Laporan Putrajaya-Online
BUTTERWORTH: Jelajah Aman Kampus yang disertai 180 orang dari 19 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan bertindak sebagai mata dan telinga rakyat bagi menyampaikan masalah mereka kepada pemimpin negara.
Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata Jelajah Aman Kampus menjelajah ke seluruh negara komited untuk mengumpul permasalahan rakyat dan mendekati masyarakat di peringkat akar umbi.
"Sejak program ini dilancarkan, kita sudah bertemu lebih 15,000 orang dan dalam masa yang sama kita mendapatkan maklumat balas mereka menerusi soal selidik.
"Menerusi soal selidik itu kita akan tahu permasalahan mereka dan maklumkan kepada kepimpinan negara untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas program Pentas Anak Muda peringkat Pulau Pinang, di sini malam Selasa.
Katanya Jelajah Aman Kampus dilaksanakan bertujuan memastikan suasana keharmonian dan kedamaian di kampus sentiasa dipelihara.
"Program ini juga untuk menyedarkan mahasiswa agar penekanan diberikan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri dan akademik.
"Selain itu, ia untuk menyuntik semangat patriotisme kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional tentang dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan," katanya. - BERNAMA
Memasuki hari ke 10 program ini berlangsung di negeri Pulau Pinang, para peserta telah bergerak ke Taman Chai Leng untuk majlis perasmian pelancaran Jelajah Aman Kampus Peringkat Negeri Pulau Pinang. Sebelum itu para peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan yang mana satu kumpulan telah menjalankan aktiviti program Siswa Prihatin di Kampung Manis yang mana penduduknya majoriti ialah kaum india dan yang satu lagi telah menjalankan Ikon Siswa di SMK Prai.
Selesai kedua-dua program para peserta bergerak ke Taman Chai Leng dimana YB Senator Datuk PK Subaiyyah akan merasmikan majlis pelancaran peringkat negeri Pulau Pinang.
Untuk laporan penuh mengenai Siswa Prihatin di Kampung Manis sila klik di blog Harapan Esok
Kisah Adam Adli dimalukan di blog Double Y (klik!)
Blog Brader Jai (klik!) untuk laporan menarik sepanjang perjalanan program Aman Kampus
Video menarik di blog 1peluru (klik!)
Laporan penuh sepanjang program di blog live-amankampus (klik!)
Imbas kembali jelajah ini dalam bentuk diari di portal kritis-online (klik!)
K7L : Mahu tak menitik airmata Adam Adli..dia pun tak dapat buat camni..
0 ulasan:
Post a Comment