27/02/2015

Sikap Terdesak Pencari Downline MLM - Jangan Terperangkap Dan Jadi Jahil Macam Ini!


Sila klik untuk besarkan

Hari ini Keris agak tertarik dengan satu posting di FB Sukan Star. Apa yang membuatkan Keris rasa nak kongsi adalah kisah zaman student dulu. Memang ramai kawan Keris yang hanyut dan sebijik macam mamat dalam Wassap tu.

Ada tu sanggup nak pukul Keris sebab tak bagi masuk rumah nak cerita pasal peluang haha! Macam-macam cara. Ada tu yang dah lama tak jumpa tetiba mesej kata rindu nak jumpa.

Bila jumpa tu dia ada drama terserempak pulak. Lepastu dok cerita pasal duit banyak. Yang kelakar siap paksa untuk pergi ofis. Sampai ofis tu kebetulan semua orang dalam ofis tu tahu nama Keris. Hebatkan?

Dahlah banyak duit lepastu kasyaf! Hahah! Semua itu untuk pujuk Keris masuk jugak dan isi borang serta pembayaran sebelum keluar. Sampailah Keris ugut nak bakar ofis tu baru mereka buka pintu. Haih! Apapun jangan percaya lah..

 

Bukan apa. Bimbang jadi desperado macam mamat ni. Siap pertikai kalau mengaji bukannya turun duit dari langit. Dia lupa rezeki tu datang dari mana agaknya. Siap boleh cakap tak lari Allah dikejar. Jahil sangat tuh!

Mengaji boleh bila-bila, tapi nak jumpa boss tu susah? Kalau Allah tak izin jumpa, tetap tak jumpa bang. Lawak betul. Bawa mengucap kepada empunya mesej itu. Ingat mati sikit dalam nak cari duit.

K7L : Sentap? ... sakitnya tuh disini!!!!!

Sejarah Mungkin Berulang? - PasMa Upahan DAP Untuk Leburkan Islam Dalam PAS?





SEJARAH MUNGKIN BERULANG?

Secara tradisinya, jawatan presiden disandang oleh pemimpin di kalangan ulama. Namun, senario semasa dalaman PAS kini seolah-olah menggambarkan bahawa jawatan itu bakal digugat oleh kumpulan bukan ulama sehingga menyebabkan kumpulan ulama mulai bersuara.

Penganalisis politik berpendapat suara tegas kumpulan ulama yang mahu dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden PAS dikenakan tindakan selain mencabar PasMa menubuhkan parti sendiri, dilihat sebagai suatu usaha ‘pembersihan’ parti selain sebagai isyarat supaya parti itu terus kekal dipimpin oleh kumpulan ulama.

Melihat kembali sejarah pemilihan parti pada 2011, kumpulan ulama pernah ‘disisihkan’ sehingga menyaksikan dua wakil kumpulan ulama iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (sekarang Naib Presiden) dan Nasharuddin Mat Isa (bekas timbalan presiden) gagal meraih sokongan perwakilan untuk jawatan nombor dua parti.

Nasib yang sama juga menimpa semasa pemilihan parti 2013 apabila kumpulan ulama semakin hilang pengaruhnya dalam parti apabila Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah daripada kumpulan itu tewas kepada Mohamad Sabu untuk jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti.

Bagi jawatan naib presiden, Tuan Ibrahim yang mewakili kumpulan ulama berjaya meraih tempat pada pemilihan 2013 berbanding pemilihan 2011, tiada seorang pun wakil kumpulan ulama dipilih bagi jawatan itu.

Adakah nasib yang sama akan menimpa kumpulan ulama pada pemilihan parti kali ini?


Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) yakin dengan senario semasa dan ditambah ketiadaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan ekoran kes liwat bekas pembantunya akan menyaksikan kumpulan ulama PAS akan diberikan tempat semula dalam hirarki parti. Pada 10 Feb, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Anwar dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.


Mohd Izani berhujah senario pemilihan PAS pada 2011 selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008, yang menyaksikan pakatan pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN), banyak dipengaruhi sentimen ‘menawan Putrajaya’ dan keghairahan meraih seberapa banyak sokongan pengundi khususnya bukan Melayu melalui kerjasama politik PAS, DAP dan PKR.


“Sebab itu kita lihat, orang yang mampu menjalinkan hubungan antara orang Melayu dan bukan Melayu di kalangan pemimpin PAS adalah Mohamad Sabu. Beliau merupakan individu terbaik ketika itu untuk memainkan peranan mewakili PAS bagi meraih sokongan.
“Selain itu, sokongan bukan Melayu kepada PAS pula bertambah sehingga parti itu menaik taraf kelab penyokong PAS kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada 2010,” katanya kepada Bernama di sini.


Berbeza dengan pilihan raya umum ke-13, Mohd Izani berkata PAS mula merasai bahawa kerjasama politik bersama PKR dan DAP banyak merugikan parti dan mengubah hala tuju parti daripada matlamat asal perjuangan sehingga memaksa beberapa pemimpin kanan PAS mendesak supaya tahaluf siyasi atau kerjasama politik bersama rakan sekutunya dikaji semula.


“Saya berpandangan dengan apa yang dilalui PAS dalam Pakatan Rakyat selama ini, pemilihan parti kali ini akan memberikan semula mandat kepada kepimpinan ulama untuk memperbetulkan hala tuju parti,” katanya.


PENUBUHAN PasMa


Satu perkara menarik dalam senario PAS hari ini ialah wujudnya PasMa.


PasMa yang dipimpin oleh bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi ditubuhkan 11 Ogos tahun lalu sebagai NGO yang memberi fokus kepada isu politik tanah air dan cenderung kepada pengukuhan pakatan pembangkang.


Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Ahmad Yakob dalam ucaptama di multaqa itu dilapor sebagai berkata penubuhan PasMa adalah satu usaha untuk merosakkan dan menghancurkan PAS serta memecah-belahkan parti.


Bagi memastikan anasir perosak ini tidak lagi mengambil kesempatan daripada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, Ahmad menggesa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat melalui Jawatankuasa Disiplin mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana pemimpin dan anggota PAS yang terlibat dengan PasMa.


IMPLIKASI POLITIK


Sehingga kini PasMa bergerak aktif. Kenapa tiada tindakan diambil terhadap anggota PasMa?


Mengulas persoalan itu, pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali berkata anggota PAS yang menyertai PasMa tidak mungkin dipecat memandangkan ia boleh menimbulkan implikasi politik yang lebih buruk kepada PAS.


Mengambil contoh kes Nasharuddin yang dikecam teruk oleh parti kerana menjalin hubungan dengan UMNO, tindakan terhadap PasMa akan dilihat sebagai ‘pilih kasih’ jika ada anggota NGO itu dipecat daripada PAS.


“Nasharuddin masih lagi ahli PAS dan beliau tidak dipecat. Jika ini (pemecatan) berlaku kepada ahli PasMa, anggota PAS akan berasa tidak berpuas hati dan mempersoalkan keputusan yang diambil parti terhadap Nasharuddin (yang tidak dipecat).


“Pada saya, ini lebih kepada soal kegagalan PAS menguruskan perbezaan pandangan dan kesempitan ruang bersuara di kalangan anggota. Kewujudan PasMa dilihat menjadi platform untuk anggota menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pengurusan parti dan sebagainya,” katanya .


Implikasi Mesyuarat Rahsia PASMA-DAP


Kesimpulannya, PASMA tidak diperlukan oleh PAS. Dengan berlangsungnya Mesyuarat Rahsia PASMA dengan DAP beberapa hari lalu di mana DAP berjanji memberi dana sekurang-kurangnya RM3Juta sebulan untuk menjatuhkan Presiden Hj Hadi dan mengukuhkan pakatan bersama DAP, maka PASMA sudah boleh bergerak sendiri tanpa memperdulikan PAS lagi.


K7L : Apa nak jadi?..

Penulis Buku SHIT! Dah Bagitahu DAP-PAS Salah Dari Dulu Lagi!



Multaqa Ulama SeMalaysia II yang diadakan Ahad lepas dilihat menjadi medan kumpulan ulama PAS memperkukuhkan iltizam dan mengumpul sokongan padu anggota terhadap kepimpinan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menjelang pemilihan parti pada Jun ini, kumpulan ulama yang menjadi tunjang kepimpinan PAS mahu para anggota setia kepada pemimpin parti dan dasar parti, serta patuh arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan Presiden.


Tanpa berselindung, mereka mengakui bahawa wujud perpecahan ketara di dalam PAS pada masa ini sehingga ada cubaan menjatuhkan kepimpinan Abdul Hadi oleh kalangan anggota parti.

Mereka menghentam penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), satu badan bukan kerajaan (NGO) dalam PAS, dan diibaratkan seperti duri dalam daging yang hanya memporak-perandakan parti.

Jadi benarlah apa yang Shahnon Ahmad pesan dulu. Katanya jangan bergabung tapi mereka degil. Kerana tamakkan kuasa. Sampai hari ini pun masih Kelantan sahaja milik PAS. Sekarang sendiri makan senjata buatan?

K7L : Bunuh membunuh dalam Pakatan...

26/02/2015

Majlis Peguam Sudah Tidak Relevan? - Ambiga Menangis Kena Sound Dengan Tan Sri Shafee?




Susulan kritikan yang dibuat terhadap keputusan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengganggap Majlis Peguam kini sudah tidak lagi bebas dan menjadi seperti sebuah parti politik pembangkang.

Beliau menyelar Presiden Majlis Peguam Christopher Leong dan bekas presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan yang disifatkannya cuba mengelirukan orang ramai dengan kenyataan mereka.

"Majlis Peguam kini sudah tersasar jauh, mereka tidak lagi bebas sebaliknya mereka menjadi parti politik kepada pembangkang," katanya.

Menjawab kritikan Leong berhubung penggunaan Seksyen 377B dan 377C Kanun Keseksaan dalam pendakwaan kes Anwar melibatkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, Shafee berkata komen beliau itu tidak tepat.

"Leong bukan seorang peguam kes jenayah. Jadi, komen beliau tentang 377B dan 377C memang tidak tepat. Sebab, beliau tidak faham langsung fakta yang diturunkan dalam kes ini, iaitu (pengadu) Saiful sendiri berkata tidak rela, tapi terpaksa menyerah. Menunjukkan, beliau bukan sukarela mengikut kefahaman undang-undang," katanya.

Sementara itu, mengulas kritikan Ambiga yang mengeluarkan kenyataan mendakwa Barisan Nasional (BN) membuat langkah salah memenjarakan Anwar, Shafee berkata beliau tidak memahami hujah yang cuba disampaikan peguam tersebut.

Kenyataan Ambiga itu memperlihatkan seolah-olah beliau mempertikaikan keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan dan menganggap BN sebahagian daripada sistem kehakiman.
"Apa hujah yang cuba beliau sampaikan?" soalnya.

Shafee juga menggesa pihak Peguam Negara mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua mereka, Leong dan Ambiga, yang dianggap membuat kenyataan menghina mahkamah.

Susulan hukuman dijatuhkan Mahkamah Persekutuan ke atas Anwar pada 10 Februari lalu, Leong berkata, persepsi yang Anwar sedang dianiaya didorong "anomali yang amat nyata."

Ini termasuk katanya, kerana tiadanya tindakan dikenakan terhadap Saiful sebagai pengadu dalam kes liwat yang didapati tidak melibatkan unsur paksaan.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful di sebuah unit kondominium di Damansara, Kuala Lumpur, pada 26 Jun 2008, mengekalkan hukuman lima tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan tahun lepas.

Dalam ringkasan penghakimannya, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata, mahkamah mendapati dakwaan konspirasi politik daripada pasukan pembela tidak berasas.

Beliau juga bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang Saiful seorang saksi yang boleh dipercayai.

K7L : Majlis Peguam dah boleh bungkus?...

Gobind Singh Mengamuk Bila Nik Abduh Panggil Dia "Kanak-Kanak"?



Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menyifatkan tindakan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo mengeluarkan kenyataan berbaur ‘ugutan’ terhadap tindakan PAS ingin membentangkan rang undang-undang perlaksanaan hudud di Kelantan pada 18 Mac ini boleh disifatkan satu perbuatan ‘tidak matang’ pemimpin parti berkenaan.

Dalam satu laporan baru-baru ini, Gobind telah bertindak memberi ‘kata dua’ kepada PAS untuk tidak meneruskan perancangan mereka membentangkan rang undang-undang perlaksanaan hudud atau berdepan kemungkinan akan di singkirkan daripada Pakatan Rakyat (PR).

Mengulas mengenai kenyataan tersebut, Nik Mohamad Abduh berkata ugutan sedemikian tidak perlu dilayan kerana ia hanya dilakukan oleh ‘kanak-kanak’ yang sememangnya tidak berfikiran matang dalam perbuatan dilakukan mereka.

Nik Mohamad Abduh juga yakin ‘ugutan’ tersebut hanya dilakukan oleh pemimpin DAP yang tidak mahu hudud dilaksanakan di Kelantan dan ia tidak seharusnya berlaku di dalam kepimpinan parti berkenaan.

"(Kemarahan dan ketidakpuasan hati itu) hanyalah kerana Pas gagal memenuhi kehendak DAP.

"Samalah macam anak-anak yang menghentak-hentak kaki tak puas hati di depan ibunya. Ia soal tak dapat apa yang dimahukan. Itu sifat semula jadi anak-anak kecil. Masalah agungnya ialah DAP ni bukan anak-anak lagi," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook semalam.

Menurut beliau, walaupun DAP mengeluarkan kenyataan untuk menyingkirkan PAS namum perancangan bagi membentangkan rang undang-undang hudud akan ditetap diteruskan sepertimana dirancang oleh PAS Kelantan.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berharap kepimpinan PR dapat menerima rancangan PAS melaksanakan hudud di Kelantan kerana ia adalah agenda utama perjuang parti berkenaan.

Ahmad Fadhli berkata, PR perlu akur dengan keputusan PAS kerana rancangan untuk melaksanakan hudud telah diluluskan oleh PAS Kelantan pada tahun 1993 dan ia telah wujud sebelum kerjasama pakatan ditubuhkan lagi.

“Saya amat optimis pimpinan dalam PR akan menangani isu ini dengan matang dan bijaksana. Saya ulangi pendirian Pemuda Pas Kelantan bahawa hudud adalah antara agenda teras perjuangan Pas khususnya di Kelantan,” kata Ahmad Fadhli. –UtaraNews.com


K7L : Haha! Gaduh..gaduhhh...

Perang Saudara PAS - Dr Dzul Terbuka Tak Hormat Presiden PAS?



Setiap seorang daripada mereka yang berada didalam saf kepimpinan PAS sudah mula mengorak langkah menunjukkan diri mereka. Gerakan terancang yang dahulunya sulit sekian lamanya semakin berani sementelahan bekas Mursyidul Am PAS telah tiada.

Selama ini pergerakan mereka agak terbatas untuk berjalan secara terbuka. Namun bermula daripada tahun lepas mereka dah mula buka baju. Kini satu persatu kehadapan menentang Ulama PAS secara terbuka.

Keris teringat akan perbualan dengan rakan PAS dahulu. Katanya mereka tidak menerima golongan profesional PAS namun Mat Sabu yang sibuk dan kata kena modenkan PAS kalau nak menang lawan UMNO.

Apa sebenarnya agenda PASMA selain daripada manguasai PAS dan bersama dengan DAP? Apa sebenarnya yang mereka kejarkan? Kita tunggu dan lihat. Apakaha kehancuran yang didoakan orang PAS akan berlaku pada PAS sendiri?

 

K7L : Gilo lahhhh...

25/02/2015

Tips Untuk Malaysia Yang Dilanda Panas Gila Sekarang!


 

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.

  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.

Gejala cuaca panas melampau adalah :

  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot–otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah

Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

4.1 Anda Perlu :

  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar 
4.2 Elakkan:
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas
Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketat
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal 
K7L : Panas...

MB Selangor Lawat Penjara - Nak Minta Anwar Serahkan Kerusi Ketua Umum?




Kalau ikut maklumat yang Keris dapat daripada CTS, Dato Menteri Besar Selangor, YB Azmin Ali kelihatan di Penjara Sungai Buloh jam 8.50 pagi tadi. Beliau dikatakan berjumpa dengan Pengarah Penjara dan seterusnya melawat KETUM Anwar Ibrahim.

Azmin Ali pada ketika ini dikatakan masih berada di penjara berkenaan? Sumber mengatakan lawatan yang dibuat oleh MB Selnagor berkenaan bukanlah lawatan rasmi sebaliknya adalah lawatan peribadi untuk melawat KETUM Anwar Ibrahim.

Siapakah Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim? Adakah mereka mempunyai hubungan kekeluargaan? Bolehkah Anwar Ibrahim menerima pelawat sekarang? Kenapakah lawatan ini dibenarkan?

Ketua Pengarah Penjara Sungai Buloh perlu mengeluarkan kenyataan sekiranya perkara ini benar. Kita tidak mahu wujudnya dwi-standard untuk layanan banduan-banduan di Penjara.

Apakah perteuan kali ini untuk memberitahu bahawa Zaman Anwar sudah habis dan kini KeAdilan akan bertukar tangan kepada Azmin? Apa janji Anwar kepada Azmin yang kita tidak tahu.

Apapun bagi Keris kini Keadilan yang ditubuhkan parti tersebut hanyalah untuk Anwar Ibrahim. Bukan untuk perjuangan rakyat. Jadi hala tuju Keadilan nampaknya sudah berubah dan menjadi satu parti yang membawa nafsu politik beberapa individu tertentu.

Apapun mohon rakyat Malaysia tidak lagi terus tertipu dengan dakyah politik songsang mereka. Ingat! DAP itu syaitan yang bertopeng untuk musnahkan bangsa kita, PKR perosak negara dan perpaduan.

K7L : Hati-hati.

Nasruddin Tantawi Sindir Dalam Tazkirah - Mat Sabu Mengamuk Sampai Pecahkan Kereta?




Peperangan Ulama vs Anwarinas semakin hangat. Multaqa PAS pun dah mula bersuara untuk memihak kepada geng Ulama PAS. Berbanding geng Anwarinnas, mereka mula bergerak dari satu tempat ke astau tempat bertemu dengan YDP-YDP serta AJK kawasan yang ada untuk memberi 'counterback' bagi memastikan sokongan masih kuat kepada mereka.

Gerakan untuk gulingkan geng Ulama sedang giat dijalankan. Kempen sudahpun bermula dimana beberapa pemimpin yang pro Anwarinnas sudah mendapt 'bekalan' daripada DAP untuk 'tutup mulut dan kambus' Presiden PAS yang dilihat sudah tidak seiring dengan DAP-PKR dalam membuat apa-apa keputusan berkaitan Pakatan Rakyat.

Kini geng Ulama dah mula tunjuk taring, sebab itu mesyuarat tempohari Hanipa Maidin kena lepuk dengan YDP Pas Perak. Kini PAS dalam pergolakan yang teruk. Ketiadaan Nik Aziz akan meruncingkan lagi masalah apabila Husam seolah-olah terlepas daripada gari. 


Ironinya kini sindir menyindir telah berlaku. Baru-baru ini Nik Abduh dan Nasruddin Tantawi dilihat mula menyindir dalam setiap tazkirah mereka yang rata-rata qariahnya adalah ahli PAS tegar.

Apa akan berlaku selepas ini agaknya? 

K7L : Ohhh.. Teratai bunga indah....

24/02/2015

#AnwarKakiMengadu Tak Mahu Nyanyi Lagu Negaraku? Nak Layanan 5 Star?



Apa masalah kalau nak kena gigit nyamuk bagai? Nama pun penjara. Keris pun tak mahu duduk penjara. Tetapi layanan di Penjara sememangnya tidak selesa dan tidak sama macam di rumah.

Sebab itu kita elakkan diri daripada melanggar undang-undang. Kemudian Keris pelik juga, apa masalah nyanyi lagu Negaraku setiap hari? Bukan Malaysia yang masukkan Anwar dalam penjara. Anwar sendiri yang didadapti bersalah.

Takkan sebab Anwar habis semua orang tak perlu nyanyi lagu Negaraku? Tahu tak itu semua untuk sedarkan Anwar dan itu latihan minda untuk semua banduan. Pasal ucap Selamat Pagi Cikgu pun jadi hal. 

Dah kenapa Anwar manja sangat? Kalau tahu taknak begitu, kenapa masa liwat Saiful dia tak fikir macamtu? Beringat sebelum kena. Sama-sama kita muhasabah diri.

K7L : Patut dulu bila bebas duduk je diam-diam.. ni sibuk nak hancurkan negara..

Sebenarnya Mahfuz Bercakap Dengan Siapa? Sirul Atau Mereka Yang Menyamar?



Kisah Mahfuz dan Sirul ini terlalu kelakar dan rumit. Komplikasi yang cuba ditimbulkan oleh Mahfuz akhirnya akan membunuh diri dia sendiri. Siapa yang arahkan dia buat begitu sememangnya ingin membunuh karier politiknya.

Semua orang tahu dia kalah di Pemilihan PAS yang lepas. Sebabkan itu dia terpaksa dilantik sebagai Ketua Penerangan yang mana dia umpama dibekukan. Jadi dia sedang memperbodohkan dirinya sekarang.

Keris petik apa Lokman Adam kata :

1) Mahfuz kumpul wartawan untuk teleconferencing (telesidang) Sirul bersama wartawan atau nak cakap sorang-sorang dengan Sirul?

2) Sejak 11.33 am, 15 kali Mahfuz cuba hubungi Sirul depan Wartawan tidak dapat-dapat sehingga beliau akhirnya menghentikan sidang media tersebut sekitar jam 12.15 tgh. Bila wartawan sudah balik, tiba-tiba Sirul kononnya boleh hubungi Mahfuz semula 2 jam selepas itu sekitar jam 1.38 pm.

3) Daripada puluhan wartawan yang hadir menunggu teleconference tersebut, apa yang mengejutkan saya, selepas sidang media tersebut tamat jam 12.15pm, ada wartawan yang masih tunggu Mahfuz dengan penuh setia selama sejam lebih lagi. Cuba teka wartawan mana? Tak lain dan tak bukan, ianya MALAYSIAKINI.... Lidah rasmi Pakatan.

4) Bila dengar Mahfuz memalu kompang memanggil para wartawan, kita rasa bagaikan ada satu pendedahan besar akan dibuat oleh Sirul. Tapi bila perbualan telefon Mahfuz itu diperdengarkan melalui pembesar suara, Sirul hanya ucap terima kasih kepada mereka yang menyokongnya, bagaikan artis yang hangat digosip. Mungkin Sirulpun dah lupa dia seorang penjenayah yang sudah dijatuhkan hukuman mati. Yang peliknya, tiada seorangpun wartawan dibenarkan menanyakan soalan termasuklah Malaysiakini yang jelas memihak kepada mereka.

5) Kadang-kadang saya naik kasihan dengan sahabat lama saya sorang ni. Kalau betullah seorang dalam tahanan Imigresen Australia boleh berbual dengan beliau melalui telefon, apa kata lepas ni buat video conferencing pula, mungkin ianya lebih meyakinkan.

Dan petikan dari KL Xpress yang sangat baik untuk dibaca :

1) Australia memang dari zaman Tun Mahathir tidak pernah baik dengan Malaysia. Mereka secara terang-terangan menghalalkan LGBT dan menentang pendakwaan terhadap Anwar berhubung isu Liwat.

2) Australia adalah sekutu kuat Amerika yang juga konsisten mengecam pendakwaan terhadap Anwar dalam isu liwat. Amerika juga berterusan mengecam Malaysia yang tidak mahu campurtangan dalam sistem kehakiman negara bagi membebaskan Anwar yang juga merupakan sekutunya.

3) Sebagai umat Islam, saya berpegang pada tali agama. Bila Dato Seri Najib dituduh mempunyai hubungan dan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, tanpa rasa ragu Dato Seri Najib telah bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattallahi bahawa dia tidak pernah mengenali Altantuya, apatahlagi membunuhnya. Tapi sampai sekarang, Anwar tidak berani bersumpah menafikan beliau meliwat Saiful dan Azizan.

4) Bapa Altantuya telah mendedahkan bahawa satu-satunya manusia yang Altantuya kenal di Malaysia ialah Razak Baginda. itu sebabnya Altantuya tak mencari Najib, beliau mencari Razak Baginda.

Di mana datang lojiknya fitnah pembangkang yang mengatakan Altantuya dibunuh kerana beliau menuntut komisyen pembelian scorpene dimana beliau bertindak sebagai jurubahasa perundingan tersebut. Kepada yang masih tak tahu fakta kes, suka saya terangkan disini, Altatuya bangsa Mongolia, dia boleh cakap Rusia kerana Mongolia bersebelahan dengan Rusia. Tetapi kita beli Scorpene dari Perancis.

Pertamanya, kalau hendak guna khidmat jurubahasapun, kita akan gunakan jurubahasa Perancis, bukan Rusia. Keduanya, takkan syarikat besar yang jual produk berbillion ringgit tak mampu sediakan jurujual berbahasa yang boleh berbahasa Inggeris. Syarikat tersebut sudahpun menjelaskan bahawa perundingan dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Cukup-cukuplah Mahfuz dengan sandiwara yang tidak berkesudahan ini. Sepatutnya Mahfuz sebagai pemimpin semua parti yang kononnya Parti Islam, beliau sepatutnya mempertahankan Dato Seri Najib yang berani bersumpah cara Islam bila difitnah. Tapi malangnya beliau memilih untuk jadi budak suruhan Anwar walaupun jelas Anwar tidak berani melafazkan sumpah dan kini telahpun jelas disabitkan atas tuduhan liwat.

K7L : Mampuz.....

Cina Bagi Makan Melayu? - Bila Melayu Nak Sedar?




Kisah benar ni beb. Masa raya cina baru-baru ini, ada kiasah yang mengusik hati Keris. Ada tiga peristiwa yang berlaku membuatkan Keris terfikir, apa nasib Melayu di bumi Tanah Melayu ini.

Peristiwa 1 :


Hari Jumaat yang lepas, Keris nak cari pisau sebab ada kenduri kahwin saudara di Melaka. Ada tumbangkan lembu dua ekor. Terlupa nak bawa pisau jadi Keris and the gang berjalan satu pekan cari kedai yang jual. Kebanyakan kedai Melayu tutup. Sampailah kami jumpa satu kedai cina yang buka pada Hari Raya Cina!

Dia tanya mahu beli apa, kami cakap nak cari pisau potong daging lembu, dia bagi. Setel semua Keris tanya "Aunty apa pasal u tak cuti?" Aunty tu jawab "Kalau I tutup u mahu potong daging macamana?"


Peristiwa 2 :

Hari Ahad lepas semua orang nak balik ke rumah masing-masing. Biasanya Hari Raya Cina cuti bagi yang bekerja di Office agak panjang. Jadi Pakcik kepada Keris nak balik Johor. Elok jalan macam biasa nak balik tiba-tiba temperature naik. 

Kebiasaan di Kampung kami hari Ahad kedai Melayu banyak buka tapi hari itu semua kedai tutup kecuali satu kedai Cina. Kenapa dia buka? Dia kata kalau cuti macam ini lagi banyak rezeki datang.


Peristiwa 3 :

Kat kampung nak pergi ke pekan jauh. Jadi kita harapkan kedai-kedai runcit yang ada jelah kalau nak beli barang pun. Cari punya cari semua kedai tutup. Hari Raya Cina tapi semua kedai Melayu tutup! Haha!


And to be suprise! Ada kedai runcit cina yang buka. Tanya "Uncle apa pasal tak cuti raya!" Dia kata kalau wa tutup Melayu mahu makan apa?"



Jadi dekat sini Keris nak bagitahu. Kalau Hari Raya Aidilfitri kita Melayu nak cuti beria tak apa. Sebab memang raya kita. Tapi ini raya bangsa lain. Keris  faham kita raikan perpaduan tapi kalau berniaga, kan itu waktu untung banyak?

Belajarlah cara mereka berniaga. Mereka tak dengki sesama bangsa mereka. bukak kedai kereta sebaris pun siap boleh pass-pass nak bagi sama untung. Kalau melayu bukak gerai nasi lemak sebelah pun dah siap santau bagai. Ini realiti. Berubahlah. Keris sayangkan Melayu ini. 

Tiga-tiga peristiwa tu jadi pada diri Keris sendiri. Terfikir juga sejauh mana Melayu mampu pergi dalam persaingan Ekonomi. Sedarlah. Bangkitlah. Kadang-kadang kita tak boleh juga salahkan bangsa lain yang monopoli benda-benda tertentu. Tepuk dada tanya hati.

K7L : Baik buruk.. aku tetap Melayu!...

23/02/2015

Lawak Mahfuz - Call Sirul Tapi Shiro Yang Angkat?



Wartawan sudah kena "kencing" dengan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar. Mahfuz Omar buat lawak Mr Bean dengan berjanji akan mendapatkan temuramah ekslusif dengan Sirul Azhar Umar, yang terlibat dalam pembunuhan model Mongolian, Altantuya Shaariibuu pada 2006. Dalam telesidang dijadual di pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini, Ketua Penerangan PAS berkenaan cuba menghubungi Sirul di Australia kira-kira 40 minit tetapi tidak berjaya.

Alasan yang diberikan panggilan masuk "voice mail". Mahfuz kata dengar tone tapi tak dapat. Mahfuz mendakwa beliau sudah SMS Sirul sebentar tadi dan Sirul kata ok. Apabila tidak dapat dihubungi, Mahfuz dakwa pihak berkuasa cuba "jem line" telefon. Tepat 12.15 tengah hari Mahfuz Omar berputus asa apabila tidak dapat menghubungi Sirul Azhar. Dengan wajah untuk menutup malu, Mahfuz berkata beliau dan ibu Sirul akan ke Sydney minggu depan. Another drama from PAS. Another Mr Bean Movies.


 

Inilah yang jadi bila dah tak ada moldal lagi. Puak Anwarinnas sibuk fitnah kerajaan walhal PAS dalam keadaan kalut akibat perang dalam antara mereka. Hentikanlahhhhh....




K7L : Sirulllll.... ini Mahfuz.. bukan Mampus tapi Mahfuzzzzzzz...

Lim Kit Siang Mula Bimbang - Presiden PAS Sedang Susun Jalan Penyatuan Dengan UMNO?



Di negara ini, Umno merupakan parti melayu terbesar manakala PAS pula kedua terbesar. Alangkah baiknya jika kedua-dua parti melayu ini bergabung dan membentuk satu kerjasama politik melayu terbesar dalam pentadbiran negara. Tetapi malangnya, mengapakah perpaduan ini tak berlaku?

Umno dan PAS hanya mengejar kuasa pemerintahan, jadi mengapa tidak dikongsi saja kuasa tersebut? Cuba bayangkan, Perdana Menteri dari Umno dan Timbalan Perdana Menteri dari PAS.. Bukankah manis untuk seluruh umat melayu/Islam didalam negara?

Rakyat bukannya mahu tahu parti mana yang lebih baik atau tidak.., rakyat hanya mahu tahu pemimpin negara mereka mampu menjaga rakyat dan juga menjamin kemakmuran serta keamanan. Jika perut dan hati rakyat terpelihara dengan baik, siapa pun yang memimpin pastinya seorang Ketua yang baik.

Jika Umno berbangga dengan semangat melayunya, PAS pula dengan hebat dengan dasar Islamiknya, cuba bayangkan kedua-dua parti melayu ini duduk sebaris dan bersama-sama mentadbir negara dan mengepalai umat melayu majoriti didalam Malaysia. Dah tentu akan lebih gemilang bumi Malaysia ini.

Tetapi, siapakah yang menjadi dalang menolak perpaduan dan juga kerjasama diantara Umno dan PAS? Malangnya, dalang tersebut merupakan dari kalangan bangsa melayu sendiri yang tak mahu melihat ukhwah Islam dikalangan Bani Melayu.

Seperti kata Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), setelah Fadzil Noor dan Nik Aziz meninggal dunia, ia membuka ruang untuk menyatukan melayu/Islam didalam negara. Kenapa Nik Aziz dan Fadzil Noor? Kenapa bukan Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang? Ia kerana kedua-dua arwah itulah yang paling lantang menentang penyatuan Umno dan PAS.

Anwar bukanlah pemimpin PAS dan Lim Kit Siang pula hanya seorang kafir yang mengepalai parti chauvinist DAP. Mereka ini sudah lama menggunakan beberapa pemimpin tua didalam PAS untuk tujuan menghancurkan Umno demi kuasa serta kepentingan peribadi. Kini Anwar berada didalam penjara.., Kit Siang berada di hujung usia.., dan dalang didalam PAS sudah kembali menemui Penciptanya.

Maka tiada alasan lagi untuk umat melayu didalam negara menolak untuk bersatu didalam satu barisan untuk memimpin negara ini bersama-sama. Hadi Awang sendiri diketahui merupakan penyokong usaha kerajaan perpaduan, dan Najib adalah seorang pemimpin yang mahu bangsa melayu kuat. Ini masanya yang paling tepat untuk Umno dan PAS bergabung!

K7L : PKR mampus!...

PAS Halalkan Judi Untuk Duduk Bersama DAP?




ADUN DAP ketika dihubungi oleh Buletin Utama TV3 menyatakan beliau tidak pasti bilakah gambar itu diambil dan beliau juga tidak menafikan lelaki yang didakwa mirip dirinya itu bukan dirinya.

Apa yang menarik ialah ketika ditanya kepada Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP Pusat, jawapan yang diberikan adalah beliau menyerahkan keputusan itu pada jawatankuasa disiplin parti DAP untuk menentukan ADUN DAP terbabit bersalah atau tidak.

Ini bermakna Anthony Loke tidak juga menafikan lelaki yang mirip ADUN DAP itu bukanlah Eddie Ng Tien Chee, ADUN DAP Balakong.


Apa yang menarik, Bendahari PAS Selangor iaitu Yunus Hairi menyatakan tindakan ADUN DAP itu adalah tidak bermoral bagi seorang yang bergelar Yang Berhormat.

Nampaknya ADUN PAS lebih kenal siapa sebenarnya ADUN DAP yang dimaksudkan oleh blog http://stopthelies.my/ tersebut. Jika benarlah itu ADUN DAP, maka rakyat nilaikanlah sendiri, inilah cara ADUN pembangkang membalasa jasa undi kepercayaan yang sudah diberikan.

K7L : Jeng Jeng Jeng...

18/02/2015

Sekali Lagi Ribuan Hadir Ceramah Untuk Anwar Ibrahim Campur Yang Ghaib!



Alamak! Sekali lagi ribuan yang hadir termasuk mereka yang datang dalam keadaan ghaib! Punya mengarut pasla Anwar Ibrahim orang dah tak mahu layan. Sekali lagi DAP dan PAS buat hal tak mahu hantar penyokong mereka sebab nak tunjuk pada PKR.

Without Anwar PKR is just rubbish. Itu mesej DAP dan PAS pasal setiap kali program untuk Anwar, tinggal totok yang kena tipu sahajalah. Apapun tahniah PKR sebab makin aktif perbodohkan diri.







K7L : Ramainyaaa...

Anwar Ibrahiam Nafikan Pengakuan Nurul Izzah Pasal 'Offer Jadi TPM'?



Bercakap pada ceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam Sabtu, Nurul Izzah dilaporkan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas pilihan raya umum 2013, kepada bapanya dengan syarat Anwar Ibrahim bersetuju untuk 'mengabaikan' rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat. Beliau berkata Anwar Ibrahim menolak tawaran itu.

Anwar dalam sidang media bersama Salahuddin Ayub pada 20 Jun 2013 berkata, "I deny hearing from Datuk Najib any specific proposals (on Unity Govt). Either from formal or designated representatives (of Najib)." Sumber video, Klik Sini.

Persoalannya siapa yang menipu? Anwar Ibrahim atau anaknya Nurul Izzah? Kedua-duanya ada rekod menipu. Nurul Izzah walapun nampak lembut pernah menarik balik fitnahnya apabila disaman oleh Raja Nong Chik. Propa anak beranak ini tak ada kesudahan. Sekarang diikuti pula oleh adik beliau Nurul Nuha sehingga mengheret anak beliau ke pentas ceramah semata-mata untuk meraih simpati.

K7L : Kenapa Nuha kedepan? jeng jeng jeng..

Tahniah Rakyat Penang - DAP Dah Mula Naikkan Tambang Feri?


Sumber : MPP

Satu lagi "kebajikan" oleh kerajaan DAP dan Lim Guan Eng di P.Pinang kepada rakyat di negeri ini apabila tambang feri dari Seberang Perai dan kawasan pulau akan dinaikkan selewat-lewatnya pertengahan tahun ini.

Menurut satu notis pemberitahuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pelabuhan P.Pinang (SPPP) kepada orang ramai, tambang baru bakal dicadangkan bagi semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Feri P.Pinang.

Tambang bagi basikal dicadangkan naik sehingga RM1.50, motorsikal naik kepada RM3.50 dan kereta dinaikkan kepada RM9.00. Begitu juga dengan penumpang berjalan kaki akan dikenakan sebanyak RM2.00 setiap seorang.

Ini menjadikan tambang Feri P.Pinang naik sebanyak 50 peratus untuk kegunaan rakyat di negeri ini dan juga pelancong luar negara. Alasan kenaikan tersebut bagaimanapun tidak diberikan oleh pihak SPPP dan ianya menimbulkan rasa tak puas hati bagi kebanyakan pengguna feri.

"Sepatutnya, bila minyak dah turun, tambang pun turun.. Ini lagi nak bagi naik lagi sehingga menyusahkan rakyat.. Macam ni kah yang dikatakan kerajaan (DAP) yang jaga kebajikan rakyat?" kata seorang pemandu kereta ketika ditemui di kawasan Jeti Butterworth.

K7L : Kenapa orang PAS diam? Tak ada telur?...

17/02/2015

@ngakorming Ingat Malaysia Bukan Negara Komunis?



 

Malay kena jadi "Malaysian" teapi chinese tetap chinese? Kor Ming tak boleh kata no more divide and rule. Dia faham atau tidak pasal "Kontrak Sosial" rasanya. Sebab itu Keris bersetuju dengan Subjek Kontrak Sosial diajar di sekolah terutamanya SJK (C).

Apapun Nga Kor Ming ini cakap dia jangan percaya. Tahukah anda salasilah dia daripada mana?


K7L : Nak percaya anak sedara komunis?

#GaduhDalamPAS - Husam/Sabu Vs Amar/Hadi - #TagTeamElimination






Minggu lepas Keris berjumpa dengan seorang sahabat lama. Dia ini penyokong kuat Haji Hadi dalam PAS. Selalunya kalau jumpa dia akan ceritakan benda yang bagus-bagus sahaja pasal PAS.

Tetapi baru-baru ini perjumpaan kami yang selalunya berbincang perkara kelakar tetapi bertukar serius apabila dia mula bercerita perihal pergaduhan dalam PAS. Dia minta dedahkan supaya ramai tahu.

Kini dalam PAS memang tengah berlaku perbalahan dan perebutan kuasa. Ada beberapa orang yang telah 'diupah' untuk membuat gerakan gulingkan Hadi dari kerusi Presiden PAS. 

Dikhabarkan ada dua team yang mana perlawanan 2 lawan 2 akan berlangsung. Kalau dalam wrestling WWE, mereka ini tengah rebut Tag Team Championship. Haha!

Mat Sabu dan Husam dikatakan telah mencapai kata putus untuk bersama-sama. Mereka bergabung dengan tujuan menjatuhkan dua ikon Ulama PAS iaitu Haji Hadi dan Nik Amar. Apa yang orang tidak tahu, Hadi dan Nik Amar sebenarnya mendapat 'blessing' daripada Allahyarham Nik Aziz untuk terus menerajui PAS.

Sebab itu Nik Amar bertanding kerusi Timbalan Presiden PAS. Tetapi kalah kerana perwakilan dengan mudah sahaja 'disogok' oleh Mat Sabu. Semua orang tahu macamana Mat Sabu 'bayar'. Kak Mah untuk semua orang?

Apapun permusuhan ini memang semakin rancak sementelahan individu yang cukup berpengaruh untuk back up Hadi dan Nik Amar telah tiada. PASMA yang mana Phahrolrazi dijanjikan kedudukan sebagai Setiausaha Agung PAS sekiranya Mat Sabu menang Presiden PAS, sudah mula mengatur langkah bersama rakan-rakannya.

Apapun pertembungan dua tag team ini akan menyaksikan, kehancuran PAS yang telah hilang nama sebagai "Pembangkang Yang Seimbang" tidak lama lagi. Kita tunggu dan lihat.

K7L : Belajar dari perang uhud...

Jabatan Penjara Dedahkan Keadaan Anwar Ibrahim Dalam Penjara?



Keris yakin semua orang nak tahu apa keadaan Anwar Ibrahim di dalam penjara. Ada yang kata dia mewah. Ada yang kata dia pakai Suit Brioni kat dalam. Ada yang kata dia kena kurung dalam temoat banyak najis.


Jadi untuk elakkan sebarang penaakulan dilakukan oleh rakyat Malaysia. Maka Jabatan Penjara Malaysia mengeluarkan kenyataan.

KENYATAAN MEDIA
JABATAN PENJARA MALAYSIA

LAYANAN DAN KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN KEPADA DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Sepertimana dimaklumi Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (DSAI) telah menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh mulai 10 Februari 2015 yang lalu.

Semenjak tempoh tersebut berbagai spekulasi dan laporan yang dibuat terutamanya melalui media sosial berhubung layanan dan kemudahan yang diberikan kepada DSAI.

Sehubungan itu adalah dijelaskan layanan dan kemudahan yang telah diberikan kepada DSAI adalah selaras dengan ketetapan Akta dan Peraturan Penjara. Berasaskan kepada kenyataan yang dikeluarkan melalui blog, Facebook dan Tweeter tertentu, layanan dan kemudahan yang telah diberikan Penjara Sungai Buloh kepada DSAI dapat dijelaskan seperti berikut:

i.​Perjumpaan dengan keluarga

Perjumpaan dengan keluarga adalah antara aspek utama yang amat dipentingkan oleh Jabatan Penjara dalam pembinaan pemulihan diri banduan. Berbagai bentuk perjumpaan boleh dipertimbang atau diberikan kepada banduan, antaranya perjumpaan permulaan, perjumpaan berperingkat dan perjumpaan khas. Perjumpaan permulaan diberikan kepada semua banduan adalah sekali sahaja dan ianya boleh dilakukan pada hari pertama seseorang dipenjarakan sehinggalah dalam tempoh empat minggu. Biasanya perjumpaan ini berlangsung pada hari kedua pemenjaraan kerana pada hari pertama banduan sampai ke penjara pada lewat petang dan beberapa tindakan dalam proses penerimaan perlu dilakukan termasuklah pemeriksaan kesihatan. Kemudahan perjumpaan ini bagi membolehkan banduan menguruskan masalah serta keperluan tertentu bersama keluarga.

Oleh itu dalam hal ini adalah tidak menyalahi peraturan dan prosedur penjara di mana keluarga DSAI telah dibenarkan berjumpa pada hari ketiga. Kemudahan perjumpaan permulaan ini sama ada pada hari kedua atau ketiga atau apa-apa hari dalam tempoh empat minggu tersebut telah diberikan kepada lain-lain banduan sebelum ini.

[ 2 ]

Manakala perjumpaan berperingkat pula bermula sebaik sahaja seseorang banduan telah menjalani hukuman empat minggu dan ianya dilaksanakan mengikut tarikh yang diberikan dalam kad lawatan. Manakala dalam situasi tertentu keluarga juga boleh membuat permohonan kepada Pengarah sesebuah penjara untuk dipertimbangkan perjumpaan khas.

ii.​Penggunaan komputer atau internet atau telefon bimbit di dalam penjara

Penggunaan komputer atau internet atau telefon bimbit oleh banduan semasa mereka ditahan di penjara adalah dilarang. Hanya banduan yang telah diluluskan untuk mengikuti pengajian tinggi sahaja diberikan kemudahan komputer dengan kawalan (di hadapan) pegawai penjara dan hanya bagi tujuan E-Learning sahaja. Perkara ini hanya dijalankan di Penjara Kajang, Penjara Bentong dan Penjara Kota Kinabalu.

Pemeriksaan yang dilakukan semasa kemasukan DSAI ke Penjara Sungai Buloh dan pemeriksaan dari masa ke semasa menunjukkan adalah tidak benar kemudahan komputer atau internet atau telefon bimbit telah dibenarkan kepada DSAI. Pemilikan perkara di atas di dalam penjara merupakan satu kesalahan besar dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan.

Berhubung dengan Facebook atau tweeter atau lain-lain medium sosial, mereka yang telah diberikan akses boleh menggunakannya tanpa memerlukan kehadiran DSAI. Jabatan Penjara bukan pihak yang mengawal atau mempunyai kuasa menghentikan penggunaannya kerana ia berlaku di luar penjara. Jabatan Penjara mempunyai kemudahan telefon berbayar yang boleh digunakan oleh banduan dalam kawalan pegawai penjara. Semakan dibuat setakat ini menunjukkan kemudahan tersebut tidak digunakan oleh DSAI.

iii. ​Makanan untuk DSAI

Makanan yang dibekalkan kepada semua banduan adalah berasaskan skala yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan serta terkandung Akta Penjara. Makanan tambahan atau makanan yang berbeza boleh dibenarkan diberi kepada seseorang banduan berasaskan pengesyoran oleh pegawai perubatan untuk kepentingan kesihatan banduan tersebut.

[3]

Manakala semasa sesi lawatan, keluarga banduan, mereka boleh membeli makanan dari kantin penjara untuk dimakan oleh banduan pada hari lawatan tersebut.

Setakat ini pemeriksaan dan pemantauan yang dilakukan oleh Ibu Pejabat Penjara mendapati Penjara Sungai Buloh telah melaksanakan tanggungjawab secara teratur berasaskan Akta, Peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Jabatan Penjara akan terus memastikan layanan dan pemerlakuan terhadap semua banduan termasuk DSAI adalah mengikut landasan undang-undang.

Sekian, terima kasih.

(SUPRI BIN HASHIM)
Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan
Ibu Pejabat Penjara Malaysia

K7L : Tidak perlu bias dalam penjara...

16/02/2015

Peniaga Cina Laungkan Buat Kempen Jari Tengah Buat @cmlimguaneng ?




Maaf! Ini bukan artikel bersimpati kepada Uncle ini. Bukan dia jugak ke yang menaikkan DAP di Pulau Pinang. Last sekali dia terkena sendiri dengan orang yang dia undi dan sokong sampai mati kononnya.

Perayaan Tahun Baru Cina sudah dekat dan Kerajaan chauvinist tidak ada perasaan belas kasihan merobohkan gerai jualan kuih bulan. Uncle Cina ini siap kata DAP Pulau Pinang cakap lain, buat lain. Habis berselerak barangan jualan gerai-gerai di Pasar Kampung Baru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


Sebab marah sangat maka Uncle ini menulis di bajunya perkataan perkataan melahirkan ketidakpuasan hati antaranya berbunyi "Pakatan penipu bangsa dan negara". Begitulah kekecewaan ramai rakyat Pulau Pinang yang sekarang ini dizalimi oleh rejim DAP yg begitu rakus menindas rakyat dalam pelbagai hal.

Bukan hendak bersifat rasis, tidak. Tetapi Kerajaan Cina dan peniaga juga Cina. Yang kena maki hamun adalah penguatkuasa-penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) yang menjalankan tugas. Sepatutnya Ketua Menteri dan balaci-balaci beliau turut sama turun ke padang untuk dimaki hamun.

Apa kata Uncle pergi sendiri jumpa orang DAP dan maki? Apapun kata nak ubah. Kan betul-betul kena ubah?

K7L : Ubah jadi singapore?

Kejutan Ceramah Nurul Izzah Di Cheras! 10 Ribu Hadir Sampai Ada Yang Ghaib!



Alamak! Sungguh takut dan terkejutnya Keris bila dapat gambar ini. Dewan Orang Ramai Taman Cheras Jaya menjadi saksi untuk mengetahui sejauh mana momentun 1998 yang dulunya dipelopori oleh Anarkis dan Reformis. Masih ada lagi atau tidak.


Dengan penuh bersemangat Nurul Izzah memberi ucapan. Apa yang ajaibnya. Dia bercakap dengan kerusi lebih banyak daripada manusia yang ada. Nampaknya rakyat sudah mula hilang percaya kepada PKR.

DAP pun tak bagi sokongan walaupun Cheras adalah kawasan DAP yang senang cerita BN tak menang dah lama. Jadi sekarang Nurul Izzah tak faham lagi ke mesej yang DAP sudah mula dan berdiri dengan kaki sendiri?

Apapun mereka-mereka yang tidak nampak orang duduk di atas kerusi, sebenanrya kena tahu yang orang PKR banyak makhluk ghaib. Sebab itu pemilihan PKR perwakilan 500 orang tapi kertas undi 1500. Mana datang? Gambar bawah buktinya.





 

K7L : Mana orang PAS? jeng jeng jeng...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk