30/09/2017

Rafizi Gagal Kenakan Rizal Mansor - Lagi Tunjuk Kebodohan Sendiri?



Ketawa besar semalam bila dapat tahu Rafizi cuba menjawab semula pendedahan Datuk Rizal Mansor. Namun apa yang berlaku adalah Rafizi gagal untuk mengenakan DRM, yang paling lucu lebih banyak yang terbongkar dek kerana jerat sendiri.

Rafizi Dedah Maklumat KEIP-Invoke, Terjerat Diri Sendiri

1. Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli semalam cuba untuk 'sekolahkan' Presiden Salute Malaysia, Datuk Rizal Mansor dalam pendedahannya sebelum ini tentang cara penggunaan dana Invoke oleh Rafizi.

2. Dalam jawapan Rafizi terhadap Rizal yang diadakan secara langsung di laman facebook miliknya itu, penuh dengan maki hamun 'bodoh' terpacul dari mulutnya. Ini menunjukkan begitu terkesan pendedahan oleh Rizal terhadapnya.

3. Terdapat beberapa perkara yang menunjukkan seperti Rafizi memperbodohkan diri sendiri. Pertama, Rafizi menyatakan bahawa tujuan syarikat KEIP Resources Sdn Bhd membekalkan tenaga kerja kepada Invoke Solution Sdn Bhd adalah untuk antara lainnya bagi melindungi rahsia dan keselamatan pekerja Invoke. Namun, dalam masa yang sama Rafizi sendiri yang mendedahkan senarai nama dan gaji kakitangan Invoke.

4. Kedua, Rafizi menafikan bahawa KEIP ada kena mengena dengan Invoke. Namun kedua-dua syarikat ini milik beliau dan beliau merupakan pemegang saham terbesar. KEIP pula adalah satu-satunya syarikat yang membekalkan tenaga kerja kepada Invoke. Ini bermakna kakitangan KEIP juga merupakan kakitangan Invoke. Sekiranya berlaku sebarang tindakan ke atas Invoke, pasti KEIP juga akan terlibat.

5. Ketiga, Rafizi menunjukkan inbois bayaran gaji daripada KEIP terhadap Invoke yang dibuat pada 11/09/2017. Namun yang peliknya, bayaran gaji itu adalah untuk 22/10/2017. Ini bermakna inbois pembayaran tersebut dibuat lebih awal. Situasinya adalah, bayar dahulu gaji dan penyelarasan buku kira-kira dikemudiankan.

6. Keempat, daripada inbois KEIP terhadap Invoke yang ditunjukkan Rafizi, jelas bahawa KEIP tidak mengenakan sebarang cukai GST walaupun jualan (revenue) melebihi RM500,000. Ini bermakna juga KEIP adalah diwajibkan mendaftar dengan Jabatan Kastam untuk mengutip cukai GST. Rafizi telah melanggar undang-undang percukaian.

7. Demikianlah cara Rafizi cuba untuk memutarbelitkan sesuatu perkara tanpa dapat dihidu oleh rakyat. Akhir sekali Rafizi dilihat sebagai 'suci dan bersih', namun hakikatnya beliau adalah kaki temberang.

Sememangnya Rafizi ini kaki temberang dan suka sebarkan fitnah. Apakah wajar dia terus berada di dalam Parlimen Malaysia? Keris rasa Azmin yang kan jadi penentu calon dah boleh sigkirkan dia sebab manusia macam ini tak layak jadi pembangkang yang bagus sebab dia banyak negatif daripada positif.

K7L : Saya bayar saya.. tapi guna duit orang...

Pro BN Menang Di Kampus - Petanda Ketandusan Pemimpin Pembangkang!





Aspirasi telah menang 265 kerusi MPP berbanding pro pembangkang yang menang hanya 19 kerusi sahaja. Nampaknya pengunduran PAS dari pakatan pembangkang menyebabkan mahasiswa pembangkang di kampus pun menjadi sepi.

Perkaderan mahasiswa PAS yang selama ini dibuat di kampus menerusi usrah sudah mulai lentur. Pendekatan PAN yang lebih liberal dan DAP yang pro sosialis menyebabkan banyak mahasiswa islamik mulai lari dari berpihak pada pembangkang.

1. UPSI - 27 : 2
2. UniSZA - 30 : 0
3. UMP - 25 : 1
4. UTHM - 30 : 4
5. UiTM - 48 : 0
6. UKM - 38 : 1
7. UUM - 37 : 1
8. UM - 30 : 10
-------------------------------------
Pro BN: 265
Pro Pembangkang: 19
-------------------------------------
BN: 94.71%
Pembangkang: 5.29%

Aspirasi sudah menang di 8 kampus. Menguasai dua kampus yang menjadi kerusi tradisi kepada pembangkang sejak tahun 2000 lagi iaitu UM dan UKM.

Tinggal lagi 12 kampus lagi. Pertembungan dijangka menarik di UIA, UPSI, UTM dan USM selepas ini. Namun Aspirasi dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan penguasaan penuh seperti sessi 2016/17.


Ini bermakna Pro M yang sinonim dengan PKR/PAS/DAP sudah menjadi lemah dan tidak mendapt sokongan lagi daripada kalangan mahasiswa. Hasutan yang biasa dibuat dulu sudah tidak memberi kesan lagi.

K7L : Mana Pro M masuk Gua ke?..

Mahathir Tak Mahu Masuk Dewan Sebab Tak Ada Orang Hadir Ceramah?


 

Ceramah Hapus Kleptokrasi yang dibuat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang gagal walaupun nama-nama besar ada dijemput sebagai penceramah untuk menarik minat orang ramai.

Paling best berita yang sampai ke telinga Keris adalah Madey tak mahu turun kereta selepas dapat tahu orang yang hadir cuma macam gambar di bawah.


Sudah jelas orang Sepang dan sekelilingnya pun tak mahu datang biarpun dibuat pada malam minggu yang sepatutnya akan ramai hadir. Ini merupakan satu mesej penting rakyat Selangor yang menolak Pakatan.

K7L : Berani Madey komen isu Pesta Arak?..

29/09/2017

#BantahOctoberFest - Menang Selangor Tutup Arak Tapi Lulus Pesta Arak?



DBKL telah menerima permohonan daripada pihak penganjur pada 28 Ogos lalu bagi penganjuran Octoberfest atau ‘Better Beer Festival 2017’. Permohonan yang telah dibuat oleh pihak penganjur telah ditolak oleh DBKL selepas rancangan penganjuran itu merupakan kali ketiga ia diadakan atas faktor keselamatan.

Terdahulu ‘Better Beer Festival’ diadakan pada tahun 2012 dan penganjuran kali keduanya pada tahun lalu dan pada tahun ini ia telah mendapat bantahan daripada orang ramai yang menyifatkan pesta arak itu akan mengundang kemarahan umat Islam.

Di dalam pesta memabukkan ini terdapat 250 jenis arak yang ditawarkan dari seluruh dunia dengan ribuan pengunjung yang bakal menghadirinnya. Ini menunjukkan pesta ini bakal mengundang malapetaka yang besar kerana seperti yang kita tahu arak itu boleh mengakibatkan manusia hilang arah dan pedoman diri.

Pesta ini sengaja dipolitikkan apabila pihak DAP mengatakan pesta ini merupakan adat dan budaya masyarakat Cina dan ini sekaligus telah mencemarkan reputasi masyarakat Cina sebagai kaki mabuk;

Sekarang juga kita masih menunggu Azmin Ali untuk menyaman Utusan yang telah diberi amaran oleh Pejabat SUK Selangor berkenaan Muka Hadapan yang menyatakan lulus pesta arak.

Hari ini Ini program arak di Klang diluluskan. YDP Majlis Perbandaran Klang siap buat kenyataan media lagi mengenai kelulusan program arak di Klang ini. Jadi sekarang apa cerita?

PPBM nak pusing kenyataan kot mana bab arak ni? Semua nak keluar kenyataan macam takut dengan DAP.

K7L : Bila cerita Kilang Arak depa pusing kata BN yang bina... kata ada kuasa.. robohlah!...

Mahathir Ke Sarawak - Kena Maki Dengan Orang Sarawak?


 

Pengerusi Pakatan Harapan Pusat yang hadir dalam Ceramah Politik di BDC, Sabtu lalu telah menaikkan kemarahan serta persepsi negatif di kalangan rakyat Negeri Sarawak terutama mereka yang mengenali Tun Mahathir.

"Saya hidup dari zaman Tun Abdul Razak.

"Zaman Tun Mahathirlah paling banyak kontroversi dan krisis cuma disebabkan adanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), rakyat tidak berani bersuara," katanya

Abdul Rahim Mat yang merupakan seorang pesara tentera menambah, zaman Tun Mahathir jauh lebih susah dari apa yang dihadapi sekarang. Orang dah lupa bagaimana kesusahannya sebab sekarang hidup kita sebenarnya jauh lebih senang.

Manakala Lim, seorang peniaga kedai buku yang turut hadir pada ceramah tersebut memberitahu pemberita kehadirannya hanya sekadar melihat ceramah politik.

"Berdasarkan fakta dan sejarah, saya tidak dapat memberikan kepercayaan walaupun sekadar 50% kepada Tun kerana apa yang dilakukannya sekarang terlalu jelas mempergunakan Pakatan Harapan (PH) terutamanya Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk kepentingan politik sahaja," tegas Lim.

Beliau menambah, terlalu mudah untuk seorang yang sangat berpengalaman dalam politik seperti Tun untuk mengubah pendiriannya dan bekerjasama dengan sebuah parti yang amat dibencinya dahulu.

"Saya pengundi atas pagar. Apa yang belaku dalam parti pembangkang sekarang tidak mustahil akan menjadikan saya penyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," katanya.

Linggir anak Jambu,40, seorang jurukimpal kapal berbangsa Iban pula berpendapat, ceramah politik Tun Mahathir hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

"Bila Tun bercakap tentang pembinaan lebuhraya Pan Borneo, kekuatannya hilang.

"Tun seakan-akan memperli serta tidak yakin tentang projek tersebut dengan berpendapat menelan belanja yang besar dan sukar di realisasikan," katanya.


Katanya, mungkin Tun terlepas fakta atau terlupa sembilan daripada dua belas pakej pembinaan lebuhraya tersebut, mendahului jadual. Memang pembinaan lebuhraya ini sedang pesat dijalankan.

Beliau yang kecewa dengan ucapan Mahathir berkaitan Pan Borneo berkata, jika mereka (Pakatan Harapan) itulah kerajaan yang bakal dipilih rakyat Sarawak, jelas sekali mereka tidak akan melaksanakan Lebuh Raya Pan Borneo atas alasan kos yang tinggi dan sukar.

Sementara itu, seorang pelajar di sebuah IPT yang hanya mahu dikenali sebagai Bong yang baru pertama kali hadir melihat sendiri ceramah politik PH pula memberikan pandangan yang amat berbeza daripada respondan lain.

"Selama ini, saya hanya banyak membaca di laman-laman web, blog, facebook dan portal politik pembangkang dan kadangkala kerajaan.

"Saya tidak menyangka, ceramah politik PH terlalu banyak unsur-unsur kebencian seperti ini," jelas Bong.

Beliau mengakui tidak selesa kerana penceramah terlalu banyak bercakap dalam nada suara yang keras dan marah

Mengulas lanjut Bong menjelaskan, berbeza dengan membaca, ceramah politik PH baginya terlalu agresif dan sasaran adalah untuk membangkitkan rasa marah dan benci di kalangan penyokong yang hadir.

"Saya suka dan percaya pemimpin seperti Tok Nan. Lebih santai dan penuh dengan gurauan," kata Bong.

Tambahnya, Tok Nan pernah berkali-kali mengingatkan rakyat Sarawak dimana sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, kunjungan Tun Mahathir ke Sarawak dapat dihitung dengan jari.

"Mengapa baru sekarang dia beria-ia memperjuangkan kita di Sarawak?" luah Bong.

Menjawab pertanyaan parti mana yang menjadi pilihan beliau pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang, beliau berkata, "undi adalah rahsia, namun kita perlu bijak dan matang dalam menilai fakta,". - Sarawakiana

Kini Mahathir dilihat sebagai badut Politik yang tamakkan kuasa. Baru sekarang datang ke Sarawak. Dulu diinjak-injak sahaja dan merasa diri kuat serta diktaktor dengan Akta ISAnya. Kini nak jadi hero Sarawak?

K7L : Apa lagi Madey mahu?..

#RafiziBayarRafizi - Bisnes Guna Duit Derma Cara Baru Nak Kaya?




Dah macam sindiket budak kutip duit di kedai makan pula. Tiba-tiba Keris teringat akan SM Amin yang berbuat benda lebih kurang macam Rafizi. Bezanya dia perhambakan budak dan Rafizi jual air liur. 


Apa yang menarik untuk dikongsi dengan pembaca adalah pendedahan Datuk Rizal Mansor. Beliau menyatakan bahawa Rafizi Ramli dalam kenyataannya pada 24 September di perkara nombor 5 menjawab seperti berikut tentang persoalan mengenai kakitangan invoke;

“Kakitangan INVOKE menandatangani kontrak perjawatan dengan sebuah syarikat yang bernama KEIP Resources Sdn Bhd.

KEIP Resources Sdn Bhd pula menandatangani satu perjanjian membekalkan sumber manusia mengikut keperluan INVOKE dari semasa ke semasa. Kontrak perjawatan kakitangan dimuktamadkan begini dengan mengambil kira perkara-perkara bersabit undang-undang buruh dan perkara-perkara lain”.

Soalan tambahan saya kepada Rafizi Ramli hari ini; kontrak perjawatan kakitangan dimuktamad begitu kerana mengambil kira undang-undang buruh atau taktik Rafizi mahu mengalihkan duit yang disumbangkan orang ramai ke dalam Invoke untuk dibawa ke syarikat sendiri ?

Dalam bab membohong orang ramai dan memfitnah saya terpaksa memberi tabik hormat kepada dia. Kepakaran dia berbohong dan berimaginasi berada di luar jangkauan pemikiran manusia normal. Sebagaimana dia berimaginasi seolah-olah dia bersama-sama PM dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini. 

Dia memberitahu bagaimana keluarga PM mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika di Trump Tower New York. Jangan kata pegawai-pegawai PM sahaja yang terkejut, pencuci bangunan di Trump Tower New York pun terkejut. Kerana dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini PM tidak ke New York pun.

Berbalik kepada kisah KEIP dan INVOKE..

Mengikut rekod gaji yang dipamerkan oleh Rafizi menunjukkan Invoke Solutions Sdn Bhd, telah membayar KEIP Resources Sdn Bhd bermula dari RM 147,974.30 hingga RM 350,608.64 , dari Mac hingga September 2017. Hampir RM 1.3 juta telah dibayar kepada KEIP dalam tempoh 7 bulan itu. (Rujuk gambar yang disertakan di bahagian yang bertanda kuning).

Mengikut senarai itu juga, menunjukkan Invoke tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP pada bulan Julai. Hanya selepas berjaya mengutip derma RM1.5 juta dari orang ramai pada Ogos, Invoke telah membayar kepada KEIP sebanyak dua kali pada 28.08.2017. Pembayaran pertama RM 160’349.95 dan pembayaran kedua RM 156,132.10 .

Manakala bulan September pula Invoke membuat pembayaran kepada KEIP, sebanyak RM 350,608.64. Kelihatan tanda-tanda yang jelas bagaimana Invoke bermewah-mewah dan ‘kenduri sakan’ selepas berjaya mengutip derma jutaan ringgit dari orang ramai.

Siapakah KEIP RESOURCES SDN BHD ?

Inilah bahagian yang agak menarik..

Alamat berdaftar KEIP adalah di Temerloh. Bagaimanapun berdasarkan slip bayaran KWSP dan Socso yang ditunjukkan oleh Rafizi menunjukkan KEIP Resources beroperasi bersebelahan atau berhampiran dengan pejabat Invoke. Semakan juga mendapati KEIP Resources tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan membekal tenaga kerja atau perkara bersangkutan seperti yang didakwa oleh Rafizi.

Milik siapakah KEIP RESOURCES SDN BHD ?

Mengikut carian yang dilakukan di SSM menunjukkan pemegang saham utama syarikat itu bernama MOHD RAFIZI BIN RAMLI. Yang memegang sebanyak 10,050 saham. Individu yang bernama MOHD RAFIZI BIN RAMLI yang sama juga (berdasarkan nombor kad pengenalan), adalah pemegang saham terbesar dalam INVOKE SOLUTIONS SDN BHD. Iaitu sebanyak 250,000 saham. (Rujuk dokumen-dokumen SSM yang disertakan).

Kesimpulannya apa?

Kesimpulannya, Rafizi membekal tenaga kerja kepada Rafizi. Dan Rafizi pula membayar kepada Rafizi ratusan ribu sebulan atas nama membekalkan sumber manusia. Hasil duit yang dikutip dari orang ramai. Campur tolak kali bahagi, akhirnya dia juga yang untung. Yang menjadi mangsa adalah orang ramai yang diperdaya untuk memberi derma kepadanya.


K7L : Menipu semua benda?..

Rakyat Malaysia Dilarang Ke Korea Utara Sehingga Diberitahu!



Semua rakyat Malaysia dilarang untuk memasuki Korea Utara berkuatkuasa semalam sehingga pengumuman sebaliknya kata satu kenyataan Wisma Putra Khamis.

Menurut Agenda Daily pasukan bola sepak Malaysia dijadual bertemu dengan Korea Utara bagi aksi ketiga Kelayakan Piala AFC 2019 Kumpulan B di Pyongyang pada 5 Oktober depan, dan dikhabarkan akan ditunda.

“Kementerian Luar Negeri dengan ini memberitahu orang ramai bahawa semua rakyat Malaysia dilarang pergi ke Republik Rakyat Demokratik Korea Utara (Korea Utara) sehingga notis selanjutnya .

“Keputusan ini diambil memandangkan peningkatan ketegangan di Semenanjung Korea dan perkembangan berkaitan yang timbul daripada ujian peluru berpandu,” ujar kenyataan tersebut.

Larangan tersebut akan diteliti sebaik saja keadaan di negara berkenaan telah kembali normal. 19 September lalu, Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima kunjungan diplomat Korea Utara menjelang perlawanan bola sepak antara kedua-dua negara.

Pertemuan antara Tunku Ismail dan Charge D Affairs, Kim Yu Song dari Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur itu turut membincangkan hubungan dua hala dan isu-isu semasa dunia.

Tunku Mahkota Johor itu diberi penghormatan istimewa menggunakan ruang udara Pyonyang sepenuhnya dan pada bila-bila masa sekiranya baginda ingin melawat negara berkenaan.

Keadaan itu merupakan sesuatu yang jarang berlaku bagi mana-mana pemimpin dunia.

Malaysia perlu berada antara dua pasukan teratas dalam Kumpulan B sebelum layak ke Piala AFC 2019 yang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu dari 5 Januari hingga 1 Februari tahun depan.

Sebelum ini, Harimau Malaya tewas 2-1 kepada Lebanon dan seri 1-1 dengan Hong Kong dalam dua perlawanan kelayakan Piala AFC.

Sebelum ini, Tunku Ismail turut menyatakan kebimbangan bahawa pemain dari pasukan kebangsaan terdedah kepada unsur sabotaj sekiranya AFC memaksa Harimau Malaya beraksi di Pyongyang.

Manakala kerajaan Malaysia menyertai negara dunia lain mengecam pelancaran peluru berpandu nuklear dan balistik Korea Utara dengan menyatakan rejim komunis itu tidak mematuhi sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Ia berikutan ujian senjata berkenaan baru-baru menimbulkan ketegangan di Semenanjung Korea dan ancaman keselamatan serantau.

Selain itu, hubungan Putrajaya- Pyongyang tegang tahun ini apabila berlakunya pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong un, Kim Jong nam 46, mati dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 pada 13 Februari lalu.

Ia semakin meruncing apabila sembilan rakyat Malaysia dilarang meninggalkan negara itu ekoran krisis Putrajaya-Pyongyang.

Krisis itu bagaimanapun berakhir pada 30 Mac lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kesemua sembilan rakyat Malaysia selamat dibawa pulang ke tanahair.

K7L : Masihkah kau ingat..

28/09/2017

Bila Azmin Mahu Saman Utusan? - Pesta Arak Lulus Di Selangor?



Nah! Terpampang depan akhbar Utusan pasal Azmin dan Pesta Arak. Utusan Malaysia menyatakan Azmin Ali telah membenarkan Better Beer Festival 2017 diadakan di Selangor dengan prinsip menghormati hak kaum dan agama lain.

Selepas mendapat bantahan pelbagai pihak, Pejabat Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan dan mencabar Utusan Malaysia untuk mengeluarkan bukti bahawa Azmin Ali membenarkan Better Beer Festival 2017 diadakan di Selangor.

Pejabat Menteri Besar Selangor juga turut menuntut Utusan Malaysia memohon maaf tanpa syarat atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Sampai ke hari ini Utusan Malaysia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan memohon maaf kepada Azmin walaupun ugutan dibuat oleh Pejabat MB Selangor. Kenapa masih tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia?

Adakah Azmin Ali tidak berani mengambil tindakan kerana beliau sedar bahawa Utusan Malaysia tidak akan melaporkan berita tersebut tanpa bukti sahih?

K7L : Kata PPBM tak setuju.. senyap je..

Rafizi Tulis Cek Tendang Untuk Lengahkan Pembayaran?



“Demi bersangka mulia mungkin kaedah beliau agar cek tersebut ditendang kot supaya pembayaran dapat dilengahkan lagi, ulas Hanisya Abdul Hamid dalam Facebook. Petikan skrin cek itu dilampirkan Rafizi dalam facebooknya ketika menulis surat terbuka kepada Salleh.

Sahabat MyMassa mendedahkan Rafizi Ramli dipercayai sengaja menulis perkataan yang salah dalam cek yang dihantar kepada peguam Pengerusi Eksekutif NFC Corporation Sdn Bhd, Datuk Seri Salleh Ismail untuk memastikan tiada apa-apa pembayaran dibuat daripada penuntut hutang tersebut.


Satu perkataan salah ditulis ketika menulis cek berjumlah RM306,999.18 ditulis sebagai tiga ratus, enam ribu, sembilan ratus sembilan puluh sembilan dan sen lapas belas sahaja.


“Lapas belas atau lapan belas wahai Rafizi Ramli .. Ada angka lapas belas ke dalam kamus Bahasa Melayu?

Inilah dia manusia yang bukan sekali dua kalah di Mahkamah pasal memfitnah. Kini rakyat Malaysia kena tahu bahawa si penipu ini akan terus memfitnah sehingga kita tidak sangka fitnahnya tak tercapai dek akal.

K7L : Ini memang penipu semulajadi..

Doa MP Shah Alam Makbul? - Pesta Arak Lulus Di Selangor!





Menurut Facebok PAGE Tok Adi Justice Pesta arak telah diluluskan namun namanya sahaja ditukar. Seronoklah puak puak DAP. Khalid Samad tiga tahun lepas dah cakap penganjuran pesta arak ini tidak boleh dihalang. Setiap tahun, Khalid akan mempertahankan penganjuran pesta arak anjuran Carlbergs ini.

Kali ini sama juga, biarpun menggertak hendak saman Utusan, Azmin Ali tidak berani pula menyaman Sin Chew Daily yang melaporkan bahawa pesta arak sudah dibenarkan di Selangor tetapi ditukar nama lain.

Kenapa tukar nama? Mahu halalkan apa yang DAP mahukan. Itu sahaja.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) dilaporkan telah memberikan lampu hijau kepada “Centro Mall German F&B Festival” namun melarang pihak penganjur menggunakan perkataan ‘Oktoberfest’, merujuk kepada pesta bir yang diadakan setiap tahun pada bulan Oktober di Munich, Jerman.

Memetik laporan akhbar Sin Chew Daily, kebenaran itu diberikan Yang Dipertua MPK Datuk Mohamad Yasid Bidin mengambilkira acara berkenaan adalah majlis persendirian dan akan diadakan di tempat peribadi.

Ia juga melaporkan, MPK turut meletakkan syarat iaitu umat Islam tidak dibenarkan menyertai pesta itu dan perkataan ‘Oktoberfest’ tidak digunakan.

Selain itu, penganjur majlis juga disyarat mendapatkan kelulusan polis dan permit dari pejabat tanah dan kastam sebelum meneruskan acara tersebut.

Menurut akhbar Cina itu, walaupun ahli majlis MPK dari PAS mengundi ‘tidak’ untuk penganjuran acara itu tetapi Mohamad Yasid dilaporkan membuat keputusan selepas mendengar pandangan daripada semua ahli majlis yang hadir.

Majlis yang dirancang itu pada 12 hingga 13 Oktober bermula jam 5 petang hingga 11 malam, telah diadakan seperti tahun-tahun sebelumnya di Centro Mall.

Sebelum ini penganjuran acara seumpamanya, Better Beer Festival 2017, acara yang mempromosikan minuman keras, dibantah keras oleh sebilangan NGO Islam dan PAS.

Acara yang telah diadakan di Kuala Lumpur sejak tahun 2011 itu tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas alasan keselamatan.

di Selangor dalam diam diam, pesta ini sudah dibenarkan. DAP yang desak pesta arak ini diluluskan? Memang telah terbukti segala keputusan perlu tunduk dengan DAP.

K7L : Azmin pun dah jadi hanjing DAP?..

Ikan Murah Di Ampang dan Sekinchan - Jamal Yunos Buktikan Peraih Jahat?



Hari ini harga sekilo Ayam lebih murah daripada sekilo Ikan Kembung. Ramai yang menyalahkan Kerajaan sehinggakan GST dan bermacam lagi tohmahan seperti Kerajaan tak ada duit maka ambil duit dari Ikan dan macam-macam lagi cerita mengarut.

Dan hari ini DS Jamal Yunos akan buktikan bahawa harga Ikan murah tetapi ada pihak yang cuba main api dan ambil kesempatan dengan menaikkan harga ikan. Apapun kita mesti tolak orang tengah. Berikut adalah jadual penjualan Ikan oleh Team DSJY.

JELAJAH PROGRAM JUALAN IKAN SEGAR MURAH IKHLAS DARI DATUK SERI JAMAL YUNOS DI AMPANG DAN SEKINCHAN MINGGU DEPAN.

Program Jualan Ikan Segar Murah Untuk Mendesak Supaya Harga-Harga Ikan Di Pasaran Dijual Pada Harga Yang Munasabah Akan Diadakan Seperti Berikut :-

HARI : Sabtu
TARIKH : 30 September 2017
TEMPAT : Perkarangan Bangunan
UMNO Bahagian Ampang. No.100, Jalan
Lembah Jaya, 68000 Ampang, Selangor
MASA : 9 Pagi Sehingga Selesai

IKAN : 2,000KG (2 Ton Ikan disediakan)

HARI : Ahad
TARIKH : 01 Oktober 2017
TEMPAT : Perkarangan Sekin
Fisherman Village Hotel
& Resort, Jalan Pantai Redang Sekinchan.
MASA : 9 Pagi Sehingga Selesai

IKAN : 5,000KG (5 Ton ikan disediakan)

Senarai Harga Ikan Yang Dijual :

Ikan Kembung - RM5 Sekilo
Ikan Cencaru - Rm5 Sekilo
Ikan Selayang (Sardin) - Rm5 Sekilo
Ikan Mabong - RM5 Sekilo

 (2KG Sahaja Untuk Seorang)


K7L : Jangan kata BN tak payongggg...

27/09/2017

Guan Eng Lebih Bimbangkan Terowong Berbanding Mangsa Banjir?

 


Bukan main sombong lagi Guan Eng Berlagak tidak kena tempat. Patutlah orang panggil Guan Eng sebagai ‘tokong” DAP. Ini kenyataan berlagak Guan Eng. Keris kongsikan tulisan Beruang Biru untuk tatapan semua.

"Satu-satunya cara untuk menjadikan ia kenyataan ialah menukar perdana menteri, kemudian baru kita boleh dapat kebenaran membina LRT” kata Guan Eng semalam dalam satu ceramah di Bayan Baru.

Hendak salahkan Perdana Menteri pula sebagai punca Guan Eng gagal buat LRT. Ini satu lagi hujah bodoh Guan Eng.

Yang perlu rakyat Pulau Pinang tukar adalah Guan Eng dan kerajaannya. Apa rakyat Pulau Pinang hendak tunggu sampai Pulau Pinang tenggelam baru hendak tukar Guan Eng? Hendak buat LRT apanya, masalah banjir pun Guan Eng terkial kial menyelesaikannya.

Rakyat sudah tahu bahawa Guan Eng sudah gagal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Kerajaan DAP yang ditadbir oleh Guan Eng gagal kerana sudah menggadai tanah Pulau Pinang, gagal kerana banyak kilang sudah ditutup, gagal kerana terlibat dengan rasuah dan gagal atasi masalah banjir di Pulau Pinang.

Beruang Biru sebelum ini sudah mengupas 10 kegagalan Guan Eng ini. Baca pautan berikut ;

Beruang Biru

Ini bukti bahawa Guan Eng gagal, itu belum termasuk isu kilang haram yang membabitkan kematian tujuh orang penduduk di Sungai Lembu dan ribuan orang lagi mengalami masalah kesihatan.Juga gagal diselesaikan oleh Guan Eng.

Baru baru ini, Guan Eng mengaku terlupa salur RM22 juta untuk buat projek tebatan banjir. Sebelum itu lagi, Guan Eng sudah dapat RM40 juta duit tebatan banjir di Bayan Baru dan RM150 juta yang disalurkan oleh Kerajaan BN Pusat. Mana hilang semua duit itu? Banjir tetap juga berlaku.

Hendak tukar Datuk Seri Najib macam mana? Duit bantuan selesaikan banjir pun Guan Eng minta dengan kerajaan pusat yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib. Pada 7 November 2016, di Dewan Rakyat, Guan Eng telah meminta bantuan daripada Kerajaan Pusat supaya mempertimbangkan penambahan peruntukan bagi mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang.

“Kementerian telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta dan tentunya saya akan minta pegawai saya menghubungi kementerian untuk melaksanakan projek ini (tebatan banjir) secepat mungkin” kata Guan Eng. Secepat mungkin?

Sesudah hampir setahun berlalu, banjir tetap juga berlaku. Guan Eng kata ada RM22 juta terlupa salur. Kerajaan BN Pusat sudah beri duit yang diminta Guan Eng. Bila dapat duit, mengapa banjir tetap juga berlaku? Ini salah Guan Eng sebenarnya, dia yang gagal sebenarnya hendak uruskan masalah banjir ini.

Menyelesaikan masalah banjir bukanlah perkara yang boleh dibuat main oleh Guan Eng dan DAP. Janji selesai banjir ini terkandung dalam manifesto DAP dan Guan Eng. Janji Guan Eng yang tidak boleh dipakai langsung.

Ini yang Guan Eng sebut pada 15 Disember 2013, “Kami berjanji. Kalau kami menang di Pahang dan kalau kami (DAP) menang di Putrajaya. Beri kami satu penggal dan banjir di Pulau Pinang akan diselesaikan” . Kata kata Guan Eng ini disebut dalam ucapannya di Konvensyen DAP di Shah Alam.

Bila Kelantan banjir besar pada penghujung tahun 2014, bukan main lagi Guan Eng hina Kelantan dan tuduh kerajaan PAS sebagai rasuah kerana gagal atasi banjir.

“Bila banjir besar berlaku, kamu lihat. Saya cakap terus-terang, saya tak perlu rasa segan. Masa banjir, kerajaan Kelantan macam mana? Macam tak ada kerajaan! Kenapa? Kerana tidak boleh buat kerja! Jadi bebas rasuah (sahaja tidak cukup), kena boleh buat kerja” kata Guan Eng dalam Sin Chew Daily pada 27 Januari 2015.

Hari ini, siapa sebenarnya yang perasuah dan gagal atasi banjir setelah wang dari kerajaan pusat pun sudah disalur untuk projek atas banjir? Siapa yang masih ada kes rasuah di mahkamah? Orang itu tidak lain tidak bukan adalah Guan Eng sendiri.

Tahun 2016, bila banjir berlaku di Pulau Pinang. Guan Eng kata salah kerajaan BN dan minta kerajaan BN yang salur pampasan. Tahun ini, Guan Eng sendiri sudah hilang akal hendak salahkan siapa lagi. Duit tebatan banjir sudah kerajaan BN beri, maka Guan Eng mula menyalahkan ribut sebagai punca banjir.

Banjir belum mampu hendak diselesai. Duit kos kajian terowong sampai RM305 juta. Sejumlah RM135 juta sudah pun diserah pada kontraktor untuk buat kajian terowong. Duit mangsa banjir beri RM400 sahaja, tetapi untuk kaji terowong masih belum siap siap sudah habis sampai berjuta juta.

Inilah cekapnya kerajaan DAP menggunakan duit. Kos kajian terowong lebih penting dari mangsa banjir. Itu pun ada angan angan hendak buat LRT, yang kosnya RM27 billion lebih mahal dari buat MRT yang hanya berkos RM21 billion untuk 51km dan ada 31 stesen.

Berbanding LRT yang Guan Eng hendak buat yang panjangnya hanya 15km dari Komtar ke Bayan Baru yang telan belanja RM6 billion lebih mahal dari buat MRT. Bagaimana boleh sebegitu mahal LRT yang Guan Eng hendak buat ini?

Berapa kos kajiannya? Adakah empat kali ganda mahal seperti kos kajian terowong? Datuk Seri Najib buat MRT lebih murah berbanding LRT yang dicadang Guan Eng. MRT yang dibuat adalah lebih moden dan setaraf dengan kemudahan yang ada di luar negara.

Guan Eng perlu cermin muka sendiri. Usahlah cakap benda yang boleh menampakkan kebodohan diri sendiri. Eloklah Guan Eng tiru macam Mahathir, naik dulu MRT dan rasainya sendiri.

Barulah dapat beza antara LRT dan MRT. Banjir pun tidak mampu selesai, ada angan angan hendak buat LRT. Lagi sedih bila tengok Guan Eng sendiri tidak tahu beza mana satu lebih baik antara LRT dan MRT.

K7L : Jangan ada job cat LRT berjuta pula nanti..

Rapiji Kumpul Derma Untuk Saman Tapi Tak Bayar Saman?



Pihak National Feedlot Corporation (NFC) dan Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail memulakan tindakan mahkamah untuk mengisyitiharkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai muflis kerana gagal membayar saman sebanyak RM 300,000 kepada NFC & Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail kerana didapati bersalah memfitnah.

Kemudian Rafizi yang berlagak tunjuk siapa derma dekat dia. Nak tunjuk dia telus kononnya tapi akhirnya kita dapat tahu dia dapat derma lebih kurang RM1.5 Juta tapi digunakan untuk benda lain.

Saman tak bayar pula? Keris teringat petikan kenyataan dalam FB Rafizi (Klik Sini)

Wang RM500,000+ itu adalah simpanan sepanjang saya berkhidmat di firma perakaunan di London, di PETRONAS dan di Pharmaniaga. Ia bukan derma dari sesiapa.

OK! Sekaranrg ada duit kenapa tak bayar saman. Tahukah kamu semua RAFIZI TELAH KALAH DI MAHKAMAH DAN DISAMAN KERANA MEMFITNAH? Kini dia sudah muflis, mengapa tidak selesaikan saman?


K7L : Fitnah banyak sangat...

Rafizi Nak Tawan Arau Daripada BN?




Tersembur air daripada mulut bila baca pasal posting Ketua Pemuda UMNO Perlis, Syed Atief. Kempen dia adalah dengan buka McDonald oleh Pakatan di Perlis. Hahahahaha! Weyh ingat ni bertanding MPP Universiti ke cerita pasal Mcdonald ni? 

Paling hebat berjanji di hadapan 50 orang yang belum tentu orang Arau yang ada 42000 orang pengundi berdaftar. Apa masalah Rafizi sebenarnya? Betul-betul dah tak ada modal menipu rakyat. 

Dia ingat orang Perlis boleh buat ayam kot. Perlis sehingga hari ini konsisten menyokong Barisan Nasional kerana mereka tahu Pakatan boleg bagi McDonald yang rakyat keluar duit sendiri nak makan sahaja tetapi Barisan Nasional kekal membela rakyat.


Mungkin atas sebab tak pandai kira, sampai hari ini Rafizi tak bayar saman walaupun jumlah derma haram di sisi undang-undang SSM terkumpul sebanyak RM1.5 Juta?

K7L : Belajar sifir balik ni...

Projek Empangan Bakun - Apa Salah Mahathir?



10 FAKTA MENARIK YANG MUNGKIN ANDA TIDAK KETAHUI MENGENAI PROJEK EMPANGAN BAKUN

1. Projek Bakun bukanlah idea Tun Dr Mahathir Mohamed seperti didakwa beberapa pihak. Sebaliknya rancangan pembinaan empangan itu telah bermula seawal tahun 1960-an melalui kerja-kerja mengukur tanah dan beberapa kajian yang dilakukan pada tahun 1980-an.

2. Perancangan Projek Bakun telah dipertimbangkan untuk diteruskan pada 1986, tetapi ditangguhkan pada tahun 1990 disebabkan unjuran kegunaan elektrik yang merosot susulan kemelut ekonomi 1985 dan keputusan untuk memberi fokus kepada pembangunan industri gas asli negara.

3. Pada tahun 1993, Dr Mahathir yang merupakan Perdana Menteri ketika itu telah mencadangkan agar Projek Bakun diteruskan. Pembinaan Empangan Bakun telah dimulakan pada 1994 dengan jangkaan masa siap selama 10 tahun, tetapi ditangguhkan sekali lagi pada 1997 atas alasan krisis ekonomi negara.

4. Projek Bakun telah diswastakan kepada Bakun Hydro-Electric Corporation (BHC) yang diketuai oleh Ekran Berhad milik taikun pembalakan dan juga sahabat baik Dr Mahathir, Tan Sri Tim Phek Khiing dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB), kerajaan negeri Sarawak, Sarawak Electricity Supply Corporation (Sesco), dan Malaysia Mining Corporation Bhd (MMC).

5. Penswastaan Projek Bakun telah menimbulkan kontroversi apabila Ekran Berhad diberikan projek tersebut tanpa tender, walaupun tidak mempunyai pengalaman berkaitan pembinaan empangan. Hal tersebut dibangkitkan semasa sidang Dewan Rakyat pada 12 April 1994 oleh Ahli Parlimen Pasir Puteh (ketika itu), Datuk Wan Omar Wan Majid.

6. Dr Mahathir telah mengarahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) untuk membekalkan pinjaman sebanyak RM5.75 bilion bagi pembinaan Projek Bakun, namun sehingga kini kedua agensi simpanan terbabit masih belum menerima laba (keuntungan) pinjaman dalam projek berkenaan.

7. Ekran Berhad telah menuntut bayaran RM2.2 bilion dari kerajaan Malaysia akibat keputusan Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan projek berkenaan. Namun melalui rundingan, kerajaan ketika itu telah bersetuju membayar pampasan ‘kontroversi’ berjumlah RM712.9 juta kepada Ekran Berhad.

8. Tan Sri Tim Phek Khiing sekali lagi diberikan tender membina empangan kekotak (cofferdam) berjumlah RM200 juta melalui syarikat Global Uphill Sdn Bhd pada 2001 oleh Dr Mahathir Mohamed atas alasan bahawa ahli perniagaan tersebut merupakan seorang yang ‘jujur’.

9. Empangan Bakun telah disiapkan pada 2012 di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dengan kos RM 15 bilion, 2.5 kali ganda dari nilai asal, RM6 bilion akibat kelewatan pembinaan, pembayaran pampasan dan kos tambahan yang timbul. Empangan Bakun telah ditauliahkan pada Julai 2014.

10. Pada Ogos 2017, kerajaan Sarawak melalui anak syarikatnya, Sarawak Energy Berhad (SEB) telah menandatangi perjanjian dengan Kementerian Kewangan Malaysia dengan nilai RM2.5 bilion, menjadikan negeri itu sebagai pemilik rasmi Empangan Bakun.

K7L : Tq Wak sebab bagi Info..

26/09/2017

Mahathir Dimaki Perwakilan DAP Sebagai Pelacur Dan Bapa Ayam?


Ini adalah kata-kata Tun Mahathir terhadap Lim Kit Siang. Bukan benda baru lagi tetapi apabila Mahathir mengetuai blok pembangkang, DAP sanjung Mahathir umpama Firaun mereka.



Lihat sendiri kemesraan mereka setelah mereka berada di penghujung usia. Sebelum ini lain pula. Kecelaruan politik yang akhirnya akan memusnahkan rakyat Malaysia

Apapun kita mesti lihat video daripada Perwakilan DAP yang begitu lantang menyelar kehadiran Mahathir untuk bekerjasama dengan DAP. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng ingin menerajui DAP secara diktaktor seperti Mahathir?


Kini Guan Eng terlupa akan masalah banjir di Pulau Pinang, abaikan kesengsaraan mereka dengan salahkan hujan. Pegri makan sedap-sedap dalam majlis makan malam DAP.

Apakah rakyat Pulau Pinang masih lagi mahu memilih DAP untuk terajui Pulau Pinang tidak lama lagi?



K7L : Beringatlah wahai rakyat Malaysia..

Habislah! Azmin Sudah Jual Negeri Selangor Kepada Negara China?




Ini satu persoalan yang perlu Keris tanya kepada penyokong pembangkang yang sibuk bersetuju dengan dakyah palsu terutama Tun Mahathir yang memperbodohkan rakyat Malaysia dengan mengatakan Malaysia sedang dijual kepada negara China oleh DS Najib Razak kerana menerima pelaburan China di Malaysia.

Menurut MyMassa, akyat Selangor membanjiri akaun FB rasmi Azmin Ali dengan komen berbaur kritikan dan sindirian selepas Menteri Besar dari PKR itu berkunjung ke China untuk menarik pelaburan ke negeri ini.

Rakyat bukanlah marah dengan usaha Azmin memajukan negeri ini tetapi kecewa dan menyampah terhadap sikap para pemimpin Pakatan Harapan yang tak ubah seperti talam dua muka.


Kita masih ingat ketika DS Najib Razak berusaha membawa lebih RM300 bilion pelaburan asing ke negara ini, mereka melontarkan pelbagai tohmahan ke atas Perdana Menteri Malaysia itu seperti menggadai maruah negara dan menjual kedaulatan tanah air.



Azmin Ali turut tidak terkecuali mengkritik beliau. Apa sahaja yang tidak dihamburkan terhadap Najib.. masih ingat kata-kata Azmin, “Najib Razak adalah Perdana Menteri paling bodoh!” ketika berucap dalam satu majlis baru-baru ini selepas China bersetuju melabur dalam projek ECRL? Malangnya, inilah standard Menteri Besar PKR!

Justeru, jika kita memakai logik yang sama, maka boleh juga disimpulkan bahawa Azmin Ali ialah Menteri Besar paling bodoh dalam sejarah Selangor kerana mahu menjual negeri ini kepada orang China selepas berjaya menggadaikan maruah negeri berdaulat ini kepada IKEA pada nilai hanya RM1 bilion sahaja bulan lalu.

Sekarang, anda dipersilakan meludah ke muka Azmin dan muka anda sendiri kerana kebodohan anda menyebabkan Selangor bakal tergadai sepenuhnya.

K7L : Rejim Ubah Selangor!...

Ahli Pengurusan Petronas Dedahkan Petronas Dipaksa Najib Keluar Wang Lebih?



Keris amat bersetuju dengan Lim Sian See yang mengatakan dakwaan yang tersenarai di Whatsapp fitnah yang kononnya datang dari "ahli pengurusan Petronas" yang tidak bernama bahawa Najib kejam kepada Petronas dan memaksa Petronas membayar wang berlebihan sehingga menjejaskan perkembangannya adalah tidak benar.

Kalau betul dakwaan itu, takkan Petronas mampu bina projek2 gergasi seperti Pengerang, projek gas Kanada dan Australia dan lain-lain - semua yang dilaksanakan selepas Najib menjadi Perdana Menteri..

Cuba kita banding status kewangan Petronas:

Tahun 2003 (tahun terakhir Tun Mahathir memerintah)

– Jumlah aset Petronas: RM177.8 bilion
- Wang Tunai Petronas: RM55 bilion
Sumber : petronas.com.my

Jun 2017 (kini)

– Jumlah aset Petronas: RM602 bilion

- Wang Tunai Petronas: RM125 bilion:

Sumber : petronas.com.my

Jelas bahawa selepas Tun M tidak lagi memerintah, kedudukan kewangan Petronas jauh lebih kuat di bawah DS Najib.


Menurut LSS : 

Sebaliknya, semasa Tun M ialah PM beliau terkenal sangat terkenal menyalahgunakan wang Petronas e.g Bail out syarikat transportasi Mirzan, bail out Proton, bayar berbilion untuk tanah KLCC lepada kroni Ananda walaupun kerajaan sudah boleh ambil balik tanah itu dengan murah, bina bangunan Dayabumi yang kini tidak bernilai, bail-out BMF beberapa kali,

Ini tidak termasuk Tun M memberi kontrak berbilion2 kepada syarikat anaknya Kencana Petroleum semasa dia penasihat Petronas selepas bersara - suatu konflik of interest yang amat besar.

Sudah-sudahlah Pakatan Harapan yang suka menyebarkan ratusan propaganda fitnah melalui Whatsapp tiap-tiap tahun.



Ini pesanan terbaik daripada LSS :

"Yang cipta Whatsapp fitnah berdosa. Yang sebar fitnah pun berdosa."
K7L : Malu sikit yang sebar benda tak betul..

Ketua Cabang PKR Keluar Parti - Kecewa Wan Azizah Duduk Dengan Mahathir?



Bekas Ketua Cabang PKR Puchong, S. Murali hari ini mengumumkan keluar parti secara rasmi ekoran hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Keputusan itu dibuat berikutan presiden PKR itu telah memilih Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

“Saya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mulai hari ini (20 September 2017), kerana hilang kepercayaan terhadap pimpinan parti yang melantik bekas presiden UMNO Tun Mahathir untuk jawatan Pengerusi Pakatan Harapan.


“Dan tidak memberi keutamaan kepada kaum India (Tamil) dalam jawatankuasa Pakatan Harapan,” katanya yang dipetik melalui laman sosial Facebook miliknya semalam.



PKR terus dihimpit kemelut dalaman parti ekoran masih ada pemimpin yang tidak berpuas dengan struktur kepimpinan dalam PH. Julai lalu, Mahathir diumum sebagai Pengerusi PH dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ketua Umum PH, jawatan yang sama disandang beliau dalam PKR.


Isteri Anwar, Wan Azizah pula dilantik sebagai Presiden gabungan empat parti pembangkang itu. Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden PH.

Murali adalah antara individu yang lantang menyuarakan penyelewengan dalam parti. Beliau sebelum ini pernah mendakwa ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar atas tuduhan menyeleweng dana untuk membantu mangsa banjir.

Murali mendakwa kakitangan pusat khidmat DUN Sri Andalas mengisi borang bantuan dengan pensil untuk menyeleweng bantuan berkenaan. Kini kita lihat ramai orang lama telah 'angkat kaki'. 

K7L : PKR bakal terkubur?..

25/09/2017

Kenapa Azmin Ali Takut Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah?



Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu berlagak sombong kononnya pentadbiran beliau bersih sehingga enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kerana terbukti beberapa kes penyelewengan dan salah guna kuasa sudah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Noh Omar berkata, serbuan SPRM dalam skandal melibatkan Pemerbada­nan Menteri Besar (MBI), Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) dan Universiti Selangor (Unisel) serta beberapa laporan lain antaranya isu penjualan tanah di Ijok membuktikan betapa pentadbiran Mohamed Azmin memerlukan dokongan integriti daripada pihak SPRM.

Pada masa yang sama, beliau turut menyelar sikap Mohamed Azmin yang tidak menghormati undang-undang serta ins­titusi seperti SPRM, sedangkan suruhanjaya tersebut dibentuk bagi memerangi jenayah rasuah di negara ini.

“Dia (Mohamed Az­min) jangan ingat pembangkang ini malaikat? Macam maksum sangat hingga tidak ada salah. Sepatutnya perlu ada pihak ketiga yang melakukan proses semakan dan yang terbaik dalam isu rasuah ini adalah SPRM. Jadi, janganlah nak menga­-
buri mata rakyat dengan sikap ego, se­olah-oleh mereka ini te­lus sehingga tidak perlu menandatangani IBR.

“Jika telus dalam soal integriti mengapa sejak akhir-akhir ini ada beberapa kes yang telah dilaporkan kepada SPRM? Skandal MBI hingga Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri terkejut, isu pembe­lian tanah di Ijok dan banyak lagi,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Bulan Kebajikan Negara 2017 peringkat Selangor di sini hari ini.

Yang turut hadir Pegawai Kemajuan Selangor, Datuk Mohd. Rosli Ramli dan Pengarah Kebajikan Masyarakat negeri, Mohammad Hanafi Maulud.

Isnin lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad sekali lagi melahirkan kekecewaan beliau terhadap sikap Mohamed Azmin yang bukan sahaja enggan menandatangani IBR malah seperti 'melarikan diri' daripada kempen antirasuah dan salah guna kuasa apabila tidak memenuhi jemputan yang diberikan meskipun program itu dilangsungkan di Selangor.

Mengulas lanjut, Noh berkata, Mohamed Azmin sepatutnya berasa malu dengan kenyataan beliau sendiri yang mendakwa pendekatan kerajaan negeri dalam memerangi rasuah adalah lebih baik daripada dilakukan SPRM kerana sebelum ini, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sendiri pernah membangkitkan soal salah guna kuasa dalam pentadbiran Selangor.

“Saya tahu dia tidak mahu tandatangan kononnya nak tunjuk kepada rakyat bahawa kerajaan negeri bersih dan tak perlukan IBR pun, tetapi yang persoalkan kepimpinan Mohamed Azmin dalam kalangan PKR ini, bukan setakat Rafizi sahaja, malah Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) sendiri pun ada buat laporan kepada SPRM,” katanya. 

Tetapi sekurang-kurangnya dia sendiri percaya bahawa kalau dia tandatangan bermakna segala gejala rasuah yang sedang dijalankan akan terbongkar. Apapun kita minta pihak berkuasa jangan tutup sebelah mata.

Jika MB itu datang daripada BN, seluruh keluarga sampai moyang dihina bagai. Tetapi kalau daripada pembangkang bukan main senyap lagi. Apapun kita tunggu dan lihat sampai bila tupai bisa melompat.

K7L : Jangan salah lompat nanti jadi sampah..

#DELeaks - Strategi Azmin Untuk Jadi MB Selangor Didedahkan?


(klik gambar untuk besarkan imej)


KEBANGSATAN AZMIN ALI : JALAN BELAKANG YANG JIJIK DAN HINA

Kelmarin, Azmin Ali menyambut ulang tahun ketiga pelantikannya sebagai Menteri Besar Selangor ke-15.  Lebih manis, sambutan kali ini dibuat selepas Azmin berjaya menjual negeri ini kepada orang-orang kaya di China dalam apa yang didakwanya sebagai usaha menarik pelaburan asing ke Selangor.

Elok sekiranya kita singkap sedikit bagaimana anak didik Anwar Ibrahim ini diangkat sebagai Menteri Besar. Anak-anak muda khususnya yang baru nak berjinak dengan politik negara perlu tahu sejarah ini.

Tidak seperti kebanyakan Menteri Besar atau Ketua Menteri lain, Azmin naik melalui ‘jalan belakang’ yang serba tempang. Jalan belakang ini dikenali sebagai Langkah Kajang atau Kajang Move. Strategi penuh licik, jijik dan hina ini diatur oleh bekas Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dengan izin dan restu oleh Ketua Umum (Ketum), Anwar bin Ibrahim dan Presiden, Wan Azizah (Nek Wan).

Secara umumnya, Langkah Kajang direncanakan sebagai jalan singkat untuk menabalkan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu selepas PKR gagal memaksa Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Khalid Ibrahim berundur secara terhormat.

Berikut kami nukilkan semula catatan-catatan penting di sebalik langkah politik paling bangsat ini :-

27 Januari 2014 – ADUN Kajang, Lee Chin Cheh dipilih sebagai korban pertama Kajang Move. Beliau mengumumkan peletakan jawatan sekaligus mengosongkan kerusi DUN tersebut. Rafizi Ramli kemudiannya tampil melalui satu kenyataan memaklumkan pengosongan ini diterima dan direstui kepimpinan parti bagi membuka jalan kepada Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan penyandang sedia ada, Tan Sri Khalid Ibrahim.

11 Mac 2014 – Penamaan Calon | Selepas Anwar didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, PKR terpaksa menaikkan Wan Azizah selaku calon. Ketempangan pertama Langkah Kajang dikesan. Wan Azizah bukan pilihan terbaik. Banyak masalah akan timbul tetapi Rafizi terpaksa meneruskan ideanya meskipun dibantah oleh Ambiga, Latheefa Koya dan beberapa orang pemimpin pembangkang lain terutamanya daripada PAS.

23 Mac 2014 – Hari PRK | Wan Azizah diumumkan sebagai pemenang. PKR berusaha mencadangkan nama Wan Azizah sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim. PAS menolak. Desas-desus semakin kuat mengatakan Sultan Selangor juga tidak bersetuju.

3 April 2014 – Tan Sri Khalid Ibrahim dipaksa letak jawatan tetapi beliau enggan. Percakaran dalaman PKR semakin parah. Rafizi diminta menyelesaikan kemelut yang berlaku. Dengan kerjasama beberapa orang pemimpin PKR yang lain seperti Saifuddin Nasution dan Azmin Ali sendiri, Rafizi merancang fitnah besar ke atas Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mei – Jun 2014 – Perpecahan PKR semakin ketara | PKR Selangor berpecah kepada dua kumpulan besar iaitu Kumpulan TS Khalid Ibrahim dan Kumpulan Wan Azizah. Pemilihan PKR Selangor berlangsung dalam suasana tegang termasuk pergaduhan antara penyokong yang tidak berpuas hati antara satu sama lain. Akhirnya TS Khalid Ibrahim tewas dalam pemilihan dan dipaksa letak jawatan selaku Menteri Besar.

Jun – Julai 2014 – Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang menyatakan sokongan terbuka kepada TS Khalid Ibrahim dan menolak cadangan pelantikan Wan Azizah. Hadi memberi alasan tiada sebab untuk TS Khalid Ibrahim diturunkan, sementara Wan Azizah pula seorang wanita warga emas yang tidak layak memimpin negeri.

1 Ogos 2014 – Lim Guan Eng mewakili DAP mula masuk campur dan menyatakan sokongan kepada Wan Azizah.

4 Ogos 2014 – Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution mendedahkan bukti 90 muka surat salah laku TS Khalid Ibrahim. Fitnah pertama saiz mega rekayasa oleh Rafizi Ramli dan Azmin Ali ini mula diusung ke seluruh pelosok negeri melalui ceramah, forum dan sebagainya.

5 Ogos 2014 – Bersandarkan bukti 90 muka surat tersebut, Lembaga Disiplin PKR hantar surat tunjuk sebab kepada TS Khalid Ibrahim bagi mendesak beliau berundur dalam tempoh 7 hari.

9 Ogos 2014 – TS Khalid Ibrahim dipecat secara rasmi daripada PKR tetapi beliau masih enggan melepaskan jawatan selaku Menteri Besar Selangor kerana percaya masih mendapat sokongan majoriti dewan dan tiada arahan rasmi daripada Istana. Azmin Ali mula hasut ahli-ahli DUN dari PAS dan DAP agar mengundi tidak percaya ke atas TS Khalid Ibrahim. Akibat tekanan pelbagai sudut termasuk ke atas keluarganya, akhirnya TS Khalid berundur sebagai korban kedua Kajang Move sekaligus memberi kemenangan awal kepada Azmin Ali.

23 September 2014 – Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar ke-15 menggantikan TS Khalid Ibrahim. Namun Azmin bukan pilihan utama Sultan Selangor sebaliknya calon ketiga dan terakhir selepas Wan Azizah ditolak oleh Istana manakala PAS pula enggan menyahut cadangan menghantar calon untuk dipersembahkan kepada Sultan.

Demikian secara ringkas bagaimana Azmin Ali naik jadi Menteri Besar melalui jalan paling bangsat dalam sejarah politik di Selangor.

Lebih bangsat, selepas dinobatkan sebagai Menteri Besar, Azmin dengan penuh dendam dan keangkuhan telah memecat pegawai-pegawai kerajaan negeri yang pernah berkhidmat dengan Tan Sri Khalid Ibrahim manakala peruntukan untuk DUN Pelabuhan Klang pula dihentikan serta merta sebagai balasan terhadap bekas Menteri Besar itu.

Selesai bahagian pertama KEBANGSATAN AZMIN ALI.

-D.E Leaks

K7L : Nah terduduk kau kalau baca...

Jangan Hina Guan Eng! Ini Jasa Beliau Sejak 2008 Di Penang!



Tak mahu cakap banyak lagi. Tidak kisah bangsa manapun di Pulau Pinang, harus sedar DAP yang kononnya menjadi wira selepas merampas daripada BN pada tahun 2008 telah berbohong kepada rakyat. 

Kini kesan banjir tak pernat menjadi lebih baik saban tahun. Sepatutnya jadi lebih baik sebab katanya DAP lebih tahu memerintah berbanding Gerakan di Pulau Pinang. Dan sehingga hari ini setelah dua penggal, masih lagi DAP menyalahkan hujan sebagai punca banjir.

Inilah kesan daripada projek-projek mega tanpa kawalan yang akhirnya menyebabkan bencana berlaku setiap tahun. Kerakusan tamakkan wang inilah yang akhirnya menyusahkan rakyat Pulau Pinang.

Beringatlah. Tak kira bangsa apa sekalipun kena beri semula kuasa kepada BN. Kini DAP hanya tahu salahkan orang lain sehinggakan Hujan sendiri dipersalahkan dan ada pula ADUN yang suruh tanya Tuhan kenapa turunkan hujan.

K7L : Sudah tiba masa. Mari Bina semula Pulau Pinang!

Sindrom Tak Tahu Mahathir Bukan Benda Baru! #MadeyTakTahu



Tun Mahathir berkata dia "tidak tahu" mengenai kerugian RM32.5 billion urusniaga mata wang Bank Negara ketika dia memerintah. Persoalannya apakah benar dia tidak tahu langsung atau ianya sekadar alasan dan "exit strategy" untuk tutup kes.
Ini bukan kali pertama Tun Mahathir gunakan strategi “tidak tahu” ini. Kita ambil isu kapal selam Scorpene, Mahathir menyatakan beliau tidak tahu menahu tentang pembelian kapal tersebut, padahal proses pembelian dilakukan ketika dia menjawat jawatan Perdana Menteri.

Dalam buku bertajuk "Surat Terpilih Dr Mahathir Kepada Pemimpin Dunia", mukasurat 218, menyatakan pada tahun 1998, Perdana Menteri, Perancis dan Mahathir bertukar-tukar empat pucuk surat. 

Dalam kandungan surat itu menyatakan bahawa Malaysian Airlines (MAS) akan mendapat lebih hak mendarat di Paris, dan Malaysia akan mendapatkan dua kapal selam buatan Perancis iaitu jenis Scorpene yang akan dihantar pada 2009. 

Perjanjian ini dibuat pada zaman Mahathir. Maka amat tidak munasbah Mahathir berkata tidak tahu seperti apa yang ditulis dalam Free Malaysia Today pada 2 Ogos 2017. 

Masa laporan 1MDB boleh pula tahu semua benda. Amat pelik dan mustahil bagi seorang PMyang berkuasa selama 22 tahun untuk tidak tahu. Ini amat pelik. Apakah kerana Tun Mahathir sekarang berada bersama sama pihak pembangkang, maka semua benda dia cakap tidak tahu. 

Tidak tahu lagi bahawa Anwar Ibrahim seorang peliwat dan tidak tahu lagi Kit Siang adalah bapa segala rasis. Sampai begitu sekali Tun Mahathir tergamak buat semata mata untuk dapatkan kuasa?




K7L : Jenis salah sendiri tak tahu.. salah orang je nampak..

24/09/2017

Akhbar Cina Ramal DAP Tak Boleh Hidup Tanpa PAS?


Keris bersetuju dengan pandangan oleh MyMassa. Kini DAP dalam keadaan yang sangat terdesak untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Selama hari ini mereka selesa dengan undi daripada penyokong PAS.

Ketiadaan PAS dalam Pakatan Harapan (PH) menyebabkan DAP berisiko kalah di kawasan separa bandar di Selangor pada PRU 14. China Press melaporkan tiga kawasan separa bandar yang sebelum ini dimenangi DAP, bakal menghadapi cabaran genting, iaitu Sungai Pelek di Sepang, Kuala Kubu Bahru di Hulu Selangor dan Teluk Datuk di Kuala Langat.


DUN Sungai Pelek, Kuala Kubu Baharu dan Teluk Datuk merupakan tiga kawasan daripada 15 kerusi yang dimenangi DAP pada PRU 13. ADUN Teluk Datuk, Loh Chee Heng yang ditamatkan keahlian parti sudah pasti tidak akan bertanding semula di bawah panji DAP pada PRU akan datang.

ADUN Sungai Pelek, Lai Nyuk Lan pula dilaporkan bakal digugurkan kerana rekod perkhidmatan yang kurang memuaskan. Masing-masing Teluk Datuk dan Sungai Pelek pernah menjadi kubu kuat MCA malahan berjaya dipertahankan parti itu pada 2008 ketika kawasan lain jatuh ke tangan DAP dan PKR.

Daripadanya, Sungai Pelek berada dalam keadaan berisiko tinggi buat DAP dan ia mungkin dirampas semula oleh MCA dalam PRU-14. Sementara itu, DAP juga berasa cuak di Kuala Kubu Bharu selepas berlaku pertambahan pengundi Melayu yang kini menyumbang 40 peratus pengundi kawasan itu, iaitu hampir sama dengan jumlah pengundi Cina.

Pada PRU sebelum ini, pola pengundi di DUN Kuala Kubu Bharu adalah Melayu 32.3%, Cina 45.5% India 21.5% dan lain-lain 0.7%. Pola pengundian di DUN Teluk Datuk adalah Melayu 33.2%, Cina 22.7%, India 16.2% dan lain-lain0.2%, manakala di DUN Sungai Pelek; Melayu 40.7%, Cina 37.5%, India 21.6% dan lain-lain 0.2%.

Amanah dan PPBM seperti tidak dapat meraih sokongan orang Melayu dan menjadikan DAP lebih bimbang.

K7L : Azmin jangan cakap lah dia punya goyang sampai nak tukar tempat bertanding..

Mahathir Samakan Mereka Yang Bermatian Sokongnya Sebagai Sampah?



Sungguh tidak ku sangka. Begini teruk sekali Tun Mahathir melabel mereka yang telah keluar daripada PPBM. Setuju atau tidak mereka yang telah keluar itu sebenarnya adalah penyokong tegar Tun Mahathir yang sanggup bergolok gadai demi Tun Mahathir.

Dek kerana mereka tidak bersama dalam parti, mereka terus diibaratkan sama seperti sampah. Dahsyat sungguh cara politik PPBM. Sudahlah Presiden Parti hanya boneka dan pak turut, orang-orang kuat juga dipanggil sampah.

Inilah taraf pemikiran si tua yang sepatutnya bersara terus dalam politik. Sampah keluar lebih bagus katanya. Malahan cytro PPBM juga terus menerus menghina mereka yang telah digelar sampah.

Sekarang kita fikir sedalam-dalamnya. Dengan faktor umur dan ketokohan yang ada pada Tun Mahathir, sajakkah beliau untuk berkata begitu? Maka benarlah kata bidalan orang lama. Nak lihat perangai sebenar tunggulah hari tua.

K7L : Dia gol parti pun gol sama..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk