10/02/2012

Video Inikah Yang Menitiskan Airmata @YuseriYusoff @riorashid @asyrafringo @CQ_Rain - #AmanKampus



Laporan daripada 1Peluru

Biarpun tidak sesukar perjalanan Parameswara membuka negeri, biar tidak serumit usaha Sultan Muzaffar Shah memenuhi permintaan Puteri Gunung Ledang, kembara Aman Kampus yang singgah di Melaka semalam tetap mencipta sejarahnya yang tersendiri. Paling tidak kepada peserta2 yang pertama kali berpeluang menemui warga emas yang tersisih dari pangkuan keluarga.

Niat peserta2 untuk beramah mesra sambil menghiburkan penghuni Rumah Seri Kenangan Cheng bertukar menjadi melodrama dengan juraian air mata.

1Peluru menyingkap kisah Izian & beberapa orang rakannya yang kusyuk mendengar cerita sedih Nenek Minah, warga emas yang sudah 3 tahun merayakan Aidilfitri di kediaman tersebut bersama rakan2 senasib.

Nenek Minah berasal dari Pantai Chenok Kelantan dihantar ke sana oleh suaminya dengan alasan tidak cukup sihat untuk bekerja & menanggung dirinya. Kehadirannya di sana tidak diketahui oleh dua orang anaknya yang kini menetap di Yala, Thailand selepas berkahwin dengan pasangan mereka yang berasal dari wilayah Selatan Thai itu.

"Masa kita senang semua orang mengaku saudara, masa susah tak ada siapa yang mahu menjenguk!" Itu jawapan Nenek Minah dalam nada sebak yang masih tebal loghat Kelantannya, bila Izian tanyakan tentang saudara-mara di kampung pernahkah datang melawatnya di situ.

Rata2 peserta Aman Kampus yang berkeliling dipinggir katil mendengar Nenek Minah bercerita tak dapat menyekat air mata dari melimpah... Namun masih mampu mereka menyusun kata2 semangat kepada Nenek Minah untuk tabah meladeni dugaan ini dan akan turut mendoakan segala yang terbaik untuk masa hadapan warga emas yang baru mereka kenali itu.

Sebelum rombongan Aman Kampus berangkat meninggalkan Rumah Seri Kenangan Cheng, Nenek Minah memeluk erat Izian dan rakan2nya seperti tidak mahu melepaskan mereka pergi.

1Peluru sempat membuat rakaman video rayuan Nenek Minah supaya dua orang anaknya di Yala datang menjemputnya pulang, bukan kerana siksaan hidup di rumah kebajikan itu tapi kerana kerinduannya berada disamping anak2 dan cucu sebelum menghembus nafasnya yang terakhir. Harap keajaiban dunia tanpa sempadan hari ini akan menemukan kembali Nenek Minah dan anak2nya.

Kita nilaikan harga usaha oleh mahasiswa2 peserta Aman Kampus & cuba bandingkan dengan mahasiswa2 yang cuma tahu memekik & baring di jalanan, menurunkan bendera pemimpin dan memecahkan pintu cermin... Yang mana kita mahu kenangkan sebagai sebuah sejarah yang termanis??

Untuk gambar sila [Klik Sini]

K7L : Mula-mula bajet macho tengok..last sekali..Keris pun berkaca-kaca mata tengok video tu..sayangilah keluarga anda...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk