16/02/2012

Cubaan Merosakkan Imej @datosahol - Jangan Lupa MalaysiaKini Penipu Tegar!


Mengapa isu Dato' Sahol Hamid dimainkan oleh MalaysiaKini? Apakah ada agenda disebalik kebangkitan kes yang sudah lama berlalu? Apakah MalaysiaKini sudah ketandusan isu untuk menyerang institusi kerajaan dan Dato' Sahol jadi mangsa?

Menurut sumber, Keris diberitahu bahawa isu ini bukanlah isu berbangkit dan ia adalah cerita lama ketika beliau menjawat jawatan TNC UiTM. 4 atau 5 tahun yang sudah rasanya dan Keris juga berasa sedikit hairan tentang mengapa secara tiba-tiba ia menjadi perbualan. Yang paling menarik adalah perkataan 'MENAFIKAN DAKWAAN' kerana seperti yang dimaklumkan tidak ada pihak MalaysiaKini yang datang dan berjumpa dengan Dato Sahol, bagaimana pula kenyataan itu dikeluarkan?


Berkenaan dengan 'tuduhan penyalahgunaan kuasa' itu, menurut maklumat memang sudah diselesaikan oleh pihak SPRM setelah mereka melakukan siasatan awal. Difahamkan terdapat tiga peringkat siasatan oleh tiga badan yang berbeza (SPRM, UiTM, KPT) dan hasil siasatan mendapati tuduhan tersebut hanya satu tuduhan dangkal. Ia hanya bermula dengan satu surat layang sebelum ia menjadi isu.

Sebenarnya Keris menulis ini adalah untuk memberi amaran bahawa pasti ada agenda tersembunyi mengapa isu ini dibangkitkan samada mahu merosakkan imej UiTM atau mahu mencalarkan kredibiliti Dato' Sahol.

Yang pastinya Dato' Sahol yang merupakan seorang individu yang popular dikalangan pelajar UiTM kerana beliau telah banyak membuat perubahan dan pembangunan untuk UiTM. Jadi hati-hati jika membaca sebarang artikel oleh MalaysiaKini.

Siapa Dato' Sahol? InsyaAllah Keris akan beritahu siapa Dato Sahol yang sentiasa MalaysiaKini 'cemburu' ini. Persoalan isu ini ada kebocoran atau ada musang berbulu ayam?

K7L : Orang yang berjasa kepada UiTM ditohmah sebegitu rupa..sebab dia perjuangkan Universiti yang penuh dengan melayu?

1 ulasan:

  1. Ayahanda sahol, kami tahu perjuangan ayahanda di cemburu oleh mereka yg tak bertanggungjawab! You will never walk alone ayahanda sahol! We will stand by you in this journey and we will fight for you!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk