06/02/2012

[Video] Ustaz Fathul Bari Balun Orang UMNO?





Kini heboh cerita tentang Dr Hasan Ali yang sibuk balun PAS dan kini timbul pula video Ustaz Fathul Bari 'balun' orang-orang UMNO? Adakah beliau akan dipecat? Sudah tentu tidak kerana apa yang dilakukan itu baik dan membantu ummah didalam UMNO itu sendiri. Itu perbezaan pemikiran diantara kepimpinan PAS dengan kepimpinan UMNO, PAS cakap banyak pecat manakala UMNO bila ditegur mereka terima dan perbaiki kesilapan.


Apa kata saudara Abu Aqif tentang video ini?

Kuliah: Ceramah Umum - Nasihat Kepada UMNO, PAS & Umat Islam
Lokasi: Nibong Tebal
Tarikh: 28/01/2012
Penyampai: Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Tahniah kepada ahli UMNO yang mencintai ilmu. Mereka sendiri telah menjemput Ustaz Fathul Bari untuk memberikan ceramah umum berbentuk nasihat kepada ahli UMNO sendiri. Ustaz Fathul Bari pula tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk "membalun" mereka² yang telah menjemputnya. Sesungguhnya kebenaran itu pahit. Dan kebenaran adalah amanah yang mesti disampaikan.




Ceramah ini telah membuktikan bahawa Ustaz Fathul Bari telah melakukan tanggungjawabnya berdakwah kepada ahli UMNO dan ahli UMNO juga sedia menerima nasihat dan kritikan yang membina. Terjawablah segala tohmahan dari pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa kewujudan ILMU adalah sia². Amalan sebegini sangat sihat dan patut diteruskan. Tidak kira apa nama kumpulan, parti atau sesuatu kelompok, perjuangan berteraskan agama adalah patut didahulukan. Ini juga bukti bahawa Umno tidaklah sekular mana pun seperti yang diwar-warkan.

Jika UMNO yang mereka tuduh sebagai "jauh dari agama" boleh menerima nasihat dan bersedia untuk menerima nasihat, maka PAS lagi lah patut terima nasihat kerana laungan pejuangan Islam sepatutnya bukan sekadar laungan semata-mata. semoga program sebegini dapat diteruskan di masa-masa akan datang. Syabas Nibong Tebal..!!

* Pembetulan dari Ustaz Fathul Bari di minit ke 3:22
Sahabat yang Ust maksudkan adalah Umair Ibnu Hammam. Bukan Mus'ab Ibnu Hammam. Maaf di atas kesilapan


K7L : Ini baru UFB, ramai lagi dalam ILMU yang lantang menegur sebenarnya..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk