26/02/2012

Isu Khalwat @drbadrulamin Jejaskan Ceramah Jentera PKR Pahang?



Insiden memalukan PKR dimana Ustaz Badrul Amin telah ditangkap khalwat di Swiss Garden Hotel, Kuantan dengan isteri orang oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Menurut sumber, wanita tersebut dikatakan bekerja sebagai juruteknik di sebuah kolej komuniti di kawasan Rompin. Difahamkan Badrul Amin hadir di Kuantan untuk menyertai Temurapat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di MS Garden And Spa, Kuantan yg dijadualkan pada 24-25 Feb 2012 .

Diperkatakan 'Manager On Duty Hotel Swiss Garden telah memanggil salah seorang kepimpinan PKR yang turut menyertai majlis itu untuk memaklumkan penangkapan tersebut. Badrul Amin yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan PR Selangor bertaraf Exco Kerajaan Negeri dilihat seumpama menjadi punca kegagalan ceramah di Pahang.


Gagal! Itu yang dapat Keris gambarkan suasana ketika ceramah perdana pelancaran jentera PKR untuk PRU13 di Dataran Rakyat Jalan Beserah, Kuantan, Pahang. Saat Keris sampai bersama rakan-rakan seramai 15 orang, Chegubard sedang 'meraban' di pentas bercerita tentang sawit dan menunjukkan dokumen hanya daripada atas pentas. Jika benar sebarkan sahaja dokumen itu. Ternyata retorik!




Setelah risikan dilakukan kami sedia maklum bahawa hanya Chegubard dan Anwar Ibrahim sahaja yang berpidato dalam Ceramah Jentera PKR Pahang tersebut. Aneh! Kemana perginya kepimpinan PKR yang lain terutamanya Fuziah Salleh? Apakah mereka tidak sebulu dengan Chegubard ataupun Anwar Ibrahim? Atau mereka tahu tidak ramai yang akan hadir maka mereka malu? 



Apakah dengan seramai 500 orang yang mendengar ceramah dan beberapa orang yang membeli-belah di khemah-khemah berniaga milik orang PAS adalah jentera pilihanraya PKR Negeri Pahang? Inikah kekuatan yang ditunjukkan walaupun dengan kehadiran ketua umum PKR sanjungan mereka? Pada Keris, inilah bukti PKR sebenarnya dalam keadaan yang 'lemah' untuk menghadapi pilihanraya. Mereka sudah lemah sebab itu Fuziah beria-ia mahu lakukan Himpunan Dosa 2.0 esok pagi. Mereka terdesak untuk dapatkan undi!

p/s: Nantikan video Anwar bercakap pasal Firaun..

K7L : Agak-agak kalau PAS keluar pakatan..PKR boleh hidup ke?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk