31/07/2013

Tomboy Anjing Jahil Atau Bijak Islam? #JanganHinaIslam



“Saya tiada niat hina Islam”. Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam.

Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.

“Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.

Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.

“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.

Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.

Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.

“(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.

Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”.

Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu.

Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.

“Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,” katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.

Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia.-Mynewshub


Halllooooo! Jangan nak guna ayat simpati nak kata diri tak bersalah. Siap kata boleh samak bagai. Jadi sehari berapa kali kau samak bila anjing kau basah? Biadap! Bila guna takbir sebagai lagu latar belakang dengan anjing sebagai pelakon adalah sesuatu yang menghina!

Kurang ajar dan biadap!



K7L : Makin berani dan makin melampau nampaknya..

Azalina Diberi Sokongan Padu Untuk Ketua Wanita UMNO Malaysia? #BeraniBerubah #Azalina4KW



Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid bekas Setiausaha Puteri UMNO Malaysia yakin ramai bekas pimpinan serta ahli ahli Puteri yang kini sudah berada dalam kelompok Wanita UMNO akan memberikan sokongan padu kepada bekas Ketua Puteri sewaktu mula mula ditubuhkan pada 20 Jun 2001, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk menang pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia pada pemilihan tahun ini.

Bibi yang juga merupakan bekas ADUN Paroi memaklumkan bahawa rakan rakan bekas Exco Puteri sudah pasti akan menyokong Azalina, bekas Boss mereka untuk menewaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Diantara mereka adalah seperti Noraini Ahmad, Mastina Abdul Hamid, Rosnah Rashid Shirlin, Azlina Mehtab, Nora Azmin Radzuan, Norasmah Nawawi dan ramai lagi yang kini sudah pun secara otomatik menjadi ahli Wanita UMNO.

"Kami yakin dengan kepimpinan Azalina. Lihatlah betapa kuatnya Puteri UMNO suatu ketika dahulu..." jelas Puan Sri Bibi yang ditemui dalam majlis Iftar FELDA di Dewan Perdana Kuala Lumpur semalam.

Apabila diajukan soalan apakah ada peluang untuk Azalina menang, maka ini jawapnya,

"Biasalah adat pertandingan, dah pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Azalina got nothing to lose kalau dia tewas tapi kalau dia menang.., its bonus for her, we never know"

"Ramai juga dikalangan Ketua Wanita Bahagian pun dah bagi signal pada Azalina untuk bertanding dan mereka akan sokong untuk perubahan kepimpinan..." tambah Bibi lagi dengan penuh yakin.

Sebagai isteri kepada Pengerusi FELDA, Yb Tan Sri Isa Samad, pada majlis Iftar semalam Puan Sri Bibi dilihat memikul tugas sebagai tuan rumah meraikan tetamu yang hadir. 

Pada amatan Keris, mungkin sudah tiba Wanita UMNO menjadi gagah semula setelah layu dengan selayu-layunya menjelang #PRU13 yang lepas. Mungkin sudah bersedia untuk berani berubah?

K7L : Liabiliti masih disimpan dalam UMNO boleh jadi apa?..

Terkini! Kes Tembak Sampai Mati Di Parit Buntar! #DontShoot



Satu kes tembak mangsa sampai mati telah berlaku di Parit Buntar, Kerian. Berlaku di simpang Jalan Permai 2. Difahamkan nama mangsa adalah simbhu. Semua maklumat penuh belum dapt lagi.

Ya Allah lindugilah negara kami daripada ancaman-ancaman sebegini.

Sila baca pasal rentetan kes tembak di Malaysia [SINI]

[Video] Paparan Apa Itu Syiah! Kekejaman Syiah #WajibBaca



Video ini mendedahkan wajah sebenar syi'ah kepada anda. Bagaimana sikap dan niat sebenarnya syi'ah. Konspirasi mereka dalam menakluki dunia bersama-sama Yahudi dan barat. Yang akhirnya nanti akan membentuk pakatan dajjal.

Lihatlah kekejaman dan penipuan mereka yg bukan sahaja kpd umat Islam, tetapi kepada dunia. Berapa ramai di antara kita tertipu dgn propaganda mereka kononnya melawan Yahudi dan barat, semuanya taqiyyah atau kepura-puraan semata-mata. Mereka bersekongkol juga dengan puak-puak sesat yang lain di peringkat antarabangsa dan bersama-sama PAS di peringkat Malaysia!



Dan kini, hasil-hasil Iraq dibahagi dua kepada Syi'ah Iran dan Amerika. Ini telah kita lihat sendiri hari ini. Amerika mengaut hasil bumi Iraq (berupa minyak) dan Syi'ah pula menguasai Iraq! Manakala umat Islam lainnya telah mula dihapuskan dari sehari ke sehari dengan kejam.Apa yang kita lihat adalah kaum Sunni disembelih dan dibunuh dengan kejam di Iran. Bagi mereka (Kaum Syi'ah), membunuh Ahlus Sunnah adalah termasuk perbuatan yg bakal diberi ganjaran pahala dan Syurga!

Bahkan mereka bersekongkol pula dengan golongan kuffar merampas tanah-tanah milik umat Islam lainnya termasuk Iraq! Di Iraq, mereka berkerjasama dengan Amerika memerangi Iraq (Saddam Hussein).

Dan hari kita tidak lagi melihat kewujudan masjid-masjid ahlus Sunnah diimarahkan di Iran. 
Bahkan sebaliknya tidak ada satu pun masjid Ahlus Sunnah di bandar utama mereka, Tehran. Kita mungkin melihat Ahlus Sunnah bebas beribadah di negara-negara lain termasuk negara kafir Amerika, tetapi sama sekali tidak dan bukan di Iran, terutamanya Tehran!

Di Malaysia, demonstrasi disuburkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Ini diakui sendiri oleh pelopor dan pencetus utamanya antranya Mat Sabu sebagaimana terpampang dalam laman sesawangnya.

Beliau sendiri (Mat Sabu) mengakui mendukung idea2 pasca revolusi Iran oleh Ayatusy Syaithan Khomeini laknatullah 'alaih. Sebagaimana apa yg kita telah lihat hasil revolusi Iran, pembersihan golongan Sunni telah berlaku dgn begitu pesat sekali.

Idealogi demonstrasi ke atas pemerintah adalah syi'ar kaum sesat Syi'ah. Ia jelas tergambar dalam pasca revolusi Iran 1978. Kini ideologi demonstrasi ini mula disuburkan oleh PAS di Malaysia melalui tokohnya bernama Mat Sabu bersama-sama rakan pembangkang yang lain. Ini tidak hairan kerana Mat Sabu sendiri adalah seorang Syi'ah atau sekurang-kurangnya adalah pro-Syi'ah sesat Iran!


K7L : Bahayanya syiah!..Selamatkan Akidah..

30/07/2013

@cmlimguaneng Dimalukan Lagi! @tunfaisal Ajar LGE Pasal Konteks Hubungan Diplomatik!



SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak faham konteks hubungan diplomatik yang diadakan oleh Barisan Nasional (BN) dengan Parti Komunis China, kata Exco Pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz.

Menurutnya, penubuhan sekretariat di antara Pemuda Barisan Nasional dan Liga Belia Komunis China (CYL) adalah berteraskan hubungan dan kerjasama negara, bukan kerjasama dengan pergerakan komunis Malaya.

Katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu jelas tidak maklum tentang faedah yang diperolehi negara hasil hubungan yang diadakan pada 12 Oktober 2009 dalam pelbagai bidang.

"Pemimpin DAP macam Lim Guan Eng ada masalah untuk faham konteks. Konteks hubungan dengan parti teras sebuah kerajaan yang penting berbeza dengan konteks penolakan dan menyelar kezaliman Parti Komunis Malaya (PKM).

"PKM bunuh rakyat (negara ini) dan lakukan sabotaj sedangkan Parti Komunis Cina tidak bunuh rakyat Malaysia dan merupakan rakan penting Malaysia dalam banyak bidang," katanya kepada Antaraposmenerusi sistem pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Justeru kata Tun Faisal, Lim melakukan provokasi dengan bertindak mempertikaikan hubungan berkenaan.

Setiausaha Agung DAP itu dalam kenyataan medianya semalam, mendesak Umno untuk tampil menjelaskan hubungan parti itu dengan Parti Komunis Cina.

Beliau merujuk kenyataan anggota exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam yang mempersoalkan bagaimana filem 'The New Village' yang didakwanya mengagungkan fahaman komunisme begitu mudah diluluskan berbanding filem ‘Tanda Putera’ yang berlatar belakangkan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Katanya lagi, Ketua Pemuda Umno pada 12 Oktober 2009 turut mengumumkan sekretariat tetap bagi mengukuhkan hubungan di antara Pemuda BN dengan CYL.

Lim juga membidas Umno yang tidak menentang tindakan kerajaan yang mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis seperti China, Cuba dan Vietnam.

Mengulas lanjut, Tun Faisal menegaskan kerajaan BN menolak sekeras-kerasnya Parti Komunis Malaya yang melakukan kekejaman kepada rakyat berbeza dengan Parti Komunis China.
Malahan jelasnya, pada era tahun 1970-an Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussin telah mengadakan hubungan diplomatik dengan China untuk menyebarkan penolakan rakyat kepada PKM.

Ini kerana PKM jelas mengancam keselamatan rakyat ketika itu kerana melakukan kezaliman.

"Sebab apa PKM ditolak kerana keganasan, kezaliman dan ideologi dan pendekatan yang tidak sesuai dengan rakyat Malaysia dan tanah Melayu ketika itu.

"Tun Razak buat hubungan diplomatik dengan China pada tahun 70-an, untuk jelaskan pendekatan PKM yang ditolak rakyat Malaysia dan supaya China menyisihkan PKM dan tidak lagi beri dana kepada PKM," tambah beliau.

Polemik timbul apabila Pemuda Umno mahu filem 'The New Village’, yang mengisahkan penempatan semula komuniti Cina sewaktu pencerobohan komunis diharamkan.

Filem itu didakwa secara halus mengangkat PKM sebagai hero dan meletakkan Rejimen Askar Melayu dan polis yang ketika itu berkhidmat dengan British sebagai musuh dan 'orang jahat' yang perlu dihapuskan. -antarapos



Apakah Malaysia Kini Tidak Selamat Lagi? #DontShoot @ZahidHamidi



1. Dengan kejadian tembakan yang terbaru yang mengakibatkan pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi meninggal dunia telah menjadikan tahun 2013 sebagai tahun kes tembakan profil tinggi yang tertinggi pernah dicatatkan.

2. Kes tembakan ini adalah yang ke-12 pada tahun ini sahaja.

3. Samada kes tembakan sebegini adalah perkara lazim di Malaysia ataupun hanya disensasikan oleh media, ia telah mengundang pelbagai kerisauan dan ramai mula mempersoalkan keberkesanan pihak Polis DiRaja Malaysia.

4. Kes tembakan profil tinggi ini bermula pada 25 April yang lalu dan yang terbaru adalah pada 29 Julai, semalam. Dalam tempoh 95 hari sahaja, telah berlaku 12 kes tembakan menjadikan secara puratanya satu kes tembakan seminggu.


5. Senarai kes yang berlaku adalah seperti berikut:

a. 25 April 2013 - N. Ragunathan, telah ditembak mati di dalam kereta selepas beliau mengkendalikan satu transaksi di pejabat JPJ di Jalan Seremban-Tampin. Beliau keseorangan di dalam kereta Proton Perdana beliau apabila dua lelaki bermotorsikal lalu di sebelah kereta beliau dan menembak beliau mati di luar pejabat JPJ.

b. 30 April 2013 - Seorang pembonceng motorsikal telah melepaskan tembakan terhadap seorang lelaki berusia 26 tahun di laman rumah lelaki tersebut di Simpang, Taiping namun tersasar. Penunggang motorsikal dan pemboncengnya telah menjerit nama beliau sebelum melepaskan tembakan.

c. 12 Mei 2013 - Seorang pembantu di kedai barangan terpakai ditembak di persimpangan lampu trafik di Kulim, Kedah.

d. 13 Mei 2013 - Dua lelaki terbunuh manakala dua lagi cedera apabila seorang lelaki bermotorsikal melepaskan tembakan semasa mangsa meninggalkan majlis perkahwinan di Butterworth, Pulau Pinang.

e. 29 Mei 2013 - Seorang ahli perniagaan terselamat meskipun telah ditembak sebanyak 7 kali oleh dua lelaki bermotorsikal di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh.

f. 15 Jun 2013 - Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim berusia 58 tahun telah ditembak mati oleh dua lelaki bermotorsikal di persimpangan lampu trafik di Putrajaya.

g. 5 Julai 2013 - Seorang guru, Mat Zaki Hashim berusia 35 tahun telah mengalami kecederaan serius akibat ditembak di leher berdekatan Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas, Kelantan. Kereta beliau telah dipercayaai ditahan di atas jalan sebelum ditembak oleh lelaki yang tidak dikenali.

h. 8 Julai 2013 - Pembantu Kanan Hal Ehwal Murid, Hashim Mat Zain telah ditembak semasa beliau meninggalkan sekolahnya di Bachok, Kelantan.

i. 12 Julai 2013 - Budak lelaki berusia 4 tahun telah cedera di dahi dan juga kaki kirinya apabila seorang lelaki melepaskan tembakan terhadap budak lelaki tersebut dan bapanya yang merupakan seorang penarik kenderaan di hadapan rumah mereka di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

j. 18 Julai 2013 - Seorang lelaki melepaskan 9 das tembakan yang membunuh seorang guru berusia 45 tahun di persimpangan lampu trafik di Simpang Empat Keladi, Kulim, Kedah.

k. 28 Julai 2013 - Penasihat MyWatch, R. Sri Sanjeevan telah ditembak oleh dua lelaki bermotorsikal di Taman Cempaka, Bahau, Negeri Sembilan.

l. 29 Julai 2013 - Pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi dan isteri telah ditembak di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur oleh seorang lelaki berkaca mata dan berpakaian sukan.

6. Daripada 12 kes tembakan ini didapati bahawa modus operandi yang digunakan adalah hampir sama iaitu di persimpangan lampu trafik, 2 orang lelaki bermotorsikal terlibat dan mangsa ditembak sewaktu memandu meninggalkan pejabat ataupun kediaman.

7. Berkemungkinan besar ini bermaksud kes-kes tembakan ini adalah satu operasi khusus yang mengkaji kegiatan dan aktiviti rutin mangsa. Besar kemungkinan juga kes-kes ini adalah menggunakan khidmat pembunuh upahan yang terdiri daripada warga asing.

8. Terdapat satu cerita yang sering menjadi bahan perbualan sekitar peristiwa pengawal keselamatan peribadi Sultan Kelantan yang ditembak mati tahun lepas yang mengatakan anda boleh mengupah pembunuh upahan daripada negara Thailand dengan kos serendah RM 3000 sahaja.

9. Yang jelas pada pandangan rakyat Malaysia adalah kes tembakan ini samada hanya disensasikan oleh media atau tidak telah menjadi semakin serius dan memerlukan perhatian khusus daripada PDRM dan juga kerajaan.

10. Walaupun kes-kes ini tidak berkaitan antara satu sama lain dan barangkali hanya kes terpencil, namun pada hakikatnya rakyat Malaysia kini tidak berasakan mereka ini tidak selamat lagi.

11. Ada juga sahabat saya yang sudah menyatakankan bahawa Malaysia kini antara negara yang paling tidak selamat di rantau ini. Mungkin percakapan beliau tidak berasas, namun persepsi beliau mungkin dikongsi oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.

12. Kementerian Dalam Negeri, PDRM harus mengambil perhatian segera terhadap peningkatan kes ini. Jika tidak, rating PDRM dan juga KDN akan merundum serta persepsi terhadap keberkesanan kerajaan DS Najib Razak akan dipersoalkan.

13. Seharusnya pihak pembangkang akan mengambil kesempatan atas tragedi yang berlaku ini untuk memberikan mereka kelebihan politikal.


Sumber : Salah Ad-Din

InsyaAllah Keris akan cuba kemukakan cadangan. Buat masa ini masih belum sempat nak duduk dan tulis.

K7L : Ingat senang jadi Menteri KDN?..

Syiah Makin Menonjolkan Diri! Malaysia Dalam Bahaya! #SelamatkanAkidah



Kedai makan di Jitra yang secara terang-teranngan memaparkan gamabr pemimpin Syiah mereka. Bimbang juga setelah Keris baca dari blog Mctheory. Syiah sudah menjadi ancaman yang sangat membimbangkan dan teramat bahaya.

Semakin lama makin menular pulak fahaman syiah dalam masyarakat kita. Di Kedah khususnya sudah banyak laporan dibuat terhadap jabatan agama Islam. Tindakan fatwakan haram syiah di Kedah amat tepat oleh Kerajaan negeri.

Ketegasan Menteri Besar dalam membasmi kegiatan gerakan Syiah di Kedah membuatkan puak-puak Syiah di kedah mula rasa kepanasan, perkara itu terbukti apabila gerakan Syiah mula berselindung di sebalik Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Walaupun mereka yang menafikan penglibatan dalam aktiviti Syiah, tetapi semua itu boleh dikenal pasti melalui perbuatan atau kenyataan mereka kerana ia akan menjurus kepada fahaman itu.

Mukhriz berkata, “Bukti itu ada, ia tersembunyi. Kita hanya perlu teliti dari aspek kenyataan mereka sebelum ini, sama ada dalam ceramah atau tazkirah yang pastinya ada unsur menyokong fahaman Syiah,”

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sudah kenal pasti pemimpin politik terlibat dan akan mengambil tindakan jika ada laporan daripada majlis agama Islam negeri.

Mengulas perkara itu, Mukhriz berkata, setakat ini, kerajaan negeri belum menyediakan laporan berkaitan aktiviti Syiah di negeri ini, dan maklumat berkaitan sedang dikumpul untuk tindakan lanjut.

“Maklumat berkenaan akan dijadikan rujukan dan panduan untuk proses mewartakan fatwa itu, yang akan dibahas dalam sidang Dun 25 Ogos ini. Kita akan wartakan segera fatwa anti Syiah selepas mendapat persetujuan dewan,” katanya.

Bagaimanapun, hanya selepas diwartakan katanya, tindakan boleh diambil terhadap mereka yang terbukti cuba menyebarkan fahaman Syiah.

Mukhriz berkata, fatwa itu tidak akan dikuatkuasakan secara drastik, sebaliknya menggunakan pendekatan berhemah agar pengikutnya kembali ke pangkal jalan.

“Langkah awal ialah mulakan usaha memperbetulkan akidah golongan ini sebelum diambil tindakan perundangan. Ada pihak yang tidak sedar mereka terikut-ikut dengan fahaman itu.

Jadi kita wajar sedarkan mereka dan bawa mereka kembali ke jalan yang benar,” katanya.

K7L : Ya Allah..lindungilah bumi Melayu ini dari kesesatan puak syiah..

29/07/2013

Kerajaan Selangor Awal-Awal Lagi Sudah Pincang! PAS Kenapa Diam Je?




DAP mahu perbincangan lanjut dengan Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pelantikan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifudin Nasution Ismail sebagai Ketua Staf di Pejabat Menteri Besar bermula 22 Julai yang lalu.

Nampaknya DAP mula risau bila Little Napoleon PKR dibawa masuk ke dalam pejabat Menteri Besar sekaligus usaha DAP mahu jadikan Khalid sebagai boneka mereka akan gagal.

Sekarang mereka dah mula bertelagah sesama sendiri. Namun hairannya mengapa PAS mendiamkan diri sejak dua menjak ini? Apa sebenarnya yang sedang dirancang oleh PAS. PAS tunduk kepada DAP atau PKR? 

Apapun kita akan lihat drama DAP nak tunjuk besar kepala di Selangor. MB nak bawak masuk orang dia sukati dia lah kan?

K7L : Pakatan membawa Rakyat rebah..

@razlanrafii Perlu Bertanding KP UMNO Malaysia Atau MT UMNO? #Pemilihan2013 @KhairyKJ



"Sekiranya tiada calon yang mahu bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saya sendiri menawarkan diri untuk bertanding" - Mohd Razlan Muhamad Rafii


Berikut adalah petikan yang Keris ambil daripada blog Rezqeen Hill :

Mohd Razlan berkata, jika tiada calon yang bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan UMNO akan datang dan YB Khairy Jamaluddin tidak mahu mempertahankan posisi sekarang, beliau bersedia untuk menggalas tanggungjawab ini demi agama, bangsa dan negara tercinta.

Nampaknya sehingga ke hari ini, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin memang belum mengumumkan samada beliau mahu mempertahankan kerusi Ketua Pemuda ataupun berhasrat untuk meniti tangga dalam politik.

Tidak mustahil juga YB KJ akan bertanding di peringkat yang lebih tinggi. Berbalik kepada persoalan seperti tajuk yang Keris tulis. Samada Saudara Razlan Rafii perlu bertanding KP UMNO Malaysia ataupun MT UMNO?

Melihat pada senario yang sedia ada sekarang. Umum tahu menjelang #PRU14 kelak, kuasa mengundi terletak pada tangan orang muda. Pada #PRU13 yang lalu, lebih 2/5 pengundi datangya daripada orang muda.

Adalah lebih baik, daripada saudara Razlan mahu bertanding KP UMNO Malaysia, beliau memilih untuk berada di barisan Majlis Tertinggi UMNO. Kita perlukan lebih ramai orang muda yang akan menjadi penggerak zaman buat UMNO.

Mengapa masih kekalkan orang-orang yang terlalu lama tetapi tidak 'perform'. Bagi peluang kepada orang-orang muda. Keris fikir, jelas UMNO perlukan janaan serta suntikan baru bagi memastikan UMNO kekal no satu dalam negara.

K7L : Jadi apa tunggu lagi? Bertanding MT je bro!

Syiah Kini Bergerak Kafirkan Anak-Anak Muda IPTA/IPTS? #SelamatkanAkidah



Penyebaran fahaman Syiah di universiti awam dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sememangnya berlaku, tetapi tiada bukti jelas dapat dibuktikan, kata Presiden Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah.

Realiti itu katanya, tidak dinafikan tetapi sukar untuk dibuktikan memandangkan ahli Syiah bergerak secara sulit dalam kumpulan kecil.
Oleh itu, sekiranya terdapat dakwaan penyebaran fahaman Syiah berlaku, pihak universiti dan Kementerian Pendidikan perlu menangani perkara ini secara serius sebagai langkah awal mengekang perkara ini daripada berleluasa.

“Pantauan bukan sahaja terhadap mahasiswa dan mahasiswi tempatan, malah mahasiswa asing dari Timur Tengah juga tidak terkecuali.

“Kita khuatir jika tidak di pantau secara serius, penyebaran fahaman Syiah akan menular dan merosakkan golongan ini yang akhirnya membawa kesan besar kepada umat Islam,” katanya kepada media, semalam.

Menurut Mohd Shahar, kekeliruan menyebabkan golongan mahasiswa dan mahasiswi ini mudah terpengaruh dengan fahaman Syiah.

“Mereka ingin pelajari ilmu agama secara mendalam, tetapi tidak tahu perbezaan antara Syiah dan Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang menjadi fahaman umat Islam di negara ini,” katanya.

“Sebelum perkara ini lebih dominan dan membimbangkan, langkah proaktif perlu dilaksanakan,” katanya. - UtaraNews.com


Selepas UMNO Selangor - Beberapa Ketua UMNO Bahagian #WilayahPersekutuan Juga Perlu Ditukar!




Sebelum ini Keris ada sambut cerita pasal UMNO Selangor [SINI]. Sekarang Keris nak minta juga supaya beberapa UMNO Wilayah Persekutuan melakukan perubahan demi keutuhan organisasi UMNO.


Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang gagal membantu dalam memenangkan BN harus ditukar. Ada tu sudah berapa penggal pegang pun masih di takuk yang lama. Keputusan masih tidak berubah.

Berikut adalah senarai Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang sepatutnya dengan 'gentleman' mengundurkan diri dan bertanggung jawab di atas kekalahan pada #PRU13 :

1. Kepong - Datuk Haji Rizuan Bin Abd Hamid

2. Batu - Haji Yahaya Bin Mat Ghani 


3. Wangsa Maju - Dato’ Dr. Haji Mohd Shafie Bin Abdullah

4. Segambut - Dato’ Haji Kamarudin Bin Haji Ambok

5. Bukit Bintang - Dato’ Seri Abdul Azim Bin Mohd Zabidi

6. Cheras - Datuk Wira Syed Ali Bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee

7. Bandar Tun Razak - Saharudin Bin Haji Zainal Abidin (Pemangku)
Kebanyakan diantara mereka pernah dilantik sebagai Senator. Peluang apa lagi yang mahu diberikan jika semua ruang yang diberi tidak digunakan untuk memenangkan BN di Wilayah Persekutuan? 

Kini sudah tiba masa untuk beri laluan pada yang lebih energetik dan muda untuk bekerja. Jangan nak jadi macam sistem pemilihan 'Agung' pula di Wilayah yang mana semua pegang berpenggal-penggal hanya untuk tunggu kerusi Senator. Senator pun patutnya orang muda yang dapat kali ini.

Jika tak jadi Senator, mereka-mereka ini akan diletak untuk memegang beberapa jawatan penting, memegang yayasan dan ahli lembaga kepada organisasi tertentu. Owh! Ini bukan membuka pekung UMNO tetapi realitinya mereka yang memegang KUB memang layak diberi jawatan tertentu dengan harapan dapat membantu BN.

Keris yakin dan pasti ketiadaan mereka-mereka yang sudah boleh digelar 'Dinasour Politik' akan memberi nafas baru kepada UMNO Wilayah Persekutuan. Dari mengabihkan boreh yo dengan 'high maintenance' mereka, lebih baik tukar sahaja.

Tik Tok masa sentiasa berjalan dan mereka-mereka ini sudah 'senang' tetapi gagal dalam membantu kemenangan Barisan Nasional. Buat apa duduk di Bahagian lagi jika sudah tak mampu 'berkhidmat' dengan cergas dan cerdas? Beri peluang pada muka baru untuk memimpin. 

Rakyat perlukan pemimpin bukan pemimpin yang pilih untuk rakyat. Lebih-lebih lagi Bahagian Cheras. Apa sudah tiada lagikah orang yang bijak politik di Cheras selain daripada keluarga Syed Ali dan Syed Mehdar? Cakap pung pang pung pang, tegur orang sana dan sini, salah orang itu dan orang ini tapi kawasan sendiri tak boleh jaga?

Orang muda tak suka dengan 'tin-tin kosong' yang cakap berdegar-degar. ingat #PRU14 kelak orang muda jadi penentu. UMNO perlu lebih inklusif buat orang muda supaya suara dan pandangan mereka didengari. 

Ada juga beberapa bahagian yang tidak perlu ditukar namun tidak salah jika nafas baru diberi peluang seperti :

1. Setiawangsa - Dato’ Sri Zulhasnan Bin Rafique

2. Lembah Pantai - Dato’ Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin

3. Seputeh - Dato' Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff 


Bagi Setiawangsa, mungkin elok juga tukar kerana kita perlukan orang baru untuk bergerak lebih efisien dalam mempertahankan kerusi BN di Setiawangsa. Lembah Pantai pula rasanya Dato' Raja Nong Chik sudah banyak buat kerja dan kalah pun sedikit sahaja daripada Nurul Izzah. Wajar diberi peluang sekali lagi dan harap mampu menang.

Untuk bahagian Seputeh pula, memang benar mereka kalah kerana komposisi kaum tetapi kalau nak ganti Dato' Mus, kena rajin dan kuat bekerja macam dia. Bukan macam orang yang nak lawan dia yang hanya nak jawatan tapi belum tentu mampu bekerja macam dia. Kalau betul nak ganti biar orang muda. Jika tak ada yang relevan, beri Dato Mus peluang berkhidmat lagi.

Hanya tiga sahaja bahagian di Wilayah Persekutuan yang tidak perlu ditukar buat masa ini kerana rekod baik dalam memastikan BN mendapat kerusi di Parlimen :


1. Putrajaya - Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor 

2. Titiwangsa - Datuk Johari Abdul Ghani (Pemangku)

3. Labuan - Datuk Yunus Bin Haji Kurus (Pemangku)


Keris bersetuju dengan tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh satu gerakan ahli UMNO yang mahukan UMNO kekal gagah. Menurut blog Shah Alam Rebels a
ntara tuntutan mereka adalah:

1. Mendesak KUB yang telah berkhidmat lebih dua penggal supaya melepaskan jawatan dan tidak mempertahankannya.

2. KUB yang kalah pada pilihanraya yang lepas digesa berundur serta merta dan melupakan hasrat untuk bertanding pada pemilihan kali ini.

3. Para perwakilan diminta supaya melaporkan segala kegiatan rasuah dan beli undi yang melibatkan calon-calon bertanding. Jika calon ditangkap, pengadu akan diberi ganjaran RM1000.

4. Para perwakilan diminta supaya menolak calon-calon 'kaki projek' yang dikenal pasti hanya menggunakan jawatan dalam UMNO untuk mendapatkan projek-projek kerajaan.

K7L : Masa untuk transformasi!

@NajibRazak Ketua-Ketua UMNO Bahagian Selangor Yang Perlu Ditukar! #Sepang #KualaLangat Paling Wajib!




Semalam kecoh di blog Shah Alam Rebels tentang senarai Ketua-Ketua UMNO Bahagian di negeri Selangor yang perlu diubah. Memandangkan Keris anak Selangor maka tak salah untuk berbicara perihal UMNO Selangor ini.

Mengikut rakan blogger SAR :


Oleh itu, penulis senaraikan Bahagian yang kalah di kerusi Parlimen/Dun dan memerlukan pemimpin yang baru:-

1. Sepang - Dato' Seri Ir. Mohd Zin bin Mohemed (kalah 3-1)

2. Selayang - Abdul Syukur bin Idrus (kalah 3-1)

3. Gombak - Hj Abdul Rahim bin Kamaruddin (kalah 4-0)

4. Ampang - Dato' Ismail bin Kijo (kalah 4-0)

5. Pandan (kalah 4-0)

6. Hulu Langat - Datuk Johan b. Abdul Aziz (kalah 3-1)

7. Serdang - Datuk Hj. Mohd Fathil bin Daud (kalah 4-0)

8. Puchong - Dato' Hj. Mohamad Satim bin Diman (kalah 3-0)

9. Kelana Jaya - Tan Sri Muhammad bin Muhamad Taib sertai PAS

10. PJ Selatan - Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik (kalah 3-0)

11. PJ Utara - Dato' Ikhwan Salim bin Dato' Hj. Sujak (kalah 3-0)

12. Subang - Dato'Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor rela berundur.

13. Shah Alam - Dato' Hj. Ahmad Nawawi bin Dato' M. Zin (kalah 3-0)

14. Kapar - Dato' Hj. Abdul Rahman bin Palil (kalah 4-0)

15. Klang - Datuk Mazlynoor bin Abdul Latiff (kalah 4-0)

16. Kota Raja - Ir. Hj. Kamaruzzaman bin Johari (kalah 4-0)

17. Kuala Langat - Dato' Hj. Sulaiman bin Mohd Karli (kalah 4-0)

Ketua Bahagian yang wajar dikekalkan berikutan prestasi baik dalam PRU-13

1. Sabak Bernam (menang 2-1)

2. Hulu Selangor - Dato' Mohd Idris bin Abu Bakar (menang 3-1)

3. Tanjong Karang - Dato' Seri Noh bin Omar (menang 3-0)

4. Kuala Selangor - Dato' Amiruddin bin Setro (menang 4-0)

5. Sungai Besar (menang 2-1)


Ya! Keris setuju dengan senarai ini. Terutama sekali Sepang yang memang perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan Barisan Nasional di Selangor. Sampai hari ini Keris tak nampak pun muka dia. 


Okeh! Paling wajib sekali ditukar adalah UMNO Kuala Langat. Sehingga #PRU13, inilah keputusan paling memalukan buat Barisan Nasional Kuala Langat yang dahulunya kubu kuat UMNO.


Sejarah mengatakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia juga datangnya daripada Kuala langat! Legasi Datuk Fatah Iskandar sehingga hari ini tidak ada kesinambungan yang mampu membawa Kuala Langat sebagai kubu yang tidak boleh ditembusi.


Ini bukan masalah calon sahaja, calon bagus seperti Kapt (B) Shaharuddin Omar pun tidak diberi mandat apatah lagi yang memang orang Kuala Langat tak gemar. Ketua Bahagian sepatutnya bertanggungjawab dalam setiap kekalahan dan ini merupakan kekalahan paling teruk dalam sejarah Kuala Langat.


Dato' Sulaiman sepatutnya 'gentleman' untuk mengundur diri. Jangan rosakkan lagi institusi UMNO Kuala Langat hanya kerana mahu mengejar cita-cita politik. Sudah tiba masa untuk berlalu pergi dan beri peluang kepada orang lain menerajui.



Sama juga buat Hasiman Sidom yang mana dia turut 'dtolak' oleh pengundi di DUN Morib setelah beberapa penggal berkhidmat. Patut dia tak payah jadi calon lagi pada #PRU13. Terkenal sebagai 'perangka' kepada politik Kuala Langat, jika diberi peluang lagi maka Keris tidak akan pelik untuk melihat akan 'runtuhnya' UMNO Kuala Langat.

Perubahan secara total perlu dilakukan di Selangor. Kita perlukan KUB KUB baru termasuklah Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor yang baru. Buat apa beri kepercayaan kepada orang yang dah dua kali memimpin dalam kekalahan?

Apa pun keadaannya, mungkin apa yang dipaparkan di sini tidak akan menyenangkan hati sesetengah pihak, tetapi penulis melihat dari sudut pandangan seorang rakyat. Oleh itu buatlah keputusan yang bijak demi parti, agama, bangsa dan negara, jangan lepas peluang keemasan ini bagi memilih barisan kepimpinan yang benar-benar layak dan paling penting diterima oleh rakyat


Basa cerita penuh dan panjang di [SINI]


K7L : Masa untuk Transformasi sebenar!..

Akhirnya! #NewVillage Digantung! Haramkan Terus Lagi Bagus!



Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung tayangan filem “The New Village” yang seharusnya menemui penonton di pawagam pada 22 Ogos oleh kerana filem itu perlu menjalani satu lagi tapisan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, keputusan itu dibuat selepas heboh di media sosial dan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung jalan ceritanya.

“Kita akan putuskan kemudian melihat kembali filem tersebut termasuk mengambil kira komen komen seperti dalam akhbar dan blog” katanya dalam satu sidang media selepas majlis berbuka puasa bersama kakitangan Penjara Sungai Buloh.

Menurut Ahmad Zahid, KDN ada menerima permohonan tapisan filem The New Village pada 4 September 2012.

Bagaimanapun apabila ditanya mengapa dulu pihaknya meluluskan filem tersebut beliau memberi komen babak yang ada dalam filem itu tidak keterlalaluan ketika itu.

” Filem itu telah ditapis tiga panel ahli LPF dan diluluskan pada 7 September 2012. Jesteru itu kita tidak akan beragak agak untuk membatalkan filem itu sekiranya didapati mengandungi babak mengagungkan komunis.?

” Kita akan beritahu kelak tarikhnya jadi sehingga waktu itu saya harap tidak akan timbul sebarang spekulasi mengenai hal ini,” katanya.
The New Village diarahkan oleh Wong Kew Lit dan diterbitkan oleh Astro Shaw serta barisan pelakonnya tidak membabitkan pelakon Melayu dan India.

Filem itu berkisarkan kejadian darurat di Tanah Melayu pada 1949 serta mempaparkan PKM dan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan.

Keris difahamkan mengapa ia diluluskan adalah kerana tiada babak yang keterlaluan. Ok! Sekarang Keris nak tanya, bagaimana pula dengan mesej propaganda halus yang sengaja dimainkan dalam babak-babak tertentu?

Lihat sahaja trailer dia, antara babak yang nampak orang cina ditindas adalah ketika rumah mereka di geledah. Sejarah awal bagaimana semua itu berlaku tidak pula diceritakan? Entahlah. Keris kena tengok dulu baru Keris boleh huraikan lagi propaganda yang diterapkan.

K7L : Sekarang macam-macam cara orang guna..

28/07/2013

Ucapan Tun Mahathir Berkenaan Nasib Melayu Di Malaysia! #WajibBaca




Ucapan kontroversi Ayahanda Tun Dr Mahathir yang diucap Dalam Sesi Tertutup pada 26 Julai 2013 lalu.

Bagi Keris apa yang Ayahanda Tun cakap itu adalah benar, jika diabaikan, nescaya harapan kita akan musnah!

1 - “Kerosakan UMNO bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin UMNO, dan kemudian DS Najib gagal memperbetulkan nya malah keadaan bertambah buruk”.

2 - “Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang”.

3 - “Lihat sahaja isu EC yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak begitu kuat begitu juga lah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan”

4 - “DS Najib nak jadi “BRAND” dan juga cogan “1Malaysia” kerana di fikirkan nama UMNO sudah tidak bagus lagi”

1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul,ia bermaksud lain pada pihak lain pada orang cina ia bermaksud semua sudah sama melayu dan cina, pada orang melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah cina dan sebagai nya”

5 - “Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitivity, tapi malang nya mereka lah yang didengar oleh pemimpin”

6 - “Pemuda UMNO sekarang tidak semacam dulu” ujar Tun, ini amat ketara kerana Pemuda UMNO ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang melayu.

“Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam”


7 - Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengan nya merasakan melayu tersisih kerana DS Najib terlalu tumpu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokong nya terutama nya orang cina.Malah mereka ini sangat di layan dengan istemewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokong nya.

Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan melayu untuk di layan.

8 - Tentu sekali pemimpin UMNO bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja.

9 - “Ada kah sebarang kontrak orang cina akan serah kepada Melayu?” ujar Tun Mahathir. “orang melayu yang dapat tender dan kontrek akhir nya akan sub kepada bukan melayu juga tapi malang nya apa yang dapat kepada orang cina tidak pernah dapat kepada orang melayu.

10 - “Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepada nya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh kedua nya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada UMNO dan DS Najib”

11 - “BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apa bila tidak lagi dapat memberi nya”

12 - “Saya Ultra Malay tapi orang cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada cara nya untuk memikat hati mereka, pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulur kan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi”

Akhir sekali Tun berkata “Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan melayu, jika mereka kata saya rasis Ya saya akan kata saya rasis”.

Untuk baca artikel sepenuhnya - KLiK

Ibu Pelajar SK Pristina Paksa Anak Makan Dalam Tandas?



Nampaknya ibu bapa di SK Pristina lebih maklum apa yang berlaku dan telah bersetuju dengan keputusan yang dibuat. Jadi jika Guneswri Kelly ada anak disitu, lebih baik dia bawa anaknya berpindah kerana nampaknya ibu bapa di sekolah tersebut sudah naik angin. Orang luar yang tiada kena mengena pula, jangan lah menyibuk. Kalau nak cari kebenaran, cari kebenaran seperti penulis blog Dhanyaraam dan Mazidul Akmal.

Canteen In Changing Room , FACTS That You Should Know.

http://dhanyaraam.blogspot.com/2013/07/canteen-in-changing-room-facts-that-you.html
dan baca penjelasan Mazidul, yang bukan sahaja pergi mencari maklumat, tetapi turut berbuka puasa dan berdoa di dalam bilik persalinan yang sama.

PELAJAR MAKAN DI BILIK PERSALINAN ( WAKIL PIBG, PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN GURU MAKAN DI MANA?) DAHSYAT SUNGGUH!
http://www.mazidulakmal.com/2013/07/pelajar-makan-di-bilik-persalinan-wakil.html

Sila lihat facebook penyokong Guru Besar SK Pristina untuk maklumat lanjut
https://www.facebook.com/sokong.gurubesar.sk.seri.pristana


Tindakan perlu diambil ke atas penyebar fitnah ini, bukan ke atas pengetua.


Lebih-lebih lagi apabila dia menjadikan isu ini satu isu perkauman dan keagamaan. Eloklah dia ditahan dan dihukum di bawah akta hasutan supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pihak polis dan Jabatan Peguam Negara mesti mendakwa semua yang terlibat menjadian isu ini isu perkauman dan kebencian agama termasuk penulis bernama Ravinder Singh dan portal berita FMT ini.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/07/25/downright-bluff-in-the-holy-month-of-ramadan/

Lihat perkataan yang digunakan - 1. fair to treat NON-MUSLIM CHILDREN 2. my child in mess in MALAY SCHOOL 3. This wat 1Malaysia is - apakah tujuannya, jika bukan perkauman dan prejudis keagamaan

K7L : Terlalu banyak cubaan menimbulkan ketegangan kaum sejak kebelakangan ini,,mungkinkah ISA perlu dikuatkuasakan semula?.. 

#NewVillage Tanam Sifat Cintakan Komunis? - Kenapa Lulus UntukTayangan? #TandaPutera




"Tanda Putera Tak Boleh, The New Village Ok" Kenapa Jadi Begini?

Perkembangan terkini berhubung kelulusan tayangan filem 'The New Village' sangat mengecewakan saya. Sehingga kini majoriti rakyat negara ini ternanti-nanti bila filem "Tanda Putera" akan ditayangkan di pawagam negara ini.

Hanya kerana "Tanda Putera" menayangkan secebis babak sejarah peranan DAP dalam mencetuskan peristiwa 13 Mei, filem yang sarat dengan sejarah pengorbanan Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr Ismail telah dipeti sejukkan.

Lebih memilukan, tiba-tiba pula filem "The New Village" yang secara halus mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai hero dan meletakkan Rejimen Askar Melayu dan Polis yang ketika itu berkhidmat dengan British sebagai musuh dan 'orang jahat' yang perlu dihapuskan.

Tidak cukupkah buku-buku tulisan Dr Qua Kia Song dan sekutu ekstrimisnya yang secara terang-terangan cuba menulis semula sejarah kemerdekaan Negara ini? Mengapa begitu mudah filem dan buku yang secara jelas cuba menyeleweng fakta sejarah dan menghasut rakyat dibiarkan bermaharajalela.

Saya menyeru agar kabinet mengkaji semula dasar kerajaan berhubung penerbitan filem dan buku sedemikian rupa. Dan saya rayu agar kebenaran untuk menayangkan filem "Tanda Putera" yang telahpun dipersetujui oleh kabinet disegerakan tayangannya.

Saksikan sendiri sebahagian dari babak "The New Village"




Jika diamati kisah yang cuba dibawa dalam cerita New Village ini, mereka sedang menanam propaganda halus yang mengatakan komunis berada di pihak yang benar. Walhal ramai yang tahu komunis ketika itu sangat kejam!

Kenapa Tanda Putera tidak dibenarkan tayangan tetapi New Village boleh lulus pula? Masa untuk pihak bertanggung jawab bertindak lebih tegas. Nak suruh ramai yang memberontak? Sudah tiba masa kita berhati-hati dengan mesej-mesej yang tidak elok.

Tanda Putera sejarah sebenar! 

K7L : Eh! Makin biadap puak-puak komunis moden ni..

24/07/2013

Akhirnya Menang Barisan Nasional Di #KualaBesut Tahniah!



Tahniah buat YB Tengku Zaihan yang kini telah menang dalam pilihanraya kecil Kuala Besut dengan majoriti yang bertambah. Nampaknya pengundi Kuala Besut masih lagi menunjukkan kesetiaan mereka terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional.

Tahniah! Buat jentera Barisan Nasional, tahniah kepada mereka yang telah bekerja keras. Walaupun ada yang menganggap ini sebagai 'percutian', lantak pilah dengan depa! Masih banyak lagi yang berusaha keras. Jangan cacatykan jentera untuk pilihanraya selepas ini.


K7L : Lepas ini dimana?...Kedah atau Kelantan?..

Terkini - BN Menang Dengan Majoriti Bertambah? #KualaBesut




Semua ini adalah keputusan yang tidak rasmi :

Seberang Barat - Pecahan Undi blom dpt. Majoriti BN - 534

Kg Nail - 822 BN / 523 PAS

Seberang Barat Luar - belum terima

Tok Saboh - 1543 BN / 956 PAS

Kg Nangka - 524 BN / 510 PAS

Kg Baru - belum terima

Bukit Puteri 967 BN / 946 PAS


Kiraan pantas - Barisan Nasional menang dengan majoriti 2987 undi.

[Video] ADUN BN Dipukul Pakai Payung Sampai Berdarah Oleh Muslimah PAS? #KualaBesut



Sebentar tadi berlaku di salah sebuah pusat mengundi bagi pilihanraya kecil Kuala Besut. Saudara Maslin Sham yang dalam keadaan tenang serta tanpa provokasi telah dipukul dengan payung.

bayangkan kalau payung itu terkena mata? Kan ke buta mata tu? Inilah yang berlaku apabila emosi menguasai diri. Dah lupa dia 'MUSLIMAH PAS'. Ataupun Muslimah itu hanya pada nama dan anggap itu satu sayap parti sahaja?

Sikap sebegini seharusnya tidak boleh dijadikan contoh buat gadis-gadis muda. Inilah dia ajaran sesat puak PAS. Boleh terpekik terlolong hanya kerana parti. Hilang akal. CUba tengok video dfibawah :


Pesanan buat Muslimah PAS yang bersikap biadap sehingga terpekik terlolong itu :Adab-adab sebagai muslimah,

Pertama. 

Memelihara pandangan matanya dan memelihara kesuciannya, sebagaimana firman Allah SWT

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya...'" (An Nur: 31)

Kedua. 

Menutup aurat dan perhiasannya dengan baik, tidak berpakaian terlalu sempit dan menjolok mata. Allah SWT berfirman

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya, dan hendaklah mereka menutupkan kain jilbabnya ke dadanya."(An Nur: 31)

Ketiga. 

Hendaknya jangan menampakkan perhiasannya yang tersamar, seperti rambut, leher, kedua lengan dan kedua betis kecuali kepada suaminya atau muhrimnya. Allah SWT berfirman

“Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. . ." (An-Nur: 31)

Keempat. 

Hendaklah bersopan dalam berjalan dan berbicara. Allah SWT berfirman.

“Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan ... " (An-Nur: 31)

“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (Al Ahzab: 32)

Kelima.

Hendaklah ia menjauhi segala sesuatu yang menarik perhatian lelaki dari dirinya seperti berdandan (tabarruj) dengan dandanan ala jahiliyah. kerana ini bukanlah akhlaq seorang wanita yang bersih. Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian keluar dari rumahnya agar dicium baunya oleh orang maka ia berzina." (HR. Abu Dawud)Maksudnya seakan ia berbuat zina, meskipun ia tidak berbuat demikian, maka wajib atas wanita menjauhi perilaku seperti itu

Keenam. 

Wanita dilarang berduaan dengan lelaki lain yang bukan suaminya dan bukan muhrimnya, hal itu untuk memelihara dirinya dan diri orang lain dari bisikan-bisikan dosa dan memelihara dirinya dari berita-berita bohong. Nabi SAW bersabda

“Jangan sekali-kali seseorang itu bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali dengan muhrimnya" (HR. Muttafaqun 'Alaih)

Ketujuh. 

Jangan berikhtilath dengan kaum lelaki lain kecuali kerana keperluan yang terpaksa dan kemaslahatan yang dibenarkan dan dilakukan dengan seperlunya, seperti solat di masjid, menuntut ilmu, berta'awun untuk kebaikan dan ketaqwaan, yang tidak terlarang bagi wanita itu untuk ikut serta dalam memberi pelayanan kepada masyarakat, tetapi jangan lupa batas-batas syari'at dalam bertemu dengan lelaki.

K7L : Ada muslimah PAS ikut?..buang jelah nama muslimah tu..tak layak langsung..

Orang PAS Upah Lelaki Kurang Siuman Untuk Buat Provokasi? #KualaBesut



Kulaan Niring ada keluarkan posting pasal puak PAS yang sanggup buat apa sahaja bentuk provokasi pada hari pengundian PRK Kuala Besut. Antara benda tak masuk akal yang mereka lakuakan adalah dengan mengupah seorang lelaki yang kurang siuman untuk membuat kecoh.

Kalau lihat dalam video di bawah ini, nampak perwatakan orang PAS sekelilingnya seolah-olah mempermainkan sahaja lelaki tua tersebut :


K7L : Rasanya memang penyokong PAS kurang siuman..baring atas jalan bagai..

23/07/2013

Penjelasan Mengenai 16:16 Telah Dijelaskan! #KualaBesut Perlu Diselamatkan!




17 Fakta Yang Tidak Didedahkan PAS Berkenaan Calon #KualaBesut



Kulaan Niring ada keluarkan satu artikel yang menrik untuk Keris kongsi dengan pembaca.

17 Rahsia siapa Che Long :


1) Senarai syarikat kepunyaan Che Long :
a. Maxxifon (KT0202224)
b. Robihah Sdn. Bhd. (522105)
c. Tayar & Auto MMC (TR0042227)
d. Walit Jewellery Sdn. Bhd

2) Che Long melalui syarikat Robihah Sdn. Bhd pernah menerima projek dari JKR di bawah KESEDAR bernilai RM 3.7 juta pada tahun 2002.

3) Sebelum terlibat dengan PAS, Che Long adalah ahli Umno di cawangan Kg Gong Nering dalam PDM Kampung Baru di Dun Kuala Besut.

4) Mula terlibat dengan pergerakan PAS setelah mendapat projek balak di Kelantan melalui Husam Musa. Sokongan terhadap Husam jelas apabila Che Long dikatakan membawa penyokongnya ke Putrajaya ketika Husam dicalonkan pada PRU-13.

5) Dikatakan perletakkan Che Long sebagai calon di sana adalah aturan Husam yang berkehendakkan calon terdiri daripada kroninya sendiri. Penyokong Pas di kawasan Kuala Besut mengharapkan calon dari kalangan ulama’.

6) Husam juga telah mengcantas YB Ustaz Satiful Bahri yang di war-warkan bakal mengepalai kempen PAS di Kuala Besut kali ini.

7) Kempen dari Pas pada PRK kali ini telah didominasi oleh jentera dari Kelantan. Dikatakan jentera PAS Terengganu tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan tertinggi PAS.
8) Ura- ura dikatakan kempen kali ini diboikot oleh sayap-sayap ulama dan wanita parti dalam isu pemilihan calon. 

9) Sayap ulama memboikot kerana Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ustaz Nik Zawawi tidak dipilih.

10) Bagi sayap wanita pula, mereka tidak berpuas hati dengan pemilihan kali ini kerana calon mereka yang tewas pada PRU 13 yang dahulu, Napisah Ismail tidak dicalonkan walaupun berjaya meningkatkan jumlah majoriti PAS berbanding 2008.


11) Sementara Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang sepatutnya mengepalai jentera (walaupun bukan sdbagai Pengarah Pilihanraya) kerana Besut berada dalam negeri itu, tidak kelihatan sudah banyak malam

12) Wahid Endut dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS Pusat kerana menyerahkan kuasa kepada Pas Kelantan melalui Husam Musa untuk mengetuai PRK di Kuala Besut.


13) Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kelantan, Wan Nik Yusof Ngah pada 11 Julai 2013, 2 PM di Masjid Haji Yaacob, peti undi Tok Sabah, telah mendedahkan bahawa pemilihan Husam Musa sebagai Pengarah PRK dun Kuala Besut dibuat oleh PAS Pusat sendiri.

14) Perlantikan berkenan dibuat untuk mengelakkan isu Husam Musa disingkirkan oleh PAS Kelantan. Justeru PRK DUN Kuala Besut telah dijadikan sebagai topengnya, memandangkan PAS Kelantan amat tahu bahawa kelebihan di Kuala Besut lebih berpihak kepada UMNO berbanding PAS.

15) Wan Nik Yusuf Ngah juga secara terang-terang MENGECAM kepimpinan PAS Terengganu yang disifatkannya tidak bersungguh-sungguh menerima kehadiran petugas dan pembantu dari Kelantan.

16) Wan Nik Yusuf Ngah turut mendedahkan bahawa operasi kempen PAS di Kuala Besut setakat ini langsung tidak mendapat sokongan kewangan dari PAS Terengganu.

17) Maklumat juga mendedahkan tiada sebarang arahan dari peringkat Pusat untuk jentera PKR turun berkempen di Kuala Besut bagi membantu jentera PAS. Buat masa ini, hanya kepimpinan PKR Pahang dan Terengganu sahaja yang telah mengluarkan arahan untuk petugas dan jentera parti turun. Selain daripada itu, tiada sebarang peruntukan atau bajet disalurkan dari Pusat, sebaliknya terpaksa mengharapkan bantuan daripada Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PKR dari Pahang dan Terengganu.

Semuanya telah dijelaskan dengan baik. Pilihlah Abe Ku yang lebih rakyat untuk menjadi wakil.

K7L : Undilah Barisan Nasional..

Non Muslim Makan Di Bilik Air Adalah Fitnah? - Satu Penjelasan Telah Didedahkan!


Blog Amenoworld di entri terkini memaparkan dakwaan KONONNYA pelajar bukan Islam, berketurunan India dan Cina makan di dalam BILIK AIR.

Berita itu kini tersebar secara meluas di media sosial.


Saya ingin MEMPERBETULKAN dakwaan itu agar tidak berterusan menjadi FITNAH.

Sumber daripada pihak bertanggungjawab memaklumkan kepada saya kira-kira 30 minit tadi.

"Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu kini tersebar di internet BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua meja serta beberapa sinki untuk memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka," ujar sumber.


"Mengapakah mereka tidak makan di kantin?," soal saya.

"Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera," jawabnya.

Gambar dipaparkan oleh blogger pro pembangkang itu seharusnya diteliti dan disiasat kesahihannya. Jika benar pelajar makan di bilik air, mengapakah perakam tidak memuatkan gambar mangkuk tandas? Bukankah gambar sebegitu LEBIH tragis sekaligus menjahanamkan imej sekolah majoriti tenaga pengajarnya berbangsa Melayu?

Saya difahamkan, selain pelajar Melayu, Sekolah Rendah Kebangsaan, SRK Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina. Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor.


"Boleh tolong hantarkan kepada saya gambar BILIK AIR sekolah itu," pinta saya.

Sebaik gambar dipinta dihantarkan kepada saya, In Sha Allah, bakal saya kongsikan bersama semua pembaca.

Kes ini telah saya maklumkan kepada kakitangan Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan diketahui oleh Pengarah Pendidikan Selangor.
baca selanjutnya di  Mazidul Akmal Sidek

K7L : Penjelasan....

[Video] Apa Kata Orang #KualaBesut Jika 16:16 Berlaku! @tunfaisal @ahmadmaslan



Di sini ada dua orang pengundi DUN Kuala Besut yang memberi pandangan tentang apa akan berlaku jika 16:16 terjadi seperti permintaan PAS. Nak tahu apa akan jadi?


Puak PAS Terdesak! Sanggup Fitnah Dalam Bulan Ramadhan! @tunfaisal @ahmadmaslan



Malam tadi ceramah besar di Kg Tok Saboh dibuat oleh puak PAS. Maka datanglah penonton-penonton import mereka yang hadir dari Kelantan, Pahang dan luar kawasan Besut untuk dengar ceramah.

Namun amat mengecewakan apabila satu fitnah telah diskripkan dalam ceramah tersebut dengan niat untuk meraih simpati. Mereka bertindak menipu para hadirin dengan satu SMS palsu.

Kononnya telah disebarkan kepada penduduk kampung supaya pergi ke rumah Che Long untuk menerima zakat padahal ianya tidak berlaku. Semua ini telah dijelaskan bagaimana fitnah ini dibuat.

Mari tengok video pendedahan ini :



K7L : Bulan yang baik ini pun sanggup fitnah demi kuasa?..sesat puak ni..

Puisi Istimewa #KualaBesut Buat Abe Ku! @besutlening



Nukilan dan isi hati seorang bapa buat anaknya yang didoakan untuk menjadi wakil rakyat yang berjaya dan bertanggungjawab. Puisi yang digarap dengan baik dan ikhlas. Tahniah buat bapa Abe Ku.

22/07/2013

[Video] Pengundi Suarakan Perbezaan Calon PAS dan Calon BN! @tunfaisal



Sebelum in Keris ada keluarkan video mengenai orang lama PAS yang menyatakan sokongan beliau untuk mengundi calon BN, Tengku Zaihan atas beberapa faktor. Hari ini Keris minta pembaca dengan sendiri pandangan pengundi di Kuala Besut terhadap calon-calon PRK Kuala Besut.


Apa pula kata keluarga Che Long?


Che Long sendiri tak mahu jadi wakil rakyat. Mengapa perlu beri undi pada orang yang tidak bersungguh mahu membantu rakyat Kuala Besut?

K7L : Kena ikhlas baru boleh jadi wakil rakyat..

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk