28/09/2012

#TanyaNajib Akan Buatkan #AnwarPembohong Malu Besar?


Hari ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan membentangkan bajet 2013. Bajet rakyat yang dibentangkan boleh dibincangkan bersama PM sendiri melalui program #TanyaNajib yang akan berlangsung pada jam 9 malam pada 3 Oktober 2012. 

Jarang berlaku dan Keris memang salute PM kerana keterbukaan dan transformasi beliau yang benar-benar membantu dan memberi kesan kepada rakyat Malaysia.



In just a few days’ time I will present the 2013 Budget to Parliament. But whilst I have the honour of presenting it, the final Budget has been produced after taking into consideration countless proposals from the Rakyat. 

Thanks to your input, this truly represents something made by the people, for the people – and I hope that my fellow Malaysians will see that from the issues that it addresses.

The Budget has a big impact not just on our economy, but on our society, so I want to continue the conversation after it has been announced.

That’s why I will host another “#TanyaNajib” session on Wednesday (3rd October) 9.00pm, which will give you the chance to ask me questions about the measures that have been announced.

I’d like to invite all Malaysians, whether urban, rural, subject matter experts, athletes, Malaysian artistes and foreigners in Malaysia to be part of this #TanyaNajib session.

I recall that earlier #TanyaNajib session such as the one held on 11th January 2011 received an overwhelming response on Twitter.

I answered some questions on YouTube and the questions were ranging from private to serious questions like our economy.

As the Budget is a huge initiative, I thought a second #TanyaNajib would benefit all of us. For this next #TanyaNajib: Bajet 2013 session, I will be using a spectrum of my online platforms for maximum communication effectiveness.

Ah Jib Gor , Twitter, Facebook, Google+ and so on. I will host it on my Google+ account [click here to +1 me]as well as taking questions from other social media.

This session can be viewed LIVE via my YouTube channel. Follow me onTwitter and Facebook for more information on how to participate.

I encourage you to take this unique opportunity to help shape a lively and meaningful discussion for the benefit of all Malaysians.I look forward to hearing from you then! - Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

[ 1malaysia.com.my ]


K7L : Ini bukan gula-gula yang macam pembangkang bentangkan...tak masuk akal!..

@realDrMaza Tak Berani Jawab Soalan Sampai Sekarang?


Sehingga ke hari ini Keris masih lagi belum dengar apa-apa khabar dari Abu Aqif tentang Isu MAZA ini. Agak-agak kenapa MAZA diamkan diri? Nak tahu apa jadi antara MAZA dengan Abu Aqif? Mari baca apa tulisan beliau :



Saya tweet Dr Maza dengan tujuan memohon pencerahan berkenaan satu artikel yang terbit di AIDC. Malangya saya kena blok dengan beliau.


Saya berasa sangat kecewa dengan tindakan beliau kerana sudahlah pencerahan yang dipinta tidak diberikan, malah saya pula kena blok tanpa alasan. Saya ikuti tulisan dan video di mana beliau kerap kali melaungkan "kebebasan hak bersuara" atau "hak mengkritik" tapi bila tang beliau, dengan tanpa alasan, saya terus di'blok. Saya hairan dengan tindakan sebegini yang sememangnya seperti "cakap tak serupa bikin". 


Jika isu kecil yang dibangkitkan oleh Kak Abby Abadi pun Dr Maza boleh layan, kenapa isu sebegini yang pada saya ianya amat besar dan berat, tidak diendahkan oleh beliau di mana secara tidak langsung ia juga boleh memburukkan imej beliau sebagai bekas Mufti yang lantang membantah tindakan White House dalam serangan mereka ke atas negara Islam secara terang-terangan mahupun secara halus. Saya pohon kepada sesiapa, jika mempunyai info berkaitan artikel yang terbit di AIDC tersebut, sila kongsikan bagi mengelakkan kekeliruan. Sekian.


Bukan susah pun. Jawab sahajalah. Atau benda itu memang benar-benar wujud?

K7L : Jawab jangan tak jawab..

Mahfuz Omar Dan Saifuddin Nasution Dalang Demonstrasi Dong Zhong?




Dipetik daripada portal KLXpress yang bertarikh 26 September 2012, Dong Zong telah berhimpun di Padang Merbok, Kuala Lumpur dan kemudian menyerahkan memorandum kepada Datuk Seri Nazri Aziz. 

Persoalannya, apakah motif 3 individu daripada pembangkang menyertai perhimpunan tersebut? Nak kata mereka ahli Dong Zhong, mereka orang Melayu. Apakah mereka sebenarnya dalang demonstrasi tersebut?

Inilah yang Keris tidak faham dan cuba faham. Mengapa mereka perlu hadir atau demonstrasi ini merupakan satu konspirasi yang dijana oleh Pembangkang?

K7L : Apabila Melayu sudah anggap dirinya bukan melayu...maka akan terus layu...

Video Panas Tiz Zaqyah Goncangkan Hati Ramai Pemuda?




Rasanya ini adalah video panas ini telah dirakam ketika drama Dejavu Di Kinabalu. Betulkan Keris kalau Keris salah. Tiz yang menyanyi lagu Someone Like You memang sedap. Tak sangka Tiz boleh nyanyi.

Ya. Terpikat dengan suaranya dan dia memang berbakat. Semoga Tiz maju dalam dunia hiburan.

K7L : Kadang-kadang kena lari dari politik..baru tak lavish..

#AnwarPembohong Ada Penyakit LAVISH Dan RM10000 Hanyalah Jumlah Sedikit Baginya?



Ya Keris baru sahaja berjumpa dengan seorang manusia yang dahuluna penyokong tegar Anwar. Dalam kekusustan di kepala memikirkan masalah dunia yang hadir tanpa dipinta malahan ia berkenaan maruah. Maka bertemulah Keris dengan seorang Pakcik. 

Menurutnya Anwar sememangnya seorang yang suka pada kemewahan. "Lavish" sememangnya menjadi pilihannya. Namun dia pandai berlakon dan berpura-pura di hadapan rakyat. Kalau depan rakyat dia pakai singlet koyak pun sanggup. Tapi jika keluar dan sebagainya sudah pasti barang berjenama. RM10,000 hanya sedikit sahaja bagi dirinya.

Katanya kepada Keris lagi, "Jika kamu tidak percaya kamu boleh pergi ke tempat Anwar ehem-ehem. Di situ ada sebuah bilik stor yang dikhaskan untuk menyimpan barang-barang Mewah Anwar". Tapi betul atau tidak hanya Anwar, Kak Wan dan penyokong tegar mereka sahaja yang tahu.


Bayangkan jika kita ini orang yang suka pada kemewahan, sudah pasti akan sanggup melakukan apa sahaja untuk duit. Jadi Anwar sanggup jual Malaysia?



K7L : Lavish..Lavish..Lavish..

27/09/2012

Wan Azizah Akan Saman Harakah Daily?



Aparaaa. Kalau dah biasa menipu sampaikan nama gang sendiri pun boleh salah. Nampaknya Harakah punya wartawan tak adalah hebat mana pun. Sampaikan nama Presiden PKR sanjungan PAS pun tersalah nama.

Cuba kalau Utusan ke Berita Harian ke yang silap tulis, mahu kena saman 10 Juta. Tapi harakah punya pasal tak ada saman. Apapun kalau dah biasa menipu, nama kawan sendiri pun boleh silap.

K7L : Lavish...Lavish..Lavish..

Tun Mahathir Menangis Ketika Menulis Warkah Ini?




Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Selepas 10 Tahun Akhirnya MalaysiaKini Kantoi Besar!




AWANG tertarik dengan pengakuan wartawan veteran YL Chong yang meletak jawatan sebagai editor berita Malaysiakini lebih sedekad lalu.

Menurut Chong, punca beliau bertindak demikian kerana portal berita itu tidak telus dan cuba menyembunyikan penerimaan dana daripada penyangak mata wang Yahudi, George Soros. Pengakuan beliau itu muncul selepas media mendedahkan Malaysiakini dan Suaram adalah antara pertubuhan antikerajaan yang menerima dana asing termasuk daripada Soros.

Siasatan awal pihak berkuasa mendapati ada bukti kukuh kedua-dua organisasi itu menerima dana secara konsisten antaranya daripada National Endowment for Democracy (NED) pimpinan tokoh Yahudi Carl Gershman dan Open Society Institute (OSI) milik Soros.

Menurut Chong, dua teraju Malaysiakini iaitu Steven Gan dan Premesh Chandran enggan mengakui secara terbuka menerima dana OPI. ‘‘Malah Gan berkata Malaysiakini akan mati jika mengaku menerima pembiayaan Soros,’’ kata beliau mengimbas peristiwa 11 tahun lalu.

Awang tidak terkejut. Selama ini, portal berita propembangkang itu mempunyai reputasi laporan berat sebelah selain suka memburuk-burukkan kerajaan. Lebih sedekad Malaysiakini membawa agenda dan aspirasi luar yang mencurigakan.

Rupa-rupanya mereka ada ‘tuan’ di luar, yang suatu ketika hampir-hampir menjahanamkan negara menerusi serangan mata wang ketika krisis kewangan Asia. Atas sebab itu, Malaysiakini kelihatan agresif memainkan peranannya menjadi ejen propaganda asing dan pembangkang dengan berselindung atas nama kebebasan media alternatif.

Beberapa siri perhimpunan haram Bersih yang penganjurannya turut menerima dana asing daripada OSI, digembar-gemburkan secara luar biasa oleh Malaysiakini. Tetapi perhimpunan itu gagal menumbangkan kerajaan Malaysia seperti yang menjadi agenda tersirat. Bukan rahsia lagi Soros adalah antara tokoh yang membiayai gerakan menggulingkan kerajaan Islam di Asia Barat dan Afrika Utara.

Minggu lalu Awang menyentuh tentang pengaruh Soros ke atas media antarabangsa. Stesen TV Fox News pernah melaporkan bagaimana lebih 30 organisasi media menerima wang kotor daripada Soros agar kandungan berita mengikut percaturan beliau.

Apa pun Awang ucapkan tahniah kepada Chong atas keberaniannya mendedahkan kebenaran. Itu jugalah tindakan yang diambil oleh editor dan wartawan kanan di beberapa negara Barat setelah mengetahui campur tangan asing dalam organisasi media. Ia bukan setakat soal dana asing, etika kewartawanan atau wang kotor untuk menyara keluarga.

Lebih daripada itu ia adalah soal kedaulatan negara, yang semua warga negara tidak seharusnya berkompromi. Untuk apa mengkhianati negara sendiri dengan membuka pintu kepada anasir asing?

Awang Selamat

Blog The Unspinners percaya Pramesh Chandran ini adalah salah seorang dari tiga penggerak utama SUARAM, iaitu Dr Kua Kia Soong dan Sivarasa Rasiah.

Jadi Keris berpendapat selama ini mereka berpura-pura tiada duitlah. Huh! Ada sesiapa yang mahu siasat?


K7L : Income Tax kalau masuk apa jadi ya?..

Apabila 'Awang Hitam' Lanyak Dua Gadis Melayu!



Saban hari kita melihat bilangan warga asing di Malaysia semakin hari semakin ramai. Sehinggakan pada sesetengah tempat di Malaysia ini dikuasai dan dibanjiri oleh mereka.

Cuba pergi ke shopping complex kawasan Klang, penuh dengan mereka sahaja. Cuba naik bas di kawasan Kuala Langat, memang warga asing sahaja yang penuh. Naik tren dari Serdang, awang hitam bukan main banyak sampai mereka naik juga ke koc wanita.

Pernah anda lihat anak gadis Malaysia diganggu oleh warga asing? Keris pernah lihat depan mata sendiri. Bayangkan yang diganggu itu saudara perempuan kita. Nak tunggu jadi apa-apa baru nak kisah?

Baca selanjutnya di SINI

K7L : Apalah nasib anak melayu kalau sampai berani duduk dengan warga asing..

Sokong Transformasi, Mahasiswa Tolak Politik Konfrantasi





Kemenangan besar kumpulan mahasiswa yang memperjuangankan suara mahasiswa atau lebih dikenali dengan Aspirasi Mahasiswa menjadi bukti bahawa golongan muda dan terpelajar di negara ini menolak politik konfrantasi yang cuba diperkenalkan oleh pemimpin pembangkang melalui agen-agen mereka di universiti.

Aspirasi Mahasiswa menang di 17 dari 19 universiti awam seluruh negara, atau dari 567 kerusi yang dipertandingkan, Aspirasi Mahasiswa menguasai 493 kerusi (86.94 peratus) manakala kumpulan pro-Mahasiswa yang sering dikaitkan dengan agenda pembangkang menguasai 73 kerusi (12.87 peratus) manakala 1.94 peratus lagi calon bebas.

Ini bermakna untuk pilihanraya kampus sesi 2012/2013 Aspirasi Mahasiswa berjaya memenangi majoriti 2/3 dari keseluruhan universiti awam seluruh negara.

Bagi yang mengikuti dengan dekat pilihanraya kampus ini, kemenangan Aspirasi Mahasiswa dalam pemilihan kali ini menjadi bukti politik konfrantasi yang diamalkan oleh mahasiswa pro pembangkang ditolak majoriti pelajar.

 


"Politik demonstrasi dan percubaan membawa agenda luar ke dalam kampus ditolak, terutamanya agenda pembangkang, sebab itu kita lihat kumpulan Aspirasi Mahasiswa menang di banyak universiti," kata Arif Haikal Roslan, (gambar atas) pelajar tahun empat jurusan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya.

Bagi beliau, kemenangan 2/3 Aspirasi Mahasiswa dalam pilihanraya kampus seluruh negara ini juga satu endorsement terhadap pelan-pelan tranformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sebahagian besar mahasiswa melihat kepimpinan Datuk Seri Najib membawa perubahan yang diharapkan terutama dengan program seperti ETP, Model Ekonomi Baru dan banyak lagi bakal memberi satu lonjakan kepada negara, keputusan ini satu rangsangan kepada kepimpinan beliau bahawa mahasiswa menyokong usaha-usaha beliau,"ujar beliau.

Menurutnya di UM, kempen bertemakan diplomasi vs demonstrasi berjaya menarik sokongan dari pelajar-pelajar universiti tersebut.
"Ramai yang rasional, mereka melihat bahawa demonstrasi keterlaluan tidak membawa manafaat, bukan kita menolak demonstrasi tetapi kalau benda yang boleh selesai melalui rundingan mengapa hendak berdemo, kenapa hendak berkonfrantasi?" soalnya.

Bagi pelajar tahun akhir Pengajian Sumber Manusia UUM, Ilham Jamil Khir (gambar bawah), kemenangan Aspirasi Mahasiswa juga berkait rapat dengan kejayaan jentera kempen yang tersusun dan penguasaan alam siber.



"Saya melihat tahun ini, kempen melalui twitter, facebook dan blog rancak sekali, bagi kami yang jauh dari Lembah Klang, satu-satunya media penghubung adalah media sosial.
"Ramai mahasiswa menggunakan media sosial, mereka mempunyai akuan twitter, facebook, baca blog jadi apabila isu-isu tertentu cuba disensasikan, mahasiswa merujuk kawan-kawan media sosial mereka, dari maklum balas itulah mereka membentuk persepsi samada menyokong atau menolak isu-isu terbabit,"katanya.

Beliau memberikan contoh isu menghapuskan PTPTN yang cuba dibawa oleh mahasiswa pro pembangkang gagal menarik minat majoriti mahasiswa kerana fakta-fakta yang dibentangkan kerajaan dan disebarkan melalui media baru.
 
"Kami rujuk penjelasan pihak PTPTN, kami baca komen kawan-kawan mengenai isu itu dan membuat kesimpulan, jika PTPTN dihapuskan, peluang sebahagian besar orang muda masuk ke universiti bakal terjejas, kami menolaknya,"ujar beliau.

Sebelum ini sekumpulan belasan orang mahasiswa pro pembangkang berkhemah berhati-hati di Dataran Merdeka kononnya bagi memperjuangkan penghapusan PTPTN yang didakwa membebankan mahasiswa.
Berikutan itu, berbagai langkah telah diambil bagi menjelaskan hakikat sebenar mengenai pinjaman tersebut dan bagaimana pembangkang hanya mempergunakan agen-agen mereka dikalangan mahasiswa bagi tujuan politik semata-mata.

Kejayaan besar Aspirasi Mahasiswa dalam pilihanraya kampus ini bagaimanapun belum mengambil kira keputusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terpaksa mengadakan pilihanraya semula berikutan masalah teknikal dengan sistem e-voting mereka.

Aspirasi Mahasiswa menguasai UPM, UUM, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI); Universiti Malaysia Pahang (UMP); Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Di UPM, Aspirasi Mahasiwa yang juga dikenali sebagai Pro-Aspirasi memenangi 39 daripada 47 kerusi yang dipertandingkan sementara Pro-Mahasiswa memperoleh tujuh kerusi.
Calon Pro-Aspirasi turut menyapu bersih sebanyak 34 daripada 36 keruasi di UUM, 18 daripada 20 kerusi di UMT, 22 daripada 24 kerusi di UMP dan menang kesemua kerusi di UPNM.

Di UM, yang merupakan universiti tertua dan sekian lama dikenali sebagai 'lubuk pembangkang' kumpulan Aspirasi Mahasiswa yang menggunakan nama Pengerak Mahasiswa telah memberi tentangan yang sengit kepada pencabar mereka Pro M.
Kejayaan utama Pengerak Mahasiswa UM adalah dengan pertambahan kerusi sebanyak enam menjadikan 19 berbanding 13 dalam pilihanraya kampus tahun lepas.

  

Pro M yang hanya menang 20 kerusi berbanding 26 tahun lepas manakala dua lagi kerusi dimenangi calon bebas yang dipercayai cenderung menyokong Aspirasi Mahasiswa.
Selain itu, calon-calon Aspirasi Mahasiswa UM juga mewakili berbagai kaum yang mengambarkan kejayaan konsep 1Malaysia di universiti tersebut.

Keputusan lain di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Aspirasi Mahasiswa menang keseluruhan 38 kerusi yang dipertandingkan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menang 10 daripada 14 kerusi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menang 32 daripada 36 kerusi.

Di Universiti Sains Malaysia Aspirasi Mahasiswa menang 37 kerusi, Pro-M menang 7 dari 44 kerusi yang dipertandingkan.

Di UKM, satu lagi lubuk pro-M, mereka menang dengan 19 kerusi berbanding Aspirasi Mahasiswa 10 kerusi. Untuk rekod di UKM, calon Pro-M menang 7 kerusi tanpa bertanding, kerana 'kegagalan' Aspirasi Mahasiswa meletakkan calon.

Khamis lalu, dalam pemilihan di lima buah universiti, Aspirasi Mahasiswa turut mencatat kemenangan besar menewaskan Pro-M.

Lima universiti itu ialah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Aspirasi Mahasiswa menang kesemua kerusi di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24).

Sementara di UTHM, Aspirasi Mahasiswa telah memenangi 25 daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan.- Agendadaily


25/09/2012

Pengerusi #ProMenipu UM Dipukul? Calon #ProMenipu UIAM Diculik? Calon #ProMenipu UKM Dibunuh?




Siri pembohongan #ProMenipu telah pun bermula lagi. Episod-episod lepas kini dimainkan semula dan digarap dengan perencah AspirasiPembangkang yang lebih umpphh. Di UM kini khabarnya Edikoup Lakip S. telah dipukul dengan kejam.


Keris terbaca di blog 1peluru, kini #ProMenipu UM sudah tergugat untuk pengundian esok dan mengambil langkah menagih raih simpati dengan memukul kepala mereka sendiri. Ini merupakan konspirasi tagih simpati yang sangat tipikal kepada #ProMenipu. Mereka akan membuat pelbagai lakonan dan drama demi raih undi simpati.

Ini baru sahaja berita tentang Edikoup dipukul, kini di UIAM poster-poster calon bukan daripada kalangan WUFI telah pun diturunkan malam tadi dan semua ahli WUFI berkumpul dan berkawal dengan memegang senjata seperti kayu dan paip [KLIK SINI]. Jangan terkejut jika episod di UM, Edikoup dipukul dan di UIAM akan ada calon pasti kalah mereka diculik! Konspirasi yang tipikal dan akan raih simpati.


Dipukul dan diculik! Dua episod yang mungkin berlaku untuk meraih simpati dan tidak mustahil akan wujud episod calon dibunuh pula di UKM setelah episod garapan mereka bermula petang tadi!


BANDAR BARU BANGI: Aspirasi Mahasiswa UKM tiada pengetahuan kes ugutan bunuh diterima calon-calon GMUKM Pro-M yang cenderung kepada pakatan pembangkang. Baca selanjutnya di [SINI].

Apalagi episod yang akan dimainkan oleh #ProMenipu di UM, UIAM dan UKM untuk raih undi simpati setelah mereka tersentap dengan persaingan yang agak sengit pada tahun ini?

Mengenang kembali nostalgia lama episod cinta luka #ProMenipu, Keris kongsikan apa yang berlaku pada #PRKampus yang lepas-lepas yang dijadikan sebagai filem #ProMenipu :

901 : SKRIP LAKONAN SAFWAN ANANG. DIMANA IA BERMULA


Wajah penipu Muslimat Pas?

DUNIA HARI INI SEKELUARGA JADI PELAKON

Tarikh perkahwinan : 11.11.11, Safwan dan Masturah selamat diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan di Sungai Buloh . Patutlah pandai berlakon sebab pilih tarikh nikah dan kahwin pun ikut tarikh ramai pelakon dan penyayi kahwin macam ezylin

Masturah ialah isteri kepada safwan anang. Suaminya safwan anang telah dipilih menjadi pelakon oleh anwar adalah kerana ibu mertua dan ahli keluarganya merupakan pas tegar.Masturah telah berlakon hilang di culik sebelum pilihnaraya kampus.Beliau telah "muncul" kembali betul-betul pada hari pengundian bagi Pemilihan MPMUM 10/11 21 Februari lalu. Namun Masturah dan Ibu beliau,Mariam bt Abdul Rashid, tidak mengeluarkan kenyataan apa-apa pada media.

Selepas isteri membuat lakonan, tibalah suami pula memainkan peranan dalam insiden di upsi. suami buat perangai supaya polis dikhabarkan sebagai bertindak kasar.

Skrip lakonan di hospital bersama mahfuz.

skrip lakonan buat laporan polis guna kerusi roda. mantop pelakon tambahan

LAKONAN SELANJUTNYA IALAH PI BERDEMO. POLIS ZALIM. POLIS TAKUT ANAK MUDA. UMNO PI HANCUR DAN NANTIKAN LAKONAN SEHEBAT SAFWAN ANANG

Siswi Hilang


Dakwa dipukau sebelum dilarikan

SUNGAI BULOH – “Saya tidak ingat apa-apa. Sedar saja saya ternampak sebuah masjid dan restoran. Saya terus terus pergi ke restoran itu untuk mendapatkan bantuan.”

Demikian menurut Mastura Abu Bakar, 22, pelajar tahun dua jurusan Sains Politik, Universiti Malaya yang diculik petang Sabtu lalu.

Menurutnya dia tidak mengingati apa-apa selepas membeli kad ‘topup’ dan keluar dari sebuah kedai berhampiran Apartmen Pantai Permai Pantai Dalam pada hari kejadian.

“Bila saya sedar badan terasa amat lemah dan perut saya amat lapar. Saya minta bantuan daripada pemilik restoran itu untuk menghubungi keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Merbau Sempak, semalam.

Mastura yang juga calon proMahasiswa (Prom) ditinggalkan penculiknya di Jeras Jernang, Bangi sebelum keluarganya menerima panggilan kira-kira jam 11.20 malam semalam memaklumkan penemuan anaknya itu.

Kelmarin satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pantai berhubung kehilangan Mastura.

“Saya akan tetap akan terus bertanding dalam pilihan raya kampus dan kejadian ini tidak langsung mematahkan semangat saya daripada terus berjuang,” katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan dan Pembangunan, Persatuan Mahasiswa Islam UM.

Sebelum kejadian Mastura turut menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan menyuruhnya menarik diri daripada pilihan raya kampus yang berlangsung semalam.

Sementara itu ibunya, Mariam Abdul Rashid, 49, bersyukur kepada Allah SWT kerana anaknya dapat ditemui semula.

“Terima kasih kepada mereka yang mendoakan keselamatan anak saya dan termasuk pihak Pas Selangor yang mengerakkan sembahyang hajat di masjid-masjid di seluruh Selangor,” katanya.

Menurut Mariam dia percaya anak d:ipukau sebelum dilarikan dan penculiknya didakwa mempunyai motif tertentu terutama untuk menggagalkan pilihan raya kampus universiti itu.

“Saya benarkan anak saya untuk bertanding kerana itu tanggungjawabnya dan saya akan terus menyokongnya,” katanya.

Difahamkan hasil laporan pemeriksaan hospital mengesahkan keadaan fizikal Mastura baik.

“Saya harap polis dapat memberkas mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah pada sidang medianya berkata, setakat ini polis mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai kes hilang dan bukannya culik.

"Keterangan mangsa masih belum direkodkan tetapi kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang unsur jenayah. Walau bagaimanapun, kita harap mangsa dapat memberi kerjasama kepada polis," katanya.

Calon pilihan raya UM ditemui lemah di Bangi

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my


MASTURAH (kiri) ditemani ibunya, Mariam pada sidang akhbar mengenai kehilangannya di UM, Kuala Lumpur semalam.

Ini bukan kali pertama #ProMenipu UM berdrama dan menipu. Anda boleh baca di [SINI] dan [SINI].

K7L : Geram punya pasal sebab mereka gemar menipu..langsung Keris tulis panjang..

24/09/2012

Pendedahan Ekslusif! Calon UIAM Diugut #ProMenipu WUFI! #PRKampus




Kejam dan berfahaman aspirasi pembangkang! Itu yang mampu Keris cop kepada #ProMenipu di UIAM iaitu WUFI. Calon Bebas yang tidak berpihak kepada mana-mana, diugut dengan cara psikologi. Budak-budak WUFI pulaukan dia. 

Ketika Public Speaking budak-budak WUFI buat kecoh dan pulangkan manifesto kepadanya semula. Apa salahnya dia mahu menjadi seorang pemimpin? Demokrasi dan telus?

Inilah yang Keris mahu tekankan. Semua budak-budak lingkaran Pro-M memang begini? Membawa aspirasi pembangkang. Mengugut dan menjatuhkan semangat calon. Sama macam Anwar Ibrahim punya cara. Mengugut dengan pelbagai cara.

Subhanallah. Jika beginilah sikap budak-budak WUFI yang tergolong dalam golongan #ProMenipu, maka mereka bukanlah membawa semangat perpaduan namun lebih suka kepada kehuru-haraan.

K7L : Kesian calon ini..kejam..WUFI buktikan mereka bawa aspirasi pembangkang!

Nik Aziz Ajar Calon UIAM Jadikan Ibadat Sebagai Bahan Kempen? #PRKampus



Sejak petang tadi Keris memang ikuti perkembangan di UIAM melalui blog #MediaSiberUIAM. Terkejut juga apabila ada satu ulasan daripada admin blog tersebut berkenaan menjadikan ibadah sebagai bahan kempen. Lihat gambar-gambar pasti anda akan faham.




Kalau kita tengok ia mirip gaya Nik Aziz ujub menunjukkan ibadahnya. Mari baca pula ulasan admin tersebut.



1. Gambar-gambar di atas adalah 'print screen' video kempen bagi seorang calon bernama Muhammad Hamidi bin Zamri dari KENMS.

2. Nampaknya dari video tersebut, elemen memperdagangkan agama untuk politik yang bermula dari PAS telah menyerap masuk kepada golongan Mahasiswa.

3. Calon ini yang dikatakan wakil daripada We Unite For Islam (WUFI) yang merupakan Pro-M di UIAM.

4. Tiga pesanan untuk adik Hamidi:

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah Al-An'aam ayat 162)

Maka weil (satu lembah di dalam neraka jahanam disediakan) bagi orang-orang yang sembahyang tetapi lalai iaitu mereka yang riyak (menunjuk-nunjuk). (Surah Al-Mauun Ayat 4)

Siapa orang yang berpuasa hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’,
Siapa orang yang sholat hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’,
Siapa orang yang bersedekah hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’.( Al Imam Ahmad )


5. Telah terbukti bahawa sememangnya PAS telah merosakkan pemikiran anak muda ketika ini. Proses pengkaderan PAS telah bermula sejak awal lagi.

6. Sekiranya perkara ini berlanjutan, apa agaknya akan berlaku kepada genarasi yang akan datang?

Dah faham dah jelas bukan? Agama dan ibadah bukanlah satu perkara yang boleh dilacurkan untuk dibeli. Kepada saudara yang berkempen ini, Keris ingatkan bahawa lain kali berhati-hati jika mahu berkempen, jangan ikut cara PAS. Salah tetap salah.

K7L : bayangkan kalau ramai jadi macam Nik Aziz yang nak berkawan dengan syaitan kerana politik..apa jadi dekat anak bangsa kita?..

Awek Cun Kena Terajang Walaupun Tak Pijak Gambar PM?



Keris baca di blog Kedah Ke KL. Perkara ini berlaku bukan di Malaysia. Apa yang mahu ditekankan di sini adalah mengapa teman lelaki awek tersebut begitu kejam. Sekalipun awek itu yang salah, tak perlu nak pijak dan pukul begitu sekali. 

Ini boleh dijadikan tauladan buat semua lelaki di Malaysia, biarpun perempuan yang salah, tangan dan kaki bukanlah senjata sebenar untuk mengajar. Pengalaman Keris juga ada dikecewakan tetapi tidka pula Keris mahu guna kaki dan tangan. Biar jadi lelaki yang dikecewakan, yang ditinggalkan kekasih keran orang lain namun jangan sesekali jadi lelaki yang dayus dan ringan tangan pukul perempuan.

K7L : Kalau jumpa orang pukul awek or bini depan orang ramai..tegurlah..

Calon UIAM Timbulkan Kontrioversi Dan Menjadi Virus? #PRKampus


Ini antara gambar-gambar yang Keris dapat daripada blog #MediaSiberUIAM. Wah agak menarik juga suasana pilihanraya kampus di sana. Penuh dengan kreativiti dan menarik.


Kreatif...:-)


Diantara Banner yang digantung


~ V.O.T.E ~ again...hehehe


Kemalangan berlaku di persimpangan masuk Kuliyyah Engin..Riders UIAM beware yer...
Semoga kawan kita tu selamat...

Ada yang gembira, ada yang sedih...ada yang penat dan ada yang begitu semangat berkempen. Ada juga yang terbabas berlanggar pokok kerana mengantuk. Di harap rakan tersebut berada di keadaan baik-baik belaka...di bawah picture suasana dan gelagat berkempen di UIAM.


~V.O.T.E ~



Ada yang siap masuk TV tu...


Terbabas akibat mengantuk...semoga baik-baik belaka...amin..


Fuh !! besar dan panjang poster tu...tak gayat ker...:-)

Keris perasan akan satu bentuk viral yang berlaku iaitu gaya mebuat tulisan VOTE dengan tangan. Ramai pelajar UIAM berbuat begitu apabila tangkap gambar. Lihat sahaja dua gambar yang Keris petik daripda media siber mereka. Tercari-cari juga mengapa jadi begitu, Keris baca di satu blog Mahasiswa UIAM di [SINI]

Rupa-rupanya gaya tersebut merupakan gaya yang dibuat oleh seorang calon UIAM. Ia menjadi kontroversi kerana dilabel gedik. Haha! Tapi tak sangka gaya tersebut menjadi ikutan. Difahamkan di sana budak-budak Pro-M yang menggunakan nama WUFI takut calon mereka kalah. 

Apapun inilah poster kempen yang menjadi kontroversi dan berjaya menjadi ikutan. 



K7L : bukan nak promote tapi bayangkan macamana dia promosikan diri dia..

4 Sebab Yang Ditakuti Oleh #ProMenipu Jika Kantoi!






Inilah realiti sesetengah mahasiswa yang kini menggelar diri mereka Pro-M, WUFI dan sebagainya. Mereka inilah punca nama mahasiswa telah dipandang serong. Niat utama seseorang pergi ke universiti adalah untuk menimba ilmu namun bagi puak-puak ini berbeza pula.

Mereka jadikan ini sebagai platform untuk mereka berpolitik. Bukan kisah sangat pun kalau gagal. Lagi lama dalam kampus lagi bagus sebab mereka merelakan diri mereka dijadikan alat oleh Pembangkang.

Senario politik #PRKampus kali ini memberi pandangan yang berbeza. Kini mahasiswa yang dahulunya 'silent majority' dan membiarkan puak-puak Mahasewel kehadapan. Kini ketika #PRKampus, mereka memilih #AspirasiMahasiswa. 

Apapun PRKampus bukan tempat halal untuk bercakap bohong!

K7L : Masa U dah biasa menipu, sok sampai dah tua pun menipu..

23/09/2012

@rafiziramli Gagal Setelah Kempen Baru Muncul!



Bakal mertua : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik tak nak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".

Bakal menantu : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "
Bakal mertua : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap."

Bakal menantu: "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWN PAYMENT 2 ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10 ribu, 12 ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus, anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan.

Bakal mertua : @$%@#@#$%^#@#$^&&%#@

Daripada Rafizi sibuk hendak turunkan harga kereta, baik beliau sertai kempen yang Keris dapat daripada MyMassa ini. Berapa banyak anak muda yang akan diberi peluang untuk berumah tangga dengan selesa jika sekiranya kempen ini berjaya. Lagipun, bukankah bantuan untuk mendirikan rumahtangga ini juga merupakan salah satu "bukan janji" dalam Manifesto PR pada PRU 2008 lalu?!!

Keris pun nak join juga dan kempen ini akan berterusan InsyaAllah!

K7L : Orang nak kahwin untuk elak maksiat..bukan untuk nak lawan orang sebelah rumah or nak tutup mulut makcik-makcik joyah!..

Budak Sekolah Angkat Skirt - Mengapa Jadi Begini?



Apa nak jadi dengan pelajar sekolah? Mengapa wujud masalah sosial sebegini? Jika tanya pandangan Keris berdasarkan pengalaman pernah menjadi pelajar sekolah, adalah kerana tidak dibimbing oleh ibubapa, masalah ibubapa yang sering bertelagah atau bercerai dan kerana pengaruh rakan sebaya.


Bagi menyelesaikan masalah sosial, tidak perlu  menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi apa yang boleh dilakukan adalah usahasama dalam membendung masalah tersebut. Contoh yang boleh Keris sarankan adalah sesi kaunseling mengenalpasti masalah setiap pelajar sekolah. Kedua ibubapa sentiasa mengawal pergerakan dan pergaulan secara baik supaya mereka terkawal tetapi tidak merasa terkongkong. Ketiga jika ada pelajar sekolah dikenalpasti mempunyai masalah, cuba siasat dan bantu bukannya hukum.

Rasanya itu sahaja yang Keris mampu sarankan dan semoga pelajar sekolah yang dilahirkan kelak lebih berhemah dan bijak.

K7L : Ada bunyik la nanti ini semua salah BN..cayolahh,..

22/09/2012

Pembohongan PKR Berkenaan Hutang Negara Terbongkar!



Lihat modus pemimpin-pemimpin PKR. Apa yang kantoi? Dalam sesi ceramah mereka tidak konsisten jumlah hutang negara yang disebut. Main sembur je ikut apa yang lintas di kepala mereka. Asalkan ia menunjukkan Barisan Nasional salah sudah cukup.

Kalau angka pun berubah-ubah, tak ke auta namanya tu? 

K7L : Tah berapa bakul la pembohongan mereka dah salurkan kepada rakyat Malaysia..

Antara Sebuah Lagu, Tanah Pusaka Dan Parlimen Gombak!




Selama lama
Harus ku mencari
Igauan ini
Ku gagahi

Ingin berjumpa
Sayang kau tiada
Erti jiwa rasa cinta
Seorang lelaki

Lemas meronta
Mengonjang lara
Menangis kau ku sendiri
Jangan di tanya
Pun kau pun tahu
Mengapa kau bersembunyi

Kau jelmalah engkau
Beraksi rindu
Mimpi-mimpi ku

chorus
Malam di gerbang luka
Mengarak cinta
Suratan resah

Bulan bukannya bintang
Siang hilanglah malam
Gundah bila kau hilang
Resah hilang kau datang

*chorus

Jika kau tiba
Jelanglah sinar
Malam ku yg kesepian
Moga hangatnya rasa asmara kasih hulurkan cintamu

Nilam juga permata
Hilang bukannya intan
Sayang bila kau datang
Senyum hilanglah duka

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa kena mengena lagu dengan artikel yang Keris nak tulis kali ini. Sebenarnya lagu ini ada maksud yang tersirat dan bermakna. Buat siapa? Mengapa tanah pusaka pula?

Ada kaitan dengan kawasan di Gombak? Apa yang berlaku?

K7L : Pendedahan susulan akan dilakukan menjelang Oktober..tunggu...

10 Sebab Mengapa Malu Sokong #ProMenipu Untuk #PRKampus




10 Sebab Mengapa Pro M Digelar Pro Pembangkang

Keris petik daripada blog Angin Perubahan. Sangat tepat ulasan beliau :

1) Pro M memang didalangi oleh parti politik luar seperti DAP, PKR dan PAS. Buktinya dalam banyak kempen dan demo yang diadakan oleh parti parti pembangkang tersebut, maka anggota Pro M akan turut serta. Contohnya dalam demonstrasi BERSIH 3 dan demo PTPTN.

2) Sikap Pro M bukanlah mencerminkan wajah mahasiswa yang sebenar. Mereka tidak layak menggunakan nama mahasiswa dan mendakwa mereka mewakili mahasiswa kerana perbuatan dan tingkah laku mereka. Pro M telah mengusung mayat dalam pilihan raya kampus pada Januari 2011 di UM (dalam gambar atas), kononnya demokrasi sudah mati di kampus.

3) Hakikatnya, bila demokrasi itu telah memenangkan pihak mereka dalam Majlis Perwakilan Pelajar di UM, UIA dan UKM, apakah sumbangan yang telah diberikan oleh mereka kepada pengundi dan mahasiswa? Tiada program atau impak yang besar dipulangkan balik kepada mahasiswa melainkan hanya demonstrasi dan bantahan politik semata-mata. Mahasiswa dapat baucer buku pun mereka pertikaikan dan memfitnah pula pihak yang memberinya (baca sini).

4) Majoriti anggota dan kepimpinan Pro M adalah kalangan pelajar yang gagal dan menghadapi masalah dalam akademik. Lihat sahaja kepada Shazni Munir, seorang pelajar UM yang dibuang daripada universiti kerana gagal belajar. Begitu juga dengan Tan Tiong Yih dan Yeong Lee Kee yang digantung semester dan didenda RM200 kerana menipu sijil cuti sakit bagi mengelak mereka menghadiri kursus persiapan calon pemilihan majlis perwakilan pelajar di Universiti Malaya pada Januari 2011. Penipu layak dianggap sebagai mewakili mahasiswa?

Mula mula dahulu turunkan gambar Dato Seri Najib di PWTC, kemudian arak gambar Dato Seri dengan cara ritual agama lain di Dataran Merdeka dan kini ada yang tunjuk punggung pada gambar Dato Seri Najib. Apakah ajaran ini bermula dari mereka yang di atas?

5) Mahasiswa perlu rasional dalam memilih kepimpinan kampus, apakah mahasiswa ingin memilih calon calon mahasiswa Pro M (pro pembangkang) yang melakukan sikap sikap sebegini :

5.1) Tidur di atas jalan pada jam 2 pagi untuk serah memorandum.

5.2) Panjat pagar universiti semata-mata untuk serah memorandum.

5.3) Rempuh secara ganas cermin kaca klinik untuk mendapatkan ubat.

5.4) Lelaki dan perempuan tidur dalam satu khemah di Dataran Merdeka untuk tuntut hapus PTPTN.

5.5) Rempuh pintu pejabat HEP di UPM dan UM hingga pecah dan mencederakan dua orang pegawal keselamatan.

5.6) Membuat ritual yang bertentangan dengan agama terhadap gambar Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi dalam demo mansuh PTPTN.

5.7) Menggelarkan polis sebagai "anjing" dalam Twitter (baca sini) serta ugut bunuh polis (baca sini).

5.8) Menghina Sultan Johor dalam Twitter (baca sini).

5.9) Bersikap tidak peduli bila Jalur Gemilang dihina dan cuba digantikan dengan bendera republik yang baru (baca sini).

5.10) Berlakon cedera dan hampir hampir mati untuk menarik simpati daripada rakyat. Kemudian mengajak rakyat menuduh pihak lain sebagai jahat (baca sini).

K7L : Kalau masa belajar pun dah pandai capai kuasa dengan menipu..apa jadi kalau dah habis belajar?

21/09/2012

Ribuan 'Serang' Penyiar Filem Hina Rasulullah S.A.W? #Respect




Himpunan aman membantah filem dan kartun menghina Islam. Mengecam tindak balas ekstrem dan nyatakan hormat kepada semua Agama (respect for all religions).

Ribuan umat Islam serta rakyat pelbagai bangsa membanjiri perkarangan Masjid Kg Baru bagi membantah penyiaran filem anti-Islam 'Innoncence of Muslims' dan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W. yang dianjurkan bersama Pemuda UMNO, Pemuda BN serta pelbagai NGO lain.

Himpunan berkenaan yang bermula selepas solat Jumaat berlangsung dengan aman dan turut disusuli laungan takbir "Allahu Akbar" serta "Jangan Hina Nabi Kami" dan pelbagai laungan serta kain rentang seperti "Freedom Of Speech Does Not Include Spreading Hate Messages. Respect Islam, Respect All Religion" serta pelbagai sepanduk lain mengutuk perbuatan tersebut.


Jangan kurang ajar dan Keris harapkan #Respect agama Islam, dan hormat juga agama yang lain. 

K7L : #Respect #Respect #Respect

Bekas Naib Presiden DAP Bocorkan Rahsia DAP Malam Ini?



Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mempersoalkan sikap berdiam diri Penasihat parti itu, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng dalam isu hukum hudud.

Beliau mendakwa, tindakan berdiam diri kedua-dua pemimpin berkenaan hanya kerana tidak mahu kehilangan undi orang Melayu.

Tunku Abdul Aziz menegaskan, Kit Siang dan Guan Eng perlu bersikap lebih jujur dan ikhlas dalam menangani isu hudud dengan menyatakan pendirian menyokong atau menentang kerana ia melibatkan kepentingan rakyat terutamanya penyokong DAP sendiri.

"Adakah ini dinamakan telus? Mengapa Kit Siang asyik mendiamkan diri? Mengapa Guan Eng hanya membiarkan Pengerusi DAP, Karpal Singh berjuang sendirian sehingga sekarang? Jika sokong kata ya, jika tidak, keluar sahaja daripada pakatan.

"Sebenarnya, DAP tidak mahu mengguris perasaan orang Melayu, takut kehilangan undi. Justeru, sehingga itulah, mereka akan memilih untuk senyap. Selepas menang barulah mereka akan sibuk menyatakan pendirian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap Kit Siang dan Guan Eng yang tidak mahu memberikan sebarang kenyataan berhubung isu hudud.Sikap mendiamkan diri kedua-dua mereka terus mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin dan akar umbi DAP.

Tunku Abdul Aziz berkata, pendirian anak-beranak itu yang sanggup berbuat apa sahaja termasuk mendiamkan diri daripada perjuangan asal demi mendapatkan undi Melayu semakin terserlah pada mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas baru-baru ini.

"Semua sedia maklum, DAP antara yang mahu bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dipecat, namun sehingga kini mereka tidak berani mengeluarkan sebarang kenyataan kerana takut kehilangan sokongan daripada parti itu. Tindakan ini sudah mengundang kekecewaan rakyat yang mahukan jawapan sebenar," tegasnya.

Beliau turut mengkritik pimpinan tertinggi DAP yang membiarkan Karpal berjuang sendirian menentang hukum hudud walaupun majoritinya tidak bersetuju dengan perkara tersebut.

"Sampai bila-bila pun Karpal akan bersendirian. Beliau harus sedar dengan agenda dimainkan oleh dinasti Lim yang lebih gemar bersembunyi dan membiarkan Karpal berjuang seorang.
"Semua orang tahu, agenda Pas dalam melaksanakan hudud tidak akan sesekali menjadi kenyataan terutamanya apabila DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menentang habis-habisan. Bagaimanapun, mereka hanya berdiam diri kerana pilihan raya semakin hampir," tegas Abdul Aziz - UM

Nak kata apalagi? Keris memang tahu yang sebenarnya yang Melayu diancam oleh DAP namun dinafikan oleh PAS sebab mereka nak kuasa. Jadi pembaca fikirlah sendiri.

K7L : DAP Anti -Islam!

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk