan individu yang paling berhak dalam memimpin umat Islam.

Menurut beliau lagi, sesiapa yang tidak sealiran dalam dakwaan tersebut, maka orang tersebut bukanlah daripada kalangan Syiah. Secara umumnya, selain mendakwa bahawa Sayyidina Ali bahawa merupakan seorang sahabat yang paling afdal dalam kalangan para sahabat yang lain, mereka juga turut bersepakat bahawa Sayyidina `Ali adalah merupakan pengganti yang telah dipilih (al-khalifah al-mukhtar) oleh Nabi Muhammad S.A.W. secara nas. Maka, oleh sebab itu, al-Tusi dan alMufid (dua tokoh besar Syiah) telah mengeluarkan sebahagian daripada golongan Syiah al-Zaidiyyah daripada kelompok Syiah kerana mereka tidak mengakui khilafah Ali secara nas.

Ibn Abi al-Hadid, seorang tokoh Syiah yang moderate berpendapat bahawa, terdapat beberapa orang sahabat yang telah bersependapat dengan golongan Syiah dalam melebihkan Sayyidina Ali daripada para sahabat yang lain. Mereka yang dimaksudkan adalah; `Ammar b. Yasir, al-Miqdad b. al-Aswad, Abu Dhar al-Ghiffari, Salman al-Farisi, Jabir b. `Abdullah, Ubay b. Ka`ab, Hudhaifah, Buraidah, Abu Ayyub al-Ansari, Sahl b. Hunaif, `Uthman b. Hunaif, Abu al-Haitham b. al-Tihan, Abu al-Tufail `Amir b. Wailah, al-`Abbas b. `Abd al-Muttalib dan seluruh Bani Hasyim. Menurut Abu Hanifah, asas akidah yang dianuti oleh golongan Syiah secara umum adalah menyesatkan para sahabat radiyallahu `anhum ajma`ien.

Manakala menurut al-Haytami, Syiah al-Rafidah telah mengkafirkan para sahabat disebabkan mereka telah menolak nas pengangkatan Sayyidina Ali sebagai imam. Berpandukan sejarah yang melatari kelahiran golongan ini, sebahagian cendekiawan Barat telah berpendapat bahawa golongan ini lahir disebabkan pengaruh Parsi yang telah menyerap masuk ke dalam Islam menerusi pengislaman orang-orang Parsi pada ketika itu. Ini kerana, orang Parsi berpegang dengan Ibid.

Al-Asy`ari pula telah berpendapat bahawa gelaran “Syi`ah” ini digunakan bagi merujuk kepada kelompok Syi`ah adalah disebabkan mereka mengikut Sayyidina `Ali (اٌعل عواٌشا) dan mengutamakan beliau dalam kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W., bahkan mereka turut beriktikad bahawa Sayyidina `Ali telah dilantik menjadi khalifah beradasrkan nas daripada Rasulullah sendiri.

Pegangan bahawa pemerintah adalah berdasarkan salasilah beraja dan kerusi pemerintahan tersebut adalah diwarisi kerana mereka tiada pengetahuan tentang sistem pemilihan khalifah. Maka, berdasarkan pegangan ini, apabila wafatnya Rasulullah S.A.W., maka peribadi yang paling layak menurut mereka untuk menggantikan Rasulullah S.A.W. dalam menguruskan ummah adalah Sayyidina Ali b. Abi Talib disebabkan Rasulullah S.A.W. tidak mempunyai anak lelaki. Sesiapa yang mengambil jawatan tersebut, seperti Sayyidina Abu Bakr, Umar dan Uthman, maka individu tersebut menurut mereka telah merampas jawatan tersebut yang menjadi miliknya. Bagi mereka juga, ketaatan terhadap Imam adalah kewajipan yang terawal. Ini adalah kerana, taat kepada imam turut bermaksud taat kepada Allah

Namun, terdapat juga para ulama‟ yang berpendapat bahawa golongan ini lahir hasil daripada perancangan Yahudi disebabkan usaha yang telah dilakukan oleh `Abdullah b. Saba‟ yang cuba melebihkan Sayyidina Ali daripada sahabat-sahabat yang lain dan mengagung-agungkannya sehingga ke peringkat mempertuhankan Sayyidina Ali.

Abu Zuhrah berpendapat bahawa, golongan Syiah ini telah timbul pada akhir pemerintahan Sayyidina Uthman dan ia semakin berkembang ketika zaman pemerintahan Sayyidina Ali. Hal ini disebabkan, ketika Sayyidina Ali bercampur dengan umat Islam dalam melaksanakan tugas khalifah, kebanyakan para sahabat telah berasa ta`ajjub terhadap kehebatan kepimpinannya dan kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya. Maka oleh sebab itu, mereka menyebarkan pemikiran mereka yang ada kalanya melampau dan adakalanya bersifat mu`tadil

Sumber : JAIS

K7L : Bahaya syiah ni!..

Siapa Sebenarnya Di Sebalik Topeng 'Bane'? #TheDarkKnightRises




Buat masa ini pada tahun 2012, filem The Dark Knight Rises merupakan satu filem yang sangat hebat, menarik dan sarat dengan mesej. Melihat kembali pada babak-baka yang ada dalam filem tersebut, plot sebenarnya lebih kepada mesej bagaimana #Occupy dilakukan kepada sesebuah negara. Bagaimana suara rakyat dan kebencian dibangkitkan untuk menentang kerajaan. Membongkarkan rahsia bagaimana perjalanan #Occupy membuatkan filem tersebut tidak bosan.

Keris adalah penulis blog politik maka rasa macam tak layak pula mengulas filem. Tapi sebenarnya Keris ank kongsi bersama pembaca wajah sebenar di sebalik topeng 'Bane'.


Nama beliau adalah Edward Thomas "Tom" Hardy atau lebih dikenali sebagai Tom Hardy. Antara filem yang popular dilakonkan olehnya adalah Black Hawk Downd dan Inception. Apapun dalam filem The Dark Knight Rises, Keris bagi 10 Bintang untuk watak 'Bane'.




Di samping itu Jom Like video ini!

K7L : Dari kecik suka Batman, Iron Man dengan James Bond,,kenapa ek?..

Teresa Kok Tertawa Agenda DAP-DHPP Berjaya?



Ramai tidak tahu yang sebenarnya DHPP adalah tali barut DAP didalam PAS. Mereka dihantar adalah untuk memastikan kuasa DAP didalam PAS menjadi kuat. Jika anda perasan, DHPP juga punya suara dalam membidas kenyataan pemimpin PAS selain meminta kerusi untuk bertanding di atas tiket PAS.


Relevannya, mereka ingin mengurangkan kerusi orang yang beragama Islam di dalam Dewan Negara mahupun Dewan Rakyat. Inilah agenda utama DHPP-DAP. PAS sahaja yang tak sedar dan rasa mereka kuat. Ini info yang Keris terima daripada ahli PAS yang sayangkan perjuangan agama PAS.

Katanya kini PAS dah tak macam dulu, dah lari dari landasan asal. Sekarang PAS dah jadi pembangkang yang penuh dengan makian dan cercaan kepada pembangkang. Dia rindukan kepimpinan Arwah Fadzil Noor yang matang dalam berpolitik. Dia bencikan Mat Sabu yang membawa elemen syiah dalam PAS. Dia benci Nik Aziz yang suka buat fatwa sendiri. Dia menolak Hj Hadi kerana kenyataan yang sering mengelirukan.


Apapun DAP telah berjaya mengawal pemimpin PAS melalui DHPP, itupun nak sokong lagi?

K7L : Teresa Kok selalu berhubung dengan pemimpin DHPP..betul?

29/07/2012

Rupanya Yang Nak Jadi Presiden Bukan Mahfuz!



Diorang berdua ini yang berebut nak jadi Presiden PAS sebenarnya. Kalau Mat Sabu yang terpilih memang syiah lah PAS. Tapi menurut maklumat mereka dah mula berkempen, Haji Hadi campak mana?

K7L : Sorry takleh ulas panjang nak kejar ke masjid..

Wartawan Otai Tutup Mulut Blogger Yang Hentam #UMB ?



Saudara Jailani Harun (Just Read!), seorang wartawan veteran yang berpengalaman 30 tahun dalam penulisan kewartanan dan satu-satunya wartawan dari Malaysia yang berjaya menemubual bekas-bekas pemimpin dunia seperti Saddam Hussein, Ayatollah Ruhollah Khomeini, Muammar Gaddafi, Kim Dae-jung, Lech Walesa dan Mikhail Gorbachev meluahkan pandangan peribadi beliau mengenai jentera siber Unit Media Baru yang dipengerusikan oleh Tun Faisal Ismail Aziz :

Dari : Journo-Blogger Otai Just Read!
 

"I must commend Tun Faisal for being most effective in his 'war' against Pakatan Rakyat. The Special Officer to Home Minister Hishammuddin Tun Hussein and also a Pemuda Umno Youth Exco is perhaps better than what JASA and Umno information chief Ahmad Maslan are doing.
As a journalist for more than 30 years, I must admit that the manner in which Faisal organises his few hundreds 'cybertoopers' throughout the country is making impact to the extent that anything that comes from his team will immediately attract 'counter-attacks' from the Pakatan Rakyat's bloggers and twitters.

Ironically, most of his team bloggers are not paid - they are volunteers who pool around him for the sake of supporting the BN, the legitimate government. 

Nope. I am not writing this for anything. I've known him for three years now but we seldom meet, only three or four times the most. We hardly know each other but do acknowledge each other's presence in the blogosphere and our respective duty. No special relationship. We are never close. 

Some people, including those claiming to be the most popular bloggers (in their own category) may not like him but I am personally impressed with his new media unit (but not the few who serves Hisham at KDN who claimed to be knowing everybody in the media business and always lie to the minister and cheat him) that really works hard for the government. 

(I don't trust bloggers' ranking as bloggers come in many categories - those with strict writing, strictly clean-cut political, profanity and non-profanity, personal attacks, etc. Just like journalism, there are sports, entertainment, politics, foreign relations, art, etc. For instance, we cannot simple put Datuk A Kadir Jasin, Tun Dr Mahathir and Rockybru in the same pool as others).
And frankly, Tun Faisal's team is definitely far better off than that of any other ministers, including those who lead the Prime Minister's UMB (Unit Media Baru). Sorry to say, Datuk Seri Najib should replace them with a better team! 

As a journo-blogger myself, I have noticed how Faisal's team works in Malacca, Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu and Johor. They never asked for any financial support. They just enjoy their duty, not like some bloggers who got their own paymaster. I don't too. So, those who have been questioning my 'perks' as a blogger, sorry to say that you are wrong! 

Umno needs a strong and effective media team for the next general elections. Its going to be tough for BN. Many agree that we cannot undermine the Opposition's strength as their cybertroopers are also of first class. 

But Umno, especially BN must engage suitable bloggers, twitters and Facebook comrades who really know as to how and when to strike at the Opposition. They must have their facts right or might lose their credibility. 

Tun Faisal's UMB got what it takes to help boost BN chance of retaining its power in the next national poll. Defamation, libel, sedition and profanity have left the team. They are focusing more on factual instead. 

Najib and BN for sure can rely on people like these..."

Sumber : UMB-PPUM

K7L : Kami tak perlukan pengiktirafan orang yang hanya tahu cerita buruk pasal orang lain..terima kasih abg jailani kerana sudi bertemu kami tempohari..

PAS Dah Confirm Tukar Presiden? - Haji Hadi Dipecat?



Meloyakini yang menjadi kegemaran Pakatan termasuk pemimpin PAS akhirnya menulis bahawa Mahfuz Omar telah menjadi Presiden PAS. Jangan kata kami fitnah pula sebab wartawan Meloyakini yang tulis.


Nampaknya rancangan puak erdogan PAS yang mahu menjatuhkan Haji Hadi dan Mat Sabu kelak telah terbongkar dek kerana kebodohan wartawan Meloyakini yang menulis tak usul periksa. Kan dah kantoi plan sendiri. Nampaknya peperangan diantara puak Ulama dengan Erdogan dalam PAS akan bermula semula. 

Seorang Ahli Parlimen yang suka bercakap lucah ketika ceramah jadi Presiden PAS?

K7L : Dah kantoi..aiyokk..tak tahu...

Blogger Gila APA Meroyan - @tunfaisal Cakap Apa?




Kepada abang APA. Sekarang dah bukan blogger pro BN. Jadi jika salah teguran maka Keris akan masuk ke gelanggang. Kami tak paksa abang untuk berada di mana abang berada. Ada atau takde sama je. Cuma jangan ganggu kerja kami. Jangan burukkan institusi kami. Jangan silap bicara tentang Presiden UMNO kami.

Ini amaran buat seorang abang yang juga blogger gila, Hati-hati dalam menulis ya.

K7L : Kelak terkhilaf bicara jangan marah andai Keris berdarah mula bersuara..


28/07/2012

Buat Pertandingan Logo Merdeka - Tak Ada Masalah Kan? @NajibRazak?


Sebenarnya pasal logo ini bukanlah satu isu yang besar namun ada beberapa pihak yang rasa mungkin logo tersebut perlu ditukar kerana Malaysia dah 55 tahun merdeka maka logo yang patut dibuat perlu menunjukkan gambaran lebih ekslusif dan menarik supaya ia menjadi seakan jenama yang rakyat suka pakai.



Keris tidak salahkan pihak yang buat logo sedia ada kerana itu usaha mereka dan kita tidak seharusnya memperkecilkan usaha orang yang membuat kerja walaupun sedikit mahupun banyak. Jadi untuk selesaikan isu ini Keris sarankan supaya pertandingan logo merdeka 55 diadakan. Mesti seronok semua orang sebab banyak idea dan kreativiti rakyat Malaysia mampu ditonjolkan. Jadi apa salahnya jika mahu tukar logo?



K7L : Keris pilih yang no 7! Lawa kot!..

[Video] Ratapan Rohingya - Wanita Dirogol, Rumah Dibakar , Muslim Ditindas!




Berita Terkini dari Burma; 

1) 52 ribu umat islam disembelih dlm mase hanya 6 minggu
2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannya dibakar bersama dengan jemaah ketika menunaikan solat
3) 60 buah kampung Islam di bakar
4) wanita dirogol sampai mati
5) jenazah umat islam tidak dibenarkan di ambil,di tanam..mereka akan humban ke dalam laut atau dibiarkan hingga di baham anjing-anjing
6) kedai-kedai makan tidak dibenarkan menjual mkanan kepada umat islam
7) sesiape yg betulkan kembali masjid yang dibakar tadi akan dihumban dalam penjara
(Sumber : Anak Seberang)

Wallauhallam. Sedar atau tidak sedar mereka di sana sebenarnya telah diseksa selama lebih 17 tahun. Menitis air mata mata Keris bila mengenang nasib mereka. Apakah ini terjadi jika umat Islam terus berpecah? 


K7L : Ya Allah..selamtkanlah saudara-saudara seagamaku..lindungilah mereka dengan cahaya nur Muhammad.

27/07/2012

Islam Bukan Dikutip Dari Tepi Jalan! - 'Tamparan Kazim' Kena Muka Nik Aziz?



Nah amek kau sebijik! Keris memang dah lama tunggu untuk orang alim berbicara pasal Nik Aziz yang hina Rasulullah. Dia ingat dia setaraf nabi kot pasal itu anak dia boleh jadi penyampai wahyu untuk merampas kuasa di Putrajaya.

Ini sesuai ditonton oleh para penyokong kedua beranak yang sesat teruk itu. Maaf tulis cara emosi pula sebab pasal perkara yang melibatkan pengeliruan sekaligus menimbulkan pemesongan akidah adalah amat tidak baik buat umat Islam.

Steady Ustaz Kazim!

K7L : Menangis Nik Aziz beb!..

DAP Hina RELA! Tanda Mereka Memang Komunis? @HishammuddinH2O @tunfaisal



Keris baca di blog MyMassa dan tak sangka DAP kini semakin kurang ajar dalam mempersoalkan penguatkuasa. Mereka ini sebenarnya tengah takut kerana jika peguatkuasaan kuat maka mereka susah nak buat huru hara.

Mengapa pemimpin DAP ini mempertikaikan keberanian anggota RELA yang berkorban masa, tenaga dan nyawa demi keselamatan rakyat? Malah pemimpin DAP ini juga memperkecilkan pengorbanan anggota RELA dengan sedikit bayaran yang mereka terima.

Tindakan rondaan anggota keselamatan adalah untuk menunjukkan kehadiran berkuasa. Dengan adanya kehadiran PDRM, Tentera dan RELA, maka penjenayah mungkin berfikir dua kali sebelum buat jenayah.

Itulah resam pembangkang. Apa yang Kerajaan buat semuanya tak betul walaupun ianya telah terbukti berkesan menurunkan kadar jenayah.

Anda boleh nilai sendiri tahap pemikirkan pemimpin DAP. Adakah jenayah yang berlaku di depan mata polis atau di belakang mereka? Kalau berlaku di belakang, tidakkah dengan meningkatkan rondaan maka jenayah akan dikurangkan?

K7L : Mula-mula Polis..lepas tu RELA pulak..

Kini Ismail Kamus Ditenggelamkan Oleh Artis-Artis PAS?


Datuk Ustaz Ismail merupakan seorang ustaz, pendakwah, ahli politik dan juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan N17 Gombak Setia diatas tiket PAS. Di dalam parti PAS, beliau pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.


Selain daripada itu, beliau juga dahulu sering kelihatan di ceramah-ceramah PAS untuk berbicara tentang agama. Namun kini dia seakan-akan tenggelam bermula kemasukan Bob Lokman yang mengambil tempat berceramah. Ustaz Ismail Kamus juga dikatakan telah dipinggirkan setelah puak erdogan PAS mahu menghapuskan ulama di dalam PAS.

Ustaz Ismail Kamus juga dengarnya merajuk setelah isu Kalimah Allah. Nampaknya PAS bukan lagi parti Islam tapi parti yang meminggirkan Ulama Islam. Bahaya ni.

Sekarang dimanakah Ustaz Ismail Kamus dan siapa dia kepada PAS? Hanya picisan biasa?

K7L : Ulama dipinggirkan..Artis diutamakan..itu slogan Nik Aziz..

6 Perkara Berkenaan Air Yang Buat Kerajaan Selangor Gelisah!





6 Punca berlaku krisis air di Selangor dikenalpasti adalah :

1) Peningkatan permintaan air tidak diiringi dengan pembangunan kapasiti bekalan air. Tiada peningkatan kapasiti bekalan air sejak 2002. Pembangunan kapasiti bekalan air terawat merupakan tanggungjawab Kerajaan Negeri. Malah Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional telah berusaha membantu membangunkan pusat bekalan air dengan Projek Rawatan Air Langat 2 di mana air dibawa melalui saluran paip dari Sungai Semantan dan Sungai Kelau di Pahang.

2) Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR-DAP-PAS enggan membina Loji Rawatan Air Langat 2 untuk menambah bekalan air terawat. Ini punca yang paling besar dan dipolitikkan oleh Ronnie Liu yang enggan memahami antara beza air mentah dan air dirawat.

3) Perlaksanaan CAPEX (menukar paip lama yang bermasalah kepada paip baru) yang dirancang tergendala. Berkuatkuasa Julai 2008, program kerja CAPEX SYABAS secara amnya telah dibekukan oleh SPAN setelah didesak oleh Kerajaan Negeri apabila SYABAS didapati menggunakan paip yang diimport dari Indonesia bukannya paip buatan tempatan.

Ianya memberikan kesan negatif iaitu kadar Non Revenue Water (NRW) tidak dapat dikurangkan dan aset lama termasuk paip lama yang selalu pecah/ bocor tidak dapat diganti. Juga meningkatkan insiden gangguan bekalan air akibat kegagalan peralatan elektrikal dan mekanikal yang telah usang atau telah sampai kapasiti maksimanya. Selain itu meningkatkan kejadian tekanan air rendah kerana kerja kerja memasang paip yang lebih besar kapasitinya dan sambungan baru ditangguh.

4) Pencemaran air mentah yang menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air sedia ada atau mengurangkan pengeluaran air bersih. Ini terjadi kepada sungai yang membekal air dicemari sisa toksik dan sisa kilang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab apabila membuangkannya ke dalam sungai.

5) Kemarau yang berpanjangan. Walaupun masalah kemarau belum muncul sekarang, tetapi ia boleh berlaku bila-bila masa dalam tempoh 2012 hingga 2017 di mana rizab bekalan air adalah sangat rendah seperti berlaku krisis air tahun 1998.

6) Penggunaan/ permintaan air yang mendadak dan tidak seimbang dengan pengeluaran air terawat. Permintaan air berubah setiap hari dan mengikut musim. Kadar pertumbuhan penduduk yang meningkat mendadak di Lembah Klang. Malah krisis ini mulai terasa apabila permintaan pembukaan perindustrian baru tidak dapat diluluskan ekoran bekalan air tidak mencukupi.

K7L :  Bila mahu setel..

Team Media Selangor 'Bogelkan' Rahsia YB Yunus Hairi?


Pagi tadi Keris terima panggilan daripada salah seorang penulis blog Team Media Selangor, katanya," Keris nanti baca tentang Yunus Hairi, kita dah dedahkan siapa dia yang sebenarnya!". Maka Keris baca dan nampaknya memang benar apa yang dikata.

Beberapa hujah dan persoalan yang ditimbulkan konkrit. Mari kita baca apa TMS tulis :


Berita mengenai YB Dr Ahmad Yunus Hairi, exco baru kerajaan negeri Selangor yang menggantikan Dato' Dr Hasan Ali, disaman oleh individu yang mengaku sebagai rakan-kongsi kepada perniagaan Pusat Dialisis Sijangkang yang dipunyai oleh Dr Yunus tersebut tidak berapa mendapat liputan hangat.

Namun, ianya ada disiarkan dalam satu laman portal tidak berapa lama dahulu (klik sini).

TMS tidak mahu membuat sebarang spekulasi mendahului mahkamah kerana ia akan menjadi 'subjudis' sebaliknya menantikan esok pagi (27/7/2012) sebagai tarikh penghakiman yang akan diputuskan oleh Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam.


Namun suka untuk TMS menarik butiran pernyataan tuntutan plaintif yang mengaku sebagai rakan-kongsi Dr Yunus terutama pada para (5), (6), (9) dan (10) yang terang lagi jelas menyebut bahawa Dr Yunus telah membuat kertas cadangan dan seterusnya memohon kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi pinjaman untuk perniagaan dialisisnya.

Baca pendedahan penuh di Team Media Selangor

K7L : Kantoi lagi orang PAS ni..

26/07/2012

@Khalid_Ibrahim Mana Geran 300 Juta Selangorku? Tipu Ya?



Sebenarnya niat Keris cuma mahu memetik artikel rakan blogger Sinis Malaysia namun tiba-tiba terfikir pula persoalan akan kewujudan geran 300 juta Selangorku. Sejauh manakah kewujudan geran tersebut? Apakah kerana itu Faekah Husin tidak dipecat walaupun Exco Negeri Selangor mendesak Menteri Besar Selangor?

Blogger Sinis Malaysia kata :

Kalau betul wujud sila tunjukkan secepat mungkin! Dan kini masalah air pula. Akhirnya Khalid-G menemui jalan penyelesaian masalah air hingga sanggup menentang SYABAS habis-habisan!

Tahniah diucapkan!

Dengan menggunakan DUIT RAKYAT SELANGOR sebanyak (RM676,000,000-00) SAHAJA Khalid-G telah berjaya membeli hartanah untuk tujuan korporat di masa hadapan sekaligus menyelesaikan masalah air yang menghantui penduduk negeri Selangor.

Sebab itu Khalid-G dengan segala buat-buat pandai membeli semula 13 hartanah di negeri Selangor yang rata-rata dipenuhi air.

Sebagai contoh, adalah sangat pandai MB Selangor ini dengan membeli 2,263 ekar tanah PAJAKAN kepunyaan Talam dengan harga RINGGIT MALAYSIA LAPAN PULUH RIBU (RM80,000-00) SAHAJA SE-EKAR dengan jumlah keseluruhan 2,263 ekar adalah RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS LAPAN PULUH SATU JUTA (RM181,000,000-00) SAHAJA walaupun jurunilai Talam iaitu MITRA VALUERS & PROPERTY CONSULTANTS SDN BHD meletakkan nilai se-ekar tanah di BESTARI JAYA hanyalah RINGGIT MALAYSIA ENAM PULUH RIBU (RM60,000-00) SAHAJA.

Ini bermakna, walaupun jurunilai Talam sendiri meletakkan harga keseluruhan 2,263 ekar tanah pajakan itu sekitar RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS TIGA PULUH SEMBILAN JUTA (RM139,000,000-00) SAHAJA, namun Khalid-G yang bijak pandai lagi pemurah orangnya SUDI untuk menambah sekitar RINGGIT MALAYSIA EMPAT PULUH DUA JUTA (RM42,000,000-00) SAHAJA ke dalam "drawer" Talam... Itu pun kalau masuk dalam "drawer" Talam dan tak ada elemen "kick-back monies" kepada ehem ehemm tertentu.


FOTO SEBENAR DIAMBIL DI KAWASAN TANAH BESTARI JAYA : Bijaknya Khalid-G terbukti kerana pembelian 3 in 1 ini, dapat TANAH, AIR DAN KERBAU sekali gus. bijak tak bijak tak? bijak kan!

E'eh! Jangan buruk sangka... ini semua "corporate decision", engkorang semua mana taau?! Kan Khalid-G ni "corporate man" orangnya!

So, Rozali Ismail boleh duduk diam-diam gigit kuku jari bila tengok tanah-tanah yang dibeli oleh Khalid-G ni...BANYAK AIR WOOOO...

Untuk pengetahuan oarng-orang yang "kurang bijak" macam aku ni, tanah Bestari Jaya ini dilihat dari faktor guna-pakai tanah atau "soil-test" nya meliputi 438 EKAR TANAH YANG DILITUPI AIR dan 575 EKAR TANAH PAYA LUMPUR SERTA HUTAN.

Waaaaaah! Sungguh PANDAAAIIII Khalid-G dalam membuat "game" perangkap ke atas Rozali Ismail.

Maka ini, berjayalah Khalid-G dengan DUIT RAKYAT SELANGOR menyelesaikan masalah air. Apa taknya... Khalid-G kini telah punyai HUTAN SIMPAN TAKUNGAN AIRNYA sendiri hanya dengan mengeluarkan WANG RAKYATsebanyak RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS LAPAN PULUH SATU JUTA (RM181,000,000-00) SAHAJA.

BRAVOOO!


SATU LAGI FOTO SEBENAR DIAMBIL DARI TANAH YANG DIBELI SEMULA OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR DARI TALAM DI BESTARI JAYA

Nanti dulu... nanti dulu. Sekali imbas, macam kurang aja air kat atas tanah Bestari Jaya... Betul ke cukup nak "supply" pada rakyat negeri Selangor lah, Putrajaya lah... KL lah...

Alang-alang "shopping-spree-time" BIARLAH perabihkan semua duit rakyat negeri Selangor kan... tak gitu?

So, apa sangatlah "spend" RINGGIT MALAYSIA LAPAN PULUH TUJUH JUTA TUJUH RATUS RIBU(RM87,700,000-00) SAHAJA sekali lagi bayar kepada Talam untuk tanah yang lain pulak.

Kali ni "guarantee" BERAYIIIR punyalah!

Sambung tengok kat [SINI]

K7L : Kenapa kalau pembangkang pegang negeri mesti wujud masalah air?..bala ke?

Beras Tidak Akan Cukup Menjelang Aidilfitri?



Memang terkejut dengan berita ini sampai pakcik Keris yang meniaga pun kelam kabut nak beli beras banyak-banyak. Kebimbangan ini sebenarnya cuma satu khabar angin yang mahu rakyat menyalahkan kerajaan. Jadi untuk lebih adil, Keris sampaikan berita yang dipetik daripada portal KLXPress berkenaan isu ini.

KUALA LUMPUR: Padiberas Nasional Berhad (Bernas) berkata bekalan beras mencukupi sempena perayaan Aidilfitri dan tidak timbul isu kekurangan beras semasa musim perayaan ini.

Pengarah Urusan Bernas Datuk Bakry Hamzah berkata kebiasaannya permintaan beras kira-kira 3,000 hingga 4,000 tan metrik dan jumlah berkenaan telah digandakan pada musim perayaan ini pada kadar harga yang sama.

“Kita mempunyai lebih kurang 10,000 tan metrik beras di Semenanjung Malaysia, sebanyak 1,500 tan metrik di Sabah dan 1,800 tan metrik di Sarawak,” kata beliau.

Bagaimanapun beliau berkata Malaysia masih lagi mengimport beras pulut dari luar negara iaitu dari Thailand dan Vietnam bagi memenuhi permintaan.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pengagihan bubur lambuk di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, Bakry berkata pengeluaran beras nasional masih berada pada tahap yang sama iaitu sebanyak 70 peratus dan 30 peratus beras adalah diimport.

“Buat masa ini Malaysia mempunyai lebih kurang 500,000 tan metrik beras (stok) dan jumlah ini mampu menanggung permintaan orang ramai selama enam bulan,” kata beliau.

Program pada Selasa, yang merupakan tahun keempat Bernas bekerjasama sebagai penaja bersama, adalah sebahagian inisiatif kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bernas, ‘Secupak Budi, Sepenuh Hati’.

Sebanyak 7,500 bungkusan bubur lambuk diagihkan kepada penduduk sekitar Kampung Baru dan Kuala Lumpur dan syarikat juga turut memberi sumbangan kepada tiga rumah anak yatim.

Jadi InsyaAllah tak perlu risau dan khuatir. Beras cukup untuk semua rakyat Malaysia makan. Cuma ini amaran keras kepada para peniaga, kalau anda didapati menyorok beras, gula, tepung dan keperluan hari raya untuk menaikkan harga, anda akan kami bongkarkan.

K7L : UMNO membela rakyat, Bloggers Pro BN membawa suara rakyat..

Ustaz Fathul Bari Mengamuk Pasal Kes Mekap?



Ustaz Fathul Bari nak mengamuk? Takdelah! Dia tidak mengamuk malahan memberi jawapan yang ilmiah dan penuh kerendahan hati setelah juak-juak "cybertroopers" pembangkang heboh bercakap nak hentam apabila Ustaz Fathul Bari disolek ketika berlangsungnya "Debat: PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa?" yang di adakan di Karangkraf, Shah Alam pada 19 Julai yang lalu. Ini Keris kongsi jawapan beliau untuk pembaca menilai sendiri :

Bismillah,

Untuk isu "solek" yang diperdebatkan oleh pecinta kebenaran; komen saya:

1. Setiap insan pasti melakukan kesilapan termasuk diri saya dan Ketua Pemuda PAS. Maka saya akui kesilapan saya (seperti di dalam gambar) apabila disolek kali pertama di bilik mesyuarat (moga Allah mengampunkan kesalahan ini), dan saya telah memperpetulkan kesilapan tersebut ketika berada di pentas debat, alhamdulillah.

2. Maka, yang terbaik buat pesalah adalah mengaku kesalahan dan beristighfar.

3. Bagi yang memberi komentar, jagalah lisan dan perkataan. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar.

4. Bagi pihak yang menganjurkan program yang memerlukan kepada solekan, maka tolonglah ambil serius isu perbezaan jantina antara juru solek dan yang disolek.

5. Mungkin ada yang beralasan, "tidak mengapa jika tidak menyentuh kulit", tetapi Islam memerintahkan umatnya menjaga mata pandangan. Sabda Nabi SAW: "mata juga berzina". Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang. Bahkan melihat wanita tanpa keperluan pun kita diperintah oleh Nabi SAW agar bersegera melarikan pandangan.

6. Saya dan KP PAS (saya yakin) bukanlah sengaja menghulurkan wajah untuk disolek, tetapi keizinan untuk disolek diambil oleh kami secara spontan tanpa sempat berfikir panjang. Inilah kelemahan manusia.

7. Saya cuba disolek kali pertama di dalam bilik (seperti di dalam gambar). Pada waktu itu saya baru tiba dalam kekalutan dan kelewatan, lalu disolek buat kali pertama. Tetapi saya telah meminta daripada juru solek untuk membersihkan sendiri. Namun oleh kerana ketidak"cekapan" saya dalam menyolek menyebabkan wajah saya bertapuk lalu juru solek tersebut melakukan touch up. Manakala kali kedua ketika di pentas, saya bermuhasabah kesilapan yang lalu maka saya tidak mengizinkan wajah saya disolek olehnya sekali lagi.

8. Wall Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi.

9. Saya berterima kasih atas nasihat Ustaz Fauzan dan sahabat-sahabat atas kesilapan ini. Moga Allah memberikan kekuatan untuk kita mengharungi fitnah dunia dan akhirat. Wallaahua'lam.

Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya

K7L : Rendah hati..kalau Nik Aziz yang jawab,..dia mesti akan kata takpe..dia tak salah..haha

Kemana Haron Din Dicampak Oleh Orang PAS?






Kemana menghilangnya Timbalan Mursyidul Am PAS?

Dahulu golongan ulama memang menguasai PAS menyebabkan mereka sedikit terkawal dari segi ucapan mahupun perbuatan yang melanggar syarak atau kesucian Islam. Pada Era Arwah Fadzil Nor memang ramai ulama menonjol. Namun setelah PAS kehilangan Ustaz Fadzil Nor, momentum politik berubah banyak setelah dipimpin oleh Haji Hadi.




Bermula dengan Fatwa Rusila yang menghalalkan darah UMNO untuk syahid, kemudian pergi kepada banyak lagi kesongsangan dan pemesongan akidah antaranya membenarkan Kalimah Allah dan ayat Al Quran dipakai oleh orang-orang DAP, perjanjian masuk syurga jika undi PAS, menggunakan alasan Allah mengarahkan PAS untuk merampas kuasa dan banyak lagi. Baru-baru ini ada satu angin berlaku didalam PAS iaitu penceramah agama dipinggirkan dan diganti oleh artis-artis PAS untuk memaki hamun kerajaan.

Melihat kepada perkara ini, Keris tertanya-tanya kemana perginya para ulama di dalam PAS? Umum tahu Ustaz Haron Din memang seorang yang arif dengan ilmu agama dan tak pernah dia memburukkan kerajaan malah dia menjadi pembangkang yang menegur dan mengkritik bukan pembangkang yang memaki hamun.

Kini setelah tsunami 2008 dimana Pakatan terbentuk, Haron Din dan beberapa nama ulama PAS seakan telah 'dicampak' dari area politik PAS. Mengapa? Apa khabar dia sekarang? InsyaAllah jika diizinkan Allah Keris akan bertemu dengan Ustaz Harun Din.

K7L : Dengarnya tidak sihat..Wallahu'alam..

13 Mei - Lim Kit Siang Lupa Dia Mulut Macam Hanjeng?



Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah.

Reaksi spontan Kit Siang terhadap kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen 19 Julai lalu harus difahami dalam konteks sejarah penubuhan DAP dan kaitan parti itu dalam rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Bagi golongan muda yang tidak melalui peristiwa berdarah 43 tahun lalu mungkin tidak begitu mengerti mengapa tokoh veteran DAP itu amat marah terhadap dakwaan tersebut, tetapi generasi yang melihat dengan mata kepala mereka sendiri tragedi paling dahsyat dalam sejarah negara itu sudah tentu memahami sebab musabab reaksi cacing kepanasan beliau.

Sejarah awal penubuhan DAP mempunyai kaitan rapat dengan Parti Tindakan Rakyat Singapura (People’s Action Party - PAP ) yang di tubuhkan pada tahun 1954.

Antara pelopor awal PAP ialah Lee Kuan Yew yang bertindak sebagai setiausaha agung parti itu.

Sejurus Singapura berpisah daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti itu di negara ini dibatalkan sebulan kemudian.

Maka untuk meneruskan agenda PAP yang 100 peratusnya adalah pro-Cina, Devan Nair, ahli parlimen Bangsar ketika itu berusaha menghidupkan kembali parti itu dengan mendaftar sebuah parti baru dipanggil Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan kerana mempunyai persamaan dengan PAP dari segi nama.

Devan Nair lalu menukar nama tersebut kepada Parti Tindakan Demokratik atau Democratic Action Party (DAP) yang diluluskan secara rasmi pada 19 Mac 1966.

DAP yang baru ditubuhkan itu dipelopori pula oleh Kit Siang yang dikatakan mempunyai pertalian famili dengan Kuan Yew yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Dari segi lambang parti, prinsip perjuangan dan cara berpolitik, tidak ada bezanya antara DAP di Malaysia dan PAP di Singapura.

Maka tidak hairanlah sehingga ke hari ini generasi pemimpin baru DAP seperti anak Kit Siang, Lim Guan Eng meneruskan tradisi berkiblat kepada PAP terutamanya setelah parti itu memerintah Pulau Pinang.

Bukankah Guan Eng sendiri mengaku bahawa beliau sering melakukan lawatan ke Singapura setiap dua minggu untuk bertemu mentor besar DAP, Kuan Yew serta mendapatkan arahan-arahan spesifik berhubung gerakan kerja politik parti itu di Malaysia?

Apabila DAP dan Gerakan (ketika itu masih menjadi pembangkang) menang besar di Selangor pada pilihan raya umum tahun 1969, kedua-dua parti itu menjadi besar kepala.

DAP menggunakan kebebasan bersuara tanpa batasan dan kawalan untuk mengutuk dan menghina bangsa Melayu dengan kata-kata kesat dan mengaibkan dalam perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur dengan membawa sepanduk dan pembesar suara.

Baru sahaja 12 tahun kaum Cina diberi taraf kerakyatan penuh melalui dasar 'jus soli' sebagai salah satu syarat utama Inggeris untuk kemerdekaan, orang Cina sudah naik tocang.

Menurut Laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, tindakan DAP mengadakan perarakan jalanan meraikan kemenangan mereka dengan menghambur sentimen perkauman terhadap bangsa Melayu menjadi pencetus kepada rusuhan kaum yang menelan korban lebih 2,000 nyawa.

Sehari setelah melenting, Kit Siang bertukar nada dengan mengatakan parti itu inginb bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk menghindari tragedi 13 Mei berulang.

Tujuannya ialah untuk menutup dosa besarnya sebagai pengerak utama 13 Mei dan membasuh tangannya yang berlumuran darah rakyat tidak berdosa yang didalangi tidak lain tidak bukan oleh Kit Siang sendiri.

Slogan yang dicanang oleh Kit Siang dan pemimpin DAP Cina lain pada perhimpunan dan perarakan mereka yang menjurus kepada peristiwa berdarah 13 Mei ialah "Malai si" yang bermakna "Mati Melayu".

Pada 11 Mei penyokong DAP berteriak:

"Apa polis boleh buat, kita raja. Buang sama polis Melayu."

Di Jalan Bukit Bintang pada hari yang sama, DAP melaung:

"Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan."

Di Jalan Changkat Dollah pula mereka mengapi-apikan bahawa:

"KL sekarang Cina punya."

Sehari kemudian pada 12 Mei di Jalan Ipoh dan Jalan Tunku Abdul Rahman, penyokong DAP menjerit:

"Melayu balik kampung, Melayu sekarang tidak ada kuasa. Sekarang kita Cina sudah 'control'."

Malah sejarah mencatat kenyataan angkuh Kit Siang sendiri di Jalan Khir, Kampung Baru, di hadapan orang Melayu ini dengan berkata:

"Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudah ada kuasa."

Keesokan harinya pada 13 Mei di hadapan Balai Polis Jalan Pudu, penyokong Cina DAP terus melaungkan:

"...semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis."

"Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau."

Hari yang sama mereka juga mengutuk bangsa Melayu di Jalan Canvel:

"Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu."

Di Jalan Bukit Bintang, DAP pula berkata;

"Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu."

Hakikatnya, DAP tidak akan bertukar menjadi sebuah parti yang memperjuangkan hak-hak orang bangsa Melayu dan pribumi kerana sikap rasis dan perkauman tebal sudah menjadi darah dagingnya.

Sumber : Bro Jinggo



K7L : DAP memang kauvinis!

25/07/2012

DAP Sedang Ganti PAS Dalam Halus - Pengakuan Ahli PAS




Saya tak tahu nak kata bagaimana kepada pemimpin PAS. DAP sedang masuk dalam PAS secara halus. Saya memang tak setuju DHPP ditubuhkan sejak dari dahulu lagi! - Aslam, Penyokong PAS

Itu kata-kata yang Keris terima setelah berbual dengan saudara Aslam yang juga bekas Ketua Pemuda PAS di satu cawangan yang negerinya terpaksa dirahsiakan. Rupa-rupanya penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS tidak dipersetujui oleh beberapa ahli-ahli tidak berjawatan di dalam PAS. 

Mereka merasakan bahawa kehadiran DHPP sebenarnya adalah untuk membawa doktrin DAP sebab kebanyakan daripad pemimpin DHPP merupakan bekas DAP juga. Maka mereka ini sendiri sudah bimbang kerana khabar angin DHPP meminta kerusi untuk bertanding atas tiket PAS dan ada jawatan dalam PAS membuatkan mereka rasa terancam.

Sebuah parti yang majoriti ahlinya Islam tetapi dipimpin oleh orang bukan Islam kelak? Itulah situasi politik didalam PAS. Yang bergaduh sesama sendiri di negeri-negeri tak kira lagi. Dengarnya lagi PAS semakin terdesak untuk undi orang muda sebab itu mereka kini mencari artis sebagai penceramah.

Hah! Cakap pasal berceramah, Keris difahamkan oleh beliau bahwa kini penceramah PAS sudah tidak boleh cari makan lagi sebab penceramah artis dan DHPP yang diutamakan. Apa akan jadi selepas ini? Di Bawah merupakan antara bukti yang mengukuhkan hujah bahwa DAP sedang menggantikan PAS.



K7L : Orang PAS dah mula bersuara..Orang DAP senyum sahaja?

Azizan Razak Tak Senang Duduk - Phahrolrazi Dah Standby Nak Jadi MB?



Pada dua hari lepas rakan blogger Mctheory ada mengeluarkan cerita mengenai Ustaz Azizan memberikan projek Direct tender kepada kroninya. Nak baca boleh klik SINI.

Kepada yang ikut tweethandle @Keris7Lok pasti tahu Keris juga baru pulang dari Kedah. Sebenarnya ia berkisar tentang isu direct tender kroni MB Kedah la. Kroni yang Mc maksudkan itu ialah adik iparnya. Rasanya kalau Ustaz Azizan baca pasal ni, tentunya beliau tahu apa yang dimaksudkan.

Paksi Sempena dan Quartzcity Global

Agak-agak apa yang MB Kedah bagi ya? Company siapa? Azizan Berani jawab? Kalau dia tak mahu jawab jangan lupa kisah ini tidak terhenti di sini.

K7L : Denagr-dengar akan wujud undi tak percaya kepada MB Kedah..betu ke? Phahrolrazi dalangnya?..

#SimptomPuasa Gosok Gigi Confirm Batalkan Puasa?


Nak dijadikan kisah, semalam Keris berjumpa dengan kawan-kawan lama yang satui kepala. Biasalh topik perbualan mestilah pasal puasa. Mereka bertekak sesama sendiri pasal gosok gigi. Ada yang kata batal puasa, ada yang kata makruh ada tu siap kata telan pun boleh. Rosak! Haha! Jadi hari ini Keris mencari jawapan sendiri dan kongsi bersama pembaca :


Bersugi dan memperbanyakkan bersiwak menggunakan kayu sugi adalah amat digalakkan dalam setiap waktu di bulan ramadhan, samada pagi , tengahari atau petang, ia berdasarkan hadith sohih yang menyebut :

Dari 'Amir bin Rabi'ah berkata "Telah aku lihat Nabi SAW bersiwak tidak terkira banyaknya dalam keadaan baginda berpuasa ( Riwayat al-Bukhari)

Cuma perlu diingat, siwak Nabi adalah menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi yang berperisa. Justeru tiada kemungkinan nabi terminum atau termasuk di perut Nabi ubat gigi. Justeru, jika gosok gigi pakai ubat gigi, maka tatkala itulah terdapat ijtihad mengatakannya sebagai makruh kerana bimbang peluang terbatal kerana minum air kumuran dan ubat gigi. Memang benar, perbuatan 'ter' minum tidak wajar menjadi batal kerana ia tidak disengajakan, tetapi apabila sesuatu yang 'mubah' dibuat tanpa keperluan lalu menyebabkan 'ter'minum, ia boleh membawa kepada batal. Sebagaimana mandi biasa berulang kali dengan sengaja, berkumur berulang kali dengan sengaja sehingga akhirnya terminum.

Tujuan saya tidak lain hanyalah menjauhi apa jua yang berkemungkinan membatalkan puasa atau bercanggah dengan ruh ibadah puasa itu sendiri. Jangan pula kerana ingin mencapai 'maqasid' (objektif) dari bersiwak sehingga boleh membuka ruang mencarik maqasid ibadah puasa teruatamanya bagi orang awam yang suka mengambil peluang. Dalam keadaan objektif itu boleh dicapai tanpa menggunakan air yang berlebihan (kumur) atau ubat gigi.

Maka dalam hal ini, mengabungkan dua ‘maqasid’ tanpa membuka ruang masalah adalah terpilih pada hemat saya. Justeru, saya berpandangan, lebih elok menghindarkan diri dari ubat gigi bagi mengelakkan berkumur mengguna air berlebihan tatkala berpuasa, khususnya selepas zohor. Di tambah pula terdapat cara lain yang boleh menyampaikan kita ke faedah siwak itu.

Selain itu, Nabi saw ada bersabda :-

أسبغ الوضوء وخلل بين الأصابع , وبالغ في الإستنشاق إلا أن تكون صائماً ( ابو داود)

Ertinya : Sempurnakan wudhu, basuhlah celah-celah jari jemarimu , dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; sohih)

Memasukkan air di dalam hidung seperti ini adalah di kira sama dengan hukum berkumur menurut kebanyakan ulama fiqh. Kebanyakkan mereka termasuk ulama hadith biasanya menggabungkan topik menghisap air ke hidung dan kumur dalam satu bab. Justeru, inilah dalil pertama mengapa kami mengatakan menggosok gigi dengan air dan ubat gigi berperisa adalah makruh dan tidak digalakkan. Namun tidaklah secara automatic membatalkan puasa.

Sebahagian besar ulama Syafie menyebut bahawa berkumur-kumur dengan berlebihan adalah satu perbuatan makruh ketika puasa. Dalil hadith sohih yang dipegang oleh mereka adalah :

لخلوف فم الصائم يوم القيامة أفضل عند الله من ريح المسك

Ertinya : Sesungguhnya bauan mulut orang yang berpuasa itu pada hari kiamat adalah lebih baik di sisi Allah daripada bauan haruman kasturi"

Justeru, menurut ijtihad mereka, memperbanyakkan berkumur terutamanya selepas zohor mampu menghilangkan bauan mulut hasil ibadat puasa yang diberkati ini. Lalu, bersugi menggunakan air dan ubat gigi yang mempunyai wangian sudah pasti juga akan mengilangkan bau ini. Kerana itulah ia dikira makruh dan tidak digalakkan. Adapun Nabi SAW yang bersiwak hanya dengan kayu sugi, saya kira ia adalah tepat disamping tepat pula untuk membersihkan gigi dengan tidak memberi kesan terhadap bauan mulut.

Pandangan dan ijtihad mazhab Syafie ini juga dikongsi oleh ulama Mazhab Hanbali dan Mazhab Maliki ( Rujuk Kassyaf al-Qina' , 2/383 ; As-Syarh as-Soghir, 1/692) juga menyenaraikan berkumur banyak tatkala puasa itu adalah makruh. Justeru, menggosok gigi menggunakan air dan ubat gigi sekali lagi termasuk dalam hal ini kerana ia memerlukan kumuran yang banyak demi menghilangkan kesan ubat gigi.

Benar, sekiranya terminum air hasil dari kumuran tidak membatalkan puasa kerana ia adalah perbuatan tidak sengaja. Bagaimanapun, Imam An-Nawawi menyebut, sekiranya terminum itu adalah hasil kerana berlebih-lebihan dalam berkumur sehingga 4 kali kumuran, tatkala itu, jika tertelan air pada kumuran berlebihan yang keempat, ia boleh membatalkan puasa ; ia adalah kerana berlebihan itu sudah terkeluar dari hajat yang asal. ( Rawdah at-Tolibin, hlm 335 ).

Malah terdapat ulama besar seperti Ulama hanafi, Al-Qasimiah, Imam Malik dan Imam As-Syafie (dalam salah satu pandangannya) dan Imam Muzani yang berpandangan puasa boleh terbatal walaupun tertelan air kumuran tanpa sengaja. Manakala sebahagian ulama lain mengatakan tidak batal seperti Ishak Rahawaih, Awzai'e dan ulama mazhab Syafie (Naylul Awtar, As-Syawkani, 4/521) ; Kerana itu eloklah dijauhkan dari perbuat amalan yang ikhtilaf ini. Ia sudah tentu terlebih baik bukan.

Benar, Nabi SAW pernah bersabda :

أرأيت لو تمضمضت بماءٍ وأنت صائم , قلت : لا بأس بذلك , فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ففيم

Ertinya : Nabi berkata kembali kepada (Umar ) (apabila aku bertanya apa hukum mencium tatkala puasa ) : apakah pandangan kamu sekiranya kamu berkumur-kumur dengan air dalam keadaan kamu berpuasa ? ; aku jawab : Tiada masalah ; Bersabda Nabi : begitulah (juga hukumnya dengan ciuman tadi) ( Riwayat Abu Daud, no 2385 ; Albani : Sohih)

Bukanlah lebih elok dan selamat jika dihadkan gosok gigi dan kumuran yang terhad dengan bilangan gosok gigi guna air yang terhad, selebihnya mengunakan sugi atau berus gigi tanpa melibatkan air dan ubat gigi.

Sumber : www.zaharuddin.net

K7L : Jangan main bedal je kalau cakap pasal hukum ya pasni?..

Air Mata Ramadhan - PAS Takut Mati Syahid Selamatkan Muslim Rohingya?


Dalam kita menikmati juadah berbuka yang penuh lauk pauk kadang-kadang sampai terlebih, kita terlupa akan saudara seagama kita di serata dunia. Ya Keris sedar kita tidak mampu berbuat apa-apa namun kepada mereka yang benar-benar ikhlas mahukan mati syahid, Keris sarankan pergi bantu mereka. Bukan dengan mengundi ataupun memburukkan parti lawan ia dikira syahid. Itu Syahid buatan namanya! Di sini Keris kongsi sedikit tentang apa yang berlaku bagi saudara Islam Muslim Rohingya. 





Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapanPalestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya.

Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.

Siapakah umat Islam Rohingya?


Umat ​​Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah nasib mereka?
Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.


Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran

e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.

h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka
Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.
Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.


Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju.

Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.


Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.

Kalau bukan kita, siapa lagi ?
Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.

Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Sumber : ZainurRashid

Jadilah orang Islam yang merasai kesakitan orang Islam yang lain.teruskan kecaknaan kita dalam mendepani isu masyarakat muslim yang sangat menyedihkan. Bukan dengan menghina sesama Islam sehinggakan menimbulkan fatwa sendiri yang kononnya menentang parti lawan boleh bawa kepada syahid. Ini tak betul. Sangat tidak betul. Keris bawakan sekali lagi video yang menyatakan bahawa PAS membuat fatwa berkenaan syahid!




K&L : Kalau betul nak pergi mati syahid..ajak Salahuddin Ayub tu..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk